“INDAH!!
Apa kamu buat kat atas pokok tu? Turunlah sayang. Nanti kalau Ayah kamu nampak,
teruk kamu dikerjakan” Mak Dara sudah bercekak pinggang sambil mendongakkan
kepalanya memandang tajam kearah anak daranya yang bertenggek santai di atas
dahan pokok pulasan sambil asyik memetik buah yang sedang ranum berbuah itu.
Geram sungguh hatinya apabila panggilannya dari tadi tidak diendahkan.
“Ala.
Indah bukan buat apa pun. Nak makan buah pulasan ni je pun. Mak ni kecoh la”
berkerut-kerut wajah putih bersih itu dengan muncung yang sudah panjang sedepa.
Bingit telinganya mendengar Ibunya itu tak sudah-sudah hendak menganggu
ketenangan harinya. Sebiji buah pulasan yang sudah dikupas kulitnya dimasukkan
ke dalam mulut.
Mak
Dara merengus geram.
“Cuba
kamu jangan degil Indah. Penatlah Mak nak berleter hari-hari dekat kamu ni.
Perangai tu tak reti nak ubah. Cubalah ikut perangai Kak Ilham kamu tu. Kamu tu
perempuan tahu tak? Dok memanjat sana-sini dah serupa jantan. Kamu tak kesian
ke kat Ayah kamu tu? Dahlah dia tu Tok Bilal kat kampung ni.” Mak Dara semankin
rancak bebelannya. Indah sudah sedia tayang muka kebosanan. Siap menguap lagi.
“Ha!
Tengok tu. Mak cakap sikit dah sibuk dok menguap-nguap. Bukannya nak dengarkan
betul-betul. Hish budak ni kan …” Mak Dara mankin berasap dengan perangai anak
bongsunya itu. Lengan baju kurungnya sudah diselak sampai kesiku.
“Mak
ni tak rock la” akhirnya Indah turun
juga dari pokok pulasan itu. Satu persatu dahan dipijak dengan berhati-hati
manakala sebelah tangan memegang dahan yang lain. Sebelah lagi tangan memegang
erat bucu t-shirt yang dibuat bekas tempat isi buah pulasan yang dipetiknya.
Indah
segera memanjat turun bukan kerana takut dengan Mak Dara tapi kerana dia sudah
ternampak kelibat motor Ayahnya membelok ke perkarangan rumah. Sedegil-degil
dia, dengan Pak Ihsan, ayahnya, memang dia kalah. Bukan kerana Pak Ihsan akan
mengerjakannya seperti yang diugut Mak Dara. Tapi, takut dia akan ditarbiyah
tiga hari tiga malam tanpa henti. Siap keluar segala macam hadith sahih dan
keratan ayat-ayat Al Quran lagi.
“Haaa
tengok. Banyak tak Indah dapat petik buah pulasan ni?” longgokan buah pulasan
yang beralaskan baju t-shirt yang dipakai ditunjukkan pada Mak Dara. Bahu
Ibunya itu dipeluk sambil ditepuk-tepuk.
“Kamu
ni lah. Perangai dah serupa jantan. Nasib baiklah bertudung” Mak Dara masih
tayang muka ketat. Indah hanya tersengih menunjukkan sebaris gigi yang tersusun
cantik.
“Tula
Mak. Masa mengandungkan Indah, Mak suka sangat tengok bolasepak kan? Lepas tu
masa Indah kecil dulu, mak suka sangat pakaikan baju lelaki kat Indah” Indah
menjawab. Cerita yang sudah berulang-ulang kali diceritakan padanya oleh Nenek
Asma, Ibu kepada Mak Dara, disampaikan kepada Ibunya pula.
“Habis
tu, kamu nak salahkan Mak la ni?” Semankin lebar senyuman Indah apabila
diajukan soalan itu.
“Ish!
Mana ada. Indah bersyukur apa Tuhan jadikan Indah macam ni. Barulah ganas.
Takdalah nak jadi mangsa buli kan?” Kaki sudah sama-sama diatur menuju ke rumah
mereka.
“Kamu
ni ada saja lah jawabnya. Malas la Mak nak cakap apa-apa lagi” akhirnya Mak
Dara mengalah. Kalau berbahas kata dengan Indah, memang sampai esok pagi pun
takkan habis. Indah sudah tersenyum kemenangan. Memang begitulah selalunya.
Dengan Ibunya bolehlah dia membalas kata. Cuba dengan Pak Ihsan. Memang mati
kutulah dia jawabnya. Terkena renungan tajam Pak Ihsan sekali saja sudah cukup
membuatkan semua organ-organ dalamannya menggigil ketakutan. Entah ilmu apalah
yang dipakai Ayahnya itu.
***
“Akak
… Akak tak sayang ke kat Indah? Kenapa Akak nak pergi belajar jauh-jauh ni?”
Airmata sudah mula bergenang ditubir matanya. Sekeras-kerasnya, dalam hati
tetap warna pink. Selama 17 tahun kehidupannya, mana pernah dia berpisah dengan
Ilham. Kalau berpisah pun, paling lama 2 hari. Itupuh kalau salah seorang antara
mereka terlibat dengan lawatan sekolah.
Ilham
tersenyum memerhatikan Indah yang sedang duduk tegak bersila di hadapannya yang
sedang sibuk tercari-cari beberapa sijil sekolah di dalam kotak khazanahnya
yang selama ini tersimpan tak terusik di bawah katil.
Ilham
menghela nafas panjang. Sedari kecil, memang impiannya melanjutkan pelajaran ke
luar Negara. Surat urusan Seri Paduka Baginda yang sampai tengahari tadi
memberikan khabar gembira bahawa cita-citanya itu akan tercapai tidak lama
lagi. Dia telah diterima untuk memasuki salah sebuah Universiti di Melbourne,
Australia. Ibu dan Ayahnya tiada bantahan memandangkan dia merupakan salah
seorang pelajar yang ditaja oleh Petronas sepenuhnya. Yang menjadi masalah
adalah Indah. Satu-satunya adiknya. Gadis yang nampak ganas diluar tapi sangat
mudah tersentuh hatinya. Tubuh Indah sudah didakap erat. Teresak-esak Indah menangis
dalam pelukan kakaknya.
“Akak
bukan pergi lama pun. Empat tahun je. Pejam celik, pejam celik, akak dah balik”
Ilham memujuk. Bahu adiknya dielus lembut.
“Lama
la empat tahun tu. Kalau kahwin, dah boleh dapat tiga orang anak tau. Itupun
kalau tak kembar” Ilham tersenyum mendengar kata-kata Indah yang masih sempat
bergurau dalam tangisan.
“Lagipun,
Akak sanggup ke nak tinggalkan Abang Rizq tu sampai empat tahun? Tak takut ke
kalau dia kena kebas dengan si Mona gedik tu?” Indah sudah meleraikan pelukan
pada Ilham. Airmata dikesat dengan hujung lengan baju t-shirt yang dipakainya.
Wajah Ilham berubah apabila nama Rizq, Muhammad Rizqi Emir, disebut Indah. Dia
dan Rizqi sudah lama menjalinkan hubungan kasih. Sejak mereka sama-sama dalam
Tingkatan satu lagi. Segala cerita cinta mereka Indah tahu. Malah, Rizqi
melayan Indah sudah seperti adiknya sendiri.
“Kami
dah bincang dan dia faham. Lagipun, Akak buat semua ni bukan untuk diri Akak
sendiri. Tapi, untuk keluarga kita juga. Akak nak kerja yang hebat-hebat. Nak buatkan
Mak dengan Ayah rumah yang besar-besar” Ilham kembali tersenyum apabila
menyatakan harapannya. Indah turut tersenyum.
Memang
patut pun Kakaknya itu menyulam impian sebegitu. Ilham seorang anak yang
cerdik. Dari sekolah rendah lagi dia memang sering mendapat gelaran Pelajar
Terbaik. Bukan hanya dalam bidang akademik malah juga kokurikulum. Serba-serbi
sempurna. Lemah-lembut, baik, cantik dan juga cerdik. Tidak hairanlah jika
Rizqi yang mendapat jolokan jejaka idaman Malaya di kampung itu boleh terpikat
dengan Ilham.
Jika
hendak dibandingkan dengan Indah memang sangat berbeza. Ilham lemah-lembut,
Indah ganas. Ilham cerdik, Indah tak berapa nak cerdik. Tapi, bab baik dan
cantik, mereka sama-sama mempunyai kualiti itu. Walaupun mungkin Ilham lebih
baik dan lebih cantik sedikit dari Indah.
“Tapi,
kalau si Mona gedik tu masuk meminang Abang Rizq macamana?” Indah cuba menduga
lagi hati Ilham. Sengaja hendak melihat reaksi Kakanya itu. Walaupun
lemah-lembut, hati Ilham sangat keras. Malah lebih keras dari Indah yang
luarannya memang semedang kasar.
“Daripada
dapat kat si Mona tu, Akak lebih rela dia jadi Adik Ipar Akak tau” penuh
bersemangat Ilham menjawab. Berkerut dahi Indah dibuatnya.
“Adik
Ipar? Maksud Akak?” Indah tayang wajah keliru. Tidak dapat menangkap maksud
kata-kata Ilham.
“Isk
budak ni. Setahu Indah la kan, Suci Ilham bin Ihsan ni ada berapa adik ye?”
Ilham tersenyum dengan kebluran
Indah. Tak boleh langsung hendak cakap berkias dengannya. Pasti langsung tak
difahami. Semua benda kena cakap straight
to the point kalau dengan Indah. Kalau berbahasa-basi dan berkias-kias
memang sampai sudahlah Indah tak faham.
“Sorang
je la. Kenapa? Ke Ayah ada bini lain yang kita tak tahu?” Kening Indah sudah
ternaik sebelah ala Ziana Zain memandang kearah Ilham yang sudah meledak
tawanya sampai terbaring-baring.
“Hish
Akak ni. Gelak pula! Tak faham la Indah. Cakap kalau tak bengkang-bengkok tak
boleh ke?” Indah sudah tayang wajah cemberutnya. Ilham sudah kembali bersila
mengadapa Indah yang berpeluk tubuh sambil menjuihkan bibirnya.
“Apalah
Indah ni. Maksud Akak … Lebih baik Abang Rizq tu kahwin dengan Indah daripada
dapat kat si Mona tu!” Terbeliak mata Indah apabila Ilham habis berkata-kata.
“Euuwwwww!!
Tak mahulah Indah! Setakat Abang Rizq tu. Dahlah badan ketul-ketul. Eeiiii!!
Tak lalulah Indah” Terangkat-angkat bahu
Indah mengambarkan kemungkinan kata-kata Ilham itu menjadi kenyataan. Mana
mungkin dia sukakan Rizqi yang bertubuh sasa itu kalau criteria lelaki
idamannya adalah yang kurus tinggi seperti Pelakon Korea, Lee Min Ho.
Semankin
galak Ilham mentertawakan Indah. Suka benar melihat riak wajah Indah ketika
itu. Pasti dia akan merindui adiknya itu. Rindu nak mati!
***
“Isk
Mak ni. time ada cerita Lee Min Ho
kat Tv lah dia sibuk nak suruh beli gula la, garam la .. Hurrmmpphhh” Indah
merungut-rungut sendiri. Laju hayunan kakinya dipacu ke kedai Pak Ali yang
terletak di hujung jalan. Hanya selang beberapa rumah dari rumahnya. Hendak
menaiki motor, Ayahnya yang ke Masjid sedari solat Zuhur masih belum balik-balik.
Hendak menaiki basikal, tayar pula pancit. Hendak tak hendak, terpaksalah Indah
menapak. Mujur Cuma garam dan gula yang dikirim Ibunya. Jika beras sepuluh
kilo, memang tunggu Ayahnya baliklah jawabnya.
Indah
berjalan sambil matanya meliar memerhatikan pemandangan sawah padi yang sedang
menghijau di kiri dan kanan jalan. Tiba-tiba matanya terpaku pada dua susuk tubuh
yang sedang berbual di atas dangau kayu di bawah pokok mempelam mengadap ke
sawah padi. Dari susuk tubuh keduanya dari arah belakang, Indah seperti sudah
dapat meneka siapa mereka.
Dengan
lagak sepantas kilat, Indah segera menyorok di sebalik rumput yang memanjang
yang memisahkannya dengan sebatang sungai selebar tiga kaki yang mana
memisahkannya pula dengan dua orang makhluk Tuhan yang sedang asyik berbicara
di bawah pohon mempelam itu.
“Rizq
sanggup ke nak tunggu? Empat tahun tu bukan sekejap tau” Indah cuba sefokus
mungkin untuk menangkap setiap butir bicara pasangan Teruna dan Dara itu. Si
Teruna yang dia pasti adalah Rizqi dan si Dara belum dikenalpasti siapa tapi
yang pasti bukan Ibunya. Indah tersenyum sendiri. Sempat lagi fikirannya
mengarut sendiri.
“Sudahlah
tu Mona.”
Mona??
Aik! Belum sampai seminggu dah berdating
dengan si Mona gedik? Takpa, takpa. Sabar Indah, sabar. Siasat lagi. Jangan
fikir yang bukan-bukan dulu. Indah menyabarkan hatinya. Kalau ikutkan, memang
dah kena serang mereka berdua kerana berani berskandal di belakang Kakaknya,
Ilham. Indah kembali mencuri dengar.
“Saya
sayangkan Ilham. Sayang yang betul-betul. Bukan main-main. Habis saja dia
belajar, keluarga saya akan masuk meminang” meleret senyuman Indah mendengar
kata-kata Rizqi. Bagus! Setia juga bakal Abang Ipar aku ni. Sepuluh markah aku
bagi! Indah berbicara dalam hati.Misi pengintipan diteruskan.
“Rizq
… Awak tahu kan yang saya dah lama sayangkan awak …” Disebalik rumput lalang
yang diselak, buntang mata Indah memerhatikan Mona yang sudah merapatkan
duduknya dengan Rizqi. Berbulu pula rasa mata dan hatinya saat itu. Walaupun
Rizqi itu bukanlah pakwenya
sekalipun, dia rasa, dia berhak rasa sakit hati bagi pihak Ilham, Kakaknya.
Kelihatan
Rizqi bingkas bangun dari duduknya apabila tangan Mona sudah menjalar di atas
pehanya. Bebahang rasa wajah dan telinga Indah saat itu. Ingin saja diterkam
Mona yang tanpa segan silu berpelakuan kurang sopan di kawasan terbuka seperti
itu. Dengan bakal Abang Iparnya pula tu!
“Rizq
… “ Mona sudah mula merengek dan beraksi gaya kucing miang. Lengan Rizqi sudah
berada dalam dakapannya yang turut sama berdiri.
“Err
… Abang Rizq!!” Entah kenapa, tidak sanggup lagi untuk melihat sejauh mana
keberanian Mona bertindak untuk menggoda Rizqi, Indah sudah keluar dari
persembunyiannya sambil melaung memanggil Rizqi sambil tersenyum simpul.
Lengan
yang dipeluk Mona ditarik pantas. Wajah Mona berubah apabila terpandang Indah
yang sedang tayang muka selamba sambil tersengih macam sedang buat iklan ubat
gigi di seberang sungai. Hatinya sebal apabila niatnya untuk menggoda Rizqi
terganggu. Sudahlah bukan main payah dia hendak memujuk lelaki itu untuk berjumpa
dengannya. Setelah dia berjanji yang itu akan menjadi pertemuan terakhir
mereka, barulah Rizqi bersetuju. Namun, setelah berpeluang untuk melancarkan
pelan menggodanya, Indah pula muncul menganggu entah dari mana.
“Woi!
Kau mengintai kami ke ha?!!” Mona bercekak pinggang memandang kearah Indah yang
masih tersengih. Mankin sakit pula hatinya melihat wajah selamba Indah.
“Eh
… Mana ada Kak Mona. Err … Saya memang tengah cari Abang Rizq la! Tadi saya
pergi rumah dia tapi Mak dia cakap dia takde kat rumah. Tengah jalan-jalan kat
sini tiba-tiba terserempak pula. Tu yang saya panggil tu” Indah main belasah
saja melontarkan alasan yang sempat terlintas dikepala otaknya ketika itu.
“Ada
apa Indah cari Abang?” Tenang saja Rizqi bertanya. Dia sudah berdiri agak jauh
dari Mona. Bimbang sekiranya Mona bertindak lebih berani dari tadi ke atas
dirinya. Tak pasal pula dia kena fitnah dengan orang kampung kerana berkelakuan
tak senonoh di khalayak ramai. Lega juga hatinya apabila melihat Indah yang
tiba-tiba muncul di situ.
“Err
…. Indah mengaru-garu kepalanya yang dilitupi tudang bawal sambil memikirkan
apakah alasan yang paling logik untuk dia kemukakan lagi.
“Ada
hal sikit Indah nak cakap dengan Abang. Pasal Kak Ilham” hentam sajalah Indah
oiii! Janji kau dapat bawa Abang Rizqi tu jauh dari perempuan gedik tu. Getus
Indah dalam hati. Dia tersengih lagi. Nasib baik giginya cantik tersusun.
Kalaulah berterabur, memang nak makan penumbuk la jawabnya sebab asyik
tersengih-sengih macam kerang busuk dari tadi.
“Oh
yeke. Kejap. Abang datang situ” tanpa sebarang kata, Rizqi pantas meninggalkan
Mona dan menghampiri Indah yang sedang menuggunya dengan tangan yang diletakkan
kedahi bagi menghalang silau matahari yang sudah mula hendak tenggelam.
“Ha.
Kenapa dengan Kak Ilham?” terus saja Rizqi bertanya sebaik saja Indah sudah
berada di hadapannya. Terkulat-kulat gadis untuk berkata-kata. Sesekali
pandangannya tertumpu pada Mona yang masih berdiri di seberang sungai sambil
memandangnya garang sambil berpeluk tubuh.
“Sebenarnya
… “ Indah berkata separuh berbisik. Rizqi menaikkan keningnya menunggu
perkataanya selanjutnya dari Indah.
“Indah
saja je panggil Abang. Indah takut Abang Rizq ternoda dan tergoda dengan minah
gedik tu” bisik Indah. Cuba mengekalkan riak serius agar Mona dapat melihat dan
seterusnya membuat kesimpulan sendiri bahawa apa yang dibincangkan dengan Rizqi
saat itu adalah sesuatu yang sangat penting.
Hampir
tergelak Rizqi dibuatnya namun sempat disiku oleh Indah agar meneruskan lakonan
drama serius mereka kerana Mona masih asyik memerhati. Indah membuat isyarat
mata agar Rizqi mengikut saja lakonannya. Mujur Rizqi faham. Dalam hati sudah
tergelak sakan.
“So, kita nak buat macamana ni?” Rizqi
menunggu rancangan seterusnya dari Indah.
“Emmm
… Indah nak pergi kedai ni. Apakata Abang ikut je Indah?” Baru teringat tentang
pesanan Ibunya tadi. Terus saja diajaknya Rizqi memandangkan lelaki itu memang
hendak meloloskan diri dari cengkaman Mona yang masih setia menunggu.
“Ok”
ringkas jawapan yang diberikan oleh Rizqi.
“Mona!
Saya kena pergi dulu. Maaf. Ada hal mustahak nak kena buat!” Usai saja
berkata-kata, Rizqi dan Indah jalan beriringan berlalu dari situ meninggalkan
Mona yang agak terpinga-pinga. Hatinya terbuku rasa tidak puas hati sambil
melihat Indah dan Rizqi semankin jauh meninggalkannya.
***
“Ala
Mak … Ayahkan memang nak pergi jemput-jemput orang kan? Suruh je la dia hantar
sekali kat rumah Mak limah tu” Indah masih asyik menatap skrin Tv yang
menayangkan rancangan kartun Upin Ipin.
Nak
kata dia macam budak tak cukup umur pun katalah. Dia tak kisah pun. Dah dia
memang minat dengan Upin Ipin, nak buat macamana? Oklah tu. Sekurang-kurangnya
cerita buatan Malaysia. Siapa lagi nak menyokong produk sendiri kalau bukan
kita? Itulah jawapan yang akan dilontarkan setiap kali dimarahi Ibunya dan
diejek Ilham dulu kerana tepat jam 5.30 petang, pasti dia sudah duduk di
hadapan Tv untuk melayan rancangan Upin Ipin walaupun sudah beberapa kali
diulang tayang.
“Ayahkan
nak pergi banyak rumah. Yang dekat-dekat ni kamu tolonglah pergi. Kan tayar
basikal tu dah dibaiki. Bukan jauh sangat pun rumah Mak Limah tu. Cerita Upin
Ipin tu, esok-esok kan ada lagi” Mak Dara sudah berdiri di sebelah Indah
bersama bungkusan yang berisi nasi dan lauk pauk untuk dihantar ke rumah Mak
Limah yang merupakan Ibu Mona. Kerana itulah Indah malas hendak ke sana. Malas
hendak bertembung pandang dengan Mona yang sering meluahkan kata-kata provokasi
yang boleh mengundang kemarahannya.
Apabila
asyik didesak, akhirnya Indah angkat juga punggung. Basikal racing jenama shimano yang dibelikan Pak
Ihsan sewaktu dia di tingkatan 3 dicapai dan bungkusan nasi berlauk diletakkan
di dalam bakul yang dipasang di bahagian depan basikal. Laju dia mengayuh
menuju ke rumah Mak Limah dekat saja dari rumahnya Cuma dari jalan besar perlu
masuk jauh sikit ke dalam untuk sampai ke muka pintu rumah. Rumah yang dibina
di atas tanah dusun memang begitu kerana pokok buah-buahan telah lebih dahulu
ditanam di halaman sebelum rumah dibina.
“Assalammualaikum!
Assalammualaikum!!” Naik serak suaranya melaungkan salam namun satu pun tak
dijawab. Suasana sepi dan hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Keadaan rumah
yang agak jauh dari jalan utama membuatkan Indah agak kecut perut. Nasib
baiklah keadaan persekitaran masih lagi terang walaupun jam sudah menginjak ke
pukul 6 petang. Kalau tak, memang dah macam lokasi drama cerita hantu dah
rupanya kawasan rumah Mak Limah itu.
Setahu
Indah, rumah itu cuma diduduki oleh Mona dan Ibu bapanya saja. Mak Limah dan
Pak Halim. Mona merupakan anak tunggal jadi memang tinggal mereka bertiga
sajalah di rumah itu.
Indah
mencagakkan basikalnya dan dengan menjinjit bungkusan nasi di tangan dia
menghampiri pintu rumah di bahagian dapur yang kelihatan sedikit terbuka.
Perlahan-lahan daun pintu ditolak sambil kepalanya tertinjau-tinjau keadaan di
sekeliling ruang dapur rumah yang nampak tersusun kemas.
“Assalammualaikum!”
Sekali lagi Indah memberi salam. Dia diam sebentar untuk mengesan sekiranya ada
sebarang bunyi yang kedengaran namun hampa. Masih juga suara cengkerik dan
unggas hutan yang menyapa kependengarannya.
Memandangkan
langsung tidak ternampak kelibat sesiapa, Indah terus meletakkan bungkusan nasi
di atas meja makan. Dalam hati sudah berniat untuk balik saja. Yang penting,
apa yang diamanahkan oleh Ibunya sudah pun disampaikan. Walaupun bukan by hand seperti yang sepatutnya. Baru
hendak bergerak keluar, Indah ternampak pensil dan kertas lalu dicapai dan
secebis nota dikarang dan diselitkan di bawah bungkusan nasi.
“Indah?”
Pantas
kepala Indah tertoleh kearah muka pintu dan sesusuk tubuh sasa Rizqi menyapa
pandangan matanya. Berkerut keningnya apabila melihat lelaki itu di rumah Mona.
“Apa
yang indah buat kat sini?” Soalan yang sepatutnya hendak diajukan oleh Indah
terlebih dahulu terpacul dari mulut Rizqi.
“Indah
nak …”
“Assalammualaikum!”
Belum sempat Indah menghabiskan kata-katanya , suara salam yang kedengaran
menyebabkan mereka serentak menoleh dan menjenguk ke arah ruang tamu dimana
suara itu kedengaran.
Beberapa
kali salam diberikan barulah Rizqi menjawab lantang dari arah pintu dapur.
Kepala menjengah siapa yang datang.
Dada
Indah yang sedang berdiri di belakang Rizqi bergetar hebat apabila terlihat
Ayahnya, Imam Asri bersama beberapa lagi ahli jawatankuasa Masjid melangkah
menghampiri mereka. Terpamer riak terkejut diwajah Pak Ihsan apabila matanya
terpandangkan Indah di belakang Rizqi yang berdiri di muka pintu.
“Ada
apa ni Tok Imam?” Rizqi bertanya tenang. Masih keliru dengan kehadiran ramai
orang di situ. Beberapa minit yang lalu, dia menerima panggilan dari Mona yang
memerlukan pertolongannya untuk menghantar Ayahnya, Pak Halim yang dikatakan
tiba-tiba diserang sesak nafas. Memandangkan jarak rumahnya yang tidak jauh
dari situ, maka dia segera datang. Tapi dia pelik kerana bukan Mona yang ada di
dalam rumah, tapi Indah. Malah kelibat Mona dan keluarganya langsung tidak
kelihatan.
“Kamu
berdua buat apa berdua-duaan kat sini ni?” Belum sempat Tok Imam membuka mulut,
Pak Ihsan sudah terlebih dahulu bertanya. Tegas saja bunyi suaranya.
“Indah
hantar nasi … “ Indah menjawab jujur. Namun wajah mereka-mereka di hadapannya
penuh dengan rasa curiga.
“Macamana
kamu boleh masuk ke dalam rumah? Bukan ke Mak Limah dengan Pak Halim tak ada?
Diaorang pergi kenduri rumah saudara diaorang yang kat Kuala Lumpur tu. Si Rizqi
ni pula macamana boleh ada sama kat sini?” Giliran Imam Asri bertanya. Indah pelik.
Pergi Kuala Lumpur? Habis tu, kenapa pintu dapur terbuka? Takkan lupa nak kunci
kot? Indah bersoal jawab sendiri.
“Indah!
Baik kamu cakap apa yang kamu dengan Rizqi ni buat kat rumah Pak Halim ni ha?”
Nada suara Pak Ihsan sudah naik satu oktaf. Wajah bengis yang sering membuatkan
Indah gerun sudah terpamer jelas. Indah kelu tak bersuara. Begitu juga Rizqi.
“Indah,
Rizqi, kamu berdua tahu kan apa hukumnya kalau seorang lelaki dan seorang
perempuan berdua-duaan berada di tempat sunyi macam ni? Kamu tahu kan kamu
berdua boleh ditangkap kerana disyaki berkhalwat? Kamu tahu kan??” bagai nak
luruh jantung Indah apabila mendengarkan kata-kata Imam Asri itu. Menggigil
habis seluruh tubuhnya. Dia berpandangan dengan Rizqi sebelum menala pandang
pada Pak Ihsan yang sudah membuka kopiahnya sambil meraup wajahnya yang sudah
kemerahan berulang kali. Airmata sudah mula membasahi wajahnya. Esak tangisnya
semankin kedengaran.
***
“Indah
tak mahulah! Kenapa Ayah dengan Mak nak paksa Indah juga ni?!” Indah sudah
hilang pertimbangan. Airmata sedari tadi tak berhenti membasahi pipinya. Dia
sudah berada di rumahnya. Tok Iman, Rizqi, beberapa ahli jawatankuasa masjid, ahli
keluarga Rizqi dan juga Mona turut berada di situ juga.
“Indah.
Indah sanggup ke tengok Ayah dengan Mak tanggung malu lepas apa yang Indah buat
dengan Rizqi ni? Sanggup?” Pak Ihsan bersuara tegas. Dalam hati sudah tak
tergambar betapa kecewanya dia dengan apa yang berlaku.
“Kami
tak buat apapun Ayah, Mak. Kenapa tak ada orang nak percaya apa yang Indah
dengan Abang Rizq bagitau dari tadi ni! Kami tak buat apa-apa lah!” Matanya
memandang tunak kearah Ayahnya mohon pengertian.
“Rizqi.
Abah tak mahu dengar lagi apa-apa cerita dan alasan kamu. Keluarga kita dengan
Tok Bilal dah cukup malu dengan perbuatan kamu berdua ni. Untuk mengelak dari
mulut-mulut jahat orang mengata, Abah nak kamu nikah dengan Indah” Rizqi
terbangun dari duduknya. Walau tidak menangis seperti Indah namun kekeruhan
diwajahnya sudah mengambarkan perasaannya saat itu.
“Tapi
Abah … “
“Tak
ada tapi-tapi lagi! Indah. Bulan depan kamu akan menikah dengan Rizqi!” suara
berbaur arahan sudah dikeluarkan dari mulut Pak Ihsan. Pak Razak turut
menyokong. Indah sudah mengongoi di dalam pelukan Ibunya manakala Rizqi sudah
duduk bertongkatkan lutut sambil tangannya menekup rapat wajahnya. Yang lain
hanya menjadi pemerhati bisu. Mona yang turut ada di situ rasa mahu menangis
apabila jejaka pujaannya bakal dikahwinkan dengan orang lain.
Sudah
seminggu Indah berkurung dalam bilik. Keluar hanya untuk makan, mandi dan
mengambil air sembahyang. Kerjanya hanya termenung dan menangis. Puas Mak Dara
memujuk tapi begitu juga keadaannya.
Malam
tadi Ilham menelefon dari Melbourne namun Indah enggan untuk bercakap kerana
merasa seperti dia sudah mengkhianati Ilham. Rasa bersalah sangat-sangat.
Berkali-kali
dia menyalahkan dirinya kerana bertindak masuk ke dalam rumah Mak Limah
tempohari. Kalaulah dia tak masuk dan terus balik, pasti dia takkan ditangkap.
Kalaulah dia terus menonton cerita Upin dan Ipin, pasti nasib dia tak seperti
ini. Kalaulah … Indah mengeluh lagi. Entah sudah kali keberapa dia begitu.
“Indah.
Ayah nak cakap sikit ni” malam itu, pulang dari Masjid dan selesai menjamah
juadah makan malam, Pak Ihsan masuk ke dalam bilik Indah. Itulah kali pertama
dia menghampiri anak daranya itu setelah seminggu membiarkan Mak Dara yang
memujuk. Dia sudah tidak sanggup melihat Indah begitu. Dia sudah tahu Indah tak
bersalah. Itupun setelah Mona datang berjumpa dengannya sewaktu di Masjid tadi.
Menangis-nangis gadis itu menceritakan yang sebenarnya dia hendak memerangkap
Rizqi supaya tertangkap dengannya. Tapi, kerana dia lambat sampai ke rumah,
akhirnya, Indah yang menjadi mangsa.
Hendak
dimarahi anak dara Pak Halim dan Mak Limah itu, dia tahu sudah tidak berguna.
Segalanya sudah tertulis dan tersurat di dalam Luh Mahfuz. Masa juga takkan
dapat diputar kembali. Jadi, demi menyelamatkan maruah keluarga mereka dan
keluarga Rizqi, Indah dan Rizqi terpaksa juga disatukan.
best...nak cerpen lagi
ReplyDeleteowh ... Terharunya sebab ada jugak yg sudi jenguk blog picisan saya ni .. Tq dear ... :D
ReplyDeletesebuah cerpen yang menarik untuk dibaca dan best sangat..... nak lagi.
ReplyDeleteNak lagi....... best giler!!!
ReplyDeleteBest...teruskan berkarya
ReplyDelete