Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, June 23, 2022

GADIS CENGENG : BAB 19

 


            ALARM ditelefon bimbit sudah mula berlagu apabila jam sudah menunjukkan ke pukul 6 pagi. Berat sungguh Ammara rasa matanya pagi itu. Melekat rasa macam kena gam dengan gam gajah.

             Malam tadi, balik dari rumah IbuBapa Imtiyaz pun sudah agak lewat. Pukul sebelas setengah baru mereka sekeluarga termasuk Imtiyaz, sampai di rumah Ammar. Semuanya gara-gara Datin Suhana beriya-iya mengajak mereka semua ke Ikano Power Center. Katanya mahu windows shopping. Tup-tup memang bershopping sakan. Siap pergi tengok wayang dan main bowling lagi di One Utama. Mujur Imtithal ada sama. Tak adalah Imtiyaz asyik hendak menempel dengannya saja.

             Jam menunjukkan ke pukul enam suku barulah Ammara bangkit dari katil dan terus ke bilik mandi. Itupun semuanya dilakukan dalam gerak perlahan. Pukul 6.45 pagi, Ammara sudah siap berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi memandangkan Fatin dari malam tadi mengadu tidak sedap badan.

             Menu hari itu sandwich sardin dan Nescafe panas. Mudah dan cepat.

 “Wow. Rajinnya adik Along hari ni. Biasanya tu tinggal makan pun tak menyempat. Tau-tau dah lesap ke office” Ammar yang baru turun dari biliknya di tingkat atas menegur sambil mengambil tempat dimeja makan. Ammara yang sedang menyusun pinggan berisi sandwich di atas meja dipandang dengan segaris senyuman.

 “Hari ni tersiap awal la. Lagipun, Kak Fatin kan tak sihat. Takkan Ara nak biarkan Along pergi pejabat dengan perut kosong. Ara ni kan adik yang baik. Dahlah baik, cantik, menarik, dan yang paling penting, Ara memang debooom pula tu” Ammar mencebik mendengar Ammara dah mula dengan mode ‘masuk bakul angkat sendiri’ nya. Dia menuangkan Nescafe panas ke dalam cawannya dan Ammara.

 “Macamana Kak Fatin Along? Masih sakit kepala ke?” Ammara menghirup air Nescafenya sedikit sebelum mencapai sepotong sandwich dan terus disuapkan ke dalam mulut.

 “Masih pening katanya. Dia tengah tidur tu. Risau juga Along nak tinggalkan dia tapi dia kata dia okay. Lagipun si Fath ada. Boleh tolong jenguk-jengukkan kakaknya tu” Ammar turut menyuapkan sepotong sandwich ke dalam mulutnya.

 Mendengar nama Fath disebut baru Ammara teringat yang sejak dari malam tadi, dia langsung tak nampak batang hidung lelaki itu. Tapi, Ammara lagi senang begitu. Kurang seorang makhluk Tuhan yang boleh buat kepalanya pening.

 “Eh, Along. Jangan-jangan Kak Fatin tu pregnant kot?” Ammara menebak. Wajah Ammar ditatap. Menunggu reaksi dari Abangnya yang Ammara tahu memang benar-benar mendambakan kehadiran cahayamata.

 Kunyahan Ammar serta-merta terhenti. Wajah Ammara yang sudah terjongket keningnya dipandang.

 “Takkanlah Along langsung tak terfikir kot. Semenjak dua menjak ni, Ara rasa Kak Fatin tu lain macam je. Dengan Ara punyalah baik. Lepas tu, semalam masa kat rumah Aunty Ana, berselera betul dia ratah ikan siakap masak stim halia. Sampai ke tulang-temulang ikan tu la dia hisap. Ara rasa dia bukannya suka sangat makan ikan kan?” kata-kata Ammara membuatkan Ammar berfikir. Dia cuba mencantumkan semua perubahan sikap dan sifat Fatin sejak kebelakangan ini. Lagipun, rasanya sudah beberapa hari Fatin lewat datang bulan.

 So, Ara rasa apa yang patut Along buat?!” Ammar tayang muka blur. Ammara menepuk dahinya mendengar soalan kurang bijak dari Abangnya itu. Kalaulah Ammar itu adiknya, dah lama dia tepuk belakang kepala Abangnya itu macam watak Leroy Jethro Gibb buat pada watak Anthony Dinozzo dalam drama Tv kegemarannya, NCIS.

 “Apa lagi. Bawalah Kak Fatin pergi buat check up. Isk Along ni. You are so unbelievable when under stress. So like … Mr. Bean! Blur semacam!” Akhirnya bahu Ammar ditampar geram.

             “Oh ya kan? Oklah Along call office bagitahu Along EL hari ni. Err … Along pergi tengok Kak Fatin sekarang” kelam-kabut Ammar menghabiskan sandwich yang masih berbaki di tangannya dan meluru menaiki tangga ke tingkat atas. Ammara hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Ammar. Sememangnya diantara dia dan Ammar memang berbeza benar personalitinya macam langit dengan bumi.

             Ammar lebih mengikut perangai dan sifat Puan Saadiah yang suka melawak dan nampak tenang dalam kebanyakkan masa kecuali dalam waktu tertekan. Mulalah menggelabah semacam. Manakala Ammara lebih kepada perangai dan sifat Encik Azman. Keras kepala tapi masih boleh berfikir dalam keadaan tertekan. Cuma, perangai cengeng Ammara saja tak tahu diwarisi dari siapa. Menurut kata Mamanya, sewaktu mengandungkan Ammara, dia cukup gemar menonton drama korea yang bergenre tangkap leleh. Siap menangis sampai sembap-sembap mata dibuatnya. Sebab itulah Ammara senang menangis dan terkenan kulit orang Korea. Putih melepak.

    Tapi, Ammara sering mengatakan yang alasan Mamanya tak relevan langsung. Ammara berhujah yang dia putih sebab Puan Saadiah pun putih. Dan dia cengeng sebab hatinya selembut sutera, mudah tersentuh walaupun kepala keras mengalahkan batu. Tertawa berdekah-dekah Puan Saadiah ketika mendengarkannya.     

            Masuk saja ke pejabat pagi itu Ammara sudah terasa aura kemalasan yang melampau. Ditambah pula dengan sindrom Monday Blues yang melanda. Dia menongkat dagu memandang ke skrin komputer yang menunjukkan deretan email yang belum dibaca.

          Malam tadi, sebelum pulang ke rumahnya, Imtiyaz ada memberitahunya yang dia tak akan masuk pejabat hari ini. Ada meeting dengan client di Kuala Lumpur katanya. Seronok sungguh Ammara rasa. Macam nak meloncat kat situ juga. Tapi, airmuka Imtiyaz perlu dijaga di hadapan keluarganya. Apa-apapun, Imtiyaz tetap juga Bosnya.

         Memandangkan Imtiyaz tak akan masuk ke pejabat, lapanglah sedikit hati Ammara hari itu. Jika tidak, pasti ada saja perlakuan Imtiyaz yang seolah-olah sengaja menyakitkan hatinya dan membuatkannya sering saja hampir terkena serangan jantung.

             “Hai sayang”

             Haikal yang sudah terpacak di hadapan mejanya dipandang malas. Terasa moodnya yang kelaut sedari tadi mankin kelaut jadinya dengan kahadiran lelaki itu.

             “Hari ni, lunch sama boleh? You owed me a lunch date remember?” Haikal mengangkat-angkatkan keningnya sambil tersenyum manis. Sudah acapkali dia mengajak gadis itu keluar makan berdua tapi sering ada saja alasannya. Hari ini memandangkan Bosnya tiada di pejabat, Haikal nekad untuk memujuk Ammara sampai gadis itu setuju makan tengahari bersamanya.

             “Saya …” baru saja Ammara hendak memberi alasan, Haikal sudah memintas laju.

             Pleaseeeeeeeeee … Lepas ni saya janji, saya tak akan paksa awak lagi. Please, pleaseeeeeePretty pleaseeeeee” Haikal sudah melutut sambil keduabelah tangannya dicantumkan dan buat muka sedih dengan bibir mencemik gaya budak kecil nak mula menangis.

         Ammara terkejut. Terkocoh-kocoh dia bangun dan terus meluru kearah Haikal dan di menarik lengan baju lelaki itu supaya bangun. Melilau matanya memandang kesekeliling. Bimbang sekiranya ada yang menonton drama sebabak Haikal itu. Tak pasal dia jadi tajuk gosip hangat di pejabat itu.

“Isk awak ni. Oklah, oklah. Saya belanja awak lunch hari ni.” Akhirnya Ammara mengalah juga. Malas hendak mengadap entah apa lagi drama yang akan ditayangkan Haikal jika dia terus enggan.

Lebar senyuman Haikal mendengar persetujuan dari Ammara.

“Tapi ingat! Lepas ni, awak tak boleh paksa saya lagi tau” Ammara berkata tegas. Dia kembali duduk dikerusinya. Haikal masih tersenyum sambil menunjukkan isyarat ‘OK’.

I see you at 12.30 my dear” sempat lagi dia menghadiahkan sebuah kenyitan mata pada Ammara sebelum berlalu dari situ. Ammara hanya membalas dengan sebuah jelingan tajam. Geram sungguh Ammara dengan sikap mendesak Haikal.

Tengahari itu, seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.30 tengahari, Haikal sudah sedia terpacak di hadapan mejanya.

“Jom!” Nampak teruja benar riak wajahnya. Macam orang baru lepas menang loteri. Tersenyum lebar sampai ketelinga.

Lambat-lambat Ammara mencapai dompet dan telefon bimbit sebelum bangkit dari tempat duduknya.

Haikal mendepangkan sebelah tangannya sebagai tanda memberi laluan ‘lady first’ kepada Ammara. Tanpa banyak soal, Ammara mendahului langkah ke lif.

“Kita nak makan kat mana ni?” Haikal bertanya sambil masih lagi tayang senyum. Tak letih ke mamat ni asyik tayang gigi lagi tadi? Isk. Ammara membebel dalam hati.

“Ikut suka awak la. Tapi, janganlah minta saya belanja kat restoran yang berbintang-bintang pula. Gaji saya siciput je” jawapan Ammara membuatkan Haikal tertawa kecil. Lucu apabila melihat hidung Ammara sedikit berkerut apabila menyebut perihal gajinya. Comel. Cukup menarik naluri lelakinya.

“Kalau nak ke restoran yang berbintang-bintang tu nantilah. Saya yang akan belanja awak” wajah Ammara dipandang tanpa jemu. Ammara sudah mencebikkan bibir. Yelah tu Encik Haikal. Kalaulah saya nak keluar makan dengan awak lagi. Ammara hanya mampu menjawab dalam hati.

Kalau mengikut cadangan Haikal, dia ingin membawa Ammara makan keluar dari kawasan pejabat. Tapi Ammara menolak dengan alasan takut masuk pejabat lambat. Jadinya, mereka hanya makan di kedai makan yang terdapat berhampiran dengan bangunan Muz Holding.

“Awak nak makan apa? Biar saya pergi belikan” Haikal bertanya sebaik saja mereka menemui tempat duduk yang bersebelahan dengan dinding kaca. Tengahari begitu, semua tempat makan pun sudah penuh. Itupun mujur ada pasangan yang baru saja habis makan. Jika tidak , memang lenguh kakilah mereka hendak menunggu.

“Nasi ayam Hainan dengan air laici ais” Haikal menganggukkan kepalanya sebelum berlalu untuk menempah makanan dan minuman. Ammara hanya memerhatikan saja lelaki itu berlalu. Dia tersenyum sendiri.

Sepanjang sebulan dia bekerja di Muz Holding, dia memang tak rapat dengan semua staf. Selain Kak Ros yang masih dalam cuti bersalin, Kartika, Admin Exec yang baru diambil untuk mengantikan tempatnya, dengan Haikal lah yang paling kerap dia berbual. Itupun jika tidak ambil kira Imtiyaz.

Staf-Staf dari bahagian kewangan selain Haikal, jarang bertegur sapa dengannya. Kalau keluar makan pun mereka akan keluar bersama-sama. Ada sedikit unsur kepuakan di situ.

Haziq, Suzy, dan Laili. Begitulah nama ketiga-tiga lagi staf di bahagian kewangan di Muz Holding. Merekalah yang bertanggungjawab menjaga semua akaun keluar masuknya duit di Muz Holding. Setahu Ammara, di Cawangan Kelana Jaya dulu ada juga staf dari bahagian kewangan. Tapi, mereka hanya menjaga akaun cawangan itu saja. Semua laporan harian dan bulanan masih akan dihantar kepada mereka yang berada di HQ.

Setakat itu sajalah yang Ammara tahu. Mengenai staf di aras yang lain dia tidak berapa arif. Bukan apa, dia sebenarnya kurang mahu ambil tahu pun mengenai hal-hal syarikat yang tak ada kaitan dengan dirinya.

Staf Pemasaran pun adalah dua tiga orang yang dia kenal. Itupun sebab semasa menjadi Admin Exec, dia terpaksa berurusan dengan mereka. Itupun lebih melalui email sahaja. Bukan secara bersemuka.

Well, well, well. Look who’s here

Terhinjut sedikit bahu Ammara dibuatnya apabila ada satu suara yang bernada sinis menyapa. Terasa sesak dadanya apabila dilihat Suraya sudah berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh. Di sebelahnya pula ada seorang lagi wanita yang turut sama berambut karat sedang merenung tajam kearahnya dari hujung tudung sampai hujung kasut tumit yang dipakainya hari itu.

Ammara memandang kesekeliling. Mencari kelibat Haikal dicelah-celah orang ramai namun hampa. Nasib baik di atas meja tiada gelas berisi air. Jika tidak, sah-sahlah dia bakal bermandikan air manis lagi.

Suraya dan temannya duduk dihadapan Ammara tanpa dipelawa. Pandangan mereka masih kekal sinis padanya. Lemas. Ya! Itu yang Ammara rasa apabila dipandang sebegitu. Air liur yang ditelan terasa kesat saja laluannya dikerongkong.

“Ini ke perempuan yang you kata nak kahwin dengan Im tu Su? Euuuwww … Kenapa buruk sangat taste si Im tu sekarang?” Angkuh benar bunyi lantunan suara teman Suraya itu membuatkan hati Ammara terus jadi panas.

“Itulah Elly. Sebab tu lah I rasa si Im sebenarnya kena paksa kahwin je dengan perempuan ni. Well, kau sendiri dah nampak kan? She’s just not my competition kot. SoOutdated” kata-kata Suraya berserta hilai tawa yang tercetus yang bunyinya sangat plastik dipendengaran Ammara umpama simbahan minyak diesel yang menambahkan lagi maraknya api kemarahannya. Sesedap hati saja dia dikutuk seolah-olah dia tidak wujud di hadapan mereka.Tangan yang diletakkan di atas peha sudah dikepal-kepalkan. Sabar Ara, sabar. Jangan kau layan sangat kepala perempuan-perempuan yang masuk air ni. Tak berbaloi. Ammara memujuk hatinya.

“Hai ladies. Eh ... Laaa Suraya ke ..  I ingatkan siapa tadi. Baru terfikir nak tackle” Sedang Ammara berperang dengan perasaannya sendiri, muncul pula Haikal dengan menatang dulang berisi dua set Nasi Ayam Hainan dan 2 gelas minuman untuk mereka berdua.

“Hai Karl. Eh you buat apa kat sini?” Suraya menjawab acuh tak acuh. Memang begitulah sejak dulu. Suara manja dan mendayu-dayunya hanyalah untuk hidangan pendengaran Imtiyaz sahaja. Dengan staf-staf biasa, hanya suara separuh ikhlas yang keluar.

I makan la. Kita kan ada kat kedai makan ni. Takkan la I dengan Ara ni nak tengok wayang pula kot” Ammara menyunggingkan senyuman mendengar jawapan yang diberikan Haikal. Padan muka kau pompuan! Terkono juga ekau! Huh! Ammara bersorak dalam hati. Pinggan berisi nasi ayam yang dihulurkan Haikal disambut sambil tersenyum manis.

Wajah Suraya berubah riak. Nampak gaya macam tak puas hati.

I taulah. Isk. You ingat I buta ke? Maksud I, apa you buat makan dengan calon isteri Bos you ni?” Nasi ayam yang baru hendak ditelan terasa seperti tersangkut di kerongkong. Terbatuk-batuk Ammara dibuatnya. Cepat-cepat gelas berisi air laici ais dicapai dan disedut laju-laju. Nasib baik nasi ayam yang berada di dalam mulutnya itu tidak tersembur keluar. Kalau tak, pasti dah terkena Suraya yang cakap suka main lepas saja itu. Geram Ammara dibuatnya. Mulalah rasa cuak apabila melihat pandangan terpinga-pinga dari Haikal kepadanya.

“Calon isteri Bos? Siapa calonnya? Bos yang mana?” Haikal sudah tertanya-tanya. Wajah cuak Ammara dan wajah kerek Suraya  dipandang silih berganti. Sudu berisi Nasi Ayam yang baru hendak disuapkan ke dalam mulut diletakkan kembali ke dalam pinggan.

“Laaa .. Siapa lagi yang tengah makan dengan kau sekarang? Takkan I dengan Elly kot. Lepas tu, berapa banyak Bos yang you ada? Takkanlah Datuk Muzaffar pula. Nak kena pelangkong dengan Datin kalau dia berani cari yang lain?” Suraya sudah tayang muka bengang. Elly di sebelah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dah macam burung belatuk saja Ammara tengok.

Haikal menghalakan pandangan pada Ammara dengan kening terjongket. Serba-salah Ammara dibuatnya.

Ya Allah! Apa aku nak kelentong ni! Neuron-neuron dalam kepala Ammara sudah dikerah untuk berhubung dengan lebih pantas dari biasa. Dia tak mahu benda ni jadi kecoh. Kalau tak, segala kekusutan yang tercipta dari hubungan cinta palsunya dengan Imtiyaz akan menjadi lebih sukar untuk dirungkaikan.

Whatever la! Apapun masalah antara korang, pandai-pandailah korang settle ye. Jom Elly kita blah. Pergi shopping lagi bagus dari nak layan they all ni. Buang masa kita je” Melihat reaksi kaku dari Ammara, Suraya jadi menyampah. Nak kahwin dengan anak Datuk pun malu ke nak mengaku. Eh, entah-entah diaorang ni ada skandal tak? Lain macam je aku tengok muka perempuan ni bila si Karl pandang dia. Detik hati Suraya. Ada secalit senyuman sinis dibibirnya. Kepalanya mula merangka rancangan untuk mendapatkan Imtiyaz semula. Dia menarik tangan Lily supaya berlalu dari situ. Meninggalkan Ammara yang masih menyedut air laici dari gelasnya penuh rasa serba-salah.

GADIS CENGENG : BAB 18

            


            SEPANJANG perjalanan ke rumah IbuBapa Imtiyaz di Kota Damansara, Imtiyaz diberi mandat untuk memandu kereta Alphard milik Ammar manakala tuan empunya kereta duduk santai di sebelah sambil mulutnya rancak bercerita. Macam-macam topik yang keluar sambil sesekali disampuk oleh Encik Azman dan Puan Saadiah.

             “Ha ... Kalau kau nak tahu, si Ara ni masa kecil dulu punyalah debab. Kalau senyum, mata pun boleh hilang” kerana keserasian sudah berjaya dipupuk, panggilan kau-aku sudah digunakan. Tajuk perbualan sudah terarah kepada Ammara pula. Ammara yang duduk di kerusi paling belakang dengan Fatin hanya merenung tajam Abangnya dengan rasa tidak puas hati.

             “Betul tu. Menyusu kuat. Satu hari sampai dekat sepuluh botol susu dia seorang saja yang minum” Puan Saadiah turut menokok tambah cerita.

              “Mama! Papa, tengoklah Mama ni! Malukan Ara je!” Ammara yang sudah menjerit kuat menyebabkan yang lain tertawa lucu. Lagi-lagi Ammar. Suka benar kerana dapat menyakat adiknya. Lebih seronok kerana Mamanya turut sama bersekongkol.

             Imtiyaz hanya tersenyum. Kata-kata Fath tadi masih berlegar-legar di dalam fikirannya. Sejak dari masuk dalam kereta, tidak sedikit pun wajah Ammara dipandangnya.

             Ammara yang perasan akan sikap Imtiyaz yang agak berlainan itu turut merasa pelik. Tapi, dia malas hendak memikirkannya. Untuk apa? Lagipun, ini hanyalah drama lakonan semata-mata. Dia amat pasti yang sikap dingin Datin Suhana nanti bakal menyebabkan Mama dan Papanya terasa dan seterusnya menghalang ‘hubungan cinta’nya dengan Imtiyaz.

             Setelah sejam perjalanan, kereta akhirnya dibelokkan ke kawasan yang terpaksa melalui pintu gerbang dimana terdapat pondok pengawal keselamatan untuk tujuan pemeriksaan. Mujur pengawal keselamatan memang sudah cam dengan muka Imtiyaz, jadi urusan mereka jadi mudah.

             Kereta melalui hamparan padang golf yang terbentang luas dan setelah dua kali membelok ke kiri, akhirnya mereka sampai juga di lot rumah banglo dua tingkat yang mempunyai pintu pagar yang tinggi melangit. Terdapat kamera keselamatan di atas tembok di kiri dan kanan pintu pagar.

            Dalam hati, Ammara rasa berdebar memikirkan bagaimanalah penerimaan ahli keluarga Imtiyaz yang lain terhadap dirinya. Datin Suhana awal-awal sudah dipangkah dari senarai orang yang merestui hubungan pura-pura mereka itu. Bagaimana pula dengan adik beradik Imtiyaz? Berapa ramai adik beradiknya pun Ammara tak tahu. Yang dia tahu, Imtiyaz mempunyai adik bongsu berusia lima tahun. Itupun dia tahu ketika Imtiyaz menyergahnya dahulu dan dia menangis lalu lelaki itu ada menyebut tentang adiknya itu untuk dibandingkan dengannya. Apapun, Ammara pasrah saja dalam hati tak berhenti berdoa semoga hari itu cepat berlalu.

Keluar saja dari perut kereta, Datin Suhana dan Datuk Muzaffar sudah menunggu di muka pintu menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Agak mengejutkan buat Ammara apabila Datin Suhana tayang wajah yang nampak senang hati menerima kedatangan mereka. Aneh. Mana pergi wajah garangnya dulu?

“Syarifah Suhana? Ana … Ana kan ni?” Dahi Puan Saadiah berkerut seribu ketika pasangan Datuk dan Datin itu dihampiri. Datin Suhana turut mempamerkan riak yang sama.

“Diah … Saadiah?!” Ada keterujaan yang terbit dari wajah anggun itu dan serentak dengan itu kedua Ibu itu berpelukan sambil menangis dalam kegembiraan. Mereka yang menonton semuanya kehairanan.

Aah sudah! Macamana Mama boleh kenal pula Datin garang ni?! Ammara mula rasa tak sedap hati. Kemesraan yang ditunjukkan diantara Mamanya dan Datin Suhana meranapkan angan-angannya yang ingin melihat pertemuan mereka hari itu berakhir dengan drama airmata. Ini pun drama airmata juga. Tapi, Ammara mahukan airmata kesedihan, bukan airmata kegembiraan!

“Abang, inilah kawan baik Ana masa sekolah kat Terengganu dulu. Kitaorang lost contact masa Ana ikut Umi dengan Babah pindah ke Kuala Lumpur” Datin Suhana masih memeluk bahu Puan Saadiah sambil memperkenalkan sahabat baik yang sudah berpuluh tahun terpisah itu kepada Datuk Muzaffar.

“Ini ke kawan awak yang awak kata cantik macam perempuan Arab tu Diah?” Encik Azman menyampuk. Lebar senyuman Puan Saadiah mengiyakan.

“Hai .. Ini namanya Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bertemu juga” kata-kata Encik Azman disambut dengan gelak tawa isterinya, Datin Suhana dan Datuk Muzaffar. Anak-anak yang melihat gelagat Ibu Bapa mereka masih terdiam. Sama-sama cuba mencerna pertemuan ala-ala jejak kasih yang sedang berlangsung di hadapan mata mereka.

“Rupanya, si Ammara ni anak Diah rupanya. Patutlah masa pertama kali Ana jumpa dia, matanya tu mengingatkkan Ana pada seseorang. Cuma tak ingat siapa” Datin Suhana sudah menarik tubuh Ammara ke dalam pelukannya. Tergamam Ammara dibuatnya. Lain yang dihajat, lain pula yang dia dapat.

“Eh, jomlah masuk ke dalam. Takkan nak bersembang depan pintu ni saja” Datuk Muzaffar bersuara barulah mereka sedar yang mereka masih belum menjejak kaki ke dalam rumah. Datin Suhana dan Puan Saadiah mendahului dengan jalan berpimpin tangan diikuti oleh Encik Azman dan Datuk Muzaffar kemudian Ammar dan Fatin. Akhir sekali barulah Ammara dan Imtiyaz. Betapa kecewanya Ammara dengan apa yang berlaku setakat ini. Nampak gayanya, dia terpaksa memikirkan pelan yang baru untuk mengagalkan rancangan Imtiyaz secepat mungkin sebelum ianya bertambah parah.

“Kalau dah jodoh tak kemana”

Ammara terkedu apabila Imtiyaz berbisik perlahan ditelinganya sebelum berjalan melepasinya dengan senyuman senget  yang menambahkan rasa sakit hatinya.

“Jemputlah minum. Air biasa-biasa je ni” ramah Datin Suhana menjemput tetamunya. Berbeza sungguh dengan layanannya pada Ammara di restoran tempohari.

“Masa mula-mula Tiyaz kenalkan Ara dengan kami, saya rasa tak sedap hati juga. Yela. Selama ni, si Tiyaz kalau berkawan dengan mana-mana perempuan pun, tak pernah sampai nak bawa jumpa dengan saya dengan Walidnya. Bila dia bawa Ara jumpa kami, rasa terkejut juga” Datin Suhana mula meluah rasa. Pegangan tangannya dengan Puan Saadiah tidak lekang menunjukkan rasa rindu yang menggunung antara mereka berdua.

 “Tapi, sekarang, saya bersyukur sangat sebab Ara ni rupanya anak kamu Diah. Kawan saya yang paling baik pernah saya kenal. Jadi senang lah sikit ceritanya untuk selesaikan urusan mereka berdua ni” Puan Saadiah turut tersenyum mendengar kata-kata Datin Suhana.

 Ammara sudah mula menjerit dalam hati. Senyuman yang terpamer diwajahnya pun rasa plastik sangat. Takkan la mahu bermasam muka pula. Nanti apa kata Papa dan Mamanya.

“Elokla tu Aunty. Cepatlah sikit boleh kahwinkan adik saya ni. Tak larat dah saya nak layan kerenahnya itu. Nasib la si Tiyaz ni penyabar” kata-kata Ammar disambut dengan tawa mereka yang lain kecuali Ammara. Dia hanya menjeling Abangnya dengan bibir yang diketapkan. Pakkal lah mereka sekarang berada di rumah orang. Jika tidak, mahu saja dicekik-cekiknya Ammar. Biar lemas tak cukup nafas.

“Err … Aunty, boleh tumpang tandas?” Sebelum Ammar membuka mulut lagi, Ammara terus mencuri peluang melepaskan diri dari situ. Biar dia duduk dalam tandas sampai tiba masa untuk pulang. Fikir Ammara.

“Eh, boleh. Tiyaz, tunjukkan Ara tandas kat sebelah dapur tu … ”  Belum habis Datin Suhana berkata, Ammara segera memotong.

“Eh takpa la Aunty. Ara boleh pergi sendiri. Kat belakang kan? Sebelah dapur kan? Ara minta diri dulu ye” Ammara terus angkat punggung dan segera berlalu dari situ.

Sampai saja di ruang yang memisahkan ruang makan dan dapur, Ammara mula garu kepala apabila terdapat beberapa pintu di situ. Takkan la pula dia hendak buka satu persatu pintu yang ada? Kalau tersalah buka dan ternampak yang yang sepatutnya bagaimana? Hisshh! Ammara pening sendiri. Itulah kau Ara. Datin suruh Mamat Kerek tu tunjukkan kau tak nak. Over confident! Sekarang ni, pandai-pandai kau lah. Akal sudah mula memarahi hati.

 “Err ..excuse me. Akak ni siapa? Ermm .. Akak cari apa ye kat dapur ni?” Teguran yang datang dari arah belakangnya membuatkan Ammara terkejut. Mujur dia tak melatah. Dia segera menoleh dan seraut wajah putih melepak menyapa pandangan matanya. Gadis ayu bertudung Ariani, bermata bulat dan hidung mancung terletak menayangkan senyuman padanya.

 “Err … Sorry. Nama Akak, Ammara .. Err .. Akak cari tandas. Boleh tunjukkan ke, tandas pintu yang mana?” Tergagap-gagap Ammara menjawab. Gadis itu melebarkan senyuman sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

 “Owh … Ni mesti girlfriend Abang Tiyaz kan? Saya Imtithal. Adik Abang Tiyaz. Akak Ammara boleh panggil saya Tihal” tangan yang dihulurkan disambut mesra oleh Ammara.

Macamana la pula dia boleh tahu aku ni girlfriend si Kerek tu? Ada cop ke kat dahi aku ni? Sempat lagi Ammara bersoal jawab dalam hati.

 “Tihal panggil je Akak, Kak Ara” Imtithal tersenyum lagi.

“Ok. Kak Ara. Emm .. Kak Ara cari tandas kan? Tandas yang itu, pintu warna beige” Ammara menghala pandang kearah yang ditunjukkan oleh Imtithal. Pintu berwarna beige yang diapit oleh dua pintu berwarna putih dihampiri setelah mengucapkan ‘Terima Kasih’.

Lama juga Ammara berkurung di dalam bilik air. Bukan buat apa pun. Saja menenangkan jiwa yang kacau. Bagi Ammara, dari dia terpaksa menayang senyum paksa dan menatap wajah mengada-ngada Imtiyaz, baik dia pandang wajahnya sendiri dicermin tandas.

Apabila sudah lebih kurang dua puluh minit, akhirnya Ammara menapak keluar juga. Nanti tak pasal pula dia disangka pengsan di dalam tandas dek kerana tidak keluar-keluar.

“Ingat Ammara tidur dalam tandas tadi” hampir terloncat Ammara dibuatnya apabila suara Imtiyaz menyambutnya sebaik kaki melangkah keluar dari tandas.

“Ya Allah Encik Imtiyaz! Nasib baik saya tak ada penyakit jantung tau! Kalau tak memang dah selamat saya ke rumah tiang dua” Ammara bersuara keras kearah Imtiyaz sambil mengurut-ngurut dadanya.

“Isk awak ni. Kan saya dah cakap. Jangan panggil saya Encik” Imtiyaz mendekatkan dirinya pada Ammara sambil mata melilau kesekeliling. Bimbang sekiranya ada yang mendengar.

“Saya tak reti lah nak berbaby sayang ni Encik” Ammara menjarakkan tubuhnya dari Imtiyaz. Nyaris kepalanya berlaga dengan dagu lelaki itu. Cologne yang dipakai Imtiyaz sudah memenuhi rongga hidung membuatkannya rasa kurang selesa.

Better you stop calling me Encik … Kalau tak …” Imtiyaz tersenyum melihat riak wajah Ammara yang sudah berubah. Semakin Ammara mengundur, semakin galak dia mendekatkan tubuhnya pada gadis itu.

 “Apa ni Encik Imtiyaz? Isk … Nanti orang nampak lah” menyedari yang dia sudah tidak boleh lari kemana kerana belakang tubuhnya sudah menghimpit dinding, dada Imtiyaz ditolak supaya menjauhinya. Getar jantung yang semakin kuat terasa menambahkan lagi rasa sesak di dadanya.

“Biarlah kalau orang nampak pun. Cepat sikit kita boleh kahwin. Kalau awak tak nak kena cium dengan saya, baik awak panggil saya sayang atau baby atau apa saja panggilan manja sekarang ... hurm?” Imtiyaz tak peduli dengan tolakan tangan Ammara. Wajah yang sudah bertukar kemerahan di hadapannya itu menambahkan rasa seronoknya untuk terus menyakat.

“Ok … Ok … Saya panggil!”

“Panggil apa tu?”

“Sa … Sayang”

“Apa? Tak dengar. Say it again .. Louder

“Say …. Sayang!”

 Imtiyaz menjarakkan tubuhnya dan airmata yang sudah mengalir di pipi Ammara diseka lembut.

“Cengeng la you ni dear” tangannya masih berada di pipi mulus Ammara yang menundukkan wajahnya. Jatuh kasihan pula dia pada Ammara kerana mengusik gadis itu tadi.

Ammara mengangkat wajahnya dan pandangan tajam dihadiahkan pada Imtiyaz. Tangan lelaki itu ditepis kasar dan tubuh lelaki itu ditolak geram sebelum dia melangkah berlalu dari situ dengan wajah yang mencuka. Rasa serba-salah semakin menyelubungi Imtiyaz. Perlahan dia menurut langkah Ammara menuju ke ruang tamu.

 Pertemuan yang asalnya cuma dirancang berlangsung pada sebelah pagi saja berlarutan hingga ke makan tengahari.

Ammara yang pada mulanya rasa kekok, semakin selesa dengan kehadiran Imtithal, anak perempuan tunggal dalam keluarga itu. Apatah lagi, Imtithal rajin berceloteh membuatkan Ammara berasa terhibur.

 “Abang Tiyaz tu kalau Kak Ara nak tahu, nampak je macam buaya darat. Tapi, Akak jangan risaulah. Kawan-kawan perempuannya semua tu setakat buat teman dia gitu-gitu je. Tihal rasa, selama ni takde pun Abang Tiyaz mana-mana kawan perempuan dia jumpa Walid dengan Umi. Sebab tu Tihal confident yang Abang serius dengan Akak” Imtithal cuba melobi Abangnya supaya nampak elok dimata Ammara.

Dia bukan tak tahu selama ini, perempuan yang selalu dikaitkan dengan Imtiyaz semuanya tak semengah. Kerana itu, dia sangat bersyukur apabila Abangnya memperkenalkan Ammara sebagai bakal isteri. Dia senang dengan Ammara. Selamba dan spontan. Langsung tak nampak yang gadis itu berpura-pura. Malah dengan Syarifah Hanum, pilihan jodoh yang ditentukan oleh Uminya buat Imtiyaz sebelum ini pun dia tak berapa berkenan. Harapkan cantik saja. Tapi perangainya, sombong bukan main.

 Ammara hanya tersengih mendengar kata-kata Imtithal. Ketika itu, mereka berdua sedang asyik menyediakan bahan-bahan untuk memasak juadah Nasi Beriani di atas kitchen Island. Itupun setakat membantu memotong bawang dan sayur-sayuran sahaja kerana semua tugasan yang lebih berat digalas oleh Datin Suhana, Puan Saadiah, Fatin dan Wati, orang gaji di rumah itu.

 “Seronoknya nak dapat Kakak Ipar. Tak sabar Tihal. Nanti adalah kawan. Takdelah kena buli je dengan Abang Tiyaz tuh. Si Imdad tu pun sama je naiknya. Kalau Abang Tiyaz buli Tihal, dia pun nak tumpang sekaki juga. Tak padan umur baru 5 tahun” Imtithal masih seronok berceloteh mengenai keterujaannya menerima Ammara dalam keluarga itu.

Terbayang di ruang mata Ammara wajah comel Imdad. Adik bongsu Imtiyaz yang baru dikenalinya sebentar tadi apabila anak kecil itu pulang dari Taska. Adik beradik Imtiyaz ada tiga orang kesemuanya. Ketiga-tiga beradik itu mempunyai jurang umur yang besar. Imtiyaz berusia 32 tahun manakala Imtithal, 15 tahun dan akhir sekali, Imdad, 5 tahun. Masing-masing memiliki jarak umur yang sangat ketara.

 Menurut cerita Datin Suhana, dia dan Datuk Muzaffar langsung tidak merancang. Rezeki Allah yang sudah tertulis buat mereka sudah begitu adanya. Mereka redha dan terima sahaja seadanya.

“Kalau ada jodoh Tihal. Kalau takda jodoh nak buat macamana kan” Ammara menyahut juga akhirnya. Dia tidak mahu Imtithal terlalu mengharap. Lagipula, bukankah ini semua hanyalah lakonan semata-mata? Dia cukup yakin yang sebelum perhubungan mereka itu menjadi lebih serius, Imtiyaz pasti akan ada helah yang lain. Dia pasti. Dia kena yakin kerana dia tak sanggup menjadi isteri kepada lelaki itu.

“InsyaAllah. Tihal percaya Abang sayangkan Akak sangat-sangat. Tihal nampak macamana Abang Tiyaz tengok Kak Ara. His eyes are full of love!” Seronok benar Imtithal. Ammara sudah terkedu. Full of love? Heh! Karut! Full of lies adalah kot. Ammara mengejek dalam hati. Dia tak percaya lelaki kasanova seperti Imtiyaz mampu menyintai seorang wanita dalam satu masa. Memang tak mustahil tapi musykil jugalah dia kalau ianya terjadi.

“Hai anak dara berdua ni potong bawang lagi tadi tak sudah-sudah lagi ke?” Datin Suhana yang baru menghampiri Ammara dan Imtithal membantutkan perbualan rancak antara mereka berdua.

“Haah la. Lagi tadi seronok sangat bersembang, tangan memang tak bergerak la” Puan Saadiah yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Ammara turut bersuara.

“Dah siaplah ni Umi. Tihal baru je nak blend bahan-bahan nak masak ayam ni” Imtithal tersengih-sengih sambil memasukkan bahan-bahan untuk dikisar ke dalam mesin pengisar. Ammara turut sama tayang gigi apabila sudah ditegur oleh para Ibu.

Monday, June 20, 2022

GADIS CENGENG : BAB 17

    


    KATA sepakat telahpun dicapai. Esok, mereka semua akan berkumpul di rumah Encik Azman sebelum sama-sama bertolak ke rumah keluarga Imtiyaz di Kota Damansara. Ammara terpaksa jadi Mak Turut sahaja. Setelah apa yang dibuat pada Imtiyaz, Papanya langsung tidak membenarkan sebarang bentuk bantahan dan tunjuk perasaan dari Ammara. Lebih menyebalkan hatinya, Imtiyaz akan sama-sama bertolak bersama mereka. Ingin dibantah tapi jelingan maut Papanya membuatkan mulutnya terus terkunci rapat. Siap bermangga lagi. Seram!

    Mereka sampai di rumah Ammar tepat pukul sepuluh malam. Sebaik sahaja kereta Alphard berwarna hitam itu diparkirkan, Ammara terus membuka pintu dan berlalu masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan sesiapa.

    “Ara, Ara. Entah apalah tu yang tak kena. Kerja nak muncung je hari ni. Kamu jangan ambil hati pula Tiyaz. Ara tu memang macam tu. Sindrom anak bongsu. Buat ikut suka dia je. Bukan nak fikir perasaan orang lain” Ammar mendengus sambil mengeleng-gelengkan kepala. Imtiyaz yang sudah berdiri di sebelahnya ditepuk-tepuk bahunya. Fatin telah meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dahulu kerana kepenatan katanya. Tinggal Ammar dan Imtiyaz saja di halaman rumah.

    “Takda apalah Long. Dah biasa layan kepala anginnya tu. Tapi kalau kat office Ara tu professional. Buat kerja langsung tak mengeluh” Imtiyaz tersenyum memandang wajah Ammar. Bukan dia sengaja memuji Ammara hanya untuk mengambil hati Ammar. Tapi, itulah kebenarannya. Ammara memang seorang pekerja yang bagus.

    “Dah lewat ni. Saya balik dululah ye. Esok, pukul 9 saya sampai. Jumpa lagi esok Long. Assalammualaikum” mereka bersalaman dan bertukar pelukan sebelum Imtiyaz berlalu dengan kereta Harriernya. Hon dibunyikan tiga kali sebelum kereta dipecut pergi. Mata Imtiyaz sempat menangkap sesusuk tubuh yang mengintai dari celah tingkap bilik di tingkat dua yang dia pasti milik Ammara. Dia tersenyum senang.

     Di dalam bilik tidurnya, Ammara memandang kereta Harrier yang dipandu Imtiyaz sehingga hilang ditelan kegelapan malam. Dia melepaskan keluhan kecil. Ammara melangkah lemah menuju ke katilnya dan melabuhkan punggung di birai katil.

    Dia tak tahu kenapalah keluarganya dengan mudah dapat menerima kehadiran Imtiyaz. Bukan hanya ahli keluarganya saja, malah Fatin juga menyenangi Bosnya itu. Bila difikir-fikirkan, terasa menyesal pula bersetuju dengan permintaan gila Imtiyaz untuk menyamar sebagai teman wanita lelaki itu tempohari.

    Tulah kau Ara! Baik hati sangat nak menolong orang. Kalau dia kena kahwin pun dengan pilihan Umi dia tu, lantak pi kat dia la! Bukannya kau pun yang kena paksa kahwin! Arrrrggghhhh!!! Ammara menekup mukanya dengan kedua belah tangan. Ada titis jernih yang bergenang dikelopak matanya namun pantas diseka Ammara. Letih juga asyik menangis. Naik perit matanya. Masalah tak selesai juga.

    Perkara dah pun terjadi. Nak menyesal pun dah tak berguna. Esok, keluarganya akan berjumpa dengan keluarga Imtiyaz buat kali pertama. Apa yang boleh diharapkan adalah mudah-mudahan pertemuan itu berakhir dengan disaster! Jadi, secara tak langsung, bolehlah dia melepaskan diri dari situasi yang menyesakkan dadanya itu. Heh. Ammara tersenyum sendiri. Melihat reaksi Datin Suhana tempohari, Ammara yakin yang hubungan ‘cinta’nya dan Imtiyaz tak akan kekal lama. Terbit sedikit rasa lega di hatinya.

    Baru hendak melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk, bunyi Whatapps ditelefonnya mematikan langkahnya. Pantas telefon yang diletakkan di atas katil dicapai.

    ‘Ara dah tidur ke?’

    Berkerut Ammara melihat mesej dari nombor yang tak dikenalinya. Siapa pula ni?

    ‘Belum. Siapa ni?’

    Butang ‘enter’di tekan. Tidak sabar hendak tahu siapa gerangan pengirim mesej.

    ‘Fath. Kita jumpa kat balkoni kejap. Ada benda Fath nak cakap dengan Ara’

    Mata Ammara membuntang menatap tiap baris perkataan di skrin Iphonenya. Siapalah yang memandai-mandai bagi nombor telefon dia pada Mamat ni? Ini mesti kerja Kak Fatin. Kalau tak pun, Along. Ammara meneka-neka sendiri. Malas sungguh hendak berhadapan dengan Fath. Sudahlah sehari suntuk ni naik muak dia melayan kerenah Imtiyaz. Sekarang ni, Fath pula? Hmmm … Ammara berat hati.

    ‘Maaf. Saya mengantuk. Nak tidur. Kita jumpa esok je la ye. Assalammualaikum.’ 

    Telefon dicampakkan semula di atas katil dan langkah kembali dihayun ke bilik air untuk meneruskan niat untuk menunaikan solat Isyak yang tergendala sebentar tadi. Bunyi mesej Whatapps yang masuk tidak dipedulikannya lagi. Malas. Biarlah Fath menunggu di balkoni sampai subuh pun. Dia tak peduli. Mental dan fizikalnya sudah terlalu letih untuk hari itu. Dia perlu tidur awal untuk merehatkan segala urat saraf sebelum berhadapan dengan kerenah Fath pula.

    Selesai solat Isyak, telefon yang tak henti-henti berbunyi dicapai juga. Tanpa melihat nama pemanggil, panggilan terus dijawab.

    “Tolonglah Fath! Jangan ganggu saya boleh tak? Kita jumpa esok. Apapun yang awak nak bincangkan, can it not wait until tomorrow?” Keras nada suara Ammara. Dia rimas dan lemas asyik diganggu sebegitu.

    “Assalammualaikum Ammara. Ni saya ni. Awak kenapa ni? Are you okay?” Melopong mulut Ammara dibuatnya apabila suara Imtiyaz menyapa pendengarannya. Dia terus kematian kata-kata.

    “Anyway, who is Fath? Lelaki ke perempuan? And why you want to meet him tomorrow?” Ammara menepuk dahinya. Berapa banyak soalan daa .. Tangan yang menongkat di atas peha masih lagi menepek didahi. Kenapalah kau tak tengok nama pemanggil tu dulu tadi? Main aci redah je menjawab. Ha, kan dah banyak soalan pula Bos kau ni! Ammara memarahi diri sendiri.

    “Hello! Ammara! Are you still there? Ammara Safiyya?” Panggilan yang bertalu-talu dari Imtiyaz menyentakkan lamunannya.

    “Err … Yes Encik Imtiyaz. I’m here. Kenapa Encik call saya malam-malam ni?” Perlahan saja Ammara menyuakan soalan. Satu pun pertanyaan dari Imtiyaz tadi tidak dijawabnya. Untuk apa dia menjawab? Imtiyaz bukannya sesiapa pun untuk dia terangkan segala-galanya.

    “Nothing. Cuma nak bagitau awak yang saya dah sampai rumah. Jangan lupa esok” Ammara pelik. Sejak bila pula Imtiyaz perlu melapor diri padanya? Mereng dah Bos aku ni. Ammara berbisik dalam hati.

    “And Ammara … “

    “Hurmm?”

    “Esok depan Umi dengan Walid saya, jangan panggil saya Encik pula. Panggil Tiyaz or maybe B for Baby lagi bagus. See you tomorrow Dear.  Assalammualaikmum”

    “Errk .. “

    Terkebil-kebil mata Ammara mendengar permintaan Imtiyaz sebelum meletakkan telefon diiringi dengan tawa halus yang entah kenapa berjaya mengusik perasaannya sedikit.

    Poyo! Desis hati Ammara geram.

    Malam itu sebelum tidur, sempat dia membaca beberapa mesej Whatapps yang dihantar oleh Fath. Mankin sesak dadanya rasa. Kalau beginilah, nampak gayanya, cukup bulan, ada harapanlah dia diserang sindrom kemurungan melampau akibat gangguan dari dua makhluk Tuhan bernama Imtiyaz dan Fath. Bait kata dari Fath seperti bermain-main dalam kepala otaknya tanpa henti.

    ‘Saya sayangkan Ara’

    I want to make things right with you

    I want you to be my girl and … I won’t stop until you say yes

    Arrrrrggghhhhhh!!! Ammara menekup wajahnya dengan bantal dan menjerit sekuat-kuatnya diiringi airmata yang seperti biasa menjadi peneman setia. Kenapalah disaat dia tak memerlukan kehadiran seorang lelaki pun dalam hidupnya, dua orang lelaki sekaligus muncul dan menginterframekan diri setiap masa dan setiap saat??!

    Pagi itu, awal dari yang telah dijanjikan, lima belas minit sebelum pukul sembilan, Imtiyaz sudah terpacak di luar pagar rumah Ammar. Kacak dan segak seperti biasa. Bertshirt polo warna hijau lumut dan berseluar jeans biru dengan rambutnya kemas tersisir rapi serta berkaca mata hitam menambahkan lagi kekacakkannya. Terpegun lima saat Ammara dibuatnya. Kalau tak disebabkan terpandang senyuman senget Imtiyaz, sahih lebih lama dia berdiri terpacak dimuka pintu itu.

    “Masuklah dulu, Along dengan Kak Fatin tengah bersiap” Usai Imtiyaz memberi ucapan salam dan dibalas, Ammara mempelawa sambil mendahului langkah ke ruang tamu yang sudah tersedia dengan hidangan minuman panas dan sepinggan karipap segera yang sempat digorengnya tadi.

    Ammara menuangkan air panas ke dalam cawan Imtiyaz yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengannya.

    “Cantik Ammara hari ni”

    Hampir terlepas pegangan tangan Ammara pada teko yang terisi air teh panas mendengar pujian dari Imtiyaz yang beralun lembut hampir ditelinganya. Dadanya sudah mula berombak kuat.

    “Err … Encik Imtiyaz minum la dulu ye, Saya nak ke dapur kejap” cepat-cepat dia bangun. Tak betah apabila Imtiyaz sudah menukar suisnya kepada mode romantik.

    “Eh, temankanlah saya” Zassss!!! Terasa menderu semua darah di dalam tubuhnya naik ke kepala apabila lengannya berada dalam genggaman Imtiyaz. Tubuhnya yang hilang imbangan apabila lengannya ditarik oleh Imtiyaz tiba-tiba sudah jatuh terduduk di atas pangkuan Imtiyaz. Terus panas seluruh wajah sampai ketelinga dibuatnya. Kerana jarak yang hanya sejengkal antara mereka, matanya terus terpaku pada sepasang mata Imtiyaz yang baru dia perasan sangat mempesonakan! Berwarna hazel dan berbulu mata lentik dan berkening tebal. Memang patut ramai wanita jadi gila bayang dengannya. Akui hati Ammara.

    Imtiyaz turut sama terpana. Mata indah Ammara yang berwarna coklat cair memanah dalam ke anak matannya. Sebuah perasaan halus mula menjalar dalam hati mereka.

    “Ehem! Ehem!”

    Bunyi seseorang berdehem dari arah belakang mematikan segala anganan indah Ammara dan Imtiyaz. Serentak mereka berdua bangun. Ammara pura-pura membetulkan pakaian dan tudung yang dipakainya manakala Imtiyaz berlagak selamba sambil menoleh kearah suara yang berdehem itu.

    “Hai, saya Imtiyaz”

    “Fath”

    Ammara segera memusingkan kepalanya apabila mendengar nama itu disebut. Bulat matanya memandang kearah Fath yang sudah berjabat tangan dengan Imtiyaz sambil menjeling pandang kearahnya tajam dengan senyuman separuh ikhlas diukirkan buat Imtiyaz.

    Fath. Kenapa aku rasa macam pernah dengar saja nama ni? Tapi daripada mulut siapa? Imtiyaz mula bersoal jawab sendiri.

    “Enc … Err .. awak duduklah dulu dengan Fath ye, saya nak naik atas panggil Along dengan Kak Fatin. Entah apa la diaorang buat lama sangat nak bersiap tu” tak tahan hendak berlama disitu, Ammara segera meminta diri dan terus menaiki tangga ke tingkat atas. Imtiyaz menghantar dengan pandangan mata. Begitu juga dengan Fath. Sama-sama memandang Ammara sehingga tubuh langsing gadis itu hilang di sebalik dinding.

    “Ni Abang Ammara ke?” Imtiyaz memulakan perbualan sebaik saja mereka berdua sudah mengambil tempat duduk berhadapan sesama sendiri.

    “Eh, takdalah. Kakak  Ipar Ara tu kakak saya. Saya dengan Ara dulu satu U” lancar saja Fath menjawab. Dalam hatinya ada rasa yang berbuku pada lelaki tampan di hadapannya. Agak tergugat juga hatinya apabila melihat lawannya untuk merebut cinta Ammara bukan calang-calang orang. Dia kena mengatur strategi yang lebih mantap.

    “Dah lama ke kenal Ara?” Giliran Fath menyoal.

    “Tak ada la lama sangat. Tapi, kalau hati dah berkenan, untuk apa tunggu lama kan?” Kata-kata Imtiyaz umpama punya bisa yang membuatkan hati Fath sakit sesakit-sakitnya. Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat bertindak!

    “Ara dulu girlfriend saya kat U”

    Kata-kata yang baru keluar dari mulut Fath serta-merta merubah wajah tenang Imtiyaz. Perasaan halus yang baru hendak mekar dalam hatinya buat Ammara membuatkan kata-kata yang keluar dari mulut Fath sebentar tadi umpama racun yang cukup berbisa menusuk tangkai hatinya.

    Fath. Ting! Dia sudah ingat! Nama itulah yang disebut Ammara malam tadi. Nama orang yang ingin dijumpainya hari ini. Adakah ini orangnya? Bertambah berkocak hatinya.

    Melihat perubahan pada wajah Imtiyaz yang sudah berubah keruh, hatinya terasa lapang. Yes! Air yang tenang sudah berjaya dikocaknya. Sekarang, dia hanya perlu mencetuskan sebab untuk menjadikan air itu bergelora dan seterusnya memusnahkan apa yang ada disekelilingnya. Segaris senyuman lebar terlukis dibibir Fath. Dalam kepala pelbagai rancangan dibuat untuk memporak-perandakan hubungan Imtiyaz dan Ammara.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template