Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, November 26, 2013

KISAH KAMI : BAB 5 & BAB 6

BAB : 5

Sebutharga yang telah disemak oleh Miss Lai dan dipersetujui oleh James, telah aku emailkan kepada Rayyan pukul 10 pagi tadi. Puan Sri Maria juga telah aku hubungi dan secara ringkas aku terangkan kepadanya mengenai jumlah keseluruhan sebutharga yang telah diberi.

Tidak seperti pelanggan-pelanggan kayaku yang lain, Puan Sri Maria tanpa bantahan bersetuju dengan sebutharga yang aku berikan dan meminta agar aku ke rumahnya pada hari Isnin hadapan untuk perbincangan kali terakhir sebelum sebarang kerja dimulakan. Aku bersetuju dan setelah menyemak dengan Miss Lai, aku tetapkan temujanji pada jam 10.30 pagi.

“Miss Lai … Err … Saya nak minta tolong laa. Minggu ni saya takde ambil cuti kan? So, boleh ke kalau saya nak cuti hari Ahad ni?” Miss Lai yang sedang menulis sesuatu di atas mejanya memandang aku lama. Punggung sudah kulabuhkan di atas kerusi di hadapannya.

You ada urusan apa?” Tubuh di sandarkan ke belakang.”Err … Saya ada urusan keluarga la Miss Lai. Umi saya baru 2 hari yang lepas inform saya. Lagipun dan lama saya tak cuti hari Ahad kan” Aku cuba memujuk Supervisor Cina yang berusia 35 tahun dihadapanku itu dengan pandangan penuh berharap.

“Okla. Disebabkan you baru dapat projek besar, I bagi you ambil cuti Ahad ni” Lidahnya yang sememangnya fasih berbahasa melayu itu menuturkan sebaris ayat yang pasti akan  membuatkan Umiku tersenyum kegembiraan.

“Terima kasih Miss Lai. Oklah. Hari ni biar saya yang serve customer” Aku tersenyum puas hati dan terus berlalu ke ruang hadapan untuk melihat kalau-kalau ada pelanggan yang memerlukan bantuan.

Hari ini, agak awal aku pulang ke rumah. Pukul 8 malam aku sudah berada di rumah sedang menikmati makan malam bersama Umi dan Babah selepas selesai solat maghrib bersama mereka tadi.

“Ahad ni cuti Iyah lulus” Aku mengkhabarkan kepada Umi semasa kami mencuci pinggan mangkuk yang kotor disinki. Seperti yang dijangka, Umi yang sedang membuang semua sisa-sisa makanan ke dalam tong sampah tersenyum gembira sampai ketelinga.

“Betullah. I smell something fishy. Umi ni macam ada apa-apa je la. Selama ni kalau ada kenduri kat mana-mana atau ada saudara mara yang datang hari Ahad, takde pun beriya-iya mintak Iyah amik cuti macam ni” Pinggan yang sudah kubilas kususun cermat ke rak di sebelah kanan sinki untuk dibiarkan kering sebelum dimasukkan ke tempatnya di dalam kabinet Umi yang berpintu warna oak itu.

“ Mana  ada apa-apa. Ada-ada saja la kamu ni. Ha ni kalau dah siap, nanti macam biasa tolong bancuhkan air kopi untuk Babah ye. Hidangkan dengan karipap yang Umi dah sediakan petang tadi.Thank you sayang” Lengan ku digosok-gosok lembut sebelum dia berlalu ke ruang tamu untuk menemankan Babah menonton tv. Aku membuat riak tidak puas hati tapi tidak dipedulikan Umi.

Selesai menghidangkan kopi panas dan karipap untuk Umi dan Babah, aku meminta izin untuk masuk ke dalam bilik dengan alasan ingin tidur awal. Pipi kedua insan yang kukasihi itu sempat kukucup sebelum tangga kudaki.

Pintu kututup rapat dan kukunci dari dalam. Badan kuhempaskan ke atas katil Queen size yang beralaskan sepersalinan set berwarna hijau lembut. Novel yang terdapat di atas meja sisi di sebelah kanan katil aku capai dan membetulkan bantal agar dudukku yang bersandarkan kepala katil lebih selesa.

Leka aku membaca novel ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ karya Zura Asyfar sehingga tidak sedar yang malam sudah menginjak agak lewat. Aku menutup novel dan menuju ke bilik air yang terdapat dalam bilik aku itu untuk mengambil wudu' dan mengerjakan solat Isyak sebelum melabuhkan lena aku malam itu.

BAB : 6

Umi yang sedang sibuk membelek semua pakaian aku di almari berwarna beige dari kemasan kayu pine itu aku pandang dengan seribu persoalan. Aku yang duduk bersila di atas katil menongkat dagu dengan kedua belah tangan sambil mata masih tertumpu pada Umi.

“Umi cari apa ni?” Akhirnya aku bersuara setelah hampir 10 minit menjadi pemerhati sahaja.

”Haaa … Jumpa pun” Baju kurung Pahang berwarna pink dari kain satin dan dipenuhi dengan batu-batu swarovski di bahagian dada dan kedua belah pergelangan tangan itu di tarik keluar.

Sudah agak lama baju itu tidak aku pakai memandangkan Greta’s Curtain memang sudah menyediakan uniform kerja yang khas untuk semua Sales Consultantnya. Kali pertama dan terakhir aku mengenakannya adalah pada majlis konvokesyen aku yang lepas.

“Ishk Umi ni. Nak Iyah pakai baju macam ni kenapa pulak? Pakai tshirt dengan seluar slack kan boleh” Tegak badanku memerhatikan Umi dan sudah duduk dibirai katil sambil baju pilihannya di hamparkan di atas pangkuannya.

“Pakai jela sayang. Nanti Iyah tau la kenapa Umi suruh. Dah. Pergi bersiap. Dah pukul 9 dah ni. Diaorang datang pukul 10.30.” Pipiku dielus lembut. Umi yang sudah siap mengenakan jubah berwarna ungu gelap dan dipadankan dengan tudung Arianni dari rona yang sama melangkah keluar dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir. Semankin menggunung rasa curigaku.

Selesai bersiap, aku segera turun ke bawah. Jam didinding kekerling. Sudah pukul 10 pagi . Lambat juga aku bersiap.

“Dah siap pun anak dara seorang ni. Meh tolong Umi susun makanan kat meja ni” Umi yang baru keluar dari arah dapur sambil memegang mangkuk berisi kuah mee bandung memanggilku. Aku membontoti Umi yang sudah melangkah semula ke dapur.

“Umi ni macam buat open house jela. Banyak betul makanan” Dulang berisi beberapa jenis kuih yang tersusun cantik di atas pinggan jenama vintage kutatang ke meja makan. Umi hanya tersenyum menyambut kata-kataku itu.

Aku menyudahkan tugas membantu Umi walaupun kepala aku semankin sarat dengan persoalan.

“Ifah. Sudah-sudahlah tu buat kerja. Mari ke ruang tamu ni ha. Diaorang dah sampai dah ni” Panggilan Babah bergema sedikit. “Yelah bang. Kami datang la ni” Umi menarik tanganku dan dipimpinnya ke ruang tamu.

Hampir terbeliak mataku apabila terpandang wajah Tan Sri Rasydan dan Puan Sri Maria sedang duduk di ruang tamu sambil bersembang mesra dengan Babah. Rania yang lengkap berbaju kurung warna pink berbunga kecil juga ada bersama sedang duduk di atas riba datuknya sambil mengunyah kuih samosa yang telah siap dihidangkan di atas meja kopi.

Aunty Saf!!” Pantas sahaja anak kecil itu meluru kearah aku yang baru sahaja menghampiri Puan Sri Maria dan menyalami tangannya selepas Umi berbuat demikian sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Babah.

“Iyah, bawalah si Rania ni main sekejap kat luar tu. Kami ada hal yang nak dibincangkan ni” Aku menurut kata Umi tanpa banyak soal. Rania yang tersenyum keriangan dengan tangan kirinya mengenggam jari jemariku dan tangan kanannya masih memegang baki kuih yang dimakannya kupimpin menuju ke halaman rumah dimana terdapat Gazebo di taman bunga mini hasil kerja tangan usahasama antara Umi dan Babah semenjak 4 tahun yang lalu.

Langkahku menjadi kaku sebaik terlihat sesusuk tubuh sasa yang sudah ada di situ. Rania menarik tanganku untuk terus melangkah ke Gazebo. Aku menurut walaupun hati rasa berbelah bagi.

“Err … Encik Rayyan pun ada ke? Kenapa tak masuk sekali? Bolehlah jemput minum dan makan apa yang ada” Aku bersuara sebaik sahaja dia memalingkan pandangannya kearahku yang semankin menghampiri.

“Tak apalah. Saja ambik angin kat luar ni” Rania yang masih bergayut ditanganku digamit untuk menghampirinya tetapi anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepala sambil menguatkan genggaman tangannya. Pandangan matanya mula mengundang rasa tidak selesa padaku.

Aku segera mengalihkan pandangan kearah Rania dan mengajaknya duduk di atas Gazebo. Aku dudukkan Rania diantara aku dan Rayyan supaya kedudukan antara aku dengannya tidak terlalu hampir.

“Saya harap Safiyyah tak anggap keluarga saya terlalu mendesak” Pantas aku menoleh kearahnya sebaik sahaja sepotong kata-kata itu terkeluar dari bibirnya yang kemerahan menandakan yang lelaki itu bebas dari rokok.

“Ha? Mendesak? Apa maksud Encik Rayyan?” Berkerut wajahku dengan pandangan penuh persoalan masih aku lemparkan padanya.

“Oh sorry. I thought you knew” Kata-katanya semankin membuatkan aku tertanya-tanya. Rania yang berkata sesuatu padaku sebelum berlalu pergi aku pandang sebentar sebelum kepala kuanggukkan. Pandangan kutumpukan kembali kepala lelaki yang duduk di sebelah aku itu.

Knew? About what?” Dia diam tak menjawab. “Tolonglah Encik Rayyan. Tolonglah bagitau saya apa yang berlaku sebenarnya ni? Umi pun beberapa hari ni lain macam je. If you know something, please tell me” Rania yang sedang seronok bermain gelongsor di taman permainan mini yang terletak tidak jauh dari situ kuperhatikan.

Dia menarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan. “Papa dengan mama saya datang nak merisik awak” Terbeliak mata aku mendengar jawapan yang tak kusangka itu.

“Apa??? Hampir sahaja aku menjerit kuat. Terlihat reaksi Rania yang sedikit terkesima akibat terkejut dengan nada suara yang agak meninggi dari aku,  wajah yang sedikit tegang aku kendurkan sambil melemparkan senyuman pada anak kecil bertocang dua itu dan mengisyaratkannya untuk terus bermain.

Aku mengalihkan kembali pandangan kepada Rayyan yang ternyata sedang memandang kearah aku juga.”Why me?” Pandangan mata masih tertacap pada wajah kacak di hadapanku itu.

Kali ini dia pula yang kalah dengan renungan mataku. Pandangan dilemparkan kepada Rania yang masih ralit bermain. Aku gagah melawan terus pandangan matanya walau rasa debar didada masih terasa. Demi merungkaikan persoalan dalam benak kepala aku ketika ini, aku kena tunjukkan padanya yang aku tak gentar untuk berlawan mata dengannya.

Because you have created a strong bond with my little angel. The kind of bond that she has lost a year ago. So, basically, she’s the one that choose you. Not us” Dia memandang aku dengan pandangan yang diredupkan. Tenang sahaja dia bersuara. Berlainan dengan aku yang dalam hati bergelora dengan 1001 perasaan yang bercampur baur.

Biar betul Umi dengan Babah ni? Umur aku baru 23 tahun kot. Tiba-tiba tanpa berbincang dengan aku, semudah itu mereka mengambil keputusan yang akan merubah 100% kehidupanku nanti. Aku tertunduk memandang tanah.

Macam – macam yang bermain difikiran aku ketika ini. Rayyan yang berada di sebelah turut sama mendiamkan diri. Mungkin ingin memberi ruang kepada aku untuk memproses segala info-info baru yang disampaikannya sebentar tadi.

Hari ini berlalu terlalu lambat padaku. Sepanjang berhadapan dengan keluarga Tan Sri Rasydan, aku terpaksa mengukirkan senyuman yang paling manis. Tidak mahu Umi dan Babah terasa hati sekiranya aku menarik muka masam sepanjang hari.

Kelemahan aku sedari kecil adalah melihat Umi dan Babah menangis kerana aku. Sungguh aku sayangkan mereka lebih dari diri aku sendiri. Menyakiti hati mereka adalah sesuatu yang tidak akan pernah aku lakukan.

Semenjak arwah abangku meninggal kerana menyelamatkan aku sewaktu hampir lemas semasa percutian kami ke Terengganu dahulu, aku telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berbuat sesuatu perkara yang akan menyakiti mereka berdua.

Hampir jam 3 petang selepas kami menunaikan solat zohor berjemaah bersama-sama, keluarga Tan Sri Rasydan meminta diri untuk pulang. Cincin emas putih bereka bentuk agak moden dengan tengahnya berbentuk dua hati yang terletak elok dijari manis, kutatap tanpa perasaan.

Mengikut persetujuan, lagi 2 minggu, mereka akan datang dengan rombongan meminang pula. Kepala aku mula berserebut. Ya Allah!! Kau berilah aku kekuatan dan petunjukMU!

Friday, November 15, 2013

KISAH KAMI : BAB 4

Hari Rabu. Suasana di Greta’s Curtain sedikit lengang pagi itu. Pelanggan tidak berapa ramai. Setakat 2-3 orang sahaja. Oleh kerana aku masih sibuk menyiapkan sebutharga untuk kos pemasangan langsir di rumah Puan Sri Maria, Miss Lai memberi aku kelonggaran untuk tidak melayani pelanggan pada hari itu.

Selain dari aku, Miss Lai dan Shahrul, ada dua orang lagi Sales Consultant di Greta’s Curtain itu. Kisya dan Alam. Sepasang kekasih yang hidup dalam dunia mereka sendiri. Jarang mahu bercampur dengan yang lain. Nasib baiklah sales mereka setiap bulan sentiasa mencapai sasaran yang diletakkan oleh James, Bos besar kami. Kalau tak, dah lama dapat 'surat cinta’ la agaknya.

Skrin komputer kutatap penuh khusyuk.”Saf. Banyak lagi ke yang tak siap?” Teguran Shahrul beserta tepukan dimeja membuatkan aku sedikit terperanjat.”Hish kau ni. Buat aku terkejut je” Aku mengurut dada. Shahrul hanya tersengih sambil buat muka tak bersalah. Aku menjelingnya geram.

“Sikit je lagi. Sempat la hari Jumaat ni aku nak email kat anak Puan Sri tu” mataku kembali tertumpu pada skrin komputer. Shahrul berlalu pergi setelah mendengar namanya dipanggil oleh Miss Lai dari arah depan.

“ Ada apa la Amoi ni terjerit-jerit panggil aku, Nak rilek sekejap pun tak boleh lah!” Sempat dia memusingkan bebola matanya sambil mengeluh sebelum dia berlalu dari situ.”Iya!! Saya datang ni!!” sahutan Shahrul yang separuh ikhlas itu membuatkan aku tergelak kecil. Ada sajalah budak lembut ni. Kepala aku geleng-gelengkan.

Jam ditangan kanan aku pandang sekilas. Sudah pukul 3 rupanya. Patutlah rancak sahaja perutku menyanyikan lagu keroncong. Sedang aku sibuk mengemas meja bersiap-siap untuk pergi menyahut panggilan perut yang perlu diisi, telefon bimbit yang kuletakkan dalam mod senyap bergetar kuat. Panjang getarannya menandakan yang ada pangilan masuk dari seseorang. Telefon kucapai dan tertera nama ‘Umiku Sayang’ di skrin Samsung S2 milikku itu.

“Assalammualaikum Umi” Telefon ditelinga kukepitkan ke bahu dan tangan kembali sibuk mengemas dan mengesave dokumen-dokumen di Microsoft Words dan Excel difolder ‘SAF PUNYA’ yang terletak di desktop skrin komputer tersebut.

Waalaikummusaalam. Iyah balik lambat lagi ke hari ni?” soal Umi di hujung talian. “Hurmm … Tak sure lagi la Umi. Kalau kerja settle awal, Saf balik lah awal” Beg silang berwarna kuning mustard kucapai sambil tercari-cari kunci kereta di dalamnya.

Hujung minggu ni Iyah ambik cuti boleh?” Kunci kereta Myvi kukeluarkan dari beg dan tali beg aku silangkan ke tubuh. “Kenapa Umi? Iyah tak boleh nak janji. Nanti Iyah cuba la ye” Tangan aku lambai-lambaikan pada Miss Lai apabila dia yang sedang melayan pelanggan di rak-rak kain lace memandang kearah aku yang terkocoh-kocoh melangkah keluar. Isyarat tangan aku berikan untuk memberitahunya yang aku keluar makan sekejap.

Ada tetamu nak datang. Nak jumpa Iyah sekali. Jadi, tak eloklah kalau Iyah tak ada. Amiklah cuti ye sayang” Suara Umi yang seolah-olah merayu itu membuatkan aku serba salah. Bukan aku tak mahu ambil cuti. Masalahnya, sejak bekerja di bahagian jualan selama hampir 2 tahun ini, memang payahlah kalau nak mintak cuti hujung minggu atau mana-mana hari cuti umum kerana waktu itulah pelanggan ramai. Takut tak cukup kakitangan.

“Nantilah Iyah slow talk dengan Bos ye. Iyah cuba ok” Badan sudah kuboloskan  ke dalam kereta Myvi hitamku yang kuparkirkan di ruang parkir untuk staf di hadapan bangunan bilik pameran Greta’s Curtains itu.

“Okla Umi. Iyah nak bawak kereta ni. Nak pergi lunch sekejap. Perut dah lapar giler ni. Nanti kita jumpa kat rumah ok. Love you Umi. Assalammualaikum” Telefon kuletak setelah mendengar salamku dijawab oleh Umi di hujung talian.

Kereta kupandu laju ke KFC yang terdekat berhampiran. Memandangkan aku belum solat zohor, ruangan pandu lalu menjadi pilihanku. Setelah pesanan untuk satu set snack plate hot and spicy sudah berada ditangan, kereta kembali ku pandu menuju kearah Greta’s Curtain. Langkah laju kuatur kearah surau yang berada di bahagian belakang ruang pameran itu.

“Saf, akak dengar Saf dapat projek besar ek? Dengarnya rumah banglo kat Bukit Tunku” Kak Intan dari Bahagian Akaun yang turut sama berada di Surau setelah aku selesai menunaikan solat, bertanya bersungguh-sungguh ingin tahu.

“Ha'ah kak. Takdelah besar sangat. Bolehlah cover untuk target 2 bulan” Aku tersenyum sambil melipat telekung dan menyangkutkannya ke tempat penyidai yang ada di disitu. Plastik KFC yang yang kuletakkan di tepi dinding segera kucapai.

“Sibuk betul ni. Dah dekat pukul 4 baru nak makan” Kak Intan yang juga baru selesai solat melabuhkan punggung di sebelahku.” Tak sedar dah lambat. Tetiba je rasa perut berkeroncong” Daging ayam kusiat-siat sebelum memasukkan ke dalam mulut.

”Eh, makan kak. Lupa pulak nak pelawa” Aku tersengih kearahnya. Kak Intan tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.”Dah makan tadi. Masih kenyang lagi ni.”

“Kamu ni rasanya budak grad Uni kan? Kenapalah kamu tak mintak kerja office je Saf. Mintak kerja gomen ke. Kamu kan masih muda. Senang sikit nak dapat. Lainlah macam akak ni. Dah tua-tua camni dah tak bolehlah nak mintak kerja gomen” Kak Intan yang sedang melipat kain telekungnya itu mengalihkan topik perbualan.

“Malas lah kak. Lagipun saya suka kerja macam ni. Bebas sikit. Takdela dok kena ikut protokol memanjang. Eiiii bosan. “ Bahuku jungkitkan sambil menyedut air teh o ais limau yang tinggal sedikit itu. Kak Intan tersenyum mendengar jawapan aku itu.

Selesai makan aku kembali ke bilik pameran untuk menyambung balik kerja yang tinggal sedikit saja lagi tadi.

Akhirnya siap juga sebutharga untuk Puan Sri Maria.RM35,754.90. Itulah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Puan Sri Maria untuk keseluruhan kos hiasan langsir di rumah banglonya. Itupun ada beberapa bilik yang sudah sedia terpasang wooden blind yang telah dibeli siap olehnya dari Elyza.

KERETA Myvi hitamku membelok masuk keperkarangan rumah teres 2 tingkat di Subang Bestari itu ketika waktu sudah menganjak ke pukul 9 malam.

Ketika kaki melangkah masuk ke dalam rumah, kelihatan Umi dan Babah sedang menonton televisyen sambil menikmati hidangan kopi panas dan popiah goreng . “Lambat balik lagi” Tegur Babah sambil diperhatikan Umi. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Umi .

“Siapkan sebutharga kawan Tan Sri Babah la ni. Ni pun nasib baik dah siap. Lepas tu kena check la jugak 2-3 kali sebelum Iyah nak emailkan kat anak Tan Sri dengan Puan Sri tu” Butang baju vest yang aku pakai aku tanggalkan satu persatu.

“ Kamu dah apply cuti ke Ahad ni Iyah?” Giliran Umi pula bertanya. Lenganku dipegang lembut.” Alamak Umi. Iyah lupa la nak tanya” Aku menepuk dahi sendiri.”Hish kamu ni … Esok jangan lupa tanya. Umi nak sangat kamu cuti hari Ahad ni” Kesungguhan Umi membuatkan aku sedikit musykil. Dahiku berkerut sehingga keningku bercantum.

” Umi ni ada apa-apa plan ke? Lain macam je Iyah tengok ni” Aku meluahkan rasa kemusykilan aku pada Umi.

” Eh, takde apa lah. Ada kawan kami nak datang. Kan bagus kalau semua orang ada. Boleh la kenal-kenal” Riak wajah yang sedikit mencurigakan dapat kukesan diwajah wanita kesayangan aku itu.

“Dahla. Pergi naik atas. Mandi dulu. Lepas tu jangan lupa solat. Umi ada masak asam pedas ikan kembong tadi. Kalau nak makan ada kat bawah tudung saji kat dapur tu” Sebelum sempat aku bersuara, Umi sudah terlebih dahulu mengalih tajuk.

“Ha yelah. Iyah naik atas dulu la Umi, Babah” Babah dan Umi mengganggukkan kepalanya sebelum tumpuan mereka kembali kepada skrin televisyen yang menayangkan siaran Astro Oasis. Sesekali terdengar mereka tergelak. Tengok ceramah pun boleh tergelak-gelak sampai macam tu ke? Tu mesti tengok ‘Kalau Dah Jodoh – Ustaz Kazim Elias’. Aku meneka dalam hati.

Izz Zayani : BAB 22

SUDAH seminggu Raziq Hanan di Dubai. Ini bermakna, sudah seminggu juga aku ketempat kerja menaiki kereta Mini Coopernya.

Rasa rindu pada jejaka itu semankin kuat aku rasakan. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Adakah sudah ada secebis rasa buatnya? Entahlah. Aku masih tak pasti.

Sewaktu hari  pertama kereta ini kupandu ketempat kerja, agak kecoh jugalah pemberita-pemberita tak bertauliah di Rasydan Eletronic bertanya itu dan ini kepadaku. Sebagai jawapan selamat, aku hanya memberitahu mereka yang kereta itu adalah peninggalan arwah Abang Zack untuk adiknya Laila.

Dengan penuh yakin aku menjelaskan kepada mereka bahawasanya kereta itu kupinjam daripada Laila. Mujur mereka memang sudah sedia maklum yang aku sememangnya tidak mempunyai kenderaan ke tempat kerja. Almaklumla, selama ini, arwah Abang Zack yang menjemput dan menghantarku pulang ketempat kerja.

Kasihan Laila. Seharian namanya aku jaja. Tak sangka juga aku apabila mereka semua dengan mudah percaya dengan cerita rekaan ekpress yang kukarang secara spontan itu.

Tengahari itu, selesai makan bersama Kak Sal dan beberapa Juruteknik bawahanku yang lain, aku terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zohor. Memandangkan waktu zohor masih awal, surau agak lengang ketika itu. Tanpa berlengah aku terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajipanku kepada yang Esa dalam keadaan tenang.

Mujur aku sudah selesai bersolat ketika telefon yang kuletakkan bersama dengan uniformku di hujung sejadah berbunyi mendendangkan lagu 'Takkan Terpisah' dari Black.

"Assalammualaikum Mak" tersenyum girang aku dibuatnya apabila ternampak nama 'My Mom' terpamer di skrin telefon sebelum punat hijau kutekan.

'Waalaikummusalam. Izz sihat?'

"Alhamdulillah, sihat mak. Mak dengan Abah macamana? Semuanya ok ke kat kampung?"

'Alhamdulillah. Kami sihat je. Izz dah masuk kerja ke?'

"Dah mak. Hari ni baru mula"

'Baguslah. Lagipun, tak elok kalau Izz layan sangat perasaan sedih tu. Mak dengan Abah kat kampung ni hari-hari risaukan Izz'

Aku menghela nafas panjang. "Ye mak. Izz tahu. Maaf kalau mak dengan Abah susah hati sebab Izz" lemah aku bersuara.

Kedengaran Mak Su Siah turut melepaskan keluhan berat di hujung talian. 'Mak dengan Abah cuma ada Izz sorang je tau. Kalau boleh, setitis airmata pun kami tak mahu nampak mengalir dari mata Izz tu' sebak terasa dadaku mendengar pengakuan jujur Mak Su Siah itu.


"Tak maulah sedih-sedih mak. Izz nak mulakan hidup baru. Yang pergi akan tetap pergi kan. So, sekarang ni, misi utama Izz adalah untuk cari calon menantu yang baru untuk Mak dengan Abah" lega terasa apabila aku terdengar Mak Su Siah tertawa dengan guraun spontan dari aku itu. Airmata yang mula bergenang di tubir mata aku sapu dengan hujung ibujari. Aku cuba bersuara seceria mungkin agar ibu tua itu tidak terus-terusan menjeruk rasa memikirkan tentang aku.

Perbualan kami selepas itu berlangsung dalam suasana yang lebih ceria dari tadi. Macam-macam cerita yang disampaikan kepadaku. Gembira rasanya apabila dapat mendengar suara Mak Su Siah yang lebih gembira.

********************************

MALAM itu, selesai makan malam bersama Laila dan melayannya berbual sehingga pukul 10, aku terus masuk ke bilik kerana mata sudah terasa amat mengantuk.

Baru saja hendak melabuhkan kepala kebantal, telefon yang aku letakkan di atas meja sisi berlagu-lagu minta diangkat. Dengan mata yang masih tertutup, telefon aku gapai dan punat hijau terus kutekan.

'Assalammualaikum Izz' bulat mataku apabila terdengar suara yang agak garau di hujung talian.

"Waalaikummussalam ... " aku sudah baring terlentang menatap syiling bilikku. Ingin saja kutanya adakah Raziq Hanan gerangan si pemanggil itu tapi lidahku tiba-tiba jadi kelu. Seminggu dia diam tanpa berita. Malam ni secara tiba-tiba dia menelefon. Ada apakah sebenarnya ya?

Tapi, jika bukan dia orangnya, malu besar pula aku dibuatnya nanti. Aku memang merinduinya, tetapi tidaklah sampai angau sehingga semua suara aku dengar seperti suaranya.

'Izz dah tidur ke?' terdengar suara itu menyapa lagi. Kali ini aku yakin yang aku memang sedang berbicara dengan Raziq Hanan.


"Baru nak tidur. Awak tak tidur lagi? Pukul berapa kat Dubai sekarang ni?" jam di dinding bilik aku kerling. Tepat pukul 10.10 malam.

'Kat sini baru pukul 2 pagi. Baru habis meeting dengan client. On the way balik hotel. Izz sihat?' baru pukul 2 pagi dia kata? Takkan lewat sangat meeting sampai pukul 2 pagi baru habis? Pelbagai jenis persoalan bermain difikiranku.

"Alhamdulillah, saya sihat. Lewatnya habis meeting. Tak penat ke? Awak kenalah jugak jaga kesihatan awak kat sana. Janganlah sibuk sangat dengan kerja" ada nada risau aku suarakan padanya. Berkerut keningku apabila terdengar dia ketawa. Kelakar ke kata-kata aku tadi?

'Sayang jugak awak kat saya ye' terkedu aku mendengar kata-katanya. 'You know Izz ... I really miss you so much. Setiap hari saya rasa nak call Izz. Tapi, I've been so busy this whole week. Balik hotel je, lepas solat terus cari bantal' terdengar dia melepaskan sedikit keluhan perlahan.

Aku mendiamkan diri. Sayangkah aku padanya? Aku bertanya pada hatiku sendiri. Namun yang pasti, ada terselit sedikit rasa bahagia apabila tahu yang dia juga turut merinduiku.

"Emm ... Bila Raz balik sini?" aku segera menukar topik agar dia tidak terus berbicara tentang hati dan perasaan. Tajuk perbualan yang akan membuatkan mukaku jadi merah kemalu-maluan tahap maksima.

Dia ketawa lagi.

'Why? Do you miss me too'

Dia menyambung tawanya. Aku mula mencebik. Geram pula rasanya apabila asyik ditertawakan.

"Okla. Saya dah mengantuk. Nak tidur.Ok, bye. Assalammualaikum" aku mula menunjukkan rajukku padanya.

'Eh, eh ... Janganlah letak telefon dulu. Saya saja je la usik Izz. How I really miss to see your blushing face' kedengaran dia melepaskan keluhan lagi.

'Kalaulah ikutkan hati saya ni, malam ni jugak saya terbang balik ke sana. Dan kalaulah Izz dah jadi milik saya yang sah, nak saja saya bawa Izz kemana saja saya pergi' rajukku terus hilang apabila mendengar nada romantis Raziq Hanan. Terharu aku dibuatnya apabila sampai begitu sekali dia merinduiku.

'Marry me Izz. Please ... ' semankin romantis kedengarannya suara Raziq Hanan. Kali ini lebih kepada nada merayu. Sesak nafasku dibuatnya. Aku sudah kehilangan kata-kata.

"Tunggu awak balik sini baru saya bagi jawapan" akhirnya aku bersuara juga. Satu jawapan yang aku rasa dapat memberi lebih masa untuk aku berfikir.

"Ok then. It's a promise! Esok petang, sampai je kat Airport, I will straight away go to your place. Please make sure you are ready with the answer okay.Okla. Saya dah sampai Hotel dah ni. See you tomorrow. Good nite my love. Have a sweet dream of me in it. Assalammualaikum

Perlahan salamnya kujawab. Skrin telefon yang sudah gelap kutatap, lama. Lambat terasa otakku menghadam apa yang baru aku dengar dari Raziq Hanan tadi.

Dia balik esok? Esok?? Maknanya, esok jugalah aku kena memberikan jawapan kepada lamarannya? Aaarggghh!!! Kepala terasa sakit secara tiba-tiba.

Friday, November 8, 2013

KISAH KAMI : BAB 3

MALAM itu, selesai solat Maghrib berjemaah bersama Umi dan Babah, bermulalah sesi mengurung diri di dalam bilik. Katilku sudah penuh dengan kertas-kertas A4 yang tertulis sebutharga bagi keseluruhan kos untuk menghiasi segala jenis tingkap dan pintu untuk rumah Banglo Puan Sri Maria.

Hari ini sudah hari Selasa. Hari Jumaat aku perlu mengemailkan sebutharga yang telah lengkap kepada Rayyan. Rambut ikal yang melepasi bahu,  aku ikat tinggi. Punat-punat nombor pada Kalkulator jenama Canon itu ketekan-tekan laju.

"Iyah. Umi dengan Babah nak pergi ke rumah kakak kamu ni. Kamu nak ikut tak?" Wajah Umiku, Puan Syarifah, menjengah dari celah-celah pintu bilik yang sedikit terbuka.

"Takpela Umi. Iyah banyak keje la. Kirim salam la dengan Kak Dina ngan suami dia tu" Aku mengalihkan pandangan kepada Umi setelah nombor yang tertera pada skrin Kalkulator itu kucatatkan di atas kertas. "Ha yelah. Hari tu kamu jugak yang cakap dah lama tak gomol-gomol si Hakimi tu. Lagipun, malam ni kan Kak Dina kamu tu buat majlis makan-makan sambut harijadi si Hakimi tu. Kamu tak ingat ke?" Umi cuba mengingatkan.

"Ya Allah .. Yelaaaa. Iyah lupalah Umi .. Hadiah pun tak beli ni. Aduh. Macamana ni?"  Aku menepuk dahi berkali-kali. Wajah Umi yang masih berdiri di muka pintu aku pandang mohon simpati. Terbayang kelincahan anak buah tunggalku yang berusia setahun lebih itu. Teringatkan pipinya yang tembam dan badannya yang beruas-ruas macam tebu membuatkan aku rindu.

"Hmmm .. Itulah kamu. Kerja sampai lupa semua. Umi dah belikan dah. Siap bungkus lagi" Umi mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah aku."Thank you Umi. I love you ketat-ketatlah!" Aku meluru kearah Umi dan kupeluk tubuhnya sambil terlompat-lompat keriangan."Dah,dah. Cepat siap. Umi tunggu dalam kereta dengan Babah" Bahuku ditampar geram. Aku tersengih sambil menggosok-gosok tempat yang ditampar Umi. Perit juga walau hanya tamparan manja.

Pintu bilik kututup.Aku menuju ke almari baju dan menarik keluar sepasang seluar jeans hitam dan blouse peplum yang sedikit labuh berwarna kuning keemasan dipadankan dengan selendang lilit 2 ton berwarna kuning air dan keperangan.

Tak sampai setengah jam kemudian, kereta Nissan Sentra Babah sudah berada di atas Lebuhraya LDP menuju ke Putrajaya, ke rumah Kak Dina, satu-satunya adik beradik yang aku ada.

Nasib baiklah kereta tak berapa banyak. Jika tidak, mahunya 3 jam baru kami sampai ke rumah Kakakku di Presint 5 itu. "Iyah,Iyah,Iyah" kedatangan kami disambut dengan jeritan keriangan Hakimi yang dikendong Kak Dina sambil menepuk-nepuk tangan memanggil nama aku. Aku segera mengagah-agahkan tangan padanya dan dia terus meronta-ronta dari pelukan Ibunya untuk mengikut aku.Umi dan Babah hanya tersenyum memerhati.

Agak meriah jugalah majlis harijadi yang diadakan kakak aku ini. Ruang tamunya penuh dengan kaum-kaum Ibu yang sibuk melayani anak-anak mereka menjamu makanan yang tersedia manakala di halaman luar, kaum-kaum bapa sibuk bersembang sesama sendiri.

Umi dan Babah sudah hilang entah kemana bersama Kak Dina dan Abang Asyraf. Mungkin sibuk memperkenalkan tetamu-tetamu mereka yang datang kepada Umi dan Babah. Aku yang masih mengendong Hakimi, berjalan menuju ke meja yang dipenuhi dengan deretan makanan. Kecur pula mulutku dibuatnya apabila melihat Laksa Penang kegemaranku turut sama terhidang.Tangan Hakimi yang tergapai-gapai aku hulurkan potongan buah tembikai.

Baru sahaja aku ingin mencapai mangkuk polistrin, terdengar namaku dipanggil. Mataku melilau tercari-cari siapakah gerangan si pemanggil. Akhirnya aku dapat melihat Umi yang melambai-lambaikan tangan sambil memanggil-manggil namaku. Segera aku menghampirinya.

"Kenapa ni Umi?" Dengan senyuman dibibir, lenganku ditarik lembut menuju ke arah Babah yang sedang rancak berbual dengan seorang lelaki yang bertubuh sedikit tegap yang berdiri membelakangiku.

"Haaa .. Rasy. Inilah anak bongsu aku, Safiyyah Akina" Babah menarik tanganku supaya berdiri dekat dengannya. Hakimi sudah dibawa pergi oleh Kak Dina sebentar tadi semasa aku sedang berjalan menuju kearah Babah."Dah besar dah si budak Iyah ni. Cantik pulak tu.Dulu masa kat Sabah, kecik lagi.Muka pun comot je" Lelaki separuh abad yang dipanggil Rasy oleh Babah itu tersenyum kearah aku dan disambut dengan gelakan ketawa oleh Babah dan Umi. Aku hanya tersenyum malu.

"Belajar lagi ke atau dah kerja ni?" Kawan Babah bertanya kepadaku."Err .. dah kerja, uncle." Tiba-tiba tergagap pulak aku jadinya. Malu pada kawan Babah yang tak kuketahui asal usulnya itu.

"Atuk! Atuk!" Kedengaran suara yang macam aku kenal menghampiri kami bertiga. Terkejut aku bila terpandang Puan Sri Maria yang sedang berjalan kearah kami dengan Rania berpaut kemas ditangannya."Eh Saf. Awak pun ada?" Kelihatan riak terkejut diwajah Puan Sri Maria."Eh, kamu kenal ke dia ni Maria?" Belum sempat aku menyahut, kawan Babah tadi sudah terlebih dahulu bersuara.

“Laa … Abang.Ni la Si Safiyyah. Consultant yang buat langsir rumah kita kat Bukit Tunku tu” Puan Sri menerangkan kepada kawan Babah yang wajahnya masih penuh dengan kerutan kehairanan.” Oooohh … Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini ye” Kerutan di wajah kawan Babah yang aku kira adalah Tan Sri Rasydan yang merupakan suami Puan Sri Maria semankin menghilang.

Wajah Umi dan Babah yang tadinya penuh dengan tanda tanya juga sudah mula menunjukkan riak kelegaan. Akhirnya mereka sama-sama tersenyum dan tergelak sesama sendiri.

“Tulah Abang. Bila saya ajak pergi Greta’s Curtains petang tadi, asyik sibuk memanjang dengan meeting yang tak sudah-sudah tu” Puan Sri Maria menegur. Tan Sri Rasydan hanya tersenyum.

“Haa Syam. Kau ingat kat isteri aku, Maria? Maria, ni Hisyam dan Syarifah yang sama-sama duduk kat kuarters Cikgu kat Sabah dulu. Ingat tak?” Pandangan Puan Sri Maria memandang Umi dan Babah silih berganti.

“Laaa … Ifah ke?”Akhirnya Umi dan Puan Sri Maria berpelukan. Rania, seperti aku, hanya memandang sesi jejak kasih antara mereka berempat dengan pandangan yang masih penuh dengan tanda tanya.

Umi, Babah, Puan Sri maria dan Tan Sri Rasydan masih rancak berbual. Aku dan Rania sudah 'angkat kaki' dari situ 20 minit yang lalu untuk menikmati laksa penang yang sejak dari tadi aku idamkan.

“Daddy Rania tak ikut sekali ke?” mulut comel yang ternganga luas itu kusuap dengan laksa yang telah siap aku kerat-kerat menjadi ketulan kecil agar mudah untuk anak kecil itu mengunyahnya.

”Tak. Daddy fly” pendek jawapan Rania.”Ooo” Laksa aku suapkan pula ke dalam mulutku. Dek kerana takutkan Rania yang tidak tahan pedas, satu-satunya agen tambahan kegemaranku dalam laksa terpaksa aku lupakan iaitu cili padi. Terasa agak kurang menyengat laksa yang aku jamah tapi terpaksa aku telan juga kerana perut yang sudah kelaparan.

Eh? Bapak dia Fly? Fly kemana pulak bapak si Rania ni? Eh … Bapak dia ni kerja apa ek? Tiba-tiba hati aku berteka –teki sendiri apabila teringat jawapan ringkas Rania sebentar tadi. Hishh … Buat apa pulak aku nak tau? Bukan laki aku pun. Akhirnya aku tersenyum apabila tersedar dengan kekepohan diri sendiri.

“Nak lagi?” Aku bertanya setelah menyedari yang mangkuk laksa yang aku pegang hampir kosong. Anak kecil itu mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih.

“Rania. Jom kita balik. Dah lewat ni. Esok Rania kan nak pergi school.” Suara Puan Sri Maria kedengaran lembut dari arah belakang aku. Aku menoleh. Empat sahabat lama itu sedang berjalan menghampiri kami yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.

“ Laa … Dah sekolah ke si Rania ni? Nampak macam kecik lagi” Umi bersuara sambil mengelus rambut Rania yang sudah mengambil tempat duduk di atas riba aku.”Kami hantar dia ke Tadika Pintar kat kawasan rumah tu. Memang nampak macam kecik lagi, tapi umur dah 5 tahun ni” Puan Sri Maria  yang duduk di sisi aku bersuara.

“Baik betul dengan kamu Iyah. Macam dah lama kenal pulak Babah tengok” Giliran aku pula yang dijadikan bahan topik mereka. Aku hanya tersengih. Tiada jawapan bagi persoalan Babah itu. Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa anak kecil ini begitu manja dan mesra dengan aku. Kemana aku pergi asyik mengekor saja.

“Anak kau ni buat dia teringat arwah Mummy dia kot. Mummy dia meninggal tahun lepas. Semenjak tu, si Rania ni sebenarnya jarang  nak berbual dengan orang yang dia tak kenal” Penjelasan dari Tan Sri Rasydan itu serba sedikit membuat aku terkesima.

“Iyalah bang. Saya pun pelik jugak. Masa si Saf datang rumah kita hari tu, lepas je budak ni balik, si Rania ni tak berhenti bercerita pasal si Saf ni. Dengan si Rayyan pun dia sibuk bercerita. Sampai si Rayyan tu naik pelik sebab tiba-tiba si Rania jadi banyak cakap macam dulu balik” Panjang Puan Sri Maria menambah cerita.

Keningku sedikit terangkat mendengar cerita mereka suami isteri. Maknanya, si Rayyan tu duda? Ni kalau Miss Lai dengan si Shahrul tau ni, mau jadi bahan aku kat tempat kerja tu. No, no. Takkan aku ceritakan pada mereka tentang perkara yang aku baru ketahui ini. Aku berbicara dengan hati sendiri.

“Yang kamu tergeleng-geleng sendiri ni kenapa Iyah?” Teguran Umi yang duduk di sebelah kanan aku membuatkan aku kembali ke alam nyata. Tersengih-sengih aku menahan malu.”Err … Takde apa-apa Umi. Teringat keletah si Rania ni” Bohongku. Takkanlah aku nak bagitau yang aku sedang memikirkan pasal Rayyan kot. Sungguh kurang sopan rasanya.

“Laa … Tidur la pulak si Rania ni” Rania yang masih berada dipangkuan , aku pandang. Patutlah dada aku terasa berat semacam je. Rupanya kepala sikecil ini sudah terlentuk elok di situ. Tan Sri Rasydan mengambil Rania dari pangkuanku dengan perlahan –lahan.

“Kami balik dulu la ye. Lain kali kita jumpa lagi. Kirim salam dengan anak menantu kau si Asyraf tu. Ucapkan terima kasih sebab menjemput kami” Tan Sri Rasydan berpesan sebaik sahaja kami menghantar mereka suami isteri hingga ke muka pintu.

“Haa yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Terima kasih sebab sudi datang” mereka saling berpelukan dan aku juga tidak ketinggalan dipeluk oleh Puan Sri Maria sebelum mereka melangkah kearah kereta mereka yang diparkirkan di tepi jalan tidak jauh dari rumah Kak Dina.

“Err … macamana Abang Asyraf  boleh jemput Tan Sri tu Babah? “ Soalan yang sedari tadi berlegar-legar dikepala otak aku ini, kuluahkan. Kami bertiga melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Company Tan Sri tu banyak berurusan dengan Abang kamu tu. Tan Sri tu ada syarikat construction. Dah banyak projek government yang diaorang handle. Lagipun, Kak Dina kamu tau yang Tan Sri tu kawan lama Babah. Dia pernah jadi Guru sementara dulu sebelum ambil keputusan nak berhenti dan ambil lesen kontruktor kelas F dan buka syarikat sendiri. Bukan senang tau dia nak dapat berjaya macam sekarang” Nada suara Babah berbaur kekaguman dengan pencapaian sahabatnya itu.

“Owh” Aku mengangguk-anggukkan kepala mula memahami kedudukan perkara sebenar.

Kami bertolak pulang setelah jam sudah hampir menginjak ke pukul 12 tengah malam. Kami sempat menolong Kak Dina dan Abang Asyraf mengemas apa yang patut setelah semua tetamu pulang.

Dalam perjalanan pulang, fikiran aku masih pada cerita Puan Sri Maria mengenai Rania. Muka aku macam Mak Rania? Tang mana lah yang sama tu? Takkanlah tang hidung kot. Sah-sahlah hidung aku ni hidung melayu asli. Langsung tak mancung macam si Rania tu.

Tiba-tiba aku teringat pandangan Rayyan pada aku semasa kami makan bersama-sama beberapa minggu yang lepas.  Patutlah semacam je dia tengok aku. Muka aku macam arwah isteri dia rupanya!! Kedua belah tangan kutekupkan ke muka.

Wednesday, November 6, 2013

KISAH KAMI : BAB 2

ALEX baru sahaja balik dari melakukan kerja-kerja mengukur segala jenis pintu dan tingkap yang perlu dihias di rumah Tan Sri Rasydan. Beberapa helai kertas bersaiz A3 yang mengandungi semua ukuran yang berkenaan di serahkan kepada aku yang sedang duduk membuat lakaran rekaan langsir untuk beberapa pelanggan aku yang lain di meja kerjaku di bahagian belakang ruang pameran Greta's Curtains itu.

"INI rumah manyak susah tau. Itu tingkap kaca semua tinggi-tingi punya" Seperti yang dijangka, Alex yang duduk di hadapanku itu memulakan sesi keluh kesahnya."Aiyya. You mau komisen banyak kan? Mesti lah kerja pun banyak loh" Aku tersenyum memandang muka kelat Alex. Dia mencebik.

"You kasi suggest kain ringan-ringan saja tau. Kalau kain berat nanti manyak leceh mau gantung" Aku hanya mengangguk-angguk sambil mata menatap kertas yang ada di tanganku cuba memahami kedudukan tingkap dan pintu yang perlu dipasangkan langsir.

"Itu bilik anak lakinya aaa, dia mau letak wooden blind dekat dia punya toilet dengan tingkap. Nanti apa-apa you call la itu Puan Sri kasi confirm balik " Alex berpesan sambil bangun dan bersedia berlalu dari situ sebelum aku menegah.

"Eh .. Ini semua ada cornice ke? Dia mau track biasa atau kayu punya?" Alex menggaru-garu kepalanya sebentar."Hmm .. Semua ada cornice punya. I suggest suruh dia pasang track biasa saja. Sebab dia punya glass window sangat tinggi woo .. Kalau pasang rod kayu, nanti orang kita susah mau drill lubang" Aku menganggukkan-anggukan kepala lagi.

"Ok aaa .. I mau keluar lagi. Ada 3 rumah lagi mau pergi ukur" Akhirnya Alex aku lepaskan pergi.

"Macamana Saf? Ok ka?" Giliran Miss Lai pula datang menghampiri aku."Hmmm .. Banyak ni Miss Lai. Nak kena pilih fabrik lagi. Nak kena sketch lagi. Lepastu nak kena pergi rumah Tan Sri sekali lagi kan?" Tumpuanku beralih pada Miss Lai yang duduk di meja kerjanya, betul-betul di sebelah aku.

"Ha'ah. Lepas you siap buat quotation dan siap buat sketch semua design, nanti you call Puan Sri Maria, buat appoinment" Miss Lai mula sibuk mencapai beberapa fail berkulit keras yang terdapat di built in cabinet berwarna putih di belakang kami.

"Good Afternoon. Attention to Miss Safiyyah. Miss Safiyyah. Please come to the cashier counter immediately. Thank You" Pengumuman yang di buat Wani, pekerja di bahagian Cashier, sedikit menganggu tumpuan aku."Puan Sri Maria datang kot" Kata-kata Miss Lai membuatkan aku sedikit kalut.

Yelah. Satu kain pun belum aku pilihkan untuknya. Lagipun, baru satu jam lepas Alex balik dari rumahnya. Takkanlah begitu cepat. Dia ingat aku ni robot ke apa. Sambil melangkah ke bahagian hadapan ruang pameran, aku bermonolog sendiri.

"Ha Wani. Kenapa?" Gadis yang bermekap tebal dan berambut perang itu aku hampiri.Wani memuncungkan mulutnya kearah ruangan menunggu yang terdapat di bahagian tengah bilik pameran itu.Betul telahan Miss Lai. Puan Sri Maria yang datang.

"Cepatnya Puan Sri kemari" Aku berjalan kearahnya dengan tersenyuman kulemparkan semanis mungkin untuk menyembunyikan rasa gemuruh dihati. Puan Sri Maria yang mengenakan blaus kain cotton bercorak bunga-bunga kecil dengan skirt labuh dan berselandang kain chiffon menampakkan sedikit jambulnya itu bangun dari sofa dan tangan yang aku hulurkan disambutnya.

"Aunty Saf!Aunty Saf!" Belum sempat Puan Sri Maria bersuara, kedengaran suara riang kanak-kanak menjerit lantang dari arah pintu masuk.

"Rania!!" Aku gamit anak kecil itu untuk duduk di antara aku dengan Puan Sri Maria."Amboi .. Macam dah kenal lama. Rasanya baru sehari je pun Rania jumpa Aunty Saf ni kan?" Puan Sri Maria menegur sambil membetulkan rambut Rania yang diikat tocang.Rania hanya tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih tersusun cantik.

"Daddy mana?" Puan Sri Maria mengalihkan pandangan ke pintu masuk kaca tidak jauh dari kami. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang.Rania hanya menjungkitkan bahunya. Tangan kanannya diletakkan di atas pehaku.

"Haa .. itupun Daddy kamu" Puan Sri Maria bersuara sebaik sahaja terpandang seorang jejaka bertubuh sasa, berkulit cerah dan berkacamata hitam melangkah masuk ke dalam Greta’s Curtains dan sedang mengatur langkah menghampiri kami.

"Saf, ini anak saya. Rayyan. Sementara dia ada kat rumah ni, saya ajak dia ke sini. Boleh la tolong saya pilih fabrik apa yang sesuai untuk rumah kami tu. Nak harapkan Tan Sri, memang tak sempatlah" Jejaka bernama Rayyan itu memandang aku sambil tersenyum. Kacak. Lesung pipit di kedua belah pipinya menambahkan lagi kekacakkannya.Aku membalas senyumannya sambil menganggukkan sedikit kepala. Rania memang persis wajah ayahnya.

"Puan Sri dengan Encik Rayyan tunggu sekejap ye, saya ambil ukuran rumah Puan Sri kat atas meja saya" Belum sempat aku melangkah, Rania sudah bergayut ditangan aku sambil tersenyum manis."Nenek. Rania ikut Aunty Saf ye" Puan Sri Maria hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Jam sudah menunjukkan ke pukul 7 petang ketika aku selesai melayani kehendak dan permintaan Puan Sri Maria. Nasib baik sempat juga aku curi-curi waktu untuk solat Zohor dan Asar. Kami juga sempat makan tengahari bersama-sama di kedai makan berhampiran walaupun mati-matian aku menolak kerana segan. Tapi, rengekan manja dari Rania membuatkan aku akur juga akhirnya.

"Saf. Hensemnya anak Puan Sri tu. Naik kereta Audi T9 pulak tu. Haaiii ... Kalau aku dapatlah" Wani mula menunjukkan gediknya setelah melihat kereta yang dipandu Rayyan, anak Puan Sri Maria meninggalkan perkarangan tempat letak kereta Greta's Curtains. Dia masih memandang ke luar gelas kaca bilik pameran dengan keduabelah tangannya dicantumkan dan diletakkan dipipi kanannya sambil kepala dilentokkan. Hanyut dengan angan-angannya sendiri.

"Isskk. Tak yah beranganlah makcik. Sah-sahlah dah kawin. Siap ada anak sorang pulak tuh" buku sketch ditangan aku tepukkan ke bahunya."Tak kisahlah. Jadi bini nombor dua pun aku sanggup" Kata-kata Wani membuatkan aku menjengilkan mata kearahnya sambil berlalu pergi. Malas melayan minah sorang yang perasan cantik itu.

"Kenapa cucu Puan Sri tu baik sangat sama you? You ada bagi ubat guna-guna ke?" Miss Lai menghampiri aku yang sedang sibuk memotong cebisan-cebisan kain sebesar 2 inci untuk dijadikan sample bagi semua fabrik yang telah dipilih Puan Sri Maria sebentar tadi.

"Ha'ah lah Saf. Lagi tadi aku nak tanya tapi tak berkesempatan pulak" Shahrul, satu-satunya staf lelaki yang berperwatakan lembut di bilik pameran Greta's Curtain itu tiba-tba menyampuk. Entah dari mana munculnya, aku sendiri tak perasan. Buat aku terkejut saja. Nasib baik tak terpotong jari jemari aku yang runcing ini.

Aku mendengus halus. "Korang ni kan. Kepoh betullah. Kalau saya nak bagi ubat guna-guna Miss Lai, baik saya bagi kat Puan Sri tu. Biar dia ikut semua kata saya. Takdelah letih kaki saya tawaf satu showroom ni dekat 10 kali sebab nak pilih kain yang betul-betul dia suka" Cebisan kain yang telah siap dipotong aku bawa ke meja kerjaku. Miss Lai dan Shahrul masih membontoti aku dari belakang.

"Tapi kan. I tak nampak pun menantu dia. Hari tu kita pergi rumah dia pun tak nampak menantu dia kan?" Miss Lai duduk di mejanya tapi perbualan kami masih berkisarkan tentang keluarga Puan Sri Maria.

"Jangan-jangan, anak dia tu duda tak Saf? Haaa .. Adalah peluang kau nak masuk lubang" Shahrul yang duduk bersilang kaki di hadapan aku itu aku pandang dengan mata yang sengaja aku kecikkan."Ye ye. Betul kata Erul tuh. Untung-untung you jadi Mem besar nanti Saf. Banyak untung wooo " Miss Lai beriya-iya menyokong. Aku akhirnya tergelak melihat riak wajah Miss Lai yang nampak beriya-iya itu.

"Hisshh .. You ni Miss Lai. Mengarut lah. Takkan la orang hensem macam tu nakkan saya yang biasa-biasa je ni" Cebisan-cebisan sample kain yang telah aku trim, aku lekatkan di atas kertas A4 dimana di sebelah bawahnya aku tuliskan di tingkap atau pintu bahagian mana kain itu akan diletakkan nanti.

"Eh Saf. Biasa ke, luarbiasa ke, itu semua boleh grooming la. Kau kan dah cantik. Mata besar, kening takyah cukur pun dan elok berbentuk, mulut mungil .. cuma hidung kau la .. kembang tak kembang, mancung tak mancung" Shahrul mula menyakat aku. Mata aku yang sudah sedia besar itu sengajaku besarkan lagi membuatkan Shahrul tergelak hingga terkeluar suara jantannya. Aku dan Miss Lai ikut sama ketawa.

Monday, November 4, 2013

KISAH KAMI : PROLOG & BAB 1

PROLOG


Sudah lebih sejam aku berada di kolam ikan koi itu. Kaki yang aku juntaikan dari atas jambatan kecil yang terbina melintasi kolam selebar 12kaki itu aku goyang-goyangkan. Sedikit demi sedikit makanan ikan aku campakkan. Tak tahulah sudah berapa kilogram agaknya ikan koi ini kuberi makan.

Inilah rutin hidupku semenjak 3 bulan yang lepas. Tiap-tiap pagi menggemukkan ikan koi peliharaan Ibu dan bapa mertuaku. Harap-harapnya, setelah kepulangan mereka dari Mekah dalam masa seminggu lebih lagi ni, tak adalah ikan-ikan ni mati dek kerana kekenyangan. Aku tersenyum bila membayangkan ikan-ikan koi yang cantik berwarna jingga dan putih silver ini semua timbul dan memenuhi permukaan kolam. Hish. Tak adalah aku kejam sampai macamtu sekali.

Bila dikira-kira, sudah lebih 3 bulan aku berhenti kerja. Tapi, itu tak bermakna aku sekarang hanya duduk rumah goyang kaki. Aku sekarang ni secara rasminya telah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa merangkap Ibu segera kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang sangat comel. Ya! Aku berhenti kerja kerana dipaksa menjadi surirumah sepenuh masa!

Tapi, takde la surirumah sangat pun. Sebabnya, rumah ni dah ada orang gaji 2,3 orang yang buat semua kerja yang ada. So, kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan ... melayan kerenah anak tiriku. Mudah kan?

Tapi .. semuanya tak semudah itu. Aku sebenarnya telah dipaksa berkahwin. Haaa.. bunyi macam klise je kan? Macam plot-plot kat dalam novel-novel melayu yang bersepah kat pasaran sekarang. Hahahaha .. Percaya atau tidak, inilah hidup aku.

Aku telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang aku yakin tak sedikit pun mencintai aku. Sekarang ni pun sudah hampir 2 minggu aku ditinggalkan. Dia terbang ke London. Bukan sebab dia belajar atau kerja di sana. Tapi, sebab dia adalah seorang Pilot. Ya! Suami aku seorang Pilot. Bunyi macam hebatkan?.

Untuk kesekian kalinya, fikiran aku melayang teringatkan kehidupan yang aku miliki 3 bulan yang lepas. Disaat segala-galanya aku anggap mudah dan menyeronokkan walau sesekali adalah juga pahit masamnya. Biasalah lumrah kehidupan. Tapi, sekurang-kurangnya, tak adalah semasam dan sepahit sekarang ni. Ikan-ikan yang berebut mendapatkan makanan yang aku campakkan, aku pandang dengan pandangan yang kosong.


 
BAB : 1

"Saf, I ada satu projek besar untuk you. Mau ka?" Suatu hari, Supervisor aku, Miss Lai bersuara dengan nada agak teruja pada aku. Maggi cawan yang sedang aku pegang aku letakkan di atas meja kecil di hadapanku. Pelan rumah di tangan Miss Lai aku capai. 

"Wow. Besarnya rumah dia Miss Lai. Siapa ni? Tan Sri ke?" Pelan rumah yang agak besar itu aku bentangkan di atas meja setelah Maggi Cawan aku alihkan."Pandai la you teka. Betullah tu. Ini rumah Tan Sri Rasydan. You pernah dengar nama dia?" Belakang badanku di tepuk-tepuk perlahan. Aku cepat-cepat menggeleng. Mata dan otak mula bekerjasama untuk cuba memahami pelan rumah di hadapanku. Sesekali dahiku berkerut. Cuba mencari kedudukan semua tingkap dan pintu di dalam pelan tersebut.

Seboleh-bolehnya, aku memang sengaja mengelak daripada terlibat dengan projek yang melibatkan golongan Datuk- Datuk dan Tan Sri-Tan Sri ni. Leceh. Tapi, bila membayangkan komisen yang bakal aku perolehi, tugasan itu aku terima dengan separuh rela.

Maka bermulalah episod berjaga malam dalam diari harianku dek kerana sibuk mencari bahan-bahan rujukan bagi meyiapkan kertas cadangan rekaan langsir yang bakal aku bentangkan kepada Tan Sri Rasydan. Tak tahu lah perniagaan apa yang Tan Sri ni buat tapi yang aku tahu, rumah yang bakal aku hias ini adalah rumah yang baru 4 bulan mereka sekeluarga duduki. Kadangkala aku terfikir, seronok betul jadi orang kaya ni kan. Tak payah nak bersusah payah  mengumpul duit hanya untuk membeli rumah. Kalau macam aku ni, kumpul lah berapa lama pun, takkan mampu nak beli rumah kat kawasan Bukit Tunku tu.

Selepas seminggu aku bertungkus lumus menyiapkan lakaran dan cadangan rekaan yang termampu aku buat, tibalah harinya untuk aku ke rumah Tan Sri Rasydan untuk membuat pembentangan. Tetiba rasa berdebar pula. Macamlah aku tak pernah buat kerja-kerja macam ni sebelum ni. Nasib baik la Miss Lai sudi menemankan aku. Kalau tidak, memang kelaut lah jawabnya pembentangan aku itu nanti.

Sesampainya kami di sana, pintu pagar sudah sedia terbuka dan seorang pembantu rumah yang aku agak dari Indonesia sudah tersedia menanti kedatangan kami. Ternganga besar mulutku dibuatnya disaat kaki mula melangkah masuk ke dalam banglo Tan Sri Rasydan itu. Masuk dari pintu utama, sebelum sampai ke ruang tamu utama, terdapat satu ruang balkoni yang mana di kiri kanannya terdapat kolam selebar 2 kaki dan di belakangnya pula terbina air terjun buatan yang menghasilkan satu suasana yang sangat mendamaikan.

Kami dipelawa duduk sementara orang gaji yang memperkenalkan diri sebagai Bibik Jannah itu memanggil Puan Sri Maria di tingkat atas banglo 3 tingkat tersebut.

Aku masih leka memerhati ruang utama banglo mewah tersebut yang purata dindingnya adalah kaca yang setinggi 12 hingga 14 kaki. "Matilah kalau Tan Sri mau pasang langsir kat semua dinding kaca dia ni" Miss Lai memecahkan kesunyian antara kami.Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil tersengih sendiri."Kita ok je Miss Lai .. yang susah nanti team Alex la sebab diaorang yang kena ukur .. pastu nak install lagi .." aku tergelak kecil bila membayangkan mulut Alex,ketua jabatan Installation yang akan membebel-bebel tak berhenti bila mengetahui kesukaran reka bentuk rumah yang bakal dihias indah dengan tirai dari Greta's Curtains ini. Aku sudah mula memikirkan fabrik apa yang sesuai dengan suasana banglo mewah ini.

"Maaflah ye sebab kamu kena menunggu. Saya ada kerja yang perlu diselesaikan dulu tadi" Suara lembut Puan Sri Maria mematikan lamunan dan angan-anganku. Terus sahaja aku menghampiri dan menyalami Puan Sri yang nampak santai dengan blaus dan seluar palazzo serba putih itu. "Tak apa Puan Sri. Kami tak kisah pun" Miss Lai turut meyambut huluran tangan Puan Sri sambil tersenyum manis.

"Ok. Mari kita ke bilik study saya untuk discuss. Rasanya kat sana lebih selesa kot." Puan Sri tersenyum dan membawa kami ke sebuah bilik yang betul-betul buat aku terpegun sekali lagi. Perabot yang terukir indah gaya Victorian menghiasi bilik yang keluasannya melebihi 2 kali ganda dari ruang tamu rumah aku. Rona warna cat yang kehijauan menambahkan kedamaian dalam bilik itu. Beberapa bingkai ayat-ayat suci Al-Quran yang terukir halus tergantung kemas di setiap dinding.

"Ok. Mari kita mulakan" Puan Sri Maria tersenyum kearah kami berdua sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas sofa empuk bersalut kulit asli yang sungguh selesa itu.

Kami memulakan pembentangan rekaan langsir yang telah aku sediakan di dalam bentuk slide Power Point. Dengan bantuan projector milik Puan Sri Maria, tugas kami menjadi lebih mudah.

"Semua cadangan awak tu rasanya dah ok. Tapi, rasanya awak kena tengok betul-betul design tingkap dan pintu yang ada kat rumah ni sebelum awak boleh move on with your plan kan?" Puan Sri Maria masih menatap helaian fail yang mengandungi gambar-gambar dari projek-projek aku yang terdahulu.

"Itu kami boleh uruskan. Tapi, sebelum kami nak start dengan  kerja-kerja tu semua, saya terpaksa minta deposit dari Puan Sri dulu sebanyak RM200. Prosedur company la Puan Sri" Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuknya. Almaklumlah. Selama aku bekerja ni, bab-bab nak minta orang bayar deposit ni lah yang paling sukar. Meletakkan deposit bermakna pelanggan-pelanggan seperti Puan Sri ini telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menghias langsir di 'istana'nya.

"Ok. No problem. Nanti saya pergi ambil duit sekejap" tanpa kuduga, mudah sahaja Puan Sri memberikan persetujuan dan terus berlalu keluar. Miss Lai menaikkan kedua ibu jarinya kepada aku sambil tersengih gembira sampai ketelinga. Aku tergelak kecil. Lucu dengan memek mukanya saat itu.

Selepas hampir 3 jam berlangsungnya perbincangan kami di 'istana' mewah itu, akhirnya urusan kami selesai juga. Duit sudah bertukar tangan. Alex juga sudah aku hubungi untuk datang ke Banglo Puan Sri Maria esok pagi untuk membuat semua aktiviti pengukuran. Jam ditangan sudah menunjukkan ke angka tiga petang. Alamak! Aku belum solat zohor lagi !! Macamana ni? Aduh .. Kepala yang tidak gatal kugaru.

"Err .. Puan Sri, boleh saya tumpang solat sekejap?" teragak-agak aku meminta keizinan. Itupun setelah berkira-kira takut sekiranya jalan jem dan kami terpaksa 'berkampung' di highway dalam perjalanan balik ke Greta's Curtains nanti.

"Oooh. Boleh,boleh. Suryanti!!" Puan Sri mengangguk-angguk seraya memanggil orang gajinya yang entah keberapa. Sejak aku datang tadi, orang gaji yang berlainan datang untuk menghidangkan kami minuman dan hidangan mengalas perut.

"Ya Puan" Seorang wanita dalam lingkungan usia 30an datang menghampiri Puan Sri Maria."Tolong bawa Cik ni ke bilik solat kat tingkat atas" Arah Puan Sri Maria seraya menggamit aku agar mengikut orang gajinya yang bernama Suryanti itu.Tanpa banyak soal aku hanya menurut.

"Ini biliknya Non. Telekungnya ada di dalam almari" Suryanti berkata dalam loghat Indonesia yang agak pekat setibanya kami di bilik solat sambil ibu jarinya menunjuk ke arah almari yang terdapat di dalam bilik yang aku kira boleh memuatkan 20 orang jemaah dalam satu masa. "Ok. Terima kasih ye" Aku menggangguk sambil mengukirkan senyuman.

Sebaik pintu bilik kututup, tudung lilit yang aku pakai segera aku tanggalkan untuk mengambil wuduk di dalam bilik air yang terdapat di dalam bilik itu.

Usai solat, aku segera mengenakan tudung di hadapan cermin besar yang terletak bersebelahan dengan almari yang menempatkan beberapa helai telekung,sejadah dan kitab Al Quran dan Yassin.

"Aunty ni siapa?" Tiba- tiba telinga ku menangkap satu suara halus yang datang dari arah pintu. Terkejut jugalah aku dibuatnya. Nyaris sahaja aku melompat. Aku berpaling kearah suara tu sambil mengurut-ngurut dada cuba menenangkan rentak jantung sendiri.

"Err .. Aunty ni tetamu Tuan Rumah ni. Aunty tumpang sembahyang sekejap" kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun itu datang menghampiri aku setelah mendengar jawapan yang aku berikan. "Mummy dulu pun sembahyang macam Aunty. Dia pun pakai tudung macam Aunty" kata-kata dari anak kecil yang agak petah itu membuatkan aku tersenyum. Tapi, kenapa dia kata 'dulu'? Sekarang ni Mak dia tak sembahyang ke? Hati aku berdetik.Aaaahh .. Lantaklah. Bukan urusan aku pun.

" Ooohh .. Adik ni siapa nama?" Aku duduk melutut di hadapan anak kecil yang sudah berdiri betul-betul di hadapan aku itu."Nama kita Rania. Nama Aunty apa pulak?" Petah anak kecil yang rambutnya diikat dua itu menjawab. Comel. Kulit cerah dan berhidung mancung dengan rambut sedikit keperangan. Anak kacukan barangkali. Aku mengagak sendiri.

"Nama Aunty, Safiyyah. Rania boleh panggil Aunty, Aunty Saf" Rania tergelak kecil apabila hidungnya aku cuit.

"Laaa.. Kat sini rupanya budak ni. Penat la Mak Som cari ke sana kemari. Boleh sakit jantung tau" Seorang wanita separuh abad yang baru memasuki bilik itu membuatkan Rania yang tadinya petah berbual tiba-tiba menjadi senyap.

"Maaflah nak. Rania ni kacau anak ni nak solat ke?" Perempuan tua yang tadinya membahasakan dirinya Mak Som lekas-lekas mencapai tangan Rania yang masih duduk bertinggung di hadapan aku.

"Eh. Takdelah Makcik. Saya dah sudah dah. Ni nak turun dah pun" Aku turut bangun apabila Rania sudah bangun dan berdiri di sebelah Mak Som. Dia memandang aku dan Mak Som silih berganti. Entah apa yang difikirkannya agaknya."Kalau macam tu kami mintak diri dulu la ye" Mak Som berlalu sambil memimpin tangan kecil Rania. Sebelum keluar, tangan kanan Rania sempat melambai-lambai padaku dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Dah sudah dah?" Tegur Puan Sri Maria setelah melihat kelibat aku turun dari tangga rumahnya yang berpusing-pusing itu. "Dah Puan Sri. Terima kasih ye" Aku melabuhkan punggung di sebelah Miss Lai yang sedang meneguk jus oren berais yang entah keberapa cawan agaknya sementara menunggu aku selesai solat.

"Nenek! nenek!! " Aku dan Miss Lai menoleh serentak kearah suara kanak-kanak yang berteriak riang itu.

"Rania. Cucu Nenek. Meh sini, duduk sini" Puan Sri tersenyum lebar sambil melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar kanak-kanak itu duduk di atas ribanya.

"Hai Aunty Saf" Selamba Rania menegur aku membuatkan dahi Miss Lai berkerut. Sedikit kehairanan mungkin kerana Rania mengenaliku."Hai Rania" Aku membalas teguran manja itu.

"Eh.. Mana Rania kenal Aunty ni?" Puan Sri Maria bertanya kepada Rania yang sudah duduk di atas ribanya dengan badan menghadap kearahnya."Tadi Aunty ni ada kat bilik atas tu. Tempat Mummy selalu sembahyang dulu tu" Petah Rania bercerita.

Aku dapat mengesan sedikit perubahan diwajah Puan Sri Maria ketika Rania menyebut perkataan 'Mummy'.Aku kembali musykil. Hendak bertanya, takut dianggap busybody. Akhirnya aku biarkan saja kemusykilan aku itu tanpa jawapan.
 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template