Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

GADIS CENGENG : BAB 9

SEAWAL jam 8 pagi Ammara sudah bersiap ke tempat kerja. Sengaja dia bersiap awal kerana tidak mahu terserempak dengan Fath. Walau mulutnya sudah melafazkan maaf, namun hatinya masih ada lagi rasa kecewa yang terselit.

“Balik pukul berapa ni?” Ammar yang sedang melakukan senaman ringan sebelum mula berjoging bertanya pada Ammara yang sedang memanaskan enjin kereta.

“Tak tahu lagi la Long. Kenapa? Nak belanja Ara Karaoke ke?”Ammara tersengih-sengih sambil memandang Abangnya yang sudah mencebikkan bibir.

“Banyaklah Karaoke. Suara kalau sedap takpela jugak. Ni dah macam kura-kura panggil hujan nak buat apa” Ammar tergelak besar melihat Ammara yang sudah menarik muka masam.

“Dahlah! Ara nak pergi. Malas nak layan Along lama-lama. Boleh senget kepala otak dibuatnya. Pintu kereta di hempas agak kuat menunjukkan protes namun hanya dibalas dengan gelak tawa oleh Ammar.

“Kalau boleh balik cepat sikit! Boleh Along tolong hantar kereta Ara ke bengkel! Buat malu je. Driver memang sah-sahlah dah ayu, meletop Ara memang kebaboom. Tup-tup tengok kereta kemek macam kena tumbuk Hulk. Terus cancel nak ngurat!” Telinga Ammara sempat menangkap kata-kata Ammar sebelum cermin kereta dinaikkan rapat. Dia hanya menjelirkan lidah kearah Abangnya itu sebelum kereta dipandu pergi. Ammar ketawa lagi. Seronok benar dia dapat menyakat adiknya itu. Elok untuk senaman otot-otot muka. Desis hatinya.

            Setibanya di pejabat, tanpa menghiraukan suasana senyap-sunyi yang mendebarkan dada, Ammara terus memasang semua lampu yang ada. Biar nampak terang benderang. Kalau nak kata dia membazir elektrik katalah. Itu lebih baik daripada dia mati ketakutan di situ.

            Tanpa menunggu lebih lama, dia terus memulakan tugasnya. Lampiran tender yang dikepilkan oleh Angel di dalam emailnya dibuka dan satu persatu lembaran yang berjumlah 115 muka surat itu dibaca dan ditelitinya agar tiada kesalahan ejaan dan marginnya mengikut piawaian yang ditetapkan oleh client.

            Terlalu khusyuk dengan kerjanya sehingga tidak menyedari yang waktu dah menginjak hampir pukul 12 tengahari. Itupun dia sedar apabila perutnya sudah rancak berkeroncong minta diisi. Almaklumla, sedari pagi lagi dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya bancuhan Nescafe 3 dalam 1 saja yang mengalas perutnya.

Skrin Komputer dilock sementara setelah hasil kerja yang telah siap disavekan. Langkah kaki dihayun menuju ke pantry. Hajat dihati ingin membuat sandwich kerana dia terpandangkan roti Gardenia di dalam kabinet dan beberapa hiris keju dan chicken meatloaf di dalam peti. Ada juga beberapa helai daun salad untuk menjadi penyeri sandwichnya itu nanti.

            “Please Im … I love you so much.  You know that. Tolong jangan tinggalkan I. I tak sanggup kehilangan you” dalam keheningan suasana, telinga Ammara dapat menangkap suara mendayu-dayu yang sedang memujuk rayu.

Suara sapa pulak tu? Ada buat shooting drama ke kat office aku ni? Eh, takkanlah ada shooting aku tak tahu kot. Habis tu, kalau bukan shooting, suara siapa tadi tu? Takkanlah suara … Hei Ammara! Tengahari buta ni mana ada hantu lah! Tangan yang tadinya lincah menyusun lapisan keju dan daun salad di atas roti sandwichnya serta-merta terhenti. Kepala otaknya sudah sibuk memikirkan yang bukan-bukan.

“Sudahlah Su. I dah bagitau you dari dulu lagi. I memang takkan serius dengan mana-mana perempuan pun. Don’t say that I didn’t warn u coz I did! Yet, you still nak teruskan jugak kan?!”

Uit! Macam kenal je suara yang satu lagi tu! Gulp! Kesat rasa air liur yang melalui celah kerongkongnya.

“Im, please …. “ suara merayu itu kedengaran lagi.

“I nak you keluar sekarang jugak! Atau you nak I panggil security heret you keluar dari sini ha?!!” Kali kedua suara herdikan itu bergema, Ammara semankin yakin dengan  telahannya. Terjingkit-jingkit kakinya melangkah kearah suara yang berkumandang tika itu bagi memastikan kebenaran telahan hatinya mengenai siapa yang empunya suara-suara itu.

Senyap.

Aik. Apa pasal senyap pulak?? Tadi bukan main bertekak. Langkah kakinya terhenti di sebalik dinding yang memisahkan laluan ke pantry dengan tempat penyambut tetamu. Ammara menyandarkan badannya kedinding. Dada yang mula berdebar dipegang dan cuba ditenangkan sebelum dia mula mengintai.

“Ammara Safiyya??”

Hendak melompat rasa jantungnya apabila tiba-tiba terpacul sesusuk tubuh yang amat dikenali di hadapan matanya. Terkebil-kebil dia memerhatikan seraut wajah Imtiyaz yang agak kemerahan itu.

“What are doing here??” Tajam pandangan yang dilontarkan Imtiyaz buat Ammara.

“Err … Err .. Hmmm … Err … “ Tak tahu kenapa suara Ammara seakan tersekat disaluran esofagusnya apabila melihat pandangan mata Imtiyaz yang menggerunkan saat itu. Apatah lagi dengan jarak yang sangat hampir antara mereka menyesakkan lagi dada Ammara dengan wangian yang dipakai oleh lelaki itu. Hugo Boss. Ya. Dia cukup kenal bauan itu kerana Abangnya turut memakai wangian yang sama.

            “Saya tanya awak ni. Apa awak buat kat sini??” Imtiyaz sudah bercekak pinggang memandang wajah Ammara yang dilihatnya sudah pucat tak berdarah.

“Ammara Saffiya! Sekali lagi saya tanya. Kalau awak tak jawab … “ Belum sempat Imtiyaz menghabiskan ayat ugutannya, Ammara sudah bersuara.

            “Sa … Saya datang nak siapkan tender yang kena hantar esok” laju saja kata-kata itu meluncur dari mulut mungil Ammara sebelum herdikan Imtiyaz kedengaran lagi. Dadanya sudah bergendang tak keruan. Antara terkejut dan juga kalut. Semuanya berkecamuk gara-gara melihat wajah bengis Imtiyaz.

“Tender lanskap untuk Lucky Garden?” Nada suaranya sudah tidak setegang tadi. Kasihan pula dia melihat ada kolam airmata yang sudah terbentuk di tubir mata bulat Ammara.

Cepat-cepat Ammara angguk kepala. Airmata yang ditahan sedari tadi menitis juga.

Tanpa diduga, Imtiyaz tersenyum. Wajah Ammara yang kelihatan sangat innocence apabila menangis begitu mengamit perasaannya. Persis seperti anak kecil yang menangis kerana dimarahi dek kerana tertumpah makanan.

Hish dia ni! Dia dah buat aku sentap sampai mengalir airmata, boleh pulak senyum-senyum kambing macam tu? Masalah psikologi betullah Bos aku ni! Urrggghhh! Benci tau!!! Melihat reaksi Imtiyaz pantas saja tangannya mengesat airmata yang mengalir dipipinya hingga kering.

            “Awak ni sebijik macam adik bongsu saya. Pantang kena marah sikit, menangis. Kena tegur sikit, menangis. Tapi adik saya tu, sekurang-kurangnya, umur dia baru 5 tahun tau. Memang patut pun perangai macam tu. Tapi awak ni, dah besar panjang macam ni pun masih cengeng macam ni, pakwe awak tak rimas ke kena melayan awak?” Panas telinga Ammara mendengar sindiran dari Imtiyaz yang masih tersengih lebar memandangnya.

Malas hendak terus mengadap manusia pelbagai persenaliti seperti Imtiyaz, Ammara terus berlalu semula ke pantry untuk menyiapkan sandwich yang separa siap tadi.

“Suka hati dia je. Lepas puas tengking-tengking kita, sindir-sindir kita, lepas tu tayang muka selamba badak dia tu. Huh!” gumam Ammara sedirian. Geram betul dia pada Imtiyaz.

Boleh tahan juga budak kecik ni. Tadi bukan main kecut lagi muka dia. Ni dah berani buat muka tak puas hati pulak. Comel jugak budak cengeng ni bila tengok dari dekat. Imtiyaz masih tersenyum melihat gelagat Ammara. Entah kenapa, kakinya ringan saja menurut langkah gadis itu ke pantry. Hilang segala rasa bengangnya dengan Suraya sebentar tadi.

Sandwich yang sudah siap disusun dipotong serong membentuk segitiga dan diletakkan ke dalam  pinggan. Imtiyaz yang bersandar di kabinet dapur sambil berpeluk tubuh memandang segala gerak-gerinya langsung tak dipedulikan.

Dengan wajah selambanya, Ammara terus membancuh Nescafe 3 dalm 1 dan hidangan makanan tengaharinya dibawa ke meja untuk dijamu. Dari ekor mata dapat ditangkap segaris senyuman dari wajah Imtiyaz yang turut mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“Encik Imtiyaz, ada apa-apa ke yang saya boleh tolong? Lagipun dalam office ni cuma kita berdua je. Encik tak takut ke kalau kena tangkap basah dengan saya? Gelap masa depan tau nanti” Ammara memulangkan paku buah keras pada Imtiyaz. Naik rimas dia apabila dipandang oleh Bosnya itu sedari tadi.

Terdengar tawa kecil dari Imtiyaz. Berkerut seribu dahi Ammara dibuatnya. Sandwich yang tadinya nampak sangat menyelerakan sudah hilang tarikannya di mata Ammara. Gelagat Imtiyaz mematahkan terus seleranya.

Imtiyaz melipat lengan kemeja yang dipakainya hingga kesiku.  Wajah Ammara yang beriak selamba ditatap lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke atas meja.

“Saya ok je. Lagipun saya ni kan lelaki. Agak-agak awak tak boleh nak jadi isteri mithali, ada 3 lagi tempat kosong kan” rasa macam Ammara nak tampar laju-laju je muka Bosnya itu. Hari tu bukan main lagi cakap masa depan gelap pebagai. Hari ni lain pulak dia pusing ayat. Huh! Memang ada masalah otak kot Bos aku ni! Ammara membebel dalam hati.

Malas hendak berlama-lama di situ, air Nescafe diteguknya rakus dan pinggan yang masih berisi separuh lagi sandwich di masukkan ke dalam peti ais. Pantas tangannya mencuci mug sebelum cepat-cepat berlalu meninggalkan Imtiyaz yang masih tersengih-sengih macam kerang busuk.

Tepat jam 3 petang, akhirnya selesai juga tender yang disemak oleh Ammara.

“Dah nak balik ke?” Sedang Ammara bersiap sedia untuk pulang, suara garau Imtiyaz menyapa halwa telinganya.

“Yup” jawabnya ringkas. Bosnya itu dipandang sekilas lalu sebelum dia menyambung kerja-kerjanya mengemas tempat kerjanya.

“Tender tu mana? Saya ingat nak go through terus dengan awak hari ni. Esok pagi saya boleh terus jumpa client”  Ammara rasa nak hantuk-hantuk kepalanya kedinding. Baru saja berangankan bantal dan tilam empuknya di rumah. Tup-tup kena hadap muka Bosnya lagi.

Nasib baiklah muka kau tu hensem ala-ala hero telenovela Venezuela Encik Imtiyaz oiii! Kalau tak memang takdalah aku nak layan. Ammara yang membelakangkan Imtiyaz memusingkan biji matanya tanda bosan.

Mahu tak mahu, rela atau tidak, Ammara terpaksa memujuk hatinya supaya dapat bertabah mengadap Imtiyaz dengan lebih lama lagi hari itu.

PELUH dingin sudah merenik didahinya. Suasana gelap yang sudah mula menguasai suasana membuatkan  hatinya bertambah runsing.

Untuk kesekian kalinya, kunci kereta dipusingkan lagi. Namun, enjin kereta masih juga tersenguk-senguk tidak mahu hidup. Kalenjar Lakrimalnya sudah mula terangsang dengan saraf-saraf yang membawa input dari hatinya yang dilanda gundah-gulana.

Telefon bimbit segera dikeluarkan dari beg tangannya.

“Arrgggghh!!!! Tak ada bateri la pulak telefon ni!!!!” Ammara menjerit geram. Airmata sudah semankin deras mengalir di pipinya.

Tok! Tok! Tok!

Ammara yang sedang menekup wajahnya distering kereta segera mengangkat kepala untuk melihat siapa yang mengetuk cermin tingkap keretanya. Airmata segera dilap apabila terpandangkan wajah Imtiyaz di dalam kesamaran cahaya lampu di tempat parkir kereta itu. Cermin tingkap diturunkan.

“Are you okay?”

Ammara tersenyum kelat memandang kearah Imtiyaz yang sudah membongkokkan badannya dengan tangan ditongkatkan ke bumbung kereta Myvinya.

“Kereta saya tak mahu hidup” bergetar suara Ammara saat itu. Pandangan sayu diberikan. Dia sudah tak peduli dengan pandangan Imtiyaz apabila melihat dia menangis begitu. Apa yang penting, dia perlu mendapatkan pertolongan secepat yang mungkin.

“Awak keluar, biar saya cuba start” pintu kereta dibuka dan Ammara hanya menurut sambil menyapu sisa-sisa airmata diwajahnya.

Imtiyaz mencuba beberapa kali namun hasilnya tetap sama. Kereta Ammara masih gagal dihidupkan. Lelaki itu menapak keluar dari kereta dan alat pengera diaktifkan. Beg tangan Ammara dan kunci kereta yang ada ditangannya diserahkan pada gadis yang berwajah sugul itu.

“Mari saya hantar awak balik”

Tanpa menunggu persetujuan dari Ammara, dia melangkah menuju ke kereta Harriernya yang diparkirkan di tempat yang sudah dikhaskan untuk CEO Muz Holding.

Tanpa ada pilihan, Ammara mengekori langkah Imtiyaz dari belakang.

“Nasib baik saya tak balik lagi. Kalau tak, awak kena mintak tolong Pak Guard la jawabnya” Imtiyaz memulakan bicara semasa kereta melewati pondok pengawal keselamatan. Ammara yang membisu di sebelahnya di tatap sepintas lalu.

Ammara mengetap bibirnya. Tidak tahu apa yang patut diucapkan. Ingin berterima kasih, terasa kelu pula lidahnya untuk melafazkannya. Ingin membalas kata-kata lelaki itu dirasakan tidak wajar pula memandangkan lelaki itu telah membantunya. Akhirnya, pandangan dibuang jauh ke luar tingkap.

“Awak nak saya hantar awak ke mana ni?” Imtiyaz bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Sudah 10 minit kereta bergerak. Ammara masih juga diam tanpa kata. Sedari tadi terlalu asyik memandang ke luar tingkap yang hanya nampak kegelapan di sana-sini.

“Errmm … Encik Imtiyaz turunkan saya kat PICC je la. Nanti saya telefon Abang saya, suruh dia ambil kat situ” Ammara menjawab perlahan.

“Eh, takpalah. Saya hantar awak sampai depan rumah lah. Bagi alamat rumah awak kat saya” Imtiyaz berkeras.

“Eh! Takpa, takpa. Abang saya  … Err … Kebetulan malam ni dia jumpa kawan dekat Precint 5. So, Encik hantar je saya kat PICC” Ammara turut sama berkeras menolak tawaran dari Imtiyaz. Terpaksa dia berbohong. Cukuplah lelaki itu menolongnya setakat itu. Dia segan.

“Okay then. If you insist that way” akhirnya Imtiyaz mengalah. Tak mahu terus berbalah. Dia menurut saja permintaan gadis itu.

Ammara meraba-raba begnya untuk mencari telefon bimbitnya tapi perbuatannya terhenti apabila menyedari sesuatu.

Eh Ara. Bukan telefon kau habis bateri ke? Hati kecilnya mula bertanya akalnya. Ammara menepuk dahi tanpa disedari Imtiyaz.

“Err … Boleh saya pinjam telefon Encik Imtiyaz? Telefon saya habis bateri” teragak-agak dia bersuara. Bimbang sekiranya permintaannya itu tidak dilayan.

“Nah” Imtiyaz menyerahkan telefon Iphone6nya dan  Ammara menyambutnya dengan senyum lebar.

Nombor telefon Ammar didail laju.

“Assalammualaikum Along. Tolong ambil Ara kat PICC. Kereta Ara tak boleh start. Nanti Ara cerita. Ni nombor Bos Ara tau. Telefon Ara habis bateri” meluncur segala apa yang hendak disampaikan tanpa sempat Ammar mencelah.

“Ambil Ara tau. Jangan lupa. Ok bye. Assalammualaikum” baru sahaja Ammar ingin bertanya soalan, punat merah sudah ditekan Ammara. Tidak mahu Abangnya terlalu banyak soal. Nanti bila bertemu pasti akan diceritakan segala-galanya.

“Sebelum saya lupa, saya  nak bagitau. Mulai esok, awak pindah tempat duduk kat depan bilik saya. Senang sikit saya nak bincang pasal apa-apa dokumen dengan awak.” Mahu melopong mulut Ammara apabila mendengar kata-kata Imtiyaz itu. Kepalanya mulalah menjana pelbagai jenis soalan. Kalau tak fikir malu, sudah lama soalan-soalan itu semua diajukan pada Imtiyaz.

Eh … Bukan yang kat luar bilik dia tu tempat duduk Suraya ke? Jangan-jangan suara perempuan yang bertekak dengan dia kat office tadi tu Suraya? Tapi, dari gaya rengekannya tu memang ada potensi lah yang itu suara minah kerek tu. Takkan la pula aku nak angkut kerusi meja duduk sebelah minah tu? Eiiii … Tak sanggup, tak sanggup!! Err kejap! Takkanlah minah kerek tu ada skandal dengan mamat ni? Dia tak tahu ke mamat ni jenis pasang sparepart keliling pinggang? Tak sayang dara betullah perempuan sorang ni! Haisshhh! Dalam diam kepala otak Ammara ligat berdialog dan bersoal jawab dengan hatinya sendiri.

“Awak ada soalan ke Ammara?” Imtiyaz bertanya apabila terperasan wajah Ammara yang penuh dengan tanda tanya.

“Bu … Bukan ke kat luar bilik Encik tu tempat Suraya? Takkan saya nak angkut kerusi meja duduk kat sebelah dia? Nanti apa pulak kata dia” Ammara mula dilanda serba-salah. Sudahlah tempohari Suraya baru saja memberinya amaran agar tidak terlalu dekat dengan Imtiyaz. Andai beginilah gayanya, mahu minah tu tuduh dia memang ada hati dengan Bosnya itu.

Imtiyaz tersenyum.

“Suraya dah berhenti” ringkas saja jawapan yang diberikan. Kali ini, Ammara betul-betul terlopong dibuatnya.

Friday, March 10, 2017

CERPEN : KISAH REZ DAN TRIS [4]

 “APA???Bila????”


Pandangan Tengku Reza yang sedari tadi leka diskrin Komputer Ribanya segera berpaling kearah Trista yang sedang menjawab telefon di Balkoni bilik tidur mereka. Langkah kaki segera diatur kearah isterinya itu.

Tanpa pengetahuan sesiapa, sebenarnya, semenjak dari hari dia mengajak Trista tidur di atas katil yang sama, Tengku Reza sudah mula mengingat semuanya tentang kemalangan yang berlaku ke atasnya dan juga tentang perjanjian antaranya dan Trista.

Namun, dia hendak melihat sejauh mana sabarnya Trista dapat melayan kerenahnya. Oleh kerana itulah dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya melayan lakonan tidur ala-ala Rambo Trista semata-mata ingin melihat helah apa yang akan dilakukan oleh gadis itu untuk mengelak dari pelukannya.

Ingin membuat lebih dari itu dia belum cukup berani. Penangan tolakkan tangkas dari Trista yang membuatnya terperosok di atas lantai saja sudah cukup membuatnya gerun. Rasa perit di tulang punggungnya masih terasa lagi.

Tangisan kecil yang kedengaran mengembalikan Tengku Reza ke dunia yang nyata.

“Kenapa ni Sayang?” Pantas saja tubuh Trista dipalingkan kearahnya dan pipi yang sudah dibasahi dengan airmata itu dikesat lembut.

“Babah … Babah … “Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Trista. Matanya sayu menatap wajah Tengku Reza yang tenang menunggunya bersuara. Terpamer riak kerisauan di wajah kacak itu.

“Kenapa dengan Babah? Cuba Sayang bawa bertenang, tarik nafas, then hembus perlahan-lahan. Come, kita duduk dulu” Perlahan tubuh Trista yang longlai dipapah duduk di atas Sofa bed di dalam bilik mereka. Trista cuba menenangkan dirinya dan nafas perlahan-lahan ditarik dan dihembus.

“Now, tell me. Kenapa dengan Babah?” Lembut soalan diajukan setelah wajah Trista sudah agak tenang.

“Babah kena admit kat Hospital. Fik bagitau yang Doktor kata kena buat pembedahan secepat mungkin. Kalau tak …” Airmata kembali bergenang di birai matanya.

Dia sudah tidak peduli untuk menangis meraung di hadapan Tengku Reza. Fikirannya sekarang hanya pada keadaan Ayahnya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara. Mujur sewaktu bapanya pengsan, adiknya Taufik sudah balik dari Sekolah. Jika tidak, tak tahulah bagaimana agaknya.

“Shuuu … Its Okay Sayang … Jangan risau. Sayang pergi bersiap, then kita terus ke IJN. Nanti apa-apa, biar Abang yang bincang dengan Doktor” Tengku Reza masih bersuara tenang. Seingatnya, Trista memang ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan Bapa Mertuanya yang sememangnya memerlukan pembedahan segera. Atas sebab itu jugalah termeterai perjanjian perkahwinan antara mereka berdua.

Trista akur. Pantas dia bersiap dan tidak sampai sejam, mereka berdua sudah di dalam kereta yang dipandu Tengku Reza menuju ke Institut Jantung Negara yang terletak di Jalan Tun Razak.

“Fik!! Babah macamana? Apa Doktor cakap? Babah dah sedar ke belum?” ternampak saja kelibat Taufik di ruang menunggu, bertubi-tubi soalan diajukan. Wajahnya yang sudah basah disimbahi air mata langsung tak dipedulikan. Tengku Reza yang berdiri di sebelahnya Trista langsung tak terkata apa lagi. Dia tahu betapa gundahnya perasaan isterinya saat itu.

“Buat masa sekarang, Doktor kata Babah stabil. Tapi …” Kata-kata Taufik terputus apabila rasa sebak memenuhi segenap ruang penafasannya. Airmatanya turut menitik. Pantas tubuh kurus tinggi lampai itu didakap Trista erat. Kedua beradik itu tenggalam dalam esakan tangis yang sayu. Tengku Reza hanya mampu menjadi pemerhati.

-----------------

“BAIK Nenda” punat merah ditekan dan wajah Trista yang masih sungul di sebelahnya ditatap.

“Nenda kirim salam. Dia cakap suruh uruskan pembedahan Babah secepat mungkin. Pasal kos rawatan tu, Sayang tak payah risau. Nenda akan tanggung semuanya” lembut bicara dituturkan. Sedih dia menatap wajah isterinya yang layu tak bermaya.

Semenjak mereka sampai pagi tadi, Trista langsung tidak menjamah apa-apa. Puas dipujuk Taufik dan Tengku Reza. Namun, dia masih begitu. Diam tak berbahasa dan hanya menggelengkan kepala apabila disuakan makanan ataupun minuman.

Mendengar mengenai kos rawatan laju dia menghampiri Tengku Reza.

“Nenda nak tanggung kos rawatan Babah?” Serba salah dia bertanya. Tiba-tiba teringat perjanjiannya dengan Tengku Reza.

“Ya Sayang. Kenapa? Ada masalah ke?” Tengku Reza sudah dapat mengagak apa yang ada difikiran Trista. Namun, dia tak boleh berkata apa-apa memandangkan Trista belum tahu mengenai ingatannya yang sudah hampir pulih itu.

“Tak … Tapi … Kita … Hmmmm …”Trista kehilangan kata-kata. Hendak ditolak, keadaan Ayahnya yang sedang kritikal membuatkannya tiada pilihan. Tapi, jika dia menerima, bukankah kelihatan seperti dia mengambil kesempatan di atas keadaan Tengku Reza sekarang ini?

“Dah. Jangan fikir banyak sangat. Sayang boleh relax sikit sekarang. Biar Abang yang uruskan semuanya dengan Doktor. Makan roti dengan air kotak tu. You wait here. Abang pergi jumpa Doktor sekarang” Dahi Trista dikucup lembut sebelum Tengku Reza berlalu menuju ke bilik Doktor. Trista hanya mampu menatap sayu.

--------------

Pembedahan Pak Halim telah dijadualkan untuk dilakukan pada bulan hadapan. Doktor perlu membuat beberapa pemeriksaan lanjut sebelum dapat menentukan jenis pembedahan bypass yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan kesihatan Pak Halim yang terkini.

Setelah 2 minggu menjaga Ayahnya di Hospital seorang diri, akhirnya Tengku Reza berjaya juga memujuk Trista untuk bergilir dengan yang lain untuk menjaga Pak Halim.

Malam itu giliran Taufik menjaga Pak Halim memandangkan cuti sekolah sudah bermula. Tania pula untuk sementara ini duduk bersama Trista.

Sesampainya di rumah, setelah menjenguk Tania di biliknya, Trista terus membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak berimamkan Tengku Reza. Semenjak Pak Halim dimasukkan ke Hospital, Tengku Reza semankin rajin mengimamkan Solat dan tanpa pengetahuan Trista, dia juga turut menyertai kelas Agama di Masjid Wilayah sekiranya berkelapangan.

Selesai solat, Trista yang sedang berdiri di balkoni sambil memicit-micit bahunya yang terasa lenguh dihampiri Tengku Reza.

“Sayang, don’t worry so much okay. Babah stabil dah kan? Dah masuk wad biasa pun. Doktor dengan Nurse pun selalu ada untuk monitor keadaan Babah sebelum pembedahan nanti” Tengku Reza bersuara sambil keduabelah tangannya sudah mendarat di atas bahu Trista dan bahu isterinya itu diurut lembut. Trista hanya membiarkan. Terasa nyaman terasa sentuhan lembut itu dibahunya.

“Tris dah takde sesiapa lagi selain Babah kat dunia ni” sayu saja Trista bersuara. Airmatanya jatuh lagi untuk kesekian kalinya. Pilu hatinya apabila memikirkan hidup tanpa seorang Ayah disisi.

Tengku Reza memalingkan tubuh Trista kearahnya. Airmata yang berjujuran jatuh dipipi isterinya itu diseka lembut. Dahi Trista dikucup penuh kasih.

“Kenapa Sayang cakap macam tu? Sayang masih ada Abang, Nenda, Taufik dengan Tania kan? Kami semua sayangkan Sayang” Tubuh Trista dirangkul ke dalam pelukannya. Trista turut membalas pelukan itu. Wajahnya disembamkan kedada bidang Tengku Reza dan esakannya kedengaran lagi. Kali ini Tengku Reza hanya membiarkan sambil mengelus rambut Trista perlahan.

Malam itu untuk pertama kalinya Trista tidur dalam pelukan Tengku Reza. Terasa diri dilindungi dan disayangi.

Malam itu juga tertunai tanggungjawab batin diantara Trista dan Tengku Reza. Segalanya berlaku dalam suasana penuh kasih sayang dan kerelaan. Tanpa ada sebarang paksaan. Untuk pertama kalinya juga Tengku Reza menerima kenyataan yang hatinya memang sudah jatuh sayang kepada isterinya itu.

---------

Setelah melalui beberapa fasa pemeriksaan, akhirnya pembedahan ke atas Pak Halim berjaya juga dilaksanakan dan genap 3 bulan selepas pembedahan, Puan Sri Mariam mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Walau sudah puas ditolak oleh Pak Halim kerana berasa terlalu banyak terhutang budi, Puan Sri Mariam tetap berkeras juga. Akhirnya Pak Halim mengalah juga.

“Tris, tolong panggilkan Rez sekejap. Ada kawannya datang nak melawat dia ni” Bahu Trista yang sedang sibuk membasuh pinggan disinki diusap lembut oleh Puan Sri Mariam. Walau sudah puas ditegah, isteri cucunya itu tetap ligat ke sana kemari membantu tugasan di dapur sehingga Puan Sri Mariam tidak mampu menegah lagi.

“Yela Nenda. Nanti Tris panggilkan ye” Trista mengesat tangannya yang basah dengan tuala pengelap di sebelah sinki sebelum berlalu ke bilik bacaan di tingkat atas dimana suaminya berada. Sejak habis bacaan doa selamat tadi, Tengku Reza telah memaklumkan padanya yang dia akan berada di bilik bacaan bersama Ebit dah Kashah kerana ada hal berkaitan kerja yang perlu dibincangkan.

“… Biar betul kau ni Rez! Takkan Tris tak tahu lagi?” Tangan yang baru hendak mengetuk pintu bilik bacaan yang sedikit terbuka terhenti serta-merta apabila terdengar namanya disebut. Hatinya tergerak untuk terus mencuri dengar.

“Aku nak tengok sejauh mana dia boleh handle perangai aku la Bro. Relax la. Nanti aku bagitau la dia” terdengar deraian tawa ketiga-tiga mereka di dalam bilik. Semankin berminat Trista hendak mendengar intipati perbualan tiga sahabat tu.

“Eh, Nenda kau dah tau ke?” Kedengaran suara Ebit mendatar setelah tawa mereka reda.

“Nenda aku dah tau. Aku bagitau semua kat dia lepas Ayah Mertua aku kena heart attack  hari tu. Mula-mula teruk juga la aku kena bebel. Tapi, bila aku explain pasal situasi Ayah Tris dan keadaan hubungan aku dengan Nelly masa tu, at last dia boleh juga terima” selamba saja kedengaran suara Tengku Reza menyahut.

“Nasib baik kau tak kena halau dengan Nenda kau weeyy! Mau kau jadi gelandangan kehormat“ Tawa mereka bertiga pecah lagi mendengar kata-kata Kashah.

“Tapi kesian la kat Tris tu. Tak baik la kau tipu dia Rez.” Kedengaran Ebit bersuara lagi.

“Ala … Aku bukan buat apa pun kat dia. Lagipun, dia juga yang untung kan. Kos rawatan Ayah dia Nenda aku dah langsaikan. Duit ganjaran dia masih tak terusik lagi. So? Nothing to lose laaa” suara Tengku Reza pula kedengaran.

“Duit tu memang la tak terusik, tapi Tris tu yang dah kau usik kan? Nanti kalau kau lepaskan dia, susah dia nak cari suami lain tau!” Berdesing telinga Trista mendengar kata-kata dari Kashah itu.

Maknanya, selama ini, ingatan Tengku Reza sudah pulih sepenuhnya?Maknanya, selama ini, dia hanya diperbodohkan???

Airmatanya sudah mula merembes keluar. Dada sudah mula sesak dengan seribu satu rasa yang tak terungkap dengan kata-kata. Ikut rasa marahnya, hendak saja bilik itu diterjah dan ketiga-tiga sahabat itu dikerjakan cukup-cukup.

Tapi dia memilih untuk berlalu dari situ. Kunci kereta dan tas tangan di dalam bilik tidurnya ditingkat yang sama segera dicapai dan perlahan-lahan dia menyusup keluar menuju kekereta Mini Cooper kuning yang dihadiahkan oleh Tengku Reza bulan lepas.

Kereta dipandu laju menuju kearah yang dia sendiri tidak pasti. Dia hanya ingin lari jauh dari komplot pembohongan yang telah dilakukan ke atasnya. Rasa diri benar-benar telah dikhianati oleh orang-orang yang dipercayainya. Jika hanya Tengku Reza sahaja tidaklah sesakit ini. Tapi, kenapa Nenda???

Disaat diri sudah mula benar-benar menerima dan menyayangi Tengku Reza sepenuh hati tiba-tiba ini pula yang terjadi. Mengapa tidak berterus terang saja padanya? Kenapa perlu menyembunyikan kenyataan yang selama ini Tengku Reza telah pulih sepenunya dan rahsia perkahwinan mereka telah diketahui Nenda? Kenapa??? Trista benar-benar kecewa.

---------

Sudah sebulan Trista menghilangkan diri. Puas Tengku Reza dan Puan Sri Mariam serta Pak Halim mencari ke sana kemari. Hendak dilaporkan kepada pihak Polis pantas ditegah Tengku Reza kerana dia yakin Trista bukan diculik kerana tas tangan dan keretanya yang turut tiada menunjukkan yang Trista menghilangkan diri atas kehendaknya. Pak Halim dan Puan Sri Mariam hanya akur.

Apa yang termampu dilakukan oleh mereka adalah mengupah penyiasat persendirian dan berdoa.

Tengku Reza sudah sebulan berada di rumah Pak Halim. Dia mahu sekiranya rumah itu yang dituju Trista, dia menjadi antara orang pertama yang menyambutnya. Dia ingin tahu kenapa Trista meninggalkan mereka secara tiba-tiba begitu.

Badan yang terasa amat lelah dihempaskan ke atas sofa empuk diruangan tamu Puan Sri Mariam. Selepas kenduri doa selamat yang berlangsung sebulan yang lepas, ini pertama kali Tengku Reza menjejak kaki ke rumah Nendanya.

“Tak ada apa-apa berita lagi ke Rez” Wajah sungul Puan Sri Mariam ditatap sayu. Dia tahu Nendanya itu sudah sangat mengasihi dan merindui isterinya. Dia mengeleng lemah.

“Nenda tak faham apa yang dah jadi. Kali terakhir Nenda jumpa Tris, elok je dia. Masa Nenda suruh panggilkan Rez malam tu pun mukanya takde tunjuk apa-apa tanda yang dia merajuk ke apa” Puan Sri Mariam bersuara lagi. Masih tidak faham mengapa Trista tiba-tiba boleh menghilangkan diri.

Mendengar ayat  terakhir Nendanya, pantas saja tubuhnya tegak sembilan puluh darjah.

“Apa Nenda cakap tadi? Nenda suruh Tris panggil Rez? Bila? Malam tu ke?” Wajah Nendanya ditatap dengan pandangan yang agak terkejut. Berkerut dahi Puan Sri Mariam melihat reaksi Tengku Reza itu.

“Yela … Nenda suruh dia panggil Rez, tapi tengok-tengok dengan dia-dia sekali tak muncul dah lepas tu”  mendengar jawapan Puan Sri Mariam, terus tertera riak kecewanya.

“Kenapa Rez? Ada apa-apa jadi ke masa Tris panggilkan Rez malam tu?” Puan Sri Mariam masih tak mengerti.Lagi-lagi melihat kekeruhan diwajah Tengku Reza yang agak tidak terurus dengan jambang yang mula tumbuh.

“Kenapa Nenda tak cerita benda ni kat Rez sebelum ni?” wajah keliru Nendanya ditatap.

“Nenda pun tak ingat Rez. Ni baru Nenda teringat. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke malam tu?” Puan Sri Mariam menyoal semula.

“Nenda … I think I know why Tris run away” perlahan dia bersuara. Wajahnya diraup lemah. Rambutnya yang sudah mula panjang diseka ke belakang.

Teringatkan perbualan antaranya dengan Ebit dan Kashah malam itu, dia yakin yang Trista mendengarnya. Tapi mengapa dia harus lari? Mengapa tidak diserangnya saja mereka bertiga? Dia lebih rela begitu daripada ditinggalkan Trista dengan cara begini.

Baru saja Puan Sri Mariam hendak bersuara kedengaran bunyi telefon Tengku Reza berlagu minta diangkat.

Melihat nama yang tertera diskrin telefonnya, pantas saja punat hijau ditekan.

“Assalalammualaikum Bah”
“Kat rumah Nenda”
“Yeke Bah?!”
“ Dia okay ke Bah? Sihat?”
“Yela … saya datang sekarang”

“Kenapa Rez? Tris dah balik ke?” tanpa menunggu lama, Puan Sri Mariam terus menyoal sebaik saja Tengku Reza menamatkan perbualan telefonnya.

“Alhamdulillah Nenda. Babah cakap Tris dah balik ke rumah. Sekarang ni dia tengah tidur. Rez kena gerak sebelum dia jaga. Nanti dia tau Rez nak datang dia lari lagi pula. Nanti bila semua dah selesai, Rez cerita dengan Nenda ye” Kedua belah pipi Puan Sri Mariam dikucup sebelum dia berlalu pergi.

Tiba di rumah Pak Halim, setelah bersalaman dan mendengar cerita ringkas dari Bapa Mertuanya itu Tengku Reza terus menuju ke bilik Trista. Mujur pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan pintu dibuka dan ditutup semula. Langkah diatur perlahan menuju ke katil. Wajah Trista yang nampak keletihan ditatap penuh kerinduan.

Dengan penuh hati-hati dia melabuhkan punggung dibirai katil. Pipi yang agak cengkung itu diusap penuh kasih.

Trista yang merasa pipinya disentuh perlahan-lahan membuka matanya. Terus tegak badannya  apabila terpandang Tengku Reza di hadapan matanya.

“Awak …. Awak buat apa kat sini?” Lemah dia menyoal. Sebulan membawa hati yang terluka membuatkan marahnya sudah agak reda. Dia balik ini pun untuk mendapatkan penjelasan daripada mulut Tengku Reza sendiri. Dia mahu menyelesaikan apa juga kekusutan yang berlaku antara mereka.

“Sayang sihat? Sayang kemana sebulan ni? Bagai nak gila tau kami cari Sayang. Abang, Nenda, Babah, Fik dengan Nia  rindu sangat dengan Sayang tau” Tengku Reza menyahut soalan Trista dengan soalan. Nada suaranya lembut. Dia tak mahu terlalu menekan isterinya itu.

Trista menjarakkan sedikit kedudukannya dari Tengku Reza.

“Tris kecewa” ringkas jawapannya. Trista menundukkan wajah sambil bermain dengan cincin dijari manisnya. Walaupun dia sangat marah dengan Tengku Reza, tak tahu mengapa hatinya tidak tega untuk menanggalkan cincin pernikahan mereka itu.

Tengku Reza tersenyum melihat cincin nikah pemberiannya masih tersarung di jari manis Trista. Dia yakin yang marah Trista masih boleh dipujuk.

“Sayang …” Tengku Reza merapatkan duduknya dengan Trista. Dia kini duduk bersila berhadapan dengan isterinya itu. Kedua belah tangan Trista dicapai dan dikucup lembut. Trista hanya diam tanpa reaksi.

“Abang tahu Tris dengar apa yang Abang, Ebit dengan Kashah sembangkan malam tu kan? Sebab tu Sayang lari dari rumah. Kan?” Tengku Reza terus menebak. Ya. Dia yakin itulah sebabnya mengapa Trista melarikan diri. Mungkin merasa dirinya sudah tertipu.

Trista masih diam. Matanya masih memandang ke bawah.

“Abang takde niat pun nak tipu Sayang. Abang buat semua tu sebab nak pastikan samada Tris betul-betul sayangkan Abang ke tak” Tengku Reza menyambung lagi.

“Abang buat Tris macam orang bodoh. Nenda pun sama” masih ada rajuk dalam nada suaranya. Titis airmata yang mula jatuh pantas diseka oleh Tengku Reza. Tubuh Tris dirangkul erat ke dalam dakapannya. Dia menghela nafas dalam.

“Abang takut Tris. Abang takut kalau Abang terus terang, Tris akan desak Abang untuk teruskan dengan perjanjian kita. Abang tak sanggup kehilangan Tris. Abang cintakan Tris” Temgku Reza berbisik perlahan ketelinga Trista membuatkan esakan tangis isterinya itu semankin kuat kedengaran.

Tengku Reza tersenyum apabila terasa pelukannya dibalas. Kini dia yakin yang Trista juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Setelah beberapa minit menangis didada bidang suaminya, Trista meleraikan pelukan antara mereka. Airmatanya diseka lembut oleh Tengku Reza. Mereka sama-sama tersenyum.

“Promise me, lepas ni Abang takkan tipu Tris lagi” Trista menuntut janji dari Tengku Reza.

“Promise. Lepas ni, semua pun Abang akan bagitau Sayang. No matter how small the matter is” Tengku Reza membuat gaya tabik membuatkan Trista tergelak kecil.

Mereka kembali berdakapan. Masing-masing lega kerana segala yang tersimpul akhirnya terlerai antara mereka.

Tidak perlu terlalu banyak drama sekiranya hati sudah boleh ikhlas menerima dan memaafkan seadanya.

Untuk apa merumitkan perkara yang boleh diselesaikan hanya dengan memohon dan memberi kemaafan. Hidup sudah terlalu sukar. Usah membuatkannya lebih sukar dengan dendam dan prejudis. Betul tak? Tepuk dada, Tanya Iman.

TAMAT


************************************************************************

Alhamdulillah .... Akhirnya selesai juga CERPAN saya ni ... Alhamdulillah ...

Semoga berpuas hati dengan penamatnya. Sekiranya mengecewakan, maafkan saya dan saya akan cuba dengan lebih baik di masa akan datang ye ..

Thanks for reading!!

See you in my next Entry! InsyaAllah ...

P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(

XoXo
-AdiaLuze- 
 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template