Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, January 15, 2016

GADIS CENGENG : BAB 7

SETELAH seminggu berpenat lelah mengharungi hari-hari ditempat kerja dengan penuh kesabaran dan ketekunan, akhirnya tiba juga hari minggu yang dinanti-nantikan Ammara.

Pagi itu, selesai menunaikan solat subuh, Ammara terus menyambung semula lenanya.

Baru saja hendak dibuai mimpi ketukan bertalu-talu dipintu bilik membuatkan tidurnya terganggu.

“Ara … Along dengan Kak Fatin nak ke Alamanda sekejap. Ara nak ikut ke?” Kedengaran suara Ammar dari luar biliknya.

“Takpelah Along. Ara nak rehat kat rumah je la hari ni. Along pergilah! Have fun!” Ammara menyahut dari balik selimut. Ammar menjawab ‘OK’ sebelum dia melangkah pergi. Ammara apa lagi, terus sambung balik pelayarannya di lautan mimpilah.

Lama juga Ammara terlena kerana sedar-sedar sahaja, jam di dinding sudah menunjukkan ke pukul 10 pagi. Hendak terus tidur, Ammara bukan boleh tidur terlalu lama. Memang sakit kepala ibarat diserang migrainlah jawabnya nanti.

Bangkit saja dari tidur dia terus mencapai tuala dan bilik mandi ditujunya. Ingin segarkan badan sebelum melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Selesai mandi, dia menyarungkan tshirt dan seluar palazzo dengan rambutnya yang panjang melepasi pinggang diikat tinggi. Perut yang sudah berbunyi-bunyi minta diisi membawa kakinya terus menuruni tangga menuju ke dapur.

Di atas meja makan sudah terhidang cekodok pisang, kuatiau goreng kerang dan juga air Nescafe o panas. Walaupun dia tak begitu serasi dengan kakak iparnya, namun, Ammara tidak menafikan yang Fatin memang pandai memasak. Apa pun lah hasil air tangannya pasti sedap sehingga menjilat ibu jari kaki.

“Ara dah bangun rupanya”

Suapan kue tiau terus terhenti apabila suara yang puas dielak sepanjang minggu kedengaran begitu hampir dengannya.

Tanpa diundang dan dengan secalit senyuman manis menampakkan sepasang lesung pipit yang pernah menjadi igauan Ammara suatu ketika dulu, Fath mengambil tempat duduk di meja makan betul-betul di sebelah Ammara.

“Wow! Lama tak jumpa Ara, Ara mankin cantiklah” naik loya tekak Ammara dengan pujian Fath yang langsung tak didambakan itu. Benci sungguh dia pada lelaki itu. Macamanalah dia boleh terlupa kewujudan lelaki itu dalam rumah Alongnya.

No more glasses, no more brasses and the best part is no more extra fat. Ara memang nampak betul-betul lain lah” Fath masih lagi memuji. Sungguh dia tak sangka di sebelahnya kini adalah Ammara Saffiya, gadis nerd yang pernah meminatinya suatu ketika dulu.

Ammara hanya mendiamkan diri. Kue tiau disuap lambat-lambat ke dalam mulut. Seleranya tiba-tiba mati dengan kehadiran Fath di situ.  Kalaulah pujian itu diberikan beberapa tahun dahulu, ketika dia masih memuja lelaki itu, pasti dia akan tersipu-sipu malu minta terus dipuji. Namun sekarang segalanya sudah berubah. Dia bukanlah Ammara Saffiya yang dulu.

“Ara … “ Terasa laju saja darah dari kakinya berpusu-pusu meluru ke kepala disaat tangannya disentuh Fath. Berdesing rasa telinganya apabila terasa genggaman erat Fath.

“Hei!! Kau ni kenapa pegang-pegang aku ha?!! Kau ingat aku ni nenek kau ke? Sesuka hati je nak pegang-pegang. Huh!” tangannya ditarik kasar. Menyinga pandangan matanya pada Fath ketika itu. Mahu saja lelaki itu ditelan hidup-hidup. Mujur dia bukanlah manusia kanibal.

Fath nampak sedikit tersentak dengan tindakbalas Ammara yang sungguh tidak disangkanya itu.

“Kau jangan ingat, lepas apa yang kau pernah buat kat aku dulu, aku nak melutut pujuk rayu kau lagi!! Mr. Fath Iqbal. You are not as great as you used to be coz I’m not the same person that you used to bully. So, back off! ” Tanpa menunggu lebih lama, pinggan yang masih berbaki separuh lagi isinya dibawa kesinki. Kaki terus diatur menaiki tangga menuju ke biliknya semula.

Di dalam bilik, Ammara menukar pakaian kepada kemeja putih lengan panjang dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh dan sehelai shawl berbunga paisley dililitkan ke kepala. Beg tangan dan kunci kereta turut dicapai sebelum dia keluar dari bilik.

Tak sanggup dia berdua-duaan dengan Fath di dalam rumah itu. Walau sudah lebih 4 tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu, namun rasa sakit hati yang ditinggalkannya ibarat baru semalam saja berlaku. Kesal pula hatinya kerana tidak mengikut Alongnya tadi.

“Ara! Ara nak kemana tu?!” Jeritan Fath langsung tidak dihiraukan. Dia terus memecut kereta Myvinya meninggalkan perkarangan rumah Ammar tanpa menoleh ke belakang. Airmata sudah berlumba-lumba menuruni pipinya laju.


“YA ALLAH hensemnya dia Amy” bahu temannya yang sedang asyik menikmati mee rebus digoncangkan penuh teruja. Sampai tertumpah-tumpah kuah mee rebus yang hendak dihirup Amy dibuatnya.

“Hish kau ni Ara. Macam tak pernah tengok muka si Fath tu je. Isk. Tengok ni. Sampai tumpah kuah mee aku. Rugilah. Bayar harga penuh tau” Amy  merungut tak puas hati. Ammara buat tak tahu sambil menahan cun dan penuh teruja membalas sapaan tangan Fath dari jauh padanya.

Cemin mata yang melorot di atas batang hidungnya dinaikkan sedikit. Pandangannya masih tertacap pada jejaka bertubuh tinggi lampai berdada bidang yang sedang rancak bersembang dengan beberapa orang rakannya yang lain sambil turut sama menikmati mee rebus tidak jauh dari mereka.

“Aku peliklah kau ni. Bukan kau dengan si Fath tu baik ke? Rasanya, dalam ramai-ramai kawan perempuan yang dia ada kat dalam kampus ni, dengan kau lah yang dia paling kamceng. Apakata kau pergi bagitau je dia perasaan sebenar kau tu. Dah dekat setahun aku tengok kau admire dia dari jauh. Kalau macam ni gayanya, memang tak merasalah kau nak jadikan dia tu pakwe kau” Amy meneruskan suapan mee rebusnya sambil mulutnya sibuk memberikan nasihat percuma buat teman baiknya itu.

“Kau gila? Dia tu jejaka pujaan semalaya kot. Takkan maunya dengan aku gadis bulat yang diaorang panggil Doraemon ni ha. Nanti tak pasal-pasal, dia terus ban aku dari friend list nya” Ammara sedar akan keadaan fizikal dirinya. Manakan layak hendak digandingkan dengan Fath Iqbal. Jejaka kacak berlesung pipit yang menjadi idaman ramai.

“Ikut suka kaulah. Aku cuma taknak kau tu berputih mata. Kecundang sebelum mencuba. Sekurang-kurangnya, kalau dia tolak kau pun, takdelah kau asyik menjeruk rasa tiap kali ada student freshies dok mengendeng dengan dia” Amy masih dengan cadangannya. Dia hanya mahu yang terbaik untuk sahabat baiknya itu. Walaupun bercermin mata, gigi berpagar besi dan badan sedikit berisi, Ammara dimatanya masih lagi seorang gadis manis yang gemar membuat orang disekelilingnya tersenyum. Walaupun agak cengeng, namun Ammara berhati keras. Apa saja yang dihajati, pasti akan diusahakan selagi termampu.

Namun, apabila ia melibatkan jejaka bernama Fath Iqbal, dia tak tahu kenapa Ammara begitu takut untuk mencuba nasib. Walhal, lelaki itu merupakan salah seorang yang paling akrab dengan Ammara di kampus itu.

Masuk tahun kedua pengajiannya di UiTM, Ammara nekad. Cadangan dari Amy tahun lalu perlu diusahakan. Mana tahu, untung nasibnya dapat memiliki Fath sebagai teman lelaki. Lagi-lagi apabila memikirkan keakraban hubungannya dengan Fath yang serba sedikit dapat meniupkan semangatnya untuk meluah rasa.

Langkah pertama, mengirim surat cinta. Agak old school untuk dipraktikkan dalam zaman millennium. Tapi, itu cara yang dipilih Ammara kerana baginya, kata-kata yang ditulis dari titik peluhnya lebih bermakna dari email, whatapps atau apa saja teknologi  moden yang seangkatan dengannya.

Walau bukan pelajar jurusan sastera, Ammara berusaha untuk  mengarang surat cinta yang paling romantik. Siap dengan sisipan lagu Count On Me dari Bruno Mars dihadiahkan buat jejaka yang diidam.

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you

And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you

Segala-galanya berjalan lancar bagi Ammara sehinggalah kejadian pada suatu petang yang diiringi dengan hujan renyai-renyai di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi menjadi titik perubahan pada seorang gadis bernama Ammara Saffiya.

Seperti kebiasaannya, Ammara dan Amy akan menghabiskan masa berbincang mengenai tesis yang perlu disiapkan sebelum memulakan sesi kuliah yang seterusnya untuk hari itu.

“Ammara Saffiya!!”

Tersentak dengan timbunan surat yang dicampakkan di hadapannya, Ammara mendonggakkan kepalanya perlahan-lahan untuk melihat siapa empunya suara yang bergema menyebabkan semua yang ada di situ memandang kearah mereka.

Bulat mata Ammara apabila melihat Fath dan beberapa rakannya yang lain berdiri di hadapannya dan Amy dengan muka angkuh.

“Engkau ni memang jenis tak tahu malu kan??” Jari telunjuk Fath menunjuk tepat kearah muka Ammara dengan raut wajah yang merah padam. Ammara terkedu. Dapat dirasakan yang semua darah yang ada dimukanya berduyun turun ke kaki. Pucat lesi rasanya mukanya saat ini.

 “Kau ingat bila aku baik dengan kau, kau ada harapan nak pikat aku? Heeeiii …  cerminlah diri kau tu dulu! Atau kau nak aku belikan cermin yang lebih besar untuk kau?? Eh, kau ambik balik semua sampah-sarap kau ni dan aku rasa baik kau tanam je la lepas ni sebab aku rasa tak ada orang yang sanggup simpan sampah kau ni! Buat malu je! So, aku nak nasihatkan kau, lain kali, kalau nak bagi lagi sampah macamni kat aku, cuba belajar cermin diri tu dulu sebelum kau dapat malu besar! Kau kena ingat ye. Enggang takkan sama sekali dapat terbang dengan pipit. Sedarlah diri tu sikit! ” Dahinya ditunjal kasar sebelum Fath berlalu dengan rakan-rakannya yang melemparkan senyuman sinis kearah Ammara.

“Kurang ajar betul!” Amy mendengus geram setelah Fath and the gang berlalu agak jauh meninggalkan mereka. Ammara yang sudah merembeskan airmata diusap-usap bahunya.

 “Sabar Ara, sabar. Manusia macam tu memang tak layak dapat kasih sayang kau. Your are too good for him” Amy semankin panik apabila tangisan dan sedu-sedan Ammara bertambah kritikal.

 Hujan yang semankin lebat ketika itu mengambarkan betapa hancur luluhnya hati Ammara. Langsung tidak diduga Fath akan menyerang dan menjatuhkan maruahnya sebegitu teruk.

Tapi, bagaimana Fath tahu bahawa dialah yang menulis semua surat-surat tu?? Siapa yang memberitahunya? Setahunya, tiada siapa yang tahu mengenai surat-surat itu walau Amy sekalipun. Ah! Itu semua tak penting! Apa yang pasti hatinya sudah tercalar pedih dan hari  itu Ammara berikrar pada diri sendiri yang dia takkan semudah itu lagi untuk tunduk kepada makhluk bernama LELAKI!!