Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, January 30, 2015

Kisah Rez dan Tris [2]

LEGA! Itu yang dirasai Trista ketika ini. Seharian sibuk melayan tetamu yang datang pada majlis perkahwinannya menyebabkan Trista rasa seperti hampir ternyahhidrat.

Selesai saja majlis dan setelah menghantar Ayah dan adik-beradiknya pulang ke rumah, Trista mengikut Puan Sri Mariam dan Tengku Reza pulang ke rumah banglo mereka.

Tiba saja dibanglo mewah itu, Tengku Reza terus menunjukkannya bilik mereka sebelum lelaki itu menghilang entah kemana. Malas pula Trista hendak bertanya.

Masuk saja dalam bilik, tanpa sempat menyalin baju dan membersihkan tubuh, badan terus dihempaskan ke atas tilam empuk. Lena terus saja datang bertandang sebaik saja kepala selesa diletakkan di atas bantal. Apa yang difikirkan dalam kepalanya hanya tidur dan rehat. Perkara lain boleh tunggu nanti.

Entah jam berapa dia tersedar. Kesejukkan bilik yang terasa mencengkam kuat hingga ke tulang keringnya membuatkannya terjaga tiba-tiba. Terpisat-pisat dia bangkit dan mata melilau kesekitar bilik yang disirami cahaya lampu yang suram. Matanya terpaku pada sekujur tubuh yang mengerekot kesejukkan di atas sofa tidak jauh darinya. Jam dinding yang menunjukkan keangka 3 pagi ditatap sekilas lalu.

Tidak sampai hati membiarkan lelaki yang kini bergelar suaminya itu kesejukkan, Trista pantas mencapai comforter dan tubuh sasa Tengku Reza diselimutkannya sebelum dia bergerak menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Dia perlu membersihkan diri untuk  menunaikan solat isyak yang belum dikerjakannya. Kewajipan yang satu itu perlu dilaksanakan walau sepenat dan sesibuk mana pun kita. Itu pesan arwah ibunya yang akan diingat sampai bila-bila.

Selesai membersihkan diri, beg pakaian yang terletak elok dikaki katil dituju. Dia mengenakan legging hitam putih dan tshirt labuh hingga melepasi punggung dan solat Isyak segera ditunaikan bersama solat sunat Tahajjud dan sunat hajat. Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarganya dunia dan akhirat.

Habis berdoa dan sebaik tangan diraup rata kemuka, wajah Tengku Reza yang sedang nyenyak tidur ditatap lama. Kacak! Ya. Itu yang terlintas difikirannya apabila wajah maskulin lelaki itu diterokainya.

Wajah yang bersih tanpa noda jerawat itu dirias cukup sempurna oleh Sang Pencipta dengan kening yang hitam lebat, hidung terletak elok dan seulas bibir yang cukup sensual menjadi pelengkap. Kumis nipis yang menghiasi wajah putih kemerahan itu menambahkan lagi ketampanannya.

Trista membawa tangannya melekap kedada yang tiba-tiba rasa berdegup laju. Ah! Perasaan apakah ini? Selama 21 tahun dia hidup, mana pernah ada lelaki yang mampu membawa getaran begini didadanya. Teringatkan yang perkahwinan mereka hanya atas dasar perjanjian semata-mata, Trista segera beristighfar. Telekung segera dibuka dan dilipat sebelum dia merebahkan kembali tubuh di atas tilam. Tubuh diiringkan membelakangkan sofa yang ditiduri suaminya dan mata dipejamkan cuba mengundang kembali rasa mengantuk yang sudah hilang entah kemana.

Sedang Trista memujuk mata untuk kembali lena, terasa tilam di sebelahnya seperti dihenyak perlahan. Trista hanya diam tak berkutik.Nyaris dia menjerit apabila tubuhnya dirangkul dari belakang dan desahan nafas halus menampar lehernya lembut. Mata masih dipejamkan dan bibir diketap kuat. Cuba menahan diri dari menside kick manusia yang seenak rasa memeluknya itu.

“Nelly … I rindu sangat kat you …”

Hampir terputus nafas Trista mendengar bisikan halus yang keluar dari bibir Tengku Reza yang cukup perlahan namun berjaya ditangkap oleh pendengarannya itu.

Nelly? Siapa Nelly? Sebaris nama yang mengundang persoalan dalam diri Trista sehingga dia terlupa sekejap pada Tengku Reza yang sedang erat memeluk tubuhnya itu. Nampaknya, semankin payahlah untuk dia kembali lena kerana dipagi yang hening dan dingin itu, hatinya tiba-tiba terasa hangat. Untuk apa rasa itu, Trista masih belum dapat menafsirkannya lagi.

------

Sudah 2 minggu Trista dan Tengku Reza mendirikan rumahtangga. Kalau mengikut perancangannya, lagi 2 minggu wasiat arwah kedua orang tua Tengku Reza akan dibacakan. Waktu yang memang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh Trista dan Tengku Reza.

Sementara itu, hubungan Trista dan Tengku Reza masih juga begitu. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Hanya di hadapan Puan Sri Mariam saja perlakuan mesra ditunjukkan. Itupun agar rancangan mereka berjalan dengan lancar.

Aktiviti malam Tengku Reza juga sudah dikurangkan agar tidak menimbulkan syak pada Nendanya nanti.

Trista pula sudah tahu siapa dia Nelly setelah Tengku Reza berterus terang padanya. Pada mulanya, terasa sakit juga hatinya tapi bila memikirkan yang perkahwinan mereka hanya ibarat sebuah urusniaga sahaja, terus dibuang segala rasa kurang enak itu jauh-jauh. Dia tak mahu semudah itu tertewas dengan perasaan.

Trista masih lagi berkerja walau sudah acapkali ditegah oleh Puan Sri Mariam. Namun, atas alasan dia sudah selesa bekerja di situ dan memandangkan Tengku Reza juga tidak menghalang, akhirnya Puan Sri Mariam mengalah saja.

“Wei .. Aku peliklah dengan kau ni Tris. Kahwin dengan orang kaya, tapi kenapalah kau masih nak susahkan diri kerja kat KFC ni?” Emelda yang ditugaskan bekerja dengannya dibahagian dapur menegur pada hari pertama dia masuk kerja setelah bercuti 2 minggu.

“Saje” ringkas jawapan yang diberikan mengundang kehairanan dalam diri Emelda. Mesin goreng kentang yang sudah berbunyi menandakan kentang goreng telah masak sepenuhnya segera dihampiri.

“Banyak la kau punya saje” Berkerut raut Emelda tak puas hati. Trista hanya menyambut gertakan halus temannya itu dengan tawa. Mankin geram Emelda dibuatnya. Trista memang begitu. Terlalu perahsia. Sampaikan majlis perkahwinannya tempoh hari, lagi 3 hari sebelum majlis baru semua rakan sekerja dapat tahu. Itupun kerana gadis itu memohon cuti lama dan berita disebarkan oleh Kak Hanum, Pengurus Operasi di situ.

“Tris, ada orang nak jumpa kau. Kalau tak silap aku, husband kau” Indra, Sepervisor yang bertugas hari itu datang menghampiri Trista yang sedang ralit menyediakan zinger burger yang ditempah pelanggan.

“Ha? Ok, ok. Kejap lagi aku datang. Kau suruhlah dia tunggu kejap. Aku nak siapkan order ni dulu” selamba saja Trista menyahut. Indra mengangguk sebelum berlalu pergi membawa pesanan Trista.

“Eh, pergilah jumpa laki kau tu. Ada benda urgent kot. Order ni nanti aku siapkan  la” Emelda menepuk bahu Trista yang sedang ralit menyiapkan beberapa keping zinger burger.

“Takpe. Ada sikit lagi ni. Biarlah dia tunggu” Emelda akhirnya terdiam dengan kedegilan Trista. Bukan dia tidak tahu ketegasan gadis itu dalam menunaikan tanggungjawab dalam pekerjaannya. Selagi belum selesai bahagian kerjanya, memang tak ada orang yang mampu membuatnya berhenti.

15 minit menanti, akhirnya muncul juga wajah Trista di hadapan Tengku Reza.

“Apasal lambat sangat kau ni ha?! Terhegeh-hegeh berjalan” Terus dihambur rasa ketidak puasan hatinya pada gadis itu. Nada suara yang keras namun masih dalam tonasi yang perlahan. Semenjak berkahwin memang tiada lagi panggilan I-You atau Awak-Saya antara mereka. Hanya panggilan kau-aku sebagai pengganti.

“Aku kerja kan. Yang kau suka-suka datang nak jumpa aku ni kau ingat KFC ni Nenda kau yang punya ke?” hambik kau! Sedebik dipulangkan paku buah kerasnya pada lelaki itu. Hangin sungguh badan bila tiba-tiba disergah begitu. Dengan penuh selamba dia melabuhkan duduk di hadapan Tengku Reza yang masih memandang tajam kearahnya.

“Ada aja jawapan kau kan? Eh, aku nak kau ambik halfday hari ni. Aku nak kau ikut aku sekarang. Ada benda yang aku nak kau tolong” tegas kata-kata berbaur arahan dari Tengku Reza pada Trista membuatkan wajah gadis itu berkerut-kerut.

Eh,eh mamat ni. Dahlah mintak tolong. Main paksa-paksa la pulak tu. Harap muka je hensem, perangai? Langsung tak boleh nak hadap! Trista mendengus dalam hati.

“Yang kau masih statik kat sini ni kenapa? Dah! Pergi jumpa supervisor kau cakap yang kau terpaksa ambik halfday hari ni. Ke nak aku yang bagitau?” Kedua belah kening hitam lebat itu sudah terjongket tinggi apabila Trista masih pegun di situ tak bergerak.

“Tak boleh tunggu aku habis kerja ke? Sayanglah cuti. Dah la hari tu baru ambilk cuti 2 minggu” Trista memprotes perlahan. Tengku Reza sudah mengetap bibir geram.

“Kau nak pergi mintak cuti sekarang ni atau kau nak aku tarik balik izin aku untuk bagi kau terus bekerja kat sini? Hurm?” Matanya tajam memanah keanak mata Trista.

Trista sudah mula telan liur. Nak tak nak, dia terpaksa juga akur. Daripada terpaksa duduk di rumah banglo tu macam kera sumbang, baik dia bekerja di sini. Akhirnya dalam keterpaksaan, dia bangkit juga. Tengku Reza tersenyum senget, kemenangan.


------

“AH!!! Kau jangan nak tipu aku la perempuan!!!”

Terkedu Trista mengadap amukan wanita yang layak digelar Mak Singa di hadapannya ketika itu. Mujurlah tak ramai pengunjung di tasik itu hari ini. Jika tidak, memang sah-sahlah drama sebabak mereka ini akan menjadi tatapan umum. Silap haribulan, mungkin akan ada yang bermurah hati merekod dan menguploadkan dalam You Tube. Eii! Mintak simpang la! Sempat Trista merapu sendiri dalam hati.

“Sayang … Kenapa dengan you ni? Kan Tris dah bagitau tu. Dia langsung takde apa-apa perasaan pun pada I kan? So, you tak payah nak risau sangatlah. Lagipun, kan I dah bagitau you, lepas dapat harta pusaka parent I tu nanti, kami bercerailah” mendayu-dayu Tengku Reza cuba memujuk buah hatinya itu.

Naik berbulu mata Trista menonton adegan pujuk memujuk di hadapannya itu. Tubuh genit yang cuba dirangkul Tengku Reza menolak tubuh sasa itu kasar. Setelah beberapa kali ditolak, akhirnya Tengku Reza berhenti mencuba. Tangan yang cuba menyentuh bahu yang terdedah itu juga ditepis kasar.

You ingat I ni bodoh ke Rez? Kalau dah setiap hari duduk dalam satu bilik, takkan tak ada rasa apa-apa kot?! Dah la sekarang ni bila I ajak you pergi clubbing, ada je alasan you. So, what do you aspect me to think? Hah?!” Nelly yang berwajah merah padam masih lagi membentak. Nampak nafasnya turun naik laju menahan rasa amarahnya. Sesekali wajah Trista yang sedari tadi hanya duduk memerhati dijeling tajam.

Hatinya mendongkol geram kerana sewaktu mengajaknya berkahwin dulu, Tengku Reza langsung tak memberitahunya mengenai harta pusaka bernilai jutaan ringgit yang bakal diwarisinya. Andai diberitahu, pasti tanpa sebarang bantahan dia akan bersetuju berkahwin dengan jejaka itu. Tak perlulah dia hendak terbakar dengan api cemburu sebegini.

Kali pertama melihat Trista, hatinya dipagut cemburu. Langsung tak disangka wanita yang dikahwini Tengku Reza secantik itu. Di sebalik uniform KFC dan cap yang dipakainya, tersembunyi sesusuk tubuh sempurna persis model. Dia tahu kerana dia juga wanita. Wanita yang matanya kalau memerhati akan lebih teliti dan telus. Apatah lagi jika yang diperhati adalah wanita yang dikahwini teman lelakinya. Walau dia tahu yang perkahwinan mereka hanyalah bersyarat, tapi dia tak dapat menahan gelojak hatinya dari dimamah cemburu.

“Lagipun, you ni lelaki normal la Rez. Sampai bila you boleh tahan nafsu you yang satu tu ha? Lagi-lagi you ni kan bakal jadi jutawan muda tak lama lagi. I rasa perempuan bodoh je yang sanggup lepaskan you pergi macam tu je. Entah-entah sekarang ni, macam-macam perempuan ni rancang nak goda you dan rampas you dari I!”  Tajam lirikan mata itu pada Trista yang sudah menyirap darahnya  mendengar tuduhan melulu yang keluar dari bibir tebal berwarna merah garang itu.

“Ehem .. Cik Netty … Maaf ye. Macam yang saya cakap tadi, saya memang TAK ADA perasaan pun pada Encik Rez ni. Perkahwinan kami ni pun hanya sebuah perniagaan. Dah dapat upah saya nanti, saya blah la. Jadi,  tolonglah jangan fikir yang saya nak menggoda boyfriend Cik Netty ni ye. Lagipun, sayang kot kalau saya nak bagi mahkota saya yang satu tu kat lelaki sembarangan sebab mahkota saya tu tak ternilai harganya tau.  Apapun saya harap awak berdua dapatlah selesaikan masalah antara kamu ni tanpa melibatkan saya lagi ye. Saya minta diri dulu. Assalammulaikum!” Disabdunya betul-betul perkataan salam itu sebelum kaki diatur pergi dari situ. Langsung tak peduli dengan pandangan membunuh dari pasangan sejoli dihadapannya itu.

Rimas dia dengan perangai manusia seperti itu. Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan sendiri tapi bila dilanda masalah sedikit, mudah benar menuding jari menyalahkan orang lain. Haih! Tak pasal rugi sudah cutinya hari itu. Apa nak buat? Balik rumah Babah la. Boleh juga menjenguk keadaan bapanya itu. Tanpa berfikir panjang, dia segera menahan teksi dan mengarahkan pemandu menuju ke Flat Danau Kota.

------

ANGAN-ANGAN untuk bersendirian tidur guling-guling di atas katil bujangnya malam itu di rumah Ayahnya habis lebur apabila Tengku Reza sudah terpacul di hadapan pintu rumah selesai saja dia sekeluarga menunaikan solat Maghrib berjemaah.

“Tidur je la kat rumah ni Rez. Esok kan Sabtu. Kamu cuti kan?” Nyaris tersembur air kopi yang dihirupnya apabila Ayahnya  ringan saja mempelawa Tengku Reza bermalam di situ.

“Haah la Abang Rez. Bolehlah bawak Nia pergi jalan-jalan esok. Kan Babah kan?” Laju saja Tania yang sedang menyiapkan kerja rumah dimeja makan bersama Taufik menyampuk sambil buat muka comel kepada Abang Iparnya. Tengku Reza hanya tersenyum manis.

Trista sudah menjegilkan mata pada adik bongsunya itu tapi langsung tak diendahkan. Ikutkan hati, memang dah lama mulut mungil Tania diketamnya.

“Eh … Esok kan Tris kerja. Ayah ni. Nanti-nantilah. Lain kali kitaorang tidur sini ye” pantas saja Trista menjawab bagi pihak Tengku Reza. Tak mahu memberi ruang kepada lelaki itu memberi jawapan yang akan membuatnya tak cukup nafas.

“Saya tak kisah Bah. Tapi anak Babah ni la. Sibuk dengan kerja dia aje. Puas saya suruh berhenti tapi tak mahu” Trista rasa macam nak cekik-cekik je manusia yang duduk berhadapan dengannya itu. Kalau tak difikirkan Ayahnya yang sedang senyum memerhati, memang dah bengkok lelaki itu dikerjakannya. Pandai menggunakannya sebagai alasan.

“Tris ni dari kecik memang tak suka bergantung dengan orang lain Rez. Kamu jangan pula salah sangka. Babah faham benar si Tris ni. Walau dia dah kahwin, dia tetap nak cari duit poket sendiri walau Babah percaya duit nafkah yang kamu bagi dah lebih dari cukup sebenarnya” bahu menantunya ditepuk lembut sambil dia meleret senyum kearah Trista yang turut tersenyum mendengar kata-kata Pak Halim yang ternyata menyebelahinya.


“Alaaa Along ni … Bila Abang Reza free, dia pulak tak boleh” rengekan Tania mematikan senyuman dibibirnya. Pantas adiknya yang sudah memuncung panjang itu dijeling tajam. Manja tak bertempat.

‘Isk budak kecik ni … Tak tahu malu betul lah! Karang aku picit-picit jugak biar mankin kenit’ Trista membebel dalam hati.

Trista bukan apa. Dia Cuma tak sanggup duduk berdua dalam biliknya yang hanya berkeluasan separuh dari bilik tidur Tengku Reza itu. Semenjak peristiwa malam pertama Tengku Reza mengigau menyebut nama Netty sambil memeluknya itu, memang Trista sudah menjadikan lantai mazanine berlapikkan totto sebagai tempat tidur rasminya.

Ini, jika terpaksa bermalam di biliknya berdua, takkan dia hendak tidur di atas lantai simen yang memang sah-sahlah sejuk hingga mencengkam tulang belikatnya? Mahu cepat dia diserang penyakit osteoporosis nanti. Naya!

“Nia … Kan Along dah cakap. Nanti lain kali dia balik sini, dia bawak la Nia jalan-jalan” Pak Halim bersuara memujuk namun dalam nada yang masih ada tegasnya. Terus terdiam Tania dibuatnya. Trista tersenyum apabila Ayahnya sekali lagi menyebelahinya.

“Ha, sebelum kamu balik ni, marilah kita solat Isyak berjemaah dulu. Lepas tu kita makan sama-sama. Tadi si Tris ada masak asam pedas ikan pari” hampir tergelak Trista apabila terperasan wajah kalut Tengku Reza apabila Ayahnya mempelawanya solat berjemaah bersama.

Sudahlah sepanjang menjadi suami isteri ni, hanya sesekali saja Tengku Reza mengerjakan solat. Itupun puas dibebel olehnya dan Puan Sri Mariam. Bukannya dia tak pernah menegur. Namun, Tengku Reza tetap juga begitu. Solat mengikut kerajinannya saja.

“Boleh la Rez imamkan solat kita ni ye”

Trista mengetap bibir menahan gelak yang hampir meletus apabila terlihat wajah Tengku Reza yang sedikit melongo sambil memandangnya mohon simpati apabila mendengar sebaris ayat dari Pak Halim itu.

“Elok juga tu Bah. Biar Tris siapkan tempat solat ye. Nia, jom tolong Along” tanpa mempedulikan wajah cuak Tengku Reza, Trista terus bersuara sambil bangkit dan menggamit Tania supaya mengikut ke bilik solat.

‘Padan muka kau wahai Tengku Reza. Siapa suruh datang sini tadi. Kan dah terkono’ Trista tersenyum lebar sambil sempat mengejek dalam hati.


------

JAM sudah menginjak kepukul 11 apabila Trista dan Tengku Reza sampai dibanglo mewah milik keluarga lelaki itu. Sepanjang perjalanan tadi, mereka hanya diam melayan perasaan masing-masing.

Pelik juga Trista dibuatnya apabila Tengku Reza langsung tidak memarahinya apabila sengaja mengenakan lelaki itu dengan membiarkan dia mengimamkan solat isyak mereka tadi. Selalunya kalau dibebel Trista supaya mengerjakan solat pun, ada saja yang hendak ditengkingnya. Tapi ini, boleh pula buat senyap saja. Malas Trista hendak memikirkannya. Eloklah begitu. Mana tahu hidayah dari Allah sudah mula mengetuk pintu hati lelaki itu. Andai benar, dialah insan yang amat-amat bersyukur.

Lagipun, tiada apa cela pun sewaktu Tengku Reza mengimamkan solat isyak tadi. Walau hanya dengan bacaaan surah yang ringkas, namun bacaaannya cukup lancar dan jelas. Kira oklah tu daripada tak tahu langsung. Kan?

Masuk saja ke dalam rumah, mereka disambut oleh Mak Loma. Orang gaji rumah itu yang sudah berkhidmat dengan keluarga Puan Sri Mariam sejak Tengku Reza masih bayi lagi.

“Senyap je rumah ni Mak. Nenda dah tidur ke? Biasanya masa ni dia masih tengok TV kan?” Tengku Reza bertanya apabila perasan suasana rumah yang senyap sunyi.

Satu perkara yang Trista kagum dengan Tengku Reza adalah rasa hormatnya pada orang tua. Walau dengan Mak Loma sekalipun, rasa hormatnya masih tinggi hingga memanggil wanita itu dengan panggilan ‘Mak’.

“Puan Sri ke Pulau Pinang lepas Maghrib tadi. Kelam kabut je Mak tengok tadi. Katanya ada masalah dengan projek baru kat Seberang Prai tu. Dia tak ada bagitau Rez ke?” Berkerut dahi Mak Loma. Setahunya, sekiranya Puan Sri Mariam terpaksa keluar daerah, Tengku Rezalah yang akan diberitahu terlebih dahulu.

“Owh … telefon Rez battery kong la Mak. Tu yang Rez tak tahu tu. Kenapa Nenda yang kena pergi? Bukan Uncle Harris dah ambil alih ke urusan syarikat kat bahagian utara tu?” Tengku Reza tersenyum sekilas sebelum wajah kembali serius.

Setahunya, Puan Sri Mariam sudah lama tak terlibat dengan pengurusan syarikat di bahagian Utara memandangkan Tengku Harris, pakciknya yang bongsu sudah mengambil alih sejak 10 tahun yang lalu.

“Itu Mak tak pastilah pulak Rez. Nanti kamu tanya la sendiri. Eh, kamu berdua nak makan ke? Kalau nak, biar Mak perangatkan lauk pauk tu” Mak Loma menepuk bahu Trista yang sejak tadi hanya berdiam saja di sebelah Tengku Reza.

“Eh, tak apalah Mak Loma. Kami dah kenyang. Tadi dah makan kat rumah Babah Tris” Trista tersenyum mesra sambil mengosok-gosok lembut lengan Mak Loma.

“Kalau macam tu, takpela. Mak masuk tidur dulu ye” usai bertukar ucapan salam dan Selamat Malam, mereka bertiga bergerak kearah bilik tidur masing-masing.

Masuk saja ke dalam bilik, Trista terus saja menuju ke bilik air. Perut tiba-tiba rasa memulas. Lama jugalah dia bertapa di dalam hingga apabila melangkah keluar saja, suasana bilik sudah suram dengan lampu bercahaya kuning dan kelihatan sekujur tubuh Tengku Reza sudah berkelubung dengan selimut hingga menutupi kepala di atas katil.

Memandangkan mata sudah memberat, Trista pantas saja menukar baju di hadapan almari saja. Malas hendak berulang-alik ke dalam bilik air. Lagipun, Tengku Reza berkelubung begitu pastinya sudah nyenyak dibuai mimpi. Telah Trista dalam hati.

Selesai menukar pakaian dan kain baju yang kotor dimasukkan kebakulnya, toto yang menjadi tempat beradunya saban malam dicapai dari almari yang sama cuma dibahagian bawah. Dalam keadaan yang sudah agak mamai, toto dibentang dan 2 biji bantal dicapai dari atas tilam dan tubuh yang terasa lelah direbahkan di atas hamparan toto.

“Kenapa kau tak jadi model?”

Mata yang tadinya sudah layu kembali cerah apabila terdengar suara garau Tengku Reza tiba-tiba berkumandang memecah kesunyian malam.

“Woi! Kau dengar tak aku tanya ni?” Tengku Reza meninggikan suaranya sedikit sambil menjengah ke bawah lantai memerhati sekujur tubuh yang sudah dibalut kemas dengan selimut hingga hampir menutupi seluruh kepala.

Bergendang kuat dadanya seketika tadi apabila memerhatikan Trista menanggalkan pakaiannya satu persatu di hadapan almari. Selama 2 minggu perkahwinan mereka, memang tidak pernah langsung dia melihat Trista mengenakan pakaian yang menjolok mata. Selalunya, hanya jeans dan tshirt yang menjadi seragamnya di rumah itu.

Tapi, malam ini, buat pertama kalinya, sesusuk tubuh Trista yang langsing dan tinggi lampai dan hanya diselaputi pakaian dalam dapat dilihatnya secara jelas. Mujur tidak diterkamnya gadis itu tadi. Jika tidak memang dah ‘selamat’ la segala perjanjian mereka sebelum ini.

Trista masih lagi kaku tak bergerak. Tubuh yang mengiring membelakangi Tengku Reza sengaja dibekukan. Dalam hati sudah berdebar sakan.

‘Ya Allah! Mamat ni belum tidur lagi ke?! Maknanya … Dia nampak la aku …Arrggghhhh!!!! Tidaaaaakkkk!!’ Trista menjerit di dalam hati. Mahu saja dia menampar dirinya sendiri kerana sesuka hati menukar pakaian di hadapan almari yang memang sah-sahlah berada betul-betul bertentangan dengan katil tempat lelaki itu beradu.

Merasakan Trista benar-benar sudah terlena, Tengku Reza akhirnya mendiamkan diri dan cuba untuk melelapkan mata namun agak payah bila bayang-bayang Trista menukar pakaian tadi asyik berlegar-legar di dalam kepalanya.

Trista juga begitu. Habis hilang rasa mengantuknya tadi. 1001 kekesalan menerjah hatinya kerana tidak menukar pakaian di dalam bilik air seperti selalunya. Tak pasal-pasal bagi tayangan percuma pada lelaki itu. Hati Trista mendongkol geram sendiri.

------

“KAMU berdua taknak pergi honeymoon ke?”

Pertanyaan dari Puan Sri Mariam di pagi Isnin yang hening itu membuatkan Trista dan Tengku Reza sama-sama tersedak. Mengagau keduanya mencapai gelas berisi jus oren dan diteguk rakus. Puan Sri Mariam yang memerhati agak terkejut dengan reaksi terlebih sudah dari pasangan pengantin baru itu.

“Isk. Kamu berdua ni. Takkan Nenda sebut honeymoon pun sampai macam tu sekali terkejutnya?” Terjongket tinggi kedua belah keningnya memerhatikan Trista dan Tengku Reza yang duduk bersebelahan di hadapannya.

Trista dan Tengku Reza sama-sama tayang sengih.

“Tak payah la Nenda. Bukan wajib pun honeymoon tu. Lagipun, Tris baru je masuk kerja kan” dengan penuh hati-hati Trista menjawab. Malas hendak memanjangkan isu. Nak tempah maut ke pergi bercuti berdua dengan mamat senget ni? Dahlah semenjak ‘peristiwa hitam’ tempoh hari, pandangan Tengku Reza padanya dah macam kucing nak terkam ikan. Seram sejuk dia dibuatnya.

“Ala … Kerja tu bila-bila masa Tris boleh berhenti kan? Bukannya cucu Nenda ni tak mampu nak tanggung makan pakai Tris tu pun” Puan Sri Mariam masih berkeras.

“Tula Nenda. Rez dah banyak kali ajak si Tris ni pergi honeymoon. Tapi, dia ni sayang sangat nak tinggal kerjanya tu. Malaslah Rez nak paksa” selamba saja Tengku Reza bersuara sambil meneruskan suapan nasi goreng kemulutnya. Sengaja mahu menyakat Trista kerana mengenakannya beberapa hari yang lalu di rumah Mertuanya.

Trista sudah meramas-ramas tangan di bawah meja. Ringan saja kakinya ingin menyepak lelaki yang sedang enak menjamu selera di sebelahnya itu.

“Laaa … Kerja tu sampai bila-bila tak habis. Pergilah bercuti. Lagipun, Nenda dah lama teringinkan cicit dari si Rez ni. Nanti, kalau tunggu lama-lama, takut tak sempat pulak Nenda nak main dengan cicit” ada nada sendu dihujung ayat itu.

Trista yang mendengar sudah menelan liur berkali-kali. What?! Cicit? Dari dia dengan Tengku Reza? Erk??!! Memang taklah!!! Ingin saja semua kata-kata itu dihamburkan sekuat alam namun tak sampai hati pula bila Puan Sri Mariam sudah tayang wajah sedih.

Trista berpaling kearah Tengku Reza dan alangkah menyampahnya dia apabila lelaki itu sedang memberi pandangan nakal kepadanya sambil menaik-naikkan keningnya dengan senyuman sumbing menghias bibir nipisnya.

“Okay. Tris pergi. Tapi, dalam Malaysia je. Kalau boleh, pergi Cameron Highland pun dah okay sebab Tris tak pernah lagi ke sana” akhirnya Trista mengalah. Tapi Cameron dipilih sebagai lokasi bukan hanya kerana dia tidak pernah ke sana, tapi juga kerana ianya tidak terlalu jauh untuk dia lari pulang andai tiba-tiba Tengku Reza berkelakuan kurang senonoh terhadapnya.

------

“WAAHHH .. Penatnyaaa … Sedapnya dapat baring“ sebaik saja pintu bilik Suite di Cameron Highland Resort itu dibuka, Trista terus menerpa kearah tilam dan membaringkan tubuhnya di situ tanpa mempedulikan Tengku Reza yang sibuk memunggah beg-beg mereka.

“Amboi kau ni. Penat mengalahkan dia yang memandu aje. Tepi sikit! Bagi aku baring jugak. Naik lenguh tulang belikat aku ni memandu sorang-sorang tadi” Tanpa menunggu Trista bersuara, dia sudah menyelitkan tubuhnya untuk turut sama berbaring di atas tilam empuk itu.

Trista mendengus tanda tak puas hati apabila tubuh sasa Tengku Reza menghimpit tubuh kurusnya.

“Hish! Sibuk aje. Orang nak bersenang-lenang sikit pun tak boleh. Huh! Dasar pendengki!” Tanpa menunggu lama, Trista pantas bangkit dan pintu gelongsor dihampiri lantas dibuka luas membolehkan angin segar Cameron Highland menderu masuk. Nyaman saja rasanya.

Tok! Tok!Tok!

Baru hendak melayan perasaan, ketukan yang berkali-kali dipintu mengejutkannya. Diintai Tengku Reza sedikit dan ternyata lelaki itu sudah dibuai lena. Siap berdengkur lagi. Lalu dengan langkah malas, Trista menuju ke pintu bilik untuk melihat siapakah tamu yang tak sabar-sabar datang bertandang itu.

“Mana Rez?!” Tanpa sebarang salam, Netty terus saja menerpa masuk sebaik saja pintu bilik terbuka. Nyaris tidak terduduk Trista dibuatnya apabila ditolak tubuh montok itu.

Trista kembali menutup pintu dan dia hanya memerhatikan saja Netty yang sudah memanjat katil untuk mengejutkan kekasih hatinya. Sakit pula hatinya melihat kegatalan makhluk bernama Netty itu.

“Sayaaannngg … Bangunlah … Sayaaannng ..I datang nak jumpa you ni” naik meremang bulu roma Trista mendengar suara Netty yang menggedik sambil menampar-nampar perlahan wajah Tengku Reza. Tubuh yang sengaja dirapatkan kedada lelaki itu membuatkan perasaan Trista tiba-tiba mendidih.

“Hurmm … Eh, Sayang … Bu .. Buat apa you datang ke sini ni?” Tengku Reza nyata terkejut yang amat apabila membuka mata wajah Netty sudah terpampan di hadapan matanya. Terus saja tubuhnya ditegakkan 90 darjah. Mata terus tertangkap susuk tubuh Trista yang berdiri tidak jauh dari katil sambil berpeluk tubuh.

“Alaaa you ni … Macam tak suka je I datang sini. Penat tau I datang ke sini semata-mata nak suprisekan you” Netty menakup keduabelah pipi Tengku Reza dan wajah yang sedang menatap Trista tu dikalihkan kearahnya. Mendidih pula hatinya apabila melihat reaksi lelaki itu. Langsung tidak teruja dengan kejutan yang dibuatnya.

“Wei .. Aku keluar dulu la ye .. Nak ronda-ronda jap tempat ni. Korang buatlah macam rumah sendiri ye … Tapi, jangan lah buat benda tak senonoh pulak. Kat dalam ni memang tak ada CCTV, tapi aku just nak ingatkan yang ada satu CCTV yang sentiasa memerhati 24 jam” tak betah nak berlama didalam bilik yang sudah terasa bahangnya itu, Trista terus mencapai jaketnya dan melangkah keluar. Namun sempat lagi dia meninggalkan secebis nasihat buat merpati sejoli itu.

“CCTV? CCTV apa yang kau mengarut ni ha perempuan?!” Baru saja pintu bilik hendak dikatup, jeritan halus Netty sempat menerjah ketelinganya.

“Allah. Cikgu tak ajar ke masa sekolah dulu? Atau Korang ni memang tak ada belajar agama masa sekolah dulu?” Hambik kau! Sedas peluru torpedo sinikal Trista hadiahkan pada Netty dan Tengku Reza. Belum sempat kata-katanya dibalas, pintu sudah dikatup rapat.

Sakit hatinya saat ini hanya Tuhan saja yang tahu. Fikirnya, bolehlah dia menenangkan fikiran sepanjang berada di Cameron Highland ini. Tapi, harapan hanya tinggal harapan bila kehadiran Netty mengundang 1001 gelodak rasa yang menyebalkan.

------

“KAT sini rupanya kau. Puas aku melilau satu Resort ni cari kau” baru saja hendak menjamah hidangan homemade  scone dan air teh panas di dalam Jim Thompson Tea Room, kelibat Tengku Reza yang sudah mengambil tempat duduk di sebelahnya mematikan seleranya.

Trista hanya tayang muka selamba. Mulutnya menyuap hidangan scone yang masih hangat ke dalam mulutnya sambil mata melilau memerhati ke hamparan ladang teh yang menghijau di sebelah Tea Room itu.

Look … Aku mintak maaf pasal Netty. Honestly, aku pun tak tahu pasal kedatangan dia ke sini. Aku pun terkejut masa jumpa dia tadi” Tengku Reza mula panas punggung apabila Trista masih menayang wajah tanpa perasaan padanya. Entah kenapa, dia rasa bersalah sangat pada Trista ketika itu.

 “Ada aku cakap aku kisah ke?” Sinis pandangannya dilemparkan pada Tengku Reza. Cawan yang berisi teh yang masih berkepul asap disisip perlahan. Kalau ikutkan hati, memang nak dihambur kemarahannya pada lelaki itu. Tapi, nanti dituduhnya cemburu pula. Atau memang cemburukah dia? Trista malas hendak memikirkannya lagi.

“Baguslah kalau kau tak kisah. Ni aku nak bagitau kau, aku pergi hantar Netty balik kejap, nanti aku datang balik. Apa-apa kau call aku la. Sementara tu kau jangan pandai-pandai nak keluar pergi mana-mana pulak. Kau tu dahlah first time datang sini. Karang kalau hilang atau jadi apa-apa, apa pulak aku nak menjawab dengan Nenda. Ok, aku gerak dulu” Trista hanya mampu memandang Tengku Reza yang bergegas pergi. Semankin meluat dia dengan perangai mereka berdua.

Perempuan budget lawa tu pun satu. Pandai datang, pandai-pandailah nak balik sendiri. Itupun sibuk nak berhantar. Dia ingat ulang alik dari KL ke Cameron tu dekat ke? Hati Trista semankin membengkak sendiri. Cawan teh dan piring berisi scone yang masih bersisa ditolak ke tepi.

JAM sudah menunjukkan ke pukul 12 tengahmalam namun bayang Tengku Reza masih belum juga muncul. Telefon sudah beberapa kali dihubungi namun semuanya terus masuk ke voicemail. Trista sudah kematian akal. Sekejap dia duduk di birai katil dan sekejap lagi dia menjengah ke balkoni bilik.

Sedang dia terjenguk-jenguk di balkoni bilik, telefon yang tak lekang dari pegangannya berbunyi. Tertera nama ‘Nenda’ membuatkan Trista keresahan. Jika tidak diangkat, bimbang Puan Sri Mariam kerisauan pula.

“Assalammualaikum Nenda” akhirnya panggilan dijawab juga.

“Waalaikummussalam ... Tris … Tris kat mana sekarang?” Suara Puan Sri Mariam kedengaran cemas dihujung talian. Trista mula rasa tak sedap hati.

“Dekat dalam bilik la Nenda. Kenapa ni? Lain macam je suara Nenda” terus saja Trista bertanya. Mohon jawapan segera.

“Tris … Reza, Tris … “ Kedengaran esakan Puan Sri Mariam menyapa gegendang telinga Trista. Semankin lama semankin kuat esakannya.

“Nenda … Ken … Kenapa dengan Reza Nenda?” Dadanya sudah berombak kencang. Tidak mahu terus memikirkan yang bukan-bukan tapi esakan yang semankin menjadi-jadi dari Puan Sri Mariam semankin meresahkannya.

“Dia accident! Kereta Rez terbabas masuk gaung …  

Apa yang dikatakan oleh Puan Sri Mariam selepas itu berlalu begitu saja apabila telefon yang dipegang terus terlepas dari genggaman. Tiba-tiba bumi dirasakan seolah-olah sudah berhenti berputar dan Trista merasakan dunianya terasa kosong sekosong-kosongnya.

Perlahan-lahan Trista mengatur langkah menuju ke katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Keduabelah tangannya menekup muka dengan siku dicagakkan di atas peha sambil cuba mengumpul semula kekuatan untuk mencerna semula perkhabaran yang baru disampaikan oleh Puan Sri Mariam kepadanya sebentar tadi.

“Astaghfirullahalazim … “ berulang-ulang kali kata-kata Istighfar itu meluncur keluar dari bibirnya.

Setelah beberapa minit menenangkan diri, telefon yang terdampar di atas lantai dicapai dan nombor Puan Sri Mariam dicari. Walau macamana sukar sekalipun, dia perlu mengetahui lebih lanjut tentang kemalangan yang melanda Tengku Reza. Dia perlu tabahkan hati dalam saat genting seperti ini. .

Lelaki itu memang bukan dikahwini kerana tujuan yang sepatutnya. Tapi, hakikat yang pasti, lelaki itu tetap suaminya. Suami yang merupakan jambatannya ke syurga. Baru kini Trista rasa berdosa yang teramat kerana mempermainkan sebuah ikatan perkahwinan demi memenuhi kehendak diri.

“Ya Allah! Ampunilah hambaMu ini Ya Allah … “ ada titisan airmata yang mengalir jatuh dipipi mulusnya sebelum ianya berlarutan dengan sebuah esakan sayu.

***************************************************************

Errk ... Ingat boleh habiskan dengan 2 episod je ... Tapi, tak tau kenapa meleret-leret pulak nih ... Urrrgggghhhh ...

Okla ... Apapun, harap uols enjoy reading my Cerpen yang dah jadi CerPAN ni dengan sabar yeee ... ^_^"

Lots of Love,
-AdiaLuze-

10 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template