“PLEASE la Fik. Berapa kali I kena bagitau. I dengan Adit tu tak ada apa-apa. We are just friend” wajah Taufik yang masih keruh aku pandang
dengan mata yang redup. Kalau ikutkan hati, memang dah lama aku buat bodoh saja
dengan rajuknya. Bukan baru sekali. Dah kerap sangat dia berperangai sebegini.
Pantang tahu aku keluar atau rapat dengan mana-mana lelaki, pasti cemburunya
naik ke kepala. Bosan!
“Friend la sangat. Kawan I cakap, you siap berpegang tangan, bertepuk tampar lagi dengan si Adit tu,
apa cerita?” Nada suara Taufik masih sekeras tadi. Dari mula kami masuk ke
dalam restoran Kenny Rogers itu, tak habis-habis dengan cemburu dan curiganya.
Makanan yang ada di hadapan kami pun sudah sejuk masih tak terusik. Tengok muka
cemberut Taufik buat selera makan aku lari entah kemana.
“You ni kan. Balik-balik dengar cakap
kawan. Sekarang ni, yang jadi tunang you,
kawan you tu ke, atau I?” Aku sudah mula hilang sabar.
Taufik yang aku
kenali 2 tahun yang dulu bukan begini. Entah dimana silapnya, semenjak mengikat
tali pertunangan setahun yang lalu dia semankin paranoid. Pantang terdengar
atau ternampak aku dengan lelaki lain, pasti akan dijadikan bahan pertengkaran.
Tapi, kerana memikirkan Papa dan Mama, aku cuba juga untuk bersabar. Yela. Mama
dengan Papa suka sangat dengan Taufik. Kebetulan Ibu dan Ayah Taufik teman
mereka sewaktu bersekolah dulu.
Taufik mendengus
kuat. Makanan yang terhidang di hadapannya dijamah penuh lahap. Ayam panggang quarter meals dihiris-hiris kasar.
Seolah-olah dia cuba melepaskan rasa marahnya yang tak terluah pada aku. Malas
aku hendak bersuara. Tangan terus menyuapkan kepingan ayam yang sudah kupotong
kecil ke dalam mulut.
****
“GADUH lagi ke?”
Pandangan mata yang sedari tadi tertacap pada skrin komputer terganggu dengan
suara lantang yang menegurku. Pantas aku menangkap wajah Suzy yang sudah
melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapanku.
“Kau ni masuk
memang tak reti ketuk pintu ek?”Mataku kecilkan sambil memandang kearah sahabat
baik yang merangkap Setiausahaku itu.
“Aku dah ketuklah.
Sampai nak tercabut jari-jemari runcing aku ni tau. Entah-entah, kalau ada
gempa bumi pun kau tak sedar!” Suzy, gadis kacukan Cina India itu sudah mula
memuncungkan mulutnya tanda rajuk. Aku hanya tersenyum. Manalah nak dengar
kalau dalam kepala asyik fikir pasal masalah peribadi tak sudah-sudah Irsalina
oiii!
“Aku peninglah
dengan Taufik tu Suzy. Cemburu mankin menjadi-jadi. Dengan si Adit tu pun dia
nak cemburu. Bukan dia tak tau, si Adit tukan Marketing Officer macam aku juga. Sebelum aku kenal dia, aku memang
dah rapat dengan si Adit tu apa” akhirnya semuaku luahkan juga pada Suzy. Hanya
dialah kawan yang paling rapat denganku selain dari Adita Saputra. Jejaka kacukan
Indonesia-Melayu-Belanda yang turut sama berkerja di pejabat yang sama denganku.
Keluarga aku dan
Suzy duduk berjiran dan kami memang rapat dari kecil. Malah, kami juga belajar
di Universiti yang sama. Cuma dalam bidang yang berlainan. Aku dalam jurusan Bussiness Study manakala Suzy pula dalam
jurusan Mass Comm. sewaktu aku memerlukan
Setiausaha yang baru setelah setiausaha lamaku berhenti mengejut dulu, Suzy lah
orang pertama yang aku tawarkan jawatan itu. Memandangkan waktu itu, dia memang
masih mencari kerja, akhirnya dia bersetuju dan kini sudah 3 tahun dia bekerja
denganku. Semua kisah tentang aku dan Taufik memang sudah ada dalam poket
seluarnya.
“Kalau kau rasa,
kau dah tak tahan dan this relationship
only make you suffer, so, just break it off”
Wah wah wah.
Mudah sungguh amoi Cindian ini berkata-kata. Macamlah nak putuskan pertunangan
tu semudah nak sebut 1,2 dan 3. Sesedap rasa, sesuka hati je dia bagi cadangan.
Aku cepuk nanti kepalanya tu baru ada akal sikit agaknya.
“Aiyo Amoi. Lu
ingat senang ka? Manyak susah wooo … Papa dengan Mama gua sudah sayang gila
sama itu orang. Mahu nanti diaorang tak mengaku aku anak kalau aku putuskan
pertunangan kiraorang ni” Tungggang-langgang dah bahasa yang aku gunakan.
Lantaklah. Janji Suzy faham.
“Aiya. Kalau tak
ada jodoh mau buat macamana mah? Lu tetap juga anak aunty Zura sama uncle
Amat punya. Jangan takut la” Suzy sudah mula dengan slanga cinanya. Perli aku
lah tu. Hampeh!
“Eii dahlah.
Cakap dengan kau tambah pening aku dibuatnya. Pergilah sambung kerja tu. Kalau
kau lama sangat kat dalam ni, siapa nak tolong angkat telefon yang berdering-dering
kat luar tu? Takkan Makcik Leha cleaner
kot kan?” Suzy bingkas bangun dari tempat duduknya apabila tersedar telefon di
atas mejanya sudang menjerit minta diangkat. Tapi sebelum menutup kembali pintu
bilik, sempat dia menjelirkan lidahnya pada aku tanda protes kerana
menghalaunya. Aku tergelak kecil.
***
MALAM itu
selepas makan malam, aku gagahkan juga diri dan cekalkanlah hati untuk membincangkan
hal pertunanganku dengan Taufik. Aku tak mahu membiarkan perkara itu
berpanjangan. Lagi cepat aku berterus-terang, lebih cepatlah segala macam
kekusutan dalam kepala aku ni dapat dirungkaikan.
“Papa, Mama,
Irsa nak bincang sikit boleh?” Aku memberanikan diri bersuara. Papa dan Mama
yang sedang khusyuk menonton rancangan Berita serentak memandang kearahku.
“Bincang apa
pula ni. Nampak macam serius je bunyinya ni” Papa bersuara dengan dahinya sudah
mula berkerut. Mama juga menunjukkan reaksi yang sama. Pelik agaknya.
Almaklumlah, selama ni, lepas makan malam je aku mesti sudah berkurung dalam
bilik. Sibuk menyiapkan kerja-kerja pejabat. Bila tiba-tiba aku ada pula masa
nak ajak mereka berbincang, memang patutlah mereka pelik.
“Err … Err …”
aku sudah tergaru-garu kepala macam beruk sebulan kawan tak tolong cari kutu.
Tiba-tiba rasa kecut perut pula untuk berkata-kata. Lebih-lebih lagi bila
mengenangkan sikap Papa yang memang sangat mudah melenting. Ish! Tadi masa
mula-mula buka mulut kenapa tak terfikir pula sifat baran Papa? Sekarang baru
nak tergagap-gagap ke Irsalina?? Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata …
mahu kena terkam dengan singa lapar!
“Cakap jelah.
Tergagap-gagap ni kenapa? Irsa ada buat salah ke?” Mama pula bersuara. Suara
tenang Mama masih tidak dapat membantu menjana kekuatan untuk aku terus
meluahkan apa sudah aku karang sejak dari pagi tadi.
Aku masih diam.
Wajah Papa dan Mama aku tatap silih berganti. Macamana reaksi mereka agaknya
kalau aku kata nak putuskan pertunangan aku dengan Taufik? Papa aku yakin,
mesti mengaum punya. Silap haribulan, memang aku kena grounded seumur hidup! Mama … Mesti ikut je rentak Papa. Walau tak segarang Papa, tapi
bebelannya pasti akan menghiasi hari-hari indah aku selepas ini.
“Kamu ni kenapa
Irsa? Kata nak berbincang. Ni kenapa dah macam patung cendana pula?” Papa sudah
mula hilang sabar. Ala … Selama ni pun memang Papa memang tak berapa nak sabar
pun. Pasal pertunangan aku dengan Taufik dulu pun, dia yang beriya-iya suruh
cepatkan. Padahal masa tu, baru setahun aku
kenal Taufik. Perasaan cinta pun baru je nak berputik. Tapi, sebab
sayangkan Papa dengan Mama, aku ikutkan je la. Sekarang kalau aku kata nak
putus, mesti aku kena balun punyalah!
Confirm!
Aku telan air
liur. Sikit punyalah payah, Macam kena telan biji durian je rasa.
“Irsa … Irsa
rasa … Irsa dengan Fik … Hmmm … Macam … Macam tak serasilah Papa. Irsa nak
minta putus” satu-persatu patah perkataan terkeluar dari mulutku. Mata sudah
pandang bawah saja. Tak berani nak berlawan mata dengan Papa yang pastinya
sudah mula menyinga.
“Apa???”
“Kamu nak
malukan Papa dengan Mama ke Irsa?!”
“Apa Irsa cakap
ni?”
“Tak serasi
macamana?”
“Tinggal berapa
bulan lagi nak langsung majlis perkahwinan kan?”
“Kamu jangan
cari nahas Irsa!”
“Taufik dah tahu
ke pasal ni?”
“Kamu dah ajak
Taufik berbincang ke?”
“Dah hilang akal
agaknya budak ni!”
Tuuuuu dia! Papa
dan Mama bercakap tak putus-putus. Bersambung-sambung. Dah macam orang lari
berganti-ganti. Main pass-pass baton.
Mereka sudah berjalan mundar-mandir di hadapanku. Terkebil-kebil mataku
memerhatikan mereka yang sudah panik semacam. Macam ayam hilang anak.
“Irsa dah kenapa
ni? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni? Kalau ada masalah dengan Taufik
pun, bawalah berbincang. Cari jalan penyelesaian. Takkan tak boleh” Mama sudah
duduk di sebelahku. Tangannya sudah melingkar dibahuku dengan pandangannya
terpusat seratus peratus pada wajahku. Inilah posing Mama kalau dia hendak
memujukku. Dari aku kecil sampailah dah besar panjang. Mama akan gunakan cara
ini untuk melembutkan hatiku. Tapi rasanya tak pernah pun berjaya. Aku ni nama
je anak Mama tapi keras kepala memang betul-betul ikut Papa.
“Irsa dah tak
boleh lah dengan Fik tu Ma. Cemburunya mankin menjadi-jadi. Tak tahan lah Irsa
kalau hari-hari jumpa asyik nak bergaduh je” akhirnya aku luahkan juga pada
Mama. Sebelum hubungan kami menginjak ke gerbang perkahwinan, ada baiknya kami
putus sekarang. Fikirku.
“Alasan kamu
saja tu! Kalau kamu tak buat hal, takkan si Taufik tu nak cemburu! Kalau payah
sangat, lepas kahwin, berhenti kerja, duduk rumah! Jaga laki, jaga anak. Habis
cerita!” Seperti yang aku jangka, Papa pasti akan tetap membela Taufik. Aku
juga yang dipersalahkan. Ada ke nak suruh aku duduk rumah. Jadi surirumah
sepenuh masa? Memang taklah. Mahu sakit jiwa aku dibuatnya. Huh!
“Malaslah Irsa
nak cakap dengan Papa ni. Balik-balik si
Taufik tu juga yang nak dimenangkan” aku mendengus kasar sebelum berlalu pergi.
Dua tiga anak tangga aku daki sekali harung untuk cepat sampai ke bilikku di
tingkat atas. Suara Papa masih lagi kedengaran melampiaskan kemarahanannya
berselang-seli dengan suara Mama yang cuba menenangkannya.
Ah lantaklah!
Nak jadi apa, jadilah! Yang penting, pertunangan ni tetap kena diputuskan! Aku
dah tak sanggup!
***
DAH seminggu
berlalu sejak peristiwa ‘perbincangan’ antara aku dengan Mama dan Papa. Dah seminggu la juga
Papa masih melancarkan perang dinginnya pada aku. Tak boleh langsung nak
pandang muka aku. Cuma bila makan saja kami bertembung. Itupun,masing-masing
asyik tengok nasi kat pinggan masing-masing. Habis makan, terus je buat haluan
masing-masing. Mama yang pening dengan perangai kami berdua. Puaslah Mama pujuk
tapi tak seorang pun layan. Nak buat macamana. Dah dua-dua pun keras kepala.
Walau keadaan di
rumah serba tegang, namun kerja aku di pejabat berlalu seperti biasa. Taufik,
semenjak aku berjumpa dengannya selang dua hari aku berbincang dengan Papa
mengenai perihal putus tunang, langsung tidak menghubunginya. Merajuk
barangkali. Ah! Biarlah dia. Tak kuasa dah aku nak pujuk.
“Wei! Macamana
kau dengan Taufik? Jadi ke nak putus?” Panggilan intercom dari Suzy yang
tiba-tiba berkumandang di ruang bilik pejabatku membuatkan aku sedikit terkejut.
Nak marah sebab tak bagi salam dah dia memang bukan Islam. Hish! Busy body betullah minah sorang ni!
“Kau ni kan.
Kalau aku kena heart attack macamana?
Main terjah je. Huh!” Marahku. Suzy hanya tergelak. Memang tak makan saman
betullah. Aku marah bukannya nak takut. Seronok ada lah.Dah mental agaknya.
“Yela, yela. Sorry. Aku excited ni. Kalau betul kau dah kembali
single and ready to mingle, boleh lah Abang Adam aku masuk jarum” Suzy
bersuara ceria. Aku sudah menarik muka masam. Kalau lah dia boleh nampak muka
cemberut aku masa ni!
“Sorry ye Cik Suzy. Abang Adam kau tu aku
dah pangkah awal-awal. Eeiiii !! Tak nak aku jadi Kakak Ipar kau!” semankin
galak Suzy mentertawakanku. Hampeh sungguhlah minah ni!
“Kau ni suka tau
jual mahal. Kesian aku tengok Abang aku tu. Dari zaman sekolah dia sukakan kau.
Tapi. Kau langsung tak layan. Masa kau bertunang dulu, frust gila dia. Tu yang terus minta transfer kerja kat Australia” suara Suzy agak serius kali ini. Dia
masih tak berputus asa untuk mendekatkan aku dengan Abangnya.
Tiba-tiba kepala
terus berputar teringatkan satu-satunya Abang Suzy, Adam Ray Lim. Berbadan
tegap dan sasa macam Daddynya yang aku panggil Uncle Raymond. Berkulit sawo matang. Lain benar dengan Suzy yang
berkulit putih melepak. Mungkin hasil kacukan kulit Mummy dan Daddynya. Bermata
redup berwarna hazel dan memiliki deretan gigi yang cantik hasil dari pemakaian
brass di zaman sekolah rendah. Aku
tak nafikan yang Adam memang tergolong dalam golongan jejaka idaman wanita.
Tapi, entah
kenapa, aku memang tak boleh nak terima dia. Bukan sebab dia tak cukup kacak
atau tak cukup baik. Tapi, aku rasa aku tak layak pun nak bergandingan
dengannya.
Aku ni dahlah
tak cukup ketinggian. Harapkan kasut tumit lima inci yang aku pakai tu jela.
Kalau buka, memang nampak sangat kekurangan kalsiumnya. Dengan Suzy pun paras
telinga dia saja. Kalau dengan Adam, memang paras bahu je la.
Lagi satu. Walaupun
aku ni takdalah hodoh sangat pun tapi, aku ni bukanlah secantik Aishwarya Rai
masa zaman anak daranya tu. Mana nak padan kalau nak digandingkan dengan lelaki
sekacak Adam Ray Lim tu. Lagipun, aku ni Islam, dia pula beragama Hindu slash Buddha. Mahu bergegar bukit kat
belakang rumah dengan amukan Papa dengan Mama kalau aku bagitahu aku nak kahwin
dengan Adam. Hish! Tak pasal!
“Woi! Berangan!
Penat aku membebel sendiri. Rupa-rupa kau dok seronok berangan ye” bahuku
terhinjut sebaik sahaja terdengar Suzy menepuk meja sambil berdiri bercekak
pinggang di hadapanku.
“Ni mesti
teringatkan Abang aku kaannnn?” Tebak Suzy. Senyuman nakal sudah terukir dibir
nipisnya. Cepat-cepat aku tersedar.
“Eh! Ma … Mana
adalah! Pandai-pandailah kau buat cerita!” Beriya-iya aku menafi. Muka dah mula
rasa panas macam kena bakar. Sah-sah dah tukar warna punya. Lagilah seronok
Suzy mentertawakan aku. Dia sudah duduk sambil menekan-nekan perutnya. Aku
sudah menarik muka masam.
“Irsa, Irsa. Aku
peliklah kau ni. Perempuan lain punyalah berderet nak jadi Kakak Ipar aku, kau
pula mentah-mentah taknak. Memang tolak rezekilah kau ni” Suzy menyambung
selepas tawanya reda.
Aku buat tak
tahu saja. Tumpuanku kembali pada kerja-kerja yang melambak. Dahlah esok nak meeting. Semua kertas kerja yang aku
kena siapkan masih banyak lagi yang belum aku sentuh. Ditambah dengan usikan
Suzy yang tak sudah-sudah, mankin serabut kepala aku jadinya.
Apabila
melihatkan aku yang tayang muka ‘tak kuasa nak layan’, Suzy akhirnya mengalah
juga. Dia bangkit dan terus keluar menuju ke meja kerjanya semula. Muka tak
payah nak cakaplah. Berkerut-kerut semacam dengan muncung yang dah panjang
sedepa. Tanda protes dengan sikap acuh tak acuh yang aku tunjukkan.
***
PAGI Ahad itu
aku malas hendak kemana-mana. Daripada duduk terperuk dalam bilik, aku
merajinkan diri untuk membasuh kereta Honda Jazzku. Lagipun Papa dengan Mama awal-awal
pagi lagi dah keluar.
Malam tadi Mama ada beritahu yang anak Pak Su
Manaf, adik bongsu Mama baru lepas bersalin. Mereka hendak pergi melawat. Mama
ada mengajak aku sama. Tapi, memandangkan perang saraf antara aku dan Papa
masih lagi belum reda, pelawaan Mama aku tolak dengan alasan aku ada janji temu
dengan Suzy. Padahal Suzy awal-awal sudah bagitau yang dia hendak ke Cameroon
dengan David, tunangnya. Biarlah. Takut kalau aku ikut, nanti dalam kereta pun
Papa dengan aku masih bertekak. Mama juga yang pening.
Baldi yang sudah
separuh terisi air aku tuangkan satu penutup sabun basuh Top ke dalamnya.
Selepas itu, bermulalah sesi senaman ringkasku di pagi Ahad dengan mencuci
kereta. Badan sihat, otak cerdas dan duit jimat. Itu alasan yang sering aku
beri tiap kali Mama persoalkan kenapa aku tak hantar saja keretaku ke kedai
untuk dibasuh.
“Rajinnya anak
dara ni basuh kereta”
Aku yang sedang
memanjat kerusi sambil terjengkit-jengkit membasuh bumbung kereta terkejut
mendengar ada suara garau yang menyapa. Terhinjut juga bahuku kerana terkejut.
Nasib baik aku tak melatah dan terus melompat dari kerusi. Siapalah yang ramah
sangat pagi-pagi ni? Hish! Dahlah tak reti bagi salam.
Aku terus
menoleh kearah suara yang menegur. Niat dihati ingin menyembur gerangan
siapakah yang menganggu konsentrasi aku membasuh kereta.
Tergamam aku
apabila melihat sesusuk tubuh tegap sedang menongkat dagu di atas tembok sambil
tersenyum menampakkan sepasang lesung pipit yang kerap ,membuat jantungku
bergendang tanpa irama. Aku telan air liur yang tiba-tiba rasa kesat macam
kertas pasir.
“Adam …” nama yang
hampir dua tahun aku tak sebut akhirnya meluncur keluar juga. Si empunya nama
masih tersenyum kacak. Aduh … Boleh cair aku dibuatnya. Kenapalah dia ni handsome sangat?!
“Hai Irsa … Lama
tak jumpa. Mankin cantik” dan seperti selalu, Adam masih memuji aku. Kulit muka
dah mula rasa terbakar. Panas. Mesti dah merah padam punyalah. Aku tersenyum
sebelum mengalihkan semula pandangan pada kereta yang sedang aku cuci.
“Bila Adam balik
sini?” Soalanku tanya tanpa memandang kearahnya. Aku cuba berlagak tenang.
Tangan kembali ligat mencuci semula kereta.
“Malam tadi
dalam pukul 12 sampai. So, Irsa
macamana sekarang? How is your life?”
Dari ekor mata aku nampak Adam masih lagi tersenyum sambil masih asyik
memandang aku.
“Owh … Irsa ok
je. Life is good. Adam macamana? Lama
duduk kat Australia tu. Mesti lagi seronok kan? Ke balik kali ni ada bawakan Aunty Rani calon menantu?” Aku senyum
sekilas pada Adam. Bertanya sekadar untuk memecahkan kecanggungan antara kami.
Lepas dua minit
soalan kuajukan, suasana masih senyap. Langsung tak kedengaran suara Adam.
Tangan yang sedang memberus rim tayar kereta terhenti. Takkan dah blah kot? Kenapa dia diam? Aku menoleh
kearahnya dan alangkah tekejutnya aku, apabila dia sudah berdiri betul-betul di
belakangku dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendek
separas lutut yang dipakainya. Untuk kali kedua, jantungku terasa macam nak
meloncat keluar dari sangkarnya.
Pintu pagar yang
sudah terbuka sedikit aku pandang sekilas. Macamanalah aku boleh tak dengar
bunyi pintu pagar yang dibuka. Aku bangun dan memandangnya dengan pandangan tak
puas hati.
“Suka la buat
saya heart attack. Adam ni kena pakai
loceng kat leher la Irsa rasa. Senang sikit nak detact Adam ada kat mana” Aku mengurut dada sambil tayang wajah
cemberutku padanya. Adam tergelak. Aduh! Cair lagi aku dibuatnya. Ketawa pun handsome. Hurmmmphhh…
“Kelakarlah Irsa
ni. You can change your face expression
to be so cute. Macam puss in the
boot.” Adam menyambung ketawanya.
Puss
in the boot dia kata aku? Hish! Aku lagi comel kot.
“Dahlah. Malas
nak layan Adam. Nanti tak pasal kerja Irsa ni tak settle-settle” aku masih menarik muka masam sambil terus membasuh
kereta.
“Aaaaahhhhh!!!!!”
Kuat aku menjerit apabila terasa ada air memancut kearahku dan apabila aku
menoleh, Adam suka ketawa besar sambil mengacukan getah paip pada kereta.
Seronok benar dia melihat aku yang sudah basah lencun.
“Adaaaammmmm
!!!!”
Bermulalah
adegan perebutan getah paip antara aku dan Adam dan hasilnya, dalam keadaan
matahari yang memancar kuat, perkarangan rumah aku dah macam baru dilanda
tsunami! Bila getah paip aku pegang, Adam lari mengelilingi kereta untuk
mengelak dan begitulah sebaliknya. Riuh rendah suasana dibuatnya.
“Irsalina Binti
Amat Shah??!!!”
Aku dan Adam
jadi kaku apabila mendengar nama penuhku diseru dengan agak kuat. Kami serentak
berpaling kearah pagar. Ketika itu,
tangan aku dan Adam sedang memegang getah paip dengan keadaan tubuh kami
yang sudah basah lencun begitu dekat antara satu sama lain.
Taufik!
Melihat wajah
bakal bekas tunangku yang sudah merah padam dengan mata yang membuntang
memandang kearah aku dan Adam membuatkan perutku terus rasa kecut.
Aduh! Matilah
aku. Serta merta pegangan tangan pada getah paip aku lepaskan.
“Err … Fik. Fik
buat apa kat sini? Kenapa tak call
dulu?” Perlahan aku menghampiri Taufik yang masih menyinga. Rahangnya bergerak-gerak
menunjukkan rasa marah yang memuncak.
“Kenapa? Kalau
Fik call, dapatlah Irsa terus
sembunyikan perangai sundal Irsa ni kan??!!” Aku terkejut mendengar
kata-katanya yang aku rasa agak melampau. Sundal? Kenapa begitu keji dia
menuduh aku?? Bukannya aku dengan Adam sedang berpeluk atau bercium pun. Hati
aku sudah mula panas.
“Apa Fik cakap
ni?” Suara aku sudah bertukar tegang.
Taufik ketawa
sambil bercekak pinggang. Sinis sungguh aku rasa bunyi tawanya saat itu. Buat
hati bertambah sakit. Aku mula berpeluk tubuh.
“Patutlah minta
putus tunang. Rupa-rupanya, dah ada jantan lain! Cakap dengan Uncle dan Aunty, Fik yang cemburu buta, tapi sebenarnya, Irsa yang curang!!”
Tepat jari telunjuknya menghala kemukaku. Aku mengetap bibir geram.
“Woooh, woooh, chill la bro. Tak payahlah nak
tuduh-tuduh. Saya dengan Irsa tak ada apa-apa la. We just friend” Adam yang sedari tadi diam akhirnya bersuara. Dia
menghampiri kami dan pandangan Taufik semankin menyinga. Dipandangnya tubuh
lencun Adam dari atas ke bawah, dari bawah ke atas berulang kali. Kemudian
pandangannya beralih kearahku.
“Just friend? Siap boleh bercengkerama
sambil siram-siram air sampai lencun macam ni, you masih nak nafikan Irsa? Hurrmm?” Tajam pandangan Taufik padaku.
Aku mula rasa serba salah. Melihat keadaan aku dan Adam ketika ini, aku akui,
sesiapa pun yang melihat pasti akan memikirkan yang bukan-bukan. Apatah lagi
Taufik. Nafas Taufik aku lihat turun naik, turun naik semankin laju apabila
melihat aku mendiamkan diri macam orang bersalah.
“Cakaplah.
Kenapa you diam?” Bahuku ditolak
kasar. Aku masih mendiamkan diri. Tak pasti apa yang patut aku katakan.
“Cakaplah! You kan pandai beralasan. So, what is your excuses now? Hah?”
Bahuku masih ditunjal oleh Taufik kasar.
“Relaxlah bro. Tak payah nak emo sangat. Apapun, we still can discuss this calmly right?” Adam sudah berdiri antara
aku dan Taufik. Dia cuba mengajak Taufik untuk lebih berdiplomasi.
“Hei! Siapa bro kau hah?! Aku tengah cakap dengan
tunang aku. Kau tak payahlah nak masuk campur!” Taufik bertambah berang. Kolar
baju Adam sudah dicekak. Walaupun Adam lebih tinggi dan memiliki tubuh yang
lebih tegap darinya, nampaknya Taufik langsung tidak gentar. Aku pula yang jadi
takut.
“Sudahlah Fik.
Sudah. Jangan salahkan dia. He is just my
childhood friend. Lagipun, I
minta putus bukan sebab dia atau sesiapa pun. Cuma kita yang dah tak serasi”
Aku berdiri disebelah Adam dan Taufik. Cuba meleraikan cengkaman Taufik yang
agak kuat.
“Bullshit!! After 2 years, baru sekarang you
nak cakap kita tak serasi?! Ini mesti sebab mamat ni kan? Jantan tak guna!” Aku
tak sempat hendak berbuat apa-apa sewaktu penumbuk padu Taufik melayang mengena
tepat di rahang kanan Adam membuatkan lelaki itu jatuh terjelopok. Aku hanya
menjerit sambil mendapatkan Adam. Cemas aku dibuatnya apabila melihat ada darah
yang meleleh keluar dari penjuru bibir merah itu.
“You boleh putuskan pertunangan kita
Irsa. Tapi, mark my word. I takkan biarkan you hidup senang! You
takkan dapat hidup tenang lepas ni!!” Taufik sempat mengugutku sebelum berlalu
pergi. Pandangan mataku sudah kabur. Airmata sudah merembes laju membasahi
pipi.
“Awak ok ke
Adam? I’m so sorry. Saya tak sangka
Taufik akan tumbuk awak macam ni” aku membantu Adam untuk bangun. Ketara
diwajahnya sakit yang terasa apabila bekas tumbukan Taufik disentuh. Rasa
bersalah menyelubungi diri.
“Saya ok. Awak
tak payah risau. But, are you ok?”
Ada memegang kedua belah bahuku sambil menatap wajahku dengan riak kerisauan.
Mungkin kerana aku yang sudah mula teresak-esak menangis.
“Yeah. Saya ok
lah. No need to worry. Awak baliklah
dulu. Ambil ais letak kat muka awak tu, Nanti lebam dah tak handsome” aku cuba berlawak supaya dapat
menghilangkan raut kebimbangan diwajah Adam. Dia tersenyum kemudian mengaduh
apabila senyumannya menyebabkan luka di pinggir bibir mula terasa sakitnya.
Kasihan pula aku melihatnya yang menjadi mangsa keadaan.
“Awak baliklah
Adam. Lagipun, tak elok kalau orang nampak awak lama-lama kat sini. Papa dengan
Mama saya pun tak ada ni. Saya tak nak nanti saya kena kahwin free dengan awak” apabila pandangannya
sudah mula redup semacam, aku meleraikan pegangan tangannya pada bahuku dan tubuhnyaku
tolak keluar dari pagar Dia tertawa kecil. Pagar kembali kukunci apabila Adam
sudah berada di luar.
“Ok. Tapi, kalau
ada apa-apa, please let me know ok”
aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum dan menghantar Adam pulang
dengan pandangan mata.
Aku melepaskan
keluhan berat apabila teringatkan ugutan Taufik tadi. Kereta yang sudah siap
dibilas aku pandang kosong. Nasib baiklah siap juga aku mencuci kereta hari
itu. Hurrmmm …
***
“IRSALINA! Kamu
memang sengaja nak malukan Papa kan??!!” Baru saja aku melangkah masuk ke dalam
rumah, suara Papa sudah memetir. Rasa bergegar seluruh rumah. Wajah garang Papa
sudah menanti aku di ruang tamu dengan bercekak pinggang.
“Bawa mengucap
Bang. Kita tanya dia elok-elok. Tak payahlah nak menengking-nengking” Mama yang
berdiri di sebelah Papa mengosok-gosok lengan Papa, cuba menurunkan aras amarah
Papa yang aku kira hampir mencecah 100 darjah celcius.
“Kenapa ni Mama,
Papa? “ Aku melangkah perlahan menghampiri mereka. Wajah Papa masih merah padam
menahan marah. Sudahlah tadi di pejabat, dah berbakul-bakul makian aku dapat
dari Steven, Pengurus bahagian Pemasaran di tempat kerja dek kerana kelewatan
aku menyiapkan kertas kerja. Bila sampai kat rumah, kena pula mengadap angin monsoon Papa pula. Stress sungguh lah!
“Taufik dah
ceritakan semuanya kat Papa. Rupa-rupanya, selama ni, Irsa yang curang dengan
dia kan? Pandai Irsa cari salah si Taufik tu semata-mata nak putuskan
pertunangan korang. Betul-betul memalukan! Apa Papa nak cakap dengan Uncle Hamzah dengan Aunty Hajar hah?!” Sergahan Papa membuatkan tubuhku tersentap. Ya
Allah. Cerita apalah yang Taufik dah sampaikan pada Papa dengan Mama ni?? Papa
pun dengan semudah itu percaya saja semua kata-kata lelaki itu.
Airmata sudah
mula memenuhi tubir mataku. Bila-bila masa saja bakal bercucuran keluar bak
hujan.
“Irsa …” Belum sempat aku membuka mulut untuk membela
diri, pantas Papa memotong.
“Sudah! Papa dah
tak nak dengar apa-apa lagi! Kalau Irsa tetap dengan pendirian Irsa untuk
batalkan perkahwinan dengan Taufik, Irsa boleh keluar dari rumah ni. Papa tak
nak lagi tengok muka kamu dalam rumah ni. Keluar!” Sampai begitu sekali Papa
memarahiku. Semuanya hanya kerana lebih percayakan orang luar tanpa mendengar
penjelasan dari aku, anaknya sendiri. Terasa macam hati aku dirobek-robek
sampai hancur. Tergamak Papa membuang aku. Satu-satunya zuriat yang dia ada.
“Abang! Kenapa
sampai macam tu sekali?!” Mama sudah mula menangis. Begitu juga aku.
“Biar! Saya nak
tengok berapa lama dia boleh bertahan. Anak tak sedar di untung. Selama ni,
kita didik dia supaya jadi orang yang bertanggungjawab dan tahu hormat orang.
Tapi, tengok apa yang dia dah buat kat kita? Ni nak menjawab apa dengan si
Hamzah dan Hajar pun saya tak tahu. Malu saya Zu. Malu!” Pujukan Mama yang
sudah menangis-nangis sambil memelukku tidak diendahkan Papa. Dia lebih
mementingkan air mukanya daripada menyiasat kebenaran. Papa mendengus kuat
sebelum berlalu meninggalkan aku dan Mama.
“Tak apalah Ma.
Biarlah Irsa duduk rumah kawan. Biar marah Papa tu reda dulu. Irsa cuma nak
Mama tahu yang Irsa tak salah. Mama kena percayakan Irsa. Apa yang Fik cakap
semua tu cuma salah faham. Irsa dengan Adam tak ada apa-apa.”aku memeluk tubuh
Mama kuat-kuat. Cuba menjana kekuatan untuk diriku sendiri.
“Adam?” Pelukkan
dileraikan dan wajahku ditatap Mama penuh kerutan. Aku menghela nafas panjang.
Aku tahu yang Taufik pasti tidak menyebut mengenai Adam memandangkan dia
mungkin tidak mengenali lelaki itu. Tapi, sebelum Mama dapat tahu dari mulut
orang, biarlah aku yang menceritakannya. Tubuh Mama aku tarik supaya duduk di
atas sofa. Aku mula bercerita tentang apa yang telah berlaku semalam. Tentang Adam
dan tentang pertelingkahan kecil yang tercetus.
Usai aku
bercerita, Mama terdiam. Mungkin cuba menghadam apa yang aku katakan
membandingkan dengan cerita dari Taufik.
“Mama percayakan
Irsa”
Sepatah kata
dari Mama membawa seribu satu makna buatku. Sumber kekuatan aku. Biarlah kalau
Papa memilih untuk lebih percayakan Taufik. Yang penting insan yang ditapak
kakinya terletak syurgaku mempercayai kata-kataku. Tubuh Mama aku dakap lagi.
Kali ini lebih erat.
***
Sudah dua bulan
aku tinggal bersama Meera. Teman sekerja Adam yang kebetulan memang sedang mencari housemate. Semuanya diuruskan oleh Adam.
Pada malam
selepas Papa menghalau aku keluar, setelah berkemas apa yang patut, aku terus
menuju ke kedai mamak berdekatan untuk menenangkan hati sebelum memikirkan
tempat dimana aku perlu tidur malam itu.
Aku menelefon
Suzy supaya bertemu aku di situ. Semuanya aku ceritakan padanya ditelefon
sambil menangis-nangis. Tanpa pengetahuanku, Suzy telah mengajak Abangnya,
Adam, untuk turut serta berjumpa denganku.
Walau agak
terkejut melihat Adam yang ada sama tapi aku tak mampu hendak memarahi Suzy.
Sebaik saja tubuhku dipeluk Suzy, aku terus menghamburkan semua kesedihan aku
padanya.
Adam yang rasa
bersalah dan merasa dia juga turut menyumbang di atas apa yang berlaku, lantas
mengaturkan tempat tinggalku di rumah Meera.Nasib baik Meera tak kisah diganggu
walaupun waktu itu memang sudah lewat malam.
Jadi, sejak itu,
buat pertama kalinya sepanjang aku bekerja, aku belajar untuk hidup sendiri.
Mula-mula rasa sebak juga memandangkan aku memang anak manja Mama. Tapi, masuk
bulan kedua, segala-galanya rasa lebih mudah dan tenang.
Kepada Mama aku
beritahu dimana tempat tinggal baruku tapi aku menyuruhnya supaya merahsiakan
dari pengetahuan Papa. Aku tak mahu nanti, Papa beritahu Taufik dan seterusnya
dia terus-terusan menganggu hidupku.
Bunyi telefon
yang menyanyikan lagu Happy dari Pharell William mengembalikan aku ke masa
kini.
Lebar senyumanku
apabila melihat nama Adam sebagai pemanggil. Semenjak dua menjak ni, selain
Suzy, dialah insan yang paling dekat dihatiku. Selalu ada di sisi bila aku
memerlukan. Kadang-kala aku pelik juga. Tak ada kerja agaknya mamat ni. Aku
tahu dia bekerja sebagai Consultant.
Tapi tak tahulah pula Consultant
untuk apa. Entah. Tak pernah terfikir untuk bertanya.
“Hello Irsa?
Kenapa lambat angkat telefon? Irsa ok ke? Irsa buat apa tadi?” Ambik kau! Tak
sempat aku nak menjawab, dia dah menyoal macam bertih jagung. Aku tergelak
kecil.
“Eh dia ni.
Orang tengah risau, dia boleh pula gelak-gelak” ada nada kurang puas hati pada
suaranya. Aku tersenyum senang. Ah Adam. Entah kenapa apa saja yang dilakukan
olehnya sering membuat hatiku senang. Ya. Aku senang dengan dirinya. Aku senang
kerana dia sangat prihatin pada diriku. Dengan Adam, rasa diri sangat-sangat
disayangi dan dihargai.
“Saya ok la.
Baru lepas sejam kot awak call saya.
Sekarang ni, awak nak apa pula wahai Encik Abang sayang?” Aku tergelak lagi.
Semankin akrab hubungan kami, semankin sebati perkataan sayang untuk dirinya.
“I want you to marry me my lovely
Irsalina”
Gulp! Terus
lenyap tawa dari mulutku. Lidah serta-merta jadi beku. Dada sudah mula
bergoncang hebat. Niat dihati tadi nak mengenakannya. Alih-alih, aku pula yang
terkena. Arrgghhh!! Hampeh sungguh la Adam ni!
“Gila!”
“Yes! I’m crazy over you!”
“Tapi, saya tak
nak kahwin dengan orang gila!”
“Jadi, awak
ubatkan la saya. Lepas tu, awak kahwinlah dengan saya”
“Siapa nak
kahwin dengan awak? Eiii … Tak naklah saya”
“Tapi, saya nak
juga!”
“Mengada-ngada”
“Dengan awak je”
Akhirnya tawaku
pecah. Begitu juga Adam. Ada saja jawapannya kalau dengan Adam. Dari
seserius-serius perkara sampailah kesemengarut benda, semuanya kami boleh
bualkan. Dia rajin melayan dan aku sangat suka dilayan.
“Oklah. Saya
banyak kerja. Nanti-nantilah kita sembang lagi ye” segera aku menamatkan sesi
perbualan kosong antara kami. Letih sudah mulutku asyik tergelak saja sedari
tadi.
“Ok dear. Take care. Oh ya. Esok awal pagi, saya kena balik Australia. Nak
uruskan hal-hal kerja sebelum fully
transfer ke Malaysia semula” tiba-tiba terasa sayu mendengar kata-kata Adam
itu.
“Berapa lama?”
Mendatar saja aku bertanya.
“Mungkin
seminggu atau lebih. Tengoklah kerja itu cepat ke lambat siapnya” rasa nak
menangis saja bila dia bakal meninggalkan aku. Seminggu atau lebih? Waaaa!!!
Lamanya!! Serta-merta aku sudah rasa kehilangan.
“Lamanya ...”
tanpa aku sedari perkataan itu meluncur laju. Aku tersedar bila terdengar Adam
tergelak.
“Hai, saya belum
pergi, awak dah mula rindu ke?” Adam menyambung tawanya. Aku mengetap bibir.
Malunya!!!
“Kalau Taufik
kacau saya lagi macamana?” Sengaja aku lari tajuk. Tak mahu mendengar lagi
perliannya. Sudahlah selama ini kalau dia meluahkan kata-kata cinta padaku, semedang
kena gelak. Sekarang ni, nak cakap yang aku bakal akan merinduinya pula? Apa
kes kau ni Irsalina? Sengaja nak kena bahan setahun?
Adam terdiam.
Dia memang begitu. Pantang nama Taufik aku bangkitkan. Pasti angin kus-kusnya
datang. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan aku dan Taufik sedang
bergelut di kawasan tempat letak kereta di tempat kerjaku di bahagian basement. Taufik berkeras supaya aku
mengikutnya masuk ke dalam kereta tapi aku berkeras menolak.
Mujur juga Adam
sampai tepat pada masanya. Jika tidak, entah-entah aku dah jadi apa agaknya
dikerjakan oleh Taufik yang aku nampak semankin ganas sekarang ini. Itupun
sempatlah pipiku jadi sasaran sedas dua penamparnya. Agak kuat juga sampai
berbirat lah dibuatnya.
Semenjak itu,
Adam terus berkeras aku ketempat kerja bersama Suzy. Suzy akan memandu sampai
ke rumah sewaku dan dari situ kami bertolak ke pejabat. Sekiranya aku perlu
kerja sampai lewat malam, Suzy akan dipaksa Adam supaya turut mengambil OT.
Bengang juga kadang-kala Suzy dengan sikap over
protected Abangnya terhadap aku. Tapi nak buat macamana. Dia juga yang
beriya-iya nak aku jadi kakak iparnya. Kenalah usaha dan berkorban lebih sedikit.
Kedengaran Adam
melepaskan keluhan.
“Kalaulah awak
setuju kahwin dengan saya, dah lama saya bawa awak sekali ke Australia. So, I can protect you better” sedih saja
bunyi suaranya. Rasa bersalah pula kerana telah membuatnya risau.
“Eh, apa pula sampai
kena kahwin. You have done more that
enough for me Adam. Tak tahu macamana nak balas. Lagipun, InsyaAllah saya
ok. Allah ada untuk jaga saya” aku bersuara tenang. Cuba menghilangkan
kerisauan yang telah aku cetuskan dalam hatinya.
“Repay me by marrying me … Please Irsa” sekali lagi dia merayu. Aah
Adam. Kalaulah dia seorang Islam, sudah lama lamarannya aku terima. Aku
tersenyum kelat.
“Tak semudah itu
Adam. Awak dengan saya, terlalu berbeza” aku menjawab perlahan.
“Kalau sebab our religion, I’m willing to convert just
for you” mudah sungguh lelaki ini mencari penyelesaian.
Mana mungkin aku
hendak menyuruhnya masuk Islam semata-mata kerana hendak berkahwin denganku?
Aku bukan orang yang layak untuk membimbing seorang mualaf. Diri aku sendiri
pun belum cukup sempurna sebagai seorang Muslim. Bagaimana aku hendak memimpin
tangannya menuju keredhaan Allah? Aku belum layak.
“Adam. Kalau
sebab nak kahwin dengan sayalah awak nak convert,
I don’t think that it is the right thing
to do. If you want to convert, saya nak ianya atas kerelaan awak sendiri.
Saya nak awak ikhlas semata-mata kerana ingin mengenali Islam itu sendiri.
Bukan sebab saya atau orang lain” satu-persatu aku terangkan padanya. Aku mahu
dia faham.
Sekali lagi aku
dengar Adam mengeluh.
“Okla. I have
to attend meeting right now. You
please take good care of yourself. I’ll
see you after I’m back from Ausralia. Bye
dear. Miss me ok coz I will definitely miss you”
terdengar dia ketawa tapi seperti dipaksa-paksa.
“Ok. I will miss you too. Take good care of yourself also. Bye” rasa sayu memenuhi segenap ruang
perasaan tatkala perbualan kami ditamatkan.Adam, Adam. Kenapalah kau baik
sangat pada aku? Hati sudah mula terasa kehilangannya.
****
Semenjak pulang
dari Australia, Adam seakan-akan dah berubah. Dia sudah tak sekerap selalu
menelefonku. Malah, jika dulu, hampir tiap malam aku, dia dan Suzy makan
bersama-sama di kedai makan. Tapi sekarang, cuma tinggal aku dan Suzy saja.
Bila aku tanyakan Suzy, jawapan yang aku terima selalunya adalah ‘kau tanyalah
dia sendiri’. Lepastu senyum-senyum.
Macam ada ‘sesuatu’ saja dua beradik ini. Tiba-tiba aku terbau ikan.
Sudahlah asalnya
kata cuma seminggu saja di sana. Walaupun dia ada mengatakan ‘atau lebih’, aku
tak sangkalah pula sampai sebulan! Walau setiap hari dia menelefon, tapi tetap
tidak puas kerana tidak dapat melihat wajahnya di depan mata. Ah! Aku dah macam
angau dah ni! Dengan si Taufik dulu pun bercinta juga. Tapi, tak adalah sampai
macam ni. Hati jadi sakit sebab merindu. Gila!
Ingatkan selepas
Adam pulang, dapatlah lebih kerap kami berjumpa. Tapi tak sangka pula sampai
saja di bumi Malaysia, Adam mankin sibuk dengan kerja dan masanya dengan aku
pun sudah semankin berkurangan.
Kalau hendak
difikirkan secara logik, memang tak patut aku hendak marah atau merajuk
dengannya. Dia bukannya boyfriend
atau suami aku pun. Selama ini, dia yang beriya mengucapkan sayang padaku tapi
aku mana pernah serius membalas sayangnya itu. Kalau ada pun aku panggilnya
sayang, sekadar hendak mengambil hatinya saja. Bukan bermakna aku tak suka
padanya. Cuma, perbezaan agama antara kami menjadi penghalang bagi rasa cinta
aku pada insan yang bernama Adam Ray Lim.
Petang itu,
pulang dari kerja, Suzy mengajak aku menemaninya ke The Curve Kota Damansara.
Hendak cuci mata sambil release stress
katanya. Memandangkan aku pun sedang ‘bendera merah’ aku ikutkan saja.
Dari satu kedai
ke satu kedai aku diheret Suzy. Macam nak tercabut dah kaki aku ni dibuatnya.
Dari bangunan The Curve, kami melintasi jambatan penyambung ke bangunan Ikano
Power Center pula. Cukup meletihkan.
“Jomlah masuk.
Aku tak jumpa lagi kasut yang aku nak beli ni” tangan aku ditarik-tarik untuk
memasuki kedai PADINI Concept Store. Aku memang sudah
benar-benar tak larat.
“ Kau masuklah dulu. Aku nak duduk rehat kejap kat
luar ni” aku sudah melabuhkan punggung di atas kerusi panjang yang tersedia di
luar kedai. Mungkin melihat muka aku yang berkerut-kerut kepenatan, Suzy akhirnya
membenarkan juga aku duduk di situ dan dia terus berlalu menuju ke ruang jualan
kasut Vincci di PADINI Concept Store itu.
Aku mencapai telefon di dalam beg untuk menyemak
sekiranya terdapat pesanan ringkas atau ‘panggilan rindu’ daripada Adam. Tak
tahulah kenapa dengan aku ni. Setiap hari, mesej serta panggilan dari Adam lah
yang paling aku nanti-nantikan. Hati jadi sangat sedih bila dia langsung tidak
menghubungi aku. Ingin menghubunginya, takut menganggu pula. Hai lah hati.
Janganlah begini. Buat aku terseksa saja.
Yes! Ada 3 missed
call! Cepat-cepat aku periksa siapa dia yang menelefonku. Harap-harap Adam.
Jadi, aku ada alasan kukuh untuk menelefonnya semula. Aku dah mula senyum
lebar.
Tapi, lain yang diharap, lain pula yang dapat.
Kesemua panggilan itu datangnya dari nombor milik Taufik. Eiii!! Menyampahnya
aku!!! Apa lagi yang dia nak dari aku ni?! Hilang terus senyuman aku. Yang
tinggal hanya rasa meluat dan benci yang menggunung.
Aku bangun dari duduk sambil mata aku melilau
memerhatikan kesekeliling. Melihat orang ramai yang lalu lalang. Memerhatikan
gelagat orang yang adakalanya mencuit hati. Untung-untung dapat menghalau rasa
gundah yang bertamu dalam hati aku ini.
Sedang asyik memerhati gelagat orang, tiba-tiba mata
aku terpaku pada sesusuk tubuh sasa yang sedang menghirup kopi di Dome. Macam
aku kenal. Lelaki itu nampak santai dan cukup kacak persis seorang model dengan
kemeja berwarna merah bata yang lengannya dilipat sampai kesiku dan butang baju
di bahagian paling atas terbuka. Disebelahnya pula seorang wanita bertudung dan
berjubah moden yang sangat cantik sedang ketawa sambil memandang kearah si
lelaki. Nampak sungguh mesra.
Aku terus memerhatikan pasangan itu dengan lebih
lama kerana ingin mengecam siapa lelaki itu. Lama-kelamaan, aku sudah dapat
mengecamnya.
Adam!
Ya! Tak syak lagi, itu Adam. Tapi, siapa perempuan
di sebelahnya itu? Wajah ada ala-ala seperti Mat Salleh. Jangan-jangan … Erk!
Alamak! Aku sedikit terpempan apabila mata redup Adam sudah memandang tepat
kewajahku. Sebelum dia membuka mulut, lebih baik aku cabut!
Terkocoh-kocoh aku menghampiri Suzy yang masih
membelek-belek kasut dan tanpa sebarang kata, tangannya terus aku heret keluar
meninggalkan kedai PADINI tersebut. Dalam kepala hanya terfikir untuk pulang
saja. Aku tak mahu berhadapan dengan Adam.
Tapi, siapa perempuan yang bersama dengannya itu?
Isteri dia ke? Eh, tapi, bila pula dia kahwin? Takkan sebulan dia berada di
Australia dia sempat berkahwin? Tapi, perempuan tu kan bertudung. Takkanlah dia
dah convert sebab nak berkahwin
dengan perempuan tu? Tapi, kenapa Suzy langsung tak memberitahu apa-apa?
Terlalu banyak ‘tapi’ dan tanda soal dalam fikiranku
saat ini. Tunggulah nanti. Suzy pasti akan aku soal siasat sampai aku dapat
jawapan yang aku mahukan! Pasti!
***
SUDAH seminggu peristiwa di Ikano itu berlalu dan
seminggulah juga aku mengelak dari berjumpa dengan Adam. Malah, panggilannya
sering aku reject. Suzy sudah puas
aku soal siasat tapi, semua soalan aku dia jawab dengan jawapan yang paling annoying di atas muka bumi iaitu ‘tak
tahu’. Menyampah betul!
“Wei, wei Irsa! Irsa! Kau sibuk ke? Aku ada gosip
terbaru ni!”
Terpinga-pinga aku memandang kearah Suzy yang dengan
selambanya menerjah masuk ke dalam bilik pejabat aku tanpa mengetuk pintu
terlebih dahulu. Terpamer jelas wajahnya yang penuh keterujaan. Sebiji macam
reaksi muka Eep dalam filem animasi The Croods bila Guy bagi dia kasut.
“Isk kau ni. Dah macam Reporter majalah! Pantang ada gosip terbaru, mesti kau yang tahu
dulu kan?” Aku menegur sambil tangan sibuk menekan tetikus untuk menyiapkan
graf prestasi jualan syarikat untuk bulan ini.
Suzy hanya tersengih sambil mendekatiku dan
menyandar dimeja kerjaku dengan muka masih teruja.
“Aku gerenti lepas kau dengar berita aku yang panas
terhangat yang baru keluar dari oven ni, kau akan tersengih sampai ke petang”
Suzy mengosok-gosok kedua belah tangannya sambil memandang kearahku.
Rasa ingin tahuku mula menunjukkan minat. Panas
sangat ke berita yang hendak disampaikan Suzy ni? Beriya-iya benar dia.
“Ok. I’m
listening. Cepat cakap. You got
.. hurmmm … 5 minutes!” Aku berpeluk
tubuh sambil memusatkan pandangan pada Suzy yang sudah bertepuk tangan gembira.
Macam budak kecil pun ada aku tengok si Suzy ni. Aku tersenyum nipis.
“Ini pasal Taufik!”
Dengar saja nama Taufik disebut, hilang terus
senyuman dibibirku. Tumpuan kembali aku palingkan pada skrin komputer.
“Isk kau ni. Dengarlah dulu apa beritanya. Aku tak
habis cakap lagi ni” Suzy memusingkan kerusiku menghadapnya semula. Aku
memandangnya dengan pandangan malas.
“Ok! Here goes
nothing!”
Mata aku sudah berpusing. Bosan dengan gimik Suzy
yang cuba membangkitkan rasa suspen yang langsung tak ada dalam diri aku saat
ini.
“Cakap je la.
Straight to the point please!” pintu ku acuh tak acuh. Suzy masih tersenyum
melihat mimik wajahku.
“Taufik kena tangkap basah!”
Ha???? Biar betul si Suzy ni?? Suka-suka je nak buat
cerita. Kawan perempuan pun aku tak pernah tahu dia ada, tiba-tiba kena tangkap
basah? Hish! Tak mungkin kot. Setahu aku, Taufik bukanlah lelaki playboy yang suka melayan perempuan.
“Dengan janda anak dua!”
Rasa jantung aku terskip beberapa kali denyutan. Mujur boleh sambung lagi berdenyut.
Kalau tak, sah-sah memang dah tujuh kaki ke dalam lah aku jawabnya!
***
“MAAFKAN Papa sayang” dari tadi Papa memeluk erat
tubuhku. Aku tak payah cakaplah. Menangis tak berhenti dari tadi sampai mata
dah rasa perit semacan. Mama turut memeluk kami berdua. Rasa syahdu sangat.
Sudah agak lama kami tidak bergroup hug
seperti ini.
Segala yang terjadi ada hikmahnya. Taufik yang
selama ini Papa anggap baik sangat rupanya berperangai lebih teruk dari
Castello. Erk! Takdalah teruk sangat. Taufik cuma tahap Buaya Darat je la.
Buaya Darat yang jenis baham mangsanya. Baham sampai lunyai. Siap ada yang
pernah termengandung pula tu! Hish! Nasib baiklah aku ikut gerak hati untuk
putus tunang dengannya dulu.Kalau tak, memang ada harapanlah muda-muda remaja
ni aku dapat title Mak Jan!
“Assalammualaikum!!”
Sedang kami duduk bersembang mengenai kekantoian
Taufik dengan Pejabat Agama, suara salam yang berkumandang menarik perhatian.
Kami bertiga serentak menjawab dan melangkah ke muka
pintu untuk melihat siapakan tetamu yang bertandang.
Kami berpandangan sesama sendiri melihat beberapa
orang yang agak berumur berdiri di luar pagar rumah lengkap berbaju kebangsaan.
Yang lelaki siap berbaju melayu dan bersamping manakala yang perempuan pula
dengan baju kurung yang sedondon warnanya, hijau pucuk pisang. Masing-masing
siap menatang dulang hantaran pula tu. Eh, salah rumah ke diaorang ni? Aku mula
terasa musykil sendiri.
“Ye. Cari rumah siapa ye?” Papa yang sudah
menghampiri rombongan mereka bertanya. Mereka bertukar salam.
Pakcik yang berdiri paling hadapan tersenyum. Dia
berpakaian lain dari yang lain. Berjubah dan berserban. Riak wajahnya nampak
tenang.
“Ini rumah Encik Amat Shah dengan Puan Zura ke?” Ramah
Pakcik itu bertanya.
“Iya. Inilah rumahnya. Encik ada hajat apa ye” Papa
sudah mula kehairanan.
“Mama tak tahu pun anak Mama ni ada kawan lelaki”
Mama berbisik perlahan ketelingaku. Aku cepat-sepat geleng kepala.
“Eh, Irsa memang tak ada boyfriend pun” berkerut-kerut dahiku dibuatnya. Mama tersenyum
penuh makna. Dia memeluk erat bahuku.
“Panggil je saya Pak Aman. Saya dan ahli keluarga
saya datang ni ada hajat. Boleh ke kalau kita berbincang di dalam rumah Tuan?”
Senyuman tak lekang dari bibir lelaki yang aku kira berusia separuh abad itu.
“Eh. Tak payahlah nak bertuan-tuan dengan saya.
Panggil je saya Amat. Ha, masuk, masuklah. Sila masuk” kelam-kabut Papa membuka
pintu pagar dan menjemput rombongan seramai lima orang itu masuk ke dalam
rumah.
Setelah bersalaman dengan semua tetamu dan
menghidangkan minuman kepada para tetamu, aku mengambil tempat di sebelah Mama.
“Terima kasih la Encik Amat sekeluarga kerana sudi
melayan kunjugan kami yang tak dirancang ni” Pak Aman memulakan bicara.
“Eh, tak ada apa lah Pak Aman. Tapi, tulah. Kami
sekeluarga ni musykil juga. Ada apa hajat sebenarnya ni? Macam besar je
hajatnya tu” melihat deretan dulang berisi senaskah Al-Quran, telekung dan
sirih junjung, bukan hanya aku, malah Papa dan Mama pun naik hairan.
“Oh ye. Kami ni sebenarnya mai dari Kedah nak
wakilkan anak angkat kami sampaikan hajatnya pada Encik Amat. Yang ni isteri
saya. Panggil je Mak Ju. Hak yang tu, adik saya Ali dengan isterinya, Asmah.
Dan yang sorang ni, nama dia Jali, adik saya juga.” Satu persatu ahli rombongan
diperkenalkan. Patutlah cakap macam ada slanga utara. Orang Kedah rupanya.
Cantik isteri Pak Aman. Bertudung labuh dan wajahnya persis perempuan Arab.
“ Jadi, kalau ikut adatnya, biarlah saya mulakan
dengan pantun. Boleh?” Pak Aman menyambung lagi.
“Isk. Saya ni bukan reti sangat nak berpantun Pak Aman. Tapi, sikit-sikit tu
bolehlah” Papa tersenyum malu.
“Tak pa, tak pa. Sikit-sikit pun boleh. Jadi saya
teruskan lah na?” Papa mengangguk setuju.
“Badan sakit digigit pijat,
Disapu ubat oleh si isteri,
Kami datang ni bersama hajat,
Ingin menyunting si dara sunti”
Terkebil-kebil aku memandang kearah Papa yang sudah
tersenyum lebar sambil mengerling kearahku. Menyunting dara sunti? Eh, aku ke
tu? Yela kan. Takkan la nak sunting Mama pula. Tapi, siapa Pak Aman ni? Kenapa
aku tak pernah nampak? Dia nak sunting aku untuk siapa? Takkan untuk dia kot?
Ligat kepalaku berfikir. Satu persatu wajah tetamu aku pandang. Tak ada seorang
pun yang aku kenal.
“Cantik si gadis berkebaya nyonya,
Tengok lenggoknya sampai teralpa,
Hajat disambut dengan gembira,
Tapi, boleh kami tahu untuk siapa?”
Pandai juga Papa aku ni berbalas pantun. Dalam
kehairanan aku masih boleh tersenyum. Mama pun sama. Yela. Siapa sangka, Encik
Amat Shah, Arkitek yang nampak sangat moden rupanya ada bakat dalam berpantun.
“Kami nak menyunting si dara untuk teruna kami
bernama Mohamad Adam Lim Abdullah”
Sebaris ayat dari Pak Aman serta-merta membuatkan
aku sesak nafas. Rasa macam tak cukup oksigen. Mama dan Papa sudah berkerut
muka memandang kearahku.
“Err … Kami kenal ke Encik Mohamad Adam ni?” Bila
melihat wajah aku yang terpinga-pinga Papa terus bertanya pada Pak Aman.
Pak Aman tersenyum tenang.
“Encik Amat sekeluarga rasanya kenal sangat dengan
Encik Adam kita ni. Dia anak kepada Encik Raymond Lim dan Puan Rani Lim”
Mankin bulat mata aku jadinya. Adam?! Adam Ray Lim
ke yang dimaksudkan oleh Pak Aman ni?? Setahu aku, anak Uncle Raymond dengan Aunty
Rani memang dua orang sahaja. Suzy dan Adam. Tapi, kenapa namanya ada
‘Mohamad’ dipangkalnya? Sudah Islamkah
dia? Arggghhhh!!! Kenapa Suzy langsung tak beritahu aku apa-apa?!! Rasa nak
pengsan sekarang juga!!
***
CINCIN emas putih bertatah permata zamrud berwarna
biru yang tersarung cantik dijari manis, aku tatap dan belek untuk kesekian
kali. Merahnya inai di jari jemari runcingku juga ku pandang tanpa jemu.
Rasa macam dalam mimpi pula apabila aku, Irsalina
Binti Amat Shah, dengan sekali nafas pagi tadi, telah selamat dinikahkan oleh
Papaku sendiri. Dan yang paling buat aku rasa nak tampar muka sendiri banyak
sekali sebab nak sedarkan yang ini betul-betul kenyataan bukannya cubaan apabila
insan yang ditakdirkan Allah untuk menjadi suamiku merupakan insan yang tak
pernah aku jangka sebelum ini. Dialah suamiku yang sah, Mohamad Adam Lim
Abdullah.
Ya! Orang yang sama dengan pemilik nama Adam Ray
Lim. Dia adalah Adam yang sebenarnya aku cinta selama ini. Dia adalah … Adamku.
Bezanya
sekarang, Adam sudah menjadi seorang Muslim. Dan dia menganut agama suci
ini adalah di atas sebab yang sepatutnya. Iaitu berkat hidayah dari Allah.
Bukan kerana ingin mengahwini aku semata-mata.
Sebulan dia kembali ke Australia rupanya bukan atas
urusan kerja semata. Di sana, dia mula belajar mengenali Islam dengan lebih
mendalam dari Ammar dan juga isterinya, Iman. Perempuan yang aku nampak sedang
ketawa mesra bersama Adam di Dome. Rupa-rupanya, waktu itu, Ammar ada bersama
cuma sewaktu aku ternampak mereka, Ammar ke tandas. Hurmm … Kalau dalam hati
ada cinta dan cemburu memang begitu. Cepat sangat berburuk sangka. Irsalina,
Irsalina.
Ammar merupakan anak Pak Aman yang memang dikenali
Adam sejak dari zaman belajar lagi. Selama belajar dulu pun, Ammar ada juga menceritakan
pada Adam tentang Puasa, Solat dan Zakat.
Paling aku tak sangka, rupa-rupanya sejak tinggal di
Australia, Adam yang kebetulan duduk serumah dengan Ammar memang sudah cuba
menjalani kehidupan seperti seorang Muslim. Dia belajar berpuasa dan juga cara
bersolat dari Ammar. Malah, dia kerap mengikut Ammar menghadiri program-program
agama yang diadakan di sana.
Aku betul-betul bersyukur kepada Allah kerana
Islamnya Adam bukannya di atas sebab dia ingin mengahwini aku semata-mata.
Tapi, dia betul-betul ikhlas untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar.
Uncle Raymond dan Aunty
Rani yang kini aku panggil dengan panggilan Daddy dan Mummy juga begitu supportive terhadap pilihan yang dibuat
oleh Adam. Apa yang penting bagi mereka adalah kebahagiaan anak-anak mereka.
Suzy pula antara insan yang paling gembira dengan
penyatuan antara aku dan Adam. Seronok bukan main dia. Siap planning nak tinggal sekali dengan aku
dan Adam apabila kami berpindah ke rumah sendiri yang dibeli oleh Adam nanti di
Putra Height. Kacau daun sungguh! Nak menempel saja dengan aku. Tapi … Aku tak
kisah pun. Bagus juga. Bila Adam sesekali terpaksa ke Australia, adalah juga
teman aku di rumah.
“Assalammualaikum” terasa deruan hangat nafas
ditelingaku beserta dengan salam yang dihulur dalam nada yang cukup romantik.
Pantas aku menoleh dan terpampang wajah kacak Adam yang sedang tersenyum
menggoda di sebelahku. Perlahan salamnya aku jawab. Dada sudah mula mengalunkan
irama yang tak senada.Dub dub dab, dub dub dab, bunyinya.
Entah bila masanya dia masuk ke dalam bilik aku pun
tak sedar. Tahu-tahu dia sudah duduk di atas birai katil di sebelahku dengan
hanya bersinglet dan berkain pelekat. Terasa panas mukaku apabila melihatnya
dalam keadaan begitu untuk kali pertama.
“Sayang buat apa senyum sorang-sorang ni? Hurm?
Sampai Abang masuk pun tak sedar” lembut pipiku dielusnya. Irama jantung
semankin tak keruan dibuatnya.
“Err … Kerja kat luar dah selesai ke? Biar Irsa
tengoklah kejap” kelam-kabut aku bangun dan niat dihati hendak keluar dari bilik
itu supaya rentak jantung yang semankin kuat ini dapat aku redakan sedikit.
Baru hendak melangkah, tanganku sudah ditarik oleh
Adam dan hasilnya, elok saja aku landing
di atas pangkuannya. Apalagi! Mankin merah padam la muka aku jadinya!
“Tak payahlah nak sibukkan dengan kerja kat luar tu.
Sayang ada kerja yang lebih penting lagi kat dalam bilik ni dengan Abang” Adoi!
Terasa nak tercabut dah jantung aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan panahan
mata Adam yang tersangatlah menggoda malam ini.
Aku kaku bak mumia apabila pipiku dikucup lembut.
Kemudian perlahan-lahan beralih pula di dahi, hidung dan akhir sekali di bibir.
Aku terus terpaku tak berkutik barang satu milimeter sekalipun. Hangatnya
kucupan Adam mula membuai perasaannku. Terasa macam berada diawang-awangan.
“Kalau dari dulu lagi Irsa terima Abang, dah
berderet agaknya anak kita kan. Jadi malam ni, Abang nak balas dendam untuk
beberapa tahun yang kita dah wasted
kan tu. Are you ready Sayang?”
Erk! Terasa lidah tergulung dalam mulut. Langsung tak
ada jawapan. Adam tersenyum lalu mencempung tubuhku dan diletakkan
perlahan-lahan di atas katil.
“Ready or not,
here I come!”
Papa! Mama! Tolong Irsa!!!!!!
-TAMAT-
P/ S : “Sesungguhnya engkau
(Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka,
tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Qasas, 28 : 56)
Baru terjumpa blog ni....nice cerpen...keep it up...
ReplyDelete