Kisah Safiyyah dengan Rayyan (Kisah Kami) tu nanti saya sambung ye. Otak tengah beku nak fikir sambungan cerita diaorang tu ... So, sementara saya nak de froze kan otak saya ni, saya karangkan sebuah cerpen baru yang terpaksa dipecahkan kepada 2 episod memandangkan tetiba plot citer jadi panjang berjela pulak .. huhuhuu ...
So, Happy reading uols! Please drop you motivated comment, for me to become a better writer. Thanks dear!! Muaxxxx!!
XoXo,
AdiaLuze
*******************************************************
GELAGAT
anak-anak muda yang terkinja-kinja di gelanggang tari dipandang sepi oleh
Tengku Reza. Segelas kecil Gen and Tonic
diteguk sekali jalan sebelum memesan lagi segelas dari pelayan bar.
Sesusuk
tubuh montok yang dibaluti sepasang dress
ketat berwarna hitam tanpa lengan yang sedang terliuk-liuk menari mengikut
irama lagu On The Floor nyanyian
Jennifer Lopez dan Pitt Bull dipandang lama. Beberapa lelaki berhidung belang
silih berganti yang sengaja menghimpit tubuh montoknya dilayan mesra. Dari satu
rangkulan ke satu rangkulan yang lain dia berkalih sambil menari penuh erotik.
Gelas
kedua Gen and Tonic sudah habis
diteguk lalu dia memesan terus 3 gelas. Pandangan Tengku Reza kembali tertumpu
pada si gadis bertubuh montok yang perlahan-lahan sudah melangkah
menghampirinya dengan pandangan menggoda.
“Rez,
jomlah temankan I menari. Bosanlah I menari sorang-sorang dari tadi”
lengannya didakap oleh si gadis yang merayu dalam rengekan halus hampir
ditelinganya.
“Mana
ada you menari sorang sayang. Tu
ramai je I tengok temankan you”
Tengku Reza menyunggingkan senyuman. Sedari tadi bukan dia tidak perasan yang
kekasihnya itu sibuk menari dengan sesiapa saja yang menghampirinya di pentas
tarian. Semua jenis lelaki dirangkulnya mesra.
Namun
tidak sedikitpun Tengku Reza berasa cemburu atau sakit hati. Sedari dulu lagi
dia dan Natrah aka Netty memang mengamalkan dasar open relationship dimana dia dan Netty bebas bergaul dan bergomol
dengan sesiapa pun asalkan tidak sampai ke ranjang.
“Alaaa
… Mana sama dengan you. Come la sayang …” Netty sudah menarik
tangan Tengku Reza ke pentas tari. Tak tahan mendengar pujuk rayu Netty, Tengku
Reza akur juga. Tubuh mereka akhirnya melekat antara satu sama lain sambil
menari dengan iringan muzik yang sudah bertukar nada kepada yang lebih
romantik. Mereka sama-sama hanyut dalam lautan nafsu bersama dengan beberapa
pasangan lain yang turut sama menari sambil bercumbu tanpa rasa segan dan malu.
Tanpa mengenal dosa dan pahala.
---------
“BABAH
jangan mengada-ngada nak pergi kerja. Duduk aja rehat kat rumah. Nanti, kalau
pengsan lagi macam semalam macamana? Tris juga yang susah hati kan? Kalau kat
rumah sekurang-kurangnya, bolehlah Angah dengan Adik tengok-tengokkan Babah”
suasana pagi di Flat Danau Kota tingkat 10 rumah nombor 6 pagi itu sudah riuh
dengan suara bebelan Trista yang sedang bersiap untuk ketempat kerja.
“Babah
bukan apa Tris. Babah susah hati tengok kamu seorang yang bertungkus lumus
kerja siang malam nak sara kita sekeluarga. Lagipun, kalau ayah keluar cari
tin-tin kosong dengan botol-botol kosong, tak banyak, sikit-sikit dapatlah juga
dapatkan duit poket Angah dengan si Adik
ke sekolah” Pak Halim tayang muka kasihan.
Dia
bukan sengaja mahu menyusahkan anak gadis sulungnya itu. Semenjak tiga tahun
yang lalu, penyakit darah tingginya semankin teruk sehingga memaksa dia
berhenti kerja sebagai pemandu lori. Oleh kerana itu, Trista yang bekerja di
KFC terpaksa membuat kerja part time di kedai makan di bawah flat
kediaman mereka.
“Nak
susah hati kenapa Bah. Tris ok la. Lagipun, Tris masih sihat nak cari rezeki
untuk sara keluarga kita ni. Apa yang penting, Babah sihat dan adik-adik boleh
pergi sekolah. Babah janganlah risau. Pandailah Tris jaga diri” Trista
menghampiri Pak Halim yang wajahnya sudah berubah sugul. Bahu tua itu dipeluk
dan diusap mesra.
“Babah
pun taukan. Tris sanggup buat apa saja untuk keluarga kita ni” Trista menongkat
dagu di atas bahu Ayahnya. Airmatanya sudah mula menitis. Begitu juga Pak
Halim.
“Kalau
lah Mak kamu ada lagi, mesti dia bangga ada anak yang baik macam kamu ni Tris”
tangis dua beranak itu semankin menjadi-jadi. Airmata yang membasahi pipi Pak
Halim pantas diseka oleh Trista dan tubuh itu didakap erat. Kasihnya pada si
Ayah tak dapat digambarkan dengan kata-kata saat itu.
---------
“COME on la sayang. Kita kan masih muda.
Belum puas lagi enjoy. Lagipun, marriage is sooo lame and outdated. Furthermore, it’s just a … ceremony. Walaupun kita tak kahwin, kita
masih bahagia kan? Dah 4 tahun pun kita hidup macam ni. You happy, I’m happy, and we both get what we wanted. Is it not enough
for you my darling? Kenapa you
nak rosakkan semuanya dengan ajak I
kahwin? Hurmmm?” Netty yang hanya mengenakan singlet dan seluar pendek
mengelus-ngelus lembut pipi Tengku Reza. Dia membetulkan duduknya di atas peha
lelaki itu supaya kedudukan tubuh mereka lebih dekat lagi. Mudah untuknya
memujuk dalam keadaan begitu. Dia sudah arif benar dengan kelemahan Tengku Reza
yang tidak boleh andai dia merengek manja sambil menggesel-geselkan tubuhnya
dengan tubuh sasa teman lelakinya itu.
Tengku
Reza mempamerkan segaris senyuman dalam terpaksa.
“Tapi,
Nenda I dah bising la honey. You tahu la macamana Nenda I
tu. Dia kan old school sikit. To her, lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan
apa-apa, shouldn’t act like husband and
wife. You faham kan maksud I?” Tengku Reza tayang raut muka kesian.
Cuba memancing simpati si kekasih yang sangat susah untuk diajak berkahwin.
Dia
sendiri tidak faham kenapa Netty lebih suka hubungan mereka begitu saja. Cukup
atas nama pasangan bercinta tanpa ada ikatan yang sah. Kalau perempuan lain,
bercinta baru setahun, sudah sibuk diajak berkahwin. Tapi bukan Netty. Walau
segala-galanya telah diberikan pada Tengku Reza, namun bila bercakap soal
perkahwinan saja, mula lah dia mereka seribu satu alasan.
“You janganlah desak I. I perlu masa nak
fikir” Netty sudah tayang wajah rajuknya. Dia segera bangun dari pangkuan
Tengku Reza dan bergerak kearah pintu gelungsur lantas dibukanya luas. Angin
malam yang bertiup nyaman dari bangunan Apartment 2 Hampshire di tingkat 12 itu
menderu masuk. Netty segera melabuhkan
punggung di atas kerusi rotan yang ada di ruang balkoni dan kotak rokok di atas
meja kopi dicapai.
Tengku
Reza meraup wajahnya berulang kali. Dia menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Dari jauh, dia
hanya memerhatikan saja Netty menyedut batang rokok dicelah jemarinya. Dia
sudah buntu.
Semalam,
Nendanya, Puan Sri Mariam yang menjaganya dari kecil telah memberitahu yang
memandangkan umurnya akan mencecah ke angka 25 tahun dalam masa 2 bulan lagi, dia
akan bakal mendapat wang dari harta pusaka yang diwariskan oelah arwah Mummy
dan Daddynya yang bernilai lebih RM70 juta.
Bila
mendengarkan perkhabaran gembira itu, betapa terujanya Tengku Reza. Sudah
terbayang dimindanya, aliran keluar masuk duit yang bakal diperolehinya itu. Selain untuk perniagaan pengiklanan yang sedang diusahakan
bersama Kashah dan Ebit, dua rakan kongsinya, dia merancang untuk membawa Netty
melancong mengelilingi dunia.
Namun
segala angannya berderai bagai kaca apabila Nendanya meletakkan syarat bahawa
dia hendaklah membawakan calon isteri kepadanya terlebih dahulu. Lebih parah,
Nendanya hendak mengadakan majlis pernikahan pada awal bulan hadapan sebelum
tiba tarikh hari lahirnya. Jika tidak, harta pusaka tersebut akan dibekukan
sehinggalah dia berkahwin kelak.
Sakit
kepalanya bila Netty menolak cadangannya untuk berkahwin. Dia sengaja tidak memberitahu
Netty mengenai syarat Nendanya itu kerana dia tidak mahu gadis itu menerimanya
hanya semata-mata kerana wang ringgit. Selama ini dia yakin Nelly bukan jenis
gadis bermata duitan. Tapi, sekarang, ada sedikit rasa ragu dalam hatinya.
------
“TERIMA
KASIH tau Tris sebab kau sanggup nak cover
shift aku. Nanti gaji, aku belanja kau makan okay. Aku bukan sengaja. Babysitter anak aku tu la. Tiba-tiba
bagitau ada hal. Tak boleh nak jaga si Fina ni hari ni. Sorry sangat-sangat tau”
Emelda memaut mesra lengan Trista. Serba-salah juga kerana sering
menyusahkan gadis itu apabila dia terpaksa mengambil cuti kecemasan seperti hari itu.
“Eh,
tak apalah. Aku faham. Lagipun oklah. At
least boleh juga tambah gaji aku bulan ni” Trista menepuk-nepuk tangan
Emelda lalu membetulkan cap yang menutup rambutnya yang panjang separas
pinggang agar lebih kemas.
“Nasib
baik ada kau. Nak harapkan budak-budak yang lain tu memang tak boleh nak
diharap lah” tokok Emelda lagi.
“Yela,
yela. Dah pergilah balik. Tu muka laki kau dah macam cipan dah aku tengok.
Tunggu kau lama sangat” Trista memuncung kearah Amir, suami Emelda yang sedang
menunggu isterinya di tempat letak kereta betul-betul bertentangan dengan
mereka. Emelda tergelak mendengar gurauan Trista lantas meminta diri sebelum
berlalu pergi. Trista menyambung semula tugasnya hari itu iaitu membersihkan
meja serta memastikan lantai tidak dicemari kekotoran yang ketara.
------
“70
JUTA?? Banyak tu Bro!!” Ternganga Ebit mendengarkan jumlah duit yang bakal
diperolehi oleh Tengku Reza. Begitu juga Kashah. Bulat matanya memandang ke
arah Tengku Reza dengan mulut yang melopong tanda tak percaya.
“Isk
kau ni Bit. Mulut macam puaka! Nasib baiklah bilik aku ni kalis bunyi. Kalau
tak, mahu satu office ni kecoh tau!”
Tengku Reza menepuk bahu Ebit, geram. Ebit hanya tersengih sambil mengaru-garu
kepala yang tidak gatal.
“Eh,
tapi seriously la Bro. Banyak gila
harta yang Mummy dengan Daddy kau wasiatkan kat kau tu” giliran Kashah
menyampuk. Keningnya sudah berkerut seribu. Wajah Tengku Reza ditatap lama.
Tengku
Reza melepaskan keluhan dan tubuh sasanya disandarkan kesofa empuk yang
didudukinya.
“Aik.
Nak dapat duit pun mengeluh?” Kening Ebit pula yang berkerut. Hairan dengan
reaksi yang ditunjukkan oleh Tengku Reza.
“Memanglah
Arwah Mummy dengan Daddy aku ada wasiatkan aku duit tu. Lagi 2 bulan kan birthday aku yang ke 25. So, kalau ikut dalam wasiat, masa tulah
nanti semua duit tu akan dipindah milik pada aku. Tapi …. “ ayat Tengku Reza tergantung tiba-tiba menyebabkan Ebit dan Kashah
berpandangan sesama sendiri. Mereka serentak bangkit dan mengubah posisi tempat
duduk di kiri dan kanan Tengku Reza.
“Tapi
apa Bro?” Hampir serentak pertanyaan itu diajukan dari mulut Ebit dan Kashah.
Satu-persatu wajah sahabat karibnya sejak dari zaman menuntut di Universiti di
Melbourne ditatap.
“Aku
kena bawa calon isteri kat Nenda aku dulu sebelum boleh tandatangan apa-apa
dokumen” kerut di wajah Ebit dan Kashah
serentak menghilang apabila mendengar kegusaran yang disuarakan oleh Tengku
Reza.
“Aku
ingatkan apalah tadi. Ala. Setakat bawa calon isteri tu apa lah sangat Rez. Si
Netty tu kan ada. Bukan kau dengan dia memang tengah hangat bercinta ke?” wajah
resah Tengku Reza dipandang Kashah kehairanan.
Sekali
lagi Tengku Reza melepaskan keluhan. Rambutnya dicekak ke belakang . Kashah dan
Ebit semankin dirundung rasa pelik.
“Masalah
aku sekarang, Si Nelly tu tak nak kahwin dengan aku” Buntang mata keduaorang
sahabatnya mendengar kata-kata Tengku Reza itu.
“Nelly
tak nak kahwin dengan kau?” Bait-bait kata Tengku Reza diulang semula oleh
Ebit. Cuma kali ini dalam bentuk soalan dan dijawab hanya dengan anggukan lemah.
Ebit dan Kashah sama-sama duduk bersandar sambil menongkat dagu.
“Eh,
kau tak bagitau dia pasal duit juta-juta tu kot. Tu yang dia tak nak kahwin
dengan kau” Ebit menoleh kearah Tengku
Reza yang masih berwajah murung.
“Kalau
dia sayangkan aku dan memang nak jadi isteri aku, tak perlu kot aku bagitau dia
pasal duit tu. Kalau dia terima aku sebab duit tu, maknanya dia tak ikhlas la
selama ini dengan aku. Kan?” Wajah Ebit dan Kashah dipandang satu persatu
dengan dahi berkerut. Kedua orang sahabatnya itu terdiam.
“Ha!
Aku ada idea!” Setelah suasana sunyi menyelubungi mereka dalam beberapa minit, Kashah
bersuara ceria sambil mengetik jarinya.
“Apa?”
Serentak Tengku Reza dan Ebit bertanya. Kashah mula tersenyum-senyum sumbing
sambil mengurut-ngurut dagu dan mengangkat-angkat kening.
------
“Penyakit
Ayah Cik Trista nampaknya dah semankin teruk. Hari ni, kami dapati ada masalah
dengan jantung Encik Halim. Pembuluh darahnya tersumbat. Sebab tu dia pengsan.
Nasib baik Cik Trista bawa dia cepat ke sini. Tapi, dia kena segera jalankan
pembedahan. ” kata-kata dari Doktor Helen, doktor yang merawat Ayahnya semalam,
masih terngiang-ngiang di telinga Trista.
Mujur
hari ini dia ditugaskan untuk mengemas. Jadi, sambil mengelap meja dan mengemop
lantai, kepalanya masih boleh memikirkan alternatif yang terbaik untuk merawat
penyakit Ayahnya.
“Kos
rawatan mungkin menelan belanja puluhan ribu ringgit. Jadi saya nak Cik Trista
supaya bersedia dari sekarang” sekali lagi kata-kata Doktor Helen bermain
dikepalanya.
‘Aduh!
Manalah aku nak cekau duit banyak tu?!’
keluh Trista dalam hati.
“Hoi!
Buta ke hah?!” Terkejut Trista mendengar suara lantang yang menyergahnya.
Terkebil-kebil matanya silih berganti memerhatikan mop dilantai dengan lelaki yang berdiri di
hadapannya yang sedang menayang wajah bengang.
“Habis
basah kasut aku lah!” Trista masih tak bergerak memerhatikan lelaki itu yang
sedang mengibas-ngibas kasutnya yang terpercik air dari mop yang dipegang
Trista.
“Hei
… Kenapa ni Bro? What’s wrong?”
Kelihatan dua orang lelaki terkocoh-kocoh menghampiri lelaki yang sedang bercekak
pinggang dengan wajah yang sudah merah padam.
“Minah
ni la! Buat patah selera aku je! Tengoklah kasut aku ni. Habis basah. Dahlah
aku baru beli semalam! Hish!!” Lelaki itu mendengus geram.
“Hish
kau ni Rez. Kitaorang ingatkan apalah tadi. Kasut kau kat rumah tu berlambak
kot. Apalah sangat kalau basah pun. Susah sangat kau pergi lah beli lagi”
Trista terus terpaku memerhatikan lelaki yang betubuh sederhana dan ketinggian lebih kurang dengannya menepuk-nepuk bahu
lelaki bertubuh sasa yang masih memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
“Eh
kejap! Tris?? Ni Trista kan?” Pantas pandangan Trista berkalih pada seorang
lagi lelaki yang berdiri betul-betul di sebelahnya sedari tadi.
“Ebit
… Malik Hamdan? ? Kau ke ni?” Bulat mata Trista memandang kearah lelaki yang
kurus tinggi lampai yang sudah tersenyum lebar memandang kearahnya.
“Yela!
Aku la ni. The one and only, Malik
Hamdan alias boyfriend kau masa
sekolah!” Tergelak Trista mendengarkan
gelaran Ebit itu. Dia hanya menumbuk
perlahan bahu lelaki itu sebelum sama-sama tergelak.
Kashah
dan Tengku Reza agak terkejut dengan pertemuan jejak kasih yang berlaku di
hadapan mereka itu. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing
menjongketkan kening tanda kehairanan bagaimana Ebit boleh mengenali gadis
tinggi lampai yang berdiri di hadapan mereka ketika itu.
“NAH.
Jemputlah makan. Ni je la aku mampu belanja korang. Kalau datang awal bulan
bolehla aku belanja gempak sikit” Sekotak ayam dari set bucket diletakkan Trista di hadapan Tengku Reza, Ebit dan Kashah
sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Ebit.
“Eh,
ok dah ni. Terima kasih Trista” Kashah sudah mula menunjukkan sifat Mat
Romeonya sambil tersengih-sengih gatal. Trista membalas senyuman itu sambil
tayang wajah selamba.
“Tak
payah lah kau nak menggatal dengan budak Tris ni. Buang karan kau je. Aku dok
mengayat dia dari dari tingkatan satu sampai tingkatan lima pun tak pernah nak
sangkut. Hati kering minah ni” selamba saja Ebit menegur. Mankin lebar Trista
tayang senyum.
“Ayat
kau tak cukup power. Lagipun, tu
dulu. Masa sekolah. Setakat ajak dating
tepi padang sekolah memangla Tris tak layan. Kan Tris kan …?” Kening Kashah
terangkat-angkat memandang Trista.
“Dah!
Jangan nak mengarut! Eh, Tris. Abah dengan mak kau apa khabar? Lama gila tak
jumpa dengan diaorang” Malas hendak melayan Kashah, Ebit segera mengalih tajuk.
Hilang
terus senyuman dari bibir Trista. Dia terus tertunduk menekur lantai.
“Eh
… Aku tersalah cakap ke? Sor … Sorry
la wey” serba-salah Ebit dibuatknya melihat perubahan wajah Trista.
“Kau
takde salah cakap apa-apa pun … Mak aku dah takda la. Tahun ni dah masuk empat
tahun dah dia meninggal. Abah aku pula, tak berapa nak sihat sekarang ni. Aku
suruh dia berhenti kerja. Duduk kat rumah. Habis tingkatan lima aku tak sambung
dah belajar. Terus kerja sebab nak bantu adik aku yang dua orang tu sekolah”
Trista mengangkat wajahnya memandang Ebit cuba mengukir segaris senyuman
walaupun nampak payah.
“Kau
biar betul Tris. Keputusan SPM kau bagus kot. Patutlah lepas habis sekolah je
kau terus menghilangkan diri. Aku ada juga tanya kengkawan kau, tapi semua tak
tahu kau ke mana” rasa simpati Ebit tumpah pada Trista. Gadis yang pernah
menjadi pujaan hatinya semenjak dari Tingkatan satu dulu. Tapi, setelah
mengenali gadis itu dengan lebih mendalam, dia rasa Trista terlalu baik
untuknya. Maka perhubungan mereka kekal sebagai rakan baik sehinggalah tamat
tingkatan lima bilamana Trista memutuskan hubungan dengan rakan-rakan sekolah
termasuk dirinya.
Kashah
dan Tengku Reza hanya menjadi pendengar setia sambil menyuapkan daging ayam
sedikit demi sedikit ke dalam mulut masing-masing.
“Abah
kau sakit apa?” Ebit masih berminat mengetahui tentang keluarga Trista.
Terdengar
desahan nafas perlahan dari mulut Trista. Kalau boleh dia malas hendak
bercerita tentang hal-hal keluarganya kepada orang luar. Teman sekerjanya pun
tidak tahu mengenai sakit Ayahnya takkan dia semudah itu hendak bercerita
dengan Ebit.
Ya.
Mereka memanglah teman rapat sewaktu bersekolah dahulu. Tapi, sudah hampir lima
tahun mereka tidak berhubung. Bila berjumpa, takkan dia hendak terus menceritakan
tentang kesusahannya.
“Cerita
je la. Kau macam tak biasa cerita semua masalah kau kat aku” Ebit seakan-akan
dapat membaca apa yang bermain di fikiran Trista ketika itu.
Ada
keluhan halus yang keluar dari bibir merah gadis itu. Ebit masih sabar menanti
Trista membuka cerita manakala Kashah dan Tengku Reza masih setia sebagai
pemerhati.
“Sakit
jantung. Dah serius. Doktor kata kena buat operation
segera”
Ringkas
jawapan yang diberikan dan Ebit dapat melihat ada garis duka terpancar dari
pandangan redup Trista.
“Owh
… “
Hanya
itu yang mampu terkeluar dari mulut Ebit. Otaknya seolah-olah berhenti
berfungsi. Melihat wajah tenang Trista dia jadi kehilangan kata-kata. Ah! Gadis
ini memang pakar menyembunyikan rasa hatinya. Namun tidak dari dia. Menatap
mata indah Trista dia sudah tahu yang masalah kesihatan Pak Halim pasti cukup
berat bebannya ditanggung oleh gadis itu sendirian.
“So,
bila operationnya?” Pandangan Kashah,
Trista dan Ebit serentak menghala kearah Tengku Reza yang tiba-tiba bersuara.
Melihat
kesemua mereka memandang kearahnya, Tengku Reza berhenti mengunyah dan kening
dijongketkan tanda hairan.
“What? Did I say anything wrong?”
Trista
teragak-agak hendak menjawab. Ebit sudah mengalih pandang kepadanya semula.
“Yeah
Tris. Bila tarikh operatenya?”
Giliran Ebit bertanya dalam formasi soalan dan tonasi yang berbeza.
Seboleh-bolehnya dia tak mahu menambah lagi rasa sedih dalam diri Trista.
“Tak
tahu lagi sebab aku kena sediakan duitnya dulu … Cepat aku dapat kumpul duit
tu, cepatlah Ayah aku boleh dibedah” perlahan saja Trista menjawab. Dia
menundukkan kepalanya memandang tangan yang dikepal-kepalkan di atas meja.
“Yes!!!” Tiba-tiba Kashah menjerit dengan
senyuman lebar dibibir. Semua pandangan tertumpu padanya pula.
“”Kau
ni dah kenapa? Nasib baik aku tak tercekik tulang ayam ni tau!” Tengku Reza
menepuk bahu Kashah agak kuat sambil menjegilkan mata tanda protes. Kashah
hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Entahnya
si Kashah ni. Kau jumpa batu berlian ke dalam ayam goreng tu?” Kata-kata Ebit
mengundang tawa kecil dari bibir Trista.
Tanpa
mempedulikan kata-kata kawannya, wajah Tengku Reza dipandang dengan pandangan
yang bersinar-sinar.
“Kau
ingatkan pasal idea aku untuk selesaikan masalah harta pusaka si Reza tempohari
tu?” Keningnya sengaja dinaik-naikkan ke arah Tengku Reza dan Ebit silih
berganti. Berkerut-kerut dahi Ebit dan Tengku Reza cuba memahami apa yang cuba
disampaikan oleh Kashah.
“Aku
rasa kita dah jumpa calon yang sesuai”
Habis
saja Kashah berkata-kata, Tengku Reza dan Ebit saling berpandangan sebelum mata
mereka beralih kearah Trista yang mempamerkan riak kehairanan.Kemudian ketiga-tiga
jejaka itu mengukir senyuman. Semankin pelik Trista dibuatnya.
------
“WHAT???? No way Ebit! Kau dah gila?? Aku kenal dia pun tidak!” Laju saja
Trista mengeleng-gelengkan kepalanya. Ebit sudah kecut perut melihat Trista
berubah riak. Mujur tempat duduk yang mereka pilih agak tersorok dari pandangan
orang ramai. Jika tidak, tak pasal-pasal mereka dituduh melakukan yang
bukan-bukan pada Trista.
“Cik
Trista. Sorry ye. I pun tak kenal you. Tapi, I terpaksa
setuju dengan cadangan gila kawan I
ni sebab nak dapatkan harta pusaka arwah parent
I je” Tengku Reza mencuba nasib
memujuk. Wajah Trista yang sudah merah padam memandang jauh ke luar bangunan
cuba menenangkan perasaannya sendiri.
“Lagipun,
you pun memang nak guna duit kan? So, kira win-win situation la” kedua belah tangan dikepalkan dan diletakkan
ke atas meja. Ebit dan Kashah hanya memerhati reaksi dari Trista yang
seterusnya.
“Senang
je awak cakap kan? Awak tu lelaki. So
memang no big deal la. Saya ni
perempuan. I got many things to put at risk
tahu tak?” Trista sudah berpeluk tubuh. Pandangan masih tidak berganjak.
Suaranya cukup keras tapi dalam nada yang masih dapat ditahan.
Tengku
Reza tersenyum. Rasanya dia dapat agak apa yang Trista risaukan sangat.
“Kalau
you risau I akan buat apa-apa kat you, I
think, you can rest assure that I won’t touch you. Kita kahwin setahun je, after that, kita berpisah and go our separate way. Simple and as easy as that”
Mankin
menyinga Trista jadinya apabila mendengar kelancaran Tengku Reza berkata-kata.
Lelaki yang duduk dihadapannya itu ditatap garang.
“Simple? Easy? Eh, awak ni duduk kat negara mana hah? Ingat ni Amerika ke?
Kahwin pastu cerai ikut suka. Please
laaa. Ini Malaysia. M.A.L.A.Y.S.I.A. Kita masih ada adab, ada Agama. Jangan
ingat saya macam ni, saya ni buta pasal Agama okey!” bengang betul Trista
dengan sikap pandang ringan yang ditunjukkan Tengku Reza. Naik turun nafasnya
menahan amarah.
Terdiam
Tengku Reza apabila disembur sebegitu. Ebit dan Kashah hanya mendiamkan diri.
Tidak mahu menaikkan lagi darah Trista yang sememangnya sudah mencecah ketitik
maksimum itu. Bukan Ebit tak tau yang Trista penah dilabel sebagai Iron Lady sewaktu di sekolah dulu
gara-gara keaktifannya dalam semua aktiviti sekolah termasuklah seni
mempertahankan diri. Silap kata, memang boleh lebam biji mata dibuatnya.
“Tris
… Aku harap kau fikirlah masak-masak benda ni. Rasanya ini je cara terbaik yang
kau ada. Takkan kau nak pinjam dengan Ah Long pula kan? Lagipun, bukan nak
suruh kau buat benda yang bukan-bukan pun” Ebit bersuara selembut mungkin untuk
memujuk lagi. Dia tahu hati gadis itu tak adalah sekeras mana pun. Kalau kena
pujukannya, pasti lembut juga nanti.
Untuk
kesekian kalinya Trista menarik nafas panjang. Pandangannya menekur ke meja.
Rawatan penyakit Ayahnya perlu dilakukan secepat mungkin dan untuk mengumpul
perbelanjaan yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit dalam masa terdekat
dengan hanya bergantung pada gajinya sekarang rasanya terlalu mustahil.
“Ok.
Kalau aku setuju, bila aku boleh dapat duit tu?” Trista sudah duduk tegak
dengan tangan dilipat dia atas meja. Matanya tunak memerhatikan wajah-wajah
tampan di hadapannya satu persatu.
Tengku
Reza pantas menyunggingkan senyuman senget. Ayam goreng yang masih bersisa
diletakkan di atas pinggan lalu tisu dicapai dan tangannya dikesat sehingga
bersih.
“Ok.
Kalau you dah setuju, lusa I bawak you jumpa Nenda I. Kalau dia bagi green light, family I
akan aturkan untuk hantar rombongan meminang. Then, baru kita bincang
tentang tarikh kahwin” lancar saja Tengku
Reza mengutarakan rancangannya yang baru saja difikirkannya tadi.
“Saya
rasa, tak perlulah jumpa Nenda awak tu dulu. Hantar je rombongan ke rumah saya.
Tak payah bertunang pebagai. Terus kahwin. Cepat langsung, cepatlah saya nak
dapat duit saya dan cepatlah juga kita boleh uruskan perceraian kita” Trista
bersuara tegas. Melihat pada raut wajah Tengku Reza, dia cukup pasti yang
lelaki itu tergolong dari golongan Playboy
kelas atasan. Ada duit, ada rupa dan pastinya siap dengan pakej girlfriend yang penuh keliling badan.
Tak
rela dia hendak duduk di bawah satu bumbung dengan lelaki itu terlalu lama.
Nanti, tak pasal-pasal maruahnya tergadai. Naik seram Trista apabila memikirkan
kemungkinan tersebut.
“No, No, No” Tengku Reza pantas
mengeleng-gelengkan kepalanya. Berkerut dahi Trista dibuatnya.
“You tak kenal Nenda I. She is a very conservative
person. Semua pun kena ikut adat. You
jumpa family I dulu, kita bertunang
and then baru nikah” Tengku Reza
memandang tepat kearah wajah Trista yang sedikit terselindung dengan topi KFC
yang dipakainya.
Fikiran
Trista kembali kusut. Pantas topi yang dipakainya ditangggalkan. Melongo mulut
Kashah, Ebit dan Tengku Reza sebaik saja rambut hitam berkilat yang panjang
melepasi bahu milik Trista menyapa pandangan mata lelaki mereka. Tampak jelas
kini keayuan asli wajah Trista di hadapan mereka. Kening yang hitam lebat
dengan bulu mata yang lebat dan lentik semulajadi. Kulit yang putih mulus tanpa
cela dan bibir merah basah cukup membuatkan ketiga-tiga mereka menelan liur
berkali-kali.
Trista
ralit mengirai-ngiraikan rambutnya yang dirasakan sedikit kusut tanpa menyedari
renungan buaya-buaya tembaga di hadapannya ketika itu.
Merasakan
suasana tiba-tiba berubah menjadi senyap sunyi dimeja mereka, Trista pantas
mengalih pandang kearah Kashah, Ebit dan Tengku Reza.
“Woi!!
Korang ni dah kenapa? Tengok aku macam tak pernah tengok perempuan!” Trista
menepuk meja kuat sehingga ketiga-tiga jejaka di hadapannya kembali semula ke
dunia nyata. Entah apa yang diangankan mereka bertiga, Trista tidak berminat
untuk ambil tahu. Bukan kali pertama dia direnung begitu. Sudah acapkali.
Kerana itulah dia lebih senang kesana kemari memakai topi. Hendak mengenakan
tudung, hatinya dirasakan belum cukup terbuka untuk berbuat demikian.
“Err
… ehem … so … macamana? You setuju tak?” Terpisat-pisat Tengku
Reza bersuara cuba menyembunyikan kekalutan dalam hatinya. Terpegun sungguh dia
dengan kecantikan makhluk Tuhan di hadapannya seketika tadi. Bukan tak pernah
dia melihat perempuan cantik. Tapi kecantikan Trista lain dari yang lain.
Pesonanya sungguh kuat sehingga dadanya berdebar kencang. Dengan Netty pun tak
pernah dia merasakan begitu.
Trista
mengenakan semula topinya dengan rambut yang dilipat ke dalam.
“Lusa
awak jemput saya kat rumah. Jumpa dengan family
saya dulu. Pukul 10 pagi. Tolong jangan lambat sebab saya tak suka orang yang
tak menepati masa” Trista bersuara senafas sebelum bangun bersedia untuk
berlalu. “Ini alamat rumah saya” tisu yang tertulis alamat rumahnya bertukar
tangan lantas dia berlalu meninggalkan tiga sekawan itu sedikit terpinga-pinga.
------
SUDAH
10 minit Mitsubishi Lancer milik Tengku Reza bergerak meninggalkan Flat Danau
Kota. Selama itu jugalah suasana di dalam kereta kekal senyap. Hanya kedengaran
celoteh DJ Dina Nazir dari corong radio diiringi dengan alunan lagu yang
bertukar ganti.
Disebalik
kaca mata hitam yang pakai oleh Tengku Reza, dia sempat lagi mengerling kearah
Trista yang nampak ayu berbaju kurung Pahang dari kain cotton warna merah delima bercorak paisley. Nampak sangat menyerlah bila dipadankan dengan
kulitnya yang putih gebu itu.Rambutnya yang panjang mencecah pinggang diikat
tengah. Nampak lain benar penampilannya membuatkan dada Tengku Reza bergendang
sendiri. Bibir basah Trista yang hanya dicalit lip balm membuatkannya menelan liur berkali-kali.
“Ehem
… “ Tengku Reza berdehem cuba menarik
perhatian Trista yang sedari tadi hanya memandang ke luar tingkap.
“Err
… Nanti kalau Nenda I tanya dah
berapa lama kita berkenal, bagitau je dah setahun. Cakap yang kita kenal errr …
melalui Ebit” Tengku Reza bersuara sebaik saja Trista berkalih pandang padanya.
“Tak
payah bagitau yang you kerja kat KFC
dan cakap je yang Ayah you pekerja government yang dah retired” berkerut wajah Trista mendengar kata-kata berbaur arahan
dari mulut Tengku Reza.
“Kenapa
perlu menipu?” Trista meluahkan rasa tak puas hatinya. Tengku Reza tersenyum
senget mendengar soalan polos Trista.
“I tak nak mendatangkan sebab untuk Nenda
I membantah perkahwinan kita. Nanti, you juga yang susah” Wajah Trista
dipandang sepintas lalu. Bibir yang menyunggingkan senyuman kelihatan sangat
sinis dimata Trista ketika ini.
“Saya
yang susah atau awak? Hurm?” Trista menyoal penuh sinikal. Kalau ikutkan kata
hatinya, dah lama dia membatalkan perancangan mereka itu. Tapi, bila
mengenangkan keadaan Ayahnya, dia keraskan saja hati.
“I boleh je cari orang lain. Tapi, you?” Tengku Reza tak mahu mengalah.
Trista sudah mengetap bibir tanda geram. Wajahnya sudah membahang panas
menandakan warna kulitnya sudah berubah.
“Tolong
berhentikan kereta!” Bentak Trista
geram. Terasa seolah-olah dia yang terhegeh-hegeh meminta pertolongan Tengku
Reza. Walhal, lelaki itu yang beriya-iya tempoh hari.
Tengku
Reza masih tenang memandu. Bukan dia tak perasan perubahan wajah Trista. Tapi,
dia masih sengaja hendak menduga kesabaran gadis itu.
“Saya
cakap, tolong berhentikan kereta. Awak tak dengar ke?!” Trista sudah hilang
sabar melihat sikap endah tak endah lelaki di sebelahnya itu. Dia memang
perlukan duit saat ini tapi itu tak
bermakna dia sanggup membiarkan maruahnya diinjak-injak sesuka hati oleh lelaki
itu.
“Wooo
… Relaxlah. Tak perlu nak marah-marah macam ni” melihat keadaan Trista yang
sudah hampir berubah menjadi Hulk, Tengku Reza akhirnya beralah. Dalam masa sesingkat
ini, dimana lagi dia hendak mencari ‘Pelakon’ lain untuk bertemu Nendanya.
“Ok.
I minta maaf ok. Look … If you want to be
yourself nanti depan Nenda I, its up
to you ok. Kalau rancangan kita gagal pun, at least you takkan salahkan I”
wajah Trista yang masih memerah ditatap
sekilas pandang sebelum tumpuan dihalakan semula ke pemanduan. Ikutkan hati
nakalnya, sudah lama pipi yang berbahang itu diusap lembut dan jemari runcing
milik Trista diraih dan dikucupnya. Tapi, memandangkan gadis di sebelahnya itu
tidak seperti Netty maupun gadis-gadis yang menempel dengannya selama ini, niat
itu terus disimpan saja dalam hati.
Kedengaran
Trista mendengus kasar sebelum tangannya dilipat kedada dan pandangan mata
dicampak ke luar tingkap. Tengku Reza terus menyunggingkan senyum. Tahu yang
Trista sedang memikirkan semula kata-katanya tadi.
------
“SAYA
kerja kat KFC je Puan Sri”
Hampir
terjojol mata Tengku Reza apabila mendengar jawapan selamba yang keluar dari
mulut Trista. Mujur ada soket mata yang menahan. Jika tidak, pasti sudah
bergolek jatuh bebola matanya ketika itu.
Liur
ditelan berkali-kali. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan untuk memandang
Nendanya. Bibir diketap geram dengan kejujuran Trista yang dianggap tidak kena
pada tempatnya.
Wajah
Puan Sri Mariam hanya tenang mendengar jawapan dari Trista. Seraut wajah yang
cukup cantik itu ditatap lama. Sejuk hatinya saat pertama kali matanya
dilabuhkan pada wajah itu. Senyumannya juga nampak sungguh ikhlas dan bukan
dibuat-buat. Tidak seperti teman-teman wanita Tengku Reza yang pernah
ditemuinya sebelum ini. Sudahlah pakaian semuanya jenis tak cukup kain, sendat
sana sini, senyuman pula jelas senyuman jenis mengampu. Naik meluat dia
dibuatnya. Berbeza sungguh dengan gadis di hadapannya kini.
“Ayah
Tris kerja apa?”
Pertanyaan
lembut dari Puan Sri Mariam membuatkan kening Tengku Reza terjongket tinggi.
Tidak marahkah Nendanya itu mendengar jenis pekerjaan bakal isterinya itu?
Bukankah selama ini, Nendanya sibuk menyuruhnya mencari calon isteri yang
selayaknya dengan keluarga mereka?
“Babah
dah tak kerja. Dia dah bersara. Lagipun, dia tak berapa sihat sekarang ni Puan
Sri” Jujur saja jawapan yang keluar dari mulut Trista. Dia sudah nekad. Biarlah
kalau Puan Sri Mariam menentang perkahwinannya dengan Tengku Reza sekalipun.
Memikirkan tentang niatnya hendak berkahwin ini pun dia sudah rasa bersalah
sangat-sangat. Dia tidak mahu menipu lagi. Andai rancangan mereka ini nanti
dihalang, dia akan usahakan cara lain untuk menampung kos pembedahan Ayahnya. Dia percaya yang Allah akan sentiasa ada
untuk membantunya.
Sekali
lagi Tengku Reza membuntangkan matanya pada Trista. ‘Aduh! Kenapa jujur sangat
minah ni??’ Keluhnya dalam hati.
“Tris
nak kahwin dengan Rez ni sebab harta ke?” Berdebar kencang jantung Tengku Reza
mendengar soalan Nendanya yang straight
to the point itu. Ada ketegasan dalam nadanya membuatkan Tengku Reza sudah
tak senang duduk. Tangannya dikepal-kepal kejap.
Trista
terdiam. Wajah gelisah Tengku Reza yang duduk tidak jauh darinya dipandang
sekilas lalu sebelum wajah tenang Puan Sri Marian ditatap semula. Dia menarik
nafas dalam. Tengku Reza pula sudah menahan nafas menunggu jawapan yang bakal
diberikan.
“Saya
kenal Rez pun kat KFC Puan Sri. Masa kenal tu pun saya tak tahu dia orang
berharta. Inipun, Ebit yang kenalkan kami. Lagipun, selama kami kenal, tak ada
pula dia belikan saya hadiah yang mahal-mahal. Kalau Puan Sri nak tau, hari ni
baru saya tahu yang Rez ni ada kereta sebab selama ni kalau kami keluar,
selalunya kami pergi dengan kereta Ebit” Trista tertawa halus dihujung ayat.
Ada rasa bersalah yang mencengkam dadanya. Walau bukan semua jawapannya itu
menipu, tapi dia tetap rasa bersalah yang amat. Dia masih mengekalkan riak
tenang agar Puan Sri Mariam tidak mencurigai apa-apa.
Tengku
Reza menarik nafas lega apabila kedengaran tawa halus dari bibir Puan Sri
Mariam. Namun, ada rasa hairan terdetik melihat penerimaan Nendanya pada
Trista. Sebelum ini bukan tidak pernah dia mengenalkan Nendanya itu dengan
teman-teman wanitanya. Walaupun bukan secara formal seperti ini, tapi Nendanya
kenal dengan semua wanita yang pernah menjadi teman wanitanya sebelum ini.
Malah dengan Netty juga penerimaan Nendanya tidak sebaik ini. Ada saja yang
tidak kena dimatanya tentang Netty. Baju ketat sangatlah, make up tebal sangatlah, rambut perang sangatlah … Macam-macam
lagilah kritikan yang diberikan. Tapi dengan Trista kenapa Nendanya nampak
serba tak kisah? Tengku Reza mula tertanya-tanya sendiri.
“Jadi
Rez dah nekad ke nak kahwin dengan Tris ni?” Puan Sri Mariam mengalihkan
pandang pada cucunya setelah tawanya reda. Dia tersenyum apabila melihatkan
Tengku Reza asyik memandang kearah Trista tanpa berkelip.
“Tengku
Reza Tengku Adnan! Kot ye pun dah sayang sangat, takkanlah pandang pun tak
boleh nak lepas?” Tersentak Tengku Reza apabila nama penuhnya diseru. Trista
yang sedari tadi menekur lantai turut tersentap dan pantas kepala ditolehkan
pada Tengku Reza yang memang ternyata sedang merenungnya sebelum pandangan itu
dialihkan ke Nendanya sambil menggaru-garu belakang kepalanya dengan senyuman
sumbing terukir dibibir. Nampak membahang kedua wajah tersebut apabila ditegur
sebegitu oleh Puan Sri Mariam.
“Nampaknya
Nenda kena kahwinkan kamu berdua ni cepat-sepat la! Kalau tak, mankin teruk
sakit angau si Rez ni”
Meletus
tawa Puan Sri Mariam membuatkan Trista rasa nak menyorok di bawah sofa.
Semuanya Tengku Reza punya pasal! Suka sangat tenung orang macam tak pernah
nampak perempuan. Tak pasal dia pun terkena tempiasnya sekali.Huh!
“Oh
ye … Tak payahlah Tris nak ber’Puan Sri’ dengan Nenda. Panggil Nenda je”
Trista
mengukirkan senyuman canggung sambil mengangguk perlahan. Tengku Reza pula
sudah mula kerut dahi. Penerimaan Nendanya yang cukup terbuka pada Trista tanpa
banyak soal mengundang secubit rasa pelik dalam dirinya.
------
PERJANJIAN
sudah termetri. Trista dan Tengku Reza ditunangkan untuk 1 bulan sahaja. Cukup
sekadar syarat sebelum mereka diijabkabulkan. Itu tempoh yang ditetapkan oleh
Puan Sri Mariam. Segala persiapan akan dilakukan oleh pihak Tengku Reza. Majlis
pernikahan dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama dan dilakukan sekali
harung di Hotel Renaissance. Trista dan Pak Halim hanya menurut saja tanpa
bantahan.
“Untungnya
Along dapat bakal suami hensem macam Abang Rez tu kan? Dah la hensem, kaya pulak
tu” Tania, adik Trista yang paling bongsu dan sedang menuntut di tingkatan 3
memulakan perbualan sambil membelek-belek kad jemputan yang sudah siap dicetak
untuk diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat sebelah keluarga
mereka. Baru petang tadi Tengku Reza menghantarkannya kepada Trista di tempat
kerja.
Pak
Halim yang sedang menonton TV bersama Taufik, anak keduanya, menggariskan
senyuman mendengar kata-kata yang terlahir dari mulut Tania itu.
Dia
sendiri seolah-olah tidak percaya apabila Trista meluahkan hasrat untuk
berkahwin 2 minggu lalu kerana setahunya, anak sulungnya itu mana pernah ada
teman lelaki sebelum ini. Lagipun, umurnya baru menjangkau 21 tahun. Namun,
hendak dihalang tidak sama sekali. Apatah lagi apabila sudah mengenali Tengku
Reza dan keluarganya. Walau datang dari keturunan yang bukan calang-calang,
mereka dengan rendah diri sanggup menerima Trista dalam keluarga mereka dengan
tangan terbuka.
Hatinya
lebih tersentuh apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Puan Sri
Mariam. Langsung tidak rasa canggung apabila turut sama-sama membantu di dapur
ketika kunjungannya ke rumah sempit mereka itu beberapa hari yang sudah sebelum
dia meminta izin untuk membawa Trista ke butik perkahwinan.
Dia
amat-amat bersyukur kerana Trista bakal menjadi menantu kepada keluarga sebaik
itu. Sebak tiba-tiba dadanya apabila memikirkan yang tak lama lagi, Trista
bukan lagi di bawah tanggungjawab dan amanahnya.
“Isk
Along ni langsung tak excited ke nak
kahwin?”
Pertanyaan
Tania yang berbaur rajuk mengembalikan Pak Halim ke realiti semasa. Muncung
Tania dilihat sudah panjang sedepa. Kelihatan Trista ketawa sambil menguis pipi
adiknya. Adalah tu yang Trista katakan yang menyebabkan anak bongsunya yang
manja itu memuncung sedemikian rupa. Pak Halim tersenyum sambil mengalihkan
pandangan kearah skrin TV semula.
“Along
rasa biasa-biasa je la. Takde excited
sangat pun” Trista membelek lagi kad jemputan berwarna merah dan putih
ditangannya. Namanya dan Tengku Reza yang tertulis dengan dakwat keemasan ditatap
berkali-kali. Macam tak percaya pula dalam masa kurang dari sebulan dia bakal
menjadi isteri kepada seorang lelaki di atas alasan yang tak sepatutnya. Rasa
sayu pula kerana terpaksa menipu semua orang termasuk Ayahnya mengenai perkara
tersebut. Tapi, buat masa ini, pilihan apa yang dia ada? Sebuah keluhan tipis
akhirnya terlepas juga.
“Isk
Along ni. Dah mengeluh la pulak. Macam kena kahwin paksa je” bebelan Tania
membuatkan Trista cepat-cepat mengukirkan senyuman versi cover malu.
“Mana
ada mengeluh la. Tu namanya melepaskan nafas lega” Trista mencuit hidung
mancung Tania. Sengaja mahu menyakat adik bongsunya itu. Namun dalam hati serba
sedikit mengiakan kata-kata Tania. Sungguh! Dia memang terpaksa ber kahwin
dengan lelaki bernama Tengku Reza Bin Tengku Adnan itu! Aarrrrgghhhhhh!!!
Bila nk sambung..hehe
ReplyDeletejln cerita yg menarik..
Ada sambungan kah nie..dri lahad datu sabah
ReplyDeleteAda sambungan x cerita ni..best sgt 😊
ReplyDelete