SEPERTI yang telah dimaklumkan,
seminggu selepas majlis perkahwinan mereka, Imtiyaz sudah mula sibuk dengan
kerjanya di pejabat. Setiap hari, selagi jam tidak menunjukkan pukul lapan
malam, selagi itulah dia takkan pulang ke rumah. Itupun, sampai di rumah,
selepas makan malam, dia akan terus berkurung di dalam bilik bacaan untuk
menyambung kerja sehingga ke lewat malam.
Memandangkan
Ammara masih bertugas sebagai PA Imtiyaz, serba sedikit jadual suaminya itu dapat
diuruskan dengan lebih teratur terutamanya jadual makan suaminya itu. Jika buka
Ammara yang membawakan makanan setiap kali waktu makan tengahari, pasti hanya
air nescafe sajalah yang dijadikan alas perutnya. Sekiranya Imtiyaz mempunyai lunch date bersama client, Ammara paling lega kerana pastinya suaminya itu akan makan.
Malam
itu, Imtiyaz menelefonnya untuk memberitahu yang dia akan pulang lewat dan
menyuruhnya untuk tidak menunggunya kerana dia tidak pasti pukul berapa dia boleh pulang. Setahu
Ammara, memang terdapat satu proposal
yang perlu dibentangkan esok dan ianya melibatkan kontrak yang bernilai jutaan
ringgit. Sudah beberpa bulan mereka cuba membida projek tersebut. Jam sudah
menunjukkan pukul 10 malam namun bayang kereta Imtiyaz masih belum kedengaran.
Datuk Muzaffar dan Datin Suhana, seawal jam 9 malam selalunya sudah masuk ke
dalam bilik tidurnya. Ammara sudah semakin dapat membiasakan diri dengan
kesibukan suaminya itu.
Namun,
kesibukan suaminya itu bukanlah perkara yang merisaukannya semenjak ke
belakangan ini. Hampir dua minggu mereka berkahwin, Imtiyaz masih belum
menyentuhnya selayaknya sebagai seorang suami. Dalam erti kata lain, setiap
malam, sebelum tidur, Imtiyaz hanya akan mengucup dahinya dan membawa Ammara
dalam pelukannya sebelum terlena. Itu saja. Imtiyaz tidak melakukan lebih dari
itu.
Pada
awalnya, Ammara tidak terlalu memikirkannya. Namun kini, dia mula memikirkan
yang bukan-bukan. Adakah dia tidak cukup menarik dimata Imtiyaz? Adakah Imtiyaz
mengahwininya hanya sekadar kerana kasihan? Sejak dari hari pertama Imtiyaz
mengoncang tangan Ammar untuk mengangkat akad terhadapnya, Ammara sudah mula
jatuh cinta dengan suaminya. Dia merasakan Imtiyaz berperasaan yang sama. Tapi
sekarang, dia sudah tidak pasti.
Hendak
dikongsikan dengan siapapun dia sendiri tak tahu. Mahu ditanyakan terus kepada
Imtiyaz, dia nampak bagaimana sibuk suaminya sekarang. Bimbang jika Imtiyaz
akan menganggapnya gelojoh pula. Takkan hendak diluahkan pada Mak Mertua atau
Adik Iparnya pula? Bukan cerita bawah kelambu ni kita tak boleh cerita pada
orang lain hatta keluarga sendiri pun. Silap haribulan, kalau diceritakan pada
Ammar, mahu dituduh suaminya itu lemah tenaga batin. Tak payah cari pasal
Ammara!
Tiba-tiba
ingatan terhadap Arwah Ibunya, Puan Saadiah muncul tanpa amaran. Mengingatkan
yang keadaan pasti akan berbeza andai Ibunya masih ada lagi disisinya telah
mengundang sebak. Kesedihan yang dirasakan menghimpit dada membuatkan dia
mencengkam dadanya,kuat. Mujur dia sendirian saja di bilik pada ketika itu.
Tangis terhambur tanpa dapat ditahan lagi. Sebelah tangan menutup mulutnya bagi
mengelak esaknya jadi terlebih kuat.
“Sayang?”
Dalam
kesamaran cahaya bilik, kehadiran Imtiyaz yang sudah duduk di atas katil
betul-betul di sebelahnya membuatkannya sedikit terkejut. Bila masa suaminya
itu masuk ke dalam bilik? Kenapa tak ada bunyi langsung? Kebiasaannya pasti
ucapan salam diberikan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
Kenapa dia tak dengar langsung suara Imtiyaz memberi salam? Tangisannya terus
terhenti. Terkebil-kebil matanya menatap wajah penat Imtiyaz. Apabila kedua
belah tangan Imtiyaz menyeka airmatanya pun, dia masih terkedu.
“Kenapa
Sayang menangis ni? Hurmmm? Sedih sebab Abang balik lambat ke? Maaf Abang balik
lewat sangat malam ni. Kesian isteri Abang ni selalu kena abai” Tubuh Ammara
ditarik ke dalam pelukannya. Pelipis Isterinya dikucup, lama sambil mata
dipejamkan. Kepenatan yang dirasakan sedikit terubat apabila tubuh kecil itu
didakap erat. Ammara turut membalas pelukan suaminya Wajahnya disembamkan
kedada bidang Imtiyaz.
“Abang
pergi mandi dulu, lepas tu nak solat isyak. Kalau Sayang penat, Sayang tidur
dulu ye. I’ll be joining you soon”
Kali ini dahinya pula dikucup sebelum Imtiyaz bangun dan bergerak menuju ke
bilik air untuk membersihkan diri.
Baru
sahaja mata hendak dilelapkan, bunyi isyarat mesej yang masuk bertalu-talu dari
telefon Imtiyaz di atas meja sisi di sebelah katil menyebabkan Ammara bangkit
dan telefon suaminya itu dicapai.
Langsung
tiada niat untuk mencuri tengok namun sekadar melihat siapa pengirimnya. Namun
tanpa sengaja matanya dapat menangkap sebaris nama ‘Suraya’ terpapar membuatkan
rasa ingin tahu membuak-buak. Kebetulan ringkasan notifikasi sedang terpampang
di skrin Iphone Imtiyaz membolehkan Ammara membaca sedikit cicipan pesanan Whatsapps yang dihantar.
Thanks for tonight Im
Berderau
darah Ammara sebaik sahaja sebaris ayat itu menyapa pandangannya.
Terketar-ketar tangannya meletakkan semula telefon Imtiyaz di atas meja.
Otaknya dirasakan tiba-tiba berhenti berfungsi dengan rasional. Imtiyaz masih
berhubung dengan Suraya di belakangnya? Andaian yang dibuat berdasarkan sebaris
pesanan yang dihantar Suraya membuatkan Ammara hilang pertimbangan saat ini.
Adakah kerana ini Imtiyaz enggan untk menyentuhnya sewajarnya sebagai seorang
suami? Adakah layanan Suraya sudah mencukupi sehingga Imtiyaz tidak berkehendak
langsung ke atas dirinya?
Tanpa
berfikir lebih panjang dan dengan hanya memakai baju tidur kain satin lengan
panjang berbunga-bunga biru dan putih, beg tangan dan kunci kereta segera
dicapai. Dengan sesenyap mungkin, tanpa menoleh ke belakang, Ammara terus
keluar dari rumah dan kereta dipandu meninggalkan perkarangan banglo mewah
keluarga Imtiyaz. Airmata tak usah nak cakaplah. Habis lencun wajahnya dengan
deraian airmata yang meluncur laju walau puas diseka dengan telapak tangannya.
Destinasinya hanya satu. Rumah Ammar.
Sampai
di rumah Ammar, sebaik sahaja pintu di buka, Ammara terus menyembamkan wajahnya
kedada Abangnya itu. Terpinga-pinga Ammar dibuatnya. Begitu juga Fatin yang
berdiri di sebelahnya. Hairan kerana lewat malam begitu, Ammara sampai di rumah
mereka dalam keadaan sedih sebegitu. Tanpa bertanyakan apa-apa soalan, tubuh
Ammara yang masih dalam dakapannya ditarik masuk ke dalam rumah dan dan
didudukkan ke atas sofa. Fatin turut sama duduk sambil mengusap kepala Ammara
yang masih terlentuk didada Ammar.
Ammar
sabar menunggu tangisan Ammara reda sebelum memulakan sesi soal jawab. Fatin
membancuhkan mereka bertiga air coklat panas diletakkan mashmallow di dalamnya. Setelah emosi Ammara dilihat agak stabil,
mug berisi coklat panas dan mashmallow
disuakan oleh Fatin dan Ammara menyambutnya sambil cuba melarikkan senyum.
“Puas
dah nangis? Dah ready nak share dengan kami apa yang buat Ara datang
sini tengahmalam ni sorang-sorang?” Fatin menepuk lengan Ammar. Tidak bersetuju
dengan cara suaminya memulakan kata. Ammara hanya senyap menunduk dengan
keduabelah tangan mengenggam mug yang diletakkan di atas pehanya. Fatin
mengelus lembut lengan Ammara.
“Cuba
Ara cerita kenapa sebenarnya ni? Ara gaduh dengan Tiyaz ke?” Lembut Fatin
memujuk. Airmata yang masih bersisa dikeduabelah pipi Ammara dikesat dengan
ibujarinya sebelum lengan Ammara digenggam erat.
“Malam
ni boleh Ara tidur sini?” Tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan, Ammara
meminta izin sambil pandangan sayu diberikan kepada Ammar dan Fatin silih
berganti dan menyebabkan mereka berdua turut bertukar pandang. Mulut Ammar yang
baru hendak terus bertanya terhenti apabila Fatin menegahnya melalui isyarat
mata.
“Pergilah
tenangkan fikiran Ara. Esok kita bincang. Lagipun dah lewat malam ni” Ammar
akhirnya bersuara. Ammara memeluk Abang dan kakak iparnya silih berganti sambil
menggumam ucapan terima kasih sebelum berlalu ke bilik tidurnya.
Sebaik
sahaja kelibat Ammara hilang, Ammar segera mencapai telefon bimbitnya dan
nombor Imtiyaz didail. Dia cuma ingin memastikan yang Ammara tidak meninggalkan
rumah tanpa pengetahuan suaminya.
Pintu
bilik dibuka dan ditutup semula perlahan. Kaki melangkah lemah menuju ke
katilnya dan tubuh direbahkan ke atas tilam. Siling bilik ditatap, kosong.
Airmata yang disangka telah kering, mengalir lagi. Sampai hati Imtiyaz curang
di belakangnya. Paling menyakitkan, dia curang dengan Suraya!
Kalau
betul Suraya itu lebih membahagiakannya, kenapa Imtiyaz meneruskan rancangan
untuk mengahwininya? Adakah setelah mereka berkahwin barulah Imtiyaz menyedari
yang Suraya mampu memberi layanan yang lebih bagus dari dirinya dan kini
Imtiyaz menyesal mengahwininya? Adakah kerana itu Imtiyaz langsung tidak
berkehendak ke atas dirinya?
Terlalu
banyak persoalan yang menyakitkan kepalanya saat ini. Hati sakit. Kepala sakit.
Mata sakit. Malah seluruh tubuhnya dirasakan tak berdaya dan berada dalam
kesakitan saat ini. Benarlah kata orang, bila hati kita sakit, maka seluruh
tubuh kita akan merasai kesakitan itu. Sakit dimalukan Fath satu ketika dahulu
pun tidak sesakit ini. Adakah rasa sakit ini adalah disebabkan rasa cinta yang semakin
menebal buat Imtiyaz dalam hatinya?
Ammara
tertidur dek kerana keletihan akibat terlalu banyak menangis. Letih memikirkan
sebab-sebab yang memungkinkan Imtiyaz mencuranginya dengan Suraya.
Tidak
pasti pukul berapa dia tersedar. Tapi keadaan sekeliling yang masih lagi
diselubungi kegelapan menunjukkan yang hari masih lagi malam. Ammara cuba untuk
bangkit dari perbaringan namun pergerakannya tersekat kerana terasa sepasang
lengan memeluk pinggangnya kejap. Belakang tubuhnya terasa hangat tersentuh
dengan tubuh seseorang yang dirasakan tanpa seurat benang. Tiba-tiba terasa jantungnya
berdegup laju. Kejadian ketika Fath menyerangnya di dalam bilik yang sama ini
kembali ke dalam ingatannya. Dia cuba melepaskan pelukan dipinggangnya tapi,
gagal. Dia meronta dan hampir menjerit apabila terdengar bisikan ditelinganya.
“Kenapa
Sayang tinggalkan Abang?”
Suara
serak yang kedengaran betul-betul berbisik ditelinganya menyebabkan Ammara
berhenti meronta.
Imtiyaz?
Bagaimana
suaminya itu boleh berada di situ? Sejak bila suaminya itu sampai dan
memeluknya begitu? Dan kenapa lelaki itu tidak berbaju???
“Kenapa
Ara keluar rumah tak bagitahu Abang?”
Imtiyaz
bertanya lembut. Langsung tak menunjukkan tanda-tanda yang dia marah. Ammara
baru hendak merasa bersalah namun bayangan cicipan pesanan Whatsapps dari Suraya tiba-tiba terbayang diruang mata
membuatkannya meronta-ronta kembali cuba melepaskan diri dari pelukan lengan
sasa Imtiyaz.
“Shuuuuu
… Kenapa Ara macam ni? Ara marah dengan Abang ke? Tolong bagitahu apa salah
Abang … Tolong jangan senyap dan tak endahkan Abang macamni”
Suara
Imtiyaz separuh merayu. Wajahnya dibenamkan ke leher Ammara menyebabkan
isterinya itu berhenti meronta. Perlahan-lahan esak tangis Ammara kedengaran.
Imtiyaz mengangkat wajahnya dan tubuh Ammara dipalingkan perlahan-lahan supaya
mengadapnya. Perlahan-lahan airmata isterinya itu diseka dengan ibujarinya.
“Hei
… Kenapa ni Sayang? Cuba cerita dengan Abang whats wrong. Kalau Ara senyap macam ni, takkan ada apa yang boleh
selesai” Imtiyaz meletakkan dahinya kedahi Ammara. Dia menarik nafas panjang.
Dia betul-betul tidak faham kenapa Ammara lari ke rumah Ammar malam-malam
begini tanpa memberitahunya apa-apa.
“Abang
… Abang jumpa Su … Suraya ke tadi?” Dalam teresak-esak Ammara menggagahkan diri
bertanya setelah beberapa minit mendiamkan diri.
Imtiyaz
menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Apabila dia membaca pesanan Whatsapps daripada Suraya sebaik sahaja
dia keluar dari bilik mandi tadi, dia sudah mengesyaki yang itu mungkin menjadi
punca kehilangan Ammara secara tiba-tiba daripada rumah mereka tadi. Ternyata
telahannya tepat sekali. Ammara salah faham.
“Ya.
Abang jumpa dia”
Jawapan
ringkas Imtiyaz membuatkan Ammara menjauhkan wajahnya dari lelaki itu dan cuba
meloloskan diri dari pelukannya semula.
“Tapi, nothing happen” Imtiyaz mengemaskan
pelukannya dan tubuh Ammara dibawa lebih dekat ketubuhnya yang tak berbaju.
Tubuh mereka sangat rapat sehingga rentak jantung Ammara dapat dirasai getarnya
oleh Imtiyaz.
“Abang
tipu”
Ammara
memandang tepat keanak mata Imtiyaz yang wajahnya hanya berjarak beberapa inci
dari wajahnya. Nafas mereka bersatu dan kedudukan mereka terlalu dekat sehingga
terasa yang mereka menyedut molekul udara yang sama.
“Abang
takkan sesekali tipu Ara. Abang baru habis dinner
meeting dengan client, so Abang stay back untuk settlekan
kerja. Then, Suraya tiba-tiba muncul
depan Abang dan minta Abang teman dia makan for
old time sake.Memandangkan Abang pun tengah siapkan kerja, so Abang teman la dia kejap. Siap kerja,
Abang terus minta diri balik dan tinggalkan dia kat situ”
Panjang
lebar penjelasan dari Imtiyaz namun hati Ammara masih ragu.
“Apa
maksud mesej yang dia hantar kat Abang tu?” Lidah tak sempat ditahan dari
bertanyakan soalan yang jelas-jelas menunjukkan yang dia mencuri tengok telefon
suaminya. Ammara terus menggigit bibir apabila tersedar keterlajurannya.
Sangkanya Imtiyaz akan memarahinya tapi sangkaannya meleset sama sekali apabila
terlihat senyuman terbit dibibir lelaki itu.
“Look … It’s cute that you are jealous. But,
mesej Suraya tu tak bermakna apa-apapun. Dia sengaja hantar mesej tu sebab
nakkan reaksi macam ni dari Sayang. You
know how cunning she is right? Dia akan buat apa saja untuk come between us. Sekarang ni, nampaknya
dia dah berjaya mempengaruhi Sayang. Just
with one simple message, Ara tinggalkan Abang”
Rasa
bersalah dalam hati Ammara semakin menebal. Betul juga kata Imtiyaz. Suraya
memang mencari peluang untuk memporak-perandakan hubungan mereka berdua. Kenapa
dia perlu terkesan dan tidak bertanya terus kepada Imtiyaz tentang apa yang
berlaku? Tiba-tiba dia rasa menyesal.
“I’m sorry …” Perlahan dia menutur maaf.
Imtiyaz hanya mendiamkan diri sambil memandang kewajah Ammara dengan pandangan
yang sukar dimengertikan.
“You know what. Kalau difikirkan, it’s not really hundred percent my fault if
I misunderstood Suraya’s message you
know. Kita dah dua minggu kahwin. Tapi Abang langsung tak sentuh Ara. So, tak salah kan kalau Ara terfikir
bukan-bukan pasal Abang dengan Suraya?” Melihat Imtiyaz yang hanya membisu,
Ammara menjadi sebal. Kalau difikirkan mengikut logik akalnya, bukan salah dia
sepenuhnya salah faham itu boleh berlaku.
“Sentuh
Ara? Bukan selalu ke Abang sentuh Ara?” Akhirnya Imtiyaz bersuara. Namun jelas
nadanya adalah untuk mengusik isterinya itu.
Keduabelah
tanganya sudah menekup pipi Ammara sebelum mulut mungil itu membuka mulut untuk
untuk membalas kata-katanya tadi.
“Ni
Abang tengah sentuh pipi Sayang …”
Bibirnya
mengucup dahi Ammara.
“Abang
sentuh dahi Sayang …”
Kemudian
kelopak mata Ammara dikucup.
“Abang
sentuh mata Sayang …”
Kemudian,
hidung Ammara dikucup
“Abang
sentuh hidung Sayang …”
Akhir
sekali di mengucup bibir Ammara. Kucupan yang singkat sebelum mata Ammara
ditatap untuk melihat reaksi isterinya itu. Tubuh kecil Ammara dirasakan
sedikit mengeletar dalam pelukannya.
“Ara
okay? If you are not okay with this, we
can stop now” Pipi Ammara diusap lembut. Mata bundar itu hanya menatapnya
dengan pandangan yang Imtiyaz tidak dapat singkap maknanya. Takutkah dia?
Gementarkah dia? Entah. Imtiyaz tidak pasti. Dia menghela nafas panjang.
“Sebab
inilah Abang tak nak sentuh Ara lagi. Ara masih trauma. Abang tak nak kalau
Abang push it too far, Ara akan jadi
takut dengan Abang” Penjelasan Imtiyaz serba sedikit meredakan pandangan
kerisauan dari mata Ammara. Dengan tangan yang sedikit terketar-ketar, pipi
Imtiyaz disentuh.
“Ara
okay kalau sentuhan tu dari Abang …” Ammara menundukkan mukanya. Rasa meruap
mukanya selesai ayat itu keluar dari mulutnya. Dia menggigit bibir bawah tanda
dia gementar.
Melebar
senyuman dibibir Imtiyaz mendengar suara perlahan Ammara. Dahi Isterinya
dikucup, lama. Kemudian perlahan, bibir Ammara pula dicari. Ciuman yang bermula
perlahan namun lama kelamaan apabila terasa ciumannya dibalas, ianya menjadi semakin
hangat dan menghairahkan. Tangan Ammara mula melingkar keleher Imtiyaz dan
membawa tubuhnya lebih rapat dengan tubuh suaminya. Sempat Imtiyaz berbasmalah
dan berdoa sebelum mereka terus hanyut dalam keasyikan lautan kenikmatan dan
segala tuntutan Ammara dilangsaikan dengan selayaknya oleh Imtiyaz malam itu.
0 comments:
Post a Comment