Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, September 19, 2019

GADIS CENGENG : BAB 11


KARUT! Memang karut. Karut yang mengalahkan cerita dongeng Cinderella dan Snow White. Ammara rasa kepalanya macam dah nak meletup. Ikutkan hati, memang dah lama perempuan yang pakai tak cukup kain di hadapannya itu dikerjakannya.

Patah terus seleranya untuk menjamah makanan yang terhidang di hadapannya. Wajah yang sudah kemerahan di hadapannya itu ditatap tajam. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah. Dia cuba menenangkan hatinya. Bimbang jika kalenjar Lakrimalnya menjadi aktif.

“Hei!! Aku cakap dengan kau la pompuan!!! Kau dah pekak ke apa hah??” Sekali lagi herdikan itu kedengaran. Malunya Ammara pada pengunjung restoran yang sedang menyaksikan drama yang sedang ditayangkan secara live itu. Terasa pijar wajahnya menahan rasa.

“Cik Suraya, kenapa kena tengking-tengking ni. Kalau ye pun, takkan tak boleh nak bincang elok-elok?” Bergetar suara Ammara cuba mengawal sabarnya yang semankin nipis rasanya.

Perempuan bernama Suraya a.k.a ex-PA Imtiyaz mendengus kasar sambil bercekak pinggang memandang kearah Ammara dengan wajah yang menyinga.

“Aaah!! Aku bukan datang sini nak cakap baik-baik dengan kau! Aku nak tahu apa hubungan kau dengan Im?? Kenapa dia sanggup pecat aku semata-mata nak jadikan kau PA dia hah??” Mencerlung pandangan Suraya pada Ammara.

Entah kenapa, Ammara boleh menyunggingkan senyuman yang dilihat Suraya amat sinis sekali.

“Aku dah agak dah! Kau ni nampak je macam budak baik kan?? Tapi, kau rupanya lebih murah dari yang diaorang sangka! What a bitch!!” Menderu darah Ammara naik ke kepala. Berdengung telinganya mendengar cacian dari Suraya. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Tanpa berfikir panjang, pipi Suraya sudah dijamah penangan tamparan Ammara. Agak kuat sehinggakan Suraya nyaris jatuh tersembam. Mujur dia sempat berpaut pada kerusi. Dia pantas memanah pandang pada Ammara dengan tangan mengusap pipinya yang sudah berbirat kemerahan.

“Kalau nak bercakap tu lainkali fikir guna otak!” Jari telunjuk Ammara ditekan ke bahagian tepi dahinya beberapa kali.

“Setakat Ex Bos awak tu, saya tak hingin la!! Kalau saya nak, yang lagi kacak dan lagi kaya dari dia saya boleh dapat! Tak perlu saya nak merendahkan maruah saya semata-semata untuk lelaki macam tu!” Ammara sudah tidak peduli pada pandangan-pandangan beserta bisikan sinis disekeliling mereka. Suraya perlu diajar. Jangan disangka hanya kerana dia bertudung dia akan berdiam apabila maruahnya dipijak-pijak begitu.

“Kurang ajar!!”

Belum sempat Ammara mengelak, dia sudah basah disiram Suraya dengan gelas berisi air oren yang ada di atas mejanya.

Ammara mengetap bibir kuat. Dia menyapu wajahnya perlahan.

“Kau jangan nak berlakon ye! Kalau kau tak mengaku tak apa. Tapi, jangan bagi aku nampak kau berkepit dengan Im depan mata aku. Kalau tak, nahaslah kau aku kerjakan!
Suraya mengugut sebelum dia berlalu meninggalkan Ammara yang sudah bermandikan air oren.

Aaarrrgggghhhhh!!!!! Ammara bengang. Tanpa menunggu lama, dia mencapai dompet dan telefonnya lalu terus berlalu naik ke pejabatnya di tingkat 18.

Mujur sekarang masih dalam waktu rehat jadi tiada sesiapa pun berada di pejabat. Ammara terus bergegas menuju ke bilik air.

Tudung yang sudah bertompok-tompok dek kerana simbahan air bergula ditanggalkan. Baju kemeja yang turut sama terkena dibuka. Nasib baik hari ini dia terdetik untuk memakai singlet. Tak adalah dia terpaksa berbaju dalam saja. Dengan mulut yang masih membebel geram dia mencuci kawasan yang terkena air oren di tudung dan bajunya.

Mujur air oren tadi tinggal separuh saja isinya. Jika tidak , memang sah-sah dia kena balik dan menukar baju di rumah.

Setelah mengeringkan baju dan tudungnya dengan alat pengering tangan yang ada di situ, dia menyarungkan semua ketubuhnya. Hatinya masih lagi sakit terkenangkan perbuatan Suraya tadi.

“Macamana perempuan gila tu boleh tahu aku jadi PA si lelaki kerek tu? “ Tiba-tiba terlintas persoalan itu dikepala otaknya. Bukankah dia menjadi PA Imtiyaz selepas Suraya dipecat? Persoalan mengenai perkara yang sama berlegar-legar dalam kepala otaknya.

“Ha Ammara. Nasib baik awak ada. Masuk bilik saya sekejap. Bawa sekali tender untuk Projek kat Seremban” terkedu Ammara dibuatnya apabila sebaik sahaja menapak keluar dari tandas, suara arahan Imtiyaz terus kedengaran. Baru saja dia berkira-kira hendak membancuh air Nescafe dan dimakan dengan biskut weatmeal di pantri. ‘Potong wap betullah dia ni! Iskkk’ Ammara memprotes dalam hati namun kepala sudah terangguk-angguk pada Imtiyaz yang terus berlalu ke pejabatnya.

Fail berkulit keras yang tertulis Projek Seremban01 di dalam kabinet segera dicapai sebelum dia menapak ke dalam pejabat Imtiyaz.

Slide pasal perbentangan projek ni awak dah siapkan ke?” Tanpa menunggu lama, Imtiyaz terus mengajukan pertanyaan pada Ammara yang baru hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi.

Slide? Err … Ada sikit lagi Encik Imtiyaz. Petang ni sebelum balik saya siapkan” terkejut juga Ammara apabila disoal sepantas itu. Mujur dia memang pakar dalam mengawal emosi terkejut dalam dirinya. Jika tidak, memang melayanglah fail yang berada di atas pehanya saat itu terus kekepala Bosnya.

“Bagus. Esok awak ikut saya ke Seremban. Pukul 8 pagi saya nak awak tunggu kat pondok Pak Guard bawah. Jangan lupa bawa semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek ni” Imtiyaz memberi arahan sambil mata dan jari-jemarinya tertumpu pada komputer riba di hadapannya.

Ammara tekun mendengar sambil mencatat sesuatu ke dalam buku notanya agar dia ingat dokumen-dokumen yang perlu dibawanya esok.

“Ok. Itu saja. Awak boleh keluar” sebaik sahaja arahan diberikan, tanpa membuang masa, Ammara terus melangkah keluar. Dalam kepala sudah mula terfikir mengenai slide yang perlu disiapkan untuk pembentangan esok.

Rasanya baru separuh saja kerja itu diselesaikannya. Fikirnya, apabila Imtiyaz memberitahunya sebelum ini yang ianya perlu disiapkan hari ini juga, Imtiyaz sekadar ingin mengenakannya. Almaklumlah. Ini bukan kali pertama dia dibuli sebegitu oleh Imtiyaz. Sudah acapkali semenjak hampir sebulan dia bekerja di situ. Ammara mengeluh kesal kerana sengaja melengahkan kerja.

Sebelum memulakan kerja, dia berlalu ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat zuhur memandangkan waktu pun sudah menunjukkan hampir ke pukul 2 petang.

“Hai Ara. Sibuk ke?” Teguran lembut dari Haikal menganggu tumpuan Ammara yang sedang asyik memeriksa kerja yang sedang disiapkannya. Dia mendongakkan kepala dan senyuman meleret dari Haikal menyapa pandangan matanya.

“Taklah. Saja je ni buat-buat sibuk” Ammara tersenyum segaris sebelum meneruskan semula kerja yang tergendala. Haikal tergelak sedikit sebelum mengambil tempat duduk di hadapan Ammara. Wajah ditongkatkan di atas meja sambil memerhati Ammara penuh minat.

“Awak tak ada kerja ke Karl?” Ammara bertanya dengan tujuan memerli namun tak terkesan langsung pada Haikal yang masih tersenyum sambil masih ralit memerhati setiap gerak-gerinya. Naik rimas Ammara dibuatnya.

“Encik Imtiyaz” Ammara pantas bangkit dari duduknya sambil memandang tepat kearah pintu bilik Imtiyaz. Kelam-kabut Haikal dibuatnya. Dia turut sama bangun dengan berdiri tegak gaya orang berkawad dalam kedudukan baris sedia.

Ammara tidak mampu menahan gelak apabila melihat wajah cuak Haikal yang pucat tak berdarah. Terburai tawanya sehingga Haikal terpinga-pinga sendiri. Dia memandang kearah pintu bilik Imtiyaz yang tertutup rapat. Dia mengetap bibir apabila menyedari yang Ammara sudah mengenakannya.

“Pandai awak ye. Awak tahu saya ni kecut dengan Encik Im, awak gunakan nama dia nak gertak saya yee” Haikal bercekak pinggang pura-pura marah pada Ammara yang sudah merah padam mukanya kerana mentertawakannya.

“Saya gurau je la. Awak la. Saya tengah buat kerja, kenapa kacau?” Bersama tawa yang masih bersisa, Ammara meneruskan kerjanya. Slide yang hampir siap perlu diperiksa betul-betul agar tiada cacat-celanya apabila dibentangkan di hadapan client esok.

“Sebab awak ni cute sangat. I cannot control myself” Ammara mencemik apabila mendengar ayat mengurat tak menjadi dari Haikal yang kembali kepada posisi asalnya iaitu duduk menongkat dagu memandang kearah Ammara dengan senyuman meleret.

“Bila awak nak belanja saya makan ni Ara? Dah berapa minggu tau saya tunggu” lembut suara Haikal merayu. Langsung tidak meninggalkan kesan kepada Ammara yang masih tayang muka selamba sambil asyik meneruskan kerjanya.

“Saya nak belanja awak nasi lemak, awak tak mahu kan? So, bukan salah saya lah ye” wajah Haikal dipandang sekilas. Hensem. Tapi sayang … Perangai langsung tak boleh nak dibuat calon suami. komen Ammara dalam hati.

“Saya hairanlah” kata-kata Haikal yang sudah berubah nada itu menarik perhatian Ammara. “Hairan apa?” Pantas dia bertanya. Haikal tersengih.

“Macamana lah Encik Im boleh ambil awak jadi PA dia. Kalau nak bandingkan awak dengan bekas PA-PA dia, memang jauh panggang dari api lah. Ke … Awak dengan Encik Im ni ada apa-apa sebenarnya … Hurmmm??” Kening Haikal sudah terjongket-jongket nakal. Senyuman senget dihadiahkan untuk Ammara yang wajahnya sudah berkerut seribu.

“Banyaklah awak punya ‘apa-apa’ tu. Tolong sikit ye. Saya tak mainlah guna kabel kalau nak dapatkan kerja. Saya ada kudrat yang dianugerahkan Allah yang boleh saya gunakan” Ammara membidas kata-kata Haikal tegas. Dia tahulah yang dia tak seseksi Suraya. Tapi, tak perlulah menuduh dia begitu.

Hangin betul dia apabila dituduh sebegitu. Walaupun niat Haikal sekadar untuk bergurau. Kalau betullah dia memang jenis begitu, sudah lama dia menggunakan pengaruh Abangnya sebagai Pegawai Kerajaan untuk memperoleh kerja di mana-mana Badan Kerajaan. Malah, jika dia mahu, Papanya juga boleh dengan mudah mendapatkannya kerja di Universiti tempatnya mengajar. Tapi, hakikatnya, Ammara Saffiya bukanlah begitu. Dia lebih suka berusaha dengan kelulusan dan bakat yang dia ada. Walaupun terpaksa bermula dari bawah sekalipun.

“Wo, Wo … Relaxlah Ara. Saya gurau je la. Lagipun saya faham benar taste Encik Im tu macamana” Haikal sedikit kecut melihat perubahan wajah Ammara yang sudah masam mencuka. Tidak sangka gurauannya diambil sebegitu serius oleh gadis itu.

“Oo yeke Haikal? Macamana agaknya taste saya tu ye?”

Terkedu Haikal apabila suara Imtiyaz tiba-tiba berkumandang betul-betul dari arah belakangnya. Ammara sendiri tidak sedar sejak bila lelaki itu berada di situ.

“Err … Err … Alamak. Ada satu PO la saya belum buat. Saya sambung kerja dululah ye Ara. Saya minta diri dulu Encik Im” mencicit Haikal melarikan diri sambil menghadiahkan senyuman kalut pada Imtiyaz yang berpeluk tubuh memandang kearahnya dengan wajah serius.

Ammara menarik nafas lega apabila Haikal berlalu. Sekali lagi, Imtiyaz menyelamatkannya dari diganggu oleh anasir-anasir yang boleh mengubah moodnya.

“Jangan layan sangat budak Haikal tu. Girlfriend keliling pinggang” tangannya yang sedang ligat menggerakkan tetikus terhenti apabila mendengar sepotong ayat Imtiyaz sebelum dia kembali ke dalam biliknya semula. Pintu bilik yang sudah kembali terkatup rapat dikerling sekilas.

“Eleh … Kata dulang paku serpih“ Ammara  mencebik. Lucu apabila kata-kata nasihat itu keluar dari mulut lelaki kasanova seperti Imtiyaz. Dia tersenyum mengejek sambil mengeleng-gelengkan kepala sebelum menumpukan kembali perhatian pada kerjanya.

Yess!! Akhirnya siap jugak!” Ammara bersorak gembira sambil meregangkan segala otot-otot dan saraf-saraf dalam tubuhnya yang terasa tegang dek kerana duduk tegak sedari tadi sambil menetap skrin komputer tanpa henti.

Jam tangan ditatap. Wah! Dah pukul 6 ke??? Bulat mata Ammara dibuatnya. Sudahlah dia belum lagi menunaikan solat Asar. Terkocoh-kocoh dia mensavekan hasil kerjanya ke dalam pendrive dan berkemas apa yang perlu dibawa esok. Seluruh pejabat sudah senyap sunyi sejak pukul 5.30 petang tadi. Semua lampu sudah dimatikan kecuali di tempat Ammara sahaja yang masih terang benderang.

Selesai berkemas dan bersedia untuk beredar, Ammara sempat mengerling ke bilik Bosnya dan daripada biasan lampu, dia pasti yang Imtiyaz masih belum balik. Dia berkira-kira samada perlu atau tidak untuk dia memberitahu Imtiyaz yang dia sudah mahu pulang. Dulu semasa dia berjawatan Admin Exec, mungkin tak perlu. Tapi, sekarang ni kan dia memang berkerja secara langsung di bawah seliaan Imtiyaz? Maka sebagai Personal Assistant, perlulah dia memberitahu Bosnya apabila dia hendak pulang lebih awal dari Bosnya kan? Ammara masih bertambah, tolak, darab dan bahagi dalam hati.

Ah! Bagitau je la Ara! Apa yang kau susah sangat ni ha??

Pintu bilik Imtiyaz diketuk. Senyap. Tiada jawapan. Ammara mengetuk lagi. Masih senyap tiada tindakbalas. Akhirnya, apabila tangan sudah lenguh mengetuk, tombol pintu terus dipulas perlahan-lahan dan kepala dijongolkan dulu bagi melihat kelibat Imtiyaz.

Berkerut dahi Ammara apabila dilihatnya Imtiyaz sedang berbaring di atas sofa dengan mata terpejam dan sebelah tangannya diletakkan di atas dahi. Dengan penuh berhati-hati dia mengatur langkah mendekati lelaki itu.

Wajah tenang Imtiyaz yang nampak sungguh nyenyak tiur ditatap lama. Dari kening, mata, hidung hingga bawa ke seulas bibirnya yang seksi. Puas Ammara menjelajah keserata raut wajah tampan itu.Memang jenis tampan kelas 1. Ammara memuji dalam hati. Memang patutlah dia mempunyai teman wanita keliling pinggang. Dengan wajah setampan itu, silap haribulan, Mak Toknya di kampung pun boleh terpikat. Ammara tersenyum sendiri. Mujurlah dia bukan jenis yang senang goyah. Jika tidak, pasti dia akan meroyan macam Suraya. Hisshh! Minta selisih la! Berdiri bulu roma Ammara memikirkan kemungkinan seperti itu. Tak rela dia hendak bermadu dalam bercinta!

“Ammara?”

Terbeliak matanya apabila Imtiyaz membuka mata dan pandangannya tepat memanah kearahnya. Macamanalah dia boleh jadi terlalu alpa membelek wajah lelaki itu sehingga boleh kantoi dengan yang empunya diri? Malunya!! Ammara rasa macam nak menyorok bawah sofa saja saat itu. Terasa kulit mukanya sudah menebal beberapa inci.

            “Awak buat apa kat sini?” Imtiyaz bangkit dari tidurnya dan tangan meraup-raup wajah yang masih jelas masih nampak mengantuk. Rambutnya yang agak kusut-masai dirapikan dengan tangan.

“Hoi perempuan!!!”

Baru saja Ammara hendak membuka mulut, jeritan suara wanita yang tiba-tiba bergema membantutkan terus niatnya. Dengan muka terkejut dia menala pandang kearah muka pintu. Rasa hendak tercabut jantungnya apabila tertangkap pandangan mata Suraya yang sudah menyinga sambil bercekak pinggang mencerlung kearahnya tajam. Masa inilah dia rasa macam nak pinjam alat-alat canggih dari poket Doraemon yang boleh buat dia hilang dari situ.

“Pandai kan kau! Depan aku dengan semua orang, kau berlakon macam takda hati dekat Im. Tapi, kat belakang semua orang, terus kau mengelitis kan? Dasar betina gatal!!” Suraya yang sudah datang dekat menolak kasar bahu Ammara sehingga tubuh langsingnya terdorong sedikit ke belakang. Mujur fail-fail di tangannya dipeluk erat kedada. Jika tidak, pasti sudah berterabur di atas lantai.

            “Apa you buat ni Su? Tolonglah jangan jadi bodoh macam ni” Imtiyaz yang tidak sanggup melihat adegan jadi lebih ganas lagi akhirnya bersuara dan dia segera berdiri diantara dua gadis itu. Hilang terus rasa mengantuknya tadi.

            “Im … Sampai hati you pecat I sebab betina ni kan” Suraya memaut lengan Imtiyaz sambil merengek manja. Menyampah Ammara melihatnya. Sudahlah sesedap maggi saja dia memanggilnya ‘betina’. Apa dia ingat aku ni sejenis binatang ke? Ammara semakin bengang.

            Enough Su! I think I have made myself cleared!! Between us, it’s already OVER! O.V.E.R … OVER!!” Kasar lengannya ditarik dari pegangan Suraya. Berubah terus wajah itu apabila dperlakukan begitu.

            “Ni mesti sebab budak hingusan ni kan??!! Sebelum dia datang, kita ok je. Tapi, lepas dia muncul je, you terus jadi macamni!!” Suraya sudah mula bersuara lantang semula. Ammara yang mempamerkan wajah tak bersalah direnung tajam. Macam Singa hendak membaham mangsanya saja lagaknya.

Ammara tayang muka bengang apabila tuduhan demi tuduhan dilemparkan padanya. Semankin dia diam, semankin rancak pula Suraya memburukkannya. Gambaran yang diberikan seolah-olah Ammaralah yang menjadi punca Imtiyaz meninggalkannya. Walhal bukan dia seorang saja wanita yang ada dalam koleksi lelaki bernama Syed Imtiyaz Omar itu. Ramai! Cukup ramai sehingga boleh buat satu pasukan bola sepak! Ammara masih cuba untuk bersabar.

            “Dahlah Su. Baliklah. I malas nak layan semua drama-drama you ni. I dah letih tau tak? Letih” Suara Imtiyaz kali ini sudah tidak setinggi tadi.Dia amat berharap yang Suraya dapat menerima hakikat yang dia bukan saja sudah tidak lagi diperlukan di Muz Holding malah juga oleh diri Imtiyaz sendiri.

            “Hoi perempuan! Apa yang kau dah bomohkan si Im ni ha??!! Sampai dia sanggup tinggalkan aku!!” Dalam pada dihadang Imtiyaz, masih sempat lagi tangannya menonjol kepala Ammara. Berdesing telinga Ammara jadinya. Suhu marahnya sudah hampir mencecah ke paras bahaya.
Fail-Fail yang berada ditangannya sudah diletakkan di atas sofa sekali dengan beg tangannnya. Dia sudah nekad mahu mengerjakan Suraya. Biar tahu berlapik sikit bila hendak mengata orang tu.

            “Okay! So what if I love her? You tak ada hak pun nak halang dengan siapa yang patut I jatuh cinta kan?”

Automatik Ammara terus berubah menjadi beku dan kaku ibarat baru terkena sumpahan oleh Mak Si Tanggang. Terkebil-kebil matanya memandang kearah Imtiyaz. Begitu juga Suraya. Terlopong dia mendengar pengakuan berani mati yang keluar dari mulut pewaris Muz Holding itu.

What? Are you out of your mind Im??? Tolonglah. I rasa you ni dah hilang akal agaknya. You cakap you cintakan budak hingusan ni?? Come on lah Im. I know your taste better” Suraya pura-pura tertawa sambil memandang Ammara dengan pandangan mengejek. Kalau Ammara yang mengatakan 3 perkataan keramat itu, pasti Suraya tiada masalah untuk mempercayainya. Tapi, bila barisan ayat itu keluar dari mulut Imtiyaz, agak payah bagi dia untuk mencerna. Bersama dengannya dulu pun, tidak pernah sekalipun kalimah keramat itu dilafazkan oleh Imtiyaz. Tapi, mengapa untuk Ammara semudah itu saja perkataan ‘I love you’ itu meluncur keluar dari bibir merahnya??

Ammara masih tercengang. Dia salah dengar ke atau Imtiyaz yang tersalah cakap? Dia cuba menepuk pipinya berulang kali. Sakit. Jadi, sahlah dia bukan bermimpi. Kalau Imtiyaz sekadar mengatakan apa yang telinganya dengar tadi untuk menghalang Suraya dari terus menganggunya, memang melampau! Ah parah! Lepas ni memang sah-sah dia kena pasang Bodyguard. Tak pasal nanti dia jadi mangsa simbahan asid dek kerana bermotifkan cemburu. Sampai begitu jauh sekali fikiran Ammara menerawang.

“Im … I’m sure she is just your one time fling kan? Nothing serious right?” Suara garang Suraya sudah bertukar nada. Kali ini lebih mendayu-dayu dari tadi. Imtiyaz menayangkan muka bosan.

Ah sudah! Jangan dia cakap dia nak kahwin dengan aku sudah! Mahu kat sini juga aku pengsan nanti! Berdebar dada Ammara menunggu Imtiyaz menjawab pertanyaan Suraya.

“Yup! I’m serious and I want to marry her!”

Aduh pengsan! Ammara rasa pandangannya berpusing-pusing laju macam puting beliung. Pandangannya jadi kelam dan terus padam. Jeritan Imtiyaz memanggil namanya merupakan suara terakhir yang dapat ditangkap oleh gegendang telinganya sebelum semuanya jadi sunyi-sepi.

GADIS CENGENG : BAB 10


PAGI itu, semasa sedang bersiap ke tempat kerja, baru Ammara teringat akan keretanya yang masih di tempat kerja. Malam tadi sewaktu Ammar menjemputnya, bermacam jenis soalan diajukan apabila melihat dia keluar dari perut kereta Harrier milik Imtiyaz sehingga dia lupa untuk meminta tolong Abangnya itu supaya menghantarnya ke tempat kerja pagi itu. Bila dia teringat tentang keretanya yang rosak, jam sudah menghampiri ke pukul tujuh pagi dan Ammar pula sudah berangkat ke tempat kerjanya. Awal Abangnya ketempat kerja hari itu. Mungkin ada mesyuarat penting. Telah Ammara dalam hati.

            Malam tadi, sepanjang perjalanan pulang, tak henti-henti Ammar bertanyakan mengenai Imtiyaz walaupun lelaki itu dengan penuh gentlemennya telah berjumpa sendiri dengan Abangnya itu dan memberitahu mengenai keretanya yang rosak bagi pihaknya tanpa dipinta.

            Ammar seakan-akan tidak percaya apabila Ammara memberitahu yang Imtiyaz itu adalah Bosnya. Tak henti-henti dia mengusiknya dengan mengatakan yang mungkin Imtiyaz ada hati padanya sehingga sanggup menghantarnya pulang walhal dia baru saja bekerja di situ. Malas Ammara hendak melayan. Kalaulah Ammar tahu betapa ramainya koleksi teman wanita yang dimiliki Imtiyaz, pasti dia akan menyesal kerana cuba mengkenenkan adiknya dengan si buaya darat itu.

            Nak tak nak, terpaksalah dia menaiki kenderaan awam hari itu. Selesai berdandan seadanya, dia terus terkocoh-kocoh hendak keluar dari rumah. Bimbang sekiranya tertinggal bas.

            Dek kerana terlalu kelam kelibut, tanpa disengajakan dia telah tersalah langkah sewaktu berada di anak tangga paling bawah. Melayang tubuhnya yang tinggi lampai dibuatnya. Langsung tak sempat hendak berpaut pada apa-apa. Matanya dipejamkan apabila tubuhnya hampir mencecah lantai. Bersedia untuk merasai impak yang akan diterima tulang temulangnya apabila jatuh terlentang sebegitu.

Tapi, pelik. Terasa seperti tubuhnya terhenti sebelum sempat mencium lantai. Ada tangan yang utuh memeluk pinggangnya saat itu. Perlahan-lahan dia membuka mata dan alangkah terkejutnya dia apabila wajah Fath yang sedang tersenyum manis terpempan di hadapannya. Untuk seketika dia terpana dengan wajah tampan yang pernah dipujanya dulu.

Ammara seorang terkena kejutan elektrik apabila tangan Fath mengelus lembut pipinya. Pantas tangan itu ditepis kasar. Tubuh yang berada dalam dakapan lelaki itu dirungkaikan. Dia mendengus kuat. Geram dengan diri sendiri kerana semudah itu leka dengan panahan mata redup Fath.

SorSorry. I didn’t mean …” tanpa menunggu Fath menghabiskan ayatnya, Ammara mencapai beg tangan yang sudah terdampar di atas lantai dan terus bergegas keluar. Mukanya sudah memerah menahan rasa malu dan marah yang bercampur-baur.

Niatnya untuk menaiki bas dibatalkan dan teksi pertama yang berhenti apabila ditahan dinaiki Ammara tanpa menoleh ke belakang. Dari ekor matanya, dia pasti yang Fath mengekor langkahnya hingga ke pintu rumah.

Di dalam teksi, airmata sudah merembes keluar tanpa dapat ditahan. Segala kata-kata hinaan yang pernah diucapkan Fath suatu ketika dulu terimbau di dalam kotak fikirannya satu persatu. Untuk kesekian kali, hatinya terluka lagi.

Perkara pertama dia lakukan pagi itu apabila sampai di perkarangan Muz Holding adalah menelefon mekanik untuk datang ke situ untuk memeriksa apa yang tak kena dengan Myvi kesayangannya. Puas dia mencari nombor mekanik di sekitar tempat kerjanya dengan bantuan Encik Google di iPhonenya. Mujur ada bengkel yang budah beroperasi seawal jam 7.30 pagi.

Pukul 8.15 pagi, mekanik yang ditunggu tiba jua dan hanya dengan sekali pandang, mekanik berbangsa Cina tersebut memberitahu yang Bateri keretanya sudah kong. Kebetulan, mekanik yang bernama Ah Wong itu menyimpan beberapa stok bateri di dalam keretanya. Maka selepas menukar bateri akhirnya kereta Ammara berjaya dihidupkan. Gembira bukan main dia. Beberapa not berwarna ungu bertukar tangan.

Tepat jam 8.30 pagi Ammara sudah berapa di tingkat 18. Sempat dia menjenguk ke dalam bilik Imtiyaz dan menarik nafas lega apabila bilik tersebut masih gelap-gelita menandakan yang Bosnya belum tiba. Maka bermulalah hari pertamanya sebagai Personal Assistant dan merangkap juga sebagai  Admin Exec. Jawatan utama yang masih disandangnya.

Tertekannya jiwa dan perasaan gadis bernama Ammara Saffiya hari itu. Satu-satunya hari yang dirasakan paling lambat masa berlalu. Bermula dengan adegan tak berapa romantis antaranya dengan Fath pagi tadi, hinggalah ke saat ini. Sekejap-sekejap dia melirik kearah jam dipergelangan tangan kanannya dan setiap kali itu jugalah dia mengeluh halus.

Kring! Kring!

Telefon yang sudah lebih sepuluh kali berbunyi hari ini membuatkan  jiwa Ammara bertambah kacau. Wajahnya ditekupkan kemeja.

Kringgg! Kringgg!!

Dalam gerak malas Ammara terpaksa juga mengangkat telefon yang masih menjerit minta diangkat.

“Selamat Pagi. Pejabat Encik Imtiyaz” dengan rasa dedikasi yang masih ada, Ammara menjawab panggilan telefon dalam nada yang paling lembut.

Pass me to Imtiyaz” tegang kedengaran suara si pemanggil. Ammara yakin, ini bukan kali pertama pemanggil ini menelefon untuk hari ini. Dia sudah kenal benar dengan lenggok gayanya. Ini tak lain dan tak bukan, pasti Suraya. Bekas PA Imtiyaz.

“Maaf Cik. Encik Imtiyaz dalam bilik meeting. Dia masih belum keluar” untuk kesekian kali jugalah jawapan itu diberikan. Bukan dia sengaja hendak menipu. Tapi itu adalah arahan dari Imtiyaz yang menegaskan bahawa dia tidak mahu diganggu oleh mana-mana perempuan untuk hari itu lebih-lebih lagi yang bernama Suraya.

“Eh you jangan nak tipu I ya! Dah banyak kali I call. Takkan dari pagi tadi dia asyik meeting tak sudah-sudah??!! You better pass me to him right now!!”

Amboiii … Garang nak mampos! Bergegar gegendang telinga Ammara dibuatnya. Kalau ikutkan hati memang dah lama pemanggil perempuan itu dimakinya.

Sorry Cik. Encik Imtiyaz memang tengah meeting. Cik tinggalkanlah nombor telefon. Nanti saya suruh Encik Imtiyaz call Cik semula” Ammara masih berbicara selembut mungkin. Pensel yang digenggam ditangannya seakan mahu dipatah-patahkannya.

“Huh! Fine! Just tell him Suraya call. I want him to return my call as soon as possible!”

Klik! Belum sempat Ammara membalas, telefon sudah diletakkan dengan kasar. Membara perasaan Ammara dibuatnya.

“Meroyan punya perempuan! Dah orang tak nak tu, tak payahlah terhegeh-hegeh. Buat malu kaum wanita seluruh Malaysia je la. Si jantan kerek ni pun satu! Dengan si Suraya muka plastik ni pun menjadi juga! Huh!!” Ammara membebel-bebel sendiri.

Termasuk panggilan tadi, sudah hampir 10 kali Suraya menelefon. Itu belum termasuk skandal-skandal Imtiyaz yang lain. Rasa menyesal pula kerana bersetuju duduk ditempat yang ditinggalkan Suraya itu. Tak pasal-pasal dia sudah merangkap satu jawatan baru dalam skop kerjanya di Muz Holding iaitu sebagai PA Syed Imtiyaz Omar yang baru. Sepatutnya dia meminta supaya gajinya dinaikkan. Ammara sudah mula berkira-kira dalam hati.

“Ammara. Please come in to my office now” baru saja hendak menyambung kerjanya yang kerap kali tergendala hari itu, intercom yang melantunkan suara Imtiyaz membantutkan kerjanya semula.

“Baik Encik Imtiyaz” lambat-lambat Ammara menyahut.  Buku nota dan beberapa kertas nota pelbagai warna yang mengandungi pesanan-pesanan dari semua skandal-skandal Imtiyaz dicapai sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Bosnya.

Ketika Ammara menapak masuk ke dalam biliknya, seperti biasa, Imtiyaz sedang rancak bergayut di telefon. Malas hendak menunggu Bosnya habis bersembang, Ammara dengan gaya selamba terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Imtiyaz.

“Ok sayang. I ada discussion dengan staff I ni. Nanti I call you balik ok” sebaik sahaja telefon berenggang dari telinga, wajah Ammara yang sudah sedia mengambil tempat di hadapannya itu ditatap tanpa suara.

Serba tak kena Ammara dibuatnya apabila direnung sebegitu oleh Imtiyaz.

Ishk. Apa kena Bos aku ni. Tenung aku sampai macam tu sekali. Eeeiii … Tak boleh jadi ni. Meremang bulu roma aku dah ni. Ammara resah sendiri.

“Encik Imtiyaz, ada apa Encik panggil saya? Sa …  Saya ada banyak kerja lagi nak kena selesaikan kat luar tu”  Malas hendak berlama-lama di situ, Ammara terus ke tujuan asal dia masuk ke situ.

Imtiyaz yang dapat mengesan keresahan pada gadis di hadapannya itu menyunggingkan senyuman. Baru kena tenung sikit dah gelabah. Telahnya dalam hati.

Imtiyaz menyandarkan badannya ke kerusi empuknya. Kaki disilangkan dan tangan diletakkan di atas pehanya sambil matanya masih tunak memerhati Ammara yang semankin gelisah.

“Encik Imtiyaz, kalau tak ada benda penting, saya keluar dulu lah ye. Oh ye, sebelum tu, Ni ada pesanan-pesanan untuk Encik” Ammara bingkas bangun dan nota-nota pesanan yang berada ditangannya diletakkan di atas meja Imtiyaz. Kaki segera dihayun keluar dari situ.

“Ammara!” Belum sempat tombol pintu dipulas panggilan dari Imtiyaz membantutkan niatnya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghala lelaki itu dengan kening terangkat tanda isyarat ‘Kenapa’.

“Ada saya suruh awak keluar ke?” Giliran Imtiyaz pula bertanya dengan kening yang terangkat. Apabila tiada reaksi diterima, mankin tinggi keningnya diangkat.

Ammara menarik nafas dalam. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri Bosnya semula dan terus duduk ditempat yang didudukinya tadi.

“Saya nak awak jadi PA saya. Permanently.” Bulat mata Ammara memandang kearah Imtiyaz. Terkebil-kebil matanya memohon kepastian dari lelaki itu.

“Yup! You heard me. I want you to be my PA. Nanti saya suruh HR carikan Admin Exec yang baru. So, starting tomorrow, awak dengan rasminya menjadi PA saya. Therefore, saya akan briefly explain pada awak tentang skop kerja baru awak ni” wajah Ammara yang masih memandangnya dengan penuh persoalan ditatap lagi.

            Imtiyaz bangun dari duduknya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan  dia berjalan menghampiri Ammara. Bucu meja menjadi tempat duduknya sambil Ammara masih dalam pandangannya.

            “Setiap pagi, saya nak awak buatkan saya air Nescafe o kurang manis dan letakkan di atas meja sebelum saya masuk office. Biasanya saya datang dalam pukul 8.20 pagi. Jadi, by 8.15, awak kena pastikan air saya dah ada atas meja” Berkerut-kerut dahi Ammara mendengar tentang skop kerja barunya itu.

            Imtiyaz menyambung lagi.

            “Tentang jadual kerja saya, biasanya saya nak tahu tentang semua meeting dan appointment saya sehari awal. Meaning that, awak kena uruskan semua mesyuarat dan appointment saya sehari awal. Saya tak suka any adhoc activities yang tak penting.” Dah macam rojak bahasa yang digunakan Imtiyaz. Mujur hanya Bahasa Melayu dan Inggeris yang dicampur gaul. Andai ada bahasa Cina dan India yang termasuk, pasti pengsan Ammara dibuatnya.

            “Setakat ni ada soalan?” Imtiyaz membuka ruang kepada Ammara untuk meleraikan beberapa persoalan yang tentunya sudah berserabut dalam kepala otaknya.

“Kenapa saya?”

Berkerut dahi Imtiyaz mendengar soalan yang ringkas keluar dari mulut mungil itu. Sangkanya, soalan yang akan dikeluarkan tentu lebih mencabar dari itu.

“Kenapa Encik pilih saya? Lagipun, saya tak ada kelulusan dalam bidang kesetiausahaan dan saya pun tak ada pengalaman jadi PA kat mana-mana. Rasanya kalau Encik buat advertisement, lagi ramai calon yang lebih layak boleh Encik pilih” Melihat Imtiyaz hanya melihatnya tanpa jawapan, Ammara mengembangkan lagi soalan yang diajukannya.

“Sebab saya suka awak” Buntang wajah Imtiyaz yang sudah berpeluk tubuh dipandangnya.

“Err … Apa maksud Encik Imtiyaz?” laju saja soalan itu meluncur keluar dari mulut Ammara. Gilalah dia ni buat pengakuan berani mati macam ni! Hisshh … Kalau betullah mamat terlebih kalsium perasan hensem ni suka aku, hari ni juga aku hantar surat resign!! Ammara menjerit dalam hati.

Melihat wajah Ammara yang sudah berubah cuak, Imtiyaz tergelak besar. Seronok benar dia melihat gadis itu begitu.

Terkejut Ammara apabila ditertawakan sebegitu. Memang sah gila! Ammara merumuskan dalam hati. Naik menyampah pula dia melihat Imtiyaz beriya-iya mentertawakannya.

What I mean is, saya suka dengan cara awak bekerja. Sangat komited walaupun kena datang kerja hujung minggu. Saya perlukan PA macam awak sebab kalau awak nak tahu, meeting saya dengan client kadang-kala tak tentu masa. Selalunya after office hour pun kena entertain client dari luar Negara dan PA saya kena ikut saya sepanjang masa” Imtiyaz memandang Ammara yang membuat bentuk mulut ‘owh’ sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Eh kejap! Dia kata kena ikut dia sepanjang masa? Erk … Macam tak kena je … Jangan-jangan dia nak pedajal aku lagi ni … Ammara tiba-tiba terfikir sendiri.

“Apa maksud Encik, saya kena ikut Encik sepanjang masa? Bukan ke kalau Bos pergi entertain guess atau client, PA tak perlu terlibat? Nanti bertambah pulak kos yang company kena tanggung” Ammara meluahkan rasa bimbangnya.

“Owh … Yang itu kalau perlu la. Takdalah setiap masa awak kena berkepit dengan saya. Nanti tak pasal-pasal awak jatuh hati dengan saya macam si Suraya tu pulak. Saya juga yang susah nak cari PA baru lagi” Imtiyaz tersenyum-senyum memandang wajah Ammara yang menunjukkan riak tidak puas hati.

            Eleh! Perasan!

“Saya jatuh hati dengan Encik Imtiyaz? Tak kot. Lagipun saya tak nak cari pasal dengan semua girlfriends Encik Imtiyaz tu. Takut nanti saya kena pasang bodyguard pulak” Ammara mencemik, menyampah.

“Hai … Awakkan pandai seni mempertahankan diri. Saya pun senang-senang je awak boleh tumbangkan. Apalah sangat diaorang tu kan?” Imtiyaz membalas kata-kata Ammara dengan sedikit sindiran. Teringat kembali detik dimana gadis berangka kecil itu mengepak tangannya dan menjatuhkan tubuhnya ke lantai. Boleh tahan juga kuatnya.

Itu reaksi di bawah sedar aku la! Mangkuk ayun betullah mamat ni!! Saja je nak cari pasal dengan aku! Ammara mendengus kasar. Tajam pandangannya pada Imtiyaz dengan hati yang berbuku dengan rasa geram.

Imtiyaz tergelak lagi. Lucu benar memek muka Ammara ketika itu dimatanya. Ammara semankin sebal dibuatnya.  Tak dapat dibayangkan hari-hari mendatangnya bekerja dibawah lelaki itu. Mahu jadi gila dia dibuatnya!!!!

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template