Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, August 6, 2013

Izz Zayani : BAB 2

Selesai solat Isyak berjemaah bersama Pak Su Omar dan Mak Su Siah, kami makan malam bersama dan selesai itu, aku terus bersiap-siap untuk ketempat kerja. Shift aku minggu ini bermula jam 10 malam dan berakhir jam 8 pagi keesokkan harinya. Hampir setahun aku bekerja sebagai Juruteknik di Kilang Shimano sebaik habis kursus aku di IKBN.


Memandangkan keputusan SPM aku yang tak berapa memberangsangkan, aku nekad untuk mengambil kursus selama 27 bulan  di IKBN untuk Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Penyelenggaraan Industri) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Puas la juga Mak Su Siah bermandikan airmata sebelum melepaskan aku pergi. Sempat jugalah dia membebel kerana aku tak memohon kursus yang di tawarkan di dalam Johor sahaja. Tapi, nak buat macamana. Dah anak buahnya ni sejak dari sekolah memang minat berjalan jauh. Semua lawatan sekolah aku pergi. Sanggup aku kumpul duit poket sendiri semata-mata tak mahu menyusahkan Mak Su Siah dan Pak Su Omar.


Kadang-kadang rasa cemburu juga dengan Laila yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Tapi, aku segera bermuhasabah diri kerana aku percaya rencana Allah untuk HambaNya adalah yang terbaik.


Baju kurung kapas berwarna kuning dan berbunga halus warna merah hati yang dikenakan ditubuh, aku gayakan di hadapan cermin. Rambut yang aku simpulkan tinggi aku rapikan. Sedikit Lipice aku oleskan ke bibir agar tak nampak terlalu pucat. Setelah puas dengan penampilan diri beg tangan di atas katil ku capai berserta dengan uniform kerja.


"Bila kereta nak siap Izz?" Suara Pak Su Omar menyapa sebaik sahaja pintu bilik ku tutup. " Semalam Izz telefon tauke bengkel tu. Dia kata hari Sabtu ni boleh la ambil " Pak Su Omar dan Mak Su Siah yang sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil melayan cerita 'Tanah Kubur' di Astro Oasis aku hampiri dan punggungku labuhkan disisi Mak Su Siah.


"Nak Pak Su hantar ke?" Cawan berisi kopi panas dihirup perlahan sambil matanya memandang kearah aku."Takpela Ayah. Macam jauh sangat pun. Tak sampai 5 minit sampai la Izz kat Pekan tu. Lagipun bas selang 10 minit ada la tu nanti" Aku menolak lembut. Seminggu menunggang motor ke Pekan untuk menaiki bas ke kilang tempat aku bekerja membuatkan aku terbiasa."Izz pergi dulu la Mak, Ayah" Tangan mereka kusalami sebelum berlalu keluar."Elok-elok bawak motor tu" Pesan Mak Su Siah sambil menghantar aku hingga kemuka pintu.


Deruan bunyi motor memecahkan suasana sunyi disekelilingku ketika itu. 'Ish .. gelap la pulak malam ni. Mana pergi cahaya bulan ni' keluhku melihat kegelapan yang lain dari hari biasa malam ini.'Mendung nak hujan kot' detikku dalam hati.


Jam menunjukkan ke pukul 09.30 apabila aku sampai ke Pekan. Kelibat bas kelihatan melintasi hentian semasa pemegang motor sedang kukunci. 'Alamak !' mencicit-cicit aku lari untuk mengejar bas bernombor 1441 itu. 'Aduyaaiii' Aku mengeluh kerana Bas sudah memecut laju meninggalkan hentian bas yang tiada siapa pun menunggu ketika itu.


'Lambatla macamni' jam dipergelangan tangan kanan kutatap sekilas. Aku melangkah longlai kearah bangku panjang di hentian bas itu. Panjang saja leherku mengintai kalau-kalau ada bas lain yang menghampiri tetapi hampa. Masa terus berlalu. Pukul 09.45 malam. Hujan turun renyai-renyai. Aku sudah mula resah. Sekejap duduk sekejap bangun. Bayang bas pun masih belum kelihatan.


TIN!TIN! Bunyi hon dari arah kereta Honda Civic yang menghampiri menarik perhatian aku. 'Siapa la pulak ni' Keningku berkerut sambil cuba mengenalpasti siapa empunya kereta berwarna hitam yang semankin dekat dengan hentian bas itu.


"Izz... Buat apa duduk kat hentian ni sorang-sorang? Hujan ni " Terpancul wajah Abang Zack ketika cermin kereta yang bertinted hitam itu diturunkan." Ooohh ... Abang Zack. Ingat siapa tadi" Aku menarik nafas lega ketika terpandang wajahnya."Nak gi kerja la bang. Tengah tunggu bas."Aku bersuara kuat cuba melawan bunyi hujan yang semankin deras."Ooo.. Mehla Abang hantar. Lagipun hujan lebat ni" Abang Zack mempelawa. Mulanya aku agak keberatan. Tapi setelah dipujuk dan memandangkan aku sudah terlewat ke tempat kerja akhirnya aku menurut.


"Buat susah Abang je" Aku bersuara sebaik sahaja memboloskan badan ke dalam kereta. Tisu aku keluarkan dari beg dan muka dan tangan yang agak basah terkena hujan aku lap."Takdela. Mana ada susah" Dia tersenyum memandang aku yang agak lencun kebasahan disebabkan hujan lebat yang turun mencurah-curah."Tempat kerja Izz kat mana ni?" Dia bertanya sebaik sahaja aku memakai tali pinggang keledar. "Kat Jalan Johor. Kilang Shimano" Aku menjawab ringkas dan Abang Zack mengangguk-angguk seraya kereta dipandu laju merentas hujan yang semankin lebat.


"Tak sangka ye. Izz yang comot masa sekolah dulu boleh jadi cantik bila dah besar" kata-kata Abang Zack membuatkan pipiku terasa hangat. 'Aduh. Kau ni kenapa Izz. Nanti dia perasan la kau malu. Isskk' muka pantas kupalingkan ke kiri agar dia tidak terpandang wajahku yang sudah merona kemerahan.


"Izz .." Abang Zack memanggil setelah menyedari tiada tindakbalas dari aku."Errr .. ye bang? " aku pura-pura tersedar dengan panggilannya. Dia tersenyum. 'Hensem la pulak Abang Zack ni' Aku memuji dalam hati. Tapi, Abang Zack memang kacak pun. Sejak dari zaman persekolahan, Abang Zack memang menjadi jejaka pujaan ramai. Bertubuh sasa, berkulit sawo matang dan bermata redup. Ditambah pula dengan title atlet sekolah memantapkan pakejnya untuk membuatkan hati para gadis cair dibuatnya.


Aku? Zaman sekolah merupakan zaman nakal aku. Dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan 4, rambut memang tak pernah aku biarkan panjang. Kawan-kawan aku semuanya lelaki belaka. Nak kata aku berperangai seperti jantan pun takdelah jantan sangat pun. Pakai juga baju kurung.Ada juga pakwe. Aku tersenyum. "Eh .. senyum sendiri pulak dia " muka aku terasa merah sekali lagi."Laaa .. susah juga orang kulit putih ni kan .. Abang tegur sikit pun pipi dan tukar jadi merah" Meledak ketawa Abang Zack melihat wajah aku yang asyik merona merah. Aku hanya tersenyum malu.

No comments:

Post a Comment