Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Wednesday, February 16, 2022

GADIS CENGENG : BAB 14

   


 “Ammara! Air apa awak buatkan saya ni?? Kenapa pahit semacam? Gula dalam pantry tu dah habis ke? Kalau dah habis, cepat-cepat inform Mak Som suruh replenish balik apa barang yang dah habis!” Terkedu Ammara apabila tiba-tiba saja disergah Imtiyaz pagi itu. Tidak ada angin, hujan atau ribut, tiba-tiba saja dia nyaris rentung dipanah petir amukan lelaki itu. Tercengang dia memandang kearah wajah bengis Imtiyaz yang bercekak pinggang di hadapannya. Pandangannya silih berganti pada mug yang sudah diletak kasar di atas mejanya dan wajah Bosnya yang tegang itu.

    “Apalagi yang awak terkebil-kebil tu. Cepat buatkan saya air lain!” Ammara masih terpinga-pinga memandang kearah susuk tubuh Imtiyaz yang sudah hilang di balik pintu biliknya.

    Berkerut keningnya memandang mug yang isinya sudah tertumpah sedikit di atas mejanya. Bukankah selama ini, sukatan yang sama saja dia gunakan untuk menyediakan air itu? Setengah sudu teh Nescafe dicampur dengan dua sudu teh gula. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Betul-betul seperti apa yang diarahkan dan diinginkan oleh Imtiyaz. Kenapa baru pagi ini nak memekik melolong kata pahit? Ammara sudah mula berangin satu badan. Dia bingkas bangun dan mug dicapai lantas langkah pantas dihayun ke pantry.

    Are you okay Ara?” Sedang dia membancuh semula air untuk Imtiyaz, kedengaran suara Haikal yang sudah berdiri di sebelahnya menyapa lembut. Ammara tayang senyum walau dalam hati sudah mula membengkak. Semalam bukan main bersenda gurau. Hari ni, sesedap bahasa sahaja mengherdik dia hingga bergegar satu pejabat. Ammara membancuh air Nescafe kasar sehingga berdentam-dentum bunyi sudu berlaga dengan mug buatan tanah liat itu.

    “Saya okay je. Why shouldn’t I be?” Ammara memulangkan semula soalan kepada Haikal yang sudah berdiri bersandar di kabinet sambil berpeluk tubuh memandang kearahnya.

    “Okay sampai nak pecah mug tu you kerjakan kan?” Haikal tersenyum senget. Tangan Ammara yang sedari tadi mengacau air dengan agak ganas terus terhenti. Dia merengus geram. Tanpa mempedulikan Haikal dia terus melangkah menuju ke bilik Imtiyaz.

    Pintu diketuk dan sebaik sahaja arahan ‘masuk’ kedengaran tombol pintu dipulas dan dengan muka tak beriak Ammara melangkah masuh dan mug diketak di hadapan Imtiyaz yang sedang menatap skrin laptopnya tak berkalih.

“Ammara”

    Baru saja kaki hendak menapak keluar, panggilan dari Imtiyaz membantutkan niatnya. Ammara menoleh kearah Bosnya.

    “Tutup pintu dan duduk sekejap. Saya ada benda nak cakap dengan awak” kata-kata Imtiyaz yang berbaur arahan hanya diturut Ammara tanpa bantahan. Dia masih menayangkan wajah tenang sewaktu mengambil tempat duduk di hadapan Imtiyaz.

“Saya nak awak kahwin dengan saya”

    Ammara rasa mahu pitam. Wajah Imtiyaz yang serius tanpa segaris senyuman direnung tajam. Penyakit apalah pula yang berjangkit pada Bosnya itu? Tadi, bukan main menyergah dan memarahinya. Ini, tiba-tiba pula ajak kahwin? Eh, silap. Bukan mengajak. Tapi, lebih kepada arahan! Ammara kebingungan. Memang Bosnya suka agaknya tengok dia pengsan dek kerana terkejut.

    “Ap … Apa maksud Encik Imtiyaz?” Dahi Ammara sudah berkerut seribu. Imtiyaz menghela nafas panjang. Dia menyandarkan tubuhnya kekerusi sambil memandang tepat kewajah Ammara.

    “Maksud saya, marry me. Jadi isteri saya dan saya jadi suami awak” selamba saja wajah Imtiyaz melafazkan tiap bait kata yang sudah membuatkan nyawa Ammara seperti sudah sampai dikerongkong. Jantung Ammara berdegup pantas. Andai dia ada penyakit jantung, memang sah-sahlah masuk ke lubang tujuh kaki dalam  jawabnya. Dia jadi geram melihat wajah seposen yang ditayangkan Imtiyaz.

    Dia ingat aku ni anak kucing ke? Dan dia ingat, kahwin tu macam main pondok-pondok? Masukkan tanah dalam tin kosong, lepas tu tenggek atas batu, konon-konon buat macam tanak nasi?? Ammara mendengus.

    “Encik Imtiyaz tersalah makan ubat ke pagi tadi? Ke ubat Encik Imtiyaz dah habis?? Kalau nak, saya boleh bancuhkah susu Anmum je. Biar neuron-neuron kepala Encik tu kembali berhubung antara satu sama lain “ Ammara bengang. Lebih  membengangkan dia lagi apabila pertanyaannya disambut dengan gelak tawa oleh Imtiyaz.

    “Neuron kepala saya memang dah berhubung dengan baik pun Ammara. Tak payah minum susu pebagai. Saya tanya awak ni. Saya nak kahwin dengan awak ni. Bila saya boleh masuk meminang?” Kedua belah tanggannya diletakkan di atas meja. Wajahnya sudah kembali serius. Ammara sakit kepala dibuatnya.

    “Encik Imtiyaz jangan main-main. Encik Imtiyaz buat prank ke ni? Ada kamera yang tengah rakam ke ni?” Mata Ammara melilau kesegenap penjuru bilik. Teringat rancangan Candid Camera dan juga Just For Laugh yang sering ditontonnya diTv. Jangan-jangan Imtiyaz memang sengaja hendak mengenakannya. Ammara masih cuba mencari objek-objek yang nampak mencurigakan di dalam bilik itu.

    “Apa yang awak mengarut ni. Saya suruh awak kahwin dengan saya, awak kata saya buat prank pula. Awak ingat ni April Fool ke? Kita dalam bulan Jun ye Cik Ammara. Tak ada istilah Jun Fool dalam Kalendar ye” Imtiyaz tersenyum melihat wajah cuak Ammara.

    Ammara kembali tayang muka cemberut. Rasa hendak menangis pun ada apabila asyik diajukan soalan mengenai perkahwinan. Tolonglah! Dia baru berusia 23 tahun. Muda lagi kot! Lagipun, kalau setakat dioffer berkahwin dengan Imtiyaz yang punya sparepart keliling pinggang, kerat jari Abangnya pun dia tak sanggup la!

    “Encik Imtiyaz ni dah kenapa? Okay. Kalau nak dengar jawapan saya, jawapan saya adalah SAYA TAK NAK! Muktamad. Tak perlu talian hayat!” Ammara menjawab tegas walau titis airmata sudah ada yang jatuh di pipinya. Imtiyaz menyunggingkan senyuman.

    “Peliklah awak ni. Kalau saya tanya kat perempuan lain, mesti jawapannya adalah ya. Tak habis tanya pun, jawapannya pasti YA” Ammara hangin satu badan. Masakan dia hendak disamakan dengan perempuan-perempuan lain yang semudah satu dua tiga saja mencampakkan tubuh mereka pada Imtiyaz untuk dipergunakan. Tak sama okey! Perbezaan yang macam Planet Matahari dan Bumi! Kekacakan Imtiyaz memang tak mampu disangkal namun tidaklah sampai dia boleh jadi gila bayang sampai hilang pertimbangan!

    “Kalau macamtu, Encik suruhlah perempuan-perempuan lain tu yang kahwin dengan Encik” Ammara sudah bingkas bangun. Lebih lama dia si situ, lebih sakit hati jadinya nanti.

“Saya taknak! Saya cuma nak Ammara Safiyya” penuh keyakinan ayat itu dilontarkan oleh Imtiyaz.

 “Gila!” 

    Tanpa menunggu lebih lama, Ammara terus meluru keluar dan kembali duduk di mejanya. Ikutkan kepala anginnya, sudah lama dia angkat kaki dan terus balik ke rumah. Tapi, dia cuba menenangkan hatinya sendiri.

     Ammara menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Inhale, exhale. Istighfar Ara, Istughfar. Mata dipejamkan. Cuba mencari ketenangan.

    “Okay? Dah bertenang ke?” Mata Ammara cepat-cepat dibuka dan wajah Imtiyaz yang sedang tersenyum di hadapannya mengembalikan semula rasa sebalnya.

     “Saya nak keluar jumpa client. Apa-apa meeting saya lepas lunch tolong postponekan ye. Boleh kan? Thanks Dear” Imtiyaz mengenyitkan mata dan terus berlalu meninggalkan Ammara yang masih penuh terbuku rasa sebal di dalam dada.

    Ingin saja dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan rasa amarahnya. Namun akhirnya dia menekupkan wajahnya di atas meja sambil airmata sudah berlumba-lumba menuruni pipinya tanpa dapat ditahan lagi. Dia bukanlah sedih tapi lebih kepada geram dan marah pada Imtiyaz yang dirasakan sengaja hendak membulinya. Sudahlah dia memang cengeng. Memang mudahlah untuk dia menangis beriya-iya sebegitu. Nasib baiklah mejanya memang jauh dari pekerja lain. Jika tidak, pasti kecoh pejabat itu dengan cerita ‘Pekerja Menangis Dibuli Bos sendiri’.

     Selepas waktu makan tengahari, seperti yang telah diberitahu, Imtiyaz tidak masuk semula ke pejabat. Ammara memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana tidak perlu terus mengadap Imtiyaz dan kegilaannya hari itu. Maka dapatlah dia menyiapkan kerjanya dengan penuh ketenangan.

    Sedang dia asyik menatap skrin komputer, telefonnya berbunyi minta diangkat. Mulalah otot mukanya bersenam apabila menatap nama Encik Bos Kerek tertera sebagai pemanggil. Ammara menepuk dahinya. Apalah yang malaun ni nak lagi? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup akulah! Ammara mengeluh sendiri. Dengan perasaan terpaksa, akhirnya telefon yang sudah beberapa kali berbunyi diangkat juga.

 Where have you been Ammara? Kenapa lambat jawab phone?”

     Ringan saja mulutnya hendak melaser si pemanggil namun ditahan saja. Kalau tidak fikirkan yang Imtiyaz itu Bosnya, memang sudah lama kena maki.

     “Maaf Encik Imtiyaz. Saya ke toilet tadi” Ammara memberi satu-satunya alasan yang paling logik mampu difikirkannya saat itu. Lantaklah kalau Imtiyaz tak percaya sekalipun.

“Okay. Nevermind. Lagi 10 minit, awak tunggu saya kat pondok guard. Saya jemput awak”

     Tup! Talian terus dimatikan. Ammara terpinga-pinga sendiri. Telefon ditangan ditatap lama. Bala apa pula ni? Ammara rasa nak menangis lagi.

     Walau dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah yang dihamburkan, tapi bila berhadapan dengan Imtiyaz, satu patah sumpahan pun tak terkeluar dari mulutnya. Sudah 15 minit kereta Harrier milik Imtiyaz meninggalkan Muz Holding namun baik Ammara maupun Imtiyaz, masing-masing langsung tak berminat untuk memulakan perbualan.

     Tidak tahan dengan kebisuan yang ditunjukkan Imtiyaz dan kerana rasa ingin tahu kemana Bosnya hendak membawanya, akhirnya Ammara membuka mulut memecah kesunyian antara mereka.

     “Encik Imtiyaz nak bawa saya ke mana ni?” Wajah Imtiyaz yang agak serius dipandang mohon jawapan.

     Senyap. Imtiyaz masih membisu. Pandangannya tidak berkalih dari melihat jalan. Besar kecil besar kecil saja mata Ammara memandang kearah Imtiyaz. Kalaulah yang di sebelahnya itu Ammar, memang sudah lama dicekik-cekiknya bagi pengsan. Buat tak tahu saja apabila dia bertanya.

     “Kalau Encik tak nak bagitahu, turunkan saya sekarang!” Ammara sudah naik hangin. Sudahlah rasa sebal pagi tadi pada Imtiyaz masih bersisa. Ditambah pula dengan sikap endah tak endah Imtiyaz saat ini. Mankin mendidih saja perasaannya.

“Encik Imtiyaz!” Ammara sudah memegang pembuka pintu. Wajah Imtiyaz dipandang geram.

 “Kita jumpa parent saya”

     Ammara rasa nak pengsan. Tangan yang hendak membuka pintu serta-merta terhenti. Matanya buntang memandang kearah Imtiyaz. Kepalanya terus berhenti berfikir. Airmata hanya menunggu masa untuk merembes keluar.

     “Apa maksud Encik Imtiyaz?” Suaranya sudah bergetar. Ada sendu yang menyusul. Setitis airmata sudah menuruni pipinya. Pantas diseka. Wajah Imtiyaz masih dalam renungannya.

    “Walid dengan Umi saya nak jumpa dengan bakal isteri saya. Jadi, saya bawalah awak jumpa diaorang” jawapan selamba dari Imtiyaz yang nampak tenang dengan kaca mata hitamnya membuatkan airmata Ammara semankin laju mengalir.

    “Apa? Kenapa Encik tak tanya persetujuan saya dulu? Saya tak nak! Tak nak! TAK NAK!!” Bersama dengan esak tangis, Ammara mengongoi. Dia sudah tidak peduli siapa di sebelahnya saat itu. Hatta kalau Presiden Obama sekalipun yang memaksanya, jawapannya tetap ‘Tak Nak’!

     Imtiyaz buat tak tahu dengan ngongoian Ammara. Dia tidak peduli. Dia meneruskan kata-katanya lagi.

    “Masa depan diaorang nanti, awak tak payah nak berencik-encik dengan saya. Awak panggil saya Tiyaz atau kalau nak, awak boleh panggil saya sayang, honey atau baby. Apa saja asalkan panggilan yang tak formal” nada suaranya masih kekal tenang. Tangannya sudah menghulurkan sekotak tisu pada Ammara tanpa membuang pandang langsung pada gadis di sebelahnya itu.

     Kotak tisu dicapai kasar. Airmata dikesat sehingga kering. Geram betul dengan diri sendiri rasanya. Sikit-sikit hendak menangis. Yang Bosnya satu hal jugak. Punyalah sakan dia menangis, boleh dia tayang muka selamba badak sumbu je. Hippopotamus betullah! Memang dasar hati kering kontang trang tang tang! Bertubi-tubi kutukan Ammara dalam hati.

     “Saya panggil psycho la kalau macamtu” ketawa Imtiyaz meletus sebaik saja mendengar Ammara menyahut. Ammara tercengang kehairanan. Sejak dari tadi buat muka serius, tiba-tiba boleh tertawa macam itu, memang sah psycho! Desis hati Ammara.

     “Hurmm …. Psycho ye … Pyscho singkatannya Psy la kan? Macam penyanyi lagu Oppa Gangnam Style tu kan?” Imtiyaz menyambung kembali tawanya. Ammara sakit hati.

     “Saya tak nak la Encik Imtiyaz! Tolonglah cari perempuan lain! Hantar saya balik ke office semula!” Ammara sudah berpeluk tubuh sambil tayang muka tak puas hati. Pipi dan hidung sudah kemerahan dek kerana menangis.

     Imtiyaz memberhentikan keretanya dibahu jalan dan lampu isyarat kecemasan dihidupkan. Cerminmata hitamnya dibuka dan sepenuh pandangannya sudah pada Ammara. Kedengaran keluhan halus keluar dari mulutnya.

     “Ammara. I need your help. Tak ada orang lain yang boleh tolong saya” Imtiyaz sudah separuh merayu. Memek muka pun sudah ala-ala kucing dalam cerita Puss in Boots.

     “Tolong dengan kena kahwin dengan Encik Imtiyaz? Maaf. Saya tak boleh nak tolong” tegas jawapan yang diberikan Ammara.

     No. Pagi tadi saya cuma bergurau saja dengan awak. Lagipun saya pun memang belum bersedia nak kahwin. Pagi tadi tu saya tengah stress. Bila dapat usik awak, hilang stress saya. Don’t know why, but you never fail to make me laugh Cik Ammara Saffiya. You really make my day feel … free from stress!” Imtiyaz tayang senyum yang menjengkelkan Ammara.

     “Habis tu tolong apa? Sampai kena jumpa parent Encik lagi ni. Tak mahulah saya. Sound like trouble to me” Ammara masih meluahkan keengganannya.

     “Saya nak awak menyamar jadi girlfriend saya. Bukan untuk selama-lamanya pun. Just this once. Please Ammara … “ Imtiyaz masih dengan rayuannya. Ammra dipandang dengan segunung harapan.

     “Encik Imtiyaz kan ramai girlfriend. Bawalah seorang jumpa parent Encik tu. Takkan dalam ramai-ramai tu tak ada yang boleh tolong? Lagipun, just this once kan?” Suara Ammara sudah mula mengendur. Kasihan pula dengan Bosnya itu. Bukan dia tidak mahu menolong tapi, dia tidak mahu menempah maut. Kalaulah IbuBapa Bosnya itu nanti memaki hamunnya macamana? Iyalah … Biasanya kalau Syed dengan Syarifah ni sangat menjaga susur galur keturunannya. Yang dicari pasti keturunan Syed dan Syarifah juga. Dia ni pula cuma keturunan Jawa campur Melayu. Datuk sebelah Papanya berasal dari Jawa Timur manakala Mamanya memang berasal dari keturunan melayu tulen. Melayu Pantai Timur.

     “Saya mana ada girlfriend sekarang ni. Ex tu ramailah. Awak pun dah pernah jumpakan ex-ex saya tu. Semuanya jenis emosi tak stabil. Mahunya saya diajak kahwin terus kalau bawa jumpa dengan parent saya. So, the best candidate that I can think right now is you! Please Ammara. Okay. I’ll tell you what. Awak tolong saya, dan saya halalkan hutang awak untuk membayar kos membaiki kereta saya tu. Macamana?” Panjang lebar Imtiyaz menjawab. Tawaran terakhir dari Imtiyaz menyebabkan Ammara mula menimbang-tara permintaan Bosnya itu.

     “Okay … Maknanya kalau saya tolong Encik Imtiyaz kali ni, semua hutang saya kira settle kan? Kosong-kosong?” Ammara pohon kepastian. Imtiyaz mengukir senyuman.

Yes!”

And this just for this ONE TIME ONLY kan?”

“Yup!”

“Lepas ni tak ada second time, third time atau whatever time sekalipun kan?”

Just this time only ..”

Promise?”

Promise .. InsyaAllah”

“Kenapa InsyaAllah pula?”

“Kita kan orang Islam. Kenalah ada perkataan ‘Dengan Izin Allah’ tu”

 Ammara menghela nafas panjang.

 “Okay saya tolong Encik Imtiyaz. Tapi, make sure Encik Imtiyaz jangan mungkiri janji pula” 

    Akhirnya persetujuan yang dihajati Imtiyaz berjaya juga diperolehi dari Ammara. Tersenyum girang dia. Kereta kembali dipandu menuju ke destinasi. Ammara sudah mula kecut perut apabila membayangkan penerimaan kedua orang tua Imtiyaz apabila dia diperkenalkan sebagai teman wanita lelaki itu nanti.

Sunday, February 6, 2022

GADIS CENGENG : BAB 13

BERBULU saja Ammara rasa. Sudah dua jam dia ditinggalkan di The Curve Mutiara Damansara itu. Mujurlah ada kedai buku Borders. Tidaklah dia mati kutu ditempat yang sememangnya jarang dikunjunginya itu. Bolehlah juga dia melepak sambil membaca buku. Mujur juga dia sedang dalam fasa ‘bendera merah’. Tidaklah dia perlu tercari-cari surau di situ.

Usai pertemuan dengan client di Seremban tadi, tanpa kerelaannya, Imtiyaz telah mengheretnya ke The Curve atas alasan ingin berjumpa kawan atas urusan perniagaan. Sebagai PA yang komited pada kerjanya, Ammara terpaksa menurut saja. Setelah pertemuan satu jam setengah bersama kawannya yang berbangsa Cina di Starbuck, Ammara ditinggalkan kerana Imtiyaz hendak menunaikan solat Jumaat. 

Dua jam sudah berlalu namun bayang lelaki itu masih belum kelihatan. Bengkek hati Ammara dibuatnya. Jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke pukul 4 petang. Buku bertajuk Life of Pi hasil tulisan Yann Martel sudah berkali-kali dibaca dimukasurat yang sama. Membaca tanpa ada hati. Begitulah jadinya. Entah apa yang dibaca, langsung tidak terkesan langsung dalam kepala otak. Ayat demi ayat dibaca tanpa sebarang penghayatan. 

“Im!!” 

Mendengar laungan yang boleh tahan kuatnya itu membuatkan Ammara segera menjengah kearah pintu masuk kedai Border tersebut. Ternaik sebelah keningnya apabila matanya dapat menangkap sesusuk tubuh meliuk-lentuk di sisi tubuh sasa yang dia pasti milik lelaki bernama Imtiyaz. Tangan wanita itu tak berhenti merayap ke serata tubuh sasa itu tanpa segan silu. Walau kelihatan lelaki itu memepis beberapa kali, namun tanpa rasa malu, wanita itu terus meraba, memegang dan mencuit. Ammara yang memerhati dari jauh pun naik geli-geliman. Inikan pula yang diraba, dipegang dan dicuit. Entah apalah rasanya. 

Ala Ara, entah-entah dia bukan main seronok kena raba, kena pegang dan kena cuit camtu. Tiba-tiba hati nakalnya berbisik. Dalam diam Ammara mengiyakan. Bukan dia tidak tahu perangai Imtiyaz. Sia-sia saja dia berwirid panjang-panjang masa sembahyang Jumaat tadi. Ammara tersenyum sinis. 

Senyumannya terhenti sebaik sahaja pandangan matanya bertembung dengan pandangan dari Imtiyaz. 

“Sayang!” Imtiyaz melebarkan senyuman sambil melambai tangan kearahnya. 

Gulp! Ammara telan liur. Kesat. Dia menoleh kesekeliling. Tiada sesiapa di situ. Jangan kata mamat ni lambai kat aku pulak! Ala! Bala apa la pulak kali ni?! Ammara terpinga-pinga sambil memandang kearah Imtiyaz yang menghampirinya laju. Kelihatan wanita yang asyik memegangnya tadi turut membontoti dari belakang dengan wajah berkerut seribu. 

“Puas la I cari you. Kat sini you rupanya” ibarat terkena renjatan elektrik apabila jemarinya sepantas kilat sudah berada dalam genggaman Imtiyaz sebelum bahunya ditarik dekat ketubuh lelaki itu. Bulat mata Ammara memandang kearah Imtiyaz yang masih menayangkan senyum sambil menaikkan kening seperti memberi isyarat ‘Just play along with me’. 

“Siapa ni Im?!” Wanita berambut pendek ala-ala Miley Cyrus bertanya dengan nada jengkel. 

“Oh yes. Zima. Meet my fiancée, Ammara Safiyya. Sayang, this is my friend, Zima” selamba saja riak wajah Imtiyaz ketika itu. Mujurlah tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Jika tidak, pasti sudah melorot jatuh dek kerana lutut yang sudah terasa longgar tiba-tiba. 

“Err .. Hai. Panggil je saya Ara” perlahan tangan dihulurkan pada wanita yang sudah menayangkan wajah cemberut itu. Itu saja yang terasa mampu dilakukan selain menayang senyum yang entah sudah bagaimana rupanya. 

What?? Are you kidding me Im?? This woman is your fiancée ?” Wanita itu sudah bercekak pinggang. Turun naik nafasnya jelas kelihatan ibarat desah nafas Bruce Banner sebelum bertukar menjadi The Incredible Hulk. Ammara menarik semula tangannya yang tak bersambut dan agak tersentap dengan tengkingan wanita itu. Mata-mata disekeliling yang sudah mula mengarah pandang pada mereka bertiga mengundang rasa kurang selesa pada Ammara. Apatah lagi apabila tubuhnya yang rapat bersentuhan dengan tubuh sasa Imtiyaz. Selama ini, mana pernah dia diperlakukan sebegitu oleh mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Belum sempat bersentuhan pun sudah terkulai dikerjakan Ammar atau paling tidak pun, dikepak tangannya oleh Ammara. 

“Sejak bila you tukar taste you pada perempuan bertudung ha?? Ke you memang dah buang tabiat? Atau …. Daddy you paksa you kahwin? Tell me Darling. Kalau betul pun you kena kahwin dengan perempuan ni sebab Daddy you, I still can be your woman kan? Kita masih boleh lagi jumpa macam biasa. Being married is not the end of everything right?” Nada suaranya semankin menurun dan lengan Imtiyaz kembali dipautnya. 

Panas hati Ammara mendengar kata-kata Zima. 

Eiiii perempuan ni kan! Merendahkan maruah kaum Hawa betullah! Dahlah pakai baju sendat berbelang-belang. Dah macam Zebra je aku tengok engkau ni tau! Ammara mencemuh dalam hati. 

Please Zima! Cut it off! I cintakan dia. Family I langsung tak campur siapapun pilihan I sebagai isteri. She is my only choice now and forever will be. That’s the truth. Now, if you can excuse us. Kami ada urusan lain” bersama ayat itu, tangan Ammara dicapai dan ditarik pergi meninggalkan perempuan yang sudah merah padam mukanya itu. Ammara hanya mengikut saja tanpa suara. Terkocoh-kocoh dia melajukan langkahnya untuk mengejar hayunan kaki Imtiyaz yang dua kali ganda lebih laju darinya. 

Sepanjang perjalanan dalam kereta menuju ke pejabat, baik Imtiyaz mahupun Ammara, masing-masing lebih senang berdiam diri. 

Sorry 

Ammara menoleh. Ingin memastikan apakah suara yang baru didengarinya datang dari Imtiyaz. Ternyata lelaki itu turut sama memandangnya. Ammara menjongketkan kening. 

Sorry sebab awak selalu kena jadi kambing hitam saya” Pandangan kembali tertumpu pada pemanduan. 

Ammara tidak tahu apa yang patut dikatakan. Ingin dijawab ‘It’s ok’ atau ‘Nevermind’ nanti difikirkan yang dia seronok diperlakukan sebegitu oleh Imtiyaz. Hendak menjawab dengan ayat marah-marah pun rasanya tak perlu. Ammara mengetap bibir. 

“Saya tak suka Encik sesuka hati pegang saya macam tadi. Just make sure that there are no next time” rendah nada suaranya namun ada ketegasan di situ. Imtiyaz dilihat hanya menganggukkan kepalanya dan kata-kata maaf seikhlas hati diluah semula. 

“Saya harap lepas ni dah takdalah saya terserempak dengan Encik Imtiyaz bila ada ex-ex Encik yang datang merayu. Kalau cukup 44 orang, mahu makbul kata-kata Encik tu, tak pasal-pasal saya kena kahwin dengan Encik Imtiyaz” ada segaris tawa yang kedengaran agak janggal dihujung ayat Ammara. Niatnya hanyalah untuk mengatakan yang dia tidak mahu lagi dijadikan kambing hitam oleh lelaki itu untuk melepaskan diri daripada bekas-bekas skandalnya. 

Senyap. Tiada reaksi diterima. 

Errkk … Aku salah cakap ke tadi? Ammara mula rasa serba-salah. Bimbang jika kata-katanya disalah-erti oleh Imtiyaz. 

“Kalau ya pun. Apa salahnya kan? Lepas saya kahwin dengan awak, untung-untung dah tak adalah perempuan gila yang datang merayu-rayu kat saya lagi” memang selamba badak dan lancar saja jawapan dari Imtiyaz hingga Ammara rasa nak saja hempuk kepala Bosnya ke dashboard kereta. Biar kasi betul sikit segala skru yang longgar dalam kepala lelaki itu. 

“Tolonglah ye. Saya lebih sanggup tak kahwin sampai ke tua dari kahwin dengan Encik Imtiyaz ni. Eeeiii … Takutlah saya. Dahlah bekas awek bersepah-sepah. Silap haribulan, pergi honeymoon dekat bulan pun masih kena kacau tau” Ammara pantas membidas. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Tak sanggup dia menjadi isteri kepada lelaki itu. 

“Kalau kat bulan kena kacau, kita honeymoon la kat planet Marikh ke, Musytari ke, Zuhal ke …” Imtiyaz tergelak. Kuat. Kerutan didahi Ammara semankin menjadi-jadi. Main-mainlah pulak Bos aku ni! Huh! Ammara berpeluk tubuh sambil buat muka cemberut. Semankin kuat tawa Imtiyaz jadinya. 

“Jangan cakap macamtu Ammara. Saya takut nanti, awak jatuh cinta dengan saya sampai sanggup suruh Abang awak masuk meminang saya. Masa tu, baru awak tahu kehebatan Syed Imtiyaz Omar” Imtiyaz sudah mula dengan sikap terlebih perasannya. Ammara mencemik untuk kesekian kalinya. 

“Teruskanlah bermimpi ye Encik Imtiyaz sebab saya TAK AKAN jatuh cinta dengan buaya cap tembaga macam Encik Im …. Opppsss” Ammara segera menutup mulutnya. Terlebih lancang pula mulutnya hari ini. Dia sendiri tidak menyangka yang dia boleh dengan selambanya mengutuk Bosnya itu secara berhadapan begitu. Terkebil-kebil matanya memandang kearah Imtiyaz. Menunggu reaksi yang bakal terhasil. 

“Ha. Kenapa berhenti? Cakap jela sampai habis. Kenapa? Awak takut saya potong gaji awak lagi ke?” Imtiyaz tersenyum senget. Langsung dia tak terkesan dengan kelancaran kata-kata Ammara mengutuknya. Entah kenapa, dia rasa selesa bila berbicara dengan Ammara yang lepas laku begitu. Tiada langsung istilah control ayu atau control cun. Sejujurnya, dia lebih senang begitu. Jujur dan tiada unsur hiprokrit. 

Ammara terus mengunci mulutnya. Dia tidak mahu nanti lebih banyak lagi kata-kata kesat yang akan terkeluar. Radio yang sedang menyiarkan lagu What Makes You Beautiful nyanyian One Direction sengaja dikuatkan agar tiada lagi komunikasi antaranya dengan Imtiyaz sehingga mereka sampai di Putrajaya. 

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know (oh oh)
You don't know you're beautiful!
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know (oh oh)
You don't know you're beautiful!
(Oh oh)
That's what makes you beautiful!

Suara Imtiyaz yang beriya-iya menyanyikan bait lagu yang tidak asing ditelinganya itu dengan penuh perasaan membuatkan Ammara tersenyum sendiri. Sedap juga suara mamat ni rupanya. Ammara memuji dalam hati. 

Imtiyaz melirih pandang pada Ammara yang dilihat tersenyum apabila dia turut sama menyanyikan bait-bait lagu dan hatinya senang dengan senyuman itu. Entah kenapa, hatinya mula rasa tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. 

Memandangkan mereka sampai di kawasan Putrajaya sudah melepasi waktu kerja, Imtiyaz terus saja menghantar Ammara ke rumah. Sewaktu sampai, jam sudah menghampiri ke pukul 7 petang. 

“Terima kasih temankan saya satu hari ni. Lainkali bolehlah temankan saya lagi” Imtiyaz tersengih kearah Ammara yang sudah membuka pintu kereta bersedia untuk meloloskan diri keluar. Ammara turut tersengih segaris. 

“InsyaAllah. Kalau ianya masih dalam context kerja saya dan OT saya dibayar dengan kadar sepatutnya” selamba saja gadis itu menjawab sebelum pintu kereta ditutup. Imtiyaz menurunkan cermin tingkap keretanya. Cerminmata ditanggalkan. Wajah Ammara ditatap lama. Naik pelik Ammara dibuatnya. 

“Encik Imtiyaz? Encik okay ke ni? Ada apa-apa pesanan lain ke untuk saya?” tangan digawang-gawangkan bagi menyedarkan Imtiyaz yang seperti sudah dalam anganan yang sudah jauh entah kemana. Lelaki itu tersenyum lawa sambil mengenyitkan mata sebelum mengenakan kembali cerminmata hitamnya. Terjongket kening Ammara dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Bosnya itu. 

I’ll see you next Monday Ammara and please remind me to remind you to brief me again on what our client additional requirement for Seremban project okay. Take care of yourself Ammara” Ammara masih tercengang dengan tingkah-laku Imtiyaz yang dirasakan agak pelik. Yela. Jika sebelum ini kata-kata dan perbuatannya sering-kali mengundang sakit hatinya. Berlainan pula hari ini. TIba-tiba pula pandai bergurau dan sering menayang senyuman ala-ala sang penggoda dan pandangan mata yang menusuk kalbu. Ammara menggaru kepala yang tidak gatal. Buang tabiat kot Bos aku ni. Ammata membuat kesimpulan sendiri. 

Dia melambai kearah Imtiyaz yang mengangkat tangan kearahnya. Kereta Harrier berwarna putih mutiara itu dipandang hingga hilang di sebalik selekoh. 

“Khusyuknya tengok buah hati. Sampai dah tak nampak bayang pun masih lagi tercegat kat situ” satu-satunya suara yang paling malas hendak dilayan menyapa pendengarannya. Tatkala dia memusingkan tubuh untuk melangkah masuk ke dalam rumah pandangannya menyapa sesusuk tubuh Fath yang sedang duduk santai dibuaian sambil menyilangkan kaki. Namun pandangan matanya seperti menghantar isyarat tak puas hati. Ammara terus melangkah sambil buat tak tahu. 

“Ara … “ tanpa sebarang amaran, Fath sudah tercegat di hadapannya menghalangnya dari terus melangkah. Terus berkerut wajah Ammara dibuatnya. Nyaris saja fail-fail yang berada di tangannya jatuh berterabur. 

“Awak nak apa ni? Saya nak masuklah. Saya penat. Tolong jangan halang saya boleh tak?” Ammara cuba meloloskan diri namun gagal. Fath beriya-iya mengepung jalannya. Wajah Fath dipandang jengkel oleh Ammara. 

“Siapa lelaki tu? Boyfriend awak ke?” Fath mempamerkan riak serius. Ammara kehairanan. Mengapa lelaki di hadapannya itu perlu kisah siapapun Imtiyaz itu padanya? Bukannya antara dia dengan Fath punya apa-apa hubungan yang istimewa pun. Malah, baru tempohari saja kemaafan diberi di atas segala perbuatan Fath padanya 4 tahun yang lalu. Kepala Ammara dipenuhi pelbagai persoalan. 

Excuse me. Saya rasa, tak perlu kot saya jawab soalan awak tu. Antara kita bukan ada apa-apa pun. Hubungan kita ni pun sebab kakak awak tu kahwin dengan abang saya” Ammara mendengus geram. Fath masih tayang muka tegang sambil tersenyum sinis. 

“Awak kena bagitau saya sebab saya ni sebahagian dari keluarga awak. Saya juga bertanggungjawab di atas keselamatan awak. Kalau lelaki yang awak panggil Bos tu buat apa-apa kat awak macamana? Siapa yang malu?” Mata Ammara mengecil. Kata-kata Fath itu mengambarkan seolah-olah dia cukup kenal dengan Imtiyaz. Seolah-olah Bosnya itu jahat sangat sehingga sanggup mengapa-apakannya. Ammar sendiri pun tidak berkata apa-apa sedangkan selama ini, Alongnya itu merupakan Abang yang terlalu over protective. 

“Tolonglah Fath. Awak tak kenal pun Bos saya tu. So, please don’t simply judge him. Lagipun saya masih tahu nak bezakan antara perkara yang salah dengan yang betul. Awak tak perlulah nak risau pasal saya” tubuh Fath ditolak kasar dan dia terus melangkah laju ke dalam rumah. Kalenjar Lakrimal Ammara sudah mula diaktifkan. Airmata yang sudah merembes keluar pantas diseka. Anak-anak tangga didaki lebih pantas untuk segera sampai ke dalam bilik. 

Fath hanya memandang langkah Ammara yang semankin hilang dari pandangan.  Rambutnya ditarik ke belakang sambil menundukkan kepala. Dia tidak tahu kenapa. Tapi, hatinya sakit apabila melihat lelaki yang dikenali sebagai Bos Ammara menjemput gadis itu dan menghantarnya pulang hingga ke depan pintu rumah. 

Dulu dia pernah merasai perkara yang sama namun segala rasa segera dinafikan apabila teman-teman rapatnya ketika itu sering mengejek penampilan gadis itu di hadapannya. Dia malu andai orang lain tahu bahawa dia punya perasaan pada Ammara Safiyya yang digelar Doraemon kampus. Kerana perasaan ego, angkuh dan malu pada kawan-kawan itulah juga dia tega menyakiti hati gadis itu dan memalukannya di khalayak ramai. Kini dia kesal dan dia nekad untuk cuba memenangi hati Ammara semula.

Wednesday, February 2, 2022

GADIS CENGENG : BAB 12

 Assalammualaikum ...

Okay, setelah beberapa entry baru aku muat turun, sekarang giliran entry lama pula aku sambung upload ye. So, kalau ada lah yang masih setia untuk membaca cerita/novel/cerpen versi blogger ni, hope you all enjoy yaa!! Kita santai-santai je ... Sebab semua hasil penulisan aku dalam blog ni pun memang berkonsepkan santai-santai saja ... Segala kekurangan harap maafkan ye. Kerana semua hasil tulisan di dalam ini blog adalah berdasarkan nukilan rasa semata-mata. Tak ada langsung formal education involve ^_^

*************************************************

Ammara membuka mata perlahan-lahan dan yang ada di kiri dan kanannya saat itu adalah hutan tebal. Suasana suram yang diterangi cahaya bulan mengelilinginya. Pantas dia bangkit. Macamana dia boleh berada di situ? Bukankah tadi dia ada di dalam pejabat bersama Imtiyaz dan Suraya? Takkanlah mereka menyangkanya sudah mati dan membuangnya ke dalam hutan? Wah! Andai benar, memang sudah kes aniaya ni!!! Ammara sudah menangis teresak-esak.

 Kakinya melangkah mankin lama semankin laju dan akhirnya dia sudah berlari-lari anak mencari jalan keluar.

 Lariannya terhenti apabila dia sampai di sebatang sungai. Diseberang sungai dia ternampak kelibat seekor ular sedang melingkarkan tubuhnya pada sebatang pokok dengan kepala tersenbunyi di sebalik dahan pokok yang merimbum.  Dia mengetap bibir agar esak tangisnya tidak kedengaran.

 Saiz ular tersebut memang besar. Malah sangat besar. Jika diperhatikan memang persis seperti ular dalam filem Anaconda. Tubuh Ammara menggeletar hebat. Dalam ketakutan, dia cuba mengatur langkah. Tanpa disengajakan, dia terpijak ranting kayu yang hanya sebesar jari kelingkingnya namun mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga bunyinya bergema seketika.

 Seperti yang dijangka, Ular yang asyik melingkar di batang pokok tiba-tiba menjelmakan wajahnya dan alangkah terkejutnya Ammara apabila wajahnya mirip seperi Imtiyaz yang menayangkan riak garang dengan lidah bercabangnya terkeluar-keluar. Tanpa menunggu lama, Ammara terus sahaja cabut lari tapi ular yang berwajah serupa Imtiyaz semankin laju menghampirinya. Ammara merasakan ajalnya sudah semankin dekat. Matanya di pejamkan kuat-kuat.

 “Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 “Ammara, Ammara … Are you ok?!” kedengaran suara yang amat dikenalinya memanggil namanya bertubi-tubi sambil tubuhnya terasa digoncang agak kuat. Ammara segera membuka mata dan wajah risau Imtiyaz segera menyapu pandangan matanya. Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Imtiyaz yang agak dekat dengannya.

 “Kat mana saya ni? Ap … Apa Encik buat dengan saya?” Ammara yang sudah duduk tegak di atas sofa menyilangkan tangan ketubuhnya sambil memandang kearah Imtiyaz penuh curiga. Kepalanya diraba. Lega kerana tudungnya masih utuh dikepala.

 “Awak ada kat dalam office la. Kat mana lagi? Mana ada saya buat apa-apa kat awak. Awak tu yang tiba-tiba pengsan. Terkejut saya tahu tak? Hissh! Kalau saya tiba-tiba kena serang sakit jantung ke, sakit darah tinggi ke, awaklah puncanya tau! Saya caj semua kos perubatan saya atas nama awak!” Berkerut-kerut dahi Ammara mendengar jawapan Imtiyaz. Apalah yang direpekkan Bosnya itu. Kepalanya masih pusing. Dia cuba mengingat semula apa yang sebenarnya berlaku.

Pengsan? Office? Jam di dinding yang menunjukkan hampir ke pukul 8 ditatap. Hah?? Dah pukul 8 malam??? Alaaaa … Ni mesti sah-sah aku dah tertinggal solat Asar ni. Waktu Maghrib pun sudah di hujung tanduk. Ammara menepuk dahinya. Kesal kerana tidak menunaikan solat diawal waktu.

Eh … Kejap! Bukan tadi sebelum dia pengsan ada Suraya sekali ke?. Mana perginya Suraya? Kenapa cuma ada dia dan Imtiyaz saja dalam pejabat itu.

Tadi, sebelum dia pengsan, Suraya dan Imtiyaz bergaduh dan Imtiyaz kata yang dia hendak mengahwini Ammara … Eh, wait seminit … Apa??!!! Kahwin??!!!! Ya! Ammara baru teringat. Itulah yang menyebabkannya jatuh pengsan.

 “Err … Saya nak balik” Ammara segera bangun. Terkial-kial dia mencari-cari beg tangan dan fail-fail yang dibawanya ke dalam bilik Imtiyaz tadi.

 “Turun sekali dengan saya. Saya pun dah nak balik ni” ingin saja Ammara menjawab tidak namun ianya hanya tersekat di kerongkong. Akhirnya dia hanya berdiri tercegat di sebelah pintu sambil menunggu Imtiyaz mengemas mejanya.

 Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia terus berlalu meninggalkan lelaki itu tapi bila difikir-fikir balik, bimbang pula jika Suraya sudah siap menunggunya di hadapan lif di tingkat bawah untuk mengapa-apakannya. Jadi, jalan paling selamat adalah turun ditemani oleh Imtiyaz. Walaupun saat itu, hatinya meronta-ronta mengatakan ‘Tak Mahu’.

 “Ok, jom” Imtiyaz mendahului langkah sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Ammara membontot dari belakang tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kepalanya masih lagi berputar cuba mengingat kembali apa yang sebenarnya telah berlaku sebelum dia pengsan tadi.

 “Err …  Tadi sebelum saya pengsan, rasanya Suraya ada kan Encik Imtiyaz?” Ammara memecah suasana sunyi antaranya dengan Imtiyaz di dalam  lif. Dia mahu merungkaikan apa yang memenuhi ruang fikirannya saat ini. Malas dia hendak bersoal jawab sendiri tanpa jawapan yang pasti.

 Wajah Ammara dipandang sekilas lalu sebelum pandangan mata kembali tertumpu ke pintu lif. Perlahan Imtiyaz mengangguk tanpa suara. Ammara tidak puas hati. Namun, dia hanya memendamkannya saja. Malas hendak bertanya lagi. Lebih-lebih lagi andai ianya akan membangkitkan semula isu kata-kata Imtiyaz yang mengatakan bahawa dia hendak mengahwininya. Ammara benar-benar berharap yang ianya sekadar mainan kata-kata dari mulut lelaki kasanova seperti Imtiyaz.

 “Ehem!” Suara Imtiyaz yang berdehem mengembalikannya ke dunia nyata. Pintu lif sudah terbuka dan terpampang angka 3 di dinding. Wajah Imtiyaz dipandang kehairanan. Berkerut dahi lelaki itu melihatnya.

 “Awak tunggu apa lagi ni? Tak nak solat Maghrib ke?”

 Ammara baru tersedar yang waktu Maghrib sudah menghampiri penghujungnya. Cepat-cepat dia keluar dan melangkah ke surau tanpa menoleh ke belakang. Malu pada Imtiyaz kerana tiba-tiba jadi seblur itu di depan lelaki itu.

 SEWAKTU melangkah ke dalam rumah, Ammar, Fatin dan Fath sedang menonton TV di ruang tamu. “Ara. Dah makan?” Ammar bertanya sebaik saja Ammara melintasi mereka untuk naik ke biliknya. Fath turut memandang kearahnya. Hanya Fatin saja yang buat tak tahu. Tumpuannya hanya pada kaca TV yang sedang menayangkan rancangan Karot Komedia X.

“Dah Along.” Ammara menjawab ringkas sambil menayangkan senyum sepintas lalu pada Ammar. Pandangan Fath padanya dibiarkan tak berbalas. Dia sudah lali dengan kehadiran lelaki itu di rumah Abangnya.

Tubuh yang terasa pegal seharian duduk mengadap komputer dihempaskan ke atas tilam empuknya.Nyaman terasa menjalar keseluruh tubuhnya. Mata yang baru dipejamkan terganggu dengan bunyi mesej Whatssap yang baru masuk.

‘Ammara. Bagi saya alamat rumah awak’

‘Esok saya datang jemput. Takut kalau kita bertolak dari office nanti lambat sampai’

Ammara terus bangkit dari pembaringannya. Mamat ni memang tak tak tahu nak bagi salam agaknya. Hish! Lepastu suka hati Tok Nenek Moyang dia saja nak bagi arahan macam ni. Ammara mendengus geram.

‘Assalammualaikum Encik Imtiyaz’

‘Saya rasa sempat kot. Lagipun, biasanya pukul 7.30 saya dah sampai office’

Ammara memberi alasan. Imtiyaz mahu menjemputnya di rumah? Mahu cari nahas?? Sudahlah waktu Imtiyaz menghantarnya hingga ke PICC semasa keretanya rosak tempohari pun, sudah bermacam jenis soalan diajukan Ammar padanya. Inikan pula jika Bosnya itu menjemput dia di rumah. Silap haribulan, mahunya Ammar benar-benar menganggap yang dia dan Imtiyaz ada apa-apa hubungan. Eeeiii!! Memang taklah dia nak hulur leher sis-sia macam tu. Mahu putus nyawa nak menyangkal spekulasi-spekulasi Abangnya yang bakal muncul selepas itu.

‘Waalaikummussalam’

‘Rumah saya pun kat Putrajaya’

‘Takkan nak susah-payah pusing pergi Cyber lepas tu nak pergi balik Seremban’

‘Might as well kita pergi je terus’

Senang'

Stop arguing with me’

‘Better you just gave it to me now, or I will just ask HR’

 Wah, wah … Suka-suka je dia nak paksa-paksa! Mental betullah Bos aku ni! Aaarrrghhhh!!! Ammara mula tertekan. Bencinya apabila didesak begitu. Hendak buat tak tahu, sah-sahlah Imtiyaz tu Bosnya. Mahu tidak mahu terpaksalah juga dia beralah. Moga-moga Abangnya tidaklah banyak bersoal jawab nanti.

 Ammara bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak dan terus tidur. Badannya pun sudah terlalu letih rasanya. Dia perlu rehat yang cukup sebelum mengharungi satu lagi hari bekerja sebelum bercuti hujung minggu.

 AWAL pagi Ammara sudah bersiap. Hari Jumaat jadi haruslah dia berbaju kurung. Sepasang baju kurung Pahang dari kain cotton berwarna pink lembut yang bersulam di pergelangan tangan dan di kaki baju serta kain yang dipadankan dengan shawl berwarna shock pink berjalur warna pink lembut menjadi pilihannya hari itu.

 Setelah puas hati dengan penampilannya dicermin, dia mencapai beg tangan dan segala jenis dokumen yang perlu dibawa dan terus bergegas keluar. Walaupun jam baru menunjukkan ke pukul 7.15 pagi tapi dia tidak mahu membiarkan orang tertunggu-tunggu.

 “Awalnya Ara nak pergi kerja. Tak sarapan dulu ke?” Satu suara yang menyapa saat tombol pintu dicapai membuatkan dia memalingkan kepala. Terasa hilang moodnya untuk pagi itu apabila melihat Fath datang menghampirinya dari arah dapur dengan sebiji mug ditangan.

 “Takpalah. Lagipun Ara nak tunggu kawan Ara datang jemput” daun pintu sudah terkuak luas. Kasut wedges berwarna beige setinggi 3 inci sudah tersarung dikakinya.

 “Siapa kawan Ara tu?” Ammar yang baru muncul entah dari mana pantas bertanya. Ammara yang membelakangi Abangnya sudah membuat muka. Cadangnya dia hendak keluar tanpa perlu bertembung dengan Ammar. Ternyata Fath telah mengagalkan rancangannya. Jadi, terpaksalah juga Ammara memberitahu Ammar.

 “Dengan Bos Ara la Along” Ammara tersengih kearah Ammar yang sedang mengenakan kot ketubuhnya.

 “Bos Ara tu lelaki ke?” Pertanyaan Fath yang yang sudah duduk di kerusi kayu tidak jauh dari mereka sambil menghirup air dari mugnya menghilangkan sengihan Ammara. Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

 Tin! Tin!

 Bunyi hon yang kedengaran dari kereta Harrier berhenti betul-betul di perkarangan rumah yang tidak berpagar itu membuatkan mereka semua beralih pandang. Sesusuk tubuh tegap Imtiyaz meloloskan diri daripada perut kereta sambil mengangkat tangan kearahnya. Cermin mata hitam ditanggalkan.

 “Assalammualaikum” ucapan salam dihulurkan dengan senyuman. Mereka semua serentak menjawab. Langkah Imtiyaz mendekat dan menghampiri Ammar dan Ammara yang sudah berada di ruang balkoni rumah.

 “Encik Imtiyaz kan?” Ammara pandang tepat ke wajah Abangnya yang sedang tersenyum manis sambil berbalas salam dengan Imtiyaz. Amboi Alongku ni … Ingatlah pula dia nama Bos aku ni. Isk! Perut Ammara tiba-tiba rasa kurang enak.

 “Ya, ya. Saya. Err … Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil je Tiyaz” ramah sungguh suara yang kedengaran dari mulut Imtiyaz. Ammara seolah-olah tidak percaya yang berdiri di hadapannya kini adalah Syed Imtiyaz Omar. Bos yang sering menayang wajah serius padanya ketika berada di pejabat. Nampak sopan gaya lelaki melayu terakhir saja lagaknya. Sampaikan Fatin yang baru berdiri di sebelah Abangnya pun tersenyum bersimpul-simpul mengalahkan anak dara sunti.

 “Eh kamu berdua ni macam berjanji pula kan. Dua-dua pakai baju pink. Berseri pulak tu nampak muka masing-masing. Macam pengantin baru” Slurrrrpppppp!!!! Laju saja terasa darah Ammara meluru ke kepala. Terasa membahang wajah dan telinganya saat itu. Kecil saja matanya memandang kearah Fatin yang masih tersenyum simpul kearah Imtiyaz yang menayang senyuman menawannya. Ammar yang sudah terangkat-angkat kening memandangnya dijeling tajam.

 Biar betul Kakak Ipar aku ni! Sejak bila la pula pandai nak mengusik aku ni?? Si kerek ni pun satu. Punyalah banyak baju yang dia ada, hari ni lah dia pilih nak pakai baju sama warna dengan aku! Hissshhh! Yang Along ni pun satu jugak! Ternaik-naik kening tu dah kenapa? Aku cukur kening tu karang, baru tahu! Huh!! Ammara membebel sebal dalam hati. Habis semua orang disemburnya. Namun dalam hati sajalah.

 “Err .. Jomlah Encik Imtiyaz. Dah lambat ni. Nanti client tunggu kita pula” sebelum lebih banyak lagi ayat-ayat usikan yang dikeluarkan oleh Ammar dan Fatin, Ammara segera mengingatkan Imtiyaz agenda asal mereka hari itu.

 “Oh ye. Jomlah kita. Abang, Akak, kami pergi dulu” Imtiyaz bertukar salam lagi dengan Ammar sebelum berbalas senyuman dengan Fatin. Ammara turut menyalami Abang dan Kakak Iparnya.

 Excellent choice sis!” Sempat lagi Ammar membisikkan kata-kata usikan ditelinga Ammara dan sempatlah jugak sebuah cubitan halus hinggap dipinggang Abangnya sehingga membuatkan  Ammar tergeliat macam ulat nangka sebelum tertawa kecil. Ammara mendengus geram. Langkah laju di atur menurut langkah Imtiyaz yang sudah sampai ke kereta.

 Sewaktu kereta hendak meninggalkan perkarangan rumah, Ammara perasan kelibat Fath yang sedang merenung tajam kearahnya. Dingin dan seperti ada aura ketidakpuasan hati yang dapat dirasainya. Ammara cuba buat tak tahu dan mengalih pandang kearah lain.

 Nice family you got there” komen ringkas dari Imtiyaz menarik perhatian Ammara untuk memandang kearah lelaki itu.

 “Err … Thanks” itu saja yang mampu terluah mendengar ungkapan yang boleh dianggap sebagai pujian dari Imtiyaz itu. Mereka berbalas senyuman. Buat seketika, Ammara merasakan yang gelaran ‘kerek’ sudah terlucut secara automatik dari Imtiyaz sebaik saja melihat senyuman semanis gula yang terlakar dibibir merah lelaki itu.

 “Ehem! SoSlide tu awak dah pastikan tak ada apa yang silap kan? Kalau masa presentation nanti ada problem, I’ll have your neck for it! OrI’ll just cut the cost straight away from your salary!”

 Daaaannn segala ‘kemanisan’ dan kesopanan pun berlalu pergi bersama angin lalu. Imtiyaz sudah kembali dengan suara sinikal dan wajah yang ketat seperti hari-hari biasa di pejabat. Biji mata Ammara terus berpusing 360 darjah. Baru hendak feeling-feeling sendiri, tup-tup segala rasa bunga-bunga tadi terus lesap beserta suara Imtiyaz yang berbunyi ugutan. Ammara mendengus perlahan.

 “Yela … Saya tahu. Dah check dekat 120 kali dah semalam” Ammara menjawab malas. Macamlah dia baru buat kerja tu sehari dua. Main ugut-ugut macam tu pulak. Ammara mencemik.

 “Bagus. Tapi, lainkali, cukupkan sampai 200 kali. Lagi telus dan afdhal” Ammara memandang tajam kearah Imtiyaz sebelum membuang pandang ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Malas hendak terus berbicara dengan lelaki yang nampaknya mempunyai hobi untuk membangkitkan rasa marah dalam dirinya.

 Imtiyaz menyunggingkan senyuman. Terhibur benar dia apabila melihat reaksi Ammara apabila diusik. Mengingatkannya pada salah seorang adiknya yang merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya iaitu Syarifah Imtithal. Serupa benar riaknya apabila diusik dengannya. Cuma bezanya, adiknya baru berusia 15 tahun tapi Ammara sudah berusia 23 tahun. Mankin melebar senyumannya. Kereta terus dipandu tenang.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template