Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, October 18, 2013

Izz Zayani : BAB 19

Sudah hampir seminggu aku mengambil cuti untuk menenangkan hati. Laila sudah mula menghadiri kuliah seperti biasa semenjak beberapa hari yang lalu. Dalam diam aku benar-benar kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh sahabat baikku itu. Separuh jiwaku masih terasa kosong semenjak ketiadaan Abang Zack. Tiada lagi senyumannya menghiasi hari-hariku. Tiada lagi sapaan lembutnya setiap pagi ketika menjemputku ke tempat kerja. Ada titis jernih mengalir ke pipiku setiap kali kenangan bersama Abang Zack menjengah ke dalam fikiranku.

Bunyi telefon yang berkumandang mengembalikan aku semula ke alam nyata. Skrin telefon aku tatap dan terpamer nama Raziq Hanan menyebabkan aku menarik nafas panjang. Semenjak ketiadaan Abang Zack, lelaki inilah yang sering menelefonku bertanya khabar. Semasa majlis kenduri arwah di kampung tempohari, dia juga turut hadir walaupun kedatangannya agak lewat sedikit. Aku mengagak dia mungkin bertolak sebaik sahaja habis waktu kerja memandangkan yang dia masih berpakaian pejabat.

"Assalammualaikum" salam kututurkan sebaik sahaja panggilan telefon kujawab. "Waalaikummussalam. How are you today Izz? Feeling much better?" Lembut dia bertanya. "Oklah. Taking one day at a time. Minggu depan, InsyaAllah saya rasa, saya dah boleh mula bekerja semula" aku bersuara tenang. "Baguslah kalau macamtu. Tapi ... Izz nak pergi kerja macamana? Izz nak saya jemput Izz kat rumah ke?" pelawaannya betul-betul membuatkan aku terkedu. Kenapalah lelaki ini melayanku terlalu baik? Serba-salah aku dibuatnya. "It's ok. Saya boleh naik teksi atau bas, Encik Raz" Aku memberi jawapan yang kurasakan paling wajar.

"Eh! Tak bolehlah macamtu. Kalau Zack ada lagi pun, saya percaya dia pun takkan benarkan awak naik public transport" Sedikit tegas nada suaranya. Aku melepaskan keluhan berat. "Tapi dia dah tak ada" sayu suaraku ketika itu. "Tapi, I'm still here for you Izz. You still have me" kata-kata Raziq Hanan membuatkan aku terdiam. "Please don't argue with me no more. Isnin depan, saya jemput Izz kat rumah. Oklah. I've got to go. Saya ada lunch date dengan Dato' Azmi kejap lagi .. And Izz .. Please do take care of yourself. Assalammualaikum" Perlahan salamnya aku jawab. Telefon yang sudah ditamatkan panggilan aku tatap lama. Sungguh aku tak paham dengan layanan baiknya terhadapku. Adakah ianya kerana dia terlalu simpati dengan nasib yang menimpaku kini ataupun ada sebab lain yang menyebabkan dia terlalu mengambil berat terhadap diriku?

Jam didinding aku pandang lama. Jarum pendek berada diangka 11 dan jarum panjang berada diangka 12. Aku menghela nafas panjang. Aku tak boleh terus menerus begini. Hidup mesti diteruskan walau macamana sukar sekalipun. Yang pergi akan tetap pergi. Sepatutnya aku yang masih hidup ini harus terus mendoakan Abang Zack di 'sana'. Bukankah janji Allah bahawa mati itu adalah pasti? Astagfirullahalazim! Aku melafazkan istighfar beberapa kali sambil meraup wajahku berulang-ulang kali.

Langkah kaki kugagahkan ke dapur. Dalam kepala berkira-kira hendak menyediakan hidangan  makan tengahari. Sudah hampir seminggu aku dan Laila hanya mengalas perut dengan makanan yang dimasak di kedai sahaja. Muak pula rasanya. Peti ais kubuka luas. Oleh kerana kami sudah lama tidak memasak di rumah, apa yang ada hanyalah beberapa biji telur, ikan bilis yang hanya tinggal segenggam saja dan sekotak kecil santan jenama Harmoni. Setelah berkira-kira sendiri, aku memutuskan untuk memasak nasi lemak dengan sambal telur. Itu sahaja juadah yang aku rasa dapat membuka selera aku saat ini.

Menyibukkkan diri menyiapkan juadah tengahari dapat juga sedikit sebanyak melapangkan fikiranku. Hilang sebentar rasa kesedihan yang menyelubungiku sejak pemergian Abang Zack seminggu yang lalu. Radio kecil di atas peti ais kubuka untuk menemaniku yang sudah mula menyiapkan bahan-bahan memasak nasi lemak. Perlahan-lahan aku ikut menyanyikan lirik lagu 'Dekat Padamu' nyanyian Yusry yang sedang berkumandang di corong radio.

********************************

"FUH! Sedap betul nasi lemak kau Izz. Lama giler aku tak rasa kau masak macam ni" Tubuh Laila yang sudah kekenyangan disandarkan di kerusi makan sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya yang sedikit membuncit dek kerana penangan nasi lemak yang dimasak olehku. Aku hanya tersenyum memandangnya sambil tangan sibuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor di atas meja untuk dicuci.

"Kau tu je yang beriya makan. Aku masak sambal telur je Cik Kak. Bukan special sangat pun" aku bergerak kearah sinki dengan tangan yang mula ligat mencuci satu persatu pinggan kotor yang sudah bersusun di dalam sinki. "Eh. Patutnya aku la yang cuci. Kau kan dah masak" pantas tangan Laila merampas span pencuci dari tanganku. Berkerut dahiku dibuatnya. Melihat kesungguhan yang ditunjukkan, akhirnya aku membiarkannya menyambung kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk. Aku mengambil tuala kecil yang terletak berhampiran dengan sinki dan tangan kulapkan sehingga kering.

"Kau macamana? Feeling better already?" pertanyaan Laila membuatkan aku menoleh kearahnya. Tubuh kusandarkan ke built in kabinet dapur berhampiran dengan tempat Laila berdiri. Aku melemparkan senyuman padanya. "Alhamdulillah. Aku Ok. Kalau kau yang adiknya pun boleh relax je, takkan aku yang cuma pegang title tunang ni nak sedih lebih-lebih kan?" aku cuba menceriakan suara agar Laila tidak terus-terusan risau memikirkanku.

"So, bila kau nak start kerja?"Laila menyudahkan kerjanya dan dia menghampiriku yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. "InsyaAllah, Isnin ni aku masuklah kerja. Dah lama sangat dah aku cuti rasanya. Kesian pula kat orang yang tolog backup kerja kau kat kilang tu" Laila tersenyum mendengar jawapanku.

"Eloklah tu. Lagipun, kalau kau duduk terperuk je kat dalam rumah ni, lagi boleh jadi gila dibuatnya tau" Laila membuat memek muka yang membuatkan aku tergelak kecil. Jag berisi air limau ais dituang cermat ke dalam gelas dan diteguknya perlahan.

"Lagipun, hidup mesti diteruskan. Kau kenalah cari pengganti cepat-cepat supaya luka kau tu ada yang tolong ubatkan" pantas sahaja tanganku mencubit peha Laila, geram. Jeritan halus keluar dari mulutnya yang sudah dimuncungkan sedepa panjangnya. "Sakitlah! Betul la aku cakap. Takkan kau nak membujang sampai ke tua kot" keningnya berkerut-kerut sambil tangannya menggosok-gosok tempat bekas cubitanku untuknya sebentar tadi. Aku tersenyum geli hati.

"Padan muka. Mulut kau tu mengalahkan Mak aku tau. Aku muda lagi la. Banyak lagi masa kalau nak cari laki. Lagipun, nanti orang ingat aku gatal pula kalau tiba-tiba macam tak menyempat nak cari pengganti" perlahan nada suaraku. Dada mula terasa sebak semula bila wajah Abang Zack terbayang di kotak fikiranku.

"Sorry, sorry .. aku buat kau sedih lagi. Aku bukan apa Izz. Aku cuma tak nak sebab Abang Zack, kau dah serik nak bercinta lagi" Laila mendekatkan kerusinya denganku dan tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri. Airmata semankin laju menitis.

Wednesday, September 11, 2013

Izz Zayani : BAB 18

Malam itu, aku menunggu kepulangan Laila sambil menonton tv. Jam sudah menunjukkan kepukul 9 malam. Namun, kelibat kereta Laila masih belum kelihatan memasuki ruangan parkir di rumah sewa kami ini. Hati mula dilanda kerisauan. Sudah beberapa kali telefonnya cuba kuhubungi namun semuanya terus masuk kedalam peti simpanan suara. Sudah beberapa kali juga aku menjengah keluar mengharapkan ada sinaran lampu dari kereta Laila dalam kepekatan malam.

Sedang aku berjalan mundar-mandir di hadapan pintu rumah, kedengaran telefon yang kuletakkan di atas sofa berbunyi. Laju aku berlari mendapatkannya. Nombor asing yang tertera di skrin telefon membuatkan aku teragak-agak untuk menjawab. Setelah membiarkan telefon berbunyi beberapa kali, akhirnya punat hijau kutekan juga.

"Izz! Adoi .. Lambatnya kau jawab!" Kedengaran suara cemas Laila di hujung talian. "Laaa .. kau ke? Aku ingatkan siapa. Nombor siapa kau pakai ni?" Aku menarik nafas lega. "Nombor kawan aku. Eh Izz. Aku nak bagitau kau satu benda ni. Kau tengah berdiri ke duduk ni?" Pertanyaan Laila yang agak pelik tiba-tiba mengundang debar didadaku. "Hish kau ni. Buat suspen je la. Cakap je la apa bendanya" Aku mendesak, tidak sabar. "Yela. Aku nak bagitau la ni. Tapi, aku nak minta kau duduk dulu" oleh kerana malas hendak bertelagah dengannya, aku menurut saja. "Ok. Aku dah duduk ni. Bagitaulah apa bendanya?" giliran aku pula mendesak. Kedengaran dia menarik nafas panjang menambahkan lagi rasa debar di hati.

"Abang Zack accident. Dia sekarang kritikal kat wad ICU Hospital Tawakkal"

Terasa seolah-olah petir menyambar tubuh aku saat ini. Nyaris sahaja telefon yang melekap ditelinga terlepas daripada pegangan tanganku. "Izz! Izz! Kau ok ke tak ni?" suara Laila yang bertalu-talu memanggil kedengaran jauh dari telingaku. Pandangan mula terasa kabur. Setitis demi setitis airmata merembes jatuh kepipi. "Izz ... Kau bersiaplah. Dalam masa 15 minit aku jemput kau kat rumah" kendur saja kedengaran suara Laila ketika itu. Mungkin dia turut merasa sebak apabila terdengar bunyi esakan tangis yang keluar tanpa dapat dikawal dariku. Punat merah kutekan tanpa membalas kata-kata Laila. Aku benar-benar terasa seperti nyawa melayang dari badan. Lama aku duduk terpaku di atas sofa. TV yang masih rancak bersiaran aku tatap dengan pandangan kosong.

Sedar-sedar, bahuku terasa dipaut seseorang. Aku menoleh dan apabila terpandangkan wajah sugul Laila, airmata yang baru sahaja berhenti, terus sahaja mengalir deras. Tubuh Laila kurangkul kemas. Mengongoi-ngongoi aku menangis di dalam pelukannya. Tabahnya Laila saat ini. Sedangkan aku yang hanya bergelar tunangan Abang Zack saja pun sudah merasa sangat hiba. Bagaimana Laila, yang juga adik kandung kepada Abang Zack mampu mengawal emosinya dengan baik? Ah! Laila memang kuat. Sepanjang aku mengenalinya, dia memang jarang hendak menitiskan airmata.

Entah berapa lama aku menangis di dalam pelukan Laila, aku sendiri tak sedar. Terbayang dimataku wajah Abang Zack yang baru kutemui tengahari tadi. Langsung tak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan ditimpa kecelakaan. Semankin kuat tangisanku jadinya. Laila dengan tenang menggosok belakang badanku, sambil mulutnya tak henti-henti menasihatkanku agar beristighfar.

SUASANA hening di Tanah Perkuburan membuatkan hati aku terus dipagut sayu. Wajah Mak Si Siah, Pak Su Omar dan ibubapa Abang Zack aku tatap satu persatu. Abang Ngah Laila, Haikal, yang berdiri berpeluk tubuh di belakang Pak Ali dan Mak Leha aku lihat mempamerkan wajah tenang walaupun disebalik cermin mata hitam yang dipakainya, aku tahu, ada mata yang sudah sembap cuba disembunyikan.

Masih terngiang-ngiang ditelingaku sewaktu Doktor mengkhabarkan kepadaku dan Laila yang Abang Zack mengalami terlalu banyak kecederaan pada organ dalaman menyebabkannya sukar untuk diselamatkan. Laila memberitahuku, kereta yang dipandu Abang Zack hilang kawalan sehingga merempuh bahagian belakang lori kontena yang menyebabkan dia tersepit selama satu jam sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital. Lebih membuatkan aku sedih apabila mendapat tahu yang dia kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke rumah sewaku dan Laila kerana ingin menjenguk bagaimana keadaanku yang kurang sihat semalam.

Aku menarik nafas dalam. Cuba mencari kakuatan diri. Airmata yang baru saja ingin menitis lagi, pantas aku seka. Jika Pak Ali dan Mak Leha mampu redha dengan pemergian anak sulungnya, kenapa tidak aku? Bukankah selama ini aku menerimanya sebagai tunang bukan kerana cinta? Kenapa pemergiannya membuatkan hatiku terasa remuk-redam sebegini? Laila yang setia memeluk bahuku di sisi kutatap lama. Pandangan kami bersatu dan dia cuba mengorakkan senyuman walaupun hambar.

Selesai Imam membacakan talkin, satu persatu mereka yang ada, meninggalkan tanah perkuburan meninggalkan keluargaku dan keluarga Laila di situ.

"Izz, Mak dengan Ayah balik dulu ye. Nak tolong Pak Ali dengan Mak Leha uruskan kenduri arwah malam ni" Bahuku diusap perlahan. Pandangan mataku yang sedari tadi tertumpu pada kitab Yassin yang sedang dibaca, kini beralih ke wajah Mak Su Siah yang berdiri di sebelahku. Aku mengangguuk sambil cuba melemparkan senyuman padanya walaupun payah.

Langkah kaki Mak Su Siah, Pak Su Omar, Pak Ali, Mak Leha dan Abang Lukman, aku soroti dengan pandangan mata yang lemah. Mata mula terasa perit. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Sedari malam tadi, sewaktu sama-sama mengiringi jenazah arwah pulang ke kampung sampailah ke hari ini, tak lekang airmata membasahi pipiku.

Tinggallah aku dan Laila duduk bersimpuh di atas tikar yang dihamparkan besebelahan dengan kubur Abang Zack yang masih merah. Kami sama-sama membaca surah Yassin untuk kesekian kalinya. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar roh Abang Zack ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tuesday, September 10, 2013

Izz Zayani : BAB 17

Tak tahulah apa agaknya yang aku tersalah makan malam tadi, campur kali ini, sudah lebih lima kali rasanya aku menjadi pengunjung tetap tandas di dalam bilik tidurku ini. Rasa memulas diperut lain macam saja sejak jam 3 pagi tadi.

Baru sahaja badan ingin kubaringkan di atas katil semula, pintu bilik kedengaran diketuk bertalu-talu. Tidak lama selepas itu, wajah Laila sudah terpacul di muka pintu. "Eh Izz, kau tak pergi kerja ke hari ni?" Dia yang sudah siap berdandan untuk ke kuliah melangkah menghampiriku yang menarik selimut menutupi badan sehingga keparas dada. "Wei, kenapa muka kau pucat ni? Kau demam ke?" Pantas telapak tangannya melekap kedahi dan leherku. Cemas saja riak wajahnya ketika itu. Punggung sudah dilabuhkan ke birai katil.

"Aku cirit birit la. Memulas semacam je perut aku ni. Entah apalah yang aku silap makan ni" Lemah saja aku bersuara. Tenaga sudah hilang entah kemana kerana terlalu kerap berulang alik ke bilik air. "Hish kau ni. Kalau nak kata sebab Char Kue Tiau tu takkanlah pulak. Aku pun makan jugak, tapi ok je" Dahinya berkerut. Aku tahu dia risaukan keadaan aku.

"Takpela. Kau janganlah risau. Balik nanti kau tolong belikan aku pil 'Chi-Kit' Teck Aun ye. Nanti ok lah ni. Kau tolong aku hantarkan sms kat Abang Zack, tak payah jemput aku hari ni. Telefon aku atas meja solek tu. Aku tak larat la nak menaip" Aku cuba tersenyum agar sahabat baik aku itu tidak terlalu risau. Dia segera mencapai telefon aku di atas meja solek dan tangannya pantas menaip. Tak sampai 2 minit telefon diletakkan di sebelah bantalku. "Terima kasih" Dia tersenyum memandangku."Okla. Aku pergi kelas dulu. Nanti ada apa-apa, kau call aku tau" tanganku diramas lembut dan aku hanya mengangguk lemah sebelum dia berlalu keluar.

Selang setengah jam selepas Laila berlalu, aku terus terlena. Mengantuk rasanya mata yang sememangnya kekurangan rehat ini. Yela. Orang lain nyenyak tidur, aku pula sibuk memerut dalam tandas sedari pukul 3,  pagi tadi.

Entah berapa lama aku terlena, sedar-sedar, aku dikejutkan dengan bunyi telefon yang betul-betul berada di sebelahku. Dengan perasaan mamai dan mata yang terbuka sedikit, punat hijau aku tekan.

"Assalammualaikum" dengan suara yang agak serak aku memberi salam. "Waalaikummussalam. Izz, are you okay" suara yang menjawab di hujung sana membuatkan mataku terbuka luas. Tubuhku secara automatik bingkas bangun. "Eh Encik Raz. Err .. Sa .. Saya kurang sihat hari ni. Saya dah bagitau Kak Sal, lineleader kat bahagian packaging pagi tadi, pukul 3 lebih. Dia tak bagitau Encik Raz ke?" Separuh panik aku bersuara. Bimbang juga jika pesanan aku awal pagi tadi tidak disampaikan oleh Ibu beranak 3 itu. Berkerut dahiku apabila terdengar bunyi tawa Raziq Hanan di sebelah sana.

"Relaxlah Izz. Saya call ni bukan sebab awak tak datang kerja. Saya just nak tanya awak dah ok ke belum" terdengar tawa dari Raziq Hanan masih bersisa. Aku menarik nafas lega. "Saya dah ok dah sikit Encik Raz. InsyaAllah, esok bolehlah saya masuk kerja" jam di atas meja aku kerling. Ah! Sudah pukul 1 tengahari rupanya. Lama juga aku tertidur. Rasanya dari pukul 10 tadi. Tiba-tiba mata tertacap pada bungkusan beg plastik di atas meja solek. "Owh. Okla kalau macam tu, lega hati saya dengar" Aku memasang telinga sambil bangkit menuju ke bungkusan plastik merah yang menarik perhatianku.

"Izz, are you still there?' Pertanyaan Raziq Hanan membuatkan aku tersedar."Errr .. Ya, ya, Saya masih ada kat sini." Plastik beg ditangan aku buka dan akhirnya tersenyum apabila terpandangkan beberapa kotak kecik pil 'Chi-Kit' Teck Aun yang aku pesan dari Laila tadi. Terdapat juga cebisan kertas yang tertulis nota 'Jangan lupa makan ubat. Aku keluar sekejap. Sebelum pukul 8 aku balik. Apa-apa, call je'. Aku tersenyum lebar. Pasti Laila masuk sewaktu aku sedang lena tidur tadi.

"... Izz. Awak dengar tak saya cakap apa ni?" Suara Raziq Hanan yang agak meninggi mengalih tumpuanku yang khusyuk menatap nota dari Laila itu. "Sorry Encik Raz. Apa Encik Raz cakap tadi?" Aku bertanya padanya gugup. Bimbang dia terasa hati pula. "Kamu ni Izz. Saya tanya, nak saya datang bawa makanan ke?" Sekali lagi dahiku berkerut. Kenapa pula dia ni? Takkan aku sakit sikit macam ni, dah sampai nak berhantar makanan pebagai? "Eh! Takpelah Encik Raz. Saya ok. Laila dah belikan saya makanan tadi" Aku berbohong. Tak wajar rasanya untuk aku menyusahkan dia membelikan dan menghantar makanan untukku. Bukankah aku sudah ada Abang Zack? Biar dia saja yang bersusah untuk aku. Getusku dalam hati.

"Oklah kalau macam tu. Jangan lupa makan kay. Oklah Izz, saya ada meeting ni. Nanti saya call lagi. Assalammualaikum" Punat merah kutekan setelah salam dari Raziq Hanan kujawab. Mata masih tertumpu pada skrin telefon yang tertera 6 panggilan tidak dijawab. Setelah memeriksa senarai panggilan, aku mengeluh perlahan apabila terpandangkan nama Abang Zack tertera. Enam panggilan? Kenapa satu pun tidak mengejutkan aku dari tidur? Kenapa panggilan dari Raziq Hanan yang kudengar? Kepala ligat berfikir sambil nombor Abang Zack cuba kuhubungi semula.

"Assalammualaikum" tegas suaranya memberi salam. "Waalaikummussalam. Err .. Sorry Abang. Izz tertidur. Tak dengar langsung telefon berbunyii" Kalut aku menjawab. Dalam hati berdoa agar moodnya baik-baik saja hari ini. Kedengaran dia melepaskan keluhan. "Izz ni buat Abang risau saja. Tadi sebelum pergi kerja Abang ada singgah sana. Tapi pagar berkunci. Kalau ikutkan hati, memang Abang panjat je pagar tu tadi" Aku diam mendengarkan tiap butir bicara Abang Zack. Cuba mentafsirkan emosinya saat ini. "Izz minta maaf bang. Takde niat pun nak buat Abang risau" Aku bersuara perlahan. Dia mengeluh lagi.

"Lain kali jangan buat macam ni lagi. Kalau tak sihat, call Abang terus. Tak payah nak hantar mesej. Ni nasib baik Abang perasan mesej dari Izz" Dia masih menyuarakan ketidakpuasan hatinya. "Izz dah makan ke belum ni? Nak Abang bungkuskan?" Kendur sedikit nada suaranya. "Err .. Belum. Izz baru bangun tidur" Aku masih bersuara dalam nada takut-takut. "Oklah. Lagi setengah jam Abang sampai. Abang belikan Izz bubur McDonald ok ke? Atau Izz nak makan nasi?" Aku terdiam sejenak memikirkan menu apa yang mampu membuka seleraku. "Bubur pun ok la bang" Akhirnya aku memutuskan. Setelah bertukar salam, telefon diletakkan.

Aku terus bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat zohor. Perut yang memulas mula berkurangan sedikit. Dalam hati sudah berkira-kira untuk menelan sebungkus pil 'Chi-Kit' Teck Aun yang telah dibelikan Laila tadi.

Seperti yang dijanjikan, lebih kurang setengah jam selepas panggilan telefon antara aku dan Abang Zack, tunangan aku itu sudah sedia menanti di depan pintu pagar dengan sebungkus beg kertas yang terpamer logo Mc Donald. Dia nampak kemas dan kacak seperti selalunya. Cermin mata hitam tak lekang dari wajahnya. Berkemeja biru laut dan berseluar slack hitam, dia nampak santai dengan tali leher yang dilonggarkan sedikit dan lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.

Aku menghampirinya sambil tersenyum dan pintu pagar segera kubuka. Sebaik pintu pagar terbuka, pantas sahaja belakang tapak tangannya menyentuh dahi dan leherku. "Izz tak demam la. Cuma cirit birit je. Tadi dah makan ubat. Nanti oklah ni" Aku mengalihkan tangannya dari dahiku sambil tersengih. "Belum makan apa-apa, dah telan ubat?" Berkerut dahinya menunjukkan tanda ketidakpuasan hati. "Pil 'Chi-Kit' Teck Aun tu takpe. Boleh je telan sebelum makan apa-apa" Aku cuba menyedapkan hatinya. Ternyata dia dapat menerima kata-kataku apabila kerutan didahinya sudah menghilang.

"Dah jom masuk. Abang nak tengok Izz habiskan bubur ni baru Abang balik office" Badanku ditolak perlahan agar berjalan memasuki rumah. Aku melangkah dalam keadaan teragak-agak. 'Ishk dia ni biar betul. Dahlah takde orang lain kat rumah. Tak pasal-pasal kena tangkap basah'. Aku memprotes dalam hati."Kejap, kejap" Aku mengangkat kedua belah tangan mengadapnya. "Abang tak boleh masuk. Laila takde. Nanti kalau kena tangkap basah naya je!" kedua tapak tanganku sudah menekap didadanya yang bidang bagi menghalangnya dari terus melangkah. Dia tersengih. "Ala. Kita memang dah nak kahwin kan? Kalau kena tangkap lagi bagus! Cepat sikit Abang boleh kahwin dengan Izz" Bulat mataku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Abang Zack. "Eeiii ... Abang ni! Orang cakap betul-betul la! Tak nak Izz kahwin cara macam tu. Buat malu mak ayah kat kampung je" Aku menolak dadanya, geram. Kedengaran tawa meletus dari mulutnya. Mataku jegilkan padanya.

"Oklah, oklah. Abang balik dulu. Izz jangan lupa habiskan bubur ni" Bungkusan bubur bertukar tangan. Abang Zack sempat menarik hidungku sebelum melangkah keluar menuju ke keretanya. Aku hanya mendengus, pura-pura marah. Tangan sudah memegang hidung yang pastinya sudah bertukar warna. Abang Zack ketawa lagi apabila memandang memek muka yang aku tunjukkan padanya.  Pintu pagar kembali kukunci. Abang Zack melambaikan tangan sambil menghadiahkankan flying kiss yang berjaya mengundang senyuman dibibirku. Aku memerhatikan keretanya sehingga hilang dari penglihatan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Tuesday, September 3, 2013

Izz Zayani : BAB 16

Sejak 'peristiwa aneh' yang berlaku diantara aku dan Raziq Hanan tempohari, Bos Besar aku itu sudah jarang ke Rasydan Electronic. Jika ada pun, tidak sampai setengah hari, dia sudah kembali ke Ibupejabat semula. Malah, pada hari Ahad lalu dimana mesin-mesin baru sepatutnya diselenggarakan dan diperiksa, dia hanya datang sekejap sahaja. Itupun untuk memastikan Sahak, Amir dan Kamal datang seperti yang dijanjikan. Lebih kurang dalam pukul 11 pagi, dia sudah meninggalkan kami berempat menguruskan apa yang patut. Dia sekadar berpesan pada aku agar memberitahunya sebaik sahaja semua kerja sudah selesai.


Jika difikir-fikirkan, rasanya tak perlu aku terlalu memikirkan tentang Raziq Hanan. Antara aku dan dia tak lebih sekadar hubungan Bos dengan pekerja biasa sahaja. Tapi, kenapa perubahan sikapnya sekarang ini membuatkan aku jadi serba tak kena? Kenapa kedatangan kereta Audi T9nya sentiasa aku nanti-nantikan? Kenapa hanya dengan melihat kelibatnya di pejabat dapat membuatkan hatiku gembira? Ah! Aku tak boleh membiarkan diri hanyut dibuai perasaan sendiri. Aku kini sudah menjadi tunangan orang! Walau tanpa rela, tapi itulah hakikatnya yang perlu aku terima.


"Kak Izz. Nanti pukul 3 ada meeting tau. Semua ketua jabatan kena ada" Siti Syafikah yang akan menamatkan latihan praktikalnya hujung minggu ini datang memberitahu ketika aku dan beberapa orang bawahanku sedang menguji mesin-mesin yang baru sampai pada hari Ahad lepas. "Dengan siapa?" Aku bertanya dengan dahi berkerut. Rasanya hari ini aku langsung tidak melihat kereta Raziq Hanan diparkirkan ditempatnya. Kosong saja kulihat petak tempat letak kereta yang dikhaskan untuknya tadi. "Hurm .. Tak sure la kak. Takdelah pula Kak Su bagitau." Gadis itu mengaru-garu kepalanya. "Takpalah kalau macamtu. Terima kasihlah bagitau Akak. Awak dah siapkan belum kertas kerja awak tu? Jumaat ni dah last day kan?" Siti Syafikah tersengih memandang aku. "Belum" Dia menjawab ringkas. Aku menjegilkan mata kepadanya." Tunggu apa lagi? Pergilah siapkan. Nanti Akak boleh check dan minta Bos tandatangan" Aku menepuk bahunya dan menolak badannya supaya meninggalkan tempat itu segera. Dia berlalu sambil tergelak kecil. Aku mendengus melihat keletahnya. Dia tergelak lagi. Aku hanya menjelingnya, pura-pura marah lalu meneruskan semula kerja yang tergendala sebentar tadi.


Jam 3 petang, semua Ketua Jabatan sudah berkumpul di dalam bilik Mesyuarat. Masing-masing tertanya-tanya dengan siapa kami akan bermesyuarat memandangkan tiada kelibat Raziq Hanan yang kelihatan. Tiba-tiba suasana yang tadinya agak bising menjadi senyap serta merta apabila kelihatan kelibat sesusuk tubuh tinggi lampai memasuki bilik itu sambil diikuti oleh Janice, PA Raziq Hanan, dari belakang. Seorang jejaka berkulit cerah dan berjambang sudah berdiri mengadap kami semua.


"Assalammualaikum. Nama saya Raif Anaqie. Awak semua boleh panggil saya Raif. Mulai hari ini, saya akan mengambil alih tugas untuk menguruskan tempat ini dari Encik Raziq" Kami mula berbisik sesama sendiri selesai lelaki bernama Raif Anaqie itu bersuara. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk yang telah tersedia untuknya. Janice turut mengambil tempat duduk di sebelahnya.


"Ok. Sebelum kita bermula, ada apa-apa soalan ke?" Raif Anaqie mengenggam tangannya dan diletakkan di atas meja sambil matanya tunak memandang kami satu persatu. Serius sahaja riak wajahnya. Iras wajahnya mengingatkan aku kepada seseorang. "Encik Raif, boleh kami tahu Encik Raziq kemana? Dia masih ada atau dah .. err .. berhenti?" Aku memberanikan diri bertanya. Pandangan mata yang agak lembut itu kini tertumpu pada aku seorang. Dia tersenyum. "Dia masih ada. Cuma sekarang dia lebih tertumpu pada Ibupejabat kami" Entah kenapa jawapan dari Raif Anaqie membuatkan hatiku sedikit sedih. Ini bermakna yang aku tak akan berjumpa dengan Raziq Hanan lagi. "Ada apa-apa soalan lagi?" Kedengaran suara Raif Anaqie bertanya. Apabila aku memandangnya, ternyata dia juga sedang memandang kearahku. Bermakna soalannya tadi ditujukan padaku. Aku pantas mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.


Mesyuarat kami diteruskan. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Dari jumlah pekerja yang ada sampailah kepada mesin-mesin yang baru sampai. Raif Anaqie meminta kami menerangkan kepadanya dengan terperinci. Katanya, bagi memudahkan dia memahami selok-belok Rasydan Electronic sebelum dia memulakan tugas sebagai Ketua. Dari pemerhatianku, Raif Anaqie merupakan seorang yang lebih santai dan tenang jika hendak dibandingkan dengan Raziq Hanan. Tutur katanya lembut dan sopan. Sama seperti Raziq Hanan. Mungkinkah mereka adalah adik beradik? Tapi, bukankah Raziq Hanan memberitahuku beberapa bulan yang lepas di Restoran Bara yang Abangnya sudah menetap di UK?


"Ok. Saya rasa sampai sini dulu mesyuarat kita kali ini. Kita tangguhkan sampai minggu depan. Oh ya. Kita akan adakan mensyuarat setiap seminggu sekali. Kalau ada apa-apa perubahan, Janice akan menghubungi Izz Zayani" Terpinga-pinga aku sebentar apabila terdengar namaku disebut. Eh? Macamana dia boleh tahu nama aku ni? Nama penuh pula tu yang disebutnya. "Boleh kan Izz Zayani?" Dia bertanya kearahku yang masih agak terkejut. "Err ..  Boleh. No problem" Aku cuba mengukirkan senyuman dalam kegugupan. Dia tersenyum melihat reaksiku. "Ok then. See you all next week. Thanks everybody for your cooperation. Assalammualaikum" Dia terus bangun dan berlalu sambil menjinjit Ipad ditangan kanan dan tangan kiri diselukkan ke poket seluar. Janice mengekori dari belakang dengan buku nota di tangan sambil melemparkan senyuman kearah kami semua.



Keluar sahaja dari bilik mesyuarat, jam sudah menunjukkan ke pukul 5.15. Aku terus bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar. Hari ini, aku terpaksa bersiap untuk pulang tepat pada waktunya memandangkan Abang Zack akan menjemputku agak awal kerana dia perlu bersiap untuk bertolak ke Pulau Pinang malam ini kerana ada tugas yang perlu diselesaikan di sana. Bagi persediaan untuk menjadi isterinya, aku perlu membiasakan diri dengan tugasan Abang Zack sebagai Jurutera yang kadang kala memerlukannya untuk keluar Daerah pada bila-bila masa sahaja. Rasanya aku tiada masalah dengan itu memandangkan aku ada Laila yang akan menemaniku sekiranya Abang Zack tiada di sini.


Telefonku berbunyi ketika aku sedang menunggu Abang Zack di lobi. Menyangkakan panggilan dari Abang Zack, telefon segera kujawab tanpa melihat nama pemanggilnya terlebih dahulu.


"Assalammualaikum. Abang dah sampai ke?" Aku sudah bangun sambil menyandangkan beg ke bahu bersedia untuk melangkah. "Waalaikummussalam. Sejuk hati saya dengar Izz panggil saya 'Abang'" Suara yang menjawab menyebabkan kakiku yang baru hendak menapak terhenti. Perlahan-lahan punggung kulabuhkan kembali di atas sofa. Lidah terasa kelu.


"Err .. Encik Raz. Sorry. Saya ingatkan Abang Zack tadi. Ermm .. Ada apa Encik call saya ni?" Akhirnya aku bersuara. "Izz, Izz. Dah berapa kali saya cakap. Between you and me, just call me Raz.  Saya just nak tanya macamana first meeting awak semua dengan Abang saya tadi?" Terbeliak mataku mendengar pertanyaannya. Jadi, betullah tekaanku tadi. Raif Anaqie adalah abang kepada Raziq Hanan. "Hello Izz, hello. Are you still there?" Kedengaran agak cemas suara Raziq Hanan di sebelah sana apabila tiba-tiba aku terdiam. "Haa .. Err ..Yes. I'm still here. So, memang betullah Encik Raif tu abang Raz ye? Patutlah muka seakan sama je" aku tersenyum dihujung kata-kataku. Kedengaran tawa kecil darinya di hujung sana. "Dia baru balik ke sini bulan lepas. Then, my mom terus suruh dia tolong saya uruskan syarikat" Raziq Hanan memberi penjelasan.


"So .. tell me. These few days saya tak kacau Izz, do you miss me?" Hampir aku tersedak dengan air liurku sendiri mendengar soalan yang selamba sahaja dilontarkannya. Mahu sahaja aku mengatakan padanya yang dia hanya terlebih perasan. Tetapi, memandangkan dia masih lagi Bos Besar tempat aku bekerja, mulutku katupkan rapat-rapat. "Izz. Saya tanya ni. Do you miss me?" Soalan diulang semula apabila tiada jawapan yang aku berikan. "Err .. sorry Encik Raz. Abang Zack dah sampai tu. I've got to go. Lain kali kita sambung lagi ye. Assalammualaikum" Pantas punat hijau kutekan. Dada yang mula berombak kuat aku pegang. Tadi, sebelum telefon kuletak dapat kudengar keluhan halus dari Raziq Hanan. Kenapa dia seolah-olah bersungguh bertanya? Adakah kerana dia dapat menangkap getar didadaku setiap kali bertentangan mata dengannya? Mungkin kerana itu dia sengaja ingin menduga.


Telefonku berbunyi lagi. Kali ini bunyi tanda mesej masuk diterima. Teragak-agak skrin telefon kutatap. Aku menarik nafas lega apabila melihat nama 'Abang Zack' yang tertera sebagai pengirim mesej. Dia memberitahuku yang dia sudah hampir sampai dan menyuruhku menunggunya di luar pagar. Perlahan kaki kuatur keluar dari bangunan Rasydan Electronic. Fikiran masih lagi memikirkan perbualan pendek diantara aku dan Raziq Hanan sebentar tadi. Aku menarik nafas dalam.

Friday, August 30, 2013

Izz Zayani : BAB 15

Hujung minggu itu, seperti yang telah diberitahu oleh Raziq Hanan, aku dan beberapa Juruteknik lelaki di bawah seliaanku terpaksa bekerja kerana mesin-mesin baru yang dipesannya akan dijangka sampai dari Pelabuhan Kelang. Pada awalnya, aku ingin saja meminjam kereta Laila dan memandu sendiri ketempat kerja, tetapi, seperti yang aku sedia maklum, Abang Zack tidak mungkin membiarkan aku memandu sendiri.


Jam 8.30 pagi dia sudah sedia menunggu di depan rumah. Oleh kerana hari itu hari Sabtu, aku hanya mengenakan sepasang jeans berwarna hitam dan blouse labuh berwarna putih dengan rambutku ikat tinggi. Cekak rambut berwarna kuning kukenakan kekepala agar tampak lebih kemas.


"Assalammualaikum" Aku menghulurkan salam sebaik sahaja memasuki perut kereta. Dia yang bercerminmata hitam menyahut sambil tersenyum manis. Kereta dipandu tenang menyusur jalanraya yang agak kurang sibuk pagi itu memandangkan hari ini merupakan Sabtu minggu pertama dimana kebanyakan orang bercuti termasuklah Abang Zack.


"Balik pukul berapa nanti?" Dia bertanya tanpa memandang kearahku. "Tak tahu lagi. Tengoklah mesin sampai pukul berapa nanti. Kalau sampai awal dan boleh setup awal, awallah balik. Kenapa? Abang Ada hal ke petang ni?" Wajahnya kupandang. Dalam diam aku mengagumi kekacakan yang dimiliki oleh lelaki di sebelah aku ini. Tubuhnya yang sasa dan juga raut wajah 'kejantanan' yang dimilikinya, bagi aku cukup melayakkan dia menjadi seorang model. Cuma yang aku kurang berkenan adalah sikapnya yang suka mendesak.


"Khusyuk nampak. Apa yang Izz belek kat muka Abang tu?" Suara garaunya mematikan lamunanku. Wajah yang mula terasa membahang aku palingkan keluar tingkap. Kedengaran dia tergelak kecil. 'Ya Allah. Malunya!' Aku menyalahkan kealpaan diri sendiri. Tanganku ligat memintal-mintal tali beg yang berada dipangkuan dengan harapan ianya dapat mengurangkan sedikit debar yang mula terasa dihati.


"Tengoklah Izz. Bukan orang lain pun. Tunang Izz jugak. Takde luak pun kehenseman Abang ni kalau Izz renung lama-lama" Kata-katanya menambahkan lagi rasa maluku. "Perasan" Mataku julingkan ke atas. Dia ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. Aku mengetap bibir, geram. "Kan bagus kalau kita selalu macam ni. Takdelah hari-hari kita nak bertekak" Tawanya sudah reda. Aku memalingkan wajahku padanya dan ternyata dia juga sedang memandang kearahku. Sukar untuk aku duga riak wajahnya ketika itu dengan cerminmata hitam menutup matanya. Dia tersenyum dan pandangannya kembali tertumpu ke jalanraya. Aku turut membuang pandang keluar tingkap kembali.


Memang aku sedar semenjak pertunangan kami pada minggu lepas, sepanjang minggu ini, hubungan antara kami agak tegang. Walaupun kami berjumpa tiap-tiap hari, amat jarang kami dapat berbual panjang dan dalam suasana yang aman. Jika bersuara pun, pasti akan ada percanggahan pendapat yang menyebabkan kami bermasam muka. Baru seminggu menjadi tunangannya, aku rasakan Abang Zack terlalu mengongkong dan kadangkala suka mencurigai aku tak kena pada tempatnya. Sampaikan jika aku keluar makan dengan Juruteknik bawahanku sekalipun, pasti akan mengundang amarahnya. Lemas aku dibuatnya.


Sesampainya di hadapan pintu pagar Rasydan Electronic, kelihatan kelibat Raziq Hanan yang juga baru keluar dari keretanya. Dia berpakaian santai sahaja hari itu. Tshirt polo berwarna merah berkolar dan seluar jeans berwarna biru lusuh sahaja namun masih mampu membuatkannya tampak bergaya.


"Hei Raz. Lama tak nampak kau" Abang Zack menghampiri Raziq Hanan sambil menyalami dan memeluk bahu sahanbatnya itu. "Kaulah yang asyik sibuk memanjang. Aku ada je kat sini" Raziq Hanan tersenyum ramah. Dia mengangkat kening sambil mengangkat tangan kearahku. Aku membalas dengan senyuman dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua.


Suasana di Rasydan Eletronic agak sunyi memandangkan semua orang bercuti. Tiga orang Juruteknik lelaki yang sepatutnya datang juga masih belum nampak batang hidung. Pesanan ringkas sudah kuhantar pagi tadi untuk mengingatkan mereka dan semuanya membalas dengan 'OK'. Selesai merekod kedatanganku di mesin punchcard, aku terus menuju ke dalam kawasan kilang dibahagian yang sepatutnya mesin-mesin yang bakal sampai itu akan diletakkan. Aku ingin memastikan yang tempat itu sudah dibersihkan seperti yang dikehendaki oleh Raziq Hanan.


"Is Everything ok here Izz?" Kedengaran suara menyapa ketika aku sibuk membetulkan wayar yang agak bersepah dan berselirat di atas lantai. Aku yang kebetulan sedang menyangkung, mendongakkan kepala dan Wajah Raziq Hanan terpampan di hadapanku, berdiri tidak jauh dariku. "Everything ok Encik Raz. Saya cuma nak kemaskan sikit wayar ni. Takut ada yang terlanggar pula nanti" Aku melemparkan senyuman kearahnya dan menyambung semula kerjaku. "Let me help you" Aku agak terkejut apabila Raziq Hanan turut menyangkung di sebelahku sambil tangannya mula sibuk menarik wayar-wayar yang tersimpul antara satu sama lain. Wangian tubuhnya yang menyapa rongga hidungku membuatkan debar dihati tiba-tiba terasa. Aku meneruskan kerja tanpa memandang kearahnya. Bimbang kugugupanku yang terserlah diwajah akan dapat dikesannya.


"Ok. Siap!" Aku berdiri bercekak pinggang sambil tersenyum puas melihat wayar-wayar yang telah kami kemaskan. Dia yang berdiri di sebelah aku turut tersenyum. Tapak tangan digosokkan seketika untuk menghilangkan habuk yang melekat. "Mana si Sahak, Amir dengan Kamal? Awak dah ingatkan diaorang bertiga ke?" Pertanyaan Raziq Hanan membuatkan aku terus melihat jam di tangan kananku dan berkerut keningku dibuatnya apabila menyedari yang jam sudah menginjak ke pukul 10 pagi tapi ketiga-tiga Juruteknik bawahanku masih belum nampak lagi batang hidungnya. Kepala yang tidak gatal kugaru. Telefon di poket seluarku keluarkan. Nombor telefon Juruteknik bernama Amir aku dail.


"Assalammulaikum. Ha Amir. Kenapa awak tak datang lagi ni? Sekarang dah pukul berapa?" Aku bersuara sebaik sahaja kedengaran suara orang menjawab telefon dari sebelah sana. "Hmmm .. So Sahak dengan Kamal macamana?" Berkerut dahiku dibuatnya apabila mendengar jawapan Amir. "Ha yelah. Tapi pastikan awak semua datang esok. Nanti saya bagitau Encik Raz" Punat merah kutekan. Kelihatan Raziq Hanan memandangku, menunggu aku untuk memberitahunya tentang perbualan antara aku dan Amir sebentar tadi.


"Diaorang tak dapat datang Encik Raz. Kereta Amir masuk bengkel. Sahak dengan Kamal menumpang dia. Dalam perjalanan tadi, dia kata tiba-tiba kereta dia mati. Kalau kita tangguh esok boleh ke Encik Raz?" Perlahan-lahan aku memberitahunya apa yang Amir khabarkan kepadaku sebentar tadi. Raziq Hanan memicit-micit dahinya. Telefon bimbit dipoket seluar dikeluarkan dan dengan pantas dia menekan punat-punat nombor diskrin sesentuh telefonnya kemudian ditekapkan ketelinga. Dia berjalan menjauhi aku apabila nombor yang didailnya berjaya disambungkan. Serba salah aku melihatkan keadaannya ketika itu.


Agak lama dia berbual ditelefon dalam bahasa Inggeris. Aku malas untuk mengambil tahu tentang apa yang dibincangkan lantas mengambil keputusan untuk ke pantri.'Baik aku pergi bancuh air daripada duduk tercongok kat sini' Aku berbisik sendiri. Aku menghampiri Raziq Hanan dan apabila dia memandang, aku memberi isyarat tangan kepadanya yang mengatakan aku ingin ke pantri dan dia hanya menganggukkan kepalanya. Serius sahaja raut wajahnya ketika itu.


Setibanya di pantri, aku terus mencapai 2 mug cawan dan Nescafe 'o' panas terus kubancuh. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Raziq Hanan. Sekadar untuk mengambil hatinya yang mungkin sedang 'kepanasan' gara-gara orang bawahanku yang tiba-tiba tidak dapat hadir hari ini tanpa memberitahu awal-awal kepada aku atau dia. Ikutkan hati memang marah juga dengan mereka bertiga. Sekiranya aku tidak menelefon tadi, pasti sampai petang aku dan Raziq Hanan menunggu.


Sedang aku enak menikmati hirupan demi hirupan air yang kubancuh, kelihatan kelibat Raziq Hanan memasuki pantri dan mengambil tempat duduk di sebelahku. Tanpa banyak soal, mug berisi air yang sememangnya aku buat untuknya dicapai dan dihirup perlahan. Dia mengeluh keras. Mug yang masih berbaki separuh airnya diletakkan kembali ke atas meja. "Encik Raz. Mmmm ... Saya mintak maaf bagi pihak budak-budak saya. Esok saya suruh diaorang datang awal. Pukul 8 pagi lagi saya suruh diaorang sampai sini Encik Raz. Saya janji!" Aku meletakkan tangan di sebelah kepala lagak seorang prebet mengangkat tabik kepada Pegawai atasannya.


Lega hatiku apabila tercetus tawa dari bibir Raziq Hanan. Aku tersenyum memandangnya yang masih lagi ketawa. "Izz, Izz" Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menghirup lagi Mug berisi Nescafe 'o' miliknya. "It's ok. Benda nak jadi kan. Bukannya kita mintak pun. But, to bad, the machines cannot wait until tomorrow my dear. Nak tak nak, kita kena uruskan hari ni jugak" bulat mata aku memandangnya. Dia mengangkat-angkatkan keningnya sambil tersenyum. "Tapi, awak jangan risau. Kita just arrange turunkan mesin tu dekat loading bay je. Just make sure, tomorrow, your guys datang untuk susunkan kesemua mesin tu kat tempatnya" penerangan akhirnya membuatkan aku menarik nafas lega. Yalah. Kalau semuanya nak diuruskan hari ni, mana larat aku dan Raziq Hanan berdua sahaja yang menguruskannya. Mahu patah tulang temulang kami dibuatnya nanti.


Petang itu, tepat pukul 4.30, ketiga-tiga mesin baru yang dibeli oleh Rasydan Electronic sampai juga akhirnya. Mujur pemandu lori dan dua orang kelendan yang dibawanya berbadan agak besar dan dengan bantuan troli palet yang kami ada, kesemua mesin tersebut telah selamat di bawa ke tempatnya. Segala urusan penyelenggaraan dan pemasangan aku tinggalkan untuk Sahak, Amir dan Kamal untuk menguruskannya, esok.


Selesai menunaikan solat Asar, aku segera menuju ke lobi untuk menunggu Abang Zack menjemputku seperti kebiasaannya. Lima minit yang lepas ketika aku menghantar pesanan ringkas kepadanya, dia memberitahuku yang dia baru pulang dari bermain futsal. Aku katakan padanya yang dia tak perlu terburu-buru untuk menjemputku memandangkan aku bukannya ada urusan lain pun selepas ini. Dia hanya akur. Akur. Satu-satunya sifat yang amat jarang aku lihat ditunjukkan padaku. Bersetuju dengan kata-kataku tanpa sebarang bantahan. Sesekali dia begini, sejuk juga hatiku dibuatnya.


"Izz. Belum balik lagi ke?" aku mendonggakkan kepala apabila terdengar suara Raziq Hanan menegur. "Belum lagi. Tunggu Abang Zack" Mataku menyoroti pergerakannya yang baru melabuhkan punggung dia atas sofa di hadapanku. "Owh. Ok. So, biar saya temankan Izz lah ye" Dia tersengih sambil memasang earphone ketelinganya untuk mendengar lagu daripada Ipodnya. Aku hanya menganggguk sambil perhatianku kembali tertumpu pada majalah di atas meja di hadapanku yang memisahkan aku dengan Raziq Hanan.


Sedang aku leka membaca, kedengaran suara halus sedang bernyanyi-nyanyi kecil. Aku mengangkat kepala dan ternyata Raziq Hanan yang sedang menyanyi dengan kepala yang terangguk-angguk mengikut irama. Pandangan matanya tertumpu pada skrin Ipad yang dipegangnya. Dalam diam aku cuba mengamati bait lirik yang dinyanyikannya.


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita



Macam pernah kudengar alunan irama bait lirik tersebut. Tetapi siapa penyanyinya ya?


Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you



Oh ya! Baru aku teringat. Lagu Najwa Latif rupanya. Kalau tak silap tajuknya 'I Love You'. Tak sangka Bos yang nampak tough di hadapanku ini mat jiwang juga rupanya. Aku tersenyum sendirian.


Aku mengangkat muka untuk melihat wajah Raziq Hanan semula dan alangkah terkejutnya aku apabila dia memang sedang merenung kearahku. Redup pandangan matanya. Sejak bila dia merenungku sebegitu aku sendiri tak pasti. Apa yang pasti, pandangan kami kini terkunci antara satu sama lain. Tiba-tiba aku rasakan dunia seakan berhenti berputar. Udara seakan berhenti bergerak. Bibir Raziq Hanan bergerak-gerak mengalunkan lirik lagu Najwa Latif lagi. Kali ini lebih kuat nadanya dan dengan penuh perasaan.


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you


Kelu lidahku dibuatnya. Kami hanya berpandangan tanpa kata. Entah berapa lama kami begitu, aku sendiri tak tahu. Tiba-tiba hati terasa sayu. Entah kenapa. Mungkin kerana aku terharu dengan caranya meluahkan rasa kepadaku disaat aku sudahpun dimiliki. Atau aku juga punya perasaan yang sama sepertinya? Ah! Entahlah! Aku tak mahu memikirkan apa-apa pun sekarang ni!

Wednesday, August 28, 2013

Izz Zayani : BAB 14

Pagi itu, Abang Zack menghantar aku ketempat kerja seperti kebiasaannya. Cuma yang belum terbiasa bagiku adalah status hubungan kami yang telah berubah. Dia kini adalah tunanganku. Sepanjang perjalanan, dia yang seperti selalunya, kacak berkacamata hitam memandu dengan penuh tenang. Pandangan mataku dapat menangkap sebentuk cincin yang rekaannya lebih kurang sama dengan cincin yang aku pakai tersarung di jari manisnya.


"Abang suka tengok Izz pakai macam ni. Nampak ayu" Pujian yang tidak disangka-sangka dari mulutnya membuatkan pipiku terasa hangat. "Err .. Terima kasih. Biasa je la. Pakai baju kurung je pun" Aku bersuara cuba mengawal rasa gemuruh yang terasa dihati. Dia kulihat hanya tersenyum mendengar jawapanku. Rasanya hari ini aku hanya berdandan ala kadar sahaja. Tak sangka penampilanku dengan baju kurung pahang berwarna merah hati dengan sedikit sulaman di kaki baju dan kain dengan rambut kusimpul ringkas mampu membuahkan pujian dari Abang Zack.


"Izz. Abang betul-betul harap yang Izz dapat menerima Abang dalam hati Izz. Mungkin cara Abang ni buat Izz rasa tak selesa. Tapi, Abang tak nak kehilangan Izz. Abang betul-betul ikhlas nak ambil Izz sebagai isteri Abang. Abang tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Abang akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk Izz" Bersungguh-sungguh Abang Zack meluahkan rasa hatinya sebaik sahaja kereta diparkirkan tidak jauh dari bangunan Rasydan Electronic. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak pasti apa yang patut aku katakan padanya.


"Izz .. " Pandangannya kini tertumpu padaku. Cerminmata hitamnya sudah ditanggalkan dan disangkutkan kepoket kemeja berwarna pink berjalur putih halus yang dipakainya lengkap dengan talileher berwarna maroon pekat. "Abang tak nak Izz senyap je macam ni. Abang nak dengar juga pandangan Izz tentang hubungan kita ni" Lembut dia memujuk. Aku menarik nafas dalam. Wajahnya kupandang. "Kenapa baru sekarang Abang nak tanya? Kenapa tak tanya sebelum Abang buat keputusan nak hantar rombongan semalam?" Akhirnya terluah juga persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala aku semenjak beberapa hari yang lepas. Aku menarik nafas lega. Lega kerana akhirnya persoalan itu dapat kuajukan padanya.


Giliran dia menarik nafas dalam. "Abang tahu Abang silap. Sepatutnya Abang bincang dengan Izz dulu. Maafkan Abang" Matanya merenungku mohon pengertian. Kalau ikutkan hati mahu sahaja Abang sulung Laila ini kumarahi. Tapi, kalau menurut kewarasan fikiran, semua ini telah pun berlaku. Tak ada gunanya aku memarahinya.


"Macamni lah Abang Zack. Izz akan cuba untuk terima Abang. Tapi, kalau dalam masa 2 tahun ikatan kita ni, kita tak dapat nak membina keserasian yang sepatutnya, Izz harap Abang akan terima dengan hati yang terbuka andai kiranya kita tak ada jodoh untuk bersama" Lancar mulutku melafazkan bait kata-kata yang telah aku rancang dari malam tadi dalam nada tenang. Berubah sedikit riak wajahnya. "Apa ... Apa Izz cakap ni?" Dia pura-pura tak mengerti. Aku memandangnya dengan kening yang sedikit terangkat.


"We just go with the flow. What meant to be is meant to be. Please don't push it too much. Izz harap Abang faham apa yang Izz cuba sampaikan dan tolong jangan desak Izz lagi" Aku berkata tegas lantas pintu keretaku buka. "Nanti dulu Izz!" Belum sempat aku keluar, lenganku ditariknya pantas. Ada ketegasan dalam nada suaranya. Tangan kirinya masih kejap memegang lenganku dan tangan kanannya menutup kembali pintu kereta yang kubuka membuatkan aku pantas menyandarkan sedikit badanku ke belakang bagi mengelakkan dari berlaga pipi dengannya. Tindakan refleks dari Abang Zack membuatkan aku tergamam sebentar.


"Ok. Kalau ini yang Izz mahukan, Abang terima. We will go slow and steady. Abang takkan desak Izz untuk buat apa-apa lagi lepas ni. The decision is yours. Tapi, Abang tak suka cara Izz nak tinggalkan Abang macam ni sedangkan kita belum habis berbincang" Perlahan dia bersuara. Cukup hampir ditelingaku sehingga aku boleh merasa hembusan nafasnya mengenai tengkukku. Aku membuang pandang keluar tingkap. Mujur kereta kami agak terselindung dari pandangan orang. Jika tidak, pasti ramai yang akan menonton drama sebabak lakonan aku dan Abang Zack ini.


"Nantilah kita bincang lagi. Izz nak masuk kerja ni. Izz dah lambat" Akhirnya aku bersuara kerana mula merasa tidak selesa dengan jarak antara kami yang terlalu dekat. Aku meleraikan pegangan tangannya dilenganku dan pintu kereta kubuka semula. Kali ini Abang Zack hanya memerhati membiarkan aku berlalu pergi. Langkah ku atur pantas tanpa menoleh ke belakang.


***********************


Apalah nasib aku hari ini. Pagi tadi terpaksa melayan kerenah Abang Zack dan sekarang terpaksa menghadap Raziq Hanan pula. Pelik juga bila memikirkan yang Raziq Hanan tiba-tiba berada di sini pada hari Isnin. Bukan ke setiap hari Isnin dia akan berada di Ibupejabat Wisma Rasydan? Aku bersoal jawab dalam hati sambil langkah kuhayun menuju ke pejabat Raziq Hanan yang terletak di tingkat atas bangunan Rasydan Electronic ini.


Tiga kali ketukan di pintu diikuti dengan arahan menyuruhku masuk, barulah pintu bilik berwarna coklat oak gelap itu kubuka. "Encik Raz panggil saya?" Pintu kututup kembali. Raziq Hanan yang sedang tekun menatap skrin Laptopnya kuhampiri perlahan. "Yup. Duduk dulu Izz. Saya ada kerja sikit nak siapkan ni" Dia bersuara tanpa memandang kearahku.


"Ok. One task done!" Setelah membiarkan aku 15 minit duduk termangu-mangu di hadapannya, akhirnya dia bersuara sambil melipat skrin Laptopnya. Dia menyandarkan badannya kekerusi empuk buatan kulit sambil meregangkan sendi-sendi badan dan tangannya yang mungkin kelenguhan akibat duduk dalam posisi yang sama dalam jangkamasa yang agak lama. Aku mengagak dalam hati.



Menyedari masih tiada suara yang keluar dari mulut Raziq Hanan, aku memberanikan diri mengangkat wajah untuk memandang kearahnya. Menyirap darahku dibuatnya apabila pandanganku disambut dengan renungan tajamnya. Rupa-rupanya selama dia mendiamkan diri, matanya sibuk merenung setiap inci wajahku. Aku kembali tunduk menekur lantai. "Emm .. Ada apa Encik Raz nak jumpa saya ni?" Cincin dijari manisku pusing-pusingkan untuk meredakan debaran dihati.


"Kenapa awak tak jawab telefon masa saya call malam tadi?" Soalan yang agak mengejutkan darinya membuatkan aku memandangnya dengan dahi yang berkerut seribu. 'Dia ada call aku ke malam tadi?' Aku menyoal dalam hati. "Dua kali saya call tapi kedua-duanya Izz tak jawab. Kenapa?" Lelaki di hadapanku ini membuatkan aku semankin kehairanan.


Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Ya! Malam tadi sewaktu aku dan Laila sampai di rumah sewa, sebelum melelapkan mata, dalam keadaan yang agak mamai, telefon yang terdapat dua panggilan tidak dijawab aku periksa dan namanya yang tertera. Hajat dihati ingin menghantarkan pesanan ringkas sahaja padanya selesai aku memcuci muka dan memberus gigi. Tetapi, mata yang bagai digam membuatkan aku terlupa dan terus tertidur hingga kepagi.


"Owh .. Masa Encik call tu saya tidur. Sampai je rumah, ingat nak call balik, tapi mata ni mengantuk sangat sampai saya terlupa. Sorry la Encik Raz. Ada hal penting ke?" Aku menggaru-garu kepala sambil tersengih memandangnya yang masih menunjukkan wajah serius. "Hmmm .. Takde apa-apa. Just nak bagitau yang saya nak jumpa awak pagi ni" Jawapan yang keluar dari mulutnya membuatkan dahiku berkerut semula. 'Aik. Nak bagitau itupun sampai call aku lewat malam? Itupun call tak cukup sekali'. Aku merungut dalam hati.


"Baiklah Izz. Saya cuma nak bagitau awak mengenai mesin-mesin yang saya katakan hari tu. Semuanya dijangka sampai hari Jumaat ni. So, awak kumpulkanlah beberapa orang awak untuk standby. Kemungkinan Sabtu dan Ahad ni awak semua kena kerja" Aku mengangguk-anggukkan kepala mendengarkan arahan Bos Besar aku itu. "Kalau boleh awak aturkanlah si Sahak, Amir dengan Kamal yang standby sebab diaorang tu badan kan besar-besar. So, senang sikit nak handle mesin-mesin tu nanti" Sambungnya.Lagi sekali aku menganggukkan kepala sambil mencatat sesuatu dibuku nota kecil yang aku bawa.


"Ada apa-apa lagi ke Encik Raz?" Wajahnya kupandang. Debaran hati telah berjaya kukawal. "Rasanya itu saja buat masa ni. Kalau ada apa-apa, saya call awak terus. And .. Please make sure you answer it ok" Pesanan terakhirnya yang agak berbaur sinikal aku jawab dengan senyuman. "Anyway, Izz Zayani .. Congrats for your engagement" Tanganku yang sudah memegang tombol pintu terhenti tiba-tiba mendengar kata-katanya yang diluahkan agak perlahan. Aku menoleh kearahnya.Redup pandangannya ketika itu padaku. Semacam ada satu perasaan aneh yang menjalar dalam hatiku ketika ini. "Err .. Thanks" Dalam nada serba salah aku menjawab dan tombol pintu segera kupulas. Aku ingin segera meloloskan diri keluar dari bilik itu. Walaupun alat penghawa dingin terpasang, ternyata ianya tak mampu untuk mendinginkan suhu badan aku yang tiba-tiba naik mendadak.

Tuesday, August 27, 2013

Izz Zayani : BAB 13

Rasa sebal menguasai diri aku ketika ini. Sejak dari petang tadi, pulang dari BP Mall, aku mengurungkan diri di dalam bilik. Kepada Mak Su Siah aku katakan yang aku sakit perut kerana 'period pain'. Kebetulan, memang pagi tadi  aku datang bulan. Terasa berdosa pula terpaksa membohongi Ibu tua itu. Ah! Lebih baik begitu daripada aku terlantang bahasa dengannya nanti. Lagilah dia akan terguris.


Kata-kata dari Laila yang mengatakan keluarganya akan datang pada hari esok selepas Zohor untuk merisik masih terngiang-ngiang dikepalaku. Aku duduk diatas lantai bersandarkan katil sambil bersila dengan kepala yang dibaringkan di atas birai katil mendongak memandang syiling. Begitulah posisiku semenjak dari jam 6 petang tadi. Terasa kosong kepalaku saat ini. Kosong bukan kerana lapang. Kosong kerana tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk aku menghadam situasi diri yang bakal dirisik tanpa rela. Satu keluhan keras akhirnya terluah juga.


Bila difikir-fikirkan semula, barulah aku tersedar kenapa Abang Zack bersungguh-sungguh mahukan jawapan dariku tempohari semasa dia bertanyakan mengenai adakah aku sudah mempunyai teman lelaki atau belum sewaktu kami sama-sama mandi air terjun di Sungai Congkak. Rupa-rupanya, dia ingin memastikan yang aku masih lagi solo sebelum meluahkan hajat kepada orang tuanya di kampung. Tetapi, kenapa dia tidak bertanyakan kepada aku dahulu tentang niatnya itu? Adakah dengan layanan baikku padanya selama ini menyebabkan dia berfikir yang aku pastinya tidak akan menolak hajatnya itu?


Bagaimana pula dengan Mak Su Siah dan Pak Su Omar? Adakah kerana selama ini aku jarang membangkang kata-kata mereka menyebabkan mereka berfikir yang aku pastinya akan setuju dengan semua ini? Aaargghh!!! Sakit kepalaku memikirkannya.


"Izz .. Marilah makan sayang. Dari petang tadi Izz tak makan. Nanti perut tu masuk angin, lagi sakit" Ketukan lembut di pintu bilik mengejutkanku. Badan sudah kutegakkan dengan pandangan mata terarah kemuka pintu yang terkatup rapat dan kukunci dari dalam. "Izz .. Jamah sikit pun jadilah. Janganlah buat Mak risau ye sayang. Esokkan Izz dah nak balik Kolumpo" Pujukan dan rayuan Mak Su Siah serba sedikit membuatkan paras amarahku menjadi berkurangan. Tak sanggup rasannya membuatkan hati Ibu tua yang setia menjagaku selama ini terluka.


Perlahan-lahan daun pintu kukuakkan. Terpancul wajah penuh kerisauan Mak Su Siah menyambutku di muka pintu. Segera bahuku dipeluk dan dielus lembut. "Perut Izz sakit lagi ke? Dah letak minyak panas?" Penuh kasih dia bertanya. "Dah ok dah. Izz dah sapu minyak sikit tadi" Aku tersenyum hambar."Ha yelah. Jomlah kita makan sikit. Lagipun, ada benda yang Mak dengan Ayah nak bincangkan dengan Izz ni" Seperti dapat kuagak saja apa yang bakal menjadi tajuk perbualan kami sebentar lagi. Kami berjalan beriringan menuju ke dapur menghampiri meja makan dimana Pak Su Omar sudah sedia menanti. "Macamana perut tu? Sakit lagi?" Pak Su Omar memandangku penuh kerisauan. Aku mengelengkan kepala sambil melemparkan senyuman kepadanya.


Mungkin kerana selera yang sudah terbang entah kemana, makanan kegemaranku, Asam pedas ikan tenggiri nampak kurang menyelerakan dimataku. Habis sesenduk nasi kumakan, terus kubawa pinggan kesinki untuk dicuci. Aku melabuhkan punggung kembali di atas kerusi di di hadapan Mak Su Siah sambil meneguk air sirap yang masih tinggal sedikit perlahan-lahan.


"Izz. Ayah rasa Laila ada bagitau tentang apa yang kami nak katakan pada Izz ni" Pak Su Omar yang baru mencuci tangannya disinki memulakan bicara sambil mengelap tangannya dengan sehelai tuala kecil yang tersedia di atas meja. Mak Su Siah membawakan pinggan-pinggan kotor ke sinki sambil matanya mengerling kearahku dan Pak Su Omar silih berganti. "Kami tak ada niat nak memaksa. Tapi, untuk kebaikkan Izz, kami harap Izz terima" Kata-kata penuh pengharapan dari Pak Su Omar membuatkan aku mula rasa serba salah.


Aku mengeluh perlahan sambil menyandarkan badan kekerusi. "Kenapa Mak dengan Ayah tak bagitau Izz awal-awal pasal perkara ni?" Mak Su Siah yang baru selesai mencuci pinggan mangkuk kutatap mohon pengertian. "Izz. Kalau kami tanya, mesti Izz kata Izz belum bersedia kan? Lagipun, kami tahu yang Izz dengan Zack memang dah rapat. Mak dengan Ayah bukan apa Izz. Izz jauh dari kami. Lagipun, kami dengar yang Zack jaga Izz dengan baik kat sana. Kami percaya, dia boleh jaga Izz bila kami dah tak ada nanti" Rambutku dibelai penuh kasih. Ada airmata yang bertakung dibibir matanya. Bibit perkataan terakhir dari Mak Su Siah benar-benar meninggalkan kesan dihatiku.


"Izz bertunang dulu setahun dua. Kenal hati budi macamana. Lepastu barulah kita langsungkan majlisnya. Ye sayang" Giliran Mak Su Siah pula memandangku penuh pengharapan. Aku menundukkan wajah, menekur lantai yang dilitupi tikar getah berwarna hijau lumut bercorak abstrak. "Kalau kami tak ada keserasian macamana?" Aku memberanikan diri bersuara. Mata masih tertacap kearah lantai. "InsyaAllah ada keserasian tu kalau diusahakan. Jangan ditunggu. Izz cuba, mesti boleh" Pak Su Omar menjawab tenang. "Dulu Mak dengan Ayah masa mula-mula kahwin pun asyik bergaduh je. Ada saja yang tak kena. Tapi, berkat kesabaran Mak kamu, akhirnya dapat juga lunturkan baran Ayah ni" Kata-kata beserta gelak kecil dari Pak Su Omar disambut dengan Mak Su Siah dengan gelak tawa. Aku cuba tersenyum sambil memandang mereka silih berganti.


"Kalau Mak dengan Ayah rasa itu yang terbaik, Izz ikutkan je la. Izz nak masuk bilik dulu la ye. Nak rehat" Tangan Mak Su Siah dan Pak Su Omar kusalami dan kucium sebelum kaki melangkah lemah menuju ke bilik tidurku semula. Walaupun persetujuan telah kuberikan, namun fikiranku masih lagi kusut. Aku membaringkan diri di atas katil sambil tangan kuletakkan ke dahi. Mataku terkebil-kebil memerhatikan syiling dan fikiranku melayang entah kemana. Airmata yang sedari tadi bergenang ditubir mata kubiarkan mengalir laju.


***************************

Majlis yang sepatutnya hanya untuk merisik bertukar menjadi majlis pertunangan. Majlis kenduri doa selamat secara kecil-kecilan telah berlangsung. Laila sedari tadi tersenyum girang menemaniku di sebelah sepanjang majlis berlangsung. Sedaya upaya aku cuba mempamerkan wajah ceria supaya Mak Su Siah dan Pak Su Omar tidak terasa hati. Bagi aku, kebahagiaan mereka adalah segala-galanya.


Selesai majlis, aku terus bersiap untuk pulang ke Shah Alam bersama Laila selepas solat Maghrib. "Izz. Dah siap kemas?" Mak Su Siah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk dibirai katil bertanya sambil mencapai baju yang tinggal sedikit di atas katil untuk dilipat dan dimasukkan ke dalam beg."Sikit lagi Mak" Aku mencapai beberapa helai baju kurung dari dalam almari untuk dibawa bersama."Izz" Mak Su Siah menarik lembut tanganku supaya duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut. Dia membelai rambutku sambil tersenyum."Mak bangga ada anak yang taat macam Izz" Ada titis airmata yang jatuh dipipi tuanya membuatkan hati aku terasa sayu. Tubuh Mak Su Siah kudakap penuh kasih.


"Dahla. Mak janganlah nangis lagi. InsyaAllah. Izz ok je. Mak dengan Ayah doakan kebahagiaan Izz ye" Aku memegang keduabelah pipi Mak Su Siah sampbil tersenyum. Dia turut tersenyum sambil memegang tanganku yang masih berada dipipinya. "Mak ada bungkuskan kerepek pisang dengan rempeyek kacang tanah. Nanti Izz bagilah kawan-kawan kat sana ye" Sedikit ceria suara itu ditelingaku membuatkan aku tersenyum senang. Jika tidak, memang berat hati aku ingin meninggalkannya dalam kesedihan.


Kereta Viva berwarna hitam milik Laila mula bergerak memasuki Lebuhraya PLUS ketika azan Isyak berkumandang. Aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Tidak tahu apa yang hendak dibualkan. "Izz ... Aku harap kau tak marah dengan keluarga kami" Kata-kata yang terpacul dari mulut Laila membuatkan aku mengalih pandangan padanya."Eh. Kenapa pulak aku nak marah dengan keluarga kau?" Aku cuba tersenyum. "Yelah. Kami ni macam paksa kau supaya terima Abang Zack je. Tengok muka kau masa majlis tadi pun aku tau" Tersentap aku mendengar luahan rasa Laila. Tidakku sangka yang Laila menyedari kelainan dari riak wajahku sepanjang majlis petang tadi.


"Izz .. Kita dah kawan dari masa sekolah lagi. Aku tahulah kalau kau ni ikhlas ke, pura-pura ke ... Semua tu dalam poket seluar aku la" Laila menepuk pehanya sambil memandang kearahku sekilas. Aku menarik nafas panjang. "Mungkin ini yang terbaik untuk aku" Aku menjawab dalam nada pasrah. "Hmmm ... Aku harap sangat Abang Zack dapat bahagiakan kau" Perlahan sahaja nada suara Laila."Tapi! Kalau dia buat lagi perangai lamanya tu, kau bagitau je kat aku. Taulah aku nak ajar dia nanti!" Tiba-tiba dia bersuara penuh semangat membuatkan aku agak terkejut. Tapi, bila melihat wajahnya yang bersungguh-sungguh, berderai juga tawaku dibuatnya. Dia hanya memuncungkan mulutnya, pura-pura merajuk.


Telefon yang berbunyi mematikan tawaku. Nama yang tertera membuatkan hati tiba-tiba berdegup laju.


'Assalammualaikum'

"Waalaikummussalam"

'Izz sihat?'

"Alhamdulillah. Izz ok je"

'Dah sampai mana ni?'

"Emmm ... Baru nak masuk Tangkak. Err .. Abang masih kat Penang ke?"

'Tak. Petang tadi dah sampai rumah. Penat sangat. Lepas asar terus tertidur. Pukul 8 baru terjaga. Nasib baik sempat Maghrib. Lepas sembahyang Isyak, teringatkan Izz, tu yang Abang telefon ni'

"Owh"

'Izz. Abang harap Izz dapat terima Abang. Abang sayangkan Izz. Maafkan Abang sebab tak bagitau Izz awal-awal'

"Takpela bang. Benda dah jadi. Keluarga Izz pun dah terima"

'Keluarga Izz terima. Habis Izz macamana?'

"Izz ikutkan je bang. Apa yang terbaik untuk mereka, terbaiklah untuk Izz juga. Err .. Abang mesti penat kan? Pergilah tidur. Esokkan kerja, kena bangun awal. Nanti dah sampai, Izz bagitau. Assalammualaikum"


Punat merah kutekan tanpa mendengar balasan salam dari Abang Zack. "Siapa call? Abang Zack?" Laila bertanya dengan tumpuannya masih di atas jalanraya. "Ha'ah" Aku menjawap ringkas. Pandangan kucampakkan keluar tingkap. Berkocak kembali perasaanku dibuatnya. Hendak marahkan Abang Zack pun tak guna andai persetujuan itu sudah kuberikan. Cincin emas putih yang terikat dua biji berlian ditengah-tengahnya dijari manis aku renung sejenak. Siapa sangka, persoalan Raziq Hanan tempohari mengenai perancangan perkahwinan antara aku dan Abang Zack akhirnya terjawab sudah.


Raziq Hanan. Sebaris nama yang tiba-tiba muncul dalam kotak fikiranku membuatkan fikiranku bertambah kusut. Bagaimana penerimaannya agaknya apabila mengetahui yang aku sudah menjadi tunangan Abang Zack. Ah! Biarlah. Lagipun, bukankah dia sendiri yang mengakui selama ini aku sememangnya adalah 'Buah Hati' Abang Zack? Jadi, seharusnya berita pertunanganku ini tidak terlalu mengejutkan buatnya.


Entah berapa lama aku mengelamun sehinggakan tidak sedar yang mata sudah terkatup dengan sendirinya. Sayup-sayup dapat kudengar telefon yang berbunyi namun tuntutan mata yang keletihan minta direhatkan mengatasi segala-galanya dan aku meneruskan lenaku tanpa mempedulikan apa saja yang berlaku disekelilingku saat ini.

Monday, August 26, 2013

Izz Zayani : BAB 12

Selepas solat Isyak malam itu, aku dan Laila memulakan perjalanan kami pulang ke kampung di Johor. Agak lambat juga kami bertolak memandangkan Laila tiba lambat di rumah tadi gara-gara jem. Mujur dia tidak perlu menjemput aku terlebih dahulu tadi. Jika tidak, pasti kami akan lagi lambat unutk memulakan perjalanan balik ke Johor.


Baru sahaja kereta bergerak meninggalkan rumah sewa kami, telefonku berbunyi. Aku hanya mengerutkan dahi melihat sebaris nombor yang tidak kukenali tertera diskrin telefon. Jika tidak dijawab, takut panggilan penting dari kampung. Mana tahu jika Mak Su Siah meminjam telefon sesiapa untuk menghubungiku. Setelah telefon bedering beberapa kali dah Laila menggesa aku menjawabnya, akhirnya, punat hijau kutekan juga.


"Assalammualaikum" Salam yang dihulurkan dari hujung talian segera aku cam suaranya. Suara yang cukup mendebarkan aku sepanjang hari ini. Suara yang benar-benar ingin aku hapuskan dari benak kepalaku ketika ini. Bukan kerana aku membenci. Bukan! Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti kenapa. Yang aku tahu, Tuan punya suara itu pasti akan membuatkan aku tidak dapat tidur lena gara-gara asyik teringatkannya sahaja.


"Izz. Are you there?" Suara itu menyapa gegendang telingaku lagi. Kali ini ada berbaur kerisauan. "Err .. Waalaikummussalam. Saya .. Saya ada kat sini. Emmm .. Ada apa Raz call ni?" Pantas aku bertanya. Dahiku tepuk berulang-ulang kali. Laila di sebelah hanya menjeling kehairanan.


"Oh .. Err ... Saja nak tanya Izz dah bertolak balik ke Johor ke?" Dapatku tangkap kegugupan dalam nada jawapannya. Adakah dia juga sedang merasa apa yang aku rasa ketika ini? Rasa getaran dan debaran halus yang aku sendiri sukar untuk mengertikan. "Owh. Saya dengan Laila baru saja bertolak. Lambat sikit sebab Laila pun pukul 9 tadi baru sampai rumah" Segera aku menjawab sebelum minda aku mengelamun lagi.


"Ha. Nasib baiklah saya hantar Izz balik tadi kan? Kalau tak mesti lagi lambat Izz bertolak. Emmm .. Oklah. Nanti kalau dah sampai bagitau la ye. Jangan buat Raz risau. Assalammualaikum" Perlahan-lahan aku mejawab salamnya dan telefon yang sudah ditamatkan panggilannya aku tatap penuh kehairanan. Kenapa lain benar sikap Bos aku ini? Sikap keprihatinannya membuatkan hatiku terusik sedikit.


"Woi! Berangan ke?! Penat aku tanya, dia buat tak tahu aja!" Sergahan beserta tepukan yang sedikit perit terasa dipehaku dari Laila membuatkan aku tersedar dari khayalanku sendiri. "Err .. Kau tanya apa mek?" Agak kalut aku bertanya kearah Laila yang sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati. Aku tersengih cuba mengambil hatinya. akhirnya dia tertawa memandang raut wajahku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


"Aku tanya, kau dengan Bos kau tu ada apa-apa ke? Baik semacam je dia dengan kau" Laila mengulangi soalannya apabila ketawanya reda. Tersentak juga aku dibuatnya apabila mendengar soalan cepu emas dari kawan baikku itu. "Isshhkk .... Mana ada apa-apalah. Dia kan kawan baik Abang Zack. So, mungkin sejak dia selamatkan aku hari tu, dia rasa kasihan kot dengan aku ni. Sebab tulah dia layan aku dengan baik" Aku cuba mencipta alasan agar Laila tidak terus-terusan mempersoalkan layanan baik yang diberikan oleh Raziq Hanan kepadaku.


Aku menarik nafas lega apabila Laila mengangguk-anggukkan kepalanya apabila mendengar jawapanku. "Ehhh .. Tapikan. Aku peliklah. Kenapa Abang Zack ngan Bos kau, si Raziq Hanan ni, layan kau baik semacam ek? Entah-entah, dua-dua ni tengah 'pancing' kau tak?" Senyuman nakal dari Laila aku sambut dengan cubitan halus dilengannya." Aduh! Sakitlah Izz!! Kau ni tangan macam ketamlah!" Laila menjerit geram sambil mengusap-ngusap bekas cubitanku, kasar. Aku hanya ketawa berdekah-dekah melihat reaksinya dan memek mukanya ketika itu. Semankin tajam jelingannya padaku. Aku membuang pandangan keluar kereta, malas hendak melayan kata-kata Laila yang semankin mengarut padaku.


****************************


Lewat jam 3 pagi barulah kami tiba di kampung Parit Raja, Batu Pahat. Laila menghantar aku pulang terlebih dahulu sebelum dia beransur ke rumahnya. Mak Su Siah dan Pak Su Omar masih berjaga semasa aku tiba tadi. Apabila aku tanyakan kenapa mereka tidak tidur lagi, khusyuk melayan perlawanan bolasepak jawab Pak Su Omar. Aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. Pak Su Omar memang peminat tegar sukan bolasepak. Jadi, aku tidak hairan jika dia senggup berjaga hingga pukul 3-4 pagi untuk menonton Piala EPL. Manakala Mak Si Siah, aku tahu dia turut berjaga kerana menunggu kepulanganku.


Setelah melayan Pak Su Omar dan Mak Su Siah bersembang sambil menjamah nasi berlaukkan ikan keli bakar cicah air asam yang disediakan oleh Mak Su Siah, aku meminta izin untuk beredar ke bilik tidur. Mata sudah mula mengantuk. Semasa mengemas-ngemas kain baju yang kubawa, tiba-tiba teringatkan Raziq Hanan dan Abang Zack. SMS umum yang kutaipkan untuk memberitahu aku sudah selamat sampai ke kampung aku hantarkan kepada Raziq Hanan dan Abang Zack. Takut mereka tidak lena tidur pula memikirkan tentang aku. 'Perasan jela kau ni Izz Zayani!Heh!' Aku tersenyum sendiri.


'Ok. Take care' Jawapan pendek yang sama dihantar oleh Abang Zack dan Raziq Hanan. Aku mengangkatkan kening. 'Sehati sejiwa betul kawan baik ni' Akhirnya aku tersenyum lagi. Baju tidur yang tergantung di dalam almari baju aku capai dan aku sarungkan ketubuh. Lampu bilik kututup dan aku terus melabuhkan kepala ke atas bantal. Tidak sampai 5 minit,aku sudah terlena dibuai mimpi.


Pagi itu, seawal jam 9 pagi, Laila sudah menunjukkan mukanya di pintu rumahku mengajakku ke Bandar Batu Pahat untuk mencari bahan membuat baju Raya katanya. Walhal, jika dikira-kira, ada lagi 4 bulan sebelum menyambut Ramadhan. Tanpa bantahan Mak Su Siah memberikan keizinannya. Itupun setelah Laila dan aku menjamah hidangan Nasi Lemak yang telah dibuatnya untuk hidangan sarapan pagi.


Setelah lebih setengah jam berlegar-legar mencari tempat parkir, akhirnya kami jumpa juga tempat yang diinginkan. Segunung keluhan lahir dari mulut mungil Laila disebabkan kakinya yang kelenguhan kerana keretanya bukannya bergear automatik. Aku hanya tersenyum menadah telinga mendengar keluhannya. Hendak diperli takut panjang pula rajuknya nanti.


Nyaman sedikit aku rasa tatkala kami melangkah masuk ke dalam gedung pakaian Jakel yang sememangnya menjadi tempat kegemaran Laila apabila ingin membeli bahan bajunya. Laila sudah galak ke sana ke mari membelek-belek bahan-bahan kain terkini yang menarik perhatiannya. Aku hanya duduk dikerusi yang disediakan menjadi pemerhati sambil memebetulkan ikatan rambut yang agak longgar dikepala. Terasa sejuk sedikit pipiku yang tadinya terasa hangat dipanah matahari pagi.


"Izz, cuba kau pilih. Yang mana satu kau suka?" Laila datang kepadaku dengan dua pasang kain lace dan satin ditangannya. Kedua-duanya berwarna pastel. Satu berwarna peach dan yang satu lagi berwarna ungu. Kedua-duanya digawang-gawangkan di hadapan mukaku. Aku membelek-belek kedua-dua pasang baju yang nampak sama-sama cantik dimataku. "Aik. Kenapa tanya yang mana satu aku suka pulak ni? Kau nak belikan baju untuk aku ke?" aku tersengih memandangnya."Alaa .. kau pilih jela. Ada banyak tempat lagi nak pergi ni" Aku mengerutkan kening memandangnya dan setelah didesak,akhirnya aku memilih warna peach. Laila tersenyum puas manakala aku hanya menjelingnya geram.


"Ok. Sekarang kita pergi BP Mall pulak. Aku nak tengok beg tangan dengan kasut" Laila berkata sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelahnya di dalam kereta. "Eh. Kau ni membeli macam nak buat hantaran kahwin je. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke ni?" Aku menegur sambil mengerling beberapa beg kertas yang hampir memenuhi tempat duduk belakang keretanya. Laila hanya tersengih tanpa suara. Mankin geram aku jadinya. Tanpa pilihan aku hanya menurut sahaja kemana dibawanya aku pergi.


Setibanya kami di kedai kasut Vincci, Laila terus menarik tanganku menuju ke rak kasut yang mempamerkan deretan kasut tumit bertutup yang kebiasaannya menjadi pilihan untuk dijadikan hantaran kahwin atau bertunang. Semankin pelik aku dengan perangai Laila. Dia mengambil beberapa pasang kasut dan disuruh aku mencubanya."Cik Laila. Cuba kau bagitau aku. Siapa nak kahwin ni? Tadi kau sakan bershoping kat Jakel. Nak kata beli baju raya, takkanlah sampai 6 pasang baju kau beli. Tupun semua warna yang sama. Ni kau sibuk suruh aku try kasut pulak. Hisshh .. Peliklah kau ni" Aku merungut setelah masuk kasut ketiga disuruh aku mencubanya.


Laila tersengih seperti tadi."Ok. Kau pilih kasut dengan beg dulu. Nanti kita pergi makan tengahari aku bagitau semua jawapan kepada soalan kau tu. Setuju?" Akhirnya dia memberi jawapan yang memuaskan hatiku. Pantas sahaja aku memilih sepasang kasut berwana cream dan beg tangan yang sedondon. Tanpa banyak soal, Laila terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.


Kami memilih makan tengahari di Pizza Hut sahaja memandangkan di kedai-kedai lain semuannya nampak penuh. Sementara menunggu pesanan makanan kami sampai, aku terus mendesak Laila untuk memberi jawapan kepada soalan-soalanku tadi. Laila menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Lagaknya seperti sengaja hendak mendera perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam diriku pada ketika ini. Aku mendengus geram dan dia ketawa melihat memek wajahku yang sudah mencuka dengan mulut yang sengaja aku muncungkan.


"Ok, Ok. Aku nak ceritalah ni. Tapi, kau kena janji. Kau jangan marahkan aku tau" Laila mengunjukkan jari telunjuknya kearahku. Kepalaku anggukkan laju-laju. Tidak sabar untuk medengar penjelasan dari Laila.


"Esok, famili aku nak datang ke rumah kau. Merisik" Jawapan pendek dari mulut Laila membuatkan aku terlopong."Err .. Err .. Merisik? Untuk siapa? Err .. Siapa yang nak dirisik?" Tergagap-gagap aku bertanya."Takkanlah nak merisik untuk bapak aku dan takkan lah kitaorang nak merisik Mak kau pulak" Laila mentertawakanku yang masih terpinga-pinga. "Kau ni. Kenapalah tiba-tiba jadi blur pulak ni? Famili aku nak merisik kau untuk Abang sulung aku. Abang Zack" Bagai terhenti degup jantung aku ketika itu. Apa? Aku dengan Abang Zack?? Terasa sesak nafasku seketika.


"Hei ... Kau ni kenapa? Kau tak suka ke?" Keduabelah tanganku digenggam Laila sambil digoyang-goyangkan lembut. Aku masih terdiam. Cuba memproses kata-kata Laila sebentar tadi. Aku dengan Abang Zack? Berulang-ulang kali soalan itu bergema dikepalaku. Sejak bila pula mereka merancang semua ni? Sejak bila pula Laila tahu tentang perancangan mereka ini? Semankin banyak persoalan di benak kepalaku ketika ini.


Laila yang semankin cemas menunggu aku bersuara kupandang. "Se .. Sejak bila kau tahu ni?" Akhirnya soalan itu yang keluar dari mulutku."Dah dua minggu dah. Abang Zack tu memang dah suka sangat dengan kau Izz. Mak dengan Ayah kau pun setuju kalau korang dijodohkan. Aku lagilah suka sebab kau bakal jadi kakak ipar aku" Genggaman tangannya padaku semankin dieratkan dan senyuman diwajahnya kian melebar.


Aku faham tentang perangai Laila dan Abang Zack yang suka mendesak. Tapi, aku tak sangka yang Mak Su Siah dan Pak Su Omar juga begitu. Langsung tidak bertanyakan aku dahulu tentang perkara ini. Adakah kerana sikap Abang Zack yang terlalu prihatin terhadapku menyebabkan aku tidak diberikan hak untuk bersuara dalam hal ini? Aku tahu Abang Zack memang baik terhadap aku, tapi aku tak sangka yang masa depan aku menjadi taruhannya. Andai kukatakan tidak, apakah reaksi yang akan diberikan oleh Laila? Oleh Mak Su Siah dan Pak Su Omar? Oleh Ibubapa Laila? Dan yang paling penting dari Abang Zack sendiri?? Semankin kusut fikiranku dibuatnya. Patutlah Mak Su Siah beriya-iya benar bertanyakan adakah aku jadi pulang ke kampung hujung minggu ini. Sehari sampaikan 2-3 kali menelefonku bertanyakan soalan yang sama. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!

Friday, August 23, 2013

Izz Zayani : BAB 11

Jumaat. Hari yang paling aku nanti-nantikan setiap minggu. Aku rasa bukan aku seorang yang menanti-nantikan penghulu segala hari ni, malah semua pekerja yang ada di sini juga sama. Masing-masing nampak bersemangat sahaja bekerja pada hari terakhir dalam minggu ini. Tapi aku lebih-lebih lagi bersemangat kerana malam ini aku dan Laila akan berangkat pulang ke kampung. Kebetulan, Laila tidak punya kelas kuliah hujung minggu ini. Maka, aku mengambil kesempatan mengajaknya pulang ke kampung.


Sudah sebulan lebih aku tidak bertemu dengan Mak Su Siah dan Pak Su Omar. Membuak-buak rasa rindu pada mereka berdua. Bukan tidak pernah berpisah sebegini. Cuma, kali ini, rasa rindu itu lebih kuat dari biasa. Sementara aku masih punya masa terluang, lebih baik aku pulang menziarahi mereka.


Pagi ini, jadualku tidak terlalu padat. Selesai mengadakan pemeriksaan ke atas semua mesin-mesin di dalam kilang bersama 3 orang bawahanku, aku menuju ke pantri untuk membancuh secawan nescafe memandangkan hari ini aku tidak sempat bersarapan di rumah kerana perlu menumpang Laila ketempat kerja seawal jam 7 pagi kerana kelasnya bermula jam 8.30 pagi.


Abang Zack sudah memberitahuku semalam sewaktu menghantar aku pulang yang dia akan ke luar negeri sehingga hari ahad ini. Dia ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan di Pulau Pinang, katanya. Sempat dia berpesan itu dan ini padaku. Walhal, hanya satu hari saja pun dia tak dapat menghantar dan mengambil aku dari tempat kerja. Rasa lucu pula bila memikirkannya. Nak kata laki aku, bukan. Nak kata boyfriend aku pun bukan. Tapi, aku rasa dia melayan aku lebih dari sepatutnya sampaikan Laila sering sahaja cemburu dengan layanannya padaku.Aku tersenyum sendiri.


"Kenapa senyum sorang-sorang ni? Boleh share ke?" Tersentap aku mendengar suara yang tiba-tiba menyapa dekat dipendengaranku. Aku mendongakkan kepala dan wajah Raziq Hanan yang dihiasi senyuman segera terpampan di hadapanku. Aku yang sedari tadi berdiri bersandarkan kabinet dapur sedikit menjadi terkedu secara tiba-tiba. Aku menegakkan badanku sedikit setelah menyedari yang jarak antara kami terlalu dekat. Tidak sampai satu kaki. Cawan berisi nescafe suam kupegang erat agar tidak terlepas dari tangan.


"Boleh bancuhkan air nescafe untuk saya sekali?" Melihat riak wajahku yang masih tergamam, dia menarik sebuah kerusi tidak jauh dari tempat kami berdiri dan terus melabuhkan punggungnya. Senyuman yang membuatkan aku sedikit terpukau masih menghiasi bibirnya yang kemerah-merahan.


"Err .. Bo .. Boleh" Segera aku tersedar apabila dia mengenyitkan sebelah matanya padaku. Wajah yang mula terasa hangat aku palingkan ke arah deretan bahan-bahan untuk menyediakan minuman. Sedikit kalut aku dibuatnya ketika membuka penutup bekas nescafe dan gula. Dengan denyutan jantung yang melebihi kadar 80 seminit membuatkan aku rasa benar-benar tidak selesa ketika ini.


Air yang sudah siap kubancuh bertukar tangan. "Duduklah. Temankan saya" Entah kenapa, ringan saja punggungku untuk mengambil tempat duduk di sebelahnya walaupun aku sebenarnya sudah berkira-kira untuk segera beredar dari situ. Inilah jadinya apabila akal dan hati tidak bekerjasama. Lain yang difikir, lain yang dibuat. Air nescafe yang sudah sejuk aku teguk perlahan.


"Hari ni ada meeting lagi ke Encik Raz atau ada peralatan baru yang nak sampai?" Aku bertanya untuk memecahkan kesunyian antara kami. Lagipula aku semankin tidak selesa apabila matanya leka memandang aku sedari tadi sehinggakan air nescafe yang menjadi kegemaran aku selama ini, tiba-tiba terasa payau ditekak.


"Eh ... Tak adalah. Kenapa Izz tanya macamtu?" Air yang masih panas dihirup sedikit. Pandangannya masih tertumpu padaku. "Tak adalah. Encik Raz selalunya jarang ke sini. Selalunya kalau Encik Raz ke sini pun mesti ada sebab kan?" Lancar sahaja mulut aku menjawab. 'Eh, Izz. Inikan kilang dia. Suka hati dialah nak datang hari-hari pun. Apa kena-mengena dengan kau' Aku mula berperang dengan hati aku sendiri setelah menyedari kesilapan pada jawapan yang aku berikan padanya.


Raziq Hanan melebarkan senyumannya. "Kenapa? Tak boleh ke saya datang ke sini hari-hari? Kena ada sebab ke baru saya boleh datang ke kilang saya sendiri?" Terasa membahang mukaku dibuatnya mendengar jawapan yang agak sinikal dari lelaki itu. Sampai ketelinga terasa panasnya. Bukan kerana marah. Tapi dek kerana malu dengan lontaran kata-kata sendiri yang kurang bernas.


Sedikit terkejut aku apabila tiba-tiba kedengaran tawa Raziq Hanan bergema di dalam bilik pantri. Nasib baik bilik ini jauh dari pintu masuk ke kilang dan hanya kami berdua sahaja yang ada di sini. Jika tidak, maunya aku dan dia akan menjadi bahan gosip jurukepoh-jurukepoh yang tak bertauliah di Rasydan Electronic ini.


"Sukalah saya tengok muka Izz kalau malu. Merah padam sampai ketelinga. So cute" Kata-kata Raziq Hanan beserta sisa tawa yang masih ada membuatkan wajahku bertambah merah. Bencilah macam ni! Memalukan betullah! Nasib la Izz Zayani. Inilah kekurangannya kalau kulit putih melepak. Kalau ada perubahan emosi,nescaya warna kulit muka pun akan berubah sama. Aku membebel dalam hati. Mataku tunak memandang lantai. Tak berani nak bertentang mata dengan Raziq Hanan ketika itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku menapak keluar dari situ.


"Oklah. Tak naklah tease awak lagi. Kesian saya tengok muka merah padam awak tu. Saya saja je ke sini. Lagipun, hari ni saya balik ke rumah saya di kota kemuning. Dah satu jalan kan. Senang sikit" Akhirnya dia berhenti ketawa dan memberi jawapan kepada soalan aku tadi. Perlahan-lahan aku memandang kearahnya sambil tersenyum kelat. "Lagipun, saya rindu dengan awak. Rasa 'kosong' kalau tak nampak muka awak sehari. Ilmu apalah yang aku gunakan pada saya ni ye" kata-kata yang diluahkan dalam nada suara yang sedikit perlahan itu membuatkan dadaku kembali berombak kuat. Raziq Hanan benar-benar membuatkan jantungnya seakan-akan mahu tercabut hari ini!!


**************************************


Jam 6 petang aku masih lagi dilobi bangunan Rasydan Electronic itu. Menunggu Laila yang baru saja berWhatsapp denganku mengatakan yang kelasnya baru sahaja habis dan kemungkinan akan sampai lambat untuk menjemputku.

"Izz" Suara yang seboleh-bolehnya ingin aku elak sedari pagi tadi akhirnya kedengaran menegur aku juga. Aku yang sedang membaca majalah diatas sofa yang berada diruang lobi itu mendongakkan kepala dan melemparkan senyuman pada Raziq Hanan yang sudah berdiri di hadapanku. Tangan kanannya menjinjit briefcase dan tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar. Lengan kemeja warna biru laut yang dilipat hingga ke siku dengan butang baju yang terbuka sedikit dibahagian atas membuatkan dia sudah cukup tampan dimataku.


"Kenapa tak balik lagi ni? Zack ada meeting lagi ke?" Jam dipergelangan tangan ditatapnya seketika."Eh. Tak. Emm .. Abang Zack takde. Dia pergi Penang. Ahad baru balik. Saya tunggu Laila. Adik Abang Zack yang duduk serumah dengan saya. Err .. Yang hari tu Encik Raz jumpa masa hantar saya balik masa ... " Kata-kataku mati di situ apabila teringatkan peristiwa hitam itu. Terasa sebak dadaku tiba-tiba.


"Izz. Are you ok?" Raziq Hanan segera mengambil tempat di sebelahku apabila melihat wajahku berubah riak dan tiba-tiba tunduk menatap lantai. Terasa bahuku disentuh lembut. Dalam keadaan terkejut, tangannya pantas kutepis membuatkan Raziq Hanan sedikit tergamam. "Sorry. I didn't mean to take advantage" Dia bersuara agak serba salah. Aku menjauhkan sedikit jarakku dengannya. "Its ok. Err ... Encik Raz jangan la risau. Saya ok. Cuma, mungkin ambik masa sikit nak lupakan apa yang jadi hari tu" Aku menggagahkan diri menatap wajahnya sambil tersenyum hambar. Akhirnya dia tersenyum juga sambil mengalih tempat duduk di sofa sebelah. Mungkin ingin menjaga hatiku barangkali.


"Tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Kan dah lepas waktu kerja ni" Dia menyandarkan tubuhnya kesofa dengan kaki yang disilangkan. Briefcasenya diletakkan di atas meja kopi di hadapan kami. "Kenapa .. errr .. Raz tak balik lagi?" Giliran aku pula bertanya. "Saya memang cadang nak balik tadi. Tapi, memandangkan Izz pun belum balik, jadi saya temankan Izz dulu la" Aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. Cuba berlagak selamba. Tidak mahu  terlebih emosi lagi. Cukup-cukuplah pagi tadi aku memalukan diri sendiri di hadapannya.


"Hujung minggu ni Izz buat apa kat rumah?" Raziq Hanan meletakkan keduabelah tangan ke belakang kepalanya. "Malam ni saya dengan Laila balik kampung. Ahad malam baru balik ke sini semula" Majalah yang di atas riba kuletakkan kembali ke raknya."Owh. Ingatkan nak ajak Izz keluar esok" Raziq Hanan tersenyum memandang aku. Aku turut tersenyum. Tak tahu jawapan apa yang patut kuberikan padanya. Risau kiranya aku tersalah cakap lagi.


Bunyi telefon betul-betul menyelamatkan aku dari terus terperangkap dalam situasi yang kurang menyenangkan antara aku dan Raziq Hanan ketika itu. "Assalammualaikum. Ye Mek. Kau dah sampai ke?" Ayat pertama yang aku sebut setelah panggilan masuk  yang tertera nama "Laila" di skrin telefon itu aku angkat seraya bangun dan menjengah keluar dinding kaca untuk mencari-cari kelibat kereta Viva milik Laila."Laaa .. Kau baru nak keluar Fakulti ke? Lambat lagi ke?" Berkerut dahiku apabila Laila memberitahu yang dia terlalu lapar dan pergi makan terlebih dulu bersama rakan-rakan sekuliahnya dan baru sahaja ingin bergerak dari Pundak Alam untuk menjemputku di Seksyen 24. " Ha .. Yelah. Aku tunggu. Cepat tau. Waalaikummussalam" Punat merah aku tekan dan aku kembali duduk di atas sofa bersebelahan dengan Raziq Hanan.


"Rasanya, baik Encik .. Err .. Raz balik dulu kot. Kawan saya tu baru nak gerak dari Puncak Alam untuk jemput saya" Majalah di rak aku capai semula. Raziq Hanan yang masih leka dengan iPad ditangannya kupandang. Wajahnya diangkat dan pandangannya ditumpukan kepada aku manakala iPadnya sudah diletakkan di atas riba. "Kalau macam tu biar saya jela yang hantar Izz balik. Dah dekat pukul 7 ni. Kesian pulak nanti kat kawan awak tu. Jauh tu dari Puncak Alam ke sini" Raziq Hanan sudah menyimpan iPadnya ke dalam briefcase. Dia sudah berdiri dengan briefcase ditangan bersedia untuk beredar dari situ. Dia memandangku dengan kening sedikit terangkat.


"Err .. Tak payahlah Raz. Saya tunggu kawan saya je la.Tak mahulah saya susahkan Raz pulak" Cepat-cepat aku menjawab. Cukuplah dia membantu aku tempohari ketika kejadian aku hampir dirogol. Cukuplah juga Abang Zack seorang yang merelakan dirinya menjadi pemandu peribadi tak bergaji aku selama ini. Lagipula, aku tidak mahu ada cakap-cakap belakang sekiranya ada orang ternampak aku menaiki kereta Bos Besar Rasydan Electronic ini.


"Izz takut Zack marah ke? Takpe, biar saya call bagitau dia" Telefon bimbitnya di dalam poket seluar sudah dikeluarkan dan Raziq Hanan bersedia untuk mendial nombor yang ingin dihubunginya."Eh, tak payah Raz. Tak payah. Errrmmmm ..." Melihatkan aku yang mula jadi tidak keruan, mankin melebar senyumannya."Takpe. Saya ikhlas nak tolong Izz. Kalau Izz rasa tak selesa sebab apa yang saya cakap dekat pantri pagi tadi, saya mintak maaf. I'm just being honest. Saya cakap apa yang saya rasa. Lagipun, saya tahu Izz dah ada Zack. Apa yang saya cakap tadi adalah sekadar luahan rasa. Tak lebih dari itu. Jangan risaulah. Saya takkan bertindak di luar batasan" Bersungguh-sungguh dia menjelaskan walhal bukan perkara itu pun yang aku rungsingkan.


Tapi, bagus juga dia menganggap aku adalah "Buah Hati" Abang Zack. Sekurang-kurangnya, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan yang akan membuatkan jantungku seperti mahu tercabut. Cukuplah sekadar kata-katanya. Itupun dah cukup untuk menggegarkan jiwaku. Sesungguhnya menghadapi lelaki yang terlebih gentlemen seperti Raziq Hanan ini membuatkan otak aku sentiasa ligat berfikir agar tak tersilap kata dan perbuatan. Kesilapan yang akhirnya akan membuatkan aku malu sendiri. Itu yang ingin aku elakkan.


Setelah menimbang-nimbang semula dan memandangkan waktu itu jam sudah menunjukkan ke pukul 7, akhirnya aku bersetuju untuk menerima pelawaan Raziq Hanan. Laila hanya berkata 'Okay' ketika aku menelefonnya memberitahu yang dia tak perlu datang menjemput aku kerana Raziq Hanan yang akan menghantar aku pulang. Abang Zack juga sudah kuberitahu. Sekadar menjaga hati. Tidak mahu nanti dia fikir aku sengaja mengambil kesempatan terhadap Bos aku sendiri yang juga merangkap teman baiknya itu. Lebar saja senyuman lelaki itu saat aku menyatakan persetujuanku. Aku berjalan mengekori langkahnya menuju ketempat parkir kereta yang dikhaskan untuknya.


"So, Izz dan Zack dah ada planning ke nak kahwin?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Raziq Hanan selepas kereta bergerak meninggalkan bangunan Rasydan Electronic membuatkan aku tergamam. 'Alamak! Apa aku nak jawab ni?' Resah aku dalam hati. Bimbang tersalah kata. "Err ... Takde plan apa-apa pun. Lagipun saya masih muda lagi" Aku memberikan jawapan paling 'selamat'. "Perempuan kahwin muda takpe. Si Zack tu sabaya saya. Dah nak masuk masuk 30 tahun pun umurnya. Dah memang patut kahwin pun" Dia tesenyum sendiri."Kalau macam tu, Raz pun dah patut kahwin la kan? So, kenapa tak kahwin lagi?" Tak tahu kenapa cepat benar aku bersuara. Dia ketawa. Lebih kuat dari tadi.


"Patutnya Izz kena panggil saya Abang Raz tau. Yelah. Kalau Zack, Izz panggil 'Abang', dengan saya pun samalah kan?" Dia cuba mengalih tajuk."Abang Zack tu saya panggil 'Abang' sebab dia tu Abang Laila. Dah biasa panggil dari kecik" Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda jawapan yang aku berikan memuaskan hatinya."Saya nak kahwin. Tapi, bakal isteri saya dah jadi buah hati orang lain. Saya lambat sangat jumpa dia. Kalau tak, esok jugak saya hantar rombongan meminang" Kelat rasanya air liur yang aku telan saat itu.


Akukah yang dia maksudkan?Ahh! Takkanlah! Tapi, kalau bukan, kenapa lain macam sahaja dia memandangku ketika ini. akhirnya lidah terus menjadi kelu. Dia juga begitu. Masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri sambil diiringi lagu "Bunga Larangan" nyanyian UG14 yang sedang berkumandang diradio. Seperti ada kena mengena sahaja dengan luahan rasa Raziq Hanan sebentar tadi. Dari ekor mata dapat kulihat mulutnya bergerak-gerak mengikut nyanyian bait-bait lirik lagu yang popular tahun 90an itu.


Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan ...

Thursday, August 22, 2013

Izz Zayani : BAB 10

Semenjak kejadian hitam yang menimpa aku pada bulan lepas, Abang Zack telah berpesan pada aku agar aku tidak lagi menunggunya di hentian bas. Dia akan menjemputku terus dari pintu pagar Rasydan Electronic. Kadangkala terasa segan pula dilayan sampai begitu sekali oleh Abang Zack sedangkan aku dan dia bukan ada pertalian apa-apapun. Tapi, seperti juga Laila, Abang Zack sememangnya jenis yang cukup suka mendesak dan juga pandai memujuk agar aku mengikut saja kata-katanya. Kadangkala lemas juga aku dibuatnya.


Telefon yang baru ku beli dengan duit gajiku yang pertama aku belek-belek dengan rasa teruja. Inilah kali pertama aku dapat membeli telefon semahal ini. Itupun setelah dipujuk Laila. Katanya, senang dia hendak berWhatsApp dan berWechat denganku nanti. Sedang aku khusyuk membelek iphone yang agak canggih aplikasinya itu, tiba-tiba telefon itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Abang Zack. Punat hijau diskrin sesentuh aku tekan.


"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam. Izz busy ke?"

"Takdela. Tengah tea break sampai pukul 3.30 petang. Kenapa Abang Zack?"

"Owh. Takde apa. Just nak bagitau Izz, petang ni Abang lambat sikit jemput Izz. Ada urgent meeting. Mungkin dalam pukul 7 macam tu baru Abang sampai. Izz tunggu abang dekat lobi. Jangan pergi mana-mana. Kat situ at least ada guard yang boleh tengok-tengokkan"

"OOo yeke? Hmmmm ..  Kalau macam tu takpela bang. Izz naik teksi atau bas jela. Lagipun, ada kawan Izz yang duduk kat area Seksyen 2 tu juga. Izz boleh balik dengan dia"

"Tak payah. Izz tunggu je Abang ambik. Oklah. Abang kena masuk meeting ni. Nanti apa-apa, Abang call Izz. Assalammualaikum"


"Waalaikum .. " Belum sempat salam kujawab habis, Abang Zack telah meletakkan telefon. Skrin telefon yang memaparkan tulisan "Call Ended" aku tatap geram. 'Sebijik macam perangai Laila. Suka sangat memaksa. Huh!'. Protesku dalam hati.


Tiba-tiba aku teringat kata-kata Laila beberapa malam yang lalu apabila dia mengatakan yang Abang Zack seperti ada menaruh hati padaku. Menurut Laila, Abangnya yang boleh dikatakan agak playboy dan sebelum ini mempunyai ramai teman wanita itu nampak terlalu mengambil berat akan diriku sehinggakan setiap hari dia sanggup menghantar dan mengambilku dari tempat kerja. Itu belum kira lagi hujung minggu bila kebanyakkan masa Abangnya sentiasa menemani kami kemana-mana sahaja walaupun hanya ke Tesco atau Giant untuk membeli barang-barang keperluan dapur.


Memandangkan reputasi Abang Zack yang sebelum ini terkenal dengan teman wanita keliling pinggang, aku tidak ambil peduli sangat dengan kata-kata Laila itu. Mungkin kerana sudah terlalu kerap kami berjumpa membuatkan aku menganggapnya hanya seperti abang kandungku dan tak lebih dari itu.


"Kak Izz!!" Tepukan yang agak kuat dibahuku membuatkan aku serta-merta tersentap dari lamunan. Aku mengurut-ngurut dada sambil beristighfar. "Kak Izz ni. Ika panggil banyak kali pun tak dengar. Mengelamun sampai manalah tu. Ni mesti teringatkan boyfriend dia yang naik keta Honda Civic tu kan?" Siti Syafika, pelajar praktikal yang baru seminggu melaporkan diri di bawah jagaan aku menegur sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.


"Hish kamu ni! Lainkali bagi salam la. Terkejut akak dibuatnya. Boleh mati sebab sakit jantung tau" Aku mendengus sambil menjengilkan mata kearah Siti Syafika dengan niat untuk menggertaknya sahaja. "Err .. Sorry la kak. Ika takde niat pun sampai macam tu. Ika just nak sampaikan pesan Lineleader Kak Su tadi. Dia kata Bos Besar nak datang dalam pukul 5 nanti. Dia nak buat short meeting dengan semua ketua jabatan" Siti Syafika mempamerkan riak wajah sedih sambil memandangku dengan pandangan serba salah. Mungkin takut memandang wajah bengis yang sengaja aku tunjukkan padanya.


"Hmmmm ... Ok. Lainkali jangan buat macam tu lagi. Akak tak suka" Aku memberinya peringatan. Cepat-cepat dia menganggukkan kepalanya dan senyuman meleret mula terbit dari bibir nipisnya."Kak Izz .. Kalau Ika nak tanya sikit boleh tak?" Siti Syafika sudah melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan denganku. "Tanya je la .. Sejak bila pulak nak tanya soalan kena minta izin dulu pula ni" Mata kembali kuarahkan kepada skrin telefonku.


"Lelaki yang selalu hantar dan jemput akak ke tempat kerja tu, boyfriend akak ke?" Soalan berserta senyuman nakal dari Siti Syafika membuatkan aku memandangnya sambil mengetapkan bibir. "Sejak bila jadi minah kepoh ni?" Aku bertanya dalam nada agak tegas. Sengaja ingin menduga reaksi gadis yang usianya muda hanya beberapa tahun dariku itu. Selama ini, aku memang terkenal dengan sikapku yang agak sempoi dan sporting terhadap pekerja bawahanku. Mungkin itu yang menyebabkan Siti Syafika rasa lebih selesa untuk bersembang apa sahaja denganku sejak hari pertama dia melapor diri di Rasydan Electronic ini. Aku juga sudah menganggapnya seperti adikku sendiri.


Siti Syafika tersenyum lebar."Ala kak. Kalau iya pun apa salahnya. Abang tu handsome. Akak pulak cantik. Padanlah tu" Dia semankin giat menyakat. Akhirnya aku tertawa kecil. "Banyaklah kamu punya padan. Dia bukan boyfriend Akaklah. Dia tu cuma Abang kawan baik Akak. Dah macam Abang kandung Akak sendiri pun tau" Aku menjawab dengan tawa yang masih bersisa. Siti Syafika tersengih lagi. "Oooo ... Maknanya, ada chan la saya nak mengorat dia ye?" Pantas pehanya kucubit."Gatal. Belajar belum habis dah menggatal" Gumamku membuatkan gadis manis bertudung ayu itu tersenyum malu. Paha yang aku cubit digosok-gosok perlahan. Aku hanya menunjukkan ibu jari yang sengaja aku goyang-goyangkan di hadapan matanya. Dia hanya mencebik manja.


***************


Petang itu, seperti yang dijanjikan, tepat pukul 5 petang, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raziq Hanan pun berlangsung di dalam bilik mesyuarat yang paling kecil diantara 3 bilik yang ada dan hanya boleh memuatkan 5 hingga 6 orang pada satu-satu masa yang terletak berdekatan dengan bilik pantri.


Tak banyak isu yang dibincangkan. Hanya berkaitan dengan permintaan pelanggan yang semankin meningkat yang memerlukan semua pekerja untuk bersedia sekiranya Syarikat memerlukan mereka bekerja lebih masa walaupun pada hujung minggu. Selain dari itu, isu beberapa mesin yang perlu diganti juga turut dibincangkan.


"Ok. Itu saja perbincangan kita untuk hari ini. Nanti saya akan buat perjumpaan susulan untuk bincangkan tentang mesin-mesin baru yang akan kita gunakan dan juga department baru yang akan dibuka. Terima kasih semua" Raziq Hanan menutup mesyuarat kami pada hari itu dan masing-masing bangun dari tempat duduk dan mula beredar keluar.


"Izz. Awak tunggu sekejap. Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak" Raziq Hanan memanggil sebelum sempat aku bangun dari tempat duduk. Aku memandang kearahnya yang masih sibuk membincangkan mengenai minit mesyuarat bersama PAnya. Janice. Kalau tak silap, itulah nama PAnya sewaktu diperkenalkan diawal mesyuarat tadi. Cantik. Aku memuji dalam hati. Ada sedikit iras pelakon Angelina Tan. Sepasang sut berwarna hitam dipadankan dengan blouse satin berwarna cream dan berkasut tumit tinggi bewarna merah membuatkan penampilan Janice tampak anggun dimataku.


Tak berapa lama kemudian, Janice keluar dari bilik mesyuarat itu dan meninggalkan aku dengan Raziq Hanan bersendirian. Sempat dia melemparkan senyuman padaku dan aku balas dengan ikhlas.


"Izz balik dengan siapa nanti?" Raziq Hanan yang duduk dihujung meja, selang beberapa kerusi dariku terus bertanya sambil melipat kedua belah lengan baju kemejanya keparas siku. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Matanya tunak memandang kearah aku.


"Emmm ... Abang Zack datang jemput" Ringkas aku menjawab. Dia kulihat memandang kearah jam tangannya seketika."Dah dekat pukul 6 ni. Dia dah sampai ke?" Badannya disandarkan kekerusi sambil membetulkan sedikit duduknya. "Hari ni dia lambat sikit sebab ada urgent meeting katanya. Mungkin dalam pukul 7 baru sampai" laju aku menjawab. 'Isk. Dia ni kata tadi ada benda nak discuss dengan aku. Takkan la nak discuss pasal hal peribadi aku kot?' Ada sedikit rasa kurang senang apabila Raziq Hanan masih tidak menyebut tentang hal kerja. Giliran aku mengerling jam ditangan. 'Dah la aku pun belum solat lagi ni' keluhku dalam hati.


"Izz ada hal lain ke? Resah saja saya tengok dari tadi" Dia kulihat sudah bangun dan berjalan menghampiriku."Err .. Tak ada la Encik Raz. Saya belum solat asar lagi. Kalau saya pergi solat dulu boleh? Nanti saya datang semula ke sini" Raziq Hanan mengambil tempat duduk di sebelahku. Pandangan matanya yang tidak putus-putus memandang aku mula menerbitkan rasa gemuruh dalam dadaku.


"Ok. Tapi, nanti awak datang balik ke sini" Dia memberi keizinan sambil tersenyum memandangku. Segera aku bangkit dan terus berlalu keluar namun sempat aku melontarkan senyuman padanya. Entah bagaimanalah rupa senyuman aku itu agaknya sehinggakan aku dapat menangkap riak wajah Raziq Hanan yang seolah-olah tergamam. Atau aku saja yang terlebih perasan?



Selesai solat dan memandangkan waktu kerja sudah berakhir, aku ketempat punch card terlebuh dahulu dan mengambil beg tangan dilocker yang disediakan sebelum menuju ke bilik mesyuarat semula untuk menemui Raziq Hanan. Sesampainya aku di bilik itu, kelihatan Raziq Hanan sedang tekun mengadap komputer ribanya. Lantas aku terus mengambil tempat duduk selang satu kerusi darinya.


"Dah sudah dah?" Dia mengalihkan pandangan kearahku setelah menyedari kehadiranku disitu. Aku mengangguk. Beg tangan kuletakkan di atas kerusi yang terletak antara aku dan dia. Raziq Hanan tekun memerhatikan setiap gerak-geriku."Err .. Tadi Encik Raz kata ada perkara yang nak dibincangkan dengan saya kan? Rasanya boleh la mulakan perbincangan kita tu Encik Raz. Nanti lambat pulak Encik Raz balik" Aku bersuara juga akhirnya setelah melihat Raziq Hanan masih mendiamkan diri. Dia tersenyum. Pandangannya dialihkan pada skrin komputer ribanya untuk seketika.


"Ok. Saya just nak bagitau Izz yang dalam bulan depan, kita akan terima dalam 3 buat mesin baru dan ada 2,3 mesin lama yang perlu ditamatkan kontrak sewaannya. Saya dah bagitau bahagian operasi berkenaan penamatan kontrak mesin-mesin lama tu. Untuk mesin-mesin baru tu nanti, saya nak Izz prepare yourself and your team for the setup process. Allocate satu tempat untuk kita letak mesin-mesin tu nanti dan assignkan mana-mana teknikal person untuk test on those machines. Preferable guys la sebab mesin-mesin tu semua agak massive" Tekun aku mendengar penerangan yang agak panjang lebar dari Raziq Hanan sambil sesekali aku menganggukkan kepala tanda paham.

"So, Ada apa-apa yang Izz nak tanya?" Dia menyandarkan tubuh sasanya kekerusi sambil badannya dipusingkan menghadap aku. "Buat masa ni tak ada la kot. Tapi, kalau boleh inform la saya awal sikit on the actual date semua mesin tu sampai. Senang sikit saya nak aturkan orang-orang saya nanti" Beberapa perkara aku catatkan ke dalam buku nota yang ku bawa sambil memandang sekilas kearah Raziq Hanan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya dan mata kembali tertumpu pada skrin komputer ribanya.


Bunyi telefon bimbitku membuatkan pandangan Raziq Hanan kembali terarah padaku. Skrin telefon kutatap dan mesej dari Abang Zack aku terima mengatakan yang dia sudah sampai di pondok Pengawal di hadapan Rasydan Electronic.

"Zack dah sampai ke?" Keningnya sedikit terangkat mennunggu jawapan dari aku."Ha'ah. Tak apalah. Saya dah bagitau dia yang saya tengah ada discussion dengan Encik Raz dan minta dia tunggu sekejap" Entah kenapa aku rasa riak wajahnya sedikit berubah apabila mengetahui yang Abang Zack sudah sampai untuk menjemputku pulang. Adakah ini juga sekadar mainan perasaanku sahaja?


"Saya rasa itu saja buat masa ni. Awak bolehlah balik. Nanti marah pula Zack kat saya kalau tau saya 'pinjam' buah hatinya lama-lama" Berkerut keningku mendengar gelaran "Buah Hati" yang keluar dari mulut Raziq Hanan. Namun aku hanya mendiamkan diri. Rasanya tak perlu aku menjelaskan padanya bahawa aku dan Abang Zack tak ada apa-apa hubungan. Tanpa melengahkan masa, aku segera memasukkan buku nota ke dalam beg tangan yang kemudiannya kusandangkan kebahu.


"Saya balik dulu Encik Raz" Raziq Hanan hanya menatap skrin komputer ribanya sambil menganggukkan kepala ketika aku meminta diri untuk pulang. Serius sahaja wajahnya kulihat ketika itu membuatkan aku segera berlalu dari situ. Rasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan Bos muda aku itu aku singkirkan jauh-jauh tatkala terlihat kelibat Abang Zack yang baru keluar dari perut kereta sambil melambai-lambaikan tangannya padaku dengan senyuman manis menghiasi bibir seperti selalunya membuatkan hatiku rasa tenang dan lapang.
 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template