LEGA!
Itu yang dirasai Trista ketika ini. Seharian sibuk melayan tetamu yang datang
pada majlis perkahwinannya menyebabkan Trista rasa seperti hampir ternyahhidrat.
Selesai
saja majlis dan setelah menghantar Ayah dan adik-beradiknya pulang ke rumah,
Trista mengikut Puan Sri Mariam dan Tengku Reza pulang ke rumah banglo mereka.
Tiba
saja dibanglo mewah itu, Tengku Reza terus menunjukkannya bilik mereka sebelum
lelaki itu menghilang entah kemana. Malas pula Trista hendak bertanya.
Masuk
saja dalam bilik, tanpa sempat menyalin baju dan membersihkan tubuh, badan
terus dihempaskan ke atas tilam empuk. Lena terus saja datang bertandang sebaik
saja kepala selesa diletakkan di atas bantal. Apa yang difikirkan dalam
kepalanya hanya tidur dan rehat. Perkara lain boleh tunggu nanti.
Entah
jam berapa dia tersedar. Kesejukkan bilik yang terasa mencengkam kuat hingga ke
tulang keringnya membuatkannya terjaga tiba-tiba. Terpisat-pisat dia bangkit
dan mata melilau kesekitar bilik yang disirami cahaya lampu yang suram. Matanya
terpaku pada sekujur tubuh yang mengerekot kesejukkan di atas sofa tidak jauh
darinya. Jam dinding yang menunjukkan keangka 3 pagi ditatap sekilas lalu.
Tidak
sampai hati membiarkan lelaki yang kini bergelar suaminya itu kesejukkan,
Trista pantas mencapai comforter dan
tubuh sasa Tengku Reza diselimutkannya sebelum dia bergerak menuju ke bilik air
untuk membersihkan diri.
Dia
perlu membersihkan diri untuk menunaikan
solat isyak yang belum dikerjakannya. Kewajipan yang satu itu perlu
dilaksanakan walau sepenat dan sesibuk mana pun kita. Itu pesan arwah ibunya yang
akan diingat sampai bila-bila.
Selesai
membersihkan diri, beg pakaian yang terletak elok dikaki katil dituju. Dia
mengenakan legging hitam putih dan
tshirt labuh hingga melepasi punggung dan solat Isyak segera ditunaikan bersama
solat sunat Tahajjud dan sunat hajat. Berdoa untuk kesejahteraan dan
kebahagiaan keluarganya dunia dan akhirat.
Habis
berdoa dan sebaik tangan diraup rata kemuka, wajah Tengku Reza yang sedang
nyenyak tidur ditatap lama. Kacak! Ya. Itu yang terlintas difikirannya apabila
wajah maskulin lelaki itu diterokainya.
Wajah
yang bersih tanpa noda jerawat itu dirias cukup sempurna oleh Sang Pencipta
dengan kening yang hitam lebat, hidung terletak elok dan seulas bibir yang
cukup sensual menjadi pelengkap. Kumis nipis yang menghiasi wajah putih
kemerahan itu menambahkan lagi ketampanannya.
Trista
membawa tangannya melekap kedada yang tiba-tiba rasa berdegup laju. Ah! Perasaan
apakah ini? Selama 21 tahun dia hidup, mana pernah ada lelaki yang mampu
membawa getaran begini didadanya. Teringatkan yang perkahwinan mereka hanya
atas dasar perjanjian semata-mata, Trista segera beristighfar. Telekung segera
dibuka dan dilipat sebelum dia merebahkan kembali tubuh di atas tilam. Tubuh
diiringkan membelakangkan sofa yang ditiduri suaminya dan mata dipejamkan cuba
mengundang kembali rasa mengantuk yang sudah hilang entah kemana.
Sedang
Trista memujuk mata untuk kembali lena, terasa tilam di sebelahnya seperti
dihenyak perlahan. Trista hanya diam tak berkutik.Nyaris dia menjerit apabila
tubuhnya dirangkul dari belakang dan desahan nafas halus menampar lehernya
lembut. Mata masih dipejamkan dan bibir diketap kuat. Cuba menahan diri dari
menside kick manusia yang seenak rasa
memeluknya itu.
“Nelly
… I rindu sangat kat you …”
Hampir
terputus nafas Trista mendengar bisikan halus yang keluar dari bibir Tengku
Reza yang cukup perlahan namun berjaya ditangkap oleh pendengarannya itu.
Nelly?
Siapa Nelly? Sebaris nama yang mengundang persoalan dalam diri Trista sehingga dia
terlupa sekejap pada Tengku Reza yang sedang erat memeluk tubuhnya itu.
Nampaknya, semankin payahlah untuk dia kembali lena kerana dipagi yang hening
dan dingin itu, hatinya tiba-tiba terasa hangat. Untuk apa rasa itu, Trista
masih belum dapat menafsirkannya lagi.
------
Sudah
2 minggu Trista dan Tengku Reza mendirikan rumahtangga. Kalau mengikut
perancangannya, lagi 2 minggu wasiat arwah kedua orang tua Tengku Reza akan
dibacakan. Waktu yang memang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh Trista dan
Tengku Reza.
Sementara
itu, hubungan Trista dan Tengku Reza masih juga begitu. Masing-masing dengan
haluan masing-masing. Hanya di hadapan Puan Sri Mariam saja perlakuan mesra ditunjukkan.
Itupun agar rancangan mereka berjalan dengan lancar.
Aktiviti
malam Tengku Reza juga sudah dikurangkan agar tidak menimbulkan syak pada
Nendanya nanti.
Trista
pula sudah tahu siapa dia Nelly setelah Tengku Reza berterus terang padanya.
Pada mulanya, terasa sakit juga hatinya tapi bila memikirkan yang perkahwinan
mereka hanya ibarat sebuah urusniaga sahaja, terus dibuang segala rasa kurang
enak itu jauh-jauh. Dia tak mahu semudah itu tertewas dengan perasaan.
Trista
masih lagi berkerja walau sudah acapkali ditegah oleh Puan Sri Mariam. Namun,
atas alasan dia sudah selesa bekerja di situ dan memandangkan Tengku Reza juga
tidak menghalang, akhirnya Puan Sri Mariam mengalah saja.
“Wei
.. Aku peliklah dengan kau ni Tris. Kahwin dengan orang kaya, tapi kenapalah
kau masih nak susahkan diri kerja kat KFC ni?” Emelda yang ditugaskan bekerja
dengannya dibahagian dapur menegur pada hari pertama dia masuk kerja setelah
bercuti 2 minggu.
“Saje”
ringkas jawapan yang diberikan mengundang kehairanan dalam diri Emelda. Mesin goreng
kentang yang sudah berbunyi menandakan kentang goreng telah masak sepenuhnya
segera dihampiri.
“Banyak
la kau punya saje” Berkerut raut Emelda tak puas hati. Trista hanya menyambut
gertakan halus temannya itu dengan tawa. Mankin geram Emelda dibuatnya. Trista
memang begitu. Terlalu perahsia. Sampaikan majlis perkahwinannya tempoh hari, lagi
3 hari sebelum majlis baru semua rakan sekerja dapat tahu. Itupun kerana gadis
itu memohon cuti lama dan berita disebarkan oleh Kak Hanum, Pengurus Operasi di
situ.
“Tris,
ada orang nak jumpa kau. Kalau tak silap aku, husband
kau” Indra, Sepervisor yang bertugas hari itu datang menghampiri Trista yang
sedang ralit menyediakan zinger burger yang ditempah pelanggan.
“Ha?
Ok, ok. Kejap lagi aku datang. Kau suruhlah dia tunggu kejap. Aku nak siapkan order ni dulu” selamba saja Trista
menyahut. Indra mengangguk sebelum berlalu pergi membawa pesanan Trista.
“Eh,
pergilah jumpa laki kau tu. Ada benda urgent
kot. Order ni nanti aku siapkan la” Emelda menepuk bahu Trista yang sedang
ralit menyiapkan beberapa keping zinger burger.
“Takpe.
Ada sikit lagi ni. Biarlah dia tunggu” Emelda akhirnya terdiam dengan kedegilan
Trista. Bukan dia tidak tahu ketegasan gadis itu dalam menunaikan tanggungjawab
dalam pekerjaannya. Selagi belum selesai bahagian kerjanya, memang tak ada
orang yang mampu membuatnya berhenti.
15
minit menanti, akhirnya muncul juga wajah Trista di hadapan Tengku Reza.
“Apasal
lambat sangat kau ni ha?! Terhegeh-hegeh berjalan” Terus dihambur rasa ketidak
puasan hatinya pada gadis itu. Nada suara yang keras namun masih dalam tonasi
yang perlahan. Semenjak berkahwin memang tiada lagi panggilan I-You atau Awak-Saya antara mereka. Hanya panggilan kau-aku sebagai
pengganti.
“Aku
kerja kan. Yang kau suka-suka datang nak jumpa aku ni kau ingat KFC ni Nenda
kau yang punya ke?” hambik kau! Sedebik dipulangkan paku buah kerasnya pada
lelaki itu. Hangin sungguh badan bila tiba-tiba disergah begitu. Dengan penuh
selamba dia melabuhkan duduk di hadapan Tengku Reza yang masih memandang tajam
kearahnya.
“Ada
aja jawapan kau kan? Eh, aku nak kau ambik halfday
hari ni. Aku nak kau ikut aku sekarang. Ada benda yang aku nak kau tolong”
tegas kata-kata berbaur arahan dari Tengku Reza pada Trista membuatkan wajah
gadis itu berkerut-kerut.
Eh,eh
mamat ni. Dahlah mintak tolong. Main paksa-paksa la pulak tu. Harap muka je
hensem, perangai? Langsung tak boleh nak hadap! Trista mendengus dalam hati.
“Yang
kau masih statik kat sini ni kenapa? Dah! Pergi jumpa supervisor kau cakap yang kau terpaksa ambik halfday hari ni. Ke nak aku yang bagitau?” Kedua belah kening hitam
lebat itu sudah terjongket tinggi apabila Trista masih pegun di situ tak
bergerak.
“Tak
boleh tunggu aku habis kerja ke? Sayanglah cuti. Dah la hari tu baru ambilk
cuti 2 minggu” Trista memprotes perlahan. Tengku Reza sudah mengetap bibir
geram.
“Kau
nak pergi mintak cuti sekarang ni atau kau nak aku tarik balik izin aku untuk
bagi kau terus bekerja kat sini? Hurm?” Matanya tajam memanah keanak mata
Trista.
Trista
sudah mula telan liur. Nak tak nak, dia terpaksa juga akur. Daripada terpaksa
duduk di rumah banglo tu macam kera sumbang, baik dia bekerja di sini. Akhirnya
dalam keterpaksaan, dia bangkit juga. Tengku Reza tersenyum senget, kemenangan.
------
“AH!!!
Kau jangan nak tipu aku la perempuan!!!”
Terkedu
Trista mengadap amukan wanita yang layak digelar Mak Singa di hadapannya ketika
itu. Mujurlah tak ramai pengunjung di tasik itu hari ini. Jika tidak, memang
sah-sahlah drama sebabak mereka ini akan menjadi tatapan umum. Silap haribulan,
mungkin akan ada yang bermurah hati merekod dan menguploadkan dalam You Tube. Eii! Mintak simpang la! Sempat Trista merapu
sendiri dalam hati.
“Sayang
… Kenapa dengan you ni? Kan Tris dah
bagitau tu. Dia langsung takde apa-apa perasaan pun pada I kan? So, you tak payah nak risau sangatlah.
Lagipun, kan I dah bagitau you, lepas dapat harta pusaka parent I tu nanti, kami bercerailah”
mendayu-dayu Tengku Reza cuba memujuk buah hatinya itu.
Naik
berbulu mata Trista menonton adegan pujuk memujuk di hadapannya itu. Tubuh
genit yang cuba dirangkul Tengku Reza menolak tubuh sasa itu kasar. Setelah
beberapa kali ditolak, akhirnya Tengku Reza berhenti mencuba. Tangan yang cuba
menyentuh bahu yang terdedah itu juga ditepis kasar.
“You ingat I ni bodoh ke Rez? Kalau dah setiap hari duduk dalam satu bilik,
takkan tak ada rasa apa-apa kot?! Dah la sekarang ni bila I ajak you pergi clubbing, ada je alasan you. So,
what do you aspect me to think?
Hah?!” Nelly yang berwajah merah padam masih lagi membentak. Nampak nafasnya
turun naik laju menahan rasa amarahnya. Sesekali wajah Trista yang sedari tadi
hanya duduk memerhati dijeling tajam.
Hatinya
mendongkol geram kerana sewaktu mengajaknya berkahwin dulu, Tengku Reza
langsung tak memberitahunya mengenai harta pusaka bernilai jutaan ringgit yang
bakal diwarisinya. Andai diberitahu, pasti tanpa sebarang bantahan dia akan bersetuju
berkahwin dengan jejaka itu. Tak perlulah dia hendak terbakar dengan api
cemburu sebegini.
Kali
pertama melihat Trista, hatinya dipagut cemburu. Langsung tak disangka wanita
yang dikahwini Tengku Reza secantik itu. Di sebalik uniform KFC dan cap yang
dipakainya, tersembunyi sesusuk tubuh sempurna persis model. Dia tahu kerana
dia juga wanita. Wanita yang matanya kalau memerhati akan lebih teliti dan
telus. Apatah lagi jika yang diperhati adalah wanita yang dikahwini teman
lelakinya. Walau dia tahu yang perkahwinan mereka hanyalah bersyarat, tapi dia
tak dapat menahan gelojak hatinya dari dimamah cemburu.
“Lagipun,
you ni lelaki normal la Rez. Sampai
bila you boleh tahan nafsu you yang satu tu ha? Lagi-lagi you ni kan bakal jadi jutawan muda tak
lama lagi. I rasa perempuan bodoh je
yang sanggup lepaskan you pergi macam
tu je. Entah-entah sekarang ni, macam-macam perempuan ni rancang nak goda you dan rampas you dari I!” Tajam lirikan mata itu pada Trista yang sudah
menyirap darahnya mendengar tuduhan
melulu yang keluar dari bibir tebal berwarna merah garang itu.
“Ehem
.. Cik Netty … Maaf ye. Macam yang saya cakap tadi, saya memang TAK ADA perasaan
pun pada Encik Rez ni. Perkahwinan kami ni pun hanya sebuah perniagaan. Dah
dapat upah saya nanti, saya blah la. Jadi, tolonglah jangan fikir yang saya nak menggoda
boyfriend Cik Netty ni ye. Lagipun, sayang
kot kalau saya nak bagi mahkota saya yang satu tu kat lelaki sembarangan sebab
mahkota saya tu tak ternilai harganya tau.
Apapun saya harap awak berdua dapatlah selesaikan masalah antara kamu ni
tanpa melibatkan saya lagi ye. Saya minta diri dulu. Assalammulaikum!”
Disabdunya betul-betul perkataan salam itu sebelum kaki diatur pergi dari situ.
Langsung tak peduli dengan pandangan membunuh dari pasangan sejoli dihadapannya
itu.
Rimas
dia dengan perangai manusia seperti itu. Sanggup melakukan apa saja demi
kepentingan sendiri tapi bila dilanda masalah sedikit, mudah benar menuding
jari menyalahkan orang lain. Haih! Tak pasal rugi sudah cutinya hari itu. Apa
nak buat? Balik rumah Babah la. Boleh juga menjenguk keadaan bapanya itu. Tanpa
berfikir panjang, dia segera menahan teksi dan mengarahkan pemandu menuju ke
Flat Danau Kota.
------
ANGAN-ANGAN
untuk bersendirian tidur guling-guling di atas katil bujangnya malam itu di
rumah Ayahnya habis lebur apabila Tengku Reza sudah terpacul di hadapan pintu
rumah selesai saja dia sekeluarga menunaikan solat Maghrib berjemaah.
“Tidur
je la kat rumah ni Rez. Esok kan Sabtu. Kamu cuti kan?” Nyaris tersembur air
kopi yang dihirupnya apabila Ayahnya
ringan saja mempelawa Tengku Reza bermalam di situ.
“Haah
la Abang Rez. Bolehlah bawak Nia pergi jalan-jalan esok. Kan Babah kan?” Laju
saja Tania yang sedang menyiapkan kerja rumah dimeja makan bersama Taufik menyampuk
sambil buat muka comel kepada Abang Iparnya. Tengku Reza hanya tersenyum manis.
Trista
sudah menjegilkan mata pada adik bongsunya itu tapi langsung tak diendahkan.
Ikutkan hati, memang dah lama mulut mungil Tania diketamnya.
“Eh
… Esok kan Tris kerja. Ayah ni. Nanti-nantilah. Lain kali kitaorang tidur sini
ye” pantas saja Trista menjawab bagi pihak Tengku Reza. Tak mahu memberi ruang
kepada lelaki itu memberi jawapan yang akan membuatnya tak cukup nafas.
“Saya
tak kisah Bah. Tapi anak Babah ni la. Sibuk dengan kerja dia aje. Puas saya
suruh berhenti tapi tak mahu” Trista rasa macam nak cekik-cekik je manusia yang
duduk berhadapan dengannya itu. Kalau tak difikirkan Ayahnya yang sedang senyum
memerhati, memang dah bengkok lelaki itu dikerjakannya. Pandai menggunakannya
sebagai alasan.
“Tris
ni dari kecik memang tak suka bergantung dengan orang lain Rez. Kamu jangan
pula salah sangka. Babah faham benar si Tris ni. Walau dia dah kahwin, dia
tetap nak cari duit poket sendiri walau Babah percaya duit nafkah yang kamu
bagi dah lebih dari cukup sebenarnya” bahu menantunya ditepuk lembut sambil dia
meleret senyum kearah Trista yang turut tersenyum mendengar kata-kata Pak Halim
yang ternyata menyebelahinya.
“Alaaa
Along ni … Bila Abang Reza free, dia
pulak tak boleh” rengekan Tania mematikan senyuman dibibirnya. Pantas adiknya
yang sudah memuncung panjang itu dijeling tajam. Manja tak bertempat.
‘Isk
budak kecik ni … Tak tahu malu betul lah! Karang aku picit-picit jugak biar
mankin kenit’ Trista membebel dalam hati.
Trista
bukan apa. Dia Cuma tak sanggup duduk berdua dalam biliknya yang hanya
berkeluasan separuh dari bilik tidur Tengku Reza itu. Semenjak peristiwa malam
pertama Tengku Reza mengigau menyebut nama Netty sambil memeluknya itu, memang
Trista sudah menjadikan lantai mazanine berlapikkan totto sebagai tempat tidur
rasminya.
Ini,
jika terpaksa bermalam di biliknya berdua, takkan dia hendak tidur di atas
lantai simen yang memang sah-sahlah sejuk hingga mencengkam tulang belikatnya?
Mahu cepat dia diserang penyakit osteoporosis nanti. Naya!
“Nia
… Kan Along dah cakap. Nanti lain kali dia balik sini, dia bawak la Nia
jalan-jalan” Pak Halim bersuara memujuk namun dalam nada yang masih ada
tegasnya. Terus terdiam Tania dibuatnya. Trista tersenyum apabila Ayahnya
sekali lagi menyebelahinya.
“Ha,
sebelum kamu balik ni, marilah kita solat Isyak berjemaah dulu. Lepas tu kita
makan sama-sama. Tadi si Tris ada masak asam pedas ikan pari” hampir tergelak
Trista apabila terperasan wajah kalut Tengku Reza apabila Ayahnya mempelawanya
solat berjemaah bersama.
Sudahlah
sepanjang menjadi suami isteri ni, hanya sesekali saja Tengku Reza mengerjakan
solat. Itupun puas dibebel olehnya dan Puan Sri Mariam. Bukannya dia tak pernah
menegur. Namun, Tengku Reza tetap juga begitu. Solat mengikut kerajinannya
saja.
“Boleh
la Rez imamkan solat kita ni ye”
Trista
mengetap bibir menahan gelak yang hampir meletus apabila terlihat wajah Tengku
Reza yang sedikit melongo sambil memandangnya mohon simpati apabila mendengar
sebaris ayat dari Pak Halim itu.
“Elok
juga tu Bah. Biar Tris siapkan tempat solat ye. Nia, jom tolong Along” tanpa
mempedulikan wajah cuak Tengku Reza, Trista terus bersuara sambil bangkit dan
menggamit Tania supaya mengikut ke bilik solat.
‘Padan
muka kau wahai Tengku Reza. Siapa suruh datang sini tadi. Kan dah terkono’
Trista tersenyum lebar sambil sempat mengejek dalam hati.
------
JAM
sudah menginjak kepukul 11 apabila Trista dan Tengku Reza sampai dibanglo mewah
milik keluarga lelaki itu. Sepanjang perjalanan tadi, mereka hanya diam melayan
perasaan masing-masing.
Pelik
juga Trista dibuatnya apabila Tengku Reza langsung tidak memarahinya apabila sengaja
mengenakan lelaki itu dengan membiarkan dia mengimamkan solat isyak mereka
tadi. Selalunya kalau dibebel Trista supaya mengerjakan solat pun, ada saja
yang hendak ditengkingnya. Tapi ini, boleh pula buat senyap saja. Malas Trista
hendak memikirkannya. Eloklah begitu. Mana tahu hidayah dari Allah sudah mula
mengetuk pintu hati lelaki itu. Andai benar, dialah insan yang amat-amat
bersyukur.
Lagipun,
tiada apa cela pun sewaktu Tengku Reza mengimamkan solat isyak tadi. Walau
hanya dengan bacaaan surah yang ringkas, namun bacaaannya cukup lancar dan
jelas. Kira oklah tu daripada tak tahu langsung. Kan?
Masuk
saja ke dalam rumah, mereka disambut oleh Mak Loma. Orang gaji rumah itu yang
sudah berkhidmat dengan keluarga Puan Sri Mariam sejak Tengku Reza masih bayi
lagi.
“Senyap
je rumah ni Mak. Nenda dah tidur ke? Biasanya masa ni dia masih tengok TV kan?”
Tengku Reza bertanya apabila perasan suasana rumah yang senyap sunyi.
Satu
perkara yang Trista kagum dengan Tengku Reza adalah rasa hormatnya pada orang
tua. Walau dengan Mak Loma sekalipun, rasa hormatnya masih tinggi hingga
memanggil wanita itu dengan panggilan ‘Mak’.
“Puan
Sri ke Pulau Pinang lepas Maghrib tadi. Kelam kabut je Mak tengok tadi. Katanya
ada masalah dengan projek baru kat Seberang Prai tu. Dia tak ada bagitau Rez
ke?” Berkerut dahi Mak Loma. Setahunya, sekiranya Puan Sri Mariam terpaksa
keluar daerah, Tengku Rezalah yang akan diberitahu terlebih dahulu.
“Owh
… telefon Rez battery kong la Mak. Tu
yang Rez tak tahu tu. Kenapa Nenda yang kena pergi? Bukan Uncle Harris dah ambil alih ke urusan syarikat kat bahagian utara
tu?” Tengku Reza tersenyum sekilas sebelum wajah kembali serius.
Setahunya,
Puan Sri Mariam sudah lama tak terlibat dengan pengurusan syarikat di bahagian
Utara memandangkan Tengku Harris, pakciknya yang bongsu sudah mengambil alih
sejak 10 tahun yang lalu.
“Itu
Mak tak pastilah pulak Rez. Nanti kamu tanya la sendiri. Eh, kamu berdua nak
makan ke? Kalau nak, biar Mak perangatkan lauk pauk tu” Mak Loma menepuk bahu
Trista yang sejak tadi hanya berdiam saja di sebelah Tengku Reza.
“Eh,
tak apalah Mak Loma. Kami dah kenyang. Tadi dah makan kat rumah Babah Tris”
Trista tersenyum mesra sambil mengosok-gosok lembut lengan Mak Loma.
“Kalau
macam tu, takpela. Mak masuk tidur dulu ye” usai bertukar ucapan salam dan
Selamat Malam, mereka bertiga bergerak kearah bilik tidur masing-masing.
Masuk
saja ke dalam bilik, Trista terus saja menuju ke bilik air. Perut tiba-tiba
rasa memulas. Lama jugalah dia bertapa di dalam hingga apabila melangkah keluar
saja, suasana bilik sudah suram dengan lampu bercahaya kuning dan kelihatan
sekujur tubuh Tengku Reza sudah berkelubung dengan selimut hingga menutupi kepala
di atas katil.
Memandangkan
mata sudah memberat, Trista pantas saja menukar baju di hadapan almari saja.
Malas hendak berulang-alik ke dalam bilik air. Lagipun, Tengku Reza berkelubung
begitu pastinya sudah nyenyak dibuai mimpi. Telah Trista dalam hati.
Selesai
menukar pakaian dan kain baju yang kotor dimasukkan kebakulnya, toto yang menjadi
tempat beradunya saban malam dicapai dari almari yang sama cuma dibahagian
bawah. Dalam keadaan yang sudah agak mamai, toto dibentang dan 2 biji bantal
dicapai dari atas tilam dan tubuh yang terasa lelah direbahkan di atas hamparan
toto.
“Kenapa
kau tak jadi model?”
Mata
yang tadinya sudah layu kembali cerah apabila terdengar suara garau Tengku Reza
tiba-tiba berkumandang memecah kesunyian malam.
“Woi!
Kau dengar tak aku tanya ni?” Tengku Reza meninggikan suaranya sedikit sambil
menjengah ke bawah lantai memerhati sekujur tubuh yang sudah dibalut kemas
dengan selimut hingga hampir menutupi seluruh kepala.
Bergendang
kuat dadanya seketika tadi apabila memerhatikan Trista menanggalkan pakaiannya
satu persatu di hadapan almari. Selama 2 minggu perkahwinan mereka, memang
tidak pernah langsung dia melihat Trista mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Selalunya, hanya jeans dan tshirt yang menjadi seragamnya di rumah itu.
Tapi,
malam ini, buat pertama kalinya, sesusuk tubuh Trista yang langsing dan tinggi
lampai dan hanya diselaputi pakaian dalam dapat dilihatnya secara jelas. Mujur
tidak diterkamnya gadis itu tadi. Jika tidak memang dah ‘selamat’ la segala
perjanjian mereka sebelum ini.
Trista
masih lagi kaku tak bergerak. Tubuh yang mengiring membelakangi Tengku Reza
sengaja dibekukan. Dalam hati sudah berdebar sakan.
‘Ya
Allah! Mamat ni belum tidur lagi ke?! Maknanya … Dia nampak la aku
…Arrggghhhh!!!! Tidaaaaakkkk!!’ Trista menjerit di dalam hati. Mahu saja dia
menampar dirinya sendiri kerana sesuka hati menukar pakaian di hadapan almari
yang memang sah-sahlah berada betul-betul bertentangan dengan katil tempat
lelaki itu beradu.
Merasakan
Trista benar-benar sudah terlena, Tengku Reza akhirnya mendiamkan diri dan cuba
untuk melelapkan mata namun agak payah bila bayang-bayang Trista menukar
pakaian tadi asyik berlegar-legar di dalam kepalanya.
Trista
juga begitu. Habis hilang rasa mengantuknya tadi. 1001 kekesalan menerjah
hatinya kerana tidak menukar pakaian di dalam bilik air seperti selalunya. Tak
pasal-pasal bagi tayangan percuma pada lelaki itu. Hati Trista mendongkol geram
sendiri.
------
“KAMU
berdua taknak pergi honeymoon ke?”
Pertanyaan
dari Puan Sri Mariam di pagi Isnin yang hening itu membuatkan Trista dan Tengku
Reza sama-sama tersedak. Mengagau keduanya mencapai gelas berisi jus oren dan
diteguk rakus. Puan Sri Mariam yang memerhati agak terkejut dengan reaksi
terlebih sudah dari pasangan pengantin baru itu.
“Isk.
Kamu berdua ni. Takkan Nenda sebut honeymoon
pun sampai macam tu sekali terkejutnya?” Terjongket tinggi kedua belah
keningnya memerhatikan Trista dan Tengku Reza yang duduk bersebelahan di
hadapannya.
Trista
dan Tengku Reza sama-sama tayang sengih.
“Tak
payah la Nenda. Bukan wajib pun honeymoon
tu. Lagipun, Tris baru je masuk kerja kan” dengan penuh hati-hati Trista
menjawab. Malas hendak memanjangkan isu. Nak tempah maut ke pergi bercuti
berdua dengan mamat senget ni? Dahlah semenjak ‘peristiwa hitam’ tempoh hari,
pandangan Tengku Reza padanya dah macam kucing nak terkam ikan. Seram sejuk dia
dibuatnya.
“Ala
… Kerja tu bila-bila masa Tris boleh berhenti kan? Bukannya cucu Nenda ni tak
mampu nak tanggung makan pakai Tris tu pun” Puan Sri Mariam masih berkeras.
“Tula
Nenda. Rez dah banyak kali ajak si Tris ni pergi honeymoon. Tapi, dia ni sayang sangat nak tinggal kerjanya tu.
Malaslah Rez nak paksa” selamba saja Tengku Reza bersuara sambil meneruskan
suapan nasi goreng kemulutnya. Sengaja mahu menyakat Trista kerana
mengenakannya beberapa hari yang lalu di rumah Mertuanya.
Trista
sudah meramas-ramas tangan di bawah meja. Ringan saja kakinya ingin menyepak
lelaki yang sedang enak menjamu selera di sebelahnya itu.
“Laaa
… Kerja tu sampai bila-bila tak habis. Pergilah bercuti. Lagipun, Nenda dah
lama teringinkan cicit dari si Rez ni. Nanti, kalau tunggu lama-lama, takut tak
sempat pulak Nenda nak main dengan cicit” ada nada sendu dihujung ayat itu.
Trista
yang mendengar sudah menelan liur berkali-kali. What?! Cicit? Dari dia dengan Tengku Reza? Erk??!! Memang taklah!!!
Ingin saja semua kata-kata itu dihamburkan sekuat alam namun tak sampai hati
pula bila Puan Sri Mariam sudah tayang wajah sedih.
Trista
berpaling kearah Tengku Reza dan alangkah menyampahnya dia apabila lelaki itu
sedang memberi pandangan nakal kepadanya sambil menaik-naikkan keningnya dengan
senyuman sumbing menghias bibir nipisnya.
“Okay.
Tris pergi. Tapi, dalam Malaysia je. Kalau boleh, pergi Cameron Highland pun
dah okay sebab Tris tak pernah lagi ke sana” akhirnya Trista mengalah. Tapi
Cameron dipilih sebagai lokasi bukan hanya kerana dia tidak pernah ke sana,
tapi juga kerana ianya tidak terlalu jauh untuk dia lari pulang andai tiba-tiba
Tengku Reza berkelakuan kurang senonoh terhadapnya.
------
“WAAHHH
.. Penatnyaaa … Sedapnya dapat baring“ sebaik saja pintu bilik Suite di Cameron
Highland Resort itu dibuka, Trista terus menerpa kearah tilam dan membaringkan
tubuhnya di situ tanpa mempedulikan Tengku Reza yang sibuk memunggah beg-beg
mereka.
“Amboi
kau ni. Penat mengalahkan dia yang memandu aje. Tepi sikit! Bagi aku baring
jugak. Naik lenguh tulang belikat aku ni memandu sorang-sorang tadi” Tanpa
menunggu Trista bersuara, dia sudah menyelitkan tubuhnya untuk turut sama
berbaring di atas tilam empuk itu.
Trista
mendengus tanda tak puas hati apabila tubuh sasa Tengku Reza menghimpit tubuh
kurusnya.
“Hish!
Sibuk aje. Orang nak bersenang-lenang sikit pun tak boleh. Huh! Dasar
pendengki!” Tanpa menunggu lama, Trista pantas bangkit dan pintu gelongsor
dihampiri lantas dibuka luas membolehkan angin segar Cameron Highland menderu
masuk. Nyaman saja rasanya.
Tok!
Tok!Tok!
Baru
hendak melayan perasaan, ketukan yang berkali-kali dipintu mengejutkannya.
Diintai Tengku Reza sedikit dan ternyata lelaki itu sudah dibuai lena. Siap
berdengkur lagi. Lalu dengan langkah malas, Trista menuju ke pintu bilik untuk
melihat siapakah tamu yang tak sabar-sabar datang bertandang itu.
“Mana
Rez?!” Tanpa sebarang salam, Netty terus saja menerpa masuk sebaik saja pintu
bilik terbuka. Nyaris tidak terduduk Trista dibuatnya apabila ditolak tubuh
montok itu.
Trista
kembali menutup pintu dan dia hanya memerhatikan saja Netty yang sudah memanjat
katil untuk mengejutkan kekasih hatinya. Sakit pula hatinya melihat kegatalan
makhluk bernama Netty itu.
“Sayaaannngg
… Bangunlah … Sayaaannng ..I datang
nak jumpa you ni” naik meremang bulu
roma Trista mendengar suara Netty yang menggedik sambil menampar-nampar
perlahan wajah Tengku Reza. Tubuh yang sengaja dirapatkan kedada lelaki itu
membuatkan perasaan Trista tiba-tiba mendidih.
“Hurmm
… Eh, Sayang … Bu .. Buat apa you
datang ke sini ni?” Tengku Reza nyata terkejut yang amat apabila membuka mata
wajah Netty sudah terpampan di hadapan matanya. Terus saja tubuhnya ditegakkan
90 darjah. Mata terus tertangkap susuk tubuh Trista yang berdiri tidak jauh
dari katil sambil berpeluk tubuh.
“Alaaa
you ni … Macam tak suka je I datang sini. Penat tau I datang ke sini semata-mata nak suprisekan you” Netty menakup keduabelah pipi Tengku Reza dan wajah yang
sedang menatap Trista tu dikalihkan kearahnya. Mendidih pula hatinya apabila
melihat reaksi lelaki itu. Langsung tidak teruja dengan kejutan yang dibuatnya.
“Wei
.. Aku keluar dulu la ye .. Nak ronda-ronda jap tempat ni. Korang buatlah macam
rumah sendiri ye … Tapi, jangan lah buat benda tak senonoh pulak. Kat dalam ni
memang tak ada CCTV, tapi aku just
nak ingatkan yang ada satu CCTV yang sentiasa memerhati 24 jam” tak betah nak
berlama didalam bilik yang sudah terasa bahangnya itu, Trista terus mencapai
jaketnya dan melangkah keluar. Namun sempat lagi dia meninggalkan secebis
nasihat buat merpati sejoli itu.
“CCTV?
CCTV apa yang kau mengarut ni ha perempuan?!” Baru saja pintu bilik hendak
dikatup, jeritan halus Netty sempat menerjah ketelinganya.
“Allah.
Cikgu tak ajar ke masa sekolah dulu? Atau Korang ni memang tak ada belajar
agama masa sekolah dulu?” Hambik kau! Sedas peluru torpedo sinikal Trista
hadiahkan pada Netty dan Tengku Reza. Belum sempat kata-katanya dibalas, pintu
sudah dikatup rapat.
Sakit
hatinya saat ini hanya Tuhan saja yang tahu. Fikirnya, bolehlah dia menenangkan
fikiran sepanjang berada di Cameron Highland ini. Tapi, harapan hanya tinggal
harapan bila kehadiran Netty mengundang 1001 gelodak rasa yang menyebalkan.
------
“KAT
sini rupanya kau. Puas aku melilau satu Resort
ni cari kau” baru saja hendak menjamah hidangan homemade scone dan air teh panas di dalam Jim Thompson Tea Room, kelibat Tengku Reza yang sudah mengambil
tempat duduk di sebelahnya mematikan seleranya.
Trista
hanya tayang muka selamba. Mulutnya menyuap hidangan scone yang masih hangat ke dalam mulutnya sambil mata melilau
memerhati ke hamparan ladang teh yang menghijau di sebelah Tea Room itu.
“Look … Aku mintak maaf pasal Netty. Honestly, aku pun tak tahu pasal
kedatangan dia ke sini. Aku pun terkejut masa jumpa dia tadi” Tengku Reza mula
panas punggung apabila Trista masih menayang wajah tanpa perasaan padanya.
Entah kenapa, dia rasa bersalah sangat pada Trista ketika itu.
“Ada aku cakap aku kisah ke?” Sinis
pandangannya dilemparkan pada Tengku Reza. Cawan yang berisi teh yang masih
berkepul asap disisip perlahan. Kalau ikutkan hati, memang nak dihambur
kemarahannya pada lelaki itu. Tapi, nanti dituduhnya cemburu pula. Atau memang
cemburukah dia? Trista malas hendak memikirkannya lagi.
“Baguslah
kalau kau tak kisah. Ni aku nak bagitau kau, aku pergi hantar Netty balik
kejap, nanti aku datang balik. Apa-apa kau call
aku la. Sementara tu kau jangan pandai-pandai nak keluar pergi mana-mana pulak.
Kau tu dahlah first time datang sini.
Karang kalau hilang atau jadi apa-apa, apa pulak aku nak menjawab dengan Nenda.
Ok, aku gerak dulu” Trista hanya mampu memandang Tengku Reza yang bergegas
pergi. Semankin meluat dia dengan perangai mereka berdua.
Perempuan
budget lawa tu pun satu. Pandai
datang, pandai-pandailah nak balik sendiri. Itupun sibuk nak berhantar. Dia
ingat ulang alik dari KL ke Cameron tu dekat ke? Hati Trista semankin
membengkak sendiri. Cawan teh dan piring berisi scone yang masih bersisa ditolak ke tepi.
JAM
sudah menunjukkan ke pukul 12 tengahmalam namun bayang Tengku Reza masih belum
juga muncul. Telefon sudah beberapa kali dihubungi namun semuanya terus masuk
ke voicemail. Trista sudah kematian
akal. Sekejap dia duduk di birai katil dan sekejap lagi dia menjengah ke
balkoni bilik.
Sedang
dia terjenguk-jenguk di balkoni bilik, telefon yang tak lekang dari pegangannya
berbunyi. Tertera nama ‘Nenda’ membuatkan Trista keresahan. Jika tidak
diangkat, bimbang Puan Sri Mariam kerisauan pula.
“Assalammualaikum
Nenda” akhirnya panggilan dijawab juga.
“Waalaikummussalam ... Tris
… Tris kat mana sekarang?” Suara Puan Sri Mariam kedengaran cemas dihujung
talian. Trista mula rasa tak sedap hati.
“Dekat
dalam bilik la Nenda. Kenapa ni? Lain macam je suara Nenda” terus saja Trista
bertanya. Mohon jawapan segera.
“Tris
… Reza, Tris … “ Kedengaran esakan Puan Sri Mariam menyapa gegendang telinga
Trista. Semankin lama semankin kuat esakannya.
“Nenda
… Ken … Kenapa dengan Reza Nenda?” Dadanya sudah berombak kencang. Tidak mahu
terus memikirkan yang bukan-bukan tapi esakan yang semankin menjadi-jadi dari
Puan Sri Mariam semankin meresahkannya.
“Dia
accident! Kereta Rez terbabas masuk
gaung … ”
Apa
yang dikatakan oleh Puan Sri Mariam selepas itu berlalu begitu saja apabila telefon
yang dipegang terus terlepas dari genggaman. Tiba-tiba bumi dirasakan
seolah-olah sudah berhenti berputar dan Trista merasakan dunianya terasa kosong
sekosong-kosongnya.
Perlahan-lahan
Trista mengatur langkah menuju ke katil dan melabuhkan punggung di birai katil.
Keduabelah tangannya menekup muka dengan siku dicagakkan di atas peha sambil cuba
mengumpul semula kekuatan untuk mencerna semula perkhabaran yang baru
disampaikan oleh Puan Sri Mariam kepadanya sebentar tadi.
“Astaghfirullahalazim
… “ berulang-ulang kali kata-kata Istighfar itu meluncur keluar dari bibirnya.
Setelah
beberapa minit menenangkan diri, telefon yang terdampar di atas lantai dicapai
dan nombor Puan Sri Mariam dicari. Walau macamana sukar sekalipun, dia perlu
mengetahui lebih lanjut tentang kemalangan yang melanda Tengku Reza. Dia perlu
tabahkan hati dalam saat genting seperti ini. .
Lelaki
itu memang bukan dikahwini kerana tujuan yang sepatutnya. Tapi, hakikat yang
pasti, lelaki itu tetap suaminya. Suami yang merupakan jambatannya ke syurga.
Baru kini Trista rasa berdosa yang teramat kerana mempermainkan sebuah ikatan
perkahwinan demi memenuhi kehendak diri.
“Ya
Allah! Ampunilah hambaMu ini Ya Allah … “ ada titisan airmata yang mengalir
jatuh dipipi mulusnya sebelum ianya berlarutan dengan sebuah esakan sayu.
***************************************************************
Errk ... Ingat boleh habiskan dengan 2 episod je ... Tapi, tak tau kenapa meleret-leret pulak nih ... Urrrgggghhhh ...
Okla ... Apapun, harap uols enjoy reading my Cerpen yang dah jadi CerPAN ni dengan sabar yeee ... ^_^"
Lots of Love,
-AdiaLuze-
Bila nak sambung??? Hehehe
ReplyDeletealah...tengah excited ni...sambung la cepat...
ReplyDeleteDah syok baca, tup2 takde sambungan ke ni??? Sambung pleaseee...
ReplyDeleteMna smbungan nyaa ����������
ReplyDeleteSambung pls...best bah nie
ReplyDeleteSambung pls...best bah nie
ReplyDeleteSambung pls...best bah nie
ReplyDeletexde sambungannya ke?
ReplyDeleteAlamak...xde sambungan ke
ReplyDeleteBila sambung
ReplyDelete