Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, November 15, 2013

KISAH KAMI : BAB 4

Hari Rabu. Suasana di Greta’s Curtain sedikit lengang pagi itu. Pelanggan tidak berapa ramai. Setakat 2-3 orang sahaja. Oleh kerana aku masih sibuk menyiapkan sebutharga untuk kos pemasangan langsir di rumah Puan Sri Maria, Miss Lai memberi aku kelonggaran untuk tidak melayani pelanggan pada hari itu.

Selain dari aku, Miss Lai dan Shahrul, ada dua orang lagi Sales Consultant di Greta’s Curtain itu. Kisya dan Alam. Sepasang kekasih yang hidup dalam dunia mereka sendiri. Jarang mahu bercampur dengan yang lain. Nasib baiklah sales mereka setiap bulan sentiasa mencapai sasaran yang diletakkan oleh James, Bos besar kami. Kalau tak, dah lama dapat 'surat cinta’ la agaknya.

Skrin komputer kutatap penuh khusyuk.”Saf. Banyak lagi ke yang tak siap?” Teguran Shahrul beserta tepukan dimeja membuatkan aku sedikit terperanjat.”Hish kau ni. Buat aku terkejut je” Aku mengurut dada. Shahrul hanya tersengih sambil buat muka tak bersalah. Aku menjelingnya geram.

“Sikit je lagi. Sempat la hari Jumaat ni aku nak email kat anak Puan Sri tu” mataku kembali tertumpu pada skrin komputer. Shahrul berlalu pergi setelah mendengar namanya dipanggil oleh Miss Lai dari arah depan.

“ Ada apa la Amoi ni terjerit-jerit panggil aku, Nak rilek sekejap pun tak boleh lah!” Sempat dia memusingkan bebola matanya sambil mengeluh sebelum dia berlalu dari situ.”Iya!! Saya datang ni!!” sahutan Shahrul yang separuh ikhlas itu membuatkan aku tergelak kecil. Ada sajalah budak lembut ni. Kepala aku geleng-gelengkan.

Jam ditangan kanan aku pandang sekilas. Sudah pukul 3 rupanya. Patutlah rancak sahaja perutku menyanyikan lagu keroncong. Sedang aku sibuk mengemas meja bersiap-siap untuk pergi menyahut panggilan perut yang perlu diisi, telefon bimbit yang kuletakkan dalam mod senyap bergetar kuat. Panjang getarannya menandakan yang ada pangilan masuk dari seseorang. Telefon kucapai dan tertera nama ‘Umiku Sayang’ di skrin Samsung S2 milikku itu.

“Assalammualaikum Umi” Telefon ditelinga kukepitkan ke bahu dan tangan kembali sibuk mengemas dan mengesave dokumen-dokumen di Microsoft Words dan Excel difolder ‘SAF PUNYA’ yang terletak di desktop skrin komputer tersebut.

“Waalaikummusaalam. Iyah balik lambat lagi ke hari ni?” soal Umi di hujung talian. “Hurmm … Tak sure lagi la Umi. Kalau kerja settle awal, Saf balik lah awal” Beg silang berwarna kuning mustard kucapai sambil tercari-cari kunci kereta di dalamnya.

“Hujung minggu ni Iyah ambik cuti boleh?” Kunci kereta Myvi kukeluarkan dari beg dan tali beg aku silangkan ke tubuh. “Kenapa Umi? Iyah tak boleh nak janji. Nanti Iyah cuba la ye” Tangan aku lambai-lambaikan pada Miss Lai apabila dia yang sedang melayan pelanggan di rak-rak kain lace memandang kearah aku yang terkocoh-kocoh melangkah keluar. Isyarat tangan aku berikan untuk memberitahunya yang aku keluar makan sekejap.

“Ada tetamu nak datang. Nak jumpa Iyah sekali. Jadi, tak eloklah kalau Iyah tak ada. Amiklah cuti ye sayang” Suara Umi yang seolah-olah merayu itu membuatkan aku serba salah. Bukan aku tak mahu ambil cuti. Masalahnya, sejak bekerja di bahagian jualan selama hampir 2 tahun ini, memang payahlah kalau nak mintak cuti hujung minggu atau mana-mana hari cuti umum kerana waktu itulah pelanggan ramai. Takut tak cukup kakitangan.

“Nantilah Iyah slow talk dengan Bos ye. Iyah cuba ok” Badan sudah kuboloskan  ke dalam kereta Myvi hitamku yang kuparkirkan di ruang parkir untuk staf di hadapan bangunan bilik pameran Greta’s Curtains itu.

“Okla Umi. Iyah nak bawak kereta ni. Nak pergi lunch sekejap. Perut dah lapar giler ni. Nanti kita jumpa kat rumah ok. Love you Umi. Assalammualaikum” Telefon kuletak setelah mendengar salamku dijawab oleh Umi di hujung talian.

Kereta kupandu laju ke KFC yang terdekat berhampiran. Memandangkan aku belum solat zohor, ruangan pandu lalu menjadi pilihanku. Setelah pesanan untuk satu set snack plate hot and spicy sudah berada ditangan, kereta kembali ku pandu menuju kearah Greta’s Curtain. Langkah laju kuatur kearah surau yang berada di bahagian belakang ruang pameran itu.

“Saf, akak dengar Saf dapat projek besar ek? Dengarnya rumah banglo kat Bukit Tunku” Kak Intan dari Bahagian Akaun yang turut sama berada di Surau setelah aku selesai menunaikan solat, bertanya bersungguh-sungguh ingin tahu.

“Ha'ah kak. Takdelah besar sangat. Bolehlah cover untuk target 2 bulan” Aku tersenyum sambil melipat telekung dan menyangkutkannya ke tempat penyidai yang ada di disitu. Plastik KFC yang yang kuletakkan di tepi dinding segera kucapai.

“Sibuk betul ni. Dah dekat pukul 4 baru nak makan” Kak Intan yang juga baru selesai solat melabuhkan punggung di sebelahku.” Tak sedar dah lambat. Tetiba je rasa perut berkeroncong” Daging ayam kusiat-siat sebelum memasukkan ke dalam mulut.

”Eh, makan kak. Lupa pulak nak pelawa” Aku tersengih kearahnya. Kak Intan tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.”Dah makan tadi. Masih kenyang lagi ni.”

“Kamu ni rasanya budak grad Uni kan? Kenapalah kamu tak mintak kerja office je Saf. Mintak kerja gomen ke. Kamu kan masih muda. Senang sikit nak dapat. Lainlah macam akak ni. Dah tua-tua camni dah tak bolehlah nak mintak kerja gomen” Kak Intan yang sedang melipat kain telekungnya itu mengalihkan topik perbualan.

“Malas lah kak. Lagipun saya suka kerja macam ni. Bebas sikit. Takdela dok kena ikut protokol memanjang. Eiiii bosan. “ Bahuku jungkitkan sambil menyedut air teh o ais limau yang tinggal sedikit itu. Kak Intan tersenyum mendengar jawapan aku itu.

Selesai makan aku kembali ke bilik pameran untuk menyambung balik kerja yang tinggal sedikit saja lagi tadi.

Akhirnya siap juga sebutharga untuk Puan Sri Maria.RM35,754.90. Itulah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Puan Sri Maria untuk keseluruhan kos hiasan langsir di rumah banglonya. Itupun ada beberapa bilik yang sudah sedia terpasang wooden blind yang telah dibeli siap olehnya dari Elyza.

KERETA Myvi hitamku membelok masuk keperkarangan rumah teres 2 tingkat di Subang Bestari itu ketika waktu sudah menganjak ke pukul 9 malam.

Ketika kaki melangkah masuk ke dalam rumah, kelihatan Umi dan Babah sedang menonton televisyen sambil menikmati hidangan kopi panas dan popiah goreng . “Lambat balik lagi” Tegur Babah sambil diperhatikan Umi. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Umi .

“Siapkan sebutharga kawan Tan Sri Babah la ni. Ni pun nasib baik dah siap. Lepas tu kena check la jugak 2-3 kali sebelum Iyah nak emailkan kat anak Tan Sri dengan Puan Sri tu” Butang baju vest yang aku pakai aku tanggalkan satu persatu.

“ Kamu dah apply cuti ke Ahad ni Iyah?” Giliran Umi pula bertanya. Lenganku dipegang lembut.” Alamak Umi. Iyah lupa la nak tanya” Aku menepuk dahi sendiri.”Hish kamu ni … Esok jangan lupa tanya. Umi nak sangat kamu cuti hari Ahad ni” Kesungguhan Umi membuatkan aku sedikit musykil. Dahiku berkerut sehingga keningku bercantum.

” Umi ni ada apa-apa plan ke? Lain macam je Iyah tengok ni” Aku meluahkan rasa kemusykilan aku pada Umi.

” Eh, takde apa lah. Ada kawan kami nak datang. Kan bagus kalau semua orang ada. Boleh la kenal-kenal” Riak wajah yang sedikit mencurigakan dapat kukesan diwajah wanita kesayangan aku itu.

“Dahla. Pergi naik atas. Mandi dulu. Lepas tu jangan lupa solat. Umi ada masak asam pedas ikan kembong tadi. Kalau nak makan ada kat bawah tudung saji kat dapur tu” Sebelum sempat aku bersuara, Umi sudah terlebih dahulu mengalih tajuk.

“Ha yelah. Iyah naik atas dulu la Umi, Babah” Babah dan Umi mengganggukkan kepalanya sebelum tumpuan mereka kembali kepada skrin televisyen yang menayangkan siaran Astro Oasis. Sesekali terdengar mereka tergelak. Tengok ceramah pun boleh tergelak-gelak sampai macam tu ke? Tu mesti tengok ‘Kalau Dah Jodoh – Ustaz Kazim Elias’. Aku meneka dalam hati.

Izz Zayani : BAB 22

SUDAH seminggu Raziq Hanan di Dubai. Ini bermakna, sudah seminggu juga aku ketempat kerja menaiki kereta Mini Coopernya.

Rasa rindu pada jejaka itu semankin kuat aku rasakan. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Adakah sudah ada secebis rasa buatnya? Entahlah. Aku masih tak pasti.

Sewaktu hari  pertama kereta ini kupandu ketempat kerja, agak kecoh jugalah pemberita-pemberita tak bertauliah di Rasydan Eletronic bertanya itu dan ini kepadaku. Sebagai jawapan selamat, aku hanya memberitahu mereka yang kereta itu adalah peninggalan arwah Abang Zack untuk adiknya Laila.

Dengan penuh yakin aku menjelaskan kepada mereka bahawasanya kereta itu kupinjam daripada Laila. Mujur mereka memang sudah sedia maklum yang aku sememangnya tidak mempunyai kenderaan ke tempat kerja. Almaklumla, selama ini, arwah Abang Zack yang menjemput dan menghantarku pulang ketempat kerja.

Kasihan Laila. Seharian namanya aku jaja. Tak sangka juga aku apabila mereka semua dengan mudah percaya dengan cerita rekaan ekpress yang kukarang secara spontan itu.

Tengahari itu, selesai makan bersama Kak Sal dan beberapa Juruteknik bawahanku yang lain, aku terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zohor. Memandangkan waktu zohor masih awal, surau agak lengang ketika itu. Tanpa berlengah aku terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajipanku kepada yang Esa dalam keadaan tenang.

Mujur aku sudah selesai bersolat ketika telefon yang kuletakkan bersama dengan uniformku di hujung sejadah berbunyi mendendangkan lagu 'Takkan Terpisah' dari Black.

"Assalammualaikum Mak" tersenyum girang aku dibuatnya apabila ternampak nama 'My Mom' terpamer di skrin telefon sebelum punat hijau kutekan.

'Waalaikummusalam. Izz sihat?'

"Alhamdulillah, sihat mak. Mak dengan Abah macamana? Semuanya ok ke kat kampung?"

'Alhamdulillah. Kami sihat je. Izz dah masuk kerja ke?'

"Dah mak. Hari ni baru mula"

'Baguslah. Lagipun, tak elok kalau Izz layan sangat perasaan sedih tu. Mak dengan Abah kat kampung ni hari-hari risaukan Izz'

Aku menghela nafas panjang. "Ye mak. Izz tahu. Maaf kalau mak dengan Abah susah hati sebab Izz" lemah aku bersuara.

Kedengaran Mak Su Siah turut melepaskan keluhan berat di hujung talian. 'Mak dengan Abah cuma ada Izz sorang je tau. Kalau boleh, setitis airmata pun kami tak mahu nampak mengalir dari mata Izz tu' sebak terasa dadaku mendengar pengakuan jujur Mak Su Siah itu.


"Tak maulah sedih-sedih mak. Izz nak mulakan hidup baru. Yang pergi akan tetap pergi kan. So, sekarang ni, misi utama Izz adalah untuk cari calon menantu yang baru untuk Mak dengan Abah" lega terasa apabila aku terdengar Mak Su Siah tertawa dengan guraun spontan dari aku itu. Airmata yang mula bergenang di tubir mata aku sapu dengan hujung ibujari. Aku cuba bersuara seceria mungkin agar ibu tua itu tidak terus-terusan menjeruk rasa memikirkan tentang aku.

Perbualan kami selepas itu berlangsung dalam suasana yang lebih ceria dari tadi. Macam-macam cerita yang disampaikan kepadaku. Gembira rasanya apabila dapat mendengar suara Mak Su Siah yang lebih gembira.

********************************

MALAM itu, selesai makan malam bersama Laila dan melayannya berbual sehingga pukul 10, aku terus masuk ke bilik kerana mata sudah terasa amat mengantuk.

Baru saja hendak melabuhkan kepala kebantal, telefon yang aku letakkan di atas meja sisi berlagu-lagu minta diangkat. Dengan mata yang masih tertutup, telefon aku gapai dan punat hijau terus kutekan.

'Assalammualaikum Izz' bulat mataku apabila terdengar suara yang agak garau di hujung talian.

"Waalaikummussalam ... " aku sudah baring terlentang menatap syiling bilikku. Ingin saja kutanya adakah Raziq Hanan gerangan si pemanggil itu tapi lidahku tiba-tiba jadi kelu. Seminggu dia diam tanpa berita. Malam ni secara tiba-tiba dia menelefon. Ada apakah sebenarnya ya?

Tapi, jika bukan dia orangnya, malu besar pula aku dibuatnya nanti. Aku memang merinduinya, tetapi tidaklah sampai angau sehingga semua suara aku dengar seperti suaranya.

'Izz dah tidur ke?' terdengar suara itu menyapa lagi. Kali ini aku yakin yang aku memang sedang berbicara dengan Raziq Hanan.


"Baru nak tidur. Awak tak tidur lagi? Pukul berapa kat Dubai sekarang ni?" jam di dinding bilik aku kerling. Tepat pukul 10.10 malam.

'Kat sini baru pukul 2 pagi. Baru habis meeting dengan client. On the way balik hotel. Izz sihat?' baru pukul 2 pagi dia kata? Takkan lewat sangat meeting sampai pukul 2 pagi baru habis? Pelbagai jenis persoalan bermain difikiranku.

"Alhamdulillah, saya sihat. Lewatnya habis meeting. Tak penat ke? Awak kenalah jugak jaga kesihatan awak kat sana. Janganlah sibuk sangat dengan kerja" ada nada risau aku suarakan padanya. Berkerut keningku apabila terdengar dia ketawa. Kelakar ke kata-kata aku tadi?

'Sayang jugak awak kat saya ye' terkedu aku mendengar kata-katanya. 'You know Izz ... I really miss you so much. Setiap hari saya rasa nak call Izz. Tapi, I've been so busy this whole week. Balik hotel je, lepas solat terus cari bantal' terdengar dia melepaskan sedikit keluhan perlahan.

Aku mendiamkan diri. Sayangkah aku padanya? Aku bertanya pada hatiku sendiri. Namun yang pasti, ada terselit sedikit rasa bahagia apabila tahu yang dia juga turut merinduiku.

"Emm ... Bila Raz balik sini?" aku segera menukar topik agar dia tidak terus berbicara tentang hati dan perasaan. Tajuk perbualan yang akan membuatkan mukaku jadi merah kemalu-maluan tahap maksima.

Dia ketawa lagi.

'Why? Do you miss me too'

Dia menyambung tawanya. Aku mula mencebik. Geram pula rasanya apabila asyik ditertawakan.

"Okla. Saya dah mengantuk. Nak tidur.Ok, bye. Assalammualaikum" aku mula menunjukkan rajukku padanya.

'Eh, eh ... Janganlah letak telefon dulu. Saya saja je la usik Izz. How I really miss to see your blushing face' kedengaran dia melepaskan keluhan lagi.

'Kalaulah ikutkan hati saya ni, malam ni jugak saya terbang balik ke sana. Dan kalaulah Izz dah jadi milik saya yang sah, nak saja saya bawa Izz kemana saja saya pergi' rajukku terus hilang apabila mendengar nada romantis Raziq Hanan. Terharu aku dibuatnya apabila sampai begitu sekali dia merinduiku.

'Marry me Izz. Please ... ' semankin romantis kedengarannya suara Raziq Hanan. Kali ini lebih kepada nada merayu. Sesak nafasku dibuatnya. Aku sudah kehilangan kata-kata.

"Tunggu awak balik sini baru saya bagi jawapan" akhirnya aku bersuara juga. Satu jawapan yang aku rasa dapat memberi lebih masa untuk aku berfikir.

"Ok then. It's a promise! Esok petang, sampai je kat Airport, I will straight away go to your place. Please make sure you are ready with the answer okay.Okla. Saya dah sampai Hotel dah ni. See you tomorrow. Good nite my love. Have a sweet dream of me in it. Assalammualaikum" 

Perlahan salamnya kujawab. Skrin telefon yang sudah gelap kutatap, lama. Lambat terasa otakku menghadam apa yang baru aku dengar dari Raziq Hanan tadi.

Dia balik esok? Esok?? Maknanya, esok jugalah aku kena memberikan jawapan kepada lamarannya? Aaarggghh!!! Kepala terasa sakit secara tiba-tiba.

Friday, November 8, 2013

KISAH KAMI : BAB 3

MALAM itu, selesai solat Maghrib berjemaah bersama Umi dan Babah, bermulalah sesi mengurung diri di dalam bilik. Katilku sudah penuh dengan kertas-kertas A4 yang tertulis sebutharga bagi keseluruhan kos untuk menghiasi segala jenis tingkap dan pintu untuk rumah Banglo Puan Sri Maria.

Hari ini sudah hari Selasa. Hari Jumaat aku perlu mengemailkan sebutharga yang telah lengkap kepada Rayyan. Rambut ikal yang melepasi bahu,  aku ikat tinggi. Punat-punat nombor pada Kalkulator jenama Canon itu ketekan-tekan laju.

"Iyah. Umi dengan Babah nak pergi ke rumah kakak kamu ni. Kamu nak ikut tak?" Wajah Umiku, Puan Syarifah, menjengah dari celah-celah pintu bilik yang sedikit terbuka.

"Takpela Umi. Iyah banyak keje la. Kirim salam la dengan Kak Dina ngan suami dia tu" Aku mengalihkan pandangan kepada Umi setelah nombor yang tertera pada skrin Kalkulator itu kucatatkan di atas kertas. "Ha yelah. Hari tu kamu jugak yang cakap dah lama tak gomol-gomol si Hakimi tu. Lagipun, malam ni kan Kak Dina kamu tu buat majlis makan-makan sambut harijadi si Hakimi tu. Kamu tak ingat ke?" Umi cuba mengingatkan.

"Ya Allah .. Yelaaaa. Iyah lupalah Umi .. Hadiah pun tak beli ni. Aduh. Macamana ni?"  Aku menepuk dahi berkali-kali. Wajah Umi yang masih berdiri di muka pintu aku pandang mohon simpati. Terbayang kelincahan anak buah tunggalku yang berusia setahun lebih itu. Teringatkan pipinya yang tembam dan badannya yang beruas-ruas macam tebu membuatkan aku rindu.

"Hmmm .. Itulah kamu. Kerja sampai lupa semua. Umi dah belikan dah. Siap bungkus lagi" Umi mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah aku."Thank you Umi. I love you ketat-ketatlah!" Aku meluru kearah Umi dan kupeluk tubuhnya sambil terlompat-lompat keriangan."Dah,dah. Cepat siap. Umi tunggu dalam kereta dengan Babah" Bahuku ditampar geram. Aku tersengih sambil menggosok-gosok tempat yang ditampar Umi. Perit juga walau hanya tamparan manja.

Pintu bilik kututup.Aku menuju ke almari baju dan menarik keluar sepasang seluar jeans hitam dan blouse peplum yang sedikit labuh berwarna kuning keemasan dipadankan dengan selendang lilit 2 ton berwarna kuning air dan keperangan.

Tak sampai setengah jam kemudian, kereta Nissan Sentra Babah sudah berada di atas Lebuhraya LDP menuju ke Putrajaya, ke rumah Kak Dina, satu-satunya adik beradik yang aku ada.

Nasib baiklah kereta tak berapa banyak. Jika tidak, mahunya 3 jam baru kami sampai ke rumah Kakakku di Presint 5 itu. "Iyah,Iyah,Iyah" kedatangan kami disambut dengan jeritan keriangan Hakimi yang dikendong Kak Dina sambil menepuk-nepuk tangan memanggil nama aku. Aku segera mengagah-agahkan tangan padanya dan dia terus meronta-ronta dari pelukan Ibunya untuk mengikut aku.Umi dan Babah hanya tersenyum memerhati.

Agak meriah jugalah majlis harijadi yang diadakan kakak aku ini. Ruang tamunya penuh dengan kaum-kaum Ibu yang sibuk melayani anak-anak mereka menjamu makanan yang tersedia manakala di halaman luar, kaum-kaum bapa sibuk bersembang sesama sendiri.

Umi dan Babah sudah hilang entah kemana bersama Kak Dina dan Abang Asyraf. Mungkin sibuk memperkenalkan tetamu-tetamu mereka yang datang kepada Umi dan Babah. Aku yang masih mengendong Hakimi, berjalan menuju ke meja yang dipenuhi dengan deretan makanan. Kecur pula mulutku dibuatnya apabila melihat Laksa Penang kegemaranku turut sama terhidang.Tangan Hakimi yang tergapai-gapai aku hulurkan potongan buah tembikai.

Baru sahaja aku ingin mencapai mangkuk polistrin, terdengar namaku dipanggil. Mataku melilau tercari-cari siapakah gerangan si pemanggil. Akhirnya aku dapat melihat Umi yang melambai-lambaikan tangan sambil memanggil-manggil namaku. Segera aku menghampirinya.

"Kenapa ni Umi?" Dengan senyuman dibibir, lenganku ditarik lembut menuju ke arah Babah yang sedang rancak berbual dengan seorang lelaki yang bertubuh sedikit tegap yang berdiri membelakangiku.

"Haaa .. Rasy. Inilah anak bongsu aku, Safiyyah Akina" Babah menarik tanganku supaya berdiri dekat dengannya. Hakimi sudah dibawa pergi oleh Kak Dina sebentar tadi semasa aku sedang berjalan menuju kearah Babah."Dah besar dah si budak Iyah ni. Cantik pulak tu.Dulu masa kat Sabah, kecik lagi.Muka pun comot je" Lelaki separuh abad yang dipanggil Rasy oleh Babah itu tersenyum kearah aku dan disambut dengan gelakan ketawa oleh Babah dan Umi. Aku hanya tersenyum malu.

"Belajar lagi ke atau dah kerja ni?" Kawan Babah bertanya kepadaku."Err .. dah kerja, uncle." Tiba-tiba tergagap pulak aku jadinya. Malu pada kawan Babah yang tak kuketahui asal usulnya itu.

"Atuk! Atuk!" Kedengaran suara yang macam aku kenal menghampiri kami bertiga. Terkejut aku bila terpandang Puan Sri Maria yang sedang berjalan kearah kami dengan Rania berpaut kemas ditangannya."Eh Saf. Awak pun ada?" Kelihatan riak terkejut diwajah Puan Sri Maria."Eh, kamu kenal ke dia ni Maria?" Belum sempat aku menyahut, kawan Babah tadi sudah terlebih dahulu bersuara.

“Laa … Abang.Ni la Si Safiyyah. Consultant yang buat langsir rumah kita kat Bukit Tunku tu” Puan Sri menerangkan kepada kawan Babah yang wajahnya masih penuh dengan kerutan kehairanan.” Oooohh … Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini ye” Kerutan di wajah kawan Babah yang aku kira adalah Tan Sri Rasydan yang merupakan suami Puan Sri Maria semankin menghilang.

Wajah Umi dan Babah yang tadinya penuh dengan tanda tanya juga sudah mula menunjukkan riak kelegaan. Akhirnya mereka sama-sama tersenyum dan tergelak sesama sendiri.

“Tulah Abang. Bila saya ajak pergi Greta’s Curtains petang tadi, asyik sibuk memanjang dengan meeting yang tak sudah-sudah tu” Puan Sri Maria menegur. Tan Sri Rasydan hanya tersenyum.

“Haa Syam. Kau ingat kat isteri aku, Maria? Maria, ni Hisyam dan Syarifah yang sama-sama duduk kat kuarters Cikgu kat Sabah dulu. Ingat tak?” Pandangan Puan Sri Maria memandang Umi dan Babah silih berganti.

“Laaa … Ifah ke?”Akhirnya Umi dan Puan Sri Maria berpelukan. Rania, seperti aku, hanya memandang sesi jejak kasih antara mereka berempat dengan pandangan yang masih penuh dengan tanda tanya.

Umi, Babah, Puan Sri maria dan Tan Sri Rasydan masih rancak berbual. Aku dan Rania sudah 'angkat kaki' dari situ 20 minit yang lalu untuk menikmati laksa penang yang sejak dari tadi aku idamkan.

“Daddy Rania tak ikut sekali ke?” mulut comel yang ternganga luas itu kusuap dengan laksa yang telah siap aku kerat-kerat menjadi ketulan kecil agar mudah untuk anak kecil itu mengunyahnya.

”Tak. Daddy fly” pendek jawapan Rania.”Ooo” Laksa aku suapkan pula ke dalam mulutku. Dek kerana takutkan Rania yang tidak tahan pedas, satu-satunya agen tambahan kegemaranku dalam laksa terpaksa aku lupakan iaitu cili padi. Terasa agak kurang menyengat laksa yang aku jamah tapi terpaksa aku telan juga kerana perut yang sudah kelaparan.

Eh? Bapak dia Fly? Fly kemana pulak bapak si Rania ni? Eh … Bapak dia ni kerja apa ek? Tiba-tiba hati aku berteka –teki sendiri apabila teringat jawapan ringkas Rania sebentar tadi. Hishh … Buat apa pulak aku nak tau? Bukan laki aku pun. Akhirnya aku tersenyum apabila tersedar dengan kekepohan diri sendiri.

“Nak lagi?” Aku bertanya setelah menyedari yang mangkuk laksa yang aku pegang hampir kosong. Anak kecil itu mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih.

“Rania. Jom kita balik. Dah lewat ni. Esok Rania kan nak pergi school.” Suara Puan Sri Maria kedengaran lembut dari arah belakang aku. Aku menoleh. Empat sahabat lama itu sedang berjalan menghampiri kami yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu.

“ Laa … Dah sekolah ke si Rania ni? Nampak macam kecik lagi” Umi bersuara sambil mengelus rambut Rania yang sudah mengambil tempat duduk di atas riba aku.”Kami hantar dia ke Tadika Pintar kat kawasan rumah tu. Memang nampak macam kecik lagi, tapi umur dah 5 tahun ni” Puan Sri Maria  yang duduk di sisi aku bersuara.

“Baik betul dengan kamu Iyah. Macam dah lama kenal pulak Babah tengok” Giliran aku pula yang dijadikan bahan topik mereka. Aku hanya tersengih. Tiada jawapan bagi persoalan Babah itu. Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa anak kecil ini begitu manja dan mesra dengan aku. Kemana aku pergi asyik mengekor saja.

“Anak kau ni buat dia teringat arwah Mummy dia kot. Mummy dia meninggal tahun lepas. Semenjak tu, si Rania ni sebenarnya jarang  nak berbual dengan orang yang dia tak kenal” Penjelasan dari Tan Sri Rasydan itu serba sedikit membuat aku terkesima.

“Iyalah bang. Saya pun pelik jugak. Masa si Saf datang rumah kita hari tu, lepas je budak ni balik, si Rania ni tak berhenti bercerita pasal si Saf ni. Dengan si Rayyan pun dia sibuk bercerita. Sampai si Rayyan tu naik pelik sebab tiba-tiba si Rania jadi banyak cakap macam dulu balik” Panjang Puan Sri Maria menambah cerita.

Keningku sedikit terangkat mendengar cerita mereka suami isteri. Maknanya, si Rayyan tu duda? Ni kalau Miss Lai dengan si Shahrul tau ni, mau jadi bahan aku kat tempat kerja tu. No, no. Takkan aku ceritakan pada mereka tentang perkara yang aku baru ketahui ini. Aku berbicara dengan hati sendiri.

“Yang kamu tergeleng-geleng sendiri ni kenapa Iyah?” Teguran Umi yang duduk di sebelah kanan aku membuatkan aku kembali ke alam nyata. Tersengih-sengih aku menahan malu.”Err … Takde apa-apa Umi. Teringat keletah si Rania ni” Bohongku. Takkanlah aku nak bagitau yang aku sedang memikirkan pasal Rayyan kot. Sungguh kurang sopan rasanya.

“Laa … Tidur la pulak si Rania ni” Rania yang masih berada dipangkuan , aku pandang. Patutlah dada aku terasa berat semacam je. Rupanya kepala sikecil ini sudah terlentuk elok di situ. Tan Sri Rasydan mengambil Rania dari pangkuanku dengan perlahan –lahan.

“Kami balik dulu la ye. Lain kali kita jumpa lagi. Kirim salam dengan anak menantu kau si Asyraf tu. Ucapkan terima kasih sebab menjemput kami” Tan Sri Rasydan berpesan sebaik sahaja kami menghantar mereka suami isteri hingga ke muka pintu.

“Haa yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Terima kasih sebab sudi datang” mereka saling berpelukan dan aku juga tidak ketinggalan dipeluk oleh Puan Sri Maria sebelum mereka melangkah kearah kereta mereka yang diparkirkan di tepi jalan tidak jauh dari rumah Kak Dina.

“Err … macamana Abang Asyraf  boleh jemput Tan Sri tu Babah? “ Soalan yang sedari tadi berlegar-legar dikepala otak aku ini, kuluahkan. Kami bertiga melangkah masuk semula ke dalam rumah.

“Company Tan Sri tu banyak berurusan dengan Abang kamu tu. Tan Sri tu ada syarikat construction. Dah banyak projek government yang diaorang handle. Lagipun, Kak Dina kamu tau yang Tan Sri tu kawan lama Babah. Dia pernah jadi Guru sementara dulu sebelum ambil keputusan nak berhenti dan ambil lesen kontruktor kelas F dan buka syarikat sendiri. Bukan senang tau dia nak dapat berjaya macam sekarang” Nada suara Babah berbaur kekaguman dengan pencapaian sahabatnya itu.

“Owh” Aku mengangguk-anggukkan kepala mula memahami kedudukan perkara sebenar.

Kami bertolak pulang setelah jam sudah hampir menginjak ke pukul 12 tengah malam. Kami sempat menolong Kak Dina dan Abang Asyraf mengemas apa yang patut setelah semua tetamu pulang.

Dalam perjalanan pulang, fikiran aku masih pada cerita Puan Sri Maria mengenai Rania. Muka aku macam Mak Rania? Tang mana lah yang sama tu? Takkanlah tang hidung kot. Sah-sahlah hidung aku ni hidung melayu asli. Langsung tak mancung macam si Rania tu.

Tiba-tiba aku teringat pandangan Rayyan pada aku semasa kami makan bersama-sama beberapa minggu yang lepas.  Patutlah semacam je dia tengok aku. Muka aku macam arwah isteri dia rupanya!! Kedua belah tangan kutekupkan ke muka.

Wednesday, November 6, 2013

KISAH KAMI : BAB 2

ALEX baru sahaja balik dari melakukan kerja-kerja mengukur segala jenis pintu dan tingkap yang perlu dihias di rumah Tan Sri Rasydan. Beberapa helai kertas bersaiz A3 yang mengandungi semua ukuran yang berkenaan di serahkan kepada aku yang sedang duduk membuat lakaran rekaan langsir untuk beberapa pelanggan aku yang lain di meja kerjaku di bahagian belakang ruang pameran Greta's Curtains itu.

"INI rumah manyak susah tau. Itu tingkap kaca semua tinggi-tingi punya" Seperti yang dijangka, Alex yang duduk di hadapanku itu memulakan sesi keluh kesahnya."Aiyya. You mau komisen banyak kan? Mesti lah kerja pun banyak loh" Aku tersenyum memandang muka kelat Alex. Dia mencebik.

"You kasi suggest kain ringan-ringan saja tau. Kalau kain berat nanti manyak leceh mau gantung" Aku hanya mengangguk-angguk sambil mata menatap kertas yang ada di tanganku cuba memahami kedudukan tingkap dan pintu yang perlu dipasangkan langsir.

"Itu bilik anak lakinya aaa, dia mau letak wooden blind dekat dia punya toilet dengan tingkap. Nanti apa-apa you call la itu Puan Sri kasi confirm balik " Alex berpesan sambil bangun dan bersedia berlalu dari situ sebelum aku menegah.

"Eh .. Ini semua ada cornice ke? Dia mau track biasa atau kayu punya?" Alex menggaru-garu kepalanya sebentar."Hmm .. Semua ada cornice punya. I suggest suruh dia pasang track biasa saja. Sebab dia punya glass window sangat tinggi woo .. Kalau pasang rod kayu, nanti orang kita susah mau drill lubang" Aku menganggukkan-anggukan kepala lagi.

"Ok aaa .. I mau keluar lagi. Ada 3 rumah lagi mau pergi ukur" Akhirnya Alex aku lepaskan pergi.

"Macamana Saf? Ok ka?" Giliran Miss Lai pula datang menghampiri aku."Hmmm .. Banyak ni Miss Lai. Nak kena pilih fabrik lagi. Nak kena sketch lagi. Lepastu nak kena pergi rumah Tan Sri sekali lagi kan?" Tumpuanku beralih pada Miss Lai yang duduk di meja kerjanya, betul-betul di sebelah aku.

"Ha'ah. Lepas you siap buat quotation dan siap buat sketch semua design, nanti you call Puan Sri Maria, buat appoinment" Miss Lai mula sibuk mencapai beberapa fail berkulit keras yang terdapat di built in cabinet berwarna putih di belakang kami.

"Good Afternoon. Attention to Miss Safiyyah. Miss Safiyyah. Please come to the cashier counter immediately. Thank You" Pengumuman yang di buat Wani, pekerja di bahagian Cashier, sedikit menganggu tumpuan aku."Puan Sri Maria datang kot" Kata-kata Miss Lai membuatkan aku sedikit kalut.

Yelah. Satu kain pun belum aku pilihkan untuknya. Lagipun, baru satu jam lepas Alex balik dari rumahnya. Takkanlah begitu cepat. Dia ingat aku ni robot ke apa. Sambil melangkah ke bahagian hadapan ruang pameran, aku bermonolog sendiri.

"Ha Wani. Kenapa?" Gadis yang bermekap tebal dan berambut perang itu aku hampiri.Wani memuncungkan mulutnya kearah ruangan menunggu yang terdapat di bahagian tengah bilik pameran itu.Betul telahan Miss Lai. Puan Sri Maria yang datang.

"Cepatnya Puan Sri kemari" Aku berjalan kearahnya dengan tersenyuman kulemparkan semanis mungkin untuk menyembunyikan rasa gemuruh dihati. Puan Sri Maria yang mengenakan blaus kain cotton bercorak bunga-bunga kecil dengan skirt labuh dan berselandang kain chiffon menampakkan sedikit jambulnya itu bangun dari sofa dan tangan yang aku hulurkan disambutnya.

"Aunty Saf!Aunty Saf!" Belum sempat Puan Sri Maria bersuara, kedengaran suara riang kanak-kanak menjerit lantang dari arah pintu masuk.

"Rania!!" Aku gamit anak kecil itu untuk duduk di antara aku dengan Puan Sri Maria."Amboi .. Macam dah kenal lama. Rasanya baru sehari je pun Rania jumpa Aunty Saf ni kan?" Puan Sri Maria menegur sambil membetulkan rambut Rania yang diikat tocang.Rania hanya tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang putih tersusun cantik.

"Daddy mana?" Puan Sri Maria mengalihkan pandangan ke pintu masuk kaca tidak jauh dari kami. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang.Rania hanya menjungkitkan bahunya. Tangan kanannya diletakkan di atas pehaku.

"Haa .. itupun Daddy kamu" Puan Sri Maria bersuara sebaik sahaja terpandang seorang jejaka bertubuh sasa, berkulit cerah dan berkacamata hitam melangkah masuk ke dalam Greta’s Curtains dan sedang mengatur langkah menghampiri kami.

"Saf, ini anak saya. Rayyan. Sementara dia ada kat rumah ni, saya ajak dia ke sini. Boleh la tolong saya pilih fabrik apa yang sesuai untuk rumah kami tu. Nak harapkan Tan Sri, memang tak sempatlah" Jejaka bernama Rayyan itu memandang aku sambil tersenyum. Kacak. Lesung pipit di kedua belah pipinya menambahkan lagi kekacakkannya.Aku membalas senyumannya sambil menganggukkan sedikit kepala. Rania memang persis wajah ayahnya.

"Puan Sri dengan Encik Rayyan tunggu sekejap ye, saya ambil ukuran rumah Puan Sri kat atas meja saya" Belum sempat aku melangkah, Rania sudah bergayut ditangan aku sambil tersenyum manis."Nenek. Rania ikut Aunty Saf ye" Puan Sri Maria hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Jam sudah menunjukkan ke pukul 7 petang ketika aku selesai melayani kehendak dan permintaan Puan Sri Maria. Nasib baik sempat juga aku curi-curi waktu untuk solat Zohor dan Asar. Kami juga sempat makan tengahari bersama-sama di kedai makan berhampiran walaupun mati-matian aku menolak kerana segan. Tapi, rengekan manja dari Rania membuatkan aku akur juga akhirnya.

"Saf. Hensemnya anak Puan Sri tu. Naik kereta Audi T9 pulak tu. Haaiii ... Kalau aku dapatlah" Wani mula menunjukkan gediknya setelah melihat kereta yang dipandu Rayyan, anak Puan Sri Maria meninggalkan perkarangan tempat letak kereta Greta's Curtains. Dia masih memandang ke luar gelas kaca bilik pameran dengan keduabelah tangannya dicantumkan dan diletakkan dipipi kanannya sambil kepala dilentokkan. Hanyut dengan angan-angannya sendiri.

"Isskk. Tak yah beranganlah makcik. Sah-sahlah dah kawin. Siap ada anak sorang pulak tuh" buku sketch ditangan aku tepukkan ke bahunya."Tak kisahlah. Jadi bini nombor dua pun aku sanggup" Kata-kata Wani membuatkan aku menjengilkan mata kearahnya sambil berlalu pergi. Malas melayan minah sorang yang perasan cantik itu.

"Kenapa cucu Puan Sri tu baik sangat sama you? You ada bagi ubat guna-guna ke?" Miss Lai menghampiri aku yang sedang sibuk memotong cebisan-cebisan kain sebesar 2 inci untuk dijadikan sample bagi semua fabrik yang telah dipilih Puan Sri Maria sebentar tadi.

"Ha'ah lah Saf. Lagi tadi aku nak tanya tapi tak berkesempatan pulak" Shahrul, satu-satunya staf lelaki yang berperwatakan lembut di bilik pameran Greta's Curtain itu tiba-tba menyampuk. Entah dari mana munculnya, aku sendiri tak perasan. Buat aku terkejut saja. Nasib baik tak terpotong jari jemari aku yang runcing ini.

Aku mendengus halus. "Korang ni kan. Kepoh betullah. Kalau saya nak bagi ubat guna-guna Miss Lai, baik saya bagi kat Puan Sri tu. Biar dia ikut semua kata saya. Takdelah letih kaki saya tawaf satu showroom ni dekat 10 kali sebab nak pilih kain yang betul-betul dia suka" Cebisan kain yang telah siap dipotong aku bawa ke meja kerjaku. Miss Lai dan Shahrul masih membontoti aku dari belakang.

"Tapi kan. I tak nampak pun menantu dia. Hari tu kita pergi rumah dia pun tak nampak menantu dia kan?" Miss Lai duduk di mejanya tapi perbualan kami masih berkisarkan tentang keluarga Puan Sri Maria.

"Jangan-jangan, anak dia tu duda tak Saf? Haaa .. Adalah peluang kau nak masuk lubang" Shahrul yang duduk bersilang kaki di hadapan aku itu aku pandang dengan mata yang sengaja aku kecikkan."Ye ye. Betul kata Erul tuh. Untung-untung you jadi Mem besar nanti Saf. Banyak untung wooo " Miss Lai beriya-iya menyokong. Aku akhirnya tergelak melihat riak wajah Miss Lai yang nampak beriya-iya itu.

"Hisshh .. You ni Miss Lai. Mengarut lah. Takkan la orang hensem macam tu nakkan saya yang biasa-biasa je ni" Cebisan-cebisan sample kain yang telah aku trim, aku lekatkan di atas kertas A4 dimana di sebelah bawahnya aku tuliskan di tingkap atau pintu bahagian mana kain itu akan diletakkan nanti.

"Eh Saf. Biasa ke, luarbiasa ke, itu semua boleh grooming la. Kau kan dah cantik. Mata besar, kening takyah cukur pun dan elok berbentuk, mulut mungil .. cuma hidung kau la .. kembang tak kembang, mancung tak mancung" Shahrul mula menyakat aku. Mata aku yang sudah sedia besar itu sengajaku besarkan lagi membuatkan Shahrul tergelak hingga terkeluar suara jantannya. Aku dan Miss Lai ikut sama ketawa.

Monday, November 4, 2013

KISAH KAMI : PROLOG & BAB 1

PROLOG


Sudah lebih sejam aku berada di kolam ikan koi itu. Kaki yang aku juntaikan dari atas jambatan kecil yang terbina melintasi kolam selebar 12kaki itu aku goyang-goyangkan. Sedikit demi sedikit makanan ikan aku campakkan. Tak tahulah sudah berapa kilogram agaknya ikan koi ini kuberi makan.

Inilah rutin hidupku semenjak 3 bulan yang lepas. Tiap-tiap pagi menggemukkan ikan koi peliharaan Ibu dan bapa mertuaku. Harap-harapnya, setelah kepulangan mereka dari Mekah dalam masa seminggu lebih lagi ni, tak adalah ikan-ikan ni mati dek kerana kekenyangan. Aku tersenyum bila membayangkan ikan-ikan koi yang cantik berwarna jingga dan putih silver ini semua timbul dan memenuhi permukaan kolam. Hish. Tak adalah aku kejam sampai macamtu sekali.

Bila dikira-kira, sudah lebih 3 bulan aku berhenti kerja. Tapi, itu tak bermakna aku sekarang hanya duduk rumah goyang kaki. Aku sekarang ni secara rasminya telah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa merangkap Ibu segera kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang sangat comel. Ya! Aku berhenti kerja kerana dipaksa menjadi surirumah sepenuh masa!

Tapi, takde la surirumah sangat pun. Sebabnya, rumah ni dah ada orang gaji 2,3 orang yang buat semua kerja yang ada. So, kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan ... melayan kerenah anak tiriku. Mudah kan?

Tapi .. semuanya tak semudah itu. Aku sebenarnya telah dipaksa berkahwin. Haaa.. bunyi macam klise je kan? Macam plot-plot kat dalam novel-novel melayu yang bersepah kat pasaran sekarang. Hahahaha .. Percaya atau tidak, inilah hidup aku.

Aku telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang aku yakin tak sedikit pun mencintai aku. Sekarang ni pun sudah hampir 2 minggu aku ditinggalkan. Dia terbang ke London. Bukan sebab dia belajar atau kerja di sana. Tapi, sebab dia adalah seorang Pilot. Ya! Suami aku seorang Pilot. Bunyi macam hebatkan?.

Untuk kesekian kalinya, fikiran aku melayang teringatkan kehidupan yang aku miliki 3 bulan yang lepas. Disaat segala-galanya aku anggap mudah dan menyeronokkan walau sesekali adalah juga pahit masamnya. Biasalah lumrah kehidupan. Tapi, sekurang-kurangnya, tak adalah semasam dan sepahit sekarang ni. Ikan-ikan yang berebut mendapatkan makanan yang aku campakkan, aku pandang dengan pandangan yang kosong.


 
BAB : 1

"Saf, I ada satu projek besar untuk you. Mau ka?" Suatu hari, Supervisor aku, Miss Lai bersuara dengan nada agak teruja pada aku. Maggi cawan yang sedang aku pegang aku letakkan di atas meja kecil di hadapanku. Pelan rumah di tangan Miss Lai aku capai. 

"Wow. Besarnya rumah dia Miss Lai. Siapa ni? Tan Sri ke?" Pelan rumah yang agak besar itu aku bentangkan di atas meja setelah Maggi Cawan aku alihkan."Pandai la you teka. Betullah tu. Ini rumah Tan Sri Rasydan. You pernah dengar nama dia?" Belakang badanku di tepuk-tepuk perlahan. Aku cepat-cepat menggeleng. Mata dan otak mula bekerjasama untuk cuba memahami pelan rumah di hadapanku. Sesekali dahiku berkerut. Cuba mencari kedudukan semua tingkap dan pintu di dalam pelan tersebut.

Seboleh-bolehnya, aku memang sengaja mengelak daripada terlibat dengan projek yang melibatkan golongan Datuk- Datuk dan Tan Sri-Tan Sri ni. Leceh. Tapi, bila membayangkan komisen yang bakal aku perolehi, tugasan itu aku terima dengan separuh rela.

Maka bermulalah episod berjaga malam dalam diari harianku dek kerana sibuk mencari bahan-bahan rujukan bagi meyiapkan kertas cadangan rekaan langsir yang bakal aku bentangkan kepada Tan Sri Rasydan. Tak tahu lah perniagaan apa yang Tan Sri ni buat tapi yang aku tahu, rumah yang bakal aku hias ini adalah rumah yang baru 4 bulan mereka sekeluarga duduki. Kadangkala aku terfikir, seronok betul jadi orang kaya ni kan. Tak payah nak bersusah payah  mengumpul duit hanya untuk membeli rumah. Kalau macam aku ni, kumpul lah berapa lama pun, takkan mampu nak beli rumah kat kawasan Bukit Tunku tu.

Selepas seminggu aku bertungkus lumus menyiapkan lakaran dan cadangan rekaan yang termampu aku buat, tibalah harinya untuk aku ke rumah Tan Sri Rasydan untuk membuat pembentangan. Tetiba rasa berdebar pula. Macamlah aku tak pernah buat kerja-kerja macam ni sebelum ni. Nasib baik la Miss Lai sudi menemankan aku. Kalau tidak, memang kelaut lah jawabnya pembentangan aku itu nanti.

Sesampainya kami di sana, pintu pagar sudah sedia terbuka dan seorang pembantu rumah yang aku agak dari Indonesia sudah tersedia menanti kedatangan kami. Ternganga besar mulutku dibuatnya disaat kaki mula melangkah masuk ke dalam banglo Tan Sri Rasydan itu. Masuk dari pintu utama, sebelum sampai ke ruang tamu utama, terdapat satu ruang balkoni yang mana di kiri kanannya terdapat kolam selebar 2 kaki dan di belakangnya pula terbina air terjun buatan yang menghasilkan satu suasana yang sangat mendamaikan.

Kami dipelawa duduk sementara orang gaji yang memperkenalkan diri sebagai Bibik Jannah itu memanggil Puan Sri Maria di tingkat atas banglo 3 tingkat tersebut.

Aku masih leka memerhati ruang utama banglo mewah tersebut yang purata dindingnya adalah kaca yang setinggi 12 hingga 14 kaki. "Matilah kalau Tan Sri mau pasang langsir kat semua dinding kaca dia ni" Miss Lai memecahkan kesunyian antara kami.Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil tersengih sendiri."Kita ok je Miss Lai .. yang susah nanti team Alex la sebab diaorang yang kena ukur .. pastu nak install lagi .." aku tergelak kecil bila membayangkan mulut Alex,ketua jabatan Installation yang akan membebel-bebel tak berhenti bila mengetahui kesukaran reka bentuk rumah yang bakal dihias indah dengan tirai dari Greta's Curtains ini. Aku sudah mula memikirkan fabrik apa yang sesuai dengan suasana banglo mewah ini.

"Maaflah ye sebab kamu kena menunggu. Saya ada kerja yang perlu diselesaikan dulu tadi" Suara lembut Puan Sri Maria mematikan lamunan dan angan-anganku. Terus sahaja aku menghampiri dan menyalami Puan Sri yang nampak santai dengan blaus dan seluar palazzo serba putih itu. "Tak apa Puan Sri. Kami tak kisah pun" Miss Lai turut meyambut huluran tangan Puan Sri sambil tersenyum manis.

"Ok. Mari kita ke bilik study saya untuk discuss. Rasanya kat sana lebih selesa kot." Puan Sri tersenyum dan membawa kami ke sebuah bilik yang betul-betul buat aku terpegun sekali lagi. Perabot yang terukir indah gaya Victorian menghiasi bilik yang keluasannya melebihi 2 kali ganda dari ruang tamu rumah aku. Rona warna cat yang kehijauan menambahkan kedamaian dalam bilik itu. Beberapa bingkai ayat-ayat suci Al-Quran yang terukir halus tergantung kemas di setiap dinding.

"Ok. Mari kita mulakan" Puan Sri Maria tersenyum kearah kami berdua sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di atas sofa empuk bersalut kulit asli yang sungguh selesa itu.

Kami memulakan pembentangan rekaan langsir yang telah aku sediakan di dalam bentuk slide Power Point. Dengan bantuan projector milik Puan Sri Maria, tugas kami menjadi lebih mudah.

"Semua cadangan awak tu rasanya dah ok. Tapi, rasanya awak kena tengok betul-betul design tingkap dan pintu yang ada kat rumah ni sebelum awak boleh move on with your plan kan?" Puan Sri Maria masih menatap helaian fail yang mengandungi gambar-gambar dari projek-projek aku yang terdahulu.

"Itu kami boleh uruskan. Tapi, sebelum kami nak start dengan  kerja-kerja tu semua, saya terpaksa minta deposit dari Puan Sri dulu sebanyak RM200. Prosedur company la Puan Sri" Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuknya. Almaklumlah. Selama aku bekerja ni, bab-bab nak minta orang bayar deposit ni lah yang paling sukar. Meletakkan deposit bermakna pelanggan-pelanggan seperti Puan Sri ini telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menghias langsir di 'istana'nya.

"Ok. No problem. Nanti saya pergi ambil duit sekejap" tanpa kuduga, mudah sahaja Puan Sri memberikan persetujuan dan terus berlalu keluar. Miss Lai menaikkan kedua ibu jarinya kepada aku sambil tersengih gembira sampai ketelinga. Aku tergelak kecil. Lucu dengan memek mukanya saat itu.

Selepas hampir 3 jam berlangsungnya perbincangan kami di 'istana' mewah itu, akhirnya urusan kami selesai juga. Duit sudah bertukar tangan. Alex juga sudah aku hubungi untuk datang ke Banglo Puan Sri Maria esok pagi untuk membuat semua aktiviti pengukuran. Jam ditangan sudah menunjukkan ke angka tiga petang. Alamak! Aku belum solat zohor lagi !! Macamana ni? Aduh .. Kepala yang tidak gatal kugaru.

"Err .. Puan Sri, boleh saya tumpang solat sekejap?" teragak-agak aku meminta keizinan. Itupun setelah berkira-kira takut sekiranya jalan jem dan kami terpaksa 'berkampung' di highway dalam perjalanan balik ke Greta's Curtains nanti.

"Oooh. Boleh,boleh. Suryanti!!" Puan Sri mengangguk-angguk seraya memanggil orang gajinya yang entah keberapa. Sejak aku datang tadi, orang gaji yang berlainan datang untuk menghidangkan kami minuman dan hidangan mengalas perut.

"Ya Puan" Seorang wanita dalam lingkungan usia 30an datang menghampiri Puan Sri Maria."Tolong bawa Cik ni ke bilik solat kat tingkat atas" Arah Puan Sri Maria seraya menggamit aku agar mengikut orang gajinya yang bernama Suryanti itu.Tanpa banyak soal aku hanya menurut.

"Ini biliknya Non. Telekungnya ada di dalam almari" Suryanti berkata dalam loghat Indonesia yang agak pekat setibanya kami di bilik solat sambil ibu jarinya menunjuk ke arah almari yang terdapat di dalam bilik yang aku kira boleh memuatkan 20 orang jemaah dalam satu masa. "Ok. Terima kasih ye" Aku menggangguk sambil mengukirkan senyuman.

Sebaik pintu bilik kututup, tudung lilit yang aku pakai segera aku tanggalkan untuk mengambil wuduk di dalam bilik air yang terdapat di dalam bilik itu.

Usai solat, aku segera mengenakan tudung di hadapan cermin besar yang terletak bersebelahan dengan almari yang menempatkan beberapa helai telekung,sejadah dan kitab Al Quran dan Yassin.

"Aunty ni siapa?" Tiba- tiba telinga ku menangkap satu suara halus yang datang dari arah pintu. Terkejut jugalah aku dibuatnya. Nyaris sahaja aku melompat. Aku berpaling kearah suara tu sambil mengurut-ngurut dada cuba menenangkan rentak jantung sendiri.

"Err .. Aunty ni tetamu Tuan Rumah ni. Aunty tumpang sembahyang sekejap" kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun itu datang menghampiri aku setelah mendengar jawapan yang aku berikan. "Mummy dulu pun sembahyang macam Aunty. Dia pun pakai tudung macam Aunty" kata-kata dari anak kecil yang agak petah itu membuatkan aku tersenyum. Tapi, kenapa dia kata 'dulu'? Sekarang ni Mak dia tak sembahyang ke? Hati aku berdetik.Aaaahh .. Lantaklah. Bukan urusan aku pun.

" Ooohh .. Adik ni siapa nama?" Aku duduk melutut di hadapan anak kecil yang sudah berdiri betul-betul di hadapan aku itu."Nama kita Rania. Nama Aunty apa pulak?" Petah anak kecil yang rambutnya diikat dua itu menjawab. Comel. Kulit cerah dan berhidung mancung dengan rambut sedikit keperangan. Anak kacukan barangkali. Aku mengagak sendiri.

"Nama Aunty, Safiyyah. Rania boleh panggil Aunty, Aunty Saf" Rania tergelak kecil apabila hidungnya aku cuit.

"Laaa.. Kat sini rupanya budak ni. Penat la Mak Som cari ke sana kemari. Boleh sakit jantung tau" Seorang wanita separuh abad yang baru memasuki bilik itu membuatkan Rania yang tadinya petah berbual tiba-tiba menjadi senyap.

"Maaflah nak. Rania ni kacau anak ni nak solat ke?" Perempuan tua yang tadinya membahasakan dirinya Mak Som lekas-lekas mencapai tangan Rania yang masih duduk bertinggung di hadapan aku.

"Eh. Takdelah Makcik. Saya dah sudah dah. Ni nak turun dah pun" Aku turut bangun apabila Rania sudah bangun dan berdiri di sebelah Mak Som. Dia memandang aku dan Mak Som silih berganti. Entah apa yang difikirkannya agaknya."Kalau macam tu kami mintak diri dulu la ye" Mak Som berlalu sambil memimpin tangan kecil Rania. Sebelum keluar, tangan kanan Rania sempat melambai-lambai padaku dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Dah sudah dah?" Tegur Puan Sri Maria setelah melihat kelibat aku turun dari tangga rumahnya yang berpusing-pusing itu. "Dah Puan Sri. Terima kasih ye" Aku melabuhkan punggung di sebelah Miss Lai yang sedang meneguk jus oren berais yang entah keberapa cawan agaknya sementara menunggu aku selesai solat.

"Nenek! nenek!! " Aku dan Miss Lai menoleh serentak kearah suara kanak-kanak yang berteriak riang itu.

"Rania. Cucu Nenek. Meh sini, duduk sini" Puan Sri tersenyum lebar sambil melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar kanak-kanak itu duduk di atas ribanya.

"Hai Aunty Saf" Selamba Rania menegur aku membuatkan dahi Miss Lai berkerut. Sedikit kehairanan mungkin kerana Rania mengenaliku."Hai Rania" Aku membalas teguran manja itu.

"Eh.. Mana Rania kenal Aunty ni?" Puan Sri Maria bertanya kepada Rania yang sudah duduk di atas ribanya dengan badan menghadap kearahnya."Tadi Aunty ni ada kat bilik atas tu. Tempat Mummy selalu sembahyang dulu tu" Petah Rania bercerita.

Aku dapat mengesan sedikit perubahan diwajah Puan Sri Maria ketika Rania menyebut perkataan 'Mummy'.Aku kembali musykil. Hendak bertanya, takut dianggap busybody. Akhirnya aku biarkan saja kemusykilan aku itu tanpa jawapan.

Tuesday, October 29, 2013

Izz Zayani : BAB 21

HARI ini sudah genap sebulan Raziq Hanan menghantar dan menjemputku ke tempat kerja. Aku sudah kematian hujah untuk menghalangnya dari berbuat demikian. Namun, aku menurut dengan bersyarat. Dia hanya boleh menghantar dan menjemputku dari kedai mamak yang terletak hampir 200 meter dari Rasydan Electronic dan sedikit tersembunyi dari pandangan orang ramai.

Pada mulanya dia tidak bersetuju kerana padanya, kami tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kami tidak perlu hendak takut dengan pandangan orang.

Jenuh aku menerangkan padanya tentang apa persepsi staf-staf lain padaku sekiranya mereka mendapat tahu Bos Besar mereka melayan aku sebaik itu. Nanti tak pasal-pasal aku dituduh sebagai perempuan simpanannya. Tidak! Aku kena mencegah sebelum tohmahan-tohmahan seperti itu dilemparkan kepada kami berdua.

"Kahwin dengan saya"

Sebaris ayat yang seperti sudah menjadi perkataan ruji buat Raziq Hanan sepanjang minggu ini. Kenapalah terlalu singkat pemikirannya. Kenapa dia tak berfikir seperti aku berfikir? Nama saja CEO syarikat besar. Tapi sesuka hati saja buat keputusan melulu seperti itu. Bebelku dalam hati.

Sudah 10 minit berlalu sejak kereta Audi A6 Raziq Hanan meninggalkan Rasydan Electronic. Masing-masing lebih senang melayan perasaan sendiri sambil diiringi muzik latar yang dimainkan oleh DJ radio Hotfm.

"Minggu depan saya tak dapat nak jemput dan hantar Izz. Saya kena ke Dubai. Ada pembentangan projek yang memerlukan kehadiran saya" Raziq Hanan memulakan bicara. Pandangan matanya masih tertumpu pada pemanduannya. "Berapa lama?" entah kenapa tiba-tiba aku sudah merasa kehilangan. Bukan seperti yang aku rasa ketika pemergian Arwah Abang Zack. Tapi ... Entahlah. Aku sendiri sukar mentafsirkan bagaimana sebenarnya perasaanku ketika ini.

"Tak tahu lagi. Mungkin seminggu, mungkin juga lebih" aduh! Kenapa aku rasa seperti berat hati untuk melepaskannya pergi? "Owh. Ok" akhirnya, itu sahaja yang mampu terluah dari mulutku walaupun hati sibuk berkata 'Janganlah pergi'.

"Izz ada lesen kereta?" pertanyaan seterusnya dari Raziq Hanan membuatkan aku menoleh kearahnya kehairanan. "Ada. Kenapa?" terus aku bertanya padanya. Dia tersenyum. "Izz pandai bawa kereta auto? Lagi satu, Izz dah familiar kan dengan jalan nak ketempat kerja dari rumah Izz?" sekali lagi pertanyaannya mengundang persoalan dalam benak fikiranku. "Err .. tak biasa bawa. Tapi, InsyaAllah, kalau dah terpaksa bawa, bolehlah kot. Pasal jalan tu, kalau pergi sendiri, bolehlah sampai. Kenapa awak tanya saya semua ni?" pandangan mataku masih lagi tertumpu padanya yang masih melebarkan senyuman.

"Sepanjang saya tak ada kat sini nanti, saya nak Izz drive sendiri. Bawak kereta saya" bulat mataku memandang kearahnya dengan mulut yang terlopong."Eh ... Errr .. Tak .. Tak payahlah Raz. Saya .. Saya tak mahulah bawak kereta mewah awak ni. Nanti kalau bercalar macamana? Kalau bebudak kat tempat kerja tanya nanti, saya nak kata apa?" tergagap-gagap aku menolak pelawaannya.

Nak mampus??!! Nanti kalau semua pekerja Rasydan Electronic nampak aku dengan selambanya memandu kereta mewah Raziq Hanan ni, entah apa pula kata mereka. Entah-entah gelaran MISTRESS dengan mudah saja diberikan kepadaku. Huh! Tak mahu aku cari nahas!

Raziq Hanan ketawa terkekeh-kekeh. Berkerut dahiku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Sakit pula rasa hati bila isu seserius itu hanya disambut olehnya dengan gelak tawa. Apa dia ingat aku sedang berlawak ke sekarang ni?

"Awak ni Izz. Takkanlah saya nak suruh awak bawa kereta saya ni. Kat rumah saya tu ada kereta Mini Cooper yang jarang saya guna. Rasanya awak boleh kot bawa kereta tu. Takdelah besar sangat" aku masih memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Mini Cooper? Dia ni biar betul. Memanglah kereta tu kecil. Tapi harganya bukan boleh dapat 40 ke 50 ribu. Kalau tak silap, harganya boleh mencecah sukuan juta Ringgit!

"This is not a request. This is an order. Awak tak ada pilihan lain. Saya tak mahu awak naik teksi atau bas ke tempat kerja" saat ini, mendengar arahan dari Raziq Hanan seperti aku mendengar Abang Zack yang bersuara. Aku mendengus kasar sambil mencebik bibir tanda protes.


"Tulah awak. Kalau awak nak kahwin dengan saya, awak tak payah dah nak fikir cakap-cakap orang. Lagipun, kalau saya kahwin nanti, saya tak mahu dah isteri saya bekerja. Saya nak dia tumpukan perhatian pada saya dan rumahtangga kami saja" selamba sahaja dia menyuarakan rasa hatinya untuk kesekian kalinya.


"Encik Raziq Hanan. Kenapa awak beriya sangat nak saya kahwin dengan awak?" wajah kacak berkaca mata di sebelah kutatap tajam. Dia menyunggingkan senyuman. Wajahku ditatap sepintas lalu.

"Sebab saya suka awak" ringkas saja jawapannya. "Senangnya" aku mendengus geram. Rasa tidak puas hati menguasai diri. "Apa pulak yang susahnya?" pertanyaannya menambahkan sebal dihatiku. Aku menarik nafas panjang dan kulepaskan perlahan.

"Kita masih ada keluarga Encik Raziq. Apapun yang kita nak buat kalau berkenaan dengan masa depan kenalah bawa berbincang dengan diaorang dulu kan? Saya taknak nanti, bila dah kahwin, jadi macam cerita Ibu Mertuaku. Kahwin kalau tanpa restu ni tak kemana Encik Raziq" dek kerana geram, aku sengaja membahasakan dirinya dengan panggilan 'Encik' dengan harapan dia sedar yang antara kami ada jurang yang sangat besar.

Raziq Hanan diam tak bersuara. Aku agak terkejut apabila kereta tiba-tiba diberhentikan dibahu jalan. Dia menatap wajahku. Cermin mata hitamnya sudah ditanggalkan.

"Kalau saya cakap yang Ibu saya tak kisah dengan siapa pun pilihan saya, awak setuju ke kalau saya hantar rombongan meminang awak hujung minggu ni?" redup pandangan matanya padaku. Kenapa dia begitu yakin yang Ibunya boleh menerimaku tanpa bantahan? Bolehkah Ibunya menerima hakikat yang aku ini adalah anak yatim piatu yang baru saja kematian Tunang? Lagipula, aku bukannya tergolong dari golongan orang yang punya nama, pangkat dan keturunan.

"Awak ni saya rasa banyak sangat tengok drama melayu kan? Kisah Ibu Mertua kaya yang tak boleh nak terima menantu perempuan yang tak sama darjat. Kelakarlah awak ni" Raziq Hanan selamba mentertawakanku. Aku menggetap bibir, semankin geram. Aku terus memalingkan muka memandang keluar tingkap. Malas hendak menghadap wajah Bosku yang masih ketawa dengan wajah yang sudah kemerahan kerana terlalu seronok dapat mengusikku.

"Izz, Izz. Percayalah. Ibu saya is nothing at all like what you think she is. Zaman orang pandang darjat dan keturunan dah lama berlalu lah. Infact, dia lagi suka kalau saya pilih isteri dari golongan kebanyakkan. Bukan anak Dato' ke, Tan Sri ke, even Menteri sekalipun. And furthermore, before marrying my Father, my Mom actually work as a Teacher. Just a normal, ordinary Teacher" lembut nada suaranya seakan memujuk setelah tawanya reda.

"Izz Zayani, saya ikhlas nak memperisterikan awak"

Aku masih mematungkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-katanya. Kelu lidah aku untuk bersuara.

"Macamni la. Saya tak suka nak mendesak bila melibatkan kesan jangkamasa panjang macam ni. Saya juga faham yang arwah Zack baru saja pergi. Maybe you need more time before you could decide. Tapi, saya nak Izz fikirkan juga yang walau berapa banyak masa yang Izz ambil sekalipun, kalau kita dah memang ada jodoh, Izz takkan boleh lari dari saya" serentak dengan kata-kata itu, kereta sudah kembali menyelusuri jalanraya untuk menyambung perjalanan ke Rasydan Electronic.

'Dan kalau kita tak berjodoh, selama mana pun awak tunggu, tak akan ada gunanya juga' sempat aku membalas kata-kata Raziq Hanan dalam hati.

Dalam hati aku bersyukur kerana Raziq Hanan tidak terlalu mendesak apabila membabitkan soal masa depan aku. Sekurang-kurangnya aku punya ruang dan masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum apa-apa keputusan dapat kuambil.

Wednesday, October 23, 2013

Izz Zayani : BAB 20

SETELAH seminggu aku mengambil masa untuk menenangkan diri, akhirnya, hari ini aku gagahi juga hati dan kukumpulkan semula semangatku untuk kembali bekerja.

Refleksi wajahku yang terpamer di cermin meja solek sudah lebih sejam aku tatap. Rambut yang panjang lurus melepasi bahu kusanggul tinggi. Sedikit bedak dan pemerah pipi kusapukan kewajah agar wajahku tidak nampak terlalu pucat. Gincu dari rona warna natural aku calitkan sedikit kebibir. Baju kurung Pahang warna jingga bercorak abstrak yang tersarung di tubuh kuperkemaskan sedikit.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, beg tangan kusandangkan ke bahu dan uniform kerja kujinjing. Kaki kuatur menuruni tangga. Laila sudah bertolak ke kuliah 10 minit yang lalu. Sebaik sahaja pintu dan grill kubuka, terlihat kelibat Raziq Hanan sedang menungguku di luar pintu pagar. Dia yang bersandar di kereta Audi A6nya dengan tangan sedang leka bermain Iphonenya tampak segak dengan kemeja biru laut berjalur halus putih dipadankan dengan sepasang sut fit cut berwarna hitam metallic dan tali leher berwarna biru dari rona yang sedikit gelap .

Terdengar bunyi pintu grill kubuka, Raziq Hanan pantas mengangkat wajahnya dan pandangannya segera tertumpu padaku dengan senyuman menghiasi bibirnya.

"Assalammualaikum" sapaku ketika pintu pagar kubuka. "Waalaikummussalam" Raziq Hanan masih lagi tersenyum sambil memerhatikanku yang sedang mengunci mangga pada pintu pagar. Dia mengiringiku ketempat duduk penumpang dan membukakan pintu untukku gaya seorang gentlemen. Malu pula aku diperlakukan sebegitu.

"Izz dah betul-betul ready ke nak start kerja ni?" Raziq Hanan bertanya sambil mengenakan cermin mata hitamnya sebelum kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahanku. "InsyaAllah. Kalau tak mulakan sekarang, bila lagi?" aku membuang pandang ke luar tingkap. "Baguslah kalau macam tu. Anggap saja ini dugaan Allah untuk Izz. Raz percaya yang Dia dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk Izz" kata-kata semangat dari Raziq Hanan sedikit sebanyak menyentuh hatiku. "Terima Kasih" ringkas saja aku membalas tanpa memandangnya. Bimbang sekiranya dia menyedari ada titis air jernih di tubir mataku.

****************************************


RIUH rendah suasana di Rasydan Electronic pagi itu. Masing-masing sibuk bertanya khabar aku. Kak Su, lineleader dari bahagian raw material menegur mukaku yang kelihatan agak cengkung. Ada riak kerisauan diwajahnya. Aku hanya tersenyum dan menyakinkannya yang mungkin kerana dia sudah lama tidak melihatku sehingga dia berperasaan begitu. Dia hanya mengiyakan setelah aku berulang kali meyakinkannya yang aku sudah ok.

Melihat keprihatinan mereka semua terhadapku membuatkan hati berasa begitu tersentuh kerana mereka melayan aku seperti ahli keluarga mereka sendiri.

"Izz datang kerja tadi dengan Encik Raziq kan?" pertanyaan yang dilontarkan oleh Kak Sal yang menemaniku makan di pantri tengahari itu membuatkan suapan nasi kemulutku terhenti. "Dia ambil Izz kat rumah ke?" dia membuat andaian setelah dilihatnya aku masih tak bersuara.

Aku menarik nafas panjang. "Err .. takdelah Kak Sal. Kebetulan dia lalu kat kawasan perumahan saya tu dan dia nampak saya tengah tunggu bas kat bus stop. Tu yang saya datang dengan dia tu" aku berdalih. Tak sanggup rasanya jika kisah Raziq Hanan menjemput aku di rumah menjadi berita hangat di Rasydan Electronic ni. Lagi-lagi dalam keadaan aku yang baru sahaja kematian tunang.

"Owh. Ingatkan Encik Raziq jemput Izz kat rumah. Bukan apa Izz, sejak Encik Raif ambil alih pengurusan di sini, Encik Raziq dah jarang ke sini. Tu yang kami semua terkejut bila nampak Izz datang dengan dia tu" Kak Sal menyambung suapan nasi campurnya yang berlaukkan asam pedas ikan kembung dan sayur campur. Dari riak wajahnya, aku pasti dia tidak mengesyaki apa-apa.

Aku turut menyambung suapan nasi goreng kampung kemulutku. Raif Anaqie. Baru aku teringat yang kini, urusan Rasydan Electronic telah bertukar tangan. Raziq Hanan sepatutnya tak perlu lagi ke sini. Dalam diam aku mengeluh lagi. Mengapalah dia sanggup menyusahkan dirinya semata-mata kerana ingin membantu aku? Kami bukannya punya apa-apa hubungan yang istimewa pun.

"Eh Izz. Akak dah sudah ni. Akak masuk dululah ye. Nanti tak berjalan pulak line packaging tu kalau Akak lambat masuk" entah bila Kak Sal menghabiskan makanannya aku pun tak sedar. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil memandang tubuh gempal itu terkocoh-kocoh melangkah meninggalkan pantri. Jam di dinding di atas pintu masuk aku kerling. Ada masa lagi 10 minit sebelum tamat waktu rehat. Telefon di atas meja aku capai.

'Assalammualaikum Raz. Petang ni saya balik dengan Laila. Awak tak perlulah jemput saya' mesej ringkas kutaip dan butang send aku tekan dan telefon kuletakkan semula di atas meja. Tak sampai 5 minit, telefon yang aku letakkan dalam mod senyap bergetar kuat. Nama Raziq Hanan terpamer di skrin telefon sebagai ID pemanggil.

"Assalammualaikum Izz" lembut suaranya menghulurkan salam. "Waalaikummussalam" aku menjawab sambil nasi yang masih berbaki di dalam bungkusan polistrin aku kuis-kuis tanpa selera.

"Kenapa tiba-tiba Izz nak balik dengan Laila ni?" Raziq Hanan terus kepada soalan yang sudah kuagak akan dilontarkannya. "Saya tak nak susahkan awak. Lagipun, saya baru teringat yang awak sekarang ni dah tak handle Rasydan Electronic. Takkan semata-mata nak hantar saya, awak kena datang sini dulu and then kena tempuh jem ke Wisma Rasydan pula kan?" walau aku tahu yang jarak antara Rasydan Electronic dan Wisma Rasydan tidaklah terlalu jauh, tapi aku tidak mahu hanya kerana ingin menolong aku, dia terpaksa bersusah payah. Itu belum lagi dengan cakap-cakap belakang dari staf Rasydan Electronic sendiri sekiranya mereka tahu keakraban aku dan dia.

Kedengaran dia melepaskan keluhan di hujung talian. "Izz Zayani. Kenapa susah sangat awak nak terima pertolongan dari saya? Apa yang awak risaukan sangat ni? Lagipun, Wisma Rasydan bukanlah jauh sangat dari Rasydan Electronic tu. Saya tak rasa pun awak menyusahkan saya" ada nada tidak puas hati di dalam bait kata-kata yang diluahkan Raziq Hanan kali ini.

Giliran aku melepaskan keluhan berat. Kenapalah susah benar hendak membuatkan lelaki ini faham dengan situasi aku sekarang ini.

"Encik Raziq Hanan. Saya ni masih pekerja awak dan awak adalah Bos saya. Saya tak mahu ada gosip-gosip yang tak elok tentang kita berdua. Lagipun antara kita tak ada apa-apa ikatan dan hubungan yang istimewa pun sampai awak perlu bersusah payah untuk saya" sebaik mungkin aku mengolah ayat agar tidak mengguris hati Raziq Hanan. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus dan tepung jangan sampai berselerak. Sempat pula aku terfikirkan tentang peribahasa lama itu.

Tawanya yang tiba-tiba kedengaran membuatkan keningku berkerut. Aku ada terbuat lawak ke tadi? Aku menggaru-garu kening yang tak gatal.

"Izz, Izz .. Kalau awak rasa serba salah nak terima pertolongan dari saya sebab kita tak punya apa-apa hubungan istimewa, jawapan dari saya senang saja" tawanya sudah agak reda. Aku diam. Menunggu dia menyambung lagi kata-katanya yang masih tergantung.

"Awak kahwinlah dengan saya"

Ayat terakhir darinya membuatkan bulu romaku tiba-tiba meremang. Hisshh!! Dah kenapa dengan Bos aku ni? Tiba-tiba nak ajak aku kahwin pulak. Aku baru kematian tunang la weeiii!! Tolonglah faham sikit keadaan aku sekarang ni kalau ye pun dia nak bergurau macamtu! Dalam diam, aku menghamburkan rasa geramku padanya. Namun hanya terluah dalam hati saja la.

"Macamana Izz? Awak setuju ke? Orang dulu-dulu kata, diam tu tandanya setuju" kedengaran lagi tawanya dihujung talian membuatkan aku terkedu sendiri dengan mata yang membulat. Tidak!!!!!!

Friday, October 18, 2013

Izz Zayani : BAB 19

Sudah hampir seminggu aku mengambil cuti untuk menenangkan hati. Laila sudah mula menghadiri kuliah seperti biasa semenjak beberapa hari yang lalu. Dalam diam aku benar-benar kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh sahabat baikku itu. Separuh jiwaku masih terasa kosong semenjak ketiadaan Abang Zack. Tiada lagi senyumannya menghiasi hari-hariku. Tiada lagi sapaan lembutnya setiap pagi ketika menjemputku ke tempat kerja. Ada titis jernih mengalir ke pipiku setiap kali kenangan bersama Abang Zack menjengah ke dalam fikiranku.

Bunyi telefon yang berkumandang mengembalikan aku semula ke alam nyata. Skrin telefon aku tatap dan terpamer nama Raziq Hanan menyebabkan aku menarik nafas panjang. Semenjak ketiadaan Abang Zack, lelaki inilah yang sering menelefonku bertanya khabar. Semasa majlis kenduri arwah di kampung tempohari, dia juga turut hadir walaupun kedatangannya agak lewat sedikit. Aku mengagak dia mungkin bertolak sebaik sahaja habis waktu kerja memandangkan yang dia masih berpakaian pejabat.

"Assalammualaikum" salam kututurkan sebaik sahaja panggilan telefon kujawab. "Waalaikummussalam. How are you today Izz? Feeling much better?" Lembut dia bertanya. "Oklah. Taking one day at a time. Minggu depan, InsyaAllah saya rasa, saya dah boleh mula bekerja semula" aku bersuara tenang. "Baguslah kalau macamtu. Tapi ... Izz nak pergi kerja macamana? Izz nak saya jemput Izz kat rumah ke?" pelawaannya betul-betul membuatkan aku terkedu. Kenapalah lelaki ini melayanku terlalu baik? Serba-salah aku dibuatnya. "It's ok. Saya boleh naik teksi atau bas, Encik Raz" Aku memberi jawapan yang kurasakan paling wajar.

"Eh! Tak bolehlah macamtu. Kalau Zack ada lagi pun, saya percaya dia pun takkan benarkan awak naik public transport" Sedikit tegas nada suaranya. Aku melepaskan keluhan berat. "Tapi dia dah tak ada" sayu suaraku ketika itu. "Tapi, I'm still here for you Izz. You still have me" kata-kata Raziq Hanan membuatkan aku terdiam. "Please don't argue with me no more. Isnin depan, saya jemput Izz kat rumah. Oklah. I've got to go. Saya ada lunch date dengan Dato' Azmi kejap lagi .. And Izz .. Please do take care of yourself. Assalammualaikum" Perlahan salamnya aku jawab. Telefon yang sudah ditamatkan panggilan aku tatap lama. Sungguh aku tak paham dengan layanan baiknya terhadapku. Adakah ianya kerana dia terlalu simpati dengan nasib yang menimpaku kini ataupun ada sebab lain yang menyebabkan dia terlalu mengambil berat terhadap diriku?

Jam didinding aku pandang lama. Jarum pendek berada diangka 11 dan jarum panjang berada diangka 12. Aku menghela nafas panjang. Aku tak boleh terus menerus begini. Hidup mesti diteruskan walau macamana sukar sekalipun. Yang pergi akan tetap pergi. Sepatutnya aku yang masih hidup ini harus terus mendoakan Abang Zack di 'sana'. Bukankah janji Allah bahawa mati itu adalah pasti? Astagfirullahalazim! Aku melafazkan istighfar beberapa kali sambil meraup wajahku berulang-ulang kali.

Langkah kaki kugagahkan ke dapur. Dalam kepala berkira-kira hendak menyediakan hidangan  makan tengahari. Sudah hampir seminggu aku dan Laila hanya mengalas perut dengan makanan yang dimasak di kedai sahaja. Muak pula rasanya. Peti ais kubuka luas. Oleh kerana kami sudah lama tidak memasak di rumah, apa yang ada hanyalah beberapa biji telur, ikan bilis yang hanya tinggal segenggam saja dan sekotak kecil santan jenama Harmoni. Setelah berkira-kira sendiri, aku memutuskan untuk memasak nasi lemak dengan sambal telur. Itu sahaja juadah yang aku rasa dapat membuka selera aku saat ini.

Menyibukkkan diri menyiapkan juadah tengahari dapat juga sedikit sebanyak melapangkan fikiranku. Hilang sebentar rasa kesedihan yang menyelubungiku sejak pemergian Abang Zack seminggu yang lalu. Radio kecil di atas peti ais kubuka untuk menemaniku yang sudah mula menyiapkan bahan-bahan memasak nasi lemak. Perlahan-lahan aku ikut menyanyikan lirik lagu 'Dekat Padamu' nyanyian Yusry yang sedang berkumandang di corong radio.

********************************

"FUH! Sedap betul nasi lemak kau Izz. Lama giler aku tak rasa kau masak macam ni" Tubuh Laila yang sudah kekenyangan disandarkan di kerusi makan sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya yang sedikit membuncit dek kerana penangan nasi lemak yang dimasak olehku. Aku hanya tersenyum memandangnya sambil tangan sibuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor di atas meja untuk dicuci.

"Kau tu je yang beriya makan. Aku masak sambal telur je Cik Kak. Bukan special sangat pun" aku bergerak kearah sinki dengan tangan yang mula ligat mencuci satu persatu pinggan kotor yang sudah bersusun di dalam sinki. "Eh. Patutnya aku la yang cuci. Kau kan dah masak" pantas tangan Laila merampas span pencuci dari tanganku. Berkerut dahiku dibuatnya. Melihat kesungguhan yang ditunjukkan, akhirnya aku membiarkannya menyambung kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk. Aku mengambil tuala kecil yang terletak berhampiran dengan sinki dan tangan kulapkan sehingga kering.

"Kau macamana? Feeling better already?" pertanyaan Laila membuatkan aku menoleh kearahnya. Tubuh kusandarkan ke built in kabinet dapur berhampiran dengan tempat Laila berdiri. Aku melemparkan senyuman padanya. "Alhamdulillah. Aku Ok. Kalau kau yang adiknya pun boleh relax je, takkan aku yang cuma pegang title tunang ni nak sedih lebih-lebih kan?" aku cuba menceriakan suara agar Laila tidak terus-terusan risau memikirkanku.

"So, bila kau nak start kerja?"Laila menyudahkan kerjanya dan dia menghampiriku yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. "InsyaAllah, Isnin ni aku masuklah kerja. Dah lama sangat dah aku cuti rasanya. Kesian pula kat orang yang tolog backup kerja kau kat kilang tu" Laila tersenyum mendengar jawapanku.

"Eloklah tu. Lagipun, kalau kau duduk terperuk je kat dalam rumah ni, lagi boleh jadi gila dibuatnya tau" Laila membuat memek muka yang membuatkan aku tergelak kecil. Jag berisi air limau ais dituang cermat ke dalam gelas dan diteguknya perlahan.

"Lagipun, hidup mesti diteruskan. Kau kenalah cari pengganti cepat-cepat supaya luka kau tu ada yang tolong ubatkan" pantas sahaja tanganku mencubit peha Laila, geram. Jeritan halus keluar dari mulutnya yang sudah dimuncungkan sedepa panjangnya. "Sakitlah! Betul la aku cakap. Takkan kau nak membujang sampai ke tua kot" keningnya berkerut-kerut sambil tangannya menggosok-gosok tempat bekas cubitanku untuknya sebentar tadi. Aku tersenyum geli hati.

"Padan muka. Mulut kau tu mengalahkan Mak aku tau. Aku muda lagi la. Banyak lagi masa kalau nak cari laki. Lagipun, nanti orang ingat aku gatal pula kalau tiba-tiba macam tak menyempat nak cari pengganti" perlahan nada suaraku. Dada mula terasa sebak semula bila wajah Abang Zack terbayang di kotak fikiranku.

"Sorry, sorry .. aku buat kau sedih lagi. Aku bukan apa Izz. Aku cuma tak nak sebab Abang Zack, kau dah serik nak bercinta lagi" Laila mendekatkan kerusinya denganku dan tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri. Airmata semankin laju menitis.

Wednesday, September 11, 2013

Izz Zayani : BAB 18

Malam itu, aku menunggu kepulangan Laila sambil menonton tv. Jam sudah menunjukkan kepukul 9 malam. Namun, kelibat kereta Laila masih belum kelihatan memasuki ruangan parkir di rumah sewa kami ini. Hati mula dilanda kerisauan. Sudah beberapa kali telefonnya cuba kuhubungi namun semuanya terus masuk kedalam peti simpanan suara. Sudah beberapa kali juga aku menjengah keluar mengharapkan ada sinaran lampu dari kereta Laila dalam kepekatan malam.

Sedang aku berjalan mundar-mandir di hadapan pintu rumah, kedengaran telefon yang kuletakkan di atas sofa berbunyi. Laju aku berlari mendapatkannya. Nombor asing yang tertera di skrin telefon membuatkan aku teragak-agak untuk menjawab. Setelah membiarkan telefon berbunyi beberapa kali, akhirnya punat hijau kutekan juga.

"Izz! Adoi .. Lambatnya kau jawab!" Kedengaran suara cemas Laila di hujung talian. "Laaa .. kau ke? Aku ingatkan siapa. Nombor siapa kau pakai ni?" Aku menarik nafas lega. "Nombor kawan aku. Eh Izz. Aku nak bagitau kau satu benda ni. Kau tengah berdiri ke duduk ni?" Pertanyaan Laila yang agak pelik tiba-tiba mengundang debar didadaku. "Hish kau ni. Buat suspen je la. Cakap je la apa bendanya" Aku mendesak, tidak sabar. "Yela. Aku nak bagitau la ni. Tapi, aku nak minta kau duduk dulu" oleh kerana malas hendak bertelagah dengannya, aku menurut saja. "Ok. Aku dah duduk ni. Bagitaulah apa bendanya?" giliran aku pula mendesak. Kedengaran dia menarik nafas panjang menambahkan lagi rasa debar di hati.

"Abang Zack accident. Dia sekarang kritikal kat wad ICU Hospital Tawakkal"

Terasa seolah-olah petir menyambar tubuh aku saat ini. Nyaris sahaja telefon yang melekap ditelinga terlepas daripada pegangan tanganku. "Izz! Izz! Kau ok ke tak ni?" suara Laila yang bertalu-talu memanggil kedengaran jauh dari telingaku. Pandangan mula terasa kabur. Setitis demi setitis airmata merembes jatuh kepipi. "Izz ... Kau bersiaplah. Dalam masa 15 minit aku jemput kau kat rumah" kendur saja kedengaran suara Laila ketika itu. Mungkin dia turut merasa sebak apabila terdengar bunyi esakan tangis yang keluar tanpa dapat dikawal dariku. Punat merah kutekan tanpa membalas kata-kata Laila. Aku benar-benar terasa seperti nyawa melayang dari badan. Lama aku duduk terpaku di atas sofa. TV yang masih rancak bersiaran aku tatap dengan pandangan kosong.

Sedar-sedar, bahuku terasa dipaut seseorang. Aku menoleh dan apabila terpandangkan wajah sugul Laila, airmata yang baru sahaja berhenti, terus sahaja mengalir deras. Tubuh Laila kurangkul kemas. Mengongoi-ngongoi aku menangis di dalam pelukannya. Tabahnya Laila saat ini. Sedangkan aku yang hanya bergelar tunangan Abang Zack saja pun sudah merasa sangat hiba. Bagaimana Laila, yang juga adik kandung kepada Abang Zack mampu mengawal emosinya dengan baik? Ah! Laila memang kuat. Sepanjang aku mengenalinya, dia memang jarang hendak menitiskan airmata.

Entah berapa lama aku menangis di dalam pelukan Laila, aku sendiri tak sedar. Terbayang dimataku wajah Abang Zack yang baru kutemui tengahari tadi. Langsung tak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan ditimpa kecelakaan. Semankin kuat tangisanku jadinya. Laila dengan tenang menggosok belakang badanku, sambil mulutnya tak henti-henti menasihatkanku agar beristighfar.

SUASANA hening di Tanah Perkuburan membuatkan hati aku terus dipagut sayu. Wajah Mak Si Siah, Pak Su Omar dan ibubapa Abang Zack aku tatap satu persatu. Abang Ngah Laila, Haikal, yang berdiri berpeluk tubuh di belakang Pak Ali dan Mak Leha aku lihat mempamerkan wajah tenang walaupun disebalik cermin mata hitam yang dipakainya, aku tahu, ada mata yang sudah sembap cuba disembunyikan.

Masih terngiang-ngiang ditelingaku sewaktu Doktor mengkhabarkan kepadaku dan Laila yang Abang Zack mengalami terlalu banyak kecederaan pada organ dalaman menyebabkannya sukar untuk diselamatkan. Laila memberitahuku, kereta yang dipandu Abang Zack hilang kawalan sehingga merempuh bahagian belakang lori kontena yang menyebabkan dia tersepit selama satu jam sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital. Lebih membuatkan aku sedih apabila mendapat tahu yang dia kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke rumah sewaku dan Laila kerana ingin menjenguk bagaimana keadaanku yang kurang sihat semalam.

Aku menarik nafas dalam. Cuba mencari kakuatan diri. Airmata yang baru saja ingin menitis lagi, pantas aku seka. Jika Pak Ali dan Mak Leha mampu redha dengan pemergian anak sulungnya, kenapa tidak aku? Bukankah selama ini aku menerimanya sebagai tunang bukan kerana cinta? Kenapa pemergiannya membuatkan hatiku terasa remuk-redam sebegini? Laila yang setia memeluk bahuku di sisi kutatap lama. Pandangan kami bersatu dan dia cuba mengorakkan senyuman walaupun hambar.

Selesai Imam membacakan talkin, satu persatu mereka yang ada, meninggalkan tanah perkuburan meninggalkan keluargaku dan keluarga Laila di situ.

"Izz, Mak dengan Ayah balik dulu ye. Nak tolong Pak Ali dengan Mak Leha uruskan kenduri arwah malam ni" Bahuku diusap perlahan. Pandangan mataku yang sedari tadi tertumpu pada kitab Yassin yang sedang dibaca, kini beralih ke wajah Mak Su Siah yang berdiri di sebelahku. Aku mengangguuk sambil cuba melemparkan senyuman padanya walaupun payah.

Langkah kaki Mak Su Siah, Pak Su Omar, Pak Ali, Mak Leha dan Abang Lukman, aku soroti dengan pandangan mata yang lemah. Mata mula terasa perit. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Sedari malam tadi, sewaktu sama-sama mengiringi jenazah arwah pulang ke kampung sampailah ke hari ini, tak lekang airmata membasahi pipiku.

Tinggallah aku dan Laila duduk bersimpuh di atas tikar yang dihamparkan besebelahan dengan kubur Abang Zack yang masih merah. Kami sama-sama membaca surah Yassin untuk kesekian kalinya. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar roh Abang Zack ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tuesday, September 10, 2013

Izz Zayani : BAB 17

Tak tahulah apa agaknya yang aku tersalah makan malam tadi, campur kali ini, sudah lebih lima kali rasanya aku menjadi pengunjung tetap tandas di dalam bilik tidurku ini. Rasa memulas diperut lain macam saja sejak jam 3 pagi tadi.

Baru sahaja badan ingin kubaringkan di atas katil semula, pintu bilik kedengaran diketuk bertalu-talu. Tidak lama selepas itu, wajah Laila sudah terpacul di muka pintu. "Eh Izz, kau tak pergi kerja ke hari ni?" Dia yang sudah siap berdandan untuk ke kuliah melangkah menghampiriku yang menarik selimut menutupi badan sehingga keparas dada. "Wei, kenapa muka kau pucat ni? Kau demam ke?" Pantas telapak tangannya melekap kedahi dan leherku. Cemas saja riak wajahnya ketika itu. Punggung sudah dilabuhkan ke birai katil.

"Aku cirit birit la. Memulas semacam je perut aku ni. Entah apalah yang aku silap makan ni" Lemah saja aku bersuara. Tenaga sudah hilang entah kemana kerana terlalu kerap berulang alik ke bilik air. "Hish kau ni. Kalau nak kata sebab Char Kue Tiau tu takkanlah pulak. Aku pun makan jugak, tapi ok je" Dahinya berkerut. Aku tahu dia risaukan keadaan aku.

"Takpela. Kau janganlah risau. Balik nanti kau tolong belikan aku pil 'Chi-Kit' Teck Aun ye. Nanti ok lah ni. Kau tolong aku hantarkan sms kat Abang Zack, tak payah jemput aku hari ni. Telefon aku atas meja solek tu. Aku tak larat la nak menaip" Aku cuba tersenyum agar sahabat baik aku itu tidak terlalu risau. Dia segera mencapai telefon aku di atas meja solek dan tangannya pantas menaip. Tak sampai 2 minit telefon diletakkan di sebelah bantalku. "Terima kasih" Dia tersenyum memandangku."Okla. Aku pergi kelas dulu. Nanti ada apa-apa, kau call aku tau" tanganku diramas lembut dan aku hanya mengangguk lemah sebelum dia berlalu keluar.

Selang setengah jam selepas Laila berlalu, aku terus terlena. Mengantuk rasanya mata yang sememangnya kekurangan rehat ini. Yela. Orang lain nyenyak tidur, aku pula sibuk memerut dalam tandas sedari pukul 3,  pagi tadi.

Entah berapa lama aku terlena, sedar-sedar, aku dikejutkan dengan bunyi telefon yang betul-betul berada di sebelahku. Dengan perasaan mamai dan mata yang terbuka sedikit, punat hijau aku tekan.

"Assalammualaikum" dengan suara yang agak serak aku memberi salam. "Waalaikummussalam. Izz, are you okay" suara yang menjawab di hujung sana membuatkan mataku terbuka luas. Tubuhku secara automatik bingkas bangun. "Eh Encik Raz. Err .. Sa .. Saya kurang sihat hari ni. Saya dah bagitau Kak Sal, lineleader kat bahagian packaging pagi tadi, pukul 3 lebih. Dia tak bagitau Encik Raz ke?" Separuh panik aku bersuara. Bimbang juga jika pesanan aku awal pagi tadi tidak disampaikan oleh Ibu beranak 3 itu. Berkerut dahiku apabila terdengar bunyi tawa Raziq Hanan di sebelah sana.

"Relaxlah Izz. Saya call ni bukan sebab awak tak datang kerja. Saya just nak tanya awak dah ok ke belum" terdengar tawa dari Raziq Hanan masih bersisa. Aku menarik nafas lega. "Saya dah ok dah sikit Encik Raz. InsyaAllah, esok bolehlah saya masuk kerja" jam di atas meja aku kerling. Ah! Sudah pukul 1 tengahari rupanya. Lama juga aku tertidur. Rasanya dari pukul 10 tadi. Tiba-tiba mata tertacap pada bungkusan beg plastik di atas meja solek. "Owh. Okla kalau macam tu, lega hati saya dengar" Aku memasang telinga sambil bangkit menuju ke bungkusan plastik merah yang menarik perhatianku.

"Izz, are you still there?' Pertanyaan Raziq Hanan membuatkan aku tersedar."Errr .. Ya, ya, Saya masih ada kat sini." Plastik beg ditangan aku buka dan akhirnya tersenyum apabila terpandangkan beberapa kotak kecik pil 'Chi-Kit' Teck Aun yang aku pesan dari Laila tadi. Terdapat juga cebisan kertas yang tertulis nota 'Jangan lupa makan ubat. Aku keluar sekejap. Sebelum pukul 8 aku balik. Apa-apa, call je'. Aku tersenyum lebar. Pasti Laila masuk sewaktu aku sedang lena tidur tadi.

"... Izz. Awak dengar tak saya cakap apa ni?" Suara Raziq Hanan yang agak meninggi mengalih tumpuanku yang khusyuk menatap nota dari Laila itu. "Sorry Encik Raz. Apa Encik Raz cakap tadi?" Aku bertanya padanya gugup. Bimbang dia terasa hati pula. "Kamu ni Izz. Saya tanya, nak saya datang bawa makanan ke?" Sekali lagi dahiku berkerut. Kenapa pula dia ni? Takkan aku sakit sikit macam ni, dah sampai nak berhantar makanan pebagai? "Eh! Takpelah Encik Raz. Saya ok. Laila dah belikan saya makanan tadi" Aku berbohong. Tak wajar rasanya untuk aku menyusahkan dia membelikan dan menghantar makanan untukku. Bukankah aku sudah ada Abang Zack? Biar dia saja yang bersusah untuk aku. Getusku dalam hati.

"Oklah kalau macam tu. Jangan lupa makan kay. Oklah Izz, saya ada meeting ni. Nanti saya call lagi. Assalammualaikum" Punat merah kutekan setelah salam dari Raziq Hanan kujawab. Mata masih tertumpu pada skrin telefon yang tertera 6 panggilan tidak dijawab. Setelah memeriksa senarai panggilan, aku mengeluh perlahan apabila terpandangkan nama Abang Zack tertera. Enam panggilan? Kenapa satu pun tidak mengejutkan aku dari tidur? Kenapa panggilan dari Raziq Hanan yang kudengar? Kepala ligat berfikir sambil nombor Abang Zack cuba kuhubungi semula.

"Assalammualaikum" tegas suaranya memberi salam. "Waalaikummussalam. Err .. Sorry Abang. Izz tertidur. Tak dengar langsung telefon berbunyii" Kalut aku menjawab. Dalam hati berdoa agar moodnya baik-baik saja hari ini. Kedengaran dia melepaskan keluhan. "Izz ni buat Abang risau saja. Tadi sebelum pergi kerja Abang ada singgah sana. Tapi pagar berkunci. Kalau ikutkan hati, memang Abang panjat je pagar tu tadi" Aku diam mendengarkan tiap butir bicara Abang Zack. Cuba mentafsirkan emosinya saat ini. "Izz minta maaf bang. Takde niat pun nak buat Abang risau" Aku bersuara perlahan. Dia mengeluh lagi.

"Lain kali jangan buat macam ni lagi. Kalau tak sihat, call Abang terus. Tak payah nak hantar mesej. Ni nasib baik Abang perasan mesej dari Izz" Dia masih menyuarakan ketidakpuasan hatinya. "Izz dah makan ke belum ni? Nak Abang bungkuskan?" Kendur sedikit nada suaranya. "Err .. Belum. Izz baru bangun tidur" Aku masih bersuara dalam nada takut-takut. "Oklah. Lagi setengah jam Abang sampai. Abang belikan Izz bubur McDonald ok ke? Atau Izz nak makan nasi?" Aku terdiam sejenak memikirkan menu apa yang mampu membuka seleraku. "Bubur pun ok la bang" Akhirnya aku memutuskan. Setelah bertukar salam, telefon diletakkan.

Aku terus bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat zohor. Perut yang memulas mula berkurangan sedikit. Dalam hati sudah berkira-kira untuk menelan sebungkus pil 'Chi-Kit' Teck Aun yang telah dibelikan Laila tadi.

Seperti yang dijanjikan, lebih kurang setengah jam selepas panggilan telefon antara aku dan Abang Zack, tunangan aku itu sudah sedia menanti di depan pintu pagar dengan sebungkus beg kertas yang terpamer logo Mc Donald. Dia nampak kemas dan kacak seperti selalunya. Cermin mata hitam tak lekang dari wajahnya. Berkemeja biru laut dan berseluar slack hitam, dia nampak santai dengan tali leher yang dilonggarkan sedikit dan lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.

Aku menghampirinya sambil tersenyum dan pintu pagar segera kubuka. Sebaik pintu pagar terbuka, pantas sahaja belakang tapak tangannya menyentuh dahi dan leherku. "Izz tak demam la. Cuma cirit birit je. Tadi dah makan ubat. Nanti oklah ni" Aku mengalihkan tangannya dari dahiku sambil tersengih. "Belum makan apa-apa, dah telan ubat?" Berkerut dahinya menunjukkan tanda ketidakpuasan hati. "Pil 'Chi-Kit' Teck Aun tu takpe. Boleh je telan sebelum makan apa-apa" Aku cuba menyedapkan hatinya. Ternyata dia dapat menerima kata-kataku apabila kerutan didahinya sudah menghilang.

"Dah jom masuk. Abang nak tengok Izz habiskan bubur ni baru Abang balik office" Badanku ditolak perlahan agar berjalan memasuki rumah. Aku melangkah dalam keadaan teragak-agak. 'Ishk dia ni biar betul. Dahlah takde orang lain kat rumah. Tak pasal-pasal kena tangkap basah'. Aku memprotes dalam hati."Kejap, kejap" Aku mengangkat kedua belah tangan mengadapnya. "Abang tak boleh masuk. Laila takde. Nanti kalau kena tangkap basah naya je!" kedua tapak tanganku sudah menekap didadanya yang bidang bagi menghalangnya dari terus melangkah. Dia tersengih. "Ala. Kita memang dah nak kahwin kan? Kalau kena tangkap lagi bagus! Cepat sikit Abang boleh kahwin dengan Izz" Bulat mataku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Abang Zack. "Eeiii ... Abang ni! Orang cakap betul-betul la! Tak nak Izz kahwin cara macam tu. Buat malu mak ayah kat kampung je" Aku menolak dadanya, geram. Kedengaran tawa meletus dari mulutnya. Mataku jegilkan padanya.

"Oklah, oklah. Abang balik dulu. Izz jangan lupa habiskan bubur ni" Bungkusan bubur bertukar tangan. Abang Zack sempat menarik hidungku sebelum melangkah keluar menuju ke keretanya. Aku hanya mendengus, pura-pura marah. Tangan sudah memegang hidung yang pastinya sudah bertukar warna. Abang Zack ketawa lagi apabila memandang memek muka yang aku tunjukkan padanya.  Pintu pagar kembali kukunci. Abang Zack melambaikan tangan sambil menghadiahkankan flying kiss yang berjaya mengundang senyuman dibibirku. Aku memerhatikan keretanya sehingga hilang dari penglihatan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Tuesday, September 3, 2013

Izz Zayani : BAB 16

Sejak 'peristiwa aneh' yang berlaku diantara aku dan Raziq Hanan tempohari, Bos Besar aku itu sudah jarang ke Rasydan Electronic. Jika ada pun, tidak sampai setengah hari, dia sudah kembali ke Ibupejabat semula. Malah, pada hari Ahad lalu dimana mesin-mesin baru sepatutnya diselenggarakan dan diperiksa, dia hanya datang sekejap sahaja. Itupun untuk memastikan Sahak, Amir dan Kamal datang seperti yang dijanjikan. Lebih kurang dalam pukul 11 pagi, dia sudah meninggalkan kami berempat menguruskan apa yang patut. Dia sekadar berpesan pada aku agar memberitahunya sebaik sahaja semua kerja sudah selesai.


Jika difikir-fikirkan, rasanya tak perlu aku terlalu memikirkan tentang Raziq Hanan. Antara aku dan dia tak lebih sekadar hubungan Bos dengan pekerja biasa sahaja. Tapi, kenapa perubahan sikapnya sekarang ini membuatkan aku jadi serba tak kena? Kenapa kedatangan kereta Audi T9nya sentiasa aku nanti-nantikan? Kenapa hanya dengan melihat kelibatnya di pejabat dapat membuatkan hatiku gembira? Ah! Aku tak boleh membiarkan diri hanyut dibuai perasaan sendiri. Aku kini sudah menjadi tunangan orang! Walau tanpa rela, tapi itulah hakikatnya yang perlu aku terima.


"Kak Izz. Nanti pukul 3 ada meeting tau. Semua ketua jabatan kena ada" Siti Syafikah yang akan menamatkan latihan praktikalnya hujung minggu ini datang memberitahu ketika aku dan beberapa orang bawahanku sedang menguji mesin-mesin yang baru sampai pada hari Ahad lepas. "Dengan siapa?" Aku bertanya dengan dahi berkerut. Rasanya hari ini aku langsung tidak melihat kereta Raziq Hanan diparkirkan ditempatnya. Kosong saja kulihat petak tempat letak kereta yang dikhaskan untuknya tadi. "Hurm .. Tak sure la kak. Takdelah pula Kak Su bagitau." Gadis itu mengaru-garu kepalanya. "Takpalah kalau macamtu. Terima kasihlah bagitau Akak. Awak dah siapkan belum kertas kerja awak tu? Jumaat ni dah last day kan?" Siti Syafikah tersengih memandang aku. "Belum" Dia menjawab ringkas. Aku menjegilkan mata kepadanya." Tunggu apa lagi? Pergilah siapkan. Nanti Akak boleh check dan minta Bos tandatangan" Aku menepuk bahunya dan menolak badannya supaya meninggalkan tempat itu segera. Dia berlalu sambil tergelak kecil. Aku mendengus melihat keletahnya. Dia tergelak lagi. Aku hanya menjelingnya, pura-pura marah lalu meneruskan semula kerja yang tergendala sebentar tadi.


Jam 3 petang, semua Ketua Jabatan sudah berkumpul di dalam bilik Mesyuarat. Masing-masing tertanya-tanya dengan siapa kami akan bermesyuarat memandangkan tiada kelibat Raziq Hanan yang kelihatan. Tiba-tiba suasana yang tadinya agak bising menjadi senyap serta merta apabila kelihatan kelibat sesusuk tubuh tinggi lampai memasuki bilik itu sambil diikuti oleh Janice, PA Raziq Hanan, dari belakang. Seorang jejaka berkulit cerah dan berjambang sudah berdiri mengadap kami semua.


"Assalammualaikum. Nama saya Raif Anaqie. Awak semua boleh panggil saya Raif. Mulai hari ini, saya akan mengambil alih tugas untuk menguruskan tempat ini dari Encik Raziq" Kami mula berbisik sesama sendiri selesai lelaki bernama Raif Anaqie itu bersuara. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk yang telah tersedia untuknya. Janice turut mengambil tempat duduk di sebelahnya.


"Ok. Sebelum kita bermula, ada apa-apa soalan ke?" Raif Anaqie mengenggam tangannya dan diletakkan di atas meja sambil matanya tunak memandang kami satu persatu. Serius sahaja riak wajahnya. Iras wajahnya mengingatkan aku kepada seseorang. "Encik Raif, boleh kami tahu Encik Raziq kemana? Dia masih ada atau dah .. err .. berhenti?" Aku memberanikan diri bertanya. Pandangan mata yang agak lembut itu kini tertumpu pada aku seorang. Dia tersenyum. "Dia masih ada. Cuma sekarang dia lebih tertumpu pada Ibupejabat kami" Entah kenapa jawapan dari Raif Anaqie membuatkan hatiku sedikit sedih. Ini bermakna yang aku tak akan berjumpa dengan Raziq Hanan lagi. "Ada apa-apa soalan lagi?" Kedengaran suara Raif Anaqie bertanya. Apabila aku memandangnya, ternyata dia juga sedang memandang kearahku. Bermakna soalannya tadi ditujukan padaku. Aku pantas mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.


Mesyuarat kami diteruskan. Pelbagai perkara yang dibincangkan. Dari jumlah pekerja yang ada sampailah kepada mesin-mesin yang baru sampai. Raif Anaqie meminta kami menerangkan kepadanya dengan terperinci. Katanya, bagi memudahkan dia memahami selok-belok Rasydan Electronic sebelum dia memulakan tugas sebagai Ketua. Dari pemerhatianku, Raif Anaqie merupakan seorang yang lebih santai dan tenang jika hendak dibandingkan dengan Raziq Hanan. Tutur katanya lembut dan sopan. Sama seperti Raziq Hanan. Mungkinkah mereka adalah adik beradik? Tapi, bukankah Raziq Hanan memberitahuku beberapa bulan yang lepas di Restoran Bara yang Abangnya sudah menetap di UK?


"Ok. Saya rasa sampai sini dulu mesyuarat kita kali ini. Kita tangguhkan sampai minggu depan. Oh ya. Kita akan adakan mensyuarat setiap seminggu sekali. Kalau ada apa-apa perubahan, Janice akan menghubungi Izz Zayani" Terpinga-pinga aku sebentar apabila terdengar namaku disebut. Eh? Macamana dia boleh tahu nama aku ni? Nama penuh pula tu yang disebutnya. "Boleh kan Izz Zayani?" Dia bertanya kearahku yang masih agak terkejut. "Err ..  Boleh. No problem" Aku cuba mengukirkan senyuman dalam kegugupan. Dia tersenyum melihat reaksiku. "Ok then. See you all next week. Thanks everybody for your cooperation. Assalammualaikum" Dia terus bangun dan berlalu sambil menjinjit Ipad ditangan kanan dan tangan kiri diselukkan ke poket seluar. Janice mengekori dari belakang dengan buku nota di tangan sambil melemparkan senyuman kearah kami semua.



Keluar sahaja dari bilik mesyuarat, jam sudah menunjukkan ke pukul 5.15. Aku terus bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar. Hari ini, aku terpaksa bersiap untuk pulang tepat pada waktunya memandangkan Abang Zack akan menjemputku agak awal kerana dia perlu bersiap untuk bertolak ke Pulau Pinang malam ini kerana ada tugas yang perlu diselesaikan di sana. Bagi persediaan untuk menjadi isterinya, aku perlu membiasakan diri dengan tugasan Abang Zack sebagai Jurutera yang kadang kala memerlukannya untuk keluar Daerah pada bila-bila masa sahaja. Rasanya aku tiada masalah dengan itu memandangkan aku ada Laila yang akan menemaniku sekiranya Abang Zack tiada di sini.


Telefonku berbunyi ketika aku sedang menunggu Abang Zack di lobi. Menyangkakan panggilan dari Abang Zack, telefon segera kujawab tanpa melihat nama pemanggilnya terlebih dahulu.


"Assalammualaikum. Abang dah sampai ke?" Aku sudah bangun sambil menyandangkan beg ke bahu bersedia untuk melangkah. "Waalaikummussalam. Sejuk hati saya dengar Izz panggil saya 'Abang'" Suara yang menjawab menyebabkan kakiku yang baru hendak menapak terhenti. Perlahan-lahan punggung kulabuhkan kembali di atas sofa. Lidah terasa kelu.


"Err .. Encik Raz. Sorry. Saya ingatkan Abang Zack tadi. Ermm .. Ada apa Encik call saya ni?" Akhirnya aku bersuara. "Izz, Izz. Dah berapa kali saya cakap. Between you and me, just call me Raz.  Saya just nak tanya macamana first meeting awak semua dengan Abang saya tadi?" Terbeliak mataku mendengar pertanyaannya. Jadi, betullah tekaanku tadi. Raif Anaqie adalah abang kepada Raziq Hanan. "Hello Izz, hello. Are you still there?" Kedengaran agak cemas suara Raziq Hanan di sebelah sana apabila tiba-tiba aku terdiam. "Haa .. Err ..Yes. I'm still here. So, memang betullah Encik Raif tu abang Raz ye? Patutlah muka seakan sama je" aku tersenyum dihujung kata-kataku. Kedengaran tawa kecil darinya di hujung sana. "Dia baru balik ke sini bulan lepas. Then, my mom terus suruh dia tolong saya uruskan syarikat" Raziq Hanan memberi penjelasan.


"So .. tell me. These few days saya tak kacau Izz, do you miss me?" Hampir aku tersedak dengan air liurku sendiri mendengar soalan yang selamba sahaja dilontarkannya. Mahu sahaja aku mengatakan padanya yang dia hanya terlebih perasan. Tetapi, memandangkan dia masih lagi Bos Besar tempat aku bekerja, mulutku katupkan rapat-rapat. "Izz. Saya tanya ni. Do you miss me?" Soalan diulang semula apabila tiada jawapan yang aku berikan. "Err .. sorry Encik Raz. Abang Zack dah sampai tu. I've got to go. Lain kali kita sambung lagi ye. Assalammualaikum" Pantas punat hijau kutekan. Dada yang mula berombak kuat aku pegang. Tadi, sebelum telefon kuletak dapat kudengar keluhan halus dari Raziq Hanan. Kenapa dia seolah-olah bersungguh bertanya? Adakah kerana dia dapat menangkap getar didadaku setiap kali bertentangan mata dengannya? Mungkin kerana itu dia sengaja ingin menduga.


Telefonku berbunyi lagi. Kali ini bunyi tanda mesej masuk diterima. Teragak-agak skrin telefon kutatap. Aku menarik nafas lega apabila melihat nama 'Abang Zack' yang tertera sebagai pengirim mesej. Dia memberitahuku yang dia sudah hampir sampai dan menyuruhku menunggunya di luar pagar. Perlahan kaki kuatur keluar dari bangunan Rasydan Electronic. Fikiran masih lagi memikirkan perbualan pendek diantara aku dan Raziq Hanan sebentar tadi. Aku menarik nafas dalam.
 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template