Atas permintaan Ammara, majlis dilaksanakan secara sederhana. Hanya menjemput ahli keluarga dan kenalan terdekat. Pagi, upacara Nikah dibuat di rumah peninggalan Ibu dan Bapa Ammara manakala majlis persandingan pula diadakan di rumah Datuk Muzaffar dan Datin Suhana. Mujur keluarga Imtiyaz turut bersetuju tanpa banyak soal.
Tangan kanan Ammara ditekapkan ke dada yang sedikit berdebar. Dia seolah-olah tidak percaya yang akhirnya dia akan mengahwini lelaki bernama Syed Imtiyaz Omar bin Datuk Syed Muzaffar itu. Lelaki yang satu ketika dulu, andai diberi pilihan dia pasti tidak akan memilihnya untuk dijadikan suami.
“Ya
Allah … Cantiknya Kak Ara” suara Imtithal yang penuh dengan keterujaan
membuatkan Ammara tersenyum lebar sambil memandang gadis berusia 15 tahun itu
menghampirinya. Mereka berpelukan seketika dan saling berbalas senyuman sebelum
Imtithal duduk di atas birai katil yang sudah dihias indah, berdekatan dengan
kerusi yang diduduki Ammara. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain.
“Ara,
Kak Moon keluar kejap ye. Nak tengok pengantin lelaki sekejap. Karang
senget-benget pula kain samping tu tak terbela” terkocoh-kocoh Kak Moon
mengemas perkakasan makeupnya sebelum
keluar dari bilik Ammara menuju ke bilik Ammar selang beberapa pintu dimana
Imtiyaz sedang dipersiapkan untuk majlis pernikahan yang akan berlangsung pada
jam 10 pagi.
“Kak
Ara nervous ke? Mesti teruja kan nak
jadi isteri Abang Imtiyaz yang handsome
tu” melihat wajah Ammara yang nampak sedikit cuak, Imtithal cuba memulakan
perbualan santai. Senyum yang terukir dibibir yang teroles gincu berwarna nude itu menunjukkan cubaan Imtithal
berjaya.
“Tihal
ni sama je dengan Bos tu. Perasan” jelingan manja diberikan kepada Imtithal.
“Eh, takkan nak jadi suami pun panggil Bos kot? Lagipun, memang Abang Tihal tu handsome apa. Betul tak? Kak Ara takyah
la nak nafikan” Lebar senyumnya dalam usaha untuk menyakat Ammara yang dalam
beberapa jam lagi akan rasmi menjadi kakak iparnya. Ammara hanya menjuihkan
bibir sambil mata dipusingkan 360 darjah.
Tok!
Tok! Tok!
Pintu
bilik yang baru dikuak dari luar membuatkan Imtithal dan Ammara serentak
menoleh kearah tubuh yang baru melangkah masuk.
“Ara
dah siap ke? Tok Kadi dah sampai tu. Kalau dah siap, jomlah kita turun. Jom
Tihal. Kita turun sekali. Semua dah tunggu kat bawah tu. Lagipun lepas ni Tok
Kadi ada dua, tiga tempat lagi nak pergi. Karang, disebabkan kita lambat pula
dia” Fatin terus berceloteh tanpa sempat Ammara atau Imtithal menyampuk.
Kedua-dua mereka memandang antara satu sama lain sambil tersenyum melihat kekalutan Fatin.
“Hai
… Senyum-senyum pula budak berdua ni. Dah. Jom” Kedua belah bahu Ammara
dipegang dah ditarik supaya berdiri mengadapnya. Seluruh tubuh Ammara diperiksa
dari atas sampai ke bawah bagi memastikan tiada kecacatan dimatanya.
“Kak
Fatin … Dah lah tu. Kata kita dah lambat. Nanti kita lambat turun ni sebab Akak
tau. Bukan sebab Ara” rasanya sekarang ini, Fatin lebih gemuruh dari dirinya.
Tapi, terima kasih jugalah pada Fatin kerana serba sedikit debar didadanya
berkurangan sedikit. Mungkin dah berpindah sedikit rasa itu pada Fatin. Ammara
tersenyum sendirian.
“Okay,
jom” tangan Ammara dipimpin untuk keluar dari bilik. Sebelah lagi tangan Ammara
sempat mencapai tangan Imtithal untuk diheret bersama. Dah macam perarakan
berangkai pula ketiga-tiga mereka.
Upacara
berlangsung dengan aman dan tenang tepat jam 10 pagi. Dalam debar dan 3 kali
lafaz, akhirnya Syed Imtiyaz Omar Bin Datuk Syed Muzaffar rasmi memiliki Ammara
Sofea Binti Azman secara sah.
Atas
permintaan Imtiyaz, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan secara private and lebih intim iaitu di dalam
bilik Ammara dimana hanya ada dia dan juga isterinya. Baik Datuk Muzaffar,
maupun Datin Suhana dan juga Ammar, masing-masing tiada bantahan. Bagi mereka
tiada masalah. Cumanya Datin Suhana mengenakan had masa maksimum selama 30
minit sahaja untuk mereka. Lebih dari itu, Datin Suhana sendiri yang akan
mengetuk pintu mengingatkan.
Sebaik
sahaja pintu bilik ditutup, Imtiyaz memimpin tangan Ammara menuju ke sofa
Cleopatra yang diletakkan dikaki katil. Imtiyaz terlebih dahulu duduk dan
Ammara ditarik supaya duduk di atas pangkuannya dalam keadaan mengiring dengan
tubuh mengadapnya. Automatik tangan kanan Ammara melingkar dibahunya dan
sebelah kiri tapak tangannya menekap ke dada Imtiyaz, betul-betul di jantungnya.
Debar
didada Ammara yang kian rancak bergendang tak usah nak cakaplah. Rasa macam
jantung nak melompat keluar pun ada. Mana pernah sekalipun dalam hidup dia
berada dalam keadaan begitu dengan mana-mana lelaki. Andai yang menariknya itu
merupakan lelaki-lelaki yang bukan sesiapa, pasti sudah selamat tangan mereka
dilipat dua. Mujur dia sedar yang Imtiyaz sudah sah menjadi suaminya dan dia
mempunyai hak sepenuhnya ke atas dirinya. Malu macamana pun, dia terpaksa juga
menahan rasa.
Lapang
selapang lapangnya Imtiyaz rasa saat itu apabila wajah Ammara yang sudah
kemarahan itu ditatap sedekat itu. Imtiyaz memaut dagu terbelah isterinya dan
membuatkan pandangan Ammara yang menunduk sedari tadi berkalih ke wajahnya.
“Assalammualaikum
zaujah” Imtiyaz menghadiahkan senyuman paling manis buat Ammara. Mata cantik
dengan tatarias serba sederhana tapi masih menyerlah itu ditatap dalam. Ammara
turut tersenyum menampakkan giginya yang cantik tersusun. “Waalaikumussalam
Zauj” Tangan Ammara didadanya digenggam dan tapak tangan yang terasa sejuk itu
dikucup lama sambil matanya terpejam menikmati keharuman bunga mawar yang
semerbak dari tangan lembut Ammara itu. Tersentuh hati Ammara melihat perlakuan
yang dirasakannya sangat romantis dari seorang bergelar suami. Matanya sudah
mula berair. Imtiyaz membuka matanya apabila terasa ada titisan air jatuh di
atas pergelangan tangannya.
“Shuuuuu
… Kenapa menangis ni Sayang … Abang ada buat apa-apa yang Ara tak suka
ke?”pantas tangannya melekap dipipi Ammara sambil menyeka airmata yang sudah
mula berlumba-lumba jatuh kepipi mulus itu. Ammara mengeleng laju. Senyuman
masih tak lekang dari bibirnya. Tangan Imtiyaz yang melekap dipipinya digenggam
erat.
“Terima
kasih kerana sudi ambil Ara jadi isteri” akhirnya berjaya juga kata-kata itu
diucapkannya. Rasa malu cuba dibuang jauh-jauh. Melihat senyum yang melebar
dibibir merah Imtiyaz membuatkan hati Ammara semakin berbunga-bunga bahagia dan
rama-rama mula berkepak laju di dalam perutnya apabila Imtiyaz mengucup
pipinya, lama. Rasa hangat menjalar keseluruh tubuhnya. Dia pejamkan mata untuk
lebih menghayati kehangatan kucupan pertama dari seorang yang bergelar suami.
Mata
dibuka luas apabila terasakan sesuatu yang sejuk melingkar pergelangan
tangannya. Seulas gelang emas Pandora dengan 3 biji charm berbentuk huruf A dan
I dipisahkan dengan charm berbentuk hati. Sebentuk cincin platinum bertatahkan
sebiji berlian berwarna hijau zamrud turut disarungkan ke jari manisnya.
“Ini
untuk upacara pembatalan air sembahyang kita” Ammara kelu tanpa suara sambil
membelek barang kemas pemberian Imtiyaz. Dia masih begitu apabila dahinya
dikucup lembut oleh suaminya.
“Terima
kasih Abang” giliran Ammara pula menghadiahkan kucupan hangat dipipi Imtiyaz
yang membuatkan lelaki itu sedikit tergamam. Giliran rama-ramanya pula yang
berkepak lebih kuat dari tadi.
“Ara
pergi ambil sembahyang dulu. Kita solat sunat sama-sama. Mankin lama dengan Ara
ni mankin bahaya. Nanti tak pasal kita lambat nak bertolak pergi majlis
persandingan kita sendiri. Silap haribulan sampai malam kita kat dalam ni. Bising
pula mulut Umi nanti” Hangat wajah Ammara mendengar kata-kata Imtiyaz yang
sudah mula kedengaran husky dan seksi
itu.
“Tok!
Tok! Tok!
“Tiyaz! Ara! Cepat sikit dengan
upacara batal air sembahyang tu! Kita nak kena balik rumah kita pula lepas ni!
Malam nanti la sambung balik apa-apa yang korang berdua buat tu”
“Yalah Abang Tiyaz … Bawa-bawalah
bersabar … Jangan lebih-lebih kat dalam tu!”
“Hish … Budak ni sibuk je … Dah!
Tak payah sibuk dengan hal orang dah kahwin ni. Pergi bagitau Walid suruh
angkat Imdad yang tidur kat sofa tu masuk dalam kereta”
Panggilan
dan suara dari luar pintu bilik dari Datin Suhana dan Imtithal membuatkan
Imtiyaz dan Ammara tergelak kecil dengan dahi mereka bersandar antara satu sama
lain. “Kan Abang dah cakap. Bukan Umi je, dengan Tihal ikut nak menyibuk sama”
sempat lagi Imtiyaz berbisik.
Majlis
persandingan di rumah Datuk Muzaffar dan Datin Suhana berlangsung 2 jam lewat
dari perancangan. Sepanjang perjalanan, becok mulut Datin Suhana membebel pada
Imtiyaz yang menaiki kereta yang sama dengan Umi dan Walidnya. Manakala Ammara
menaiki kereta yang lain bersama Ammar dan Fatin. Sengaja dipisahkan keduanya.
Takut hilang seri ibarat kata Datin Suhana. Walaupun pada mulanya Imtiyaz membantah,
namun akhirnya dia akur juga apabila Ammara memintanya hanya menurut kata
Uminya itu.
Selepas
Asar, majlis persandingan berlangsung serba sederhana namun masih tetap meriah.
Hampir jam 8 malam berulah segala upacara bersanding, bergambar dan makan-makan
tamat. Memandangkan khidmat katering digunakan, maka tidak ada banyak benda
yang perlu dikemas. Sebelum sambung mengemas, mereka yang tinggal, menunaikan solat Maghrib bersama-sama
secara berjemaah di bilik solat.
“Dah
lewat ni. Kami minta diri dulu la Aunty,
Uncle” Selesai mengemas apa yang
perlu, jam menghampiri pukul 11 malam, Ammar dan Fatin meminta diri. Puas
dipujuk namun mereka berkeras untuk pulang. Keadaan Fatin tidak mengizinkan
dimana semenjak memasuki trimester kedua kandungannya, sering mempunyai masalah
untuk beralih tempat tidur. Dia hanya selesa apabila tidur dia atas katilnya
sendiri, di rumah mereka di Putrajaya. Akhirnya Datuk Muzaffar dan Datin Suhana
hanya akur.
“Ara
jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa masalah, ingat, Along akan sentiasa ada
untuk Ara” sempat Ammar membisikkan ketelinga Ammara sewaktu memeluk adiknya
sebelum mereka berpisah malam itu. Mendengarkan pesan itu, Airmata sudah mula
berkumpul ditubir matanya. Realiti bahawa amanah untuk menjaga dan mendidiknya
yang selama ini digalas oleh Bapa dan Alongnya sudah berpindah milik kepada
Imtiyaz, lelaki asing yang telah sah menjadi suaminya.
“Dah
… Janganlah nangis. Ara tak bolehlah nak cengeng sangat sekarang ni. Ara kan
dah jadi isteri orang” Belakang tubuh Ammara diusap perlahan. Semakin kuat
esakan Ammara. Ammar tersenyum. Dalam dada turut merasa sebak kerana adik
kesayangannya kini sudah menjadi milik orang. Semakin erat pelukannya. Imtiyaz
dan Fatin yang turut ada sama di halaman rumah hanya memerhati dua beradik itu
mengucapkan selamat tinggal.
“Dah.
Jangan nangis. Bukannya lepas ni Ara tak boleh jenguk Abang dengan Kak Fatin.
Kan Tiyaz?” Wajah Imtiyaz dipandang sebaik sahaja pelukan dileraikan. Tangannya
masih mengusap-ngusap kedua belah lengan Ammara. “Eh, mestilah Along. Takkan
saya nak pisahkan Along dari adik kesayangan Along ni. Takut banjir rumah saya
ni Along kalau saya tak bagi dia jumpa Along” usikan Imtiyaz menjaya memancing
tawa halus dari Ammar dan Fatin manakala Ammara hanya memuncungkan mulutnya sambil
menjeling kearah suaminya.
“Tak
baik jelling-jeling suami macam tu. Dengan Along boleh lagi Ara nak buat
perangai budak-budak tu. Ingat … Ara sekarang ni dah jadi isteri orang” Lembut
Ammar menegur Ammara. Hilang muncung dibibir mungil itu dan wajah Ammar kembali
ditatap. Betapa dia bersyukur kerana masih punya Ammar dalam hidupnya.
Selesai
acara selamat tinggal yang agak dramatik, akhirnya kereta Alphard yang dipandu
Ammar meluncur keluar meninggalkan perkarangan Banglo mewah Datuk Muzaffar.
“Dah
jom ikut Abang” selang beberapa minit kereta Ammar hilang dari pandangan,
Imtiyaz capai tangan Ammara dan dipimpin menuju ke dalam rumah.
“Nak
kemana tu Tiyaz?Laju je” Datin Suhana yang sedang menonton tv di ruang tamu
bersama Datuk Muzaffar, Imtithal dan Imdad pantas bertanya sebaik saja Imtiyaz
dan Ammara melintasi mereka untuk menaiki tangga ke tingkat atas.
“Tiyaz
nak bawak isteri Tiyaz ni ber star-moon
kat atas Umi” Sambil menaiki tangga, sambil menjawab. Belum sempat Datin Suhana
melemparkan soalan lagi, kelibat kedua mereka sudah hilang.
Sesampainya mereka di bahagian beranda di bumbung Banglo tersebut, keduabelah tangan Ammara segera menekup mulutnya. Teruja dia dengan pemandangan yang menyapanya. Sekeliling ruang dihiasi dengan deretan lilin kecil dan deretan lampu liplap menghiasi dinding berkaca manakala di bahagian tengah tersergam khemah sederhana besar berwarna hijau gelap.
Di hadapan khemah terdapat beberapa throw pillow yang bersaiz XXL yang nampak sungguh empuk dan lembut dan di
atasnya terlipat rapi selimut petak-petak warna hitam dan merah.Tidak jauh dari
khemah ada sebuah meja kecil diapit dengan 2 buah kerusi. Di atas meja terdapat
dua biji mug yang Ammara pasti berisi air coklat hazelnut panas berdasarkan asap yang berkepul dan bau semerbak yang
tertangkap dek hidungnya sebaik saja kaki melangkah menghampiri meja tersebut.
Taburan kelopak bunga ros mengiasi lantai parquet
kayu warna oak gelap. Suasana menjadi lebih romantik dengan alunan instrumental
tiupan saxophone oleh Kennny G
sebagai muzik latar.
“Bila
Abang buat semua ni? Ara tak perasan pun” wajah Imtiyaz yang nampak sedikit
bangga ditatap dengan senyum lebar masih menghiasi bibir.
“Well … Abang kan super talented. Beruntung tau Ara dapat suami macam Abang ni”
Imtiyaz mengangkat-angkat kening sambil pura-pura menepis habuk dari bahu kanan
dan kirinya. Ammara hanya mencebik. Malas hendak melayan mode masuk-bakul-angkat-sendiri suaminya itu.
Ammara
terus duduk di atas kerusi dan mencapai mug yang isinya asyik mengamit
seleranya sedari tadi. Kerusi bertentanagan Ammara ditarik Imtiyaz sebelum
punggungnya dilabuhkan dan mug berisi cokalat hazelnut panas turut di capai. Senyuman dan keterujaan yang
terpamer di wajah isterinya itu membuatkan segala kerja kerasnya bersama
beberapa Pembantu Rumahnya semenjak seminggu yang lalu dirasakan teramat
berbaloi. Hilang sudah kesedihan di wajah mulus itu kerana berpisah dengan
Abangnya sebentar tadi.
“Pandang
atas”
Ternaik
sedikit keningnya mendengar kata-kata Imtiyaz yang sudah mendongak ke atas. Perlahan-lahan
dia turut berbuat yang sama. “Subhanallah … Masya Allah“ Terpegun Ammara dengan
pemandangan yang dilihatnya. Taburan bintang-bintang yang memenuhi hamparan
langit yang hitam pekat dapat dilihat dengan jelas olehnya. Keadaan pencayahaan
yang agak suram disekelilingnya, membolehkan taburan bintang yang lebih
bercahaya malam itu dapat dihayatinya.
“Ara
suka?”
“Suka
sangat!”
“Thanks Abang …” wajah Imtiyaz dipandang
sekilas sebelum dia mendongak memandang hamparan bintang yang bergemerlapan.
“Come” Keduabelah bahu Ammara sudah dicengkam
lembut oleh Imtiyaz dan dalam kekeliruan, Ammara hanya menurut apabila tubuhnya
dgerakkan supaya berdiri mengadap Imtiyaz dan ditarik supaya berjalan kearah
hamparan throw pillow. Kedudukan throw pillow dibetulkan sedikit sebelum Imtiyaz membaringkan tubuhnya dan dia menggamit
Ammara sambil menepuk-nepuk lengan kanan yang sudah didepangkan di atas bantal.
Faham dengan arahan, Ammara turut sama membaringkan tubuhnya di atas throw pillow beralaskan lengan sasa Imtiyaz.
Pemandangan
hamparan bintang dapat lebih dinikmati mereka dalam kedudukan berbaring seperti
itu. Untuk seketika, Ammara merasakan dirinya berada di planet observatory center.
“Lepas
ni Abang mungkin akan sibuk sikit kat pejabat dan tak dapat nak bawa Ara pergi honeymoon dalam masa terdekat ni. Ara
okey ke kalau anggap ni sebagai pre honeymoon
kita?” ubun-ubun Ammara dikucup lembut.
“Ara
tak kisah pun Abang dan Abang jangan lupa yang Ara ni isteri merangkap PA
Abang. So, Ara memang dah sedia
maklum dengan jadual kesibukan Abang tu ye” Imtiyaz nyaris lupa hakikat yang
satu itu. Isteriku, PA ku. Dah boleh jadi tajuk novel. Imtiyaz tersenyum
sendiri.
Malam itu berlalu indah bagi Imtiyaz dan Ammara dalam keadaan mereka berbaring dan berpelukan menatap gemerlapan bintang di langit sehingga mereka tertidur diiringi muzik latar yang beralun merdu. Hembusan nyaman angin sepoi-sepoi bahasa turut membuatkan mereka selesa terlena dalam keadaan begitu.
0 comments:
Post a Comment