Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, August 20, 2013

Izz Zayani : BAB 8

Pagi itu sebelum ketempat kerja, Laila sempat menjengah aku di dalam bilik. Masih risau dengan keadaan aku yang dirasakan masih belum stabil. Setengah jam lah juga aku cuba meyakinkannya yang aku sudah benar-benar okey. Akhirnya dalam keterpaksaan terpaksa juga dia beralah denganku.


"Abang Zack datang malam tadi. Kau dah tidur. Taknaklah aku ganggu. Dia kirim salam. Dia cakap dia betul-betul rasa bersalah pada kau. Kesian lah pulak aku tengok dia" Sempat Laila menyampaikan kepadaku serba sedikit kisah Abang Zack yang datang melawat aku lewat malam tadi.


"Takpela. Nanti kalau dia call kau bagitau je aku dah ok. Janganlah nak risaukan aku" Aku tersenyum tenang sambil memerhatikannya yang mengangguk-anggukkan kepala sebelum hilang ke dalam perut kereta Vivanya untuk ke kuliah.


Jam di dinding kekerling sepintas lalu sebaik sahaja pintu rumah kututup.'Hmm .. Baru pukul 8.30' Aku bergerak malas ke arah sofa. Remote TV ku tekan-tekan. Tak tahu cerita apa yang ingin ditonton kerana semuannya tidak dapat menarik minat aku langsung. Akhirnya punat OFF ku tekan. Langkah kaki ku hayunkan ke dapur. Tiba-tiba perut terasa lapar.


"Assalammualaikum" Kedengaran orang memberikan salam mematikan langkahku. Aku masih berdiri kaku mendengar salam diberi untuk beberapa kali lagi. Perlahan langkahku atur menuju ke tingkap di sebelah pintu utama untuk menngintai gerangan siapakah yang memberi salam.


Aku menarik nafas lega setelah melihat kelibat Raziq Hanan yang terjengah-jengah dari luar pagar rumah.'Isshkk. Ada apa mamat ni cari aku sampai rumah' Tiba-tiba aku merasa sedikit kehairanan. Setahu aku, hari ini hari Sabtu. Memang hari cuti.


Kunci pagar di atas meja kucapai sebelum melangkah keluar. Kelihatan Raziq Hanan melemparkan senyuman sebaik sahaja melihat wajah aku dari celah pintu."Waalaikummussalam. Err .. Encik Raziq. Ada apa Encik datang ke sini pagi-pagi ni?" Aku melangkah menghampirinya dengan muka kehairanan.


"Takde apa-apa. Saja nak jenguk Izz. Takut-takut Izz demam je sebab kena hujan lebat semalam" Cerminmata hitamnya ditanggalkan dan sepasang matanya yang redup memandang tepat ke wajahku yang sedang membuka pintu pagar." Susah-susah aja Encik Raziq ni. Saya ok la." Aku membalas sambil tersenyum. Malu pula bila Bos ambil berat sampai sebegitu rupa. Tiba-tiba teringat apa yang berlaku semalam. Sesedap rasa saja tubuhnya kupeluk. Tiba-tiba rasa hangat mula menjalar ke seluruh wajah.


"Err .. saya nak jemput masuk, tapi takda orang lain kat rumah. Lagipun, nanti apa pula orang kata kan" Aku bersuara sambil melemparkan senyuman padanya bagi menghilangkan rasa gementar yang mula menebak dada aku ketika ini. Pandangan mata meliar kesekeliling. Malu rasanya ingin terus bertentang mata dengan Raziq Hanan yang masih menatap wajahku penuh  minat.


Rasa serba salah mula terasa disaat melihat Bos Besar aku itu terpaksa berdiri di luar rumah disaat matahari baru hendak memancarkan sinarnya. Kelihatan peluh halus mula terbit didahinya. "Ehem. Encik Raziq ok ke?" Aku berdehem agak kuat apabila Raziq Hanan masih tak menunjukkan reaksi sambil tanganku kibar-kibarkan di hadapan matanya yang masih melihat aku tanpa riak. "Err .. Eh .. Tak apa, tak apa. Saya faham. Tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Panggil je Raz. Emmm .. Izz dah breakfast ke?" Dalam keadaan yang seperti baru tersedar dari lamunan, dia menjawab sambil menggaru-garu kepalanya. Rambutnya yang kemas tersisir dirapikan sedikit dengan tangan kanannya.


"Err .. belum. Tadi baru je nak breakfast masa Encik .. Err .. Raz bagi salam" giliran aku pula menjawab dalam nada yang sedikit gugup. Tiba-tiba rasa gementar itu datang lagi. Entah kenapa. Mungkin sebab berhadapan dengan jejaka idaman Malaya seperti Raziq Hanan membuatkan aku mudah menjadi kalut.


"Eh. Eloklah tu. Jom breakfast dengan saya. Tiba-tiba pula rasa lapar ni. Lagipun merah padam dah saya nampak muka Izz tu. Tak tahan kena panas kot" Kata-kata spontan yang keluar dari mulut lelaki itu semankin membuatkan aku tidak keruan. "Jomlah. Temankan saya" Bersungguh dia mengajak. Cerminmata hitam sudah dikenakan kembali kewajahnya yang juga sudah mula kemerah-merahan menahan panas yang mula terasa. Kunci kereta sudah dikeluarkan dari poket."Haa?? Err ... " Tiba-tiba lidah terasa kelu untuk bersuara. Serba salah pula aku dibuatnya.


"Laaa .. Tak payahlah nak malu-malu. Jomlah." Tangannya menggamit aku untuk masuk keretanya. "Err .. Ok. Tapi, Raz kena tunggu kejap la.Saya pergi tukar baju dulu" Akhirnya terpaksa juga aku menuruti permintaan Bos Besar aku itu.Mana boleh buat Bos marah beb! Tak pasal pula gaji aku kena potong nanti. Aku memujuk hati sendiri sambil berlalu ke dalam rumah.


Setelah bersiap ala kadar dalam masa tak sampai setengah jam, akhirnya aku sudah berada di dalam kereta Raziq Hanan menuju ke restoran pilihannya untuk bersarapan.


"Cantik Izz pakai baju ni. Nampak sweet sangat" Pujian tanpa diduga dari jejaka berkulit cerah itu membuatkan aku sedikit malu. Pipiku sudah mula terasa hangat."Err .. Terima Kasih" Ucapku perlahan. Pandangan mataku lontarkan keluar.'Hissshh.. Biar betul Bos aku ni. Pakai baju blaus belang-belang dengan seluar khakis ni pun dia kata sweet?' Berkerut keningku dengan perasaan yang bercampur baur.


"Saya tak pernah nampak Izz ikat rambut macam ni. Comel. Nampak macam budak sekolah" Tambahnya lagi.'Eh.. Tak abis lagi ke nak jadi pengkritik fesyen dia ni' Hatiku berdetik. Aku memandangnya kehairanan. Cuba menghulurkan senyuman walau terasa sedikit kekok. Yelah. Selama aku hidup ni, tak adalah pula orang nak beriya-iya puji aku macam ni."Biasa je Raz .. Err kita nak makan kat mana ni?" Sengaja aku mengalihkan topik agar dia berhenti berbicara tentang aku.


Dia tersenyum sambil memandang aku sekilas."Izz nak makan apa? Just say it. Raz akan bawak Izz ke sana" Lagi sekali aku memandangnya kehairanan.'Eh dia ni. Tadi dia yang beriya-iya kata lapar. Ni tanya aku pulak nak makan kat mana' Aku berdialog sendiri.


"So? Dah decide?" Dia menegur setelah agak lama aku tidak menjawab pertanyaannya tadi."Err .. Mana-manalah Raz. Saya tak kisah. Kedai mamak pun ok. Takut Raz lah yang tak selesa nanti" Akhirnya aku bersuara. Wajahnya yang tenang memandang ke hadapan kupandang.


"Saya mana-mana pun boleh. Kenapa pula Izz takut saya tak selesa?" Pandangan kami bertemu. "Manalah tahu kan. Saya cuma cakap je.Tapi, kalau Raz tak kisah, senang la sikit nak cari tempat makan" Segera aku mengalihkan pandangan. Jantung mula berdegup beraneka irama. Dari ekor mataku dapat kulihat senyuman dibibir Raziq Hanan.


Hampir 20 minit tercari-cari tempat makan yang sesuai, akhirnya kereta di belokkan ke Restoran Barra yang terletak di Seksyen 7. Sewaktu kami sampai, semua tempat duduk kelihatannya sudah penuh. Setelah tertinjau-tinjau akhirnya dapat juga kami tempat duduk.


Aku memesan roti nan cheese dan ayam tandoori bersama dengan Nescafe ais. Menu kegemaran aku sekiranya berkunjung ke Restoran Barra ini bersama Laila. Raziq Hanan turut sama memesan menu makanan yang sama beserta Milo ais.


Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempatlah kami bersembang serba sedikit mengenai keluarga masing-masing. Raziq Hanan kurang bercerita mengenai keluarganya. Yang sempat diberitahu pada aku adalah perihal dia yang sudah kematian Bapa semenjak setahun yang lalu dan kini hanya tinggal dia, Abang dan juga Ibunya. Dia juga ada menyebut mengenai Abangnya yang sudah 10 tahun menetap di United Kingdom dan kerana itu, semua tanggungjawab menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya tertimpa dibahunya seorang.


Setelah 30 minit menunggu, akhirnya makanan yang kami pesan akhirnya sampai juga. Sedang kami menikmati keenakkan roti nan cheese dan ayam tandoori tiba-tiba seorang pelayan yang membawa kertas laminate menghampiri kami.Terkejut kami dibuatnya. Aku sedikit teruja apabila melihat perkataan “You’ve been BARRARIZED” tertulis di atas kertas tersebut.


Raziq Hanan yang pada mulanya agak blur, tertawa akhirnya. Lagi-lagi apabila melihat aku yang amat teruja kerana kertas tersebut memberi makna yang kami dapat makan free hari ini! Siapa yang tak seronok!Dek kerana sangat teruja, aku dengan selambanya memaut lengan Raziq Hanan ketika foto kami ingin dirakam oleh pelayan untuk diuploadkan ke dalam Facebook Barra.


"Eh. Sorry" Pantas tangannya ku lepaskan sebaik sahaja gambar kami telah selesai diambil dan aku tersedar dengan jarak kami yang begitu hampir ketika itu."It'okay" Dia hanya tersenyum yang entah kenapa aku rasakan berlainan sekali caranya. Aku meneruskan suapan dengan selera makan yang tiba-tiba sahaja hilang!

No comments:

Post a Comment