Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, August 9, 2013

Izz Zayani : BAB 5

"Apa?? Kau ni biar betul Laila. Kau ingat senang-senang je mak aku tu nak lepaskan aku?" Mataku jengilkan pada Laila yang sedang enak mengunyah karipap yang dihidangkan Mak Su Siah sebelum dia ke kebun dengan Pak Su Omar sebentar tadi.


"Alaaa .. Relaxlah. Kalau kau takut, nanti aku slow talk dengan mak kau" Mukanya masih menunjukkan riak selamba. Keningku berkerut. Tak puas hati dengan gelagat gadis berkulit sawo matang di sebelahku ini. Matanya masih khusyuk menatap kaca tv yang menyiarkan cerita yang entah apa. Tumpuan dan mood aku hilang 10 minit yang lalu tatkala Laila menyuarakan cadangannya agar aku mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana. Katanya boleh jadi teman padanya yang kini tinggal di luar kampus duduk menyewa seorang diri.


Kepala kugaru walau tidak gatal."Kau ni. Banyak sangat fikir lah. Lagipun, sampai bila kau nak duduk kat kampung ni? Dengan kamahiran yang engkau ada, kat KL tu, senang-senang je kau nak dapat gaji yang RM2000 ke atas tau" Tumpuan Laila kini pada aku yang masih menimbang tara cadangannya.


Macam-macam yang aku fikirkan. Sedangkan waktu menyuarakan hasrat untuk mengambil kursus IKBN di Pulau Pinang dulu tu pun, jenuh aku memujuk Mak Su Siah untuk memberikan keizinan dan restunya. Makan 3 hari 3 malam juga lah. Inikan pula jika aku menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.Mahu 7 hari 7 malam aku memujuk. Itupun kalau dia bersetuju. Kalau tak?Aduh! Laila betul-betul pandai mengusutkan kepala otak aku.


"Lagipun, hari tu Abang Zack ada bagitau kat kilang kawan dia ada jawatan Technician yang kosong" Kecil saja mataku memandang ke arah Laila."Eh .. Tiba-tiba je Abang kau boleh bagitau pasal kerja kosong tu .. Kenapa aku rasa cam kau dah plan lama benda ni ek?" Bahu Laila ku tolak lembut. Dia tersengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.


"Alaaa Izz. Bosan la duk rumah tu sorang-sorang. Rumah teres 2 tingkat tau. Abang-abang aku pun harapkan hujung minggu je jenguk aku. Kalau ada kawan best la sikit" Aku menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan dari Laila. "Kau cari la housemate" Pantas aku mencelah."Kalau aku setakat nak housemate, dah lama lah aku buat iklan. Kau ni macam tak tau yang aku ni cerewet tahap dewa. Rasanya kau je yang boleh tahan duduk dengan aku" Dia mencebik menunjukkan protes dengan cadangan aku.


"Please Izz ... Bolehlah. Kau cuba dulu kerja sebulan dua. Kalau tak serasi aku tolong kau cari kerja lain" Kedua belah tanganku digenggam erat. Mulalah dia menunjukkan mimik muka kasihan."Aduh kau ni ... Dari dulu suka la buat aku macamni" Aku mengeluh."Nantilah aku cuba cakap ngan mak aku tu" Akhirnya aku mengalah. Malas hendak menatap muka seposen Laila. "Yeayyyy!!" Dia menjerit girang dan memeluk bahuku erat.



Malam itu selesai menjamu selera, aku membancuh kopi dan menggoreng sedikit keropok untuk hidangan kami tiga beranak sambil menonton televisyen.


Aku mengambil tempat duduk di sebelah Mak Su Siah setelah 3 biji cawan selesai diisi dengan kopi panas."Maaakkk" Aku memulakan bicara dalam nada yang sengaja aku tunekan kepada melodi manja." Haa .. Ni nak apalah ni. Lain macam je suara tu" Mak Su Siah pantas dapat menangkap kelainan dalam nada suaraku. Dia menatap wajahku dengan kening terangkat mohon penjelasan. Aku tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala.


"Errr ... Izz nak .. Izz nak .. " Tiba-tiba terasa kecut pula perut aku untuk berterus terang."Hisshh .. budak ni. Izz nak, Izz nak. Nak apa? Cakap je la terus" Pak Su Omar yang sedari tadi leka menonton Berita Utama bersuara tegas."Izz nak mintak izin ikut Laila balik KL" Laju saja kata-kata itu keluar dari mulut aku setelah mendengar nada suara Pak Su Omar yang sememangnya lebih garang dan tegas dari Mak Su Siah.


Besar mata Mak Su Siah mendengar kata-kataku itu. Aku memandangnya dengan pandangan mohon simpati."Kau ni biar betul Izz. Selama berapa belas tahun kamu duduk dengan kami ni, mana pernah kamu duduk jauh dari kami" Terdengar getaran suara Mak Su Siah menahan sebak.'Alamak. Dah mula dah drama airmata ni' Aku mula rasa serba salah.


"Nak buat apa kamu ke kolumpo tu Izz" Pak Su Omar bertanya, tenang."Err .. Laila dah carikan kerja kat sana. Kat Kilang kawan Abang Zack, Abang si Laila" Satu persatu aku menerangkan. Mak Su Siah  kulihat sudah mula menyeka airmata yang sudah mula merembes keluar. Aku melepaskan keluhan, ringan.


"Mak .. Janganlah macam ni. Nanti kalau cuti, Izz balik lah jenguk Mak dengan Ayah" Aku memeluk lembut bahu Mak Su Siah, cuba memujuk."Lagipun, mana tahu kat KL tu nanti Izz dapat cari anak Raja jadi menantu mak" Aku berseloroh. Cuba merubah suasana yang agak suram itu. Usahaku berhasil apabila Mak Su Siah tergelak kecil sambil menepuk pehaku. "Ha yee .. Nak anak Raja sangat. Tengok-tengok dapat kat Rajagopal baru tau" Mak Su Siah membalas usikanku. " Hish Mak ni. Ada ke cakap macamtu. Nanti dapat cucu kulit belang-belang baru tau" Aku memuncungkan bibir tanda protes. Dia tergelak melihat memek mukaku dan aku terus memeluknya dengan lebih erat. Pak Su Omar hanya tersenyum melihat gelagat kami dua beranak.

No comments:

Post a Comment