Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Monday, March 9, 2015

KISAH KAMI : BAB 27

RAYYAN dan Rania sudah setengah jam keluar untuk menjemput Mak dan Bapa Mertuaku dari KLIA. Aku bersyukur kerana akhirnya mereka selamat juga kembali ke bumi Malaysia setelah sebulan lebih menunaikan Haji.

Sedari pagi tadi, selepas Rayyan dan Rania keluar, aku, Mak Som, Suryanti dan Bibik Jannah sibuk membuat post mortem di serata ceruk di dalam banglo 3 tingkat ini bagi memastikan yang ianya berada dalam tahap kekemasan dan kebersihan yang paling sempurna. Dari dalam rumah sampailah ke halaman rumah. Habis semua kami periksa berulang-ulang kali.

Almaklumla. Puan Sri Maria a.k.a Mak Mertua aku itu memang pantang kalau dilihatnya keadaan rumah yang tak menepati standard kebersihan ISOnya. Mahu cair tahi telinga kami nanti medengar bebelannya yang akan berpanjangan dari pagi sampai malam.

Selesai segalanya, kami beralih pula ke dapur untuk menyiapkan juadah hidangan tengahari yang istimewa untuk kedua orang Mertuaku. Memandangkan yang mereka sudah terlalu lama tidak menikmati masakan melayu, aku giat Mak Som dan Bibik Jannah untuk membantuku menyiapkan beberapa juadah masakan kampung.

Masak lemak cili api ikan keli bakar, kari kepala ikan, kerabu mangga udang, sotong bersalut tepung, Kangkung udang tauchu, Sup ayam kampung, ulam ulaman dan juga sambal belacan merupakan menu yang aku cadangkan. Mak Som dan Bibik Jannah hanya bersetuju memandangkan mereka memang dari kampung dan senarai masakan tersebut sememangnya menjadi kepakaran mereka.

Setelah berhempas pulas menyiapkan juadah tengahari, akhirnya selesai juga kami bertiga mengerjakannya bersama-sama. Jam sudah menunjukkan kepukul 12.30 tengahari. Aku segera meminta Mak Som dan Bibik Jannah mengemas apa yang patut sementara aku pergi membersihkan diri dahulu. Tak mahulah nanti bila Mak dan Bapa Mertuaku sampai, aku menyambut mereka dengan perfume cap belacan dan bawang. Buat malu saja nanti.

Selesai mandi, aku mengenakan gaun labuh berlengan panjang berkain cotton warna cream dan kukenakan selendang bercorak abstark gabungan pelbagai warna pastel dikepala. Lip balm kuoleskan sedikit kebibir agar tidak nampak terlalu pucat.

Sewaktu aku menuruni tangga, kedengaran suara riuh rendah datang dari ruang tamu. Pasti Bapa dan Ibu Mertuaku telah sampai.

"Haa .. inipun dia orangnya" Puan Sri Maria menggamit aku untuk duduk di sebelahnya setelah menyedari kehadiran aku di ruang tamu itu. Aku segera menghampirinya lantas menyalami dan mencium keduabelah pipinya. Tangan Tan Sri Rasydan juga kusalami dan cium sebelum mengambil tempat di sebelah Puan Sri Maria. Rania nampak ceria dipangkuan Datuknya sambil membelek-belek gelang tangan yang pastinya ole-ole buatnya dari Mekah.

"Nah. Ni untuk Saf" Puan Sri Maria menghulurkan beg tangan kertas yang sederhana besar kepadaku. "Terima Kasih Mama" Hulurannya kusambut. "Waaahh ... Cantiknya Ma" Sehelai jubah serba hitam yang terdapat sulaman penuh di dada dan sekitar pergelangan tangan aku belek dengan rasa teruja sambil tubuh Ibu Mertua kurangkul erat. Dia tersenyum senang melihat reaksiku.

Sewaktu aku ingin menyimpan kembali jubah pemberian Puan Sri Maria kedalam beg kertas itu, aku terperasan ada satu lagi beg plastik di dalamnya. Perlahan-lahan aku keluarkan dan isinya kubuka.

"Ha. Yang ni untuk kamu suami isteri" Puan Sri Maria yang nampak anggun dengan imej bertudung litup bersuara sebaik sahaja dua biji buah yang tidak kuketahui namanya sudah berada digenggamanku. Dia memandang aku dan Rayyan silih berganti. Rayyan yang duduk di sebelah bapanya turut memanjangkan leher untuk melihat buah yang aku pegang. Wajahku dipandang penuh tanda tanya. Keningnya dinaikkan sedikit penuh persoalan. Aku hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

Puan Sri Maria tertawa melihat gelagat kami berdua. "Korang berdua ni. Buah ni pun korang tak tahu ke. Inilah buah zuriat"  Buah yang seperti buah kelapa bentuknya dan saiz cuma sebesar buah avacado itu kutatap lagi. Buah zuriat? Buah apa la pulak ni? Aku bersoal jawab dalam hati.

"Inilah buah yang orang kupas kulitnya dan rebus isinya lepas tu minum airnya kalau nakkan zuriat" Bait kata-kata dari Bapa Mertuaku itu membuatkan mataku sedikit terbeliak. Pantas wajah Rayyan kupandang. Dia hanya tersenyum sumbing. Geram pula aku melihat reaksinya ketika itu. Mataku jengilkan padanya tanda protes.

Terhambur tawanya membuatkan yang lain juga turut sama ketawa. Rania yang tidak berapa mengerti hanya memandang wajah kami semua silih berganti dengan dahi yang berkerut. Aku mendengus geram. Puan Sri Maria menepuk pehaku lembut sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatahku.

MALAM itu selesai menikmati makan malam, aku dan Puan Sri Maria terus menuju ke Gazebo di luar rumah untuk menikmati angin malam.

"Sedar tak sedar, dah 3 bulan rupanya Saf kahwin dengan Rayyan kan" Puan Sri Maria memulakan bicara dan aku hanya menyambutnya dengan senyuman. Rania sudah kutidurkan manakala Rayyan dan Tan Sri Rasydan pula sedang leka menonton perlawanan Bolasepak diruang tamu. "Saf dengan Rayyan dah plan nak kemana-mana ke untuk honeymoon korang nanti?" Pertanyaan Puan Sri Maria membuatkan tangan yang baru hendak menyuapkan kurma Ajwa yang aku bawa bersama ke dalam mulutku terhenti. Pantas wajahnya yang menanti jawapan aku pandang.

"Err .. Isk .. Tak payahlah nak berhoneymoon bagai Ma. Membazir je tu" Suapan yang terhenti tadi aku teruskan. Kurma yang sepatutnya manis terasa kelat pula ditekakku. "Eh. Apa pulak membazirnya. Bukan selalu pun dapat pergi. Si Rayyan tu yelah. Selalu 'terbang' ke sana ke mari. Yang kamu ni tak teringin ke?" Matanya tunak memandangku. Aku hanya tersengih macam kerang busuk.

"Saf bagitau je kat Mama, Saf teringin nak kemana. Paris? Rom? Venice? Biar Mama yang uruskan semuanya" Tawaran dari Ibu Mertuaku yang sepatutnya menggembirakan sesiapa sahaja yang bergelar 'Menantu' aku sambut dengan senyuman hambar.

Bukannya aku tak teringin hendak ke luar negara. Seingat aku, selama 23 tahun aku hidup ni, paling jauh aku pernah pergi pun, hanya ke Medan, Indonesia. Itupun bersama Umi dan Babah sewaktu aku berusia 18 tahun. Tapi, bila memikirkan aku terpaksa pergi berdua dengan Rayyan Iskandar, hilang segala rasa teruja yang sepatutnya ada.

"Saf. Kenapa diam pulak ni?" Bahuku dirangkul lembut.

"Dia malulah tu Ma" Suara yang tiba-tiba menyampuk dari arah belakang membuatkan aku dan Puan Sri Maria berpusing serentak kearah datangnya suara itu.

Kelihatan Rayyan sedang melangkah tenang kearah kami dengan keduabelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendek yang dipakainya. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku mengesot kearah Puan Sri Maria sedikit untuk memberi ruang kepadanya."Isk. Apa yang nak dimalukan. Saf kan dah jadi menantu Mama" Pelukkan dibahuku semankin kemas. Matanya masih memandang kearahku.

"Err ... Tak payahlah sampai ke luar negara Ma. Kat dalam Malaysia pun dah ok" Akhirnya aku bersuara. Geram pula kurasakan pada Rayyan yang tiba-tiba duduk menempel di sebelahku dengan wajah selamba sambil tangannya leka membelek iPhone di tangan. Entah apalah yang dibuatnya  sampai kadang-kadang aku nampak dia tersenyum sendiri.

"Peliklah Saf ni. Mama offer pergi oversea pun tak mau" Berkerut dahi Mak Mertuaku mendengar keputusanku. "Takdelah Ma. Saf tak sampai hati nak tinggal Rania tu lama-lama. Kalau dalam Malaysia, senang sikit Saf nak balik kalau ada apa-apa nanti" Aku memberikan alasan yang kurasakan wajar.

"Menantu Mama dengan cucu Mama tu kan macam belangkas. Mana boleh nak berpisah lama-lama. Nanti ada pulak yang demam rindu dibuatnya" Tergamam aku dibuatnya apabila kurasakan tangan Rayyan sudah melingkari bahuku menggantikan tangan Puan Sri Maria. Aku ditarik dekat dengannya membuatkan pandangan mataku kini terfokus padanya. Dia tersenyum sambil mengenyitkan sebelah mata membuatkan aku melarikan pandangan kearah Puan Sri Maria yang hanya tersenyum memandang kami.

"Hmm .. Kamu berdua bincanglah nak kemana. Mama ok je. Pasal Rania tu janganlah Saf risau. Kalau setakat seminggu Saf pergi, rasanya Mama boleh lagi pujuk dia. Oklah. Mama nak masuk tidur dulu. Mengantuk dah mata ni" Bahuku ditepuk lembut sebelum Puan Sri Maria berlalu meninggalkan kami berdua di situ.

Setelah memastikan yang kelibat Puan Sri Maria sudah tidak kelihatan, pautan tangan Rayyan pada bahuku segera aku leraikan. Aku menginjakkan kedudukanku menjauhinya sedikit. Dari ekor mata aku dapat lihat bibir Rayyan menyunggingkan senyuman.

"Kenapa duduk jauh sangat tu?" Dia kulihat sudah berpeluk tubuh sambil duduk bersila dengan badan ditegakkan menghadap aku. "Saja. Panas." Aku menjawab sambil mengibas-ngibaskan tangan kemuka. Maunya tak panas bila si dia ni tiba-tiba melepek kat sebelah.

Terdengar tawa Rayyan meledak mendengar jawapanku. Aku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan."Kenapa awak gelak?" Perubahan sikap Rayyan yang secara tiba-tiba sekarang ini  semankin melemaskanku.

"Saf ni peliklah. Punyalah sejuk macam ni, Saf kata panas?" Dia mengosok-gosokkan keduabelah tangannya sambil membetulkan kolar baju sejuk Adidasnya yang dizip hingga ke atas.

Eh,Eh dia ni. Kalau dah sejuk sangat kenapa pandai sangat pakai seluar pendek. Aku memprotes dalam hati. "Pasal honeymoon kita tu, Abang serahkan pada Saf je la untuk buat keputusan" Rayyan bersuara setelah tawanya reda. Ternyata panggilan 'abang' sudah agak sebati dipendengaranku. Cuma, untuk mengungkapkannya, mungkin belum tiba masanya.

"Tak payah pergi pun takpe" Aku menjawab perlahan, hampir berbisik. "Apa Saf cakap? Cuba ulang semula. Abang tak dengarlah" Dia mendekatkan dirinya denganku sehingga bahu kami bersentuhan. "Isk. Saya cakap, tak payah pergi pun takpela. Saya tak kisah" Aku terus bangun dari tempat duduk. Niat dihati ingin masuk ke dalam rumah kerana kesejukan malam mula terasa memandangkan aku hanya mengenakan baju tidur berlengan pendek yang agak nipis kainnya.

"Saf nak kemana? Abang belum habis cakaplah" Tangan yang tiba-tiba dipaut dari belakang membuatkan aku tersentak dan hilang imbangan badan lalu terduduk di atas riba Rayyan. Tergamam aku dibuatnya. Begitu juga dengan dia. Denyutan jantungnya yang semankin laju mengepam darah dapatku rasakan. Untuk seketika itu, pandangan kami terpaku diantara satu sama lain.

"Err ... Ehhh .. Apa awak buat ni?!" Pantas aku bangun apabila aku menyedari wajahnya semankin dekat dengan wajahku. "Saya masuk tidur dulu" Aku terus berlalu meninggalkannya tanpa memandang kearahnya. Muka yang terasa membahang segera aku larikan dari penglihatannya.

Ya Allah! Nasib baik  aku tersedar. Kalau tak, tak tahulah apa yang bakal dilakukan oleh Rayyan tadi. Semankin laju degupan jantungku apabila teringatkan wajah Rayyan yang berada hanya beberapa inci dari wajahku seketika tadi. Mujur aku tiada penyakit jantung. Jika tidak, tak merasalah aku untuk punya anak sendiri. Errr .. Eh? Anak sendiri? Aku dan Rayyan? Cepat-cepat aku gelengkan kepala memikirkan kemungkinan itu. Seram!