Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, March 28, 2017

KISAH KAMI : BAB 31

PAGI itu, seawal jam 5, aku sudah terjaga dari tidur. Perlahan-lahan tangan Rayyan yang melingkari pinggang kualihkan dan langkah kaki segera kuatur ke bilik air. Setelah pasti pintu sudah terkunci rapat, cermin didinding aku tatap lama. Kepala cuba memproses apa yang terjadi diantara aku dan Rayyan malam tadi. Tiba-tiba pipiku berubah warna kemerahan. Jari jemariku sudah berapa di bibir yang masih terasa kehangatan kucupannya malam  tadi. Aduh! Macamana aku hendak berhadapan dengan Rayyan selepas ini?

Walau tiada yang lebih-lebih berlaku antara kami, tapi, bila memikirkan yang aku elok sahaja terlena di dalam pelukan hangatnya sehingga kepagi membuatkan dada berdegup kencang.

Okay Saf. Relaks. Tak ada apa-apa pun yang jadi. Relaks. Okay, tarik nafas. Lepas. Tarik. Lepas.

Setelah agak reda rentak jantung, aku segera membersihkan diri sebelum mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh dan mengejutkan Rayyan sama.

Selesai solat subuh berjemaah bersama Rayyan, aku segera ke dapur untuk membantu Mak Som dan Puan Sri Maria menyediakan sarapan pagi. Tidak betah berlama-lama di dalam bilik berduaan dengan Rayyan yang asyik merenungku dengan pandangan yang boleh kukategorikan sebagai nakal atau dengan lebih tepat, gatal!

Memandangkan sekolah masih bercuti, Rania kubiarkan tidur dengan lebih lama. Rambut yang masih basah kubiarkan lepas dengan cekak berwarna putih merah kukenakan ke kepala agak nampak lebih kemas.

"Selamat pagi Mama, Mak Som" Aku menegur sebaik sahaja sampai di dapur. Puan Sri Maria yang sedang menyedokkan sambal tumis ikan bilis dari dalam kuali menoleh lantas tersenyum memandangku. "Ha eloklah Saf dah turun. Mama nak minta Saf buatkan cekodok kentang yang Saf buat hari tu. Sedaplah. Tiba-tiba pula teringin" Mangkuk kaca yang sudah penuh terisi sambal dibawa ke atas meja makan yang sudah siap tersusun rapi.

Tadi, sewaktu aku melintasi meja makan tersebut, semangkuk besar nasi lemak dan beberapa piring hidangan pelengkap seperti hirisan timun dan telur rebus sudah siap tersedia.

"Eh, Mama ni tiba-tiba teringin, mengidam ke?" Aku tersenyum mengusik. Kabinet dapur kubuka dan bahan-bahan untuk membuat cekodok kentang aku keluarkan satu persatu. "Isk. Ke situ pula kamu ni. Mama ni tunggu kamu tambahkan cucu untuk Mama je sekarang ni. Takkan dah tua-tua macam ni nak tambah anak" pinggangku dicuit membuatkan aku menggeliat kegelian sambil tergelak kecil.

Ada rasa malu yang menerjah apabila mendengar kata-kata dari Mak Mertuaku itu. Cucu? Baru tiga bulan takkan dah nak aku bagi dia cucu kot? Hish! Seram pula aku bila memikirkan kemungkinan yang aku bakal menjadi ibu dalam usia yang aku kira masih terlalu muda ini.

Entah kenapa, aku cuba membayangkan bagaimana agaknya nanti kalau aku mengandung. Kemana-mana dengan perut yang memboyot dan Rayyan pula memimpin Rania. Terasa kelakar pula bila difikir-fikirkan.

"Menung apa tu? Cepatlah bancuh cekodok tu. Nanti bolehlah Mak Som tolong gorengkan" Terasa bahuku dicuit dan wajah Mak Som yang sedang menyunggingkan senyuman di sebelah kupandang.

Aku melihat kesekeliling dan baru aku sedar yang Puan Sri Maria sudah meninggalkan kami berdua di dapur. "Mama mana Mak Som?" Aku bertanya dengan tangan ligat mengupas kentang satu persatu."Tula. Asyik berangan saja. Mak Mertua pergi pun tak sedar. Dia naik ke atas, kejutkan Tan Sri" Mak Som masih tersenyum. Pandangannya padaku agak berlainan saat ini.

"Kenapa Mak Som pandang Saf macam tu?" Aku bertanya. Kentang yang sudah di kupas aku potong memanjang dan aku rendam ke dalam mangkuk berisi air agar tidak lebam.

"Berseri-seri je Mak Som tengok muka Saf pagi ni" Mak Som berkata dalam nada berbisik membuatkan aku segera berpaling kearahnya."Isk. Berseri-seri apanya pula Mak Som ni. Macam biasa jela. Mana ada berseri apa pun" Aku menjawab dalam nada yang sedikit gelabah. Tangan masih ligat membancuh tepung yang sudah dimasukkan bawang,kentang, air suam dan juga sedikit garam.

"Ada apa-apa jadi ke malam tadi" bisik Mak Som perlahan sambil mencapai adunan cekodok yang telah sudah siap aku bancuh dan satu persatu acuan tangan sebesar biji cempedak dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak yang sudah panas berasap. Bulat mataku memandang kearahnya. Tergelak kecil dia apabila terpandangkan reaksiku.

"Saf, pergilah kejutkan Ray dengan Rania. Bolehlah kita sarapan sekali. Mama nak ke butik sekejap lagi. Papa pun tengah bersiap nak pergi kerja. Cekodok tu biarlah Mak Som yang sudahkan menggorengnya" Puan Sri Maria yang sudah siap mengenakan sepasang jubah gabungan warna hitam dan magenta serta tudung yang sedondon bersuara dari arah pintu yang memisahkan ruang makan dengan ruang dapur. Jam didinding kukerling sepintas lalu. Sudah pukul 8 rupanya. Patutlah masing-masing sudah bersiap ke tempat kerja.

"Ha .. Yela Ma" Mak Som yang masih tersenyum penuh makna pantas aku tinggalkan. Malas hendak terus melayan soalan-soalannya yang hanya akan membuatkan aku malu sendiri. Langkah segera kuatur ke bilik Rania terlebih dahulu kerana anak kecil itu perlu kumandikan.

Selesai menyiapkan Rania dan menyuruhnya agar turun menungguku dimeja makan, aku melangkah perlahan menuju ke bilik tidurku dan Rayyan.

Aku menarik nafas dalam dan tombol pintu kupulas perlahan-lahan. Dengan aksi gerak perlahan, aku menjongolkan kepala dicelah pintu yang sudah terbuka sedikit. Pandangan mataku meliar kesekeliling bilik. Berkerut dahiku apabila kelibat Rayyan tidak kelihatan. Katil dan Sofabed sudah siap tersusun rapi. Aku cuba memasang telinga dan akhirnya menarik nafas lega apabila terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi. Barulah rasa yakin untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu kukatupkan semula.

Sudah menjadi kebiasaan untuk aku menyediakan sepersalinan pakaian buat Rayyan sebaik sahaja dia selesai mandi. Segera aku membuka almari pakaian yang terletak di dalam bilik sederhana besar yang bersambung dengan bilik tidur kami yang memang dikhaskan sebagai walk-in wardrobe dimana terletaknya beberapa buah almari pakaian pasang siap berwarna walnut dikelilingi oleh cermin yang tingginya hampir mencecah ke siling .

Pengalaman aku sebagai Curtains Consultant di Greta's Curtain ternyata berguna juga dalam menjalankan tanggungjawab untuk memilih pakaian untuk Rayyan.

Mana tidaknya, dengan deretan pakaian yang dimiliki oleh suamiku ini, pasti mudah sahaja untuk aku membuat kesilapan dalam proses mix and match dalam membuat pemilihan. Dengar macam kerja mudah. Tapi, 3 bulan menjadi isteri kepada Rayyan Iskandar sudah cukup untuk membuatkan aku faham benar dengan kepekaan suamiku ini tentang fesyen terkini.Cerewetnya, ya ampun! Boleh bernanah telingaku apabila dia mula membebel mengenai kepentingan gaya penampilan diri dikhalayak ramai, hatta di dalam rumah sekalipun.

Setelah puas membelek dan mengambilkira kemungkinan dia ada urusan di luar hari ini, aku terus memilih sepasang baju tshirt putih berkolar V jenama Georgio Armani dan dipadankan dengan seluar jeans levis berwarna biru lusuh.

"Pandai Saf pilih" terkejut aku mendengar suara Rayyan berkumandang betul-betul di belakangku. Hampir melatah aku dibuatnya. "Astaghfirullahalazim! Terkejut saya, awak ni!" Aku mendengus marah sambil menjelingnya geram. Hilang segala panggilan 'Saf' dan 'Abang' antara kami. Dia hanya tersenyum. Menayangkan sepasang lesung pipit yang sememangnya menjadi daya penariknya itu.

"Nah ni baju awak. Nanti kalau dah siap turunlah bawah. Semua tengah tunggu nak sarapan sama-sama tu" Pakaian yang telah aku pilih segera aku serahkan padanya. Wajah segera kupalingkan apabila tersedar yang Rayyan hanya mengenakan sehelai tuala membaluti bahagian bawah tubuhnya sahaja. Kali pertama susuk tubuhnya yang sasa dapat kulihat dengan jelas semenjak kami berkahwin. Tiba-tiba pipi terasa panas.Ah sudah! Mesti muka aku dah macam udang kena panggang ni.Haish!!

Belum pun sempat aku melangkah untuk melarikan diri darinya, lenganku dipautnya pantas.Dalam sekelip mata aku sudah berada dalam dakapannya. Terpana aku dibuatnya. Kami berada dalam posisi itu untuk beberapa ketika.

"You smell so nice la sayang " Menyedari kelainan dari nada suaranya, pelukannya segera aku leraikan. Sebelum sempat dia menahan, aku sudah meluru laju ke pintu bilik.

"Gatal!" Getusku geram sambil menjelirkan lidah kearahnya. Semankin terasa sebal hatiku apabila dia hanya menyahut dengan deraian tawa yang boleh kudengar walaupun pintu bilik sudah kututup rapat. Pipi yang terasa panas aku pegang sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Rayyan Iskandar memang pandai membuatkan wajahku sering berubah warna seperti udang kena bakar!

SELESAI sahaja bersarapan, Tan Sri Rasydan terus bergerak ke pejabat manakala Rania mengikut neneknya ke butik. Aku menolong Mak Som mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang kotor di sinki. Bibik Janah dan Suryanti pula mula sibuk dengan aktiviti mengemas banglo 3 tingkat ini merangkap juga kerja-kerja mencuci kain baju. Rayyan kulihat sedang duduk santai di ruang tamu sambil membaca suratkhabar dengan tv yang terpasang.

Sebaik sahaja selesai mencuci pinggan, telefon yang kuletakkan di atas peti sejuk mula berlagu minta diangkat. Tangan segera kulapkan dengan tuala kecil yang sememangnya disangkutkan di pengantung berhampiran dengan sinki. Skrin telefon aku tatap dengan dahi berkerut. Daniel? Ada apa pula mamat ni telefon aku ni? Dalam hati aku tertanya-tanya sendiri.

"Assalammualaikum" Aku cuba menjawab dalam nada setenang yang mungkin.

"Waalaikummussalam. Hai Safiyyah. Ni saya ni, Daniel. Err .. awak sibuk ke? Saya menganggu awak ke?"  bertubi-tubi soalan diajukan.

"Eh. Takdalah. Mana ada awak menganggu. Saya baru je habis cuci pinggan mangkuk. Ada apa awak call saya Daniel?" Aku melabuhkan punggung di atas kerusi makan.

"Emm .. Nothing. Saja je. Just nak dengar suara Safiyyah je. So, Rayyan dah balik ke?" Jawapannya membuatkan aku agak keliru. ‘SAJA’? Sebab tu je dia call aku?

"Safiyyah? Awak dengar tak saya tanya ni?" suara yang kedengaran di corong telefon membuatkan aku sedikit tergamam.

"Err .. Sorry. Hmm .. Rayyan ada.  Awak nak cakap dengan dia ke?" Aku menjenguk ke ruang tamu untuk melihat kelibat Rayyan sekiranya dia masih berada di situ.

"Cari siapa tu?” Suara yang kedengaran dari arah belakang membuatkan aku agak terkejut. Cepat-cepat aku menoleh dan pandangan mataku menyoroti langkah Rayyan yang sedang mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan denganku.

Bila masa pulak la dia ni ada kat belakang aku. Dahiku mula berkerut. Pandangannya tertumpu padaku dengan kening yang dinaikkan menunggu jawapan daripadaku.

"Eh takpela. Kalau saya nak cakap dengan Rayyan, dah lama saya call dia direct kan. So, hujung minggu ni awak ada plan nak pergi kemana-mana ke?" Belum sempat aku membuka mulut menjawab soalan Rayyan, Daniel pula sudah melontarkan soalan kepadaku.

"Err .. hujung minggu? Err .. Emmmm ... tak tahu lagi. Kena tengok Rayyan la. Takut dia dah ada plan dia sendiri" Mataku tertacap kewajah Rayyan yang mula berkerut apabila namanya disebut.

"Eh, bukan hujung minggu ni dia dah kena 'fly' lagi ke?" pertanyaan dari Daniel membuatkan aku berfikir sejenak. Cuba mengingatkan sekiranya Rayyan ada memberitahu tentang jadual penerbangannya padaku.

"Yeke .... ? Takpelah. Nanti saya confirmkan balik dengan dia. Oklah Daniel. Saya ada kerja sikit nak buat. Hmm .. Esok-esoklah kita sambung sembang ye. Assalammualaikum" punat merah segera kutekan setelah Daniel  menjawab salamku. Lemah saja kedengaran suaranya.

"Siapa? Daniel?" Ringkas soalan yang meluncur keluar dari mulut Rayyan. "Ha? Hmm .. Ha'ah Daniel. Hmm ... Kawan awaklah. Yang kita jumpa masa majlis kat rumah Katrina hari tu" Aku menerangkan sambil bangun dari tempat duduk.

Memandangkan Rania tiada, aku berkira-kira ingin merehatkan diri di dalam bilik sambil membaca novel-novel yang masih belum sempatku baca.

"Nak kemana tu? Abang belum habis tanya ni. And one more thing, mulai sekarang, Abang tak sukalah Saf ber'awak-awak' dengan Abang" Ada ketegasan dalam nada suara Rayyan. Aku menoleh kearahnya.

"Hmm .. Kalau macam tu nak panggil apa?" Aku bersuara selamba. Masih berdiri bersandarkan kerusi makan.

"Panggil Abang. Kalau tak nak, Saf boleh panggil Baby ke, Darling ke, Honey ke .. You choose" Lemah terasa lutut aku mendengar permintaannya itu. Terpamer senyuman nakal dari bibirnya.

"Ok. Clear? Sekarang berbalik pada hal Saf dengan Daniel tadi, mana dia dapat nombor telefon Saf?" Aduyai. Ini yang malas aku nak terangkan ni. Mesti banyak lagi soalan susulan yang akan keluar dari mulutnya nanti. Akhirnya aku mengambil tempat duduk di hadapannya semula. Keduabelah tangan kuletakkan di atas meja makan.

"Ok. Macam ni. Hari tu kan ada kenduri arwah kat rumah Umi kan? Pagi tu, sebelum pergi rumah Umi, saya singgah dulu kat Jusco, 1Utama. Nak belikan barang dapur untuk Umi. Masa kat situlah terserempak dengan si Daniel tu. Sebelum balik, sempat la kitaorang tukar-tukar nombor telefon. Kenapa? Awa .. Err .. Abang  marah ke?" penjelasan kuakhiri dengan soalan untuknya. Keningku terangkat sambil wajahnya kutatap. Dia juga kulihat sedang memandang kearahku. Tak tahu kenapa saat ini, degupan jantungku boleh berdegup dalam kadar normal, tidak seperti selalunya bila pandangan kami bersatu seperti ini. Bibirnya menyunggingkan senyuman.

"Jangan rapat sangat dengan Daniel tu. Abang kenal sangat dengan dia tu" Kata-katanya membuatkan keningku berkerut.

"Kenapa?" Terlontar juga soalan yang bermain-main difikiranku. Tajam  pandangannya padaku saat ini.

"Tak perlulah Saf tahu. Lagipun Abang tak suka nak ceritakan pasal keburukan orang lain" Dia menyandarkan badan ke kerusi. Riak wajahnya tenang sahaja.

"Tapi tak salah kan kalau saya nak berkawan dengan dia?" Aku masih cuba memancing agar dia memberi sebab yang lebih kukuh mengapa dia tak menyenangi aku rapat dengan Daniel, kawannya sendiri.

"Saf dah lupa ke apa yang Abang pernah cakap dengan Saf masa kat Dungun dulu?" ligat ingatanku berputar kembali kepada perbualan kami di persisiran pantai diawal pertunangan kami dahulu. Sememangnya dia sudah awal-awal lagi mengingatkan agar aku membataskan pergaulanku dengan lelaki lain yang bukan muhrim kerana dia tidak menyukainya. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri.

"Abang bukan nak mengongkong Saf. Tapi, percayalah. This is for your own good. Abang bukan selalu ada kat sini. Abang tak nak kalau Abang balik, ada cerita kurang enak pasal Saf sampai kat pendengaran telinga Abang" tenang dia menerangkan seolah-olah memujuk. Aku masih mendiamkan diri. Cuba mencari kerasionalan dalam kata-katanya. Pandangan mata kami masih bertaut.

"Saf ada kerja rumah lagi ke yang tak settle?" tiba-tiba dia mengubah tajuk perbualan kami. Lain benar kurasakan gaya senyumannya saat ini.
"Err .. rasanya dah tak ada. Kenapa?" berkerut dahiku memandangnya.
"Kalau macam tu .. Jom kita ... " dia tak menghabiskan kata-katanya. Dia sudah bangun sambil tangan kanannya dihulurkan kepadaku. Senyuman yang sedikit aneh pada penglihatan mataku masih lagi menghiasi bibirnya.

"Nak kemana?" aku masih duduk dengan memandangnya dengan seribu kerutan didahi. Dia masih tersenyum sambil perlahan-lahan melangkah menghampiriku apabila tangan yang dihulurkan tak kusambut. Aku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Lain macam saja perangai si Rayyan ni. Naik seram pula aku rasa bila melihat riak wajahnya ketika ini.

Rayyan sudah berdiri di sebelah kupandang dengan wajah yang penuh persoalan. Sebelah tangannya diletakkan di atas meja manakala sebelah lagi tangannya diletakkan di belakang kerusi yang aku duduki. Wajahnya didatangkan dekat kepadaku sehingga membuatkan badanku spontan berkalih sedikit ke kiri bagi mengelak hidungku berlaga dengan hidungnya. Aku memejamkan mata rapat-rapat apabila wajahnya semankin mendekat dengan senyuman menggoda. Jantungku sudah mula berdegup rancak.

"Don't worry my dear, I won't force you until you ready" pantas dahiku dikucup sebelum dia berlalu dengan tawa nakalnya. Aduh!! Sesak nafasku dibuatnya. Bencinya bila Rayyan mengusik aku begitu!!! Tak suka! Tak suka!!!

Friday, March 10, 2017

GADIS CENGENG : BAB 8

“YA ALLAH Ara … Apa dah jadi dengan kereta kamu ni? Kamu accident ke? Teruk ke? Kamu tak apa-apa?” Wajah Puan Saadiah berkerut-kerut sebaik sahaja kereta anak bongsunya yang memarkirkan kereta di hadapan rumah menyapa matanya.

            Ammara yang baru melangkah keluar dari keretanya menepuk dahi. Macamanalah dia boleh lupa tentang keretanya yang masih kemek di bahagian bumper hadapan itu. Nampak gayanya, puaslah dia kena bebel dengan Mamanya hari ni. Ingatkan dapat lari dari Fath, amanlah dia di rumah orang tuanya itu. Tapi, lain pulalah jadinya sekarang.

            “Ala Ma … Sikit je ni. Ara tak ada apapun. Sihat je ni ha” Ammara mengangkat keduabelah tangan seperti ahli bina badan saja lagaknya. Sengaja berlawak untuk menghilangkan kerunsingan dihati Puan Saadiah.

            “Kamu ni memang. Sekarang ni semua benda taknak bagitau Mama dengan Papa dah. Semua simpan sendiri” ada sedikit rajuk dalam nada suara Puan Saadiah ketika itu.

            “Alolololo … Comelnya Mama Ara ni merajuk … Sebijik macam muka Neelofa … punya nenek!” Tertawa Puan Saadiah akhirnya dengan gurauan Ammara. Tubuh kecil itu dirangkul erat. Baru seminggu berpisah, rasa rindunya sudah ditahap maksimum.

“Ingatkan dah tak ingat lagi kat Mama dengan Papa. Almaklumla, orang tu kan dah pandai berdikari” kata-kata perlian yang keluar dari mulut Mamanya, hanya disambut dengan senyuman. Lengan Puan Saadiah dipeluk erat sambil kepala dilentukkan kebahu ala-ala gaya manja. Mereka berjalan beriringan memasuki rumah.

“Mana boleh Ara lupakan Mama dengan Papa. You two are my sunshine forever and ever and ever … “ Puan Saadiah menarik hidung Ammara, lembut namun cukup untuk membuatkan wajah anak gadisnya itu berkerut kesakitan.

“Pandailah tu nak bodek. Ni kenapa tetiba balik sorang-sorang ni? Along mana?” Kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas sofa kulit yang menghias ruang tamu utama rumah itu.

“Hurmm … Biasalah cuti-cuti ni Ma. Habiskan masa dengan isteri yang tercinta laaa” Puan Saadiah tersenyum melihat memek wajah Ammara. Bukan dia tak tahu tentang hubungan tegang antara anak kesayangannya itu dengan menantunya. Pantang berjumpa. Dah macam Korea Selatan bertemu Korea Utara. Tak pernah nak sebulu.

            “Eh Ma. Papa mana? Takkan hari Sabtu pun ada kelas kot?” Malas hendak terus berbicara mengenai kakak iparnya itu, Ammara terus saja merubah tajuk. Mankin lebar senyuman Puan Saadiah disertai dengan gelengan kepala.

            “Biasalah Papa kamu tu. Hujung minggu ni sibuk pula mengajar student part time. Bukan reti duduk kat rumah pun” Puan Saadiah bangun dan berlalu ke dapur. Ammara yang membontoti dari belakang hanya terangguk-angguk macam burung belatuk.

“Waahhh … Nasi dagang! Sedapnyaaa Maaa…” teruja benar Ammara apabila melihat juadah sarapan yang disediakan Mamanya yang sememangnya berasal dari Terengganu itu. Baru seminggu meninggalkan rumah itu, mencanak-canak rasa rindu pada masakan Mamanya.

“Tak sarapan lagi ke tadi? Kak Fatin tak masak ke?” Puan Saadiah yang sudah menuangkan air buat Ammara bertanya kehairanan. Setahunya, walau Fatin dan Ammara tidak sebulu, tapi menantunya itu tidaklah sampai tahap Mak tiri Cinderella apabila melayan anak daranya yang manja itu.

“Eh, masak. Tapi tadi, Ara teruja sangat nak balik jumpa Mama dengan Papa. Tu yang langsung tak sempat sarapan” Ammara terpaksa berbohong. Untuk menceritakan yang Fath ada di rumah Alongnya itu memang tidaklah. Mahu disuruh Alongnya menghalau Fath andai Mamanya tahu.

Mamanya menyaksikan sendiri kesan dari perbuatan Fath pada dirinya 4 tahun yang lalu. Hampir dua bulan dia tidak menghadiri sebarang kuliah. Hampir dua bulan jugalah dia tak lalu makan. Dari berat hampir 70kg, tubuhnya susut hingga menjadi 50kg hanya dalam masa dua bulan. Ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya diperlakukan sebegitu sehingga mempengaruhi kehidupan hariannya?

            “Nah makan banyak sikit. Baru seminggu duduk dengan Along, mankin kurus pulak Mama tengok anak Mama ni” nasi sudah disenduk ke dalam pinggan di hadapan Ammara. Dia hanya tersengih mendengar komen Mamanya. 

Mana tak kurus Ma … Kat rumah ada si malaun Fath tu, bila kat office, ada pulak si poyo Imtiyaz dan si miang Haikal. Memang tak lalu makanlah dia dibuatnya dek kerana perangai tiga orang makhluk Tuhan itu.

Itu belum lagi diambilkira mulut-mulut longkang Fatin dan Suraya yang ada saja bahannya untuk dibalahkan dengannya. Namun, segala jawapan itu disimpan sendiri. Ammara tidak mahu Mamanya risau. Cukuplah dengan masalah-masalah yang diketahui sewaktu zaman pembelajarannya dulu. Sekarang dia sudah cukup dewasa untuk menangani segalanya seorang diri. Nantilah, agak-agak sudah tidak tertanggung lagi, pasti Mamanyalah yang akan dicari untuk dia meluah rasa.

            “Dah malam ni. Tidurlah sini. Kain baju Ara pun ada lagi kan dalam bilik tu” puas Puan Saadiah dan Encik Azman memujuk Ammara supaya bermalam di situ, namun gadis itu terus berdegil untuk pulang ke rumah Abangnya.

            Akhirnya, kedua orang tuanya terpaksa akur dengan kedegilan Ammara itu. Mereka seperti Ammar, sudah arif benar dengan sikap keras kepala Ammara itu. Kalau A yang dikata, A la yang akan dibuat. Janganlah sesiapapun cuba mengubah. Memang takkan terkesan langsunglah jawabnya.

            Ammara bukan sengaja tidak mahu bermalam di rumah orang tuanya, tapi dia baru menerima mesej sms dari Angel, salah seorang Pegawai Pemasaran di Muz Holding berkenaan tender yang dia perlu periksa sebelum diserahkan kepada Imtiyaz awal pagi Isnin. Bengang juga bila memikirkan kerja-kerja last minute yang perlu dilakukannya itu. Tapi, itulah rencah yang terpaksa dihadapi memandangkan buat masa sekarang, hanya dia seorang saja  Admin Exec yang ada.

            Jam menunjukkan ke pukul 11 malam namun Lebuhraya LDP dari Kelana Jaya ke Putrajaya masih lagi sibuk.

            Sampai saja di rumah Abangnya, jam sudah menunjukkan ke puluk 11.45 malam. Keadaan rumah yang sudah gelap gelita mengambarkan semua penghuninya sudah lena diulit mimpi. Nasib baik ada lampu di bahagian beranda rumah. Jadi, suasana tidaklah terlalu gelap untuk Ammara membuka pintu grill dan pintu rumah dengan kunci yang awal-awal sudah diberikan oleh Ammar kepadanya.

“Ara”

Kaki yang baru hendak menapak mendaki tangga terus terhenti apabila terdengar namanya dipanggil dari arah ruang tamu yang gelap gelita. Berdebar dada Ammara dibuatnya.

“Ara”

Kedengaran namanya diseru sekali lagi apabila dia masih kaku di kaki tangga, langsung tak berkutik.

Ammara sudah rasa mahu menangis apabila terasa bahunya disentuh dari arah belakang. Dia memejamkan matanya rapat-rapat sambil cuba mengumpul semangat untuk berlari menaiki tangga untuk kebiliknya selaju yang mungkin. Mankin hebat debaran didadanya.

“Hei Ara, Ara ok ke?” Matanya masih terpejam disaat tubuhnya dipusingkan mengadap suara yang memanggilnya.

“Ara …” Terasa tubuhnya digoncangkan perlahan.

“Ini Fath la. Buka la mata tu” nyaris naik kakinya apabila terdengar si empunya suara memperkenalkan diri. Matanya pantas dibuka. Pandangannya tajam pada Fath yang berdiri tenang di hadapannya sambil tersenyum menggoda. Tangan Fath yang masih mendarat dibahunya ditepis kasar.

Ammara kembali berpaling dari Fath meneruskan niatnya untuk mendaki tangga menuju kebiliknya.

“Ara … please give me one sec” mendidih rasa hatinya apabila tangannya sudah berada dalam genggaman Fath. Dia kembali mengadap Fath dengan wajah yang masih menyinga. Pegangan tangan lelaki itu cuba dileraikan namun gagal.

“Lepaslah. Aku tak sukalah kau pegang-pegang aku” dengan nada perlahan, ada kekerasan dalam kata-kata yang dilemparkan Ammara. Dia tidak mahu mengejutkan Ammar dan Fatin hanya kerana hal sekecil ini.

“Saya akan lepaskan awak tapi awak kena bagi saya peluang untuk bercakap dengan awak dulu. Boleh?” Malas hendak terus bertelagah akhirnya Ammara setuju. Genggaman di lengannya akhirnya dileraikan.

Come

Ammara menurut langkah Fath ke luar rumah. Buaian yang terletak di beranda menjadi pilihan tempat duduk Fath. Ammara masih menurut tanpa suara. Ammara mengambil tempat berhadapan dengan Fath. Pandangan dibuang jauh ke dalam kepekatan malam yang sudah mula membawa kedinginan angin awal pagi.

“Saya tahu saya dah lukakan hati awak dulu” Fath memulakan bicara. Kedengaran ada keluhan perlahan dilepaskan. Ammara masih tidak memandang kearah lelaki itu.

            “Saya juga tahu saya dah malukan awak depan semua orang. Saya layan awak macam awak tak ada perasaan. Tak ada maruah. Kan?” Fath menatap seraut wajah putih bersih di hadapannya itu. Gadis yang suatu ketika dulu amat gemar mengikat tinggi rambutnya kini kelihatan ayu bertudung litup. Rasa kesal dan sesal yang sudah terpendam semenjak beberapa tahun yang lalu perlu dihadapinya kini. Andai dibiarkan saja, pasti hubungannya dengan Ammara tidak akan pernah tenang sampai bila-bila.

            “Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya akui, dulu saya tak matang dan jalan selalu menongkat langit. Saya pun tak tahu kenapa saya marah sangat masa saya dapat tahu yang semua surat-surat tu dari awak” Fath meraup wajahnya. Dia betul-betul kesal dengan apa yang pernah dilemparkan pada Ammara dahulu. Hanya kerana kata-kata hasutan dari rakan-rakannya ketika itu, Ammara diserang dan dihinanya tanpa belas kasihan.

            Apabila mengetahui yang kakaknya, Fatin bakal berkahwin dengan Abang Ammara dua tahun yang lepas, Fath cuba untuk berhadapan dengan Ammara namun dia malu. Rasa malu mengatasi rasa bersalah pada gadis itu. Selama 2 tahun Ammara hanya dipandang dari jauh. Tapi, malam ini, dia harus memohon maaf pada Ammara. Dia tidak mahu menunggu lagi.

            Ammara menarik nafas dalam. Perlahan-lahan wajah Fath ditatap.

            Rasa marah dan benci yang selama ini terhimpun untuk Fath dirasakan sudah sedikit berkurangan. Mungkin benar kata Abangnya suatu ketika dulu. Dia bukanlah marah sangat pada Fath. Her heart only desire for forgiveness. Ya. Hanya sebaris kata ‘Maaf’ dari Fath sahaja yang sebenarnya hatinya perlukan.

            “Dah malam ni. Saya nak masuk” tona suara Ammara sudah tidak setegang selalu. Dia bangkit dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Fath yang sedikit terpinga dengan reaksinya.

            “Saya maafkan awak. Tapi, saya masih tak boleh layan awak macam dulu. Saya perlukan masa. Jangan tanya berapa lama sebab saya pun tak tahu” Fath terasa sedikit lega dengan ucapan Ammara itu. Gadis itu dibiarkan masuk ke dalam rumah meninggalkannya bersendirian disitu melayan fikiran.

            Suatu ketika dahulu dia memang rapat dengan Ammara. Malah rakan-rakan lelakinya yang lain kerap mengusiknya setiap kali terserempak dengannya sedang berbual dengan  Ammara yang mereka panggil Doraemon itu. Gadis badan bulat dengan cermin mata bulat dan gigi besi yang sering membuatnya ketawa dan hilang stress.

            Namun, segalanya berubah apabila dia mengetahui yang surat-surat cinta yang sering terselit dibukunya adalah kiriman gadis bernama Ammara Saffiya. Entah kenapa, dia tidak dapat menerima bahawa gadis itu mencintainya dalam diam.

            Keadaan menjadi semankin menyakitkan kepalanya apabila rakan-rakan serumahnya tahu mengenai hal tersebut dan mula mengejek-ngejeknya yang dikatakan terpaut hati dengan si Doraemon Kampus. Lalu, dek kerana hasutan orang, Ammara telah diserangnya dengan bait-bait kata yang menjatuhkan maruah gadis itu sehingga 2 bulan kelibat Ammara tidak kelihatan di Kampus.

            Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata … bertahun dia menanggung rasa bersalah yang semankin menggunung pada Ammara.

            Tapi, dia perasan ada sesuatu yang dirasainya tatkala berhadapan secara dekat dengan Ammara buat pertama kalinya pagi tadi setelah sekian lama. Rasa yang menyesakkan dada. Rasa yang sudah lama tidak melandanya. Apakah sebenarnya rasa itu? Dia keliru sendiri.

CERPEN : KISAH REZ DAN TRIS [4]

 “APA???Bila????”


Pandangan Tengku Reza yang sedari tadi leka diskrin Komputer Ribanya segera berpaling kearah Trista yang sedang menjawab telefon di Balkoni bilik tidur mereka. Langkah kaki segera diatur kearah isterinya itu.

Tanpa pengetahuan sesiapa, sebenarnya, semenjak dari hari dia mengajak Trista tidur di atas katil yang sama, Tengku Reza sudah mula mengingat semuanya tentang kemalangan yang berlaku ke atasnya dan juga tentang perjanjian antaranya dan Trista.

Namun, dia hendak melihat sejauh mana sabarnya Trista dapat melayan kerenahnya. Oleh kerana itulah dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya melayan lakonan tidur ala-ala Rambo Trista semata-mata ingin melihat helah apa yang akan dilakukan oleh gadis itu untuk mengelak dari pelukannya.

Ingin membuat lebih dari itu dia belum cukup berani. Penangan tolakkan tangkas dari Trista yang membuatnya terperosok di atas lantai saja sudah cukup membuatnya gerun. Rasa perit di tulang punggungnya masih terasa lagi.

Tangisan kecil yang kedengaran mengembalikan Tengku Reza ke dunia yang nyata.

“Kenapa ni Sayang?” Pantas saja tubuh Trista dipalingkan kearahnya dan pipi yang sudah dibasahi dengan airmata itu dikesat lembut.

“Babah … Babah … “Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Trista. Matanya sayu menatap wajah Tengku Reza yang tenang menunggunya bersuara. Terpamer riak kerisauan di wajah kacak itu.

“Kenapa dengan Babah? Cuba Sayang bawa bertenang, tarik nafas, then hembus perlahan-lahan. Come, kita duduk dulu” Perlahan tubuh Trista yang longlai dipapah duduk di atas Sofa bed di dalam bilik mereka. Trista cuba menenangkan dirinya dan nafas perlahan-lahan ditarik dan dihembus.

Now, tell me. Kenapa dengan Babah?” Lembut soalan diajukan setelah wajah Trista sudah agak tenang.

“Babah kena admit kat Hospital. Fik bagitau yang Doktor kata kena buat pembedahan secepat mungkin. Kalau tak …” Airmata kembali bergenang di birai matanya.

Dia sudah tidak peduli untuk menangis meraung di hadapan Tengku Reza. Fikirannya sekarang hanya pada keadaan Ayahnya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara. Mujur sewaktu bapanya pengsan, adiknya Taufik sudah balik dari Sekolah. Jika tidak, tak tahulah bagaimana agaknya.

“Shuuu … Its Okay Sayang … Jangan risau. Sayang pergi bersiap, then kita terus ke IJN. Nanti apa-apa, biar Abang yang bincang dengan Doktor” Tengku Reza masih bersuara tenang. Seingatnya, Trista memang ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan Bapa Mertuanya yang sememangnya memerlukan pembedahan segera. Atas sebab itu jugalah termeterai perjanjian perkahwinan antara mereka berdua.

Trista akur. Pantas dia bersiap dan tidak sampai sejam, mereka berdua sudah di dalam kereta yang dipandu Tengku Reza menuju ke Institut Jantung Negara yang terletak di Jalan Tun Razak.

“Fik!! Babah macamana? Apa Doktor cakap? Babah dah sedar ke belum?” ternampak saja kelibat Taufik di ruang menunggu, bertubi-tubi soalan diajukan. Wajahnya yang sudah basah disimbahi air mata langsung tak dipedulikan. Tengku Reza yang berdiri di sebelahnya Trista langsung tak terkata apa lagi. Dia tahu betapa gundahnya perasaan isterinya saat itu.

“Buat masa sekarang, Doktor kata Babah stabil. Tapi …” Kata-kata Taufik terputus apabila rasa sebak memenuhi segenap ruang penafasannya. Airmatanya turut menitik. Pantas tubuh kurus tinggi lampai itu didakap Trista erat. Kedua beradik itu tenggalam dalam esakan tangis yang sayu. Tengku Reza hanya mampu menjadi pemerhati.

-----------------

“BAIK Nenda” punat merah ditekan dan wajah Trista yang masih sungul di sebelahnya ditatap.

“Nenda kirim salam. Dia cakap suruh uruskan pembedahan Babah secepat mungkin. Pasal kos rawatan tu, Sayang tak payah risau. Nenda akan tanggung semuanya” lembut bicara dituturkan. Sedih dia menatap wajah isterinya yang layu tak bermaya.

Semenjak mereka sampai pagi tadi, Trista langsung tidak menjamah apa-apa. Puas dipujuk Taufik dan Tengku Reza. Namun, dia masih begitu. Diam tak berbahasa dan hanya menggelengkan kepala apabila disuakan makanan ataupun minuman.

Mendengar mengenai kos rawatan laju dia menghampiri Tengku Reza.

“Nenda nak tanggung kos rawatan Babah?” Serba salah dia bertanya. Tiba-tiba teringat perjanjiannya dengan Tengku Reza.

“Ya Sayang. Kenapa? Ada masalah ke?” Tengku Reza sudah dapat mengagak apa yang ada difikiran Trista. Namun, dia tak boleh berkata apa-apa memandangkan Trista belum tahu mengenai ingatannya yang sudah hampir pulih itu.

“Tak … Tapi … Kita … Hmmmm …”Trista kehilangan kata-kata. Hendak ditolak, keadaan Ayahnya yang sedang kritikal membuatkannya tiada pilihan. Tapi, jika dia menerima, bukankah kelihatan seperti dia mengambil kesempatan di atas keadaan Tengku Reza sekarang ini?

“Dah. Jangan fikir banyak sangat. Sayang boleh relax sikit sekarang. Biar Abang yang uruskan semuanya dengan Doktor. Makan roti dengan air kotak tu. You wait here. Abang pergi jumpa Doktor sekarang” Dahi Trista dikucup lembut sebelum Tengku Reza berlalu menuju ke bilik Doktor. Trista hanya mampu menatap sayu.

--------------

Pembedahan Pak Halim telah dijadualkan untuk dilakukan pada bulan hadapan. Doktor perlu membuat beberapa pemeriksaan lanjut sebelum dapat menentukan jenis pembedahan bypass yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan kesihatan Pak Halim yang terkini.

Setelah 2 minggu menjaga Ayahnya di Hospital seorang diri, akhirnya Tengku Reza berjaya juga memujuk Trista untuk bergilir dengan yang lain untuk menjaga Pak Halim.

Malam itu giliran Taufik menjaga Pak Halim memandangkan cuti sekolah sudah bermula. Tania pula untuk sementara ini duduk bersama Trista.

Sesampainya di rumah, setelah menjenguk Tania di biliknya, Trista terus membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak berimamkan Tengku Reza. Semenjak Pak Halim dimasukkan ke Hospital, Tengku Reza semankin rajin mengimamkan Solat dan tanpa pengetahuan Trista, dia juga turut menyertai kelas Agama di Masjid Wilayah sekiranya berkelapangan.

Selesai solat, Trista yang sedang berdiri di balkoni sambil memicit-micit bahunya yang terasa lenguh dihampiri Tengku Reza.

“Sayang, don’t worry so much okay. Babah stabil dah kan? Dah masuk wad biasa pun. Doktor dengan Nurse pun selalu ada untuk monitor keadaan Babah sebelum pembedahan nanti” Tengku Reza bersuara sambil keduabelah tangannya sudah mendarat di atas bahu Trista dan bahu isterinya itu diurut lembut. Trista hanya membiarkan. Terasa nyaman terasa sentuhan lembut itu dibahunya.

“Tris dah takde sesiapa lagi selain Babah kat dunia ni” sayu saja Trista bersuara. Airmatanya jatuh lagi untuk kesekian kalinya. Pilu hatinya apabila memikirkan hidup tanpa seorang Ayah disisi.

Tengku Reza memalingkan tubuh Trista kearahnya. Airmata yang berjujuran jatuh dipipi isterinya itu diseka lembut. Dahi Trista dikucup penuh kasih.

“Kenapa Sayang cakap macam tu? Sayang masih ada Abang, Nenda, Taufik dengan Tania kan? Kami semua sayangkan Sayang” Tubuh Trista dirangkul ke dalam pelukannya. Trista turut membalas pelukan itu. Wajahnya disembamkan kedada bidang Tengku Reza dan esakannya kedengaran lagi. Kali ini Tengku Reza hanya membiarkan sambil mengelus rambut Trista perlahan.

Malam itu untuk pertama kalinya Trista tidur dalam pelukan Tengku Reza. Terasa diri dilindungi dan disayangi.

Malam itu juga tertunai tanggungjawab batin diantara Trista dan Tengku Reza. Segalanya berlaku dalam suasana penuh kasih sayang dan kerelaan. Tanpa ada sebarang paksaan. Untuk pertama kalinya juga Tengku Reza menerima kenyataan yang hatinya memang sudah jatuh sayang kepada isterinya itu.

---------

Setelah melalui beberapa fasa pemeriksaan, akhirnya pembedahan ke atas Pak Halim berjaya juga dilaksanakan dan genap 3 bulan selepas pembedahan, Puan Sri Mariam mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Walau sudah puas ditolak oleh Pak Halim kerana berasa terlalu banyak terhutang budi, Puan Sri Mariam tetap berkeras juga. Akhirnya Pak Halim mengalah juga.

“Tris, tolong panggilkan Rez sekejap. Ada kawannya datang nak melawat dia ni” Bahu Trista yang sedang sibuk membasuh pinggan disinki diusap lembut oleh Puan Sri Mariam. Walau sudah puas ditegah, isteri cucunya itu tetap ligat ke sana kemari membantu tugasan di dapur sehingga Puan Sri Mariam tidak mampu menegah lagi.

“Yela Nenda. Nanti Tris panggilkan ye” Trista mengesat tangannya yang basah dengan tuala pengelap di sebelah sinki sebelum berlalu ke bilik bacaan di tingkat atas dimana suaminya berada. Sejak habis bacaan doa selamat tadi, Tengku Reza telah memaklumkan padanya yang dia akan berada di bilik bacaan bersama Ebit dah Kashah kerana ada hal berkaitan kerja yang perlu dibincangkan.

“… Biar betul kau ni Rez! Takkan Tris tak tahu lagi?” Tangan yang baru hendak mengetuk pintu bilik bacaan yang sedikit terbuka terhenti serta-merta apabila terdengar namanya disebut. Hatinya tergerak untuk terus mencuri dengar.

“Aku nak tengok sejauh mana dia boleh handle perangai aku la Bro. Relax la. Nanti aku bagitau la dia” terdengar deraian tawa ketiga-tiga mereka di dalam bilik. Semankin berminat Trista hendak mendengar intipati perbualan tiga sahabat tu.

“Eh, Nenda kau dah tau ke?” Kedengaran suara Ebit mendatar setelah tawa mereka reda.

“Nenda aku dah tau. Aku bagitau semua kat dia lepas Ayah Mertua aku kena heart attack  hari tu. Mula-mula teruk juga la aku kena bebel. Tapi, bila aku explain pasal situasi Ayah Tris dan keadaan hubungan aku dengan Nelly masa tu, at last dia boleh juga terima” selamba saja kedengaran suara Tengku Reza menyahut.

“Nasib baik kau tak kena halau dengan Nenda kau weeyy! Mau kau jadi gelandangan kehormat“ Tawa mereka bertiga pecah lagi mendengar kata-kata Kashah.

“Tapi kesian la kat Tris tu. Tak baik la kau tipu dia Rez.” Kedengaran Ebit bersuara lagi.

“Ala … Aku bukan buat apa pun kat dia. Lagipun, dia juga yang untung kan. Kos rawatan Ayah dia Nenda aku dah langsaikan. Duit ganjaran dia masih tak terusik lagi. So? Nothing to lose laaa” suara Tengku Reza pula kedengaran.

“Duit tu memang la tak terusik, tapi Tris tu yang dah kau usik kan? Nanti kalau kau lepaskan dia, susah dia nak cari suami lain tau!” Berdesing telinga Trista mendengar kata-kata dari Kashah itu.

Maknanya, selama ini, ingatan Tengku Reza sudah pulih sepenuhnya?Maknanya, selama ini, dia hanya diperbodohkan???

Airmatanya sudah mula merembes keluar. Dada sudah mula sesak dengan seribu satu rasa yang tak terungkap dengan kata-kata. Ikut rasa marahnya, hendak saja bilik itu diterjah dan ketiga-tiga sahabat itu dikerjakan cukup-cukup.

Tapi dia memilih untuk berlalu dari situ. Kunci kereta dan tas tangan di dalam bilik tidurnya ditingkat yang sama segera dicapai dan perlahan-lahan dia menyusup keluar menuju kekereta Mini Cooper kuning yang dihadiahkan oleh Tengku Reza bulan lepas.

Kereta dipandu laju menuju kearah yang dia sendiri tidak pasti. Dia hanya ingin lari jauh dari komplot pembohongan yang telah dilakukan ke atasnya. Rasa diri benar-benar telah dikhianati oleh orang-orang yang dipercayainya. Jika hanya Tengku Reza sahaja tidaklah sesakit ini. Tapi, kenapa Nenda???

Disaat diri sudah mula benar-benar menerima dan menyayangi Tengku Reza sepenuh hati tiba-tiba ini pula yang terjadi. Mengapa tidak berterus terang saja padanya? Kenapa perlu menyembunyikan kenyataan yang selama ini Tengku Reza telah pulih sepenunya dan rahsia perkahwinan mereka telah diketahui Nenda? Kenapa??? Trista benar-benar kecewa.

---------

Sudah sebulan Trista menghilangkan diri. Puas Tengku Reza dan Puan Sri Mariam serta Pak Halim mencari ke sana kemari. Hendak dilaporkan kepada pihak Polis pantas ditegah Tengku Reza kerana dia yakin Trista bukan diculik kerana tas tangan dan keretanya yang turut tiada menunjukkan yang Trista menghilangkan diri atas kehendaknya. Pak Halim dan Puan Sri Mariam hanya akur.

Apa yang termampu dilakukan oleh mereka adalah mengupah penyiasat persendirian dan berdoa.

Tengku Reza sudah sebulan berada di rumah Pak Halim. Dia mahu sekiranya rumah itu yang dituju Trista, dia menjadi antara orang pertama yang menyambutnya. Dia ingin tahu kenapa Trista meninggalkan mereka secara tiba-tiba begitu.

Badan yang terasa amat lelah dihempaskan ke atas sofa empuk diruangan tamu Puan Sri Mariam. Selepas kenduri doa selamat yang berlangsung sebulan yang lepas, ini pertama kali Tengku Reza menjejak kaki ke rumah Nendanya.

“Tak ada apa-apa berita lagi ke Rez” Wajah sungul Puan Sri Mariam ditatap sayu. Dia tahu Nendanya itu sudah sangat mengasihi dan merindui isterinya. Dia mengeleng lemah.

“Nenda tak faham apa yang dah jadi. Kali terakhir Nenda jumpa Tris, elok je dia. Masa Nenda suruh panggilkan Rez malam tu pun mukanya takde tunjuk apa-apa tanda yang dia merajuk ke apa” Puan Sri Mariam bersuara lagi. Masih tidak faham mengapa Trista tiba-tiba boleh menghilangkan diri.

Mendengar ayat  terakhir Nendanya, pantas saja tubuhnya tegak sembilan puluh darjah.

“Apa Nenda cakap tadi? Nenda suruh Tris panggil Rez? Bila? Malam tu ke?” Wajah Nendanya ditatap dengan pandangan yang agak terkejut. Berkerut dahi Puan Sri Mariam melihat reaksi Tengku Reza itu.

“Yela … Nenda suruh dia panggil Rez, tapi tengok-tengok dengan dia-dia sekali tak muncul dah lepas tu”  mendengar jawapan Puan Sri Mariam, terus tertera riak kecewanya.

“Kenapa Rez? Ada apa-apa jadi ke masa Tris panggilkan Rez malam tu?” Puan Sri Mariam masih tak mengerti.Lagi-lagi melihat kekeruhan diwajah Tengku Reza yang agak tidak terurus dengan jambang yang mula tumbuh.

“Kenapa Nenda tak cerita benda ni kat Rez sebelum ni?” wajah keliru Nendanya ditatap.

“Nenda pun tak ingat Rez. Ni baru Nenda teringat. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke malam tu?” Puan Sri Mariam menyoal semula.

“Nenda … I think I know why Tris run away” perlahan dia bersuara. Wajahnya diraup lemah. Rambutnya yang sudah mula panjang diseka ke belakang.

Teringatkan perbualan antaranya dengan Ebit dan Kashah malam itu, dia yakin yang Trista mendengarnya. Tapi mengapa dia harus lari? Mengapa tidak diserangnya saja mereka bertiga? Dia lebih rela begitu daripada ditinggalkan Trista dengan cara begini.

Baru saja Puan Sri Mariam hendak bersuara kedengaran bunyi telefon Tengku Reza berlagu minta diangkat.

Melihat nama yang tertera diskrin telefonnya, pantas saja punat hijau ditekan.

“Assalalammualaikum Bah”
“Kat rumah Nenda”
“Yeke Bah?!”
“ Dia okay ke Bah? Sihat?”
“Yela … saya datang sekarang”

“Kenapa Rez? Tris dah balik ke?” tanpa menunggu lama, Puan Sri Mariam terus menyoal sebaik saja Tengku Reza menamatkan perbualan telefonnya.

“Alhamdulillah Nenda. Babah cakap Tris dah balik ke rumah. Sekarang ni dia tengah tidur. Rez kena gerak sebelum dia jaga. Nanti dia tau Rez nak datang dia lari lagi pula. Nanti bila semua dah selesai, Rez cerita dengan Nenda ye” Kedua belah pipi Puan Sri Mariam dikucup sebelum dia berlalu pergi.

Tiba di rumah Pak Halim, setelah bersalaman dan mendengar cerita ringkas dari Bapa Mertuanya itu Tengku Reza terus menuju ke bilik Trista. Mujur pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan pintu dibuka dan ditutup semula. Langkah diatur perlahan menuju ke katil. Wajah Trista yang nampak keletihan ditatap penuh kerinduan.

Dengan penuh hati-hati dia melabuhkan punggung dibirai katil. Pipi yang agak cengkung itu diusap penuh kasih.

Trista yang merasa pipinya disentuh perlahan-lahan membuka matanya. Terus tegak badannya  apabila terpandang Tengku Reza di hadapan matanya.

“Awak …. Awak buat apa kat sini?” Lemah dia menyoal. Sebulan membawa hati yang terluka membuatkan marahnya sudah agak reda. Dia balik ini pun untuk mendapatkan penjelasan daripada mulut Tengku Reza sendiri. Dia mahu menyelesaikan apa juga kekusutan yang berlaku antara mereka.

“Sayang sihat? Sayang kemana sebulan ni? Bagai nak gila tau kami cari Sayang. Abang, Nenda, Babah, Fik dengan Nia  rindu sangat dengan Sayang tau” Tengku Reza menyahut soalan Trista dengan soalan. Nada suaranya lembut. Dia tak mahu terlalu menekan isterinya itu.

Trista menjarakkan sedikit kedudukannya dari Tengku Reza.

“Tris kecewa” ringkas jawapannya. Trista menundukkan wajah sambil bermain dengan cincin dijari manisnya. Walaupun dia sangat marah dengan Tengku Reza, tak tahu mengapa hatinya tidak tega untuk menanggalkan cincin pernikahan mereka itu.

Tengku Reza tersenyum melihat cincin nikah pemberiannya masih tersarung di jari manis Trista. Dia yakin yang marah Trista masih boleh dipujuk.

“Sayang …” Tengku Reza merapatkan duduknya dengan Trista. Dia kini duduk bersila berhadapan dengan isterinya itu. Kedua belah tangan Trista dicapai dan dikucup lembut. Trista hanya diam tanpa reaksi.

“Abang tahu Tris dengar apa yang Abang, Ebit dengan Kashah sembangkan malam tu kan? Sebab tu Sayang lari dari rumah. Kan?” Tengku Reza terus menebak. Ya. Dia yakin itulah sebabnya mengapa Trista melarikan diri. Mungkin merasa dirinya sudah tertipu.

Trista masih diam. Matanya masih memandang ke bawah.

“Abang takde niat pun nak tipu Sayang. Abang buat semua tu sebab nak pastikan samada Tris betul-betul sayangkan Abang ke tak” Tengku Reza menyambung lagi.

“Abang buat Tris macam orang bodoh. Nenda pun sama” masih ada rajuk dalam nada suaranya. Titis airmata yang mula jatuh pantas diseka oleh Tengku Reza. Tubuh Tris dirangkul erat ke dalam dakapannya. Dia menghela nafas dalam.

“Abang takut Tris. Abang takut kalau Abang terus terang, Tris akan desak Abang untuk teruskan dengan perjanjian kita. Abang tak sanggup kehilangan Tris. Abang cintakan Tris” Temgku Reza berbisik perlahan ketelinga Trista membuatkan esakan tangis isterinya itu semankin kuat kedengaran.

Tengku Reza tersenyum apabila terasa pelukannya dibalas. Kini dia yakin yang Trista juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Setelah beberapa minit menangis didada bidang suaminya, Trista meleraikan pelukan antara mereka. Airmatanya diseka lembut oleh Tengku Reza. Mereka sama-sama tersenyum.

Promise me, lepas ni Abang takkan tipu Tris lagi” Trista menuntut janji dari Tengku Reza.

Promise. Lepas ni, semua pun Abang akan bagitau Sayang. No matter how small the matter is” Tengku Reza membuat gaya tabik membuatkan Trista tergelak kecil.

Mereka kembali berdakapan. Masing-masing lega kerana segala yang tersimpul akhirnya terlerai antara mereka.

Tidak perlu terlalu banyak drama sekiranya hati sudah boleh ikhlas menerima dan memaafkan seadanya.

Untuk apa merumitkan perkara yang boleh diselesaikan hanya dengan memohon dan memberi kemaafan. Hidup sudah terlalu sukar. Usah membuatkannya lebih sukar dengan dendam dan prejudis. Betul tak? Tepuk dada, Tanya Iman.

TAMAT


************************************************************************

Alhamdulillah .... Akhirnya selesai juga CERPAN saya ni ... Alhamdulillah ...

Semoga berpuas hati dengan penamatnya. Sekiranya mengecewakan, maafkan saya dan saya akan cuba dengan lebih baik di masa akan datang ye ..

Thanks for reading!!

See you in my next Entry! InsyaAllah ...

P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(

XoXo
-AdiaLuze- 
 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template