Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, May 28, 2024

GADIS CENGENG : BAB 33 (AKHIR)

 


“SHARIFAH Izzara Syed Imtiyaz! This is the last time I’m warning you little lady. Please give back your brother that toy and stop pulling his hair” Setelah beberapa kali menegur dalam nada suara yang lembut, akhirnya suaranya naik beberapa oktaf. Perut yang sudah memboyot ke depan diusap-usap sambil cuba menenangkan dirinya.

 

Matanya tajam memandang ke arah gadis kecil berusia empat tahun yang sebelah tangannya mengenggam rambut seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sedang teresak-esak menangis dan sebelah tangan lagi merebut anak patung panda dari pelukan budak kecil itu.

 

“Tapi panda ni Izz punya! Adam yang ambil dari Izz!” Gadis kecil itu melawan pandangan mata Ammara tanpa rasa bersalah. Kedudukan keduabelah tangannya masih lagi seperti tadi. Adiknya, Adam semakin kuat tangisannya. Ammara menarik nafas dalam dan panjang sambil memejamkan mata beberapa detik cuba meredakan kemarahannya.

“Hey … Kenapa ni Sayang? Izzara? Adam?” Ammara menarik nafas lega sebaik sahaja suara Imtiyaz menjengah kependengarannya. Imtiyaz menghampiri Ammara dan ubun-ubun isterinya itu dikucup lembut. Sebaik sahaja mata mereka bertetntang, tanpa bersuara, Ammara terus membuat isyarat mata kepada Imtiyaz sebelum melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan anak-anaknya. Imtiyaz yang sudah benar-benar faham dengan bahasa isyarat isterinya itu terus menghampiri anak-anaknya sambil melonggarkan tali lehernya dan membuka kot yang dipakainya dan diletakkan di atas pemegang tangan sofa yang diduduki Ammara yang sudah meyandarkan tubuh sambil mengosok-gosok perutnya yang sudah sarat itu.

 

“Papaaaaa … Tengoklah Adam ni. He took my panda bear and don’t want to give me back … And Mama marah Izz” Izzara sudah mula menangis sebaik sahaja Imtiyaz menghampirinya dan Adam.

 

“Mula la tu drama airmatanya. Tadi elok je lawan mata dengan Mama. Nampak je Papa dia terus melalak pula” Ammara bersuara sambil memandang tiga beranak yang sudah berpelukan itu. Izzara sedang merangkul leher Imtiyaz dengan wajah disembamkan keleher Papanya manakala tubuh Adam dipeluk oleh Imtiyaz di bawah ketiaknya. Ammara akhirnya menggariskan senyuman melihat keadaan Imtiyaz yang sudah duduk bersila di atas lantai sambil masih cuba memujuk tangis keduaorang anaknya dengan tenang dan sabar.

 

Senyum dibibir Ammara tiba-tiba bertukar menjadi jeritan halus apabila perutnya tiba-tiba dirasakan menegang. Imtiyaz yang terdengar jeritan isterinya itu terus meluru ke arah Ammara dan diekori rapat oleh Izzara dan Adam yang turut cemas apabila melihat wajah Ibu mereka yang sedang menyeringai kesakitan.

 

“Sayang …. Kenapa ni? Are you having a contraction?” Sebelah tangan Imtiyaz mengenggam erat tangan Ammara manakala sebelah lagi memeluk bahu isterinya itu. Wajahnya sudah menayangkan riak cuak. Izzara dan Adam masing-masing berdiri di hadapan Ibu mereka dengan wajah yang agak bingung. Masih kurang mengerti apa yang sedang berlaku ketika itu.

 

"Yeah … Aaahhh … Tapi …. Due date Sayang kan lagi dua minggu .. Aaahhh …”Ammara menjawab dalam kesakitan. Perutnya mula mengeras dengan lebih kerap. Dahulu, sewaktu melahirkan Izzara dan Adam, dia melahirkan tepat pada masa jangkaan yang diberikan doktor. Tapi kali ini mengapa tandanya terjadi terlalu awal. Peluh dingin sudah mula terbit didahinya.

 

“Dah, jom kita ke Hospital. On the way nanti Abang call Umi dengan Walid untuk jumpa kita kat sana” Imtiyaz cuba berlagak tenang walau jantungnya sudah rasa seperti mahu tercabut ketika itu. Dia perlahan-lahan memapah tubuh isterinya menuju kekereta. Izzara dan Adam masih membontot Ibu dan Bapa mereka walaupun mereka sendiri masih lagi tak mengerti apa yang berlaku sebenarnya. Mujur semua barang keperluan memang sudah sedia ada di dalam bonet kereta. Maka persiapan mereka ke Hospital menjadi lebih lancar dan mudah.

 

“Tiyaz … Macamana Ammara?” Datin Suhana yang baru tiba terus meluru mendapatkan Imtiyaz yang sedang duduk diruang menunggu dengan Izzara sedang lena tidur berbantalkan pehanya dan Adam pula di atas bahunya. Datuk Muzaffar, Imtithal, Ammar dan Fatin turut sama menghampirinya.

 

“Masih kat dewan bedah Umi. Doktor kata dia terpaksa buat pembedahan sebab baby songsang dan terbelit tali pusat” Imtiyaz memandang Datin Suhana yang sudah berdiri di hadapannya sambil mengelus lembut kepala Adam dengan pandangan lesu. Ikutkan hatinya, sudah lama dia berkeras untuk turut serta di dalam Dewan Bedah untuk menemani isteri kesayangannya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ketiga mereka.Namun, apabila memikirkan Izzara dan Adam, dia kuatkan hati untuk menunggu dengan sabar sehingga pembedahan selesai.

 

“Doa banyak-banyak. InshaAllah semuanya akan selamat. Ammara kuat” Datin Suhana mengelus pipi Imtiyaz sambil menayang senyum kasih seorang Ibu. Cuba menenangkan hati anak sulungnya yang pasti sedang bergelodak.

 

“Tihal, tolong angkat Adam ni dan bawa dia baring kat surau. Selesa sikit. Bagi Abang kamu ni rehat sekejap” Datuk Muzaffar bersuara lembut dan Imtithal hanya menurut tanpa bantahan. Adam bergerak sedikit apabila berubah tangan namun dia menyambung tidur di atas bahu Imtithal dengan keduabelah tangannya merangkul leher Mak Ngahnya itu dengan erat.

 

“Izz … Izzara sayang … Bangun … Jom ikut Mak Long sayang … kita pergi baring kat surau … Ariana pun ada ni nak teman Izz” Tanpa disuruh, Fatin mengejutkan Izzara yang mula terpisat-pisat bangun. Nampak riak diwajahnya ingin menolak namun sebaik sahaja tangannya digenggam Ariana, anak Ammara dan Fatin yang berusia enam tahum, Izzara terus bangkit dan bergerak mengikut Ariana dan Fatin mengikut langkah Imtithal dan Adam yang sudah bergerak ke surau Hospital terlebih awal tadi.

 

Datin Suhana terus mengambil tempat duduk di sebelah Imtiyaz dan bahu anaknya itu dipeluk erat. Imtiyaz menyandarkan kepalanya kedinding dengan mata dipejamkan. Cuba menenangkan hatinya sendiri yang masih dirundung kerisauan. Ammar turut menghampiri Imtiyaz dan bahu adik iparnya itu ditepuk lembut.

 

Dua jam berlalu namun bilik pembedahan masih lagi tertutup rapat. Beberapa kali pintu terbuka dan jururawat bergegas keluar masuk namun apabila Imtiyaz dan Ammar bertanya mengenai keadaan Ammara, setiap seorang dari mereka hanya membisu tanpa memandangan kearahnya. Itu membuatkan hatinya bertambah gundah.

 

Datin Suhana dan Datuk Muzaffar masih kekal setia disisi anak lelaki mereka. Cuba memberi kekuatan dengan kehadiran mereka. Mereka akur bahawa tiada kata yang mampu dizahirkan untuk meredakan gelora rasa yang dialami Imtiyaz saat itu.

 

Bunyi pintu bilik pembedahan yang terbuka membuatkan Imtiyaz pantas tegak berdiri dan terus bergegas menghampiri Doktor Ahmadi yang merupakan doktor keluarga mereka yang baru melangkah keluar dan sedang memandang tepat kepadanya. Ammar, Datin Suhana dan Datuk Muzaffar turut membontot dari belakang.

 

“Macamana isteri dengan anak saya doktor? Mereka selamat ke? Ada apa-apa yang jadi ke semasa pembedahan tadi? Macamana …” belum sempat Imtiyaz meneruskan soalannya yang bertali arus itu, keduabelah bahunya sudah dipegang kejap oleh Doktor Ahmadi yang sudah menayang senyuman yang menenangkan.

 

“Encik Imtiyaz. Bertenang ya. Istighfar dan mengucap. Isteri Encik dan anak lelaki Encik kedua-duanya selamat, Alhamdulillah” kata-kata yang baru keluar dari mulut Doktor yang berusia dalam lingkungan 50 an itu membuatkan Imtiyaz meraup wajahnya kelegaan. Ucapan syukur kedengaran berkumandang dari mereka semua yang sedari tadi menunggu dalam keadaan resah dan gelisah.

 

Imtiyaz berpaling kepada Umi, Walid dan Abang Iparnya dan mereka berpelukan dengan rasa syukur tak lekang dari mulut masing-masing. Ammar dan Datuk Muzaffar menghampiri Doktor Ahmadi untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih. Datin Suhana yang mengekor di belakang sebelum berdiri di sebelah suaminya turut mengucapkan terima kasih.

 

Ammar meminta izin untuk menyampaikan berita tersebut kepada Fatin dan Imtithal yang masih berada di surau manakala Datuk Muzaffar dan Datin Suhana turut sama untuk melakukan solat syukur. Imtiyaz berpaling semula kearah Doktor Ahmadi yang masih tersenyum kearahnya.

 

“Boleh saya masuk Doktor?” Imtiyaz meminta izin sambil tangan menyeka airmata yang sudah beberapa titis mengalir dipipinya. Tidak pernah dadanya rasa selapang ini. “Apakata Encik Imtiyaz pergi isi perut dulu. Staf saya akan  pindahkan Puan Ammara ke wad biasa dan sementara itu, pembantu saya akan uruskan baby. Don’t worry. They are in good hand. So just relax okay” Bahu Imtiyaz diramas lembut oleh Doktor Ahmadi. Imtiyaz meraup mukanya beberapa kali sebelum menganggukkan kepalanya dan akur dengan kata-kata Doktor Ahmadi itu.

 

 

            Doktor Ahmadi menghantar pesanan Whatsapps kepada Imtiyaz untuk memberitahu yang Ammara sudah selamat dipindahkan ke wad biasa bersama bayi mereka dan meminta Imtiyaz segera ke sana untuk mengazankan anaknya. Tanpa menunggu lebih lama, kopi ais yang tinggal separuh disedut sehingga habis dan panjang langkahnya keluar dari kantin Hospital menunggu ke bilik wad yang diberitahu oleh Doktor Ahmadi.

 

            Hatinya dipenuhi dengan rasa kasih yang melimpah ruah sebaik sahaja pintu wad dibuka dan melihat Ammara duduk bersandar dikepala katil, diapit oleh anak-anak mereka dikiri kanan katil dan dikelilingi oleh ahli keluarga mereka yang lain yang sedang mengerumun Nek Lijah yang sedang menggendong bayi mereka yang baru lahir.

 

            “Ha Tiyaz, kemari cepat. Azankan anak kamu ni” Nek Lijah memanggil sebaik sahaja kehadiran Imtiyaz disedarinya.

 

“Papa!” Izzara dan Adam bersuara serentak seraya berlari menghampiri Bapa mereka sebelum masing-masing mengambil tempat disisi Imtiyaz dengan wajah teruja memandang adik mereka bersilih ganti dengan wajah Ibu mereka yang sedang tersenyum memandang mereka penuh kasih.

 

Dalam keriuhan suara Adam dan Izzara bercerita mengenai kerujaan mereka mendapat adik dan juga kata-kata tahniah dari ahli keluarga mereka, Imtiyaz menghampiri Nek Lijah dan dengan berhati-hati mengambil ahli keluarga baru mereka ke dalam dakapannya dan mulutnya diletak dengan telinga kanan si kecil dan azan mula dilaungkan perlahan.

 

Walaupun ini kali ketiga dia bergelar seorang Bapa, namun perasaannya sama seperti kali pertama Ammara melahirkan anak mereka. Sama seperti dia mengoncang tangan Tok Kadi menerima Ammara sebagai isterinya. Perasaan yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaan syukur yang sukar dizahirkan kerana ianya terlalu membuatkan dadanya sebak.

 

Rasa lengkap dan menenangkan.

 

Dua rasa yang amat-amat disyukurinya dan tidak akan sekali-kali dia sanggup untuk menukarnya  dengan apa sekalipun.

 

Alhamdulillah … Allah pertemukan dia dengan gadis cengeng bernama Ammara Safiyah yang akan selamanya dia kasih dan jaga hingga kehujung nyawanya.

 

-TAMAT-

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template