Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, August 6, 2013

Izz Zayani : BAB 1

Peluh mula memercik didahi. Rambut yang melepasi bahu ku ikat tinggi. Suratkhabar Metro yang sedari tadi kupegang ku kibas-kibaskan kearah wajah. Terasa membahang seluruh badanku dek kerana pancaran matahari tepat jam 12 tengahari. Hendak duduk, semua kerusi di hentian bas itu telah penuh. Kalau ada pun yang kosong, ada saja barang-barang lain yang diletakkan. Walhal boleh saja kalau nak diletakkan di atas lantai. Aku mengeluh sendiri dengan sikap manusia yang kurang prihatin seperti itu. 'Bilalah kereta nak siap ni' Aku mengeluh bila teringat kereta kancilku yang sudah seminggu dihantar kebengkel kerana overhaul.


Aku menarik nafas lega setelah melihat Bas yang ku tunggu sekian lama akhirnya muncul juga. Setelah bersesak-sesak, akhirnya dapat juga aku tempat duduk di dalam Bas Maju yang tak ada air cond ini. Suratkhabar masih aku kibas-kibaskan kearah muka. Tingkap bas ku buka dengan lebih luas. Terasa lega sedikit apabila bas sudah mulai bergerak. Pandangan ku lemparkan ke luar tingkap sambil menikmati hembusan angin yang agak nyaman walaupun sesekali terbau asap dari kenderaan lain yang bergerak sama.


Tepat jam 1.30 petang aku sampai juga di rumah. "Assalammualaikum" Salam ku hulur sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah."Waalaikummussalam. Izz! Nanti ke dapur ye sayang!" Kedengaran suara Mak Su Siah menjawab dari dapur."Ye Mak. Kejap. Izz nak letak beg dalam bilik dulu" Tak berapa lama kemudian, aku menghampiri Mak Su Siah yang kupanggil 'Mak' semenjak ketiadaan Ibu dan Babah 15 tahun yang lalu. Tangannya kusalam dan pipinya ku cium lembut. Dia yang sedang menyusun pinggan di meja makan membalas ciumanku didahi. Ketiadaan anak sendiri menyebabkan aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mak Su Siah dan Pak Su Omar.


"Lambat balik hari ni. Bukan shift Izz habis pukul 8 pagi ke?" Mak Su siah bertanya sambil mencedok sup ayam dari dalam periuk."Si Amin tu. Patutnya dia masuk ganti Izz, tapi pagi-pagi dia call bagitau dia amik leave half day. Ada urusan bank katanya. Tapi sempatla jugak Izz curi tidur dalam surau tadi. Kalau tak, mau gelong rasanya ni" Aku mencapai sudu untuk diletakkan di mangkuk sayur,sambal kicap dan sup yang sudah terhidang di atas meja.


"Takpela. Pergi panggil Ayah kat ruang tamu tu. Lepas solat tadi, katanya nak pejam-pejamkan mata sekejap. Ha.. Izz dah solat belum? Kalau belum pergi solat dulu" Ligat tangan Mak Su Siah membasuh perkakasan kotor di sinki dapur. "Baiklah Madam .. Izz mandi ngan solat dulu ye. Nanti kita makan sama-sama" Pipi yang semankin dimakan dek usia itu ku kucup lagi. Penuh kasih. Dia tersenyum senang.


Segar sedikit badan setelah selesai mandi dan solat. Setelah menyarungkan baju tshirt dan seluar tracksuit ke tubuh aku keluar ke ruang tamu untuk mengejutkan Pak Su Omar yang sedang lena tidur.


"Ayah, bangun. Jom kita makan. Mak dah siap masak dah tu" Tubuh yang agak berisi itu aku goyangkan perlahan." Hmmm .. dah siap dah? Kamu dah solat ke? Pak Su Omar bingkas bangun sambil membetulkan kain pelekat yang dipakainya. Aku menganggukkan kepala dan kami berjalan beriringan ke dapur.


Selesai makan, aku meminta izin Mak Su Siah dan Pak Su Omar untuk ke rumah Laila, sahabat baikku yang baru balik dari Kuala Lumpur semalam untuk bercuti di kampung sementara cuti semester. Motor Yamaha Pak Su Omar aku tunggang ke rumah Laila yang jaraknya tidak jauh dari rumahku walaupun kami berbeza Kampung yang hanya dipisahkan dengan sebatang parit yang selebar 3 kaki.


"Assalammualaikum kawan !! ... " Motor ku berhentikan betul-betul bersebelahan dengan Laila yang sedang duduk di atas pangkin di halaman rumahnya di bawah pohon mangga yang rendang."Waalaikummussalam .. " Laila tersenyum lebar menyambut kedatangan aku. Jambu air yang ranum di dalam besen di hadapan Laila dengan pantas aku capai."Amboi .. tak malu. Orang tak pelawa, laju jee dia ambik" pinggang aku dicuitnya. Aku menggeliat kegelian."Takpe. Aku memang tak tau malu" Aku ketawa dengan jambu penuh di dalam mulut.Laila hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.


"Kau balik ngan sapa Mek?Mak ngan Abah kau ada ke?" Kepala aku tertinjau-tinjau ke dalam rumah Laila yang pintunya luas terbuka."Mak ngan Abah pergi kat kebun pisang kat Darat sana ngan Abang aku. Dia balik sekali ngan aku" Laila turut sama mengunyah laju jambu air yang merah ranum di hadapan kami.


"Abang kau? Sapa? "Aku bertanya kerana setahu aku, Laila mempunyai 2 orang Abang. Anak rambut yang menutup mata kuseka ke belakang telinga."Abang long aku la. Zack. Abang Ngah aku mananya nak balik saja-saja macam ni. Semedang asyik sibuk dengan kerja je " Mata memandang ke atas dan tangan diletakkan ke bahu membuatkan aku tergelak melihat gelagat Laila.


Kedengaran bunyi motor yang semankin menghampiri membuatkan perbualan kami yang semankin rancak terhenti. Senyuman dari jauh Abang Laila, Zack, dapat kukesan. Aku membalas senyumannya, ikhlas. Takut dilabel sombong pulak nanti jika aku buat tak tahu.


"Haa Izz .. Lama dah sampai? Ayah Omar dengan Mak Siah kamu sihat ke?" Pak Ali, ayah Laila menyapa ramah sambil mengeluarkan setandan pisang dari bakul motornya. "Baru je sampai. Ayah dengan Mak, Alhamdulillah. Sihat Pakcik" Pakcik Ali mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan aku."Kamu sambung la bersembang. Pak Ali masuk dulu. Nak bubuh kalbait kat pisang ni. Biar cepat sikit masak. Nak bagi kat budak berdua ni bawak balik ke KL" Pak Ali yang berlalu masuk ke rumah ku ekori dengan pandangan mata sehingga hilang di sebalik daun pintu.


"Izz? Izz kawan kamu yang sama kelas dengan kamu tu ke?" Abang Zack mengerutkan keningnya seraya duduk di sebelah Laila.


"Yela bang... Izz Zayani. Yang duduk dengan Mak Su Siah kat kampung sebelah tu. Takkan tak kenal. Dari jauh dah tersengih-sengih tadi ingatkan kenal .. Heh" Laila membebel sambil menjeling kearah abangnya dengan kerutan didahi.


"Yela .. Abang kan dah lama tak balik kampung. Dulu rasanya rambut dia ni pendek cam laki" Aku hanya tersenyum mendengar jawapan Abang Zack. Laila menjuihkan bibirnya. "Tula .. balik pun raya je kan. Tupun sehari dua dah balik KL semula. Ni nasib baik la Laila belajar kat sana. Kalau tak, raya jela mak ngan abah tu dapat jumpa abang kaaannn .. " Laila mengusik abangnya." Yela mak nenek.. " Rambut Laila yang diikat satu itu ditarik sebelum dia berlalu dari situ dan sempat mengenyitkan matanya pada aku sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum selamba melihat perlakuan Abang sulung Laila itu.


"Eeeiii ... mata masuk habuk ke bang? Ke dah kena sakit gatal-gatal?!!" Laila berteriak kearah abangnya tidak puas hati. Meledak kuat tawa Abang Zack dari jauh membuatkan Laila memuncungkan mulutnya, geram. "Tula kau. Suka sangat potong rambut pendek dulu. Sampai bila rambut panjang camni Abang aku pun tak kenal dah .. "Bebelannya yang terarah kepada aku membuatkan kening aku terangkat." Aik. Aku plak yang kena?" Jambu air yang entah keberapa biji aku capai dan kugigit rakus. Mahu tergelak aku dibuatnya apabila terpandang riak muka Laila yang masih kelat. Pantas pehaku dicubitnya membuatkan aku menjerit kecil dengan tawa masih bersisa.

No comments:

Post a Comment