KURANG 2 bulan sebelum tarikh pernikahan Imtiyaz dan Ammara, heboh di Muz Holding mengenai berita Ammara yang sudah ternoda kesuciannya. Entah dari mana berita itu muncul tapi ianya sudah menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh semua pekerja di setiap tingkat bangunan Muz Holoding itu.
Segalanya bermula apabila Ammara melangkah masuk ke dalam bangunan Muz Holding dan Pekerja Keselamatan dan Penyambut tetamu di lobi memberikan pandangan yang pelik kepadanya sehinggalah tubuhnya lenyap ditelan lif. Sewaktu di dalam lif pun, kedengaran beberapa pekerja yang berbisik antara satu sama lain sambil sesekali menjeling kearah Ammara. Merasa sedikit pelik namun Ammara akhirnya hanya buat tidak tahu.
Sehinggalah dia melangkahkan kaki ke
dalam ruangan pejabat di tingkat 18, Kak Ros yang terkocoh-kocoh mendapatkannya
dan mengheret tangannya terus ke Pantri lalu menceritakan yang berita
mengenainya sudah menjadi tajuk hangat oleh semua kakitangan Muz Holding,
barulah Ammara faham dengan pandangan, jelingan dan bisikan-bisikan yang
ditujukan kepadanya pagi itu.
“Betul ke berita tu Ara?” Kedua
belah lengannya masih digenggam erat Kak Ros yang duduk bertentangan dengannya.
Terbias pandangan penuh simpati dari mata wanita itu. Ammara sudah tidak tahu
apa yang patut dijawab. Hendak dinafikan, istilah ternoda bagi pemahamannya
mungkin berlainan dengan apa yang orang lain faham. Kalau ternoda itu bermaksud
yang tubuhnya sudah disentuh, dipeluk, dicium dan didedahkan oleh dan untuk tatapan
lelaki yang bernafsukan binatang, maka benarlah dia sudah ternoda.
Kak Ros mula panik apabila Ammara
hanya mendiamkan diri dan airmata mula meluncur laju dari mata yang yang layu
memandangnya dengan pandangan yang kosong, tak bermaya.
“Akak minta maaf Ara … Akak tak ada
niat … Akak minta maaf” Tubuh Ammara yang semakin susut itu ditarik ke dalam
pelukannya. Belakang tubuh gadis itu diusap-usap penuh kasih. Baru sebulan
lebih kehilangan kedua orangtuanya, kini gadis itu diduga pula dengan berita
yang mengaibkan ini. Samada berita itu sahih atau tidak sudah tak berapa
penting andainya orang yang mendengarnya memilih untuk percaya dan menghukum
tanpa usul periksa.
Setelah hampir setengah jam berada
di pantri, akhirnya Kak Ros dan Ammara kembali semula ke meja kerja
masing-masing untuk memulakan kerja. Mujur di tingkat 18 itu penghuninya tidak
terlalu ramai jadi kuranglah skuad-skuad makcik bawang yang mengalahkan
pemberita.
Pagi itu, oleh kerana Imtiyaz
menghadiri mesyuarat di luar maka tugas Ammara lebih ringan. Dia hanya membantu
bahagian Pengurusan untuk menyemak senarai tender
yang dibuka dari Jabatan kerajaan dan urusan pembelian tender.
“Hei perempuan!!” Baru saja hendak
tenang perjalanan harinya di pagi Khamis itu, jeritan nyaring yang amat dikenali
oleh Ammara kembali menjadikannya tumpuan mata-mata wartawan tak bertauliah
disekelilingnya.
“Ye Cik Suraya. Apa yang boleh saya
tolong pagi-pagi ni?” tenag saja Ammara bertanya sambil tangannya masih menaip
dan matanya masih tertumpu pada skrin computer di hadapannya.
“Kau ni memang dasar tak malu dan tak
sedar diri kan?!!” Mejanya ditepuk kuat dan Suraya sudah berpeluk tubuh dengan
wajah angkuh berdiri di hadapannya. Ikutkan hati, Ammara memang malas hendak
melayan kerenah wanita itu.
“Kalau Cik Suraya nak jumpa Encik
Imtiyaz, dia tak ada. Mungkin lepas lunch
baru dia masuk office. So, Cik Suraya datanglah lagi lepas lunch nanti ye” Ammara masih mengabaikan
kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Suraya yang semakin mencuka wajahnya itu.
Wajah Suraya tetap dipandang tanpa emosi.
“Hei … Kau dengar sini ye. Jangan kau
mimpi lepas apa yang jadi kat kau, keluaga Datuk nak terima kau jadi menantu.
Sedar diri sikit yang kau tu dah tak suci. Tak layak untuk Imtiyaz. Tak layak!
Kau faham tak?” Nada suara yang rendah tapi keras itu dihembuskan tepat
kemukanya. Suraya menyunggingkan seyuman apabila mata Ammara dilihat sudah mula
berair.
“Kalau saya tak layak, awak ingat
awak layak ke? Awak tu suci sangat ke?” Tanpa diduga Ammara membalas
kata-katanya membuatkan telinga Suraya berdesing kepanasan.
“Kau siapa nak mempersoalkan kesucian
aku ha? Kesucian aku tu biar aku saja yang tahu. Tapi yang pasti, status
kesucian kau tu, satu company ni dah
tahu. Datuk dan Datin takkan sesekali izinkan perempuan yang dah tercemar
maruahnya macam kau ni masuk dalam keluarga berketurunan Syed-Sharifah mereka
tu” Suraya masih mengeluarkan kata-kata yang merendah-rendahkan maruah Ammara.
“Dahtu, awak ingat diaorang teringin
sangat ke nak ambil perempuan macam awak ni jadi menantu diaorang? Awak tu pun
kena sedar diri sikit Cik Suraya. Jangan buat perangai
mengata-dulang-paku-serpih awak ni kat sini ye” Ammara sudah bangun mengadap
Suraya. Airmata yang sudah mula mengalir diseka laju.
“Kurang ajar!” Tangan yang laju
dilayangkan hanya berjarak seinci dua dari pipi Ammara apabila ada satu tangan
tegap yang telebih dahulu mencengkam pergelangan tangan Suraya.
“Don’t
you dare touch her” keras nada suara itu sebelum tangan Suraya yang
dicengkamnya dilepaskan kasar. Kedua pasang mata wanita itu kini tertumpu pada
wajah lelaki yang sudah berdiri ditengah-tengah, antara mereka berdua. Wajah
ketat beserta rahang yang bergerak-gerak menahan amarah terpamer jelas. Mata
helangnya tajam berbaur amaran memandang tepat kearah Suraya.
“Im … Ke … Kenapa you backup sangat perempuan kotor ni? You tahu kan dia ni dah tak sesuci yang you sangka. Dia tak layak nak jadi
isteri you” Suraya masih belum mahu
beralah. Lengan Imtiyaz cuba dipaut tapi ditepis laju membuatkannya sedikit
tersentak.
“You
listen here Suraya. You jangan
ingat, I tak tahu you yang mulakan khabar angin pasal
Ammara dalam Muz Holding ni. Jangan cuba nak nafikan sebab I have all the witnesses and proof for that. I boleh saman you sebab sebarkan berita palsu dan
memfitnah untuk tujuan menjatuhkan maruah Ammara. So, you better get out from here, before I call security heret you keluar dari sini. One more thing, yang nak kahwin dengan
Ammara tu I … Dan I juga betul-betul kenal this woman that I love and gonna be my wife.
And just to be cleared, I don’t give a
damn about what other people think about her. I akan tetap kahwin dengan
dia even dia dah tak suci sekalipun.
Faham??? Now, get out from my office!”
lurus tangan kanan Imtiyaz dengan jari dihalakan kearah pintu keluar.
Suraya tergamam mendengar penerangan
dan pengakuan panjang lebar dari Imtiyaz. Walau hati masih kurang berpuashati
namun memikirkan tentang ugutan Imtiyaz untuk menyamannya, dengan langkah yang
berat dan dengusan yang kuat, Suraya berlalu pergi meninggalkan Ammara dan
Imtiyaz sambil diperhatikan mata-mata yang tak sabar untuk menyebarkan satu
lagi berita sensasi untuk hari itu.
“Masuk bilik saya”
Sebaris ayat berupa arahan diberikan
Imtiyaz sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya tanpa memandang
kearah Ammara. Mendengar suara tegas Imtiyaz, Ammara hanya menurut tanpa
bantahan.
“Duduk”
Ammara masih menurut tanpa suara.
Pandangan masih menekur lantai. Selepas apa yang dikatakan oleh Imtiyaz kepada
Suraya sebentar tadi, Ammara tak pasti apa yang patut dia rasa. Gembira?
Terharu? Atau tersinggung? Persoalan lain yang berlegar dalam fikirannya, jujurkah
Imtiyaz mengahwininya atau kerana simpati semata?
“Are you okay?” Soalan yang paling kerap
didengarnya semenjak dari hari pemergian orangtuanya. Dia tahu pertanyaan itu
diajukan atas dasar prihatin. Tapi, dia cuma mahu semua orang berhenti dari
risaukan tentang dirinya. Dia bukan budak kecil yang tak tahu macamana nak
menangani sebuah kehilangan. Keluhan berat dilepaskan.
“Ammara?” Wajah bakal isterinya yang
masih suram dipandang. “Pandang saya” suara tegangnya sudah berubah lembut.
Perlahan-lahan Ammara mengangkat wajahnya dan mata Imtiyaz ditatap.
“Saya tahu awak kuat. Saya tahu awak
boleh tangani hal dengan Suraya tadi sendiri. Tapi, awak kena ingat yang
sekarang awak ada saya. Kalau awak masih susah nak terima saya sebagai tunang
dan bakal suami awak, just anggap
saya ni kawan awak. Kawan yang akan selalu ada untuk awak. Can you do that for me?” Suara Imtiyaz masih lembut. Kedua belah
tangan dikepalkan dan diletakkan di atas meja. Pandangan masih berpusat pada
Ammara. Apabila Ammara masih membisu, Imtiyaz menyambung semula.
“Saya nak awak tahu, tujuan saya
minta pernikahan kita ni dipercepatkan adalah supaya saya boleh selalu dekat
dengan awak. Saya tak nak awak rasa sunyi dan kesepian. Selain itu saya tak ada
niat lain. Saya jujur sayangkan awak Ammara. Please trust me Ammara” Kebisuan Ammara membuatkan Imtiyaz sedikit
gelisah. Dia benar-benar tak mampu menduga apa yang ada dalam fikiran Ammara
ketika itu. Pandanganya tidak sekosong beberapa hari yang lalu. Namun Imtiyaz
tak dapat menangkap apa yang tersirat di
sebalik mata bening itu.
“Trust need to be earn. Not given”
jawapan ringkas Ammara langsung tidak membantu untuk meredakan keresahan yang
dirasai Imtiyaz. Apa maksud Ammara? Dia memang tidak mempercayainya ke?
“The fact that you are the first person I
think about and even call on the day that Fath …”Nafas Ammara terputus
sekejap. Bayangan peristiwa hitam itu melintas dikepalanya. Tangan yang diletakkan
di atas pangku diramas kejap. Cuba mengumpul kekuatan sebelum menyambung kata.
Imtiyaz hanya diam. Cuba memberi ruang kepada Ammara untuk mengatasi segala
rasa trauma yang dirasainya sendiri. Dia memerhati tapi penuh waspada. Bimbang
juga sekiranya Ammara tiba-tiba diserang mental
breakdown.
“Anyway … Apa yang saya cuba nak sampaikan,
awak sebenarnya dah dapat pun kepercayaan saya. Sejauh mana saya percayakan
awak tu, biar masa yang menentukan” segaris senyuman akhirnya terukir dibibir
Imtiyaz. Walau sekecil mana pun kepercayaan yang diberikan sudah memadai
baginya sebagai permulaan. Ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Makin melebar senyuman
Imtiyaz.
“So berkenaan khabar angin yang dah tersebar ni saya akan adakan meeting dan buat announcement tentang perkahwinan kita dekat semua staffs. Itupun kalau awak setuju” Imtiyaz memohon persetujuan Ammara dan sekali lagi dia tersenyum apabila gadis itu hanya mengangguk.
0 comments:
Post a Comment