Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, August 16, 2013

Izz Zayani : BAB 7

Masuk hari ini sudah hampir sebulan aku bekerja di Rasydan Electronic sebagai Technician Supervisor. Walaupun orang bawahan aku kebanyakkannya adalah Juruteknik lelaki, tetapi itu tidak menjadi masalah kerana aku sudah terbiasa bekerja dengan kaum yang satu ini. Pada mulanya mereka agak kurang yakin dengan kebolehan aku, tetapi aku bersyukur kerana masuk ke minggu kedua, semuanya berjalan dengan lancar. Itupun setelah aku terpaksa bekerja 24 jam selama 3 hari berturut-turut kerana masalah pada mesin utama yang menyebabkan kerja-kerja pengeluaran tergendala.


Sepanjang sebulan itu jugalah Abang Zack sudah menjadi driver tetap aku. Bukannya aku sengaja mahu menyusahkan Abang Laila yang seorang itu. Rasanya dah selalu sangat aku katakan padanya yang aku boleh saja ketempat kerja menaiki bas mini atau teksi. Tapi, dia yang berdegil dan disokong kuat pula oleh Laila yang takutkan keselamatan aku sekiranya aku berulang alik ketempat kerja sendiri.


Petang itu, selesai waktu kerja, seperti biasa aku menunggu Abang Zack di pondok menunggu bas yang terletak selang 15 minit perjalanan dari kilang. Rasanya sudah 3 biji bas mini yang datang dan pergi, tapi bayang kereta kepunyaan Abang Zack pun aku tak nampak lagi. Hendak menghubungi Abang Zack, kebetulan telefonku rosak. Aku baru bekira-kira untuk membeli telefon baru dengan gaji pertamaku nanti.


Jam sudah menunjukkan ke pukul 6.30 petang. Nasib baik aku sudah menunaikan solat Asar ditempat kerja tadi. Kalau tidak, maunya aku terpaksa berpatah balik ke surau yang terletak di belakang Kilang untuk bersolat.


Dari seramai-ramai orang yang menunggu di hentian itu, sampailah tinggal aku dengan seorang Pakcik sahaja yang ada ada di situ, bayang kereta Abang Zack masih tidak kelihatan. Awan sudah berubah agak mendung menunjukkan yang hujan akan turun bila-bila masa saja lagi. Aku mula tak senang duduk. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Hati sedikit resah bila aku mula terperasan pakcik yang duduk menunggu sama di situ tak lepas-lepas memandang ke arah aku dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas berulang-ulang kali.'Hish. Tak pernah tengok perempuan ke apa orang tua ni' Cardigan bewarna putih yang kupadankan dengan dress labuh berwarna turqoise kutarik rapat menutup dada.Beg tangan kupeluk rapat kedada.


Seperti yang dijangka, hujan turun dengan amat lebat sekali.Dari ekor mata, dapat ku lihat pakcik yang tadinya duduk dihujung bangku kini mengesot lebih rapat denganku.'Tempias kot' telah aku dalam hati. Cuba berhusnuzon. Aku berpeluk tubuh kerana rasa sejuk sudah mula terasa dek kerana terkena tempiasan air hujan yang semankin lebat.


"Adik nak kemana ni?" Kedengaran satu suara garau menegur. Aku menoleh. Kelihatan Pakcik tadi sudah duduk betul-betul di sebelahku. Naik gerun aku dengan pandangan mata yang diberikan oleh Pakcik yang ku agak berusia dalam lingkungan awal 50an itu."Err .. Balik rumah" Aku menjawab acuh tak acuh. Aku bangun dan terasa sedikit tersentap bila merasa lenganku diragut kasar dari belakang."Eh .. Nak kemana tu? Kan hujan ni" Pakcik itu tersengih menampakkan barisan giginya yang jarang dengan pegangan tangannya masih kejap dilengan kananku.


'Ya Allah. Selamatkanlah hambaMu ini' Aku berdoa dalam hati dengan jantung yang mula berdegup kencang."Apa ni Pakcik!" Aku merentap tanganku dari pegangan Pakcik yang mula berdiri menghampiriku."Janganlah sombong sangat. Abang nak kenal-kenal je" Lengan kiriku pula ditarik kuat sehingga berpusing badanku dibuatnya. Cengkaman kuat pada keduabelah lenganku membuatkan aku menjerit kesakitan.


"Lepaslah Pakcik." Aku meronta-ronta bila Pakcik itu cuba menarik aku rapat ke dalam pelukkannya. Tanpa mempedulikan rontaan dan raungan aku yang tenggelam timbul berselang seli dengan dentuman guruh yang sabung menyabung itu, dia terus berusaha untuk memeluk dan mencium aku."Ya Allah .. " Aku merintih lemah sambil terus meronta-ronta dengan mata yang terpejam. Airmata mula mengalir laju.


Tiba-tiba aku rasakan pegangan dikedua belah lenganku semankin mengendur. Akibat rontaan yang agak kuat, aku jatuh terduduk di atas lantai yang sudah kotor dibasahi hujan. Habis dress yang aku pakai bertukar warna. Namun, aku sudah tidak peduli dengan itu semua. Apa yang aku fikirkan sekarang ini adalah keselamatan aku. Dengan sekuat hati, tanpa memandang ke belakang aku berlari dari situ dalam hujan yang semankin menggila.


"Izz!! Izz Zayani!!!!" Langkah aku terhenti setelah mendengar namaku di seru agak kuat. Dalam kesamaran curahan hujan yang semankin lebat itu, dapat kulihat bayangan sesusuk tubuh menghampiri. Kakiku terasa lemah untuk terus melangkah. Badanku semankin menggigil. Kesejukkan dan ketakutan. Dua rasa yang menguasai diriku saat ini. Mataku akhirnya membulat apabila terpandang wajah Bos aku, Raziq Hanan yang sudah berada betul-betul di hadapanku.Tanpa kata, aku terus menerpa kearahnya dan lantas memeluknya, erat. Aku menyembamkan wajahku kedadanya yang bidang sambil menangis sepuas-puasnya. Aku sudah lupa siapa yang di hadapanku ketika ini. Apa yang aku fikirkan saat ini, aku berasa amat lega dan bersyukur kerana dia datang menyelamatkan maruahku dari dinoda oleh lelaki durjana itu.


"Shhh .... hey .. everything is alright now. You are safe with me. I'm here for you" Dia membalas pelukkanku dan berbisik dalam nada memujuk. Rambutku diusap lembut. Setelah seketika baru aku tersedar yang aku masih memeluknya di tengah-tengah hujan yang lebat. Cepat-cepat aku meleraikan pelukan aku itu dan dapat aku tangkap senyuman di bibir lelaki itu. "Mari saya hantar Izz balik" Lembut dia bersuara. Dia menarik tanganku menuju ke keretanya yang diletakkan tidak jauh dari hentian bas yang telah mencatatkan satu kisah hitam dalam hidup aku hari ini. Aku terus melangkah masuk ke dalam kereta tanpa memandang kearah hentian bas tersebut. Aku sudah tidak peduli apa yang jadi kepada Pakcik durjana itu tadi.


"Nah. Keringkan rambut Izz dan badan Izz tu" Sehelai tuala kecil dihulurkan kepadaku sebaik sahaja kami telah memasuki kereta Audi A6 hitam miliknya."Nasib baik saya balik lewat hari ni dan tergerak hati nak ke sini" Dia memandang kearahku yang cuba mengeringkan rambut dan badan yang basah lencun terkena hujan tadi. 'Nasib baiklah tempat duduk kereta ni leather. Kalau tak mesti habis basah jugak' sempat hatiku berdetik apabila melihat keadaan pakaianku yang sudah habis basah dan boleh diperah dua tiga kali itu.


"Terima Kasih Encik Raziq" Wajahnya yang sudah mula mengering dek terkena aircond kereta itu kupandang sekilas."Sama-sama. Izz tunggu siapa tadi? Kenapa lewat sangat balik?" Dia akhirnya bertanya setelah melihat aku sudah agak tenang dan tidak lagi menggigil-gigil seperti tadi. Kereta masih belum bergerak. Mungkin dia mahu memastikan aku sudah betul-betul tenang sebelum dia menghantar aku pulang.


"Err .. Biasanya Abang Zack datang ambik. Tapi, hari ni tak tau kenapa dia tak datang" Aku menerangkan satu persatu."Dia tak telefon ke?" Keningnya berkerut."Telefon saya rosak. Nak call dia pun saya tak ingat nombor telefon dia" Aku menundukkan wajah, malu dengan sifat pelupaku yang satu itu."Hmm .. Tak apalah. Biar saya hantar awak balik. Awak ingat tak alamat rumah awak ni?" Dia bertanya lagi. Tak tahu samada ingin menguji atau sekadar memastikan yang aku sudah okey. Dia tersenyum apabila aku menganggukkan kepala tanda aku ingat. Enjin kereta dihidupkan dan kereta dipecut laju membelah hujan yang masih lebat seperti tadi.



"Ya Allah Izz!! Apa dah jadi kat engkau ni??" Laila terjerit kecil setelah melihat aku yang kebasahan melangkah masuk ke dalam rumah sambil dipimpin oleh Raziq Hanan. Dia menerpa kearah aku dan turut sama memimpin aku duduk di sofa setelah melihat muka aku yang masih kepucatan."Kenapa ni Izz?" Suaranya mengendur bila melihat aku seperti mahu menangis. Dia memandang aku dan Raziq Hanan silih berganti. Raziq Hanan yang duduk di sebelahku hanya memandang wajahku tanpa bersuara.


"Ok. Kau relax dulu. Aku pergi ambilkan air untuk kau ok" Laila mengelus lembut bahuku sebelum berlalu ke dapur. Raziq Hanan masih memandang aku. Jelas terpamer riak kerisauan diwajah kacaknya. Aku tak mampu berkata apa-apa kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Aku hanya menunduk memandang lantai dengan pandangan kosong.


"Nah. Minum ni" Laila menghulurkan mug berisi air teh panas kepadaku. "Err .. you nak minum ke? Boleh I buatkan sekali" Raziq Hanan akhirnya mengalih pandangan pada Laila. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Takpe. It's ok. Lagipun saya dah nak balik ni. Since you ada untuk jaga Izz, saya minta diri dulu la. Anything, please call me. This is my card" Raziq Hanan yang sudah pun bangun menghulurkan kad perniagaannya kepada Laila. "Ok. Thanks Err Mr .. Raziq" Kad yang sudah beralih tangan ditatap lama oleh Laila.


"Terima kasih En Raziq" Aku sempat bersuara sebelum Laila menghantar Raziq Hanan ke muka pintu. Jejaka itu hanya mengangguk sambil tersenyum manis. "Sama-sama. Anything just call me ok" Sempat dia berpesan sebelum berlalu. Aku hanya mengangguk-angguk lemah sambil cuba mengukirkan senyuman untuknya.


"Izz .. Kenapa ni? Apa yang dah jadi?" Laila yang sudah melabuhkan punggungnya kembali disisiku bertanya lagi. Jelas kelihatan raut kebimbangan diwajahnya. Aku menarik nafas dalam. "Aku .. Aku .. Aku nyaris kena rogol Laila" Lemah aku bersuara. Wajahnya yang tiba-tiba berubah riak aku pandang, sayu. "Hah???" Buntang matanya memandangku lantas tubuhku dirangkul kemas. Mengongoi-ngogoi aku menangis di dalam pelukannya.


"Syukurlah kau dah selamat. Cuba kau cerita dengan aku apa yang dah jadi" Lembut Laila bersuara setelah tangisku reda. Aku mengesat airmata yang bersisa. Nafasku tarik dalam-dalam. "Masa aku tunggu kat hentian bas tadi aku kena serang dengan sorang Pakcik ni. Aku takut Laila! Aku tak tahu nak buat apa! Aku cuba lari tapi tak boleh. Tapi, nasib baiklah bos aku, Encik Raziq kebetulan lalu kat situ. Kalau tak aku tak tahu apa yang dah jadi kat aku Laila" Airmata merembes laju. Tersedu-sedan aku menangis lagi. Mata Laila terbeliak memandangku.


"Abang Zack tak datang ambik kau ke?" Dahi Laila berkerut. Aku hanya menggeleng. Riak mukanya mula berubah. Tangannya segera mencapai telefon Samsung S3nya di atas meja."Abang. Where are you?" Sedikit keras nada suaranya."Dia dah ada kat rumah ni." Pendek sahaja jawabnya. "Whatever" Telefon terus diletak.


"Kesiannya kau. Abang Zack ni pun satu. Banyak sangat kerja kat office pun takkan sampai lupa nak ambik kau! Dia kata, dia cuba call kau tapi tak dapat. Last-last dia hantar sms je. Dia lupa yang telefon kau rosak. Eeeiii!! Geramnya aku!!" Laila mengepal-ngepalkan penumbuknya. Terpamer riak ketidakpuasan hati diwajahnya. "Takpela Laila. Bukan kita mintak pun benda ni jadi. Yang penting aku selamat kan" Aku berkata lembut. Yang sebenarnya, aku malas nak memanjangkan isu ini lagi. Aku tahu ini bukan salah Abang Zack.Aku redha.


"Aku pergi naik atas dulu la ye. Nak mandi, solat. Letih sangat rasa badan aku ni.Err .. Kau jangan bagitau apa-apa dengan Mak ngan Ayah aku tau. Aku taknak diaorang risau." Sempat aku berpesan sebelum aku melangkah longlai menuju ke bilikku di tingkat atas.


"Ha yelah. Kau rehatlah kay. Hmm .. Esok kau cuti kan? Nak aku temankan ke kat rumah?" Pandangan Laila masih menunjukkan kerisauannya melihatkan keadaan aku. Aku hanya tersenyum hambar sambil menggelengkan kepala dan meneruskan langkah, mendaki anak tangga.


Selesai membersihkan badan, aku segera menunaikan kewajipan kepada Yang Satu. Panjang doaku malam ini. Menggunung kesyukuran aku panjatkan pada Illahi. Bersungguh aku pohonkan keampunan dari yang Esa.Airmata mengalir lagi.

No comments:

Post a Comment