Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, August 8, 2013

Izz Zayani : BAB 4

Hari Sabtu. Akhirnya tiba juga harinya untuk aku mengambil kereta kancilku yang telah siap dibaiki. Melayang lagi duit aku. Awal pagi sebelum ke kebun, Pak Su Omar telah menghantar aku ke bengkel Ah Yong di hujung kampung. Sesampainya kami di sana, pintu bengkel masih lagi tertutup rapat.


"Nak Ayah tunggu sama ke?" Pak Su menyambut topi keledar yang aku hulurkan padanya. Mata aku meliar memandang kesekeliling kedai. Dek kerana bengkel kereta tersebut terletak betul-betul di sebelah jalan besar, kenderaan yang lalu lalang menyebabkan keadaan disekitarnya agak bising.


"Takpela Ayah. Izz boleh tunggu sendiri. Lagipun ramai orang lalu lalang kat sini. Ok kot. "Rambut yang menutup sebahagian muka aku seka ke belakang. Agak berpuashati dengan jawapan aku, Pak Su Omar meninggalkan aku di situ.


Jam tangan ku kerling. 'Ish .. dah dekat pukul 10 dah ni. Kenapa tak ada orang lagi ni'. Telefon bimbit di dalam beg sandangku capai. Nombor 'Ah Yong Bengkel' kucari. Punat hijau ditelefon Nokia E63 kutekan setelah nombor yang dicari kujumpa.


"Halo. Ah Yong. You mana? Saya sudah tunggu kat depan bengkel ni" pantas ku bersuara sebaik sahaja kedengaran telefon diangkat. "Weei .. siapa ni?" Kedengaran suara yang agak mamai-mamai di sebelah sana. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.


"Saya la. Anak Pak Omar."


"Ooo .. Yaya .. Apahal?" Amboii .. buat-buat tanya pulak Tauke Cina ni. "You kata hari ni saya sudah boleh collect kereta saya. Kancil warna silver. Sudah seminggu saya hantar " Darah sudah mula naik ke kepala.


"Alamak amoi .. soli loohhhh .... Gua lupa la. Hali ni Gua cuti. Mama Gua masuk Ospital laa " jawapan pelat dari Ah Yong itu membuatkan aku mengeluh keras."Habis tu macamana ni? Bila saya boleh ambik kereta saya ni?" Aku sudah berdiri bercekak pinggang. Sekejap-sekejap tangan memicit-micit kepala yang tiba-tiba terasa sakit.


"Hmmm .. Esok boleh ka? Nanti Gua latang sikijap mengkel bagi you collect you punya keleta" Berpinar-pinar mata aku cuba memahami patah-patah perkataan dari mulut Tauke Cina itu." Err .. okla. Tapi you jangan lupa tau" Sempat aku mengingatkan sebelum punat merah ku tekan.


'Aduh .. macamana aku nak balik ni .. Ayah mesti masih kat kebun' Aku mula pening memikirkan bagaimana aku ingin menapak pulang.


Jalan besar kupandang kiri dan kanan.'Isk .. Time time macam ni la satu biji bas pun tak nampak' Punggung ku labuhkan kembali ke kerusi panjang yang berada di bengkel Ah Yong itu. Rambut ku ikat tinggi dengan pengikat rambut yang memang sedia ada di pergelangan tangan.


Sedang aku mengibas-ngibaskan tangan untuk menyejukkan sedikit muka yang mula rasa membahang dek kerana terik matahari, sebuah kereta Honda Civic berhenti betul-betul di hadapanku.


Seperti yang ku jangka, wajah Abang Zack yang muncul sebaik sahaja cermin tingkap diturunkan."Haii .. Tunggu bas lagi ke Izz? Kita ni asyik terserempak cara macam ni aje kan?" Cermin mata hitam yang dipakai di tanggalkan seraya tersenyum menggoda kearah aku. 'Errkk .. Menggoda ke? Ke aku yang terperasan sendiri ni? Ishh' sempat aku berkata sendirian dalam hati.


"Errr .. Ha'ah. Tunggu bas. Nak ambik kereta, tapi bengkel tutup pulak" Lancar sahaja mulut aku menjawab.'Eh eh .. turun pulak dia ni' Aku menggangkat kening sambil memerhati Abang Zack yang sudah mengatur langkah kearah aku dan selamba duduk betul-betul di sebelah aku. Bau harum wangian dari tubuhnya segera menyucuk-nyucuk ke rongga pernafasan aku membuatkan dada berdegup laju.


'Ish .. apa kena ngan aku nih' tangan kuletakkan kedada cuba menenangkan diri sendiri."Izz .. Kenapa ni? Sakit dada ke?" Abang Zack memandang ke wajahku. Ada riak kerisauan di wajahnya. "Eh .. Takdalah" Kepala kugelengkan laju-laju. Aku mengesot sedikit ke kanan untuk menjauhkan sedikit jarak antara kami. Takut jika orang kampung nampak. Entah apa pula akan diumpat mereka. Sekilas aku nampak Abang Zack tersenyum mendengar jawapan aku yang kedengaran sedikit kalut.


"Emmm .. Bila Abang balik KL?" Setelah lebih kurang 5 minit masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri, aku memberanikan diri bersuara."Esok petang. Isnin dah masuk kerja" Mata kami bertaup."Oooohh" Pandangan kualihkan semula kejalan. Degup jantung sudah mula kembali kepada denyutan normal.


"Eh .. Ni kalau Izz nak balik, jom la Abang tolong hantarkan" Tiba-tiba Abang Zack bersuara seraya bangun dan berdiri mengadap aku." Isshh .. Takpela bang. Buat susah je" Cepat-cepat aku menolak. Malulah aku asyik menumpang kereta Abang Zack.


"Mana ada susahnya. Jom la" Dia masih mendesak. Cermin mata hitam sudah kembali dpakai menambahkan lagi kekacakan wajah maskulin yang dimiliki Abang Zack. Melihatkan jam sudah hampir ke pukul 12, akhirnya aku bersetuju juga untuk menumpang kereta Abang Zack.


'Apasal la lambat je aku rasa dia bawak kereta ni. Rasa macam naik belakang siput je' Aku mengeluh dalam hati setelah sudah lebih 10 minit kereta bergerak tetapi masih belum sampai ke destinasinya. Pandangan masih kuhalakan ke luar tingkap. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 15 minit itu seolah-olah bakal menjadi 1 jam memandangkan Abang Zack memandu keretanya hanya dengan kelajuan 50km/jam. Kereta import pun tak guna kalau kelajuannya macam ini.


"Ehem" Kedengaran Abang Zack berdehem untuk menarik perhatian aku. "Kenapa Izz tak sambung belajar? Umur Izz baru 22 tahun kan? Si Laila tupun dah nak habis amik Degree " Pertanyaan Abang Zack kusambut dengan pandangan yang penuh kerutan di dahi.'Isk dia ni.. Perli ke apa tanya aku macamtu' Terdetik sedikit rasa tak puas hati aku.


"Kenapa?Abang salah cakap ke?" Abang Zack melorotkan cermin matanya sedikit dari hidungnya dan dia memandang aku agak lama sebelum pandangan ditumpukan semula ke atas jalanraya. "Eh .. takda salah la.Err .. Keputusan SPM tak bagus. So, Izz just amik sijil je kat IKBN. Lagipun kalau belajar kat Uni nanti lama sangat. Kesian kat Ayah Omar dengan Mak Siah kat kampung ni takde teman" Apa saja yang terlintas di kepala ketika itu aku lontarkan padanya. Malas mahu mendengar dia bertanya soalan yang sama berulang kali.


"Laa.. Napa tak amik STPM?" Sekali lagi aku memandangnya 'Isskk .. Tak abis lagi ke dia ni' Mata kupandangkan ke atas. Geram juga rasa hati bila ditegur dalam hal belajar ni. Almaklumla. Dengan keputusan SPM aku yang tak ada A langsung tu, nak mohon tingkatan 6 pun agak sukar.Malas aku nak pening-peningkan kepala. Perlu ke aku terangkan semuanya pada Abang Zack?


Aku sedia faham yang adik beradik Laila ni semuanya pandai-pandai belaka. Abang Zack sendiri pun kalau tak silap aku merupakan bekas graduan Universiti Malaya. Bukan calang-calang tu kalau dapat ke UM.


Aku membiarkan soalan yang terakhir dari Abang Zack sepi tanpa jawapan. Bukan tak nak menjawab. Tapi, kebetulan kami kereta sudah dibelokkan ke halaman rumahku.


"Terima kasih la Abang Zack. Nak singgah rumah dulu ke?" Aku sekadar berbasa basi. Abang Zack tersenyum." Kasih diterima.Lain kali la Abang singgah. Mana tau, datang lain kali bawa hajat" Tersentap aku mendengar jawapannya itu."Hah? Errr .. Yelah. Assalammualaikum" Tergagap-gagap aku bersuara.Pintu kereta kututup dan langkah segeraku atur masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang. Muka sudah mula terasa membahang.'Isk Izz .. merah lagi muka kau' aku menggaru-garu kepala.


"Haaa . laju je jalan tu. Kereta dah siap belum? Mak tak dengar pun bunyi kereta" Suara teguran Mak Su Siah mematikan langkah aku untuk masuk ke bilik. Mak Su Siah yang menjengah-jengah keluar dari celah tingkap aku hampiri.


"Dah siap. Tapi bengkel pulak tutup. Call si Ah Yong tu, dia kata esok baru boleh ambik" remote tv aku capai dan aku mengambil tempat duduk di sebelah Mak Su Siah yang sudah kembali duduk bersila menghadap selonggok kain basuhan yang telah pun kering."Laa yeke? Habis tu balik ni naik apa?" Sehelai kain batik dicapainya dan dilipat dengan cermat."Hmm .. Abang Zack, anak Pak Ali tumpangkan. Kebetulan dia lalu kat depan bengkel tu tadi" Punat remote tv kupicit. Satu persatu siaran ku buka dan akhirnya pandangan tertumpu pada siaran Astro 104 yang menayangkan siaran Masterchef Celebriti.


"Mak dah siap masak?" Wajah disebelah ku pandang sekilas."Dah. Mak masak simple je. Asam pedas ikan kembung dengan sayur pakis tumis kering je" Mendengarkan ada lauk kegemaran aku disebut, kecur air liurku dibuatnya."Sedap tu asam pedas. Ayah dah balik ke?" Pandangan aku meliar ke sekeliling rumah."Ada tu. Tengah mandi. Pergi la siapkan meja. Nanti Ayah siap mandi kita makan." Longgokan kain yang tadi tinggi menggunung sudah mulai surut.


'Kesian mak kena lipat kain baju aku jugak. Haaii .. Nak buat macamana, dah aku ni nak lipat kain memang pemalas nombor satu' sempat aku membebel dalam hati sebelum berlalu ke dapur untuk menghidangkan makanan untuk makan tengahari kami tiga beranak.

No comments:

Post a Comment