Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Monday, July 18, 2022

GADIS CENGENG : BAB 22

 


    PAGI Jumaat itu, suasana di tingkat 18 bangunan Muz Holding itu agak sunyi. Almaklumla, bila Isnin diisytiharkan cuti kerana sambutan perayaan Thaipusam, maka ramailah staf yang akan memohon cuti pada hari Jumaat supaya boleh bercuti dengan lebih lama. Lebih-lebih lagi bila masing-masing baru saja mendapat gaji bulanan.

    Sudah setengah jam Ammara menongkat dagu memandang kearah skrin komputer. Sekejap-sekejap dahinya berkerut, sekejap-sekejap dia menggigit belakang pen, sekejap-sekejap dia menggaru-garu kepala dan sekejap-sekejap lagi dia menekan-nekan tetikusnya laju dan jari-jemarinya lincah menaip punat-punat papan kekunci.

    Amboiii .. Khusyuknya anak dara ni buat kerja. Sampai berkerut-kerut muka” suara Kak Ros yang tiba-tiba menyapa gegendang telinga menyebabkan Ammara segera berkalih pandang. Dia membalas senyuman Ibu beranak dua yang baru mula berkerja setelah habis berpantang itu.

    “Mana ada sibuk la Kak Ros. Ara tengah baca novel online la” Ammara berkata separa berbisik sambil mata melirik ke pintu bilik Imtiyaz yang terkatup rapat. Tersenyum Kak Ros dibuatnya.

    “Eh, Kak Ros tak ambil cuti ke? Boleh bawa anak-anak pergi bercuti lama sikit” Ammara menopang dagunya dengan kedua belah tangan sambil memandang Kak Ros yang masih tersenyum-senyum kearahnya.

    “Hish. Akak baru masuk kerja hari ni. Takkan la dah nak minta cuti kot. Seganlah Akak dengan Encik Imtiyaz kita tu. Ara tanya Akak ni, kenapa Ara tak minta cuti?” Kak Ros memulangkan semula soalan kepada Ammara.

    “Memang nak cuti Kak. Tapi, tuuu yang kat dalam tu tak approve. Banyak kerja katanya. Tup-tup bila saya datang hari ni, inbox email dengan inbox tray saya ni clear je pun. Saja je nak kenakan saya” Ammara sudah mula tayang muka cemberut.

    Geram betul dia apabila 3 hari yang lepas, cutinya ditolak mentah-mentah oleh Imtiyaz atas alasan banyak lagi tender-tender dan tugasan-tugasan lain yang belum selesai. Naik berasap kepalanya kerana terpaksa bertegang urat dengan lelaki itu selama setengah jam. Akhirnya, berserta dengan sendu-sedannya, Ammara terpaksa juga akur.

    Dia bukan apa. Mama sudah mengajaknya pulang ke Terengganu untuk melawat Mak Tok dengan Ayah Toknya di kampung. Memandangkan memang sudah lama mereka tidak pulang ke kampung, Ammara punyalah teruja dibuatnya. Itu yang dia berangin semacam apabila Imtiyaz tidak meluluskan cutinya.

    Akhirnya, terpaksalah dia tinggal seorang diri di rumah. Along dan Kak Fatin telah ikut serta pulang ke kampung malam tadi. Si Fath pula katanya bermalam di rumah temannya. Siapa dan dimana temannya itu duduk, malas Ammara hendak ambil tahu. Asalkan lelaki itu tak perlu ada di hadapan matanya, dia sudah cukup gembira.

    “Ha .. Cakap pasal Encik Imtiyaz ni, Akak ada benda nak tanya kat Ara ni. Tapi, Ara jangan marah tau” kali ini giliran Kak Ros pula berkata dalam nada berbisik. Berkerut dahi Ammara seketika.

    “Tanya pun belum, macamana nak tahu saya marah ke tak. Hish Akak ni. Tanya je la” Ammara mendekatkan diri dengan Kak Ros yang memandang ke aras pintu bilik Imtiyaz. Dah macam pencuri saja lagaknya.

“Ara dengan Encik Imtiyaz nak kahwin ke?”

Bulat mata Ammara memandang tepat kewajah Kak Ros. Bibirnya diketap rapat.

    “Eh Ara janganlah marah. Akak tanya je. Tadi si Karl yang bagitahu Akak. Akak just nak pastikan je” Kak Ros mula menggelabah apabila melihat perubahan pada wajah Ammara yang sudah kelat semacam.

    Ammara menghela nafas panjang. Bencinya dia. Apa yang hendak dijawab? Kalau dia menafikan, tapi Imtiyaz mengiyakan, pasti nanti dia dituduh penipu. Tapi untuk mengiyakan, memang sah-sahlah dia menipu. Stress!! Kalau semua orang dalam bangunan ini bertanyakan soalan yang sama padanya, mahu masuk ke Hospital Bahagia dibuatnya.

    “Rasanya Akak tanya la sendiri kat Bos kita tu. Kalau saya yang cakap takut lebih-lebih pula” jawapan paling umum diberikan pada Kak Ros. Aura sendu sudah mula menerjah dada Ammara saat itu. Cepat-cepat dia menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan. Serba sedikit ianya membantu juga menahan rasa sendu yang tadinya menyesak dada.

 “Tanya apa tu Kak Ros?”

    Kepala Ammara dan Kak Ros serentak berpusing 90 darjah. Dua pasang mata itu segera terpasak pada  sesusuk tubuh sasa Imtiyaz yang sedang melangkah dengan gaya modelnya menghampiri mereka berdua. Ammara mula rasa tak sedap hati.

    “Err … Takda apa-apa pun Encik Imtiyaz. Kak Ros tanya Ara … Err …  Budak Admin Exec yang baru tu ok ke tak. Lepas tu si Ara ni suruh Akak tanya Salesman atau Encik Imtiyaz sendiri sebab Ara kata diaorang atau Encik lagi tahu” Fuh! Ammara tarik nafas lega. Pandai juga Ibu beranak dua ni pusing cerita. Ammara segera buat-buat letak tangan di mulut apabila gelak tawanya nyaris meletus dek kerana  Kak Ros menjegilkan mata padanya bila Imtiyaz tidak menyedari.

    “Owh. Ingatkan apa tadi. Ammara, awak tak ada kerja kan? Jom ikut saya. Kita kena bertolak ke Kuantan sekarang. Ada masalah dengan projek lanskap dengan Majlis Perbandaran kat sana” tanpa menunggu jawapan dari Ammara, Imtiyaz segera mendahului langkah ke lif.

    Ammara apalagi, kelam-kelibut lah dibuatnya. Beg tangan dan buku notanya dicapai. Pen dan Iphonenya segera disumbatkan ke dalam beg tangan sebelum dia menutup Komputernya.

    “Tengoklah Bos kesayangan Akak tu. Nak pergi jauh-jauh macam ni dekat pukul 12 baru nak bagitau. Huh! Nampaknya tengah malam la saya balik  hari ni Kak Ros wey” sempat lagi Ammara membebel sebelum menapak laju mengejar langkah Imtiyaz. Kak Ros hanya mempamerkan senyuman apabila Ammara tayang muka yang berkerut seribu dengan bibir memuncung seperti itu.

    Sepanjang perjalanan di atas lebuhraya, baik Ammara maupun Imtiyaz, mereka sama-sama lebih senang mendiamkan diri sambil mendengar celoteh DJ di radio.

    “Hujung minggu ni Umi dengan Walid ajak awak dinner kat rumah kami” suara garau Imtiyaz berkumandang memecahkan kebekuan antara mereka. Volume radio diperlahankan. Pandangannya masih dihalakan ke hadapan.

    Ammara memandang kearah Imtiyaz sekilas lalu sebelum kembali memandang ke luar tingkap kereta. Tiada respon yang diberikan. Kalau dia menolak sekalipun, dengan apa cara, Imtiyaz pasti akan membuatnya menerima undangan tersebut. Jadi, lebih baik dia diamkan saja.

    So, macamana? Kenapa diam?” Imtiyaz menoleh pandang pada Ammara apabila soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

    “Kenapa tanya saya kalau semua jawapan pun dah ada pada awak. Tak kira apapun jawapan saya, last-last saya kena ikut cakap awak juga kan?” Mendatar saja jawapan yang diberikan oleh Ammara. Dia sudah malas hendak berbalas kata dengan lelaki itu.

    Ammara tidak menyangka, niatnya yang hanya ingin membantu Imtiyaz rupanya menjerat dirinya sendiri. Sekarang ni, segala-galanya sudah terlanjur terlalu jauh. Bukan hanya Umi dan Walid Imtiyaz saja yang mengetahui dan percaya bulat-bulat dengan lakonan cinta mereka, malah keluarganya serta keluarga Elisa juga sudah turut terpedaya tanpa sengaja. Ammara sudah pasrah. Malas dia hendak berfikir dan menyesakkan lagi kepala otaknya. Nanti, sebarang penyelesaian pun tak dapat, airmatanya juga yang akan keluar tak mahu berhenti.

    “Pelik. Ammara Saffiya mengalah tanpa berbahas? This is so not you my dear. Awak tak sihat ke? Hurmm? Demam?” Terkebil-kebil mata Ammara bila belakang tangan Imtiyaz sudah menjamah dahi dan kedua belah pipinya.

    Tangan Imtiyaz sudah kembali memegang stereng dengan senyuman senget diukirkan buat Ammara yang masih terdiam.

    Eiiii!! Lebih-lebihlah dia ni. Ingat aku ni Tihal ke? Suka-suka hati nak sentuh-sentuh, rasa-rasa … Uih!! Menyampah betullah! Ammara mendengus perlahan. Keduabelah tangan disilangkan ke dada. Wajah Imtiyaz direnung tajam.

    You enjoying these aren’t you Boss? Seronok tengok saya tersepit macamni kan?” Mata semakin mencerlung pandang kearah Imtiyaz.

Hati Ammara bertambah sakit apabila kata-katanya disambut dengan dekahan tawa Imtiyaz.

    “Boss! Saya tak buat lawak okey! So, tak payahlah nak gelak sangat” Ammara memusingkan badannya kearah yang bertentangan. Setitis airmata yang meluncur laju dipipinya pantas diseka. Bencinya! Macamana sekalipun, kesudahannya, pasti dia yang menangis.

    Melihat keadaan Ammara yang sudah mula berjuraian airmata, Imtiyaz memarkirkan kereta di tepi jalan. Isyarat lampu kecemasan dihidupkan. Bahu Ammara dipaut Imtiyaz supaya mengadapnya. Kedua belah tangan Imtiyaz sudah berada di pipi Ammara dan airmata yang sudah lebat berjuraian dipipi yang kemerahan itu disapu perlahan. Sepasang anak mata berwarna coklat cair yang masih basah dengan airmata itu ditatap lama. Cerminmata hitam sudah ditanggalkan sedari tadi.

    “Kenapalah awak suka sangat menangis? Hurmm? Awak tahu tak? Saya tak boleh tengok awak menangis tau dear” Ammara terpana mendengar ucapan bernada romantis yang terkeluar dari mulut Imtiyaz. Terasa longgar segala sendi di tubuhnya.

    Imtiyaz tersenyum senget melihat Ammara yang terkebil-kebil menatap wajahnya. Comel sungguh! Ikutkan hati, mahu saja dicium pipi mulus itu.

    “Err … Ki … Kita dah lambat ni Bos. Nanti client marah pula” menyedari kelainan dalam senyuman yang terukir di bibir merah jambu itu, Ammara cepat-cepat meleraikan pegangan tangan Imtiyaz diwajahnya. Rasa membahang saja kulit mukanya saat itu. Untuk kesekian kalinya dia membenarkan lelaki itu bersentuhan kulit denganya. Arggghhhh!!! Rasa dirinya sangat ternoda.Mahu saja dia menampar-nampar pipinya kerana begitu mudah terbuai dengan sikap romeo Imtiyaz. Dia sudah memalingkan tubuhnya kearah bertentangan semula.

    You know Ammara. Usually I don’t allow my staff to call me Boss. But for you, I will make an exception

    Ammara menjuihkan bibir mendengar kata-kata Imtiyaz. Eleh … Exception konon. Bukan dulu si Suraya kerek tu panggil kau ‘Bos’ ke? Dasar mulut manis! Huh! Ammara membebel dalam hati.

    Melihat Ammara yang diam tanpa berbalas kata, Imtiyaz menyunggingkan senyuman sambil mengenakan semula cerminmata hitamnya dan kereta kembali dipandu di atas lebuhraya yang sudah mula dibanjiri dengan kenderaan dari pelbagai arah.

    Mereka tiba di Majlis Perbandaran Kuantan tepat jam 3.30 petang dan perjumpaan yang lebih kepada perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul berlanjutan hampir ke jam tujuh petang.

    “Kita cari Masjid dulu lah Bos. Nak solat Asar kejap. Lepas tu boleh  la kita tunggu Maghrib sekali baru gerak balik” Ammara berkata sambil mengenakan tali pinggang keledar ketubuhnya.

    “Okay” ringkas saja jawapan dari Imtiyaz. Panggilan ‘Bos’ yang digunakan oleh Ammara tidak lagi menjadi masalah baginya.

    Kereta dibelokkan ke perkarangan Masjid Bukit Setongkol dan mereka menunaikan solat Asar dan menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di situ.

    “Kita pergi makan dulu” ucap Imtiyaz sebaik sahaja Ammara sudah mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tanpa bantahan, Ammara hanya menurut. Lagipun, perutnya memang sudah berkeriuk minta diisi.

    Mereka menikmati juadah makan malam di gerai nasi campur di tepi jalan. Ini salah satu sikap Imtiyaz yang agak disenangi Ammara. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang berpangkat dan mewah, Imtiyaz tidak cerewet langsung dalam soal memilih tempat makan. Yang penting baginya adalah tempat itu bersih, kemas dan teratur.

    “Nenek dengan Datuk awak tinggal kat mana Ammara?” Imtiyaz memulakan perbualan sementara menunggu makanan yang dipesan mereka sampai. Lengan baju kemejanya dilipat hingga kesiku menampakkan sisi santainya dimata Ammara.

    “Besut. Pantai Air Tawar kat Kampung Sentosa” Ammara menjawab sambil tangannya mencapai telefon di dalam beg tangan untuk memeriksa sebarang pesanan ringkas dan panggilan masuk yang tak sempat dijawab memandangkan sewaku di Masjid tadi, telefonnya diletakkan dalam mode senyap.

    “Owh. Along dengan Kak Fatin ikut sekali kan balik kampung?” Imtiyaz terus bertanya. Ammara memandang kearah Imtiyaz sebelum menjawab. Agak janggal ditelinganya apabila Bosnya itu memanggil Abang dan Kakak Iparnya sebegitu. Bunyinya saja sudah mengambarkan betapa antara dia dengan Imtiyaz bukan sekadar majikan dengan pekerja.

Tanpa kata, Ammara menganggukkan kepalanya dan mata kembali difokuskan ke skrin telefon.

    Satu persatu panggilan masuk dan pesanan mesej yang masuk diperiksa. Dia tersenyum sendiri melihat gambar yang dihantar oleh Ammar di applikasi Whatapps. Gambar Mak Tok dan Ayah Toknya yang sedang mengangkat tangan dengan mulut yang memuncung menunjukkan gaya orang yang tak mahu wajahnya dirakam oleh lensa kamera.

    “Awak tengok apa tu?” Tanpa sedar, Imtiyaz sudah mendekatkan kerusinya dengan Ammara dan telefon ditangan Ammara dicapai. Satu persatu gambar yang dihantar oleh Ammar ditatap dengan senyuman. Berkerut-kerut wajah Ammara dibuatnya. Dia memandang kearah Imtiyaz dengan riak tak puas hati.

    “Eh, saya belum habis tengoklah” telefon ditangan Imtiyaz dirampas semula dan dilayangkan tinggi agar lelaki itu tidak dapat mengambilnya semula. Mata dijegilkan tanda protes. Imtiyaz tersenyum dengan bibir yang mencebik dan bahu yang dijongketkan tanda tak peduli dengan cara Ammara memandangnya.

    Ammara mengubah tempat duduknya di hadapan Imtiyaz. Terjongket kening Imtiyaz dibuatnya. Ammara menayangkan senyum kemenangan. Dia menyambung semula perhatian ketelefon bimbitnya.

So, ni kalau awak balik, awak kat rumah dengan siapa?” Imtiyaz cuba menarik perhatian Ammara.

    “Sorang la kot. Tu pun kalau Fath masih tidur kat rumah kawannya” selamba saja Ammara menjawab tanpa memandang kearah Imtiyaz.

    Mendengar nama Fath disebut, Imtiyaz mula rasa semacam. Fath dan Ammara, dalam satu rumah? Berdua? Waktu malam? Imtiyaz rasa tak sedap hati. Jika naluri lelakinya tak silap, dia dapat rasakan yang Fath masih menyimpan perasaan terhadapa Ammara. Melihat cara lelaki itu memandang gadis itu saja dia boleh mengagak.

    Ammara yang masih ralit dengan telefonnya ditatap lama. Dalam kepala mula memikirkan  beberapa perancangan.

    Setengah jam menunggu akhirnya makanan yang mereka pesan sampai juga. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan makan malam tanpa sebarang suara. Ammara dengan kuetiau tomyam dan air jus epalnya, manakala Imtiyaz dengan hidangan nasi goreng USA dan jus tembikainya.

    Jam menunjukkan ke pukul 10 malam, barulah mereka memulakan semula perjalanan. Masuk minit kesepuluh kereta bergerak, Ammara sudah dibuai lena. Melihatkan Ammara yang berpeluk tubuh sambil mengerekotkan tubuhnya, Imtiyaz mencapai kotnya dan diselimutkan ke tubuh gadis itu dengan sebelah tangannya.

    Imtiyaz tersenyum apabila memandang wajah Ammara yang terserlah kepolosannya ketika tidur. Memandangkan Ammara sudah terlena, mudahlah untuknya melaksanakan rancangan yang baru dirangkanya tadi. Dia tersenyum lagi. Perhatian ditumpukan semula pada pemanduan.

Monday, July 11, 2022

GADIS CENGENG : BAB 21

 


“APA??? Bulan depan?” Bulat mata Ammara memandang tepat kearah Ammar. Rasa mahu terkeluar biji matanya dari soket mata mendengar perkhabaran terbaru dari Abangnya di pagi Sabtu itu.

           Fath yang turut berada di meja makan itu juga terkedu tak bersuara. Matanya turut tertumpu pada wajah Ammar dan Ammara silih berganti.

Ammar tersenyum melihat reaksi Ammara yang sangat dramatik itu. Lucu rasanya. Tapi, rasa pelik pun ada. Sepatutnya Ammara seronok mendengar mengenai keputusan keluarga Imtiyaz untuk masuk merisik dan seterusnya melangsungkan majlis pertunangan awal bulan hadapan. Tapi, kenapa reaksi yang sebegitu di berikan oleh adiknya itu.

“Laaa … Takkan Tiyaz tak ada bagitau Ara apa-apa? Baru malam tadi dia call Abang bagitau tentang keputusan Umi dengan Walidnya ni” Berkerut-kerut dahi Ammar apabila melihat wajah Ammara yang berubah keruh.

Ammara masih dalam fasa terkejut. Imtiyaz betul-betul sudah buang tabiat! Menyamar jadi pasangan kekasih tu sudah satu hal. Ni nak masuk merisik plus bertunang pula, dah apa hal pula? Memang nak makan kaki betullah Bosnya itu. Ammara bengang.

“Tiyaz ada bagitau. Tapi, dia kata belum confirm lagi. Tu yang Ara terkejut tu” Ammara terkulat-kulat mereka jawapan. Bimbang juga jika tembelangnya pecah. Jika pecah, memang sah, pecah muka Imtiyaz dikerjakan Ammar.

“Tak rasa cepat sangat ke Along? Bukan si Ara ni baru je kenal dengan budak tu? Biarlah diaorang kenal-kenal lama sikit. Tahu hati budi masing-masing dulu” Tiga pasang mata kini tertumpu pada Fath. Terjongket kening Ammara dengan kata-kata lelaki itu. Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba nak masuk campur pula. Lepas tu, suka-suka je panggil Imtiyaz tu ‘budak’. Hello Encik Fath! Orang tu dah 32 tahun la. Huh! Desis Ammara dalam hati.

“Masa bertunanglah nak kenal-kenalnya. Sekurang-kurangnya, kalau dah bertunang, takdelah Along nak risau tengok si Ara ni berkepit selalu dengan si Tiyaz tu” Ammara telan liur kesat. Sejak bila la pula dia asyik berkepit dengan Bosnya itu? Selama ni pun kalau mereka berkepit hanya atas urusan kerja semata-mata. Dah namanya pun dia tu PA Bos kan? Kenalah ada selalu dengan Bos.

“Lagipun, Akak tengok si Tiyaz tu baik budaknya. Datang pun dari keluarga baik-baik” giliran Fatin pula menokok tambah. Berubah terus wajah Fath apabila Kakaknya sendiri sudah mula memuji.

“Kadang-kadang, yang kita pandang baik tu perangai tak semengah Kak. Entah-entah depan kita je tunjuk baik, kat belakang kita … heh!” Sakit telinga Ammara mendengar kata-kata sinikal dari Fath itu. Walaupun dia sendiri tak berapa bersetuju dengan rancangan pertunangannya dengan Imtiyaz, tak adalah sampai dia nak mengutuk Bosnya itu.

“Ala … Apa nak hairan. Orang yang kita kenal lama pun belum tentu lagi baiknya kan? So, who are we to judge. Lagipun, selama ni, Tiyaz layan Ara Ok je. Tak pernah la pula dia nak malukan atau aibkan Ara depan sesiapa” keras nada suara Ammara ketika itu. Geram dia dengan Fath.

Berdesing telinga Fath mendengar kata-kata yang terluncur keluar dari mulut Ammara. Nampak sangat gadis itu sengaja memerlinya.

So, oklah kan? Ara setuju la bulan depan tunangnya?” Lebar senyuman Ammar pada Ammara.

“Ha? Erk …”  terkedu terus Ammara dibuatnya. Alahai … Niat tadi sekadar hendak menyakitkan hati Fath saja. Ini bukan setakat Fath yang sakit. Dia pun turut sakit sama. Tapi bukan setakat sakit hati, malah jiwanya turut juga rasa sakit! 

“Kalau Ara dah setuju, kejap lagi, Along nak pergi rumah Mama dengan Papa ni bolehlah Ara ikut sekali bincangkan hal ni” Sesudu nasi goreng kampung yang dimasak oleh Ammara disuapkan ke dalam mulut.

 Ammara tak menyahut. Mulutnya perlahan-lahan mengunyah nasi yang sudah disuapkan ke dalam mulut. Dalam kepala sudah merancang untuk berjumpa dengan Imtiyaz. Dia mahukan penjelasan dari lelaki itu. Kenapa tiba-tiba hendak melangsungkan pertunangan secepat ini? Dah gila barangkali lelaki itu.

 “Ara” Ammar menguis hidung Ammara yang dilihatnya jauh mengelamun.

 “Ha? Apa dia Along? SorSorry … Ara tengah fikir pasal hal office tadi” terkulat-kulat Ammara menjawab. Malu dengan kealpaan dirinya sendiri. Tersengih-sengih dia macam kerang busuk melihat Ammar dan Fatin silih berganti.

 Ammar tergelak. Begitu juga Fatin.

 “Ara, Ara. Tengah makan pun boleh kan berangan. Along cakap lepas ni kita pergi rumah Mama dengan Papa. Bincang pasal pertunangan Ara dengan Tiyaz” Ammar mengulang semula kata-katanya tadi cuma dalam susunan ayat yang berbea.

 “Owh … Err … Ara nak jumpa Tiyaz hari ni. Along dengan Kak Fatin je la yang pergi bincang. Apa-apa pun, Ara ikutkan je” Ammara menyahut. Dia perlu berjumpa dan berbincang dengan Imtiyaz hari ini juga! By hook or by crook, dia perlu membuatkan Imtiyaz membatalkan perancangan gilanya itu! Tak sanggup dia hendak meneruskan lakonan mereka itu sejauh itu. Tak sanggup! Tak sanggup! Tak sanggup! Ammara sudah menjerit dalam hati.

 Ammmar dan Fatin mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum penuh makna dengan jawapan dari Ammara itu.

 Fath yang mendengar perbualan mereka sekeluarga mula panas hati. Baru saja dia membuat perancangan untuk memutuskan hubungan Ammara dan Imtiyaz. Tup-tup, hal pertunangan pula yang dibincangkan. Arrgghhh!! Aku takkan biarkan Ammara semudah itu jatuh ketangan lelaki lain! Tekad Fath dalam hati.

 

BERKERUT dahi Imtiyaz melihat nama Ammara tertera di skrin Iphonenya. Peluh yang membasahi mukanya hasil dari rutin senaman push up yang baru saja diselesaikannya dikesat sehingga kering.

 “Siapa call  Bang? Kak Ara ke?” Imtithal yang sedang berlari di atas treadmill bertanya. Sudah 2 jam dia bersenam bersama Imtiyaz di Gym mini yang ada di dalam rumah mereka itu. Itulah rutin mereka berdua di hari cuti. Imtiyaz akan menghabiskan masanya di rumah Walid dan Uminya.

 Selalunya Datuk Muzaffar, Datin Suhana dan Imdad akan turut serta. Tapi, memandangkan hari itu, Taska Imdad ada menganjurkan acara sukaneka, maka tinggal mereka berdua sajalah.

 Imtiyaz mengangguk. Telefon dibiarkan tak berangkat.

 “Kenapa tak jawab?” Imtithal mematikan mesin treadmill dan mengesat peluh dengan tuala kecil yang digantungkan di lehernya. Dia melangkah menghampiri Imtiyaz yang sedang duduk di mesin angkat berat melakukan rutinnya tanpa mempedulikan telefon yang sedang berbunyi.

 Melihat tiada sebarang reaksi dari Imtiyaz, Imtithal terus mencapai telefon Abangnya itu dan dijawab.

 “Assalammualaikum Kak” ceria suara Imtithal menyapa kegegendang telinga Ammara.

 “Waalaikummussalam. Tihal ke?”

“Yela .. Tihal ni. Akak nak cakap dengan Abang Tiyaz ke?

“Aa .. Ya ya. Dia ada ke?”

“Ada ni ha tengah angkat dumb bell

"Dia tak boleh nak jawab call sekarang. Hurmm … Akak ada apa-apa pesanan untuk Abang                     ke?”

“Owh … Hmmm … Takpalah. Nanti Akak call semula”

“Err … Kak Ara …”

 Belum sempat Imtithal menghabiskan ayatnya, telefon sudah dirampas oleh Imtiyaz. Imtithal menjuihkan bibir tanda protes.

 “Hello sayang. Ada apa call Abang ni?” Berdiri bulu roma Ammara dibuatnya sebaik sahaja suara romantis Imtiyaz kedengaran. Perlahan-lahan dia telan air liur.

 Wait … Abang buat loudspeaker ni. Abang nak habiskan rutin dumb bell Abang kejap. Tapi, sayang cakaplah apa yang Sayang nak cakap ye” Imtiyaz sengaja ingin mengenakan Ammara. Dia hendak mendengar panggilan apa yang gadis itu gunakan memandangkan dia tahu yang Imtithal turut berada di situ.

 “Err … Ara kacau Ab … Abang ke ni?” Rasa macam ada bola pingpong dalam anak tekak. Ammara mengetap bibir geram. Dia cukup yakin yang Imtiyaz memang sengaja memasang telefonnya dalam mode loudspeaker untuk mengenakannya.

 Imtiyaz tersenyum. Seronok mendengar gadis itu memanggilnya ‘Abang’.

 “Eh … Mana ada sayang kacau Abang. Kenapa Sayang call ni?” Imtiyaz menyudahkan rutin mengangkat dumb bellnya dan telefon dicapai. Dia melambaikan tangan pada Imtithal yang memberi isyarat hendak keluar dari bilik tersebut.

 “Hurmm .. Ara ingat nak jumpa Abang hari ni. Ada hal penting nak bincang” menyampahnya Ammara. Rasa tergeliat urat lidahnya memanggil lelaki itu ‘Abang’. Kalau tak difikirkan yang Imtithal ada bersama Imtiyaz, memang tak adalah dia hendak memanggil Imtiyaz begitu.

 “Ok. Lepas Zuhur Abang jemput Sayang” laju saja Imtiyaz bersetuju. Bukan senang hendak mendengar Ammara mengajaknya keluar. Ammara bersetuju.

 “Ok Sayang, I love you. See you later” Imtiyaz tersenyum. Hati rasa bagai dijentik-jentik untuk terus menyakat gadis itu.

 “Ok” Ringkas saja Ammara menjawab.

 “Aik. Ok je? Tak cakap I love you pun” Ammara rasa macam nak dicekik-cekik saja batang tengkuk Imtiyaz ketika itu. Sengaja hendak mengada-ngada. Pakkallah Imtithal ada di situ.. Getus hati Ammara, sebal.

 “Err … I … Lo …Love you too” tergagap-gagap Ammara hendak menghabiskan ayatnya. Imtiyaz dihujung talian sudah menekan-nekan perut menahan gelak.

 Klik! Talian terus terputus. Ammara rasa hendak mencarut saja. Hampeh betullah lelaki bernama Syed Imtiyaz Omar! Buat hati rasa sakit saja! Huh!

  

SEPERTI yang telah dijanjikan, tepat jam dua petang, Imtiyaz sudah tercongok di hadapan pintu rumah Ammar. Memandangkan Ammara masih belum bersiap sepenuhnya dan tiada orang lain di rumah, Imtiyaz di suruh menunggu di luar rumah.

 Imtiyaz menghalakan langkah ke Gazebo dan mengambil tempat duduk di situ sambil menikmati pemandangan lanskap taman mini hasil kreativiti Ammar dan Fatin.

 “Assalammualaikum”

 Imtiyaz pantas menghalakan pandangan kearah yang memberi salam.

 “Waalaikummussalam” tangan yang dihulur disambut sambil tersenyum ramah. Imtiyaz memerhatikan Fath mengambil tempat duduk di sebelahnya.

 “Tunggu Ammara ke?” Walau dia sudah tahu tujuan kedatangan Imtiyaz, sengaja dia bertanya lagi. Sekadar hendak berbahasa-basi. Cerminmata hitam yang dipakainya ditanggalkan. Wajah tenang Imtiyaz dikerling.

 “Ha’ah. Dari mana ni?” Imtiyaz menayang senyum. Dalam kepala teringat kembali pengakuan lelaki di sebelahnya tempohari mengenai Ammara itu bekas kekasihnya. Memikirkan yang Ammara duduk sebumbung dengan Fath membuatkan hati Imtiyaz bagai dicubit. Apatah lagi dengan rupa paras yang dimiliki lelaki itu, tidak mustahil andai Ammara jatuh cinta semula padanya.

 “Keluar jumpa member sekejap. Nak bawa Ammara kemana?” Pertanyaan yang keluar dari mulut Fath pada pendengaran Imtiyaz ada berbaur kurang senang.

 “Tak kemana pun. Saja bawa Ammara jalan-jalan release tension. Kesian dekat dia sebab recently banyak kerja kat office tu” Imtiyaz masih menayang senyum manis. Baginya, selagi Fath tidak berbuat perkara yang melampau dan boleh membangkitkan rasa marahnya, selagi itu dia akan melayannya dengan baik.

 “Ok. Saya dah siap. Jom” perbualan mereka berdua terhenti dengan kehadiran Ammara yang nampak ayu mengenakan dress dari kain chiffon berwarna merah bata dan mengenakan selendang satin bercorak abtrak gabungan warna maroon dan kuning mustard. Dipadankan dengan kasut wedges dan beg tangan berwarna pearl cream. Sangat ringkas namun cukup mempesonakan pandangan dua orang lelaki di hadapannya.

 “Ehem,ehem!!” Sengaja Ammara berdehem kuat apabila tiada reaksi yang diterima dari Imtiyaz.

 “Err … yaa .. Dah siap ke? Ok, jom. Ok Fath, kitaorang gerak dulu” Imtyaz tersedar dari keasyikan menatap Ammara lalu meminta permisi dari Fath untuk beredar dan dengan selambanya, dia mencapai tangan Ammara lalu dipimpinnya meninggalkan Fath yang hanya mampu mencerlung pandang kearah mereka berdua. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa.

 Ammara terkejut sakan diperlakukan sebegitu oleh Imtiyaz. Hendak direntap tangannya, tidak sampai hati pula memandangkan Fath ada di situ. Akhirnya diturutkan saja.

 Toyota Harrier bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Ammar. Fath masih tidak melepaskan pandangan. Sakit mata dan sakit hatinya melihat jari-jemari Ammara erat dalam genggaman Imtiyaz. Dia perlu mencari jalan untuk mendapatkan Ammara secepat mungkin. Kalau terlambat, pasti dia yang akan merana.

 Kereta dipandu tenang oleh Imiyaz menuju ke destinasi yang Ammara sendiri tak pasti. Biarlah. Malas dia hendak bertanya. Lagipun, takkanlah Bosnya itu hendak membawanya ke tempat yang tak senonoh kan? Kalau rasa nak makan kasut saiz 37 milik Ammara Safiyya, cubalah buat.

 Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di Mid Valley. Tanpa banyak bicara, Imtiyaz mendahului langkah dan Ammara mengikut dari belakang. Sesekali dia berlari-lari anak untuk mengejar langkah Imtiyaz yang lebih panjang darinya.

 Hish dia ni. Jalan macam nak masuk marathon. Laju semacam. Apa dia tak nampak ke yang aku ni langkah kaki comel-comel je? Mahu tercabutlah kaki aku jawabnya ni. Ammara membebel-bebel dalam hati. Akhirnya,malas hendak mengejar, dibiarkan saja Imtiyaz menapak jauh meninggalkannya.

 Sedar akan ketiadaan Ammara di belakangnya, Imtiyaz menghentikan langkah lantas menoleh ke belakang. Dilihatnya Ammara sedang membelek selendang si salah sebuah kedai kecil yang berderet di tengah jalan.

 “Tengok apa ni? Jomlah, cerita dah nak start ni” baru saja Ammara hendak membuka mulut, tangannya sudah ditarik oleh Imtiyaz.

 “Lepaslah. Tak payahlah nak pegang-pegang” Ammara cuba meloloskan tangannya dari pegangan tangan Imtiyaz namun gagal.

 “Diam boleh tak? Ikut jela. Awak tu bukan boleh percaya. Nanti kedai mana-mana je awak singgah. Kalau sesat nanti macamana? Saya juga yang susah nak cari” pegangan tangannya semakin kejap. Langsung tak memberi ruang untuk Ammara melepaskan diri. Ammara jadi hangin. Macamlah dia tak pernah ke Mid Valley. Memanglah bukan selalu. Kalau ye pun sesat, telefon kan ada. Call je la. Apa susah. Huh! Ammara mendengus kecil.

 “Kita nak tengok cerita apa ni?” Ammara mula bertanya semasa mereka beratur di barisan khas untuk pembelian yang telah di bayar melalui kad kredit secara online. Imtiyaz hanya mendiamkan diri. Geramnya Ammara. Sudahlah datang ke situ langsung tak berbincang dulu dengannya. Nak menonton cerita apa pun langsung tak bertanyakan pendapatnya. Dia yang mengajak keluar, dia pula yang dijadikan Mak Turut.

 Usai mengambil tiket mereka terus beratur untuk masuk ke dalam pawagam.

 Imtiyaz mengenggam tangan Ammara memasuki pawagam bernombor 3 dan membawanya terus ke tempat duduk mereka di baris paling belakang di bahagian tengah. Nasib baik couple seat. Kalau cerita yang ditayangkan nanti membosankan, bolehlah dia tidur. Fikir Ammara.

 “Saya ajak Encik keluar ni nak berbincang. Bukannya nak tengok wayang” Ammara meluahkan rasa. Yelah. Niatnya mengajak Imtiyaz keluar adalah untuk membincangkan hal pertunangan mereka, tapi lelaki itu sesuka hati pula membawanya menonton wayang.

 “Bincang nanti pun boleh. Saya dah lama tak tengok wayang. So, awak kenalah temankan saya tengok wayang dulu. Anything, we can discuss later. Dah diam. Wayang dah nak mula” Imtiyaz meletakkan isyarat jari di bibir supaya Ammara berhenti bercakap. Ammara mengetap bibir, geram.

 Kalau setakat nak tengok wayang, ajaklah sparepart-sparepart dia yang bersepah tu. Buat apa nak ajak aku? Huh! Buang masa aku je la dia ni! Arrghh!! Ammara meluahkan protes. Tapi, cuma mampu bergema dalam hatinya saja. Tumpuan dihalakan ke skrin wayang di hadapan mereka.

 Nasib baik cerita Transformers. Kalau cerita entah apa-apa, memang Sodakollah Halazhim la jawabnya. Detik hati Ammara. Semakin khusyuk dia menatap wayang gambar Age Of Extinction yang sedang ditayangkan hasil garapan daripada pengarah terkenal Hollywood iaitu Michael Bay.

 

HABIS saja menonton wayang, Imtiyaz terus menuju ke restoran Chilis tanpa bertanya kepada Ammara terlebih dahulu. Bagi Ammara, kalau ikutkan seleranya, dia lebih suka makan di Medan Selera yang ada di Mid Valley itu memandangkan pilihan makanan yang banyak. Tapi, malas hendak bertelagah dengan Bosnya itu, dia hanya turutkan saja. 

So …. What is the things that you want to discuss about hurm?” Imtiyaz memulakan perbincangan sebaik sahaja pelayan berlalu pergi bersama menu makanan yang telah mereka pesan.

Ammara menyandarkan tubuh kekerusi sambil menghela nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan perbincangan yang dia yakin akan membangkitkan rasa ketidakpuasan  hati sesama mereka.

“Saya tak nak bertunang dengan Encik Imtiyaz” Lembut tapi tegas Ammara menyatakan pendiriannya.

Imtiyaz menyunggingkan senyuman sambil turut menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dahi Ammara sudah mula berkerut melihat reaksi lelaki di hadapannya itu.

“Menipu yang saya ni girlfriend Encik dah satu hal. Tapi kalau sampai kena bertunang,  saya tak sanggup Encik Imtiyaz. Taknak saya. Tak pasal nanti, dalam diari hidup saya, ada rekod putus tunang. Hish! Jatuhlah saham saya nanti” Ammara meluahkan rasa tidak puas hatinya. Imtiyaz masih tersenyum.

“Kalau macamtu. Janganlah putuskan”

Ammara terdiam. Jangan putuskan? Apa maksud dia ni? Ha?? Takkan dia nak teruskan sampai aku kena kahwin dengan dia kot?! Bulat mata Ammara memandang Imtiyaz.

Are you out of your mind Sir? Encik ingat, kita ni tengah berlakon drama? And … Terpaksa kena kahwin? Klise  sangat la Encik Imtiyaz. Boleh tak kita ubah sikit plot. So typical la. Apa kata, kali ni, tak ada yang dipaksa dan tak ada yang terpaksa kahwin. Kita bagitau our parents yang kita putus, then we move on with our separate life. Settle. Tak payah pening kepala, tak payah sakit hati. Right?”  Imtiyaz tergelak kecil. Ammara bertambah hangin. Dia mula berpeluk tubuh.

“Kalau saya cakap yang saya tak rasa terpaksa pun untuk kahwin dengan awak, awak setuju kahwin dengan saya?” Imtiyaz menjongketkan kening. Matanya redup memandang seraut wajah yang sudah kemerahan di hadapannya itu.

Sorry. Here your order Sir. One Fried Rice with Salmon, One Rib Eye cooked Medium and two mango juice” perbualan mereka tergantung seketika apabila pelayan datang dengan makanan yang dipesan dan dengan penuh tertib meletakkan makanan di atas meja.

 Is there anything else you want to add Sir? Madam?” Pelayan lelaki itu memandang Imtiyaz dan Ammara silih berganti.

            No, thank you” melihatkan Ammara hanya  mengelengkan kepala tanpa suara, Imtiyaz menjawab bagi pihak mereka berdua.

             Ok then, enjoy you food Sir, Madam” Pelayan itu berlalu juga akhirnya.

 
 
            “Kalau Ara nak, kita boleh mulakan dari awal. We can begin with courting phase. Kita belajar untuk mengenali satu sama lain lebih  dari seorang pekerja dengan majikan” akhirnya Imtiyaz meluahkan juga hasrat hatinya. Ya. Dia benar-benar ingin mengenali gadis bernama Ammara Saffiyya itu dengan lebih serius.
 
            Uhuk! Uhuk! Tersedak-sedak Ammara mendengarkan kata-kata Imtiyaz. Pantas tangannya mencapai gelas berisi jus mangga dan dihirup rakus. Rasa perit tekaknya akibat nasi yang menyerbu masuk tanpa sempat dikunyah dulu.
 
            “Apa maksud Encik Imtiyaz?” Ammara semakin pelik dengan Imtiyaz. Sekali lagi lelaki itu hanya tersenyum. Naik muak dia melihatnya. Dia mahukan sebuah penjelasan dan penyelesaian bagi keadaan yang semakin menjerut lehernya saat ini tapi Imtiyaz seolah-olah bermain tarik tali pula dengannya.
 
            Apa yang susah sangat pun dia tak tahu. Imtiyaz hanya perlu berjumpa Uminya dan memberitahu bahawa ‘hubungan cinta’ mereka itu tidak kesampaian dan mereka tidak perlu bertunang. Itu saja.
 
Owh ya. Mungkin juga Imtiyaz takut andai Uminya akan meneruskan perancangan awal untuk menjodohkannya dengan pilihan keluarganya. Mungkin itu sebabnya, Imtiyaz sanggup berpura-pura meluahkan perasaan ingin mengenalinya dengan lebih mendalam lagi padanya. Otak Ammara sudah ligat memproses segala macam alasan kenapa Bosnya itu mengutarakan cadangan untuk memulakan hubungan mereka dalam erti kata sebenar. Bukan lagi atas dasar berpura-pura.
 
I like you Ammara. Mungkin belum sampai ke tahap cinta tapi I like you and I really hope you can give me the chance to get to know you better” terkebil-kebil mata Ammara memandang kearah Imtiyaz. Terasa seperti jantungnya berhenti berdenyut selama 2 saat. Otaknya pula tiba-tiba dilanda mind block.
 
“Syed Imtiyaz Omar?!”
 
Baru saja Imtiyaz ingin menyambung kata-katanya, suara lembut yang memanggil namanya membuatkan patah perkataannya terkemam dimulut.
 
Ammara dan Imtiyaz sama-sama memandang kearah siapakah gerangan yang menyebut nama penuh Imtiyaz itu.
 
It’s really you! Oh my! I ingat I tersalah tengok tadi” Bulat mata Ammara memandang kearah sesusuk tubuk yang meliuk lentuk menghampiri Imtiyaz lalu duduk di sebelah lelaki itu tanpa mempedulikan kehadirannya di situ.
 
            “Hai … Elisa. Bila you balik Malaysia? Kenapa tak call I pun? Your parents pun takde bagitau apa-apa kat I” Lebar benar senyuman Imtiyaz ketika itu. Mereka mula berlaga pipi beberapa kali. Wajah Ammara yang sudah berubah riak langsung tidak disedari sebaik saja  seraut wajah yang bersolek cantik disebelahnya ditatap.
 
            Yesterday. Well, I baru plan nak call you malam ni. Mommy and Daddy tak ada kat sini. They all berdua tu  pergi berhoneymoon kat Mauritius. Kat rumah tu ada I dengan Esme je. Tapi, I really tak sangka sangat dapat jumpa you kat sini. Lama giler kita tak jumpa kan” Gadis bernama Elisa yang mengenakan blaus tanpa lengan dan jeans biru ketat itu dilihat begitu teruja dapat berjumpa dengan Imtiyaz. Lengan sasa lelaki itu dirangkul erat tanpa rasa segan silu.
 
            “Yeah. Dekat 3 tahun la kita tak jumpa kan? So …  How your study?”  Imtiyaz melemparkan senyuman kacak kepada Elisa. Mankin sakan Elisa mengeselkan tubuhnya pada lengan Imtiyaz yang masih erat dirangkulnya itu. Naik berbulu Ammara melihatnya.
 
            “Biasa-biasa je. Sejak you tak ada, boring la study… Tak best macam masa you ada dengan I” Elisa melemparkan senyuman manja.
 
Sakit pula mata Ammara menyaksikan adegan romantica di amor yang bersiaran secara langsung di hadapannya saat itu. Sebelum matanya kena ketumbit baik dia fokuskan pandangan pada hidangan Fried Rice with Salmon nya saja sambil tayang muka selamba.
 
            “Oh yah, before I forget, Elisa, let me introduce you to Ammara. Sayang, this is Elisa, my cousin cum best friend yang baru balik dari UK. Elisa, this is Ammara, my future fiancĂ©e to be
 
            Nyaris saja nasi yang baru disuapkan ke dalam mulut tersembur ke muka Imtiyaz. Terkulat-kulat Ammara dibuatnya dan dalam kejanggalan, dia cuba melakarkan senyum pada Elisa yang nampak agak terkejut ketika itu. Bukan Elisa saja yang terkejut sebenarnya, malah Ammara pun sama. Terkejut mencapai tahap dewa mendengar pengakuan berani mati dari Imtiyaz yang rasa mahu dicekik-cekiknya saja sampai lemas.
 
            “Owh really Tiyaz? You, Syed Imtiyaz Omar is getting engage? Oh, wow!” Melopong mulut Elisa menatap wajah Imtiyaz. Melihat senyuman terpamer dibibir lelaki itu dengan kening yang terjongket, Elisa terus menjerit kegembiraan. Dia lantas mengambil tempat di sebelah Ammara dan lantas tubuh itu dipeluknya, mesra. Mankin terkedu Ammara dibuatnya.
 
Oh my .. I’m  really sorry Ammara. How rude of me kan tak pedulikan you dari tadi. Anyway, I’m  Elisa. Cousin Tiyaz dari sebelah Umi dia. We study together at UK dulu. Tapi,  by the time Tiyaz dah habis buat Master, I masih terkial-kial nak habiskan PhD. Lepas tu, after 3 years apart , tup-tup bila jumpa dia, dia kata dia nak bertunang! Wow! Excitednya I” Elisa menepuk-nepuk tangannya dengan senyuman lebar menghiasi bibir merahnya sedari tadi.
 
Ammara rasa mukanya saat itu sudah herot entah macamana gaya. Nak kata dia senyum rasa macam dia tersengih, nak kata tersengih, dia rasa dia cuba tersenyum. Entahlah. Pelik dia melihat keterujaan Elisa. Langsung dia tak menyangka Imtiyaz punya sepupu seranggi itu. Persis seperti model antarabangsa. Patutlah Elisa memanggil Imtiyaz dengan panggilan Tiyaz yang mana setahunya, panggilan itu hanya digunakan oleh kaum keluarga Imtiyaz saja.
 
            “Ok. You guys should tell me all about your love story. How you two met, what do Tiyaz have to go through to captured Ammara’s heart. You kena ceritakan semuanya pada I Ammara, Tiyaz. Don’t leave any tiny detail at all!” Bahu Ammara dipeluk mesra.
 
            Mampus! Macamna ni?!! Masalah nampaknya jadi mankin besar! Muka Ammara sudah berkerut-kerut memandang Imtiyaz yang hanya tersenyum tenang. Sakitnya hatinya!! Kenapa dia seorang yang rasa tersepit sekarang ni?! Ammara rasa pandangannya dah mula kabur dek kerana empangan matanya sudah dipenuhi airmata. Bila-bila masa saja akan pecah membanjiri pipinya.

            Suasana senyap antara mereka berdua. Yang kedengaran hanyalah bunyi garfu dan pisau stainless steel yang berlaga dengan pinggan kaca berisi makanan masing-masing. Imtiyaz memotong Rib Eyes steaknya lalu disuakan ke dalam mulut sambil matanya sesekali memandang kearah Ammara yang tayang wajah mencuka. Namun makanan masih disuapkan ke mulut. Imtiyaz tersenyum sendiri.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template