BAB 18
“MACAMANA
persiapan perkahwinan kamu tu Iyah?” Kak Dina menghampiri aku yang sedang leka
melayan Hakimi dengan membawa dulang berisi jus tembikai dan juga kuih donut.
Perlahan-lahan gelas dan pinggan disusun rapi di atas meja kopi.
“Ok
je Kak. Puan Sri dah upah Wedding Planner untuk uruskan semua. Iyah ikut
je. Akak macam tak tahu. Iyah ni bukan
cerewet sangat pun” Aku terus mengagah Hakimi yang ada dipangkuanku.
Mengekek-ngekek si Hakimi ketawa. Terhibur hati aku melihatnya.
“Kamu
ni pelik la akak tengok. Orang lain, lagi 2-3 minggu nak kahwin, dah kelam
kabut ke sana ke mari. Awak ni akak tengok dok relax je” Jus
tembikai dituangkan ke dalam gelas yang tersedia. Ada riak ketidakpuasan hati
terpamer diwajah kakakku yang seorang itu.
Aku
hanya tersenyum. Hakimi yang sudah mula meronta minta dilturunkan aku biarkan
lepas. Perlahan-lahan dia bertatih kearah Ibunya. Kak Dina meyambut tubuh debab
Hakimi yang sengaja dijatuhkan apabila sudah tiba dekat dengannya.
Terkekek-kekek anak kecil itu ketawa
apabila Kak Dina membenamkan muka ke kedua belah pipinya yang tembam itu.
“Kamu
ni memang cuti ke hari ni?” Kak Dina mengambil tempat duduk di sebelahku.
Soalan sudah berubah tajuk. Mungkin dia malas nak bertanya mengenai hal-hal
perkahwinanku lagi. Bukan dia tak tahu yang perkahwinan aku ni adalah atas
dasar pilihan keluarga.
“Iyah
ambik cuti seminggu. Lagipun, Iyah kan memang nak berhenti. So, kerja
pun memang dah tak berapa banyak kat office tu” Teringat wajah Shahrul
beberapa hari yang lepas ketika dia datang kepadaku untuk meminta maaf.
Sepanjang mengenalinya, itulah kali pertama aku lihat wajahnya yang monyok
seperi ayam berak kapur.
Sengaja
aku tak menegurnya sejak beberapa hari yang lepas sehinggalah dia sendiri
datang kepadaku untuk meminta maaf. Selepas itu, segala-galanya kembali seperti
biasa. Dia dan Miss Lai menghormati permintaanku agak tidak menyentuh tentang
hal-hal perkawinanku ditempat kerja.
Wani
yang pada mulanya agak mencuka padaku juga sudah mula kembali seperti biasa.
Pada mulanya, memang dia agak marah apabila mengetahui aku bakal berkahwin
dengan pemuda pujaan hatinya itu. Tapi, setelah beberapa kali dinasihatkan oleh
Miss Lai dan Shahrul, dia sudah dapat menerima kenyataan.
“Ni
kamu nak ikut balik kampung Abang Asyraf ni, Umi dengan Babah tau tak?” Hakimi
yang sedang menyusu aku belai rambutnya. Layu saja matanya menghayati kesedapan
susu Ibunya. Aku tersenyum.”Oi! Akak tanya ni. Senyum pulak dia” Kak Dina
menepuk bahuku. Sedikit tersentap aku dibuatnya.”Err …. Tau. Mestilah tau.
Takkan la Iyah nak ikut akak dengan abang balik Terengganu, Iyah tak bagitau
kot. Issshhhkkk” Aku mengerutkan kening. Kak Dina hanya mengangguk-anggukkan
kepalanya.
“Kamu
dah bagitau tunang kamu ke?” Pertanyaan yang satu itu membuatkan usapan pada
rambut Hakimi terhenti. Aku mengalihkan tangan dan gelas berisi jus tembikai
kucapai dan hirup penuh nikmat. Tak tahu kenapa, tiba-tiba tekak terasa
dahaga.”Perlu ke?” Soal aku kembali setelah habis separuh jus tembikai aku
teguk.
“Hissh
budak ni. Ada tanya macam tu. Perlu lah. Dia kan tunang kamu. Bakal suami
kamu.” Kak Dina memandangku sekali lagi dengan pandangan tidak puashati. Perkataan 'Bakal Suami' sengaja ditekankan
sedikit. Punggung Hakimi yang sudah lena ditepuk-tepuk lembut. “Nanti-nantilah
Iyah bagitau” Akhirnya aku menjawab acuh tak acuh.”Eh kak. Iyah nak pergi
sembahyang Zohor dulu la. Nak tidur jap. Nanti kalau Abang Asyraf dah balik dan
sedia nak bertolak bagitau la ye” Tanpa sempat Kak Dina berkata apa-apa, aku
terus berlalu ke bilik tamu yang terletak berhampiran dengan dapur.
Ketukan
di bilik beserta dengan panggilan namaku dari Kak Dina mengejutkan tidurku yang
baru masuk minit ke 15.”Yee! Kejap” Dalam keadaan mamai-mamai, pintu bilik ku
buka.”Siap cepat, 10 minit lagi kita bertolak” Kak Dina yang sedang mengendong
Hakimi berkata pantas sambil berlalu dari bilik. Pintu kembali kututup. Langkah
kuatur ke bilik air untuk membasuh muka agar kembali segar.
Selesai
mengenakan tudung Syria berwarna turquoise dengan anak tudung berwarna
kuning aku segera keluar ke ruang tamu. Beg pakaian beroda yang sememangya
sudah tersedia bersebelahan kabinet tv aku capai. Telefon bimbit yang aku
tinggalkan di atas meja kopi sempat kucapai dan masukkan ke dalam beg silang
sebelum berlalu keluar. Semasa pintu grill kukunci, kelihatan Kak Dina
sudah duduk di dalam kereta dengan Hakimi di pangkuannya.
“Mummy!”
Satu-satunya panggilan dari suara yang boleh menyebabkan aku terkena lemah
jantung kedengaran. Kelihatan Rania yang memakai seluar pendek berwarna putih
dengan tshirt berwarna pink berlari kearahku dengan senyum lebar.
“Rania
… Bila Rania sampai ni?” Aku melutut sebelah kaki dan tubuh kecil itu kupeluk
erat.”Tadi lagi. Masa Mummy tidur. Daddy pun ada” Kata-kata Rania benar-benar
membuatkan aku kekurangan nafas. Tidak jauh dari situ dapat kulihat Rayyan
sedang berbual-bual mesra dengan Abang Asyraf. Dapat kulihat, Rayyan memunggah
dua buah beg ke dalam kereta Toyota Estima Abang Asyraf. Satu besar dan satu
lagi sederhana besar. Sesuatu yang agak menakutkan terlintas difikiranku.
“Iyah!
Apa berdiri kat situ lagi tu? Cepatlah bawak si Rania naik kereta” Panggilan
dari Kak Dina mengejutkan lamunanku. Pantas aku memimpin tangan Rania menuju ke
kereta. Aku mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk penumpang. Rania
kuletakkan di tengah-tengah.
Seperti
yang kuduga, Rayyan turut meloloskan diri ke dalam kereta dan mengambil tempat
di belakang duduk pemandu iaitu di sebelah aku. Nasib ada Rania yang menjadi
perantara. Aku leka melayan celoteh Rania tanpa memandang kearah lelaki
disebelah aku itu. Kereta mula bergerak ke arah destinasinya, Dungun,
Terengganu.
“Tadi
masa Iyah tidur, Rayyan call. Akak angkat dan bagitau kita nak balik ke
kampung Abang Asyraf. Kebetulan esok Sabtu dan Rania cuti dan Rayyan pun tengah
off duty, so akak ajaklah diaorang sekali. Lagipun Isnin ni kan Public
Holiday kan” Panjang Kak Dina menerangkan walaupun aku tidak bertanya.
Persoalan sudah terjawab. Aku yakin semua ini mesti dah dirancang kerana aku
dapat menangkap senyuman meleret dari Kak Dina melalui refleksi cermin sisi
kiri.
“Ha,
Rayyan. Bila ‘terbang’ lagi?” Abang Asyraf memulakan perbualan dengan bakal
birasnya.”Lagi seminggu bang” Jawab Rayyan ringkas. Maka bermulalah perbualan
dua orang lelaki yang aku sendiri malas ingin ambil tahu apa intipatinya. Apa
yang pasti, topiknya adalah berkisar dengan Bolasepak, Politik dan juga F1.
Gabungan 3 perkara yang aku kurang minati.
Rania
yang berbaring di pangkuanku sudah lama terlena. Aku memandang keluar tingkap
menikmati keindahan hutan disepanjang Lebuhraya Karak yang baru saja kami lalui
itu. Entah bila aku turut terlena, aku pun tak sedar.
“Saf,
Saf” Terasa bahuku digoyangkan perlahan. Perlahan-lahan mata ku buka. Wajah
Rayyan terpempan di hadapanku membuatkan mata membulat segar. “Kita dah sampai
Hentian ni. Pergilah solat dulu. Jamakkan sekali. Senang sikit kat rumah orang
nanti.” Rania yang masih lena di atas riba ku tatap sebentar dan bantal kecil
milik Hakimi yang dihulurkan kusambut dan perlahan kualihkan kepala Rania ke
atasnya.
“Mana
yang lain-lain?” Aku melangkah keluar dari kereta. Kaki yang terasa sedikit
kebas kuusap-usap. Baru aku tersedar yang suasana gelap sudah menyelubungi
persekitaran kami.”Diaorang pergi solat
dan makan sekali. Saya pun baru lepas solat ni. Ingat lepas awak solat, boleh
lah kita makan sama-sama” Badannya disandarkan ke kereta sambil berpeluk tubuh.
Tshirt hitam berleher V dan jaket kulit hitam yang dipakainya betul-betul
membuatnya lebih kacak dari biasa.
“Err
… Oklah. Saya pergi solat dulu” Sebelum aku terus terleka menatap kekacakan
tunangan aku ini, lebih baik aku segera pergi menunaikan solat Maghrib yang aku
pasti tinggal dihujung-hujung waktu saja lagi ini. Aku membetulkan Jubah kain cotton
berwarna turquoise yang kelihatan agak renyuk itu sebelum melangkah ke
surau yang berada di Hentian Termerloh itu.
Selang
setengah jam kemudian, aku sudah siap menunaikan solat Maghrib yang aku
jamakkan sekali dengan Isyak. Semasa berjalan kembali ke kereta, aku ternampak
kelibat Kak Dina, Abang Asyraf dan Rayyan di meja makan yang berada berhampiran
dengan kedai menjual laksa. Segera mereka aku hampiri. Kebetulan perut memang
tengah lapar.
“Haa
Iyah. Meh sini duduk. Rayyan dah belikan laksa untuk kamu ni” Kak Dina yang
sedang memangku Hakimi yang sedang lena tidur menunjukkan tempat duduk di
sebelah Rayyan yag sudah terhidang Laksa Utara yang nampak begitu menyelerakan
dimataku. Tanpa banyak soal aku duduk di sebelah kiri Rayyan dan tangan sempat
membelai rambut Rania yang sedang duduk di sebelah kanan Ayahnya sambil
menikmati hidangan Nasi Ayam. Dia tersengih memandangku.
Tepat
pukul 8.45 malam, kami menyambung semula perjalanan dengan Rayyan pula
mengambilalih tugas sebagai pemandu dan aku duduk di sebelahnya .
“Kenapa
awak nak ikut sekali ni?” Aku memulakan bicara setelah pasti mereka-mereka yang
berada di tempat duduk belakang sudah lena dibuai mimpi. Itupun setelah aku
perasan sudah beberapa kali Rayyan menguap. Aku perlu memastikannya tidak
mengantuk semasa memandu. Kalau tak, hissshhh … tak dapat aku bayangkan perkara
buruk yang akan berlaku kalau dia tertidur nanti. Lagipun, Lebuhraya Pantai
Timur nampak agak sesak ketika ini.
“Sebab
awak” Jawapan dari mulutnya membuatkan aku memandang tepat kewajahnya.”Ha?Apa?”
Sengaja aku ingin dia megulangi kata-katanya untuk memastikan aku tak tersalah
pendengaran.
”Sebab
awak” Jawapannya untuk kali kedua tiba-tiba mengundang debar didada.”Macam yang
saya pernah kata. I care about you Saf. Bukankah itu satu permulaan yang
baik sekiranya saya ingin belajar untuk menyintai awak?” Pertanyaannya
membuatkan aku terkedu. Tak pasti bagaimana untuk bereaksi. Akhirnya
masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri.
BAB:
19
SESAMPAINYA kami di rumah Ibu Abang Asyraf, malam sudah agak larut. Jalan yang sedikit
sesak menyebabkan perjalanan kami menjadi amat panjang.
“Biarlah
Rania tidur dengan saya” Rania yang masih lena dan berada dikendongan bapanya
aku tatap. Kak Dina sekeluarga sudah bergerak ke bilik mereka yang terletak di
sebelah bilik Tok Esah, Ibu Abang Asyraf di ruang dapur. Luas rumah Tok Esah
yang setingkat ini. Menurut Kak Dina, Mak Mertuanya itu tinggal bersama adik
ipar lelakinya yang bongsu, Asfar, yang bakal mengambil STPM tahun ini.
Beg
Rania dan beg aku, awal-awal sudah ku masukkan ke dalam bilikku yang berada
berhadapan dengan bilik Rayyan yang terletak diantara ruang tamu dan ruang
makan itu.
Rayyan
mengangguk, bersetuju dengan permintaanku lalu membawa Rania masuk ke bilikku.
Diletaknya perlahan anak kecil itu di atas katil dan dicium penuh kasih sebelum
dia bangun dan melangkah keluar.”Terima kasih Saf” Aku sendiri kurang pasti
untuk apa ucapan itu diberikan tapi aku hanya tersenyum mendengarnya dan daun
pintu kukatup dan palang kunci kayu yang terdapat dibahagian sisi pintu kutarik
kemas.
Setelah
menukar pakaian ke baju tshirt lengan panjang dan seluar palazzo berwarna
hitam, aku membaringkan tubuh di sebelah Rania dan anak kecil itu aku
tarik rapat ke dalam pelukanku. Mata yang sememangnya memang sudah sedia
mengantuk tidak mengambil masa yang lama untuk terlena.
Aku
tersedar ketika terdengar azan subuh berkumandang. Sayup-sayup kedengaran bunyi
air laut menghempas pantai. Rasa tenang saja aku rasa saat ini. Wajah Rania
yang masih nyenyak tidur aku tatap lama.
“Saf,
bangun. Kita solat sama-sama” Kedengaran ketukan perlahan di pintu kayu bilik
sederhana besar itu beserta panggilan yang sayup-sayup dari Kak Dina.”Yee kak.
Kejap lagi Iyah keluar” Aku menjawab dalam nada yang tidak terlalu kuat agar
tidak mengejutkan Rania.
Aku
mengenakan tudung Syria berwarna hitam dengan sehelai tuala kecil dan bekas
berisi peralatan peribadi untuk membersihkan diri kujinjing ditangan. Selak
kayu aku buka perlahan. Sewaktu kaki melangkah keluar, serentak itu juga Rayyan
terjongol keluar dari biliknya lengkap berkemeja pendek berkolar warna hijau
berbelang putih dan berkain pelekat dengan lengkap songkok dikepala bersedia
untuk mendirikan solat subuh.
Dia
tersenyum. Aku turut mengukirkan senyuman dan terus berlalu ke bilik air yang
terletak di luar rumah. Rasa sejuk mula mencengkam ketika aku melangkah keluar
menuju ke bilik air yang berada lebih kurang 20 tapak dari beranda rumah Tok
Esah itu. Menggigil aku dibuatnya. Ini belum lagi terkena air. Kalau kena air
mahu beku aku ni. Aku berbicara dalam hati.
Selesai
solat berjemaah, aku, Kak Dina dan Tok Esah terus bergerak ke dapur untuk
menyediakan sarapan pagi.
“Adik
kamu ni, mak nak panggil apa Dina?” Tok Esah yang sedang membasuh beras nasi
dagang bertanya pada Kak Dina yang sibuk menyiang ikan tongkol di
sebelahnya.”Panggil Saf pun boleh, panggil Iyah pun boleh mak” Sahut Kak Dina
sambil memandang sekilas ke arahku yang sedang memotong timun dan lobak merah
untuk dibuat acar.”Oooh …kalau macamtu, mak panggil Iyah je la. Senang la sikit
lidah kampung mak ni nak menyebutnya” Aku tersenyum mendengar kata-kata Tok
Esah.
“Kamu
biasa ke makan nasi dagang ni Iyah?” Beras yang sudah siap di basuh telah sedia
dimasukkan ke dalam pengukus untuk dikukus buat kali pertama. “Makan tu
biasalah Tok. Tapi kalau buat sarapan tu memang tak pernah lagi. Biasanya makan
masa tengahari je” Aku menjawab ramah. Kak Dina kulihat sedang sibuk merebus
ikan tongkol untuk dibuat gulai.”Kami kat sini kalau tak makan nasi pagi-pagi
ni memang rasa pelik” Tok Esah ketawa kecil. Dia sudah beralih ke mesin memarut
kelapa.
“Eh
Mak. Biar Asfar yang parut kelapa tu. Mak tu bukan kuat sangat. Nanti terkena
pulak tangan tu” Seorang remaja lelaki yang berbaju tshirt merah dan berseluar tracksuit
dengan rambut terpacak ala k –pop tiba-tiba muncul menghampiri Tok Esah
yang baru menghidupkan mesin pemarut kelapa.”Eloklah sangat lah kamu nak
menolong ni. Sudahlah bangun lambat. Subuh entah buat entahkan tidak tu” Tok Esah
meleteri anak bongsunya sambil menepuk bahu anak bongsunya itu. Asfar hanya
tersengih memandang Ibunya.
Sedang
aku leka menyediakan acar untuk dihidangkan bersama nasi dagang, aku terasa
seperti diperhatikan. Apabila aku mengangkat kepala, mataku tertangkap Asfar
sedang mencuri-curi pandang kearahku. Dia cepat-cepat melarikan pandangan pada
kelapa yang sedang diparutnya apabila aku memandangnya. Eh. Dah kenapa adik
Abang Asyraf ni? Aku tahulah aku ni comel. Tapi, tak payah lah nak curi-curi
pandang macam tu. Perasaan yang terlebih perasan mula bertandang dalam hati.
Gerak tubuh anak muda itu mengundang kerutan didahiku.
Jam
10 pagi selesailah juga hidangan nasi dagang hasil kerja tangan kami bertiga.
Tikar mengkuang dihamparkan di atas lantai memandangkan kerusi makan yang ada
tak cukup menampung bilangan kami yang ramai ini. Bagus juga dapat makan macam
ni sekali sekala. Rasa lebih mesra. Semua orang duduk bersimpuh dan bersila
mengelilingi juadah yang sudah tersedia.
Rania
seperti biasa, mengambil tempat di sebelah aku. Paling aku tak sangka apabila
Rayyan turut mengambil tempat di sebelah aku. Bukan di sebelah Rania seperti
kebiasaannya. Sudahlah Asfar yang duduk berhadapan denganku kerap mencuri
pandang kearahku. Ini Rayyan pulak duduk bersila betul-betul di sebelahku.
Selera makanan aku yang tadinya membuak-buak apabila terhidu keharuman nasi
dagang Tok Esah, tiba-tiba jadi terbantut. Ini semua gara-gara Rayyan dan
Asfar. Tensionnya aku dibuatnya! Wahai lelaki, tolonglah jangan buat aku
begini!
Hakimi
dan Rania yang sedang asyik bermain bersama di beranda aku perhatikan dengan
khusyuk. Sesekali, tercetus gelak Rania bila Hakimi mengekek ketawa apabila
diagahnya. Aku turut sama tersenyum.
“Hai” Kedengaran seseorang menyapa dan dari ekor
mata dapat kulihat sesusuk tubuh mengambil tempat duduk tidak jauh dariku. Aku
memalingkan muka untuk melihat siapa gerangan yang empunya suara. Buntang
mataku memandang Asfar yang duduk dihujung sofa 3 seater yang sedang aku
duduki.”Err … Hai” Pandangan ku kembali tertumpu pada Hakimi dan Rania.
“Budak
perempuan ni adik awak ke?” Soalan dari Asfar membuatkan aku sedikit tersentap.
Adik? Muka aku ni nampak macam muda sangat ke? ”Comel macam kakaknya” Tanpa aku
sempat menjawap terdengar ayat pujian yang menyusul, membuatkan lidah aku
semankin terkunci.
Eh.
Biar betul si Asfar ni? Baru 19 tahun kot usianya. Nak mengayat aku la pulak.
Issskkk. Tudung di kepala aku perbetulkan walaupun rasanya dah memang terletak
elok dikepalaku. Rasa sedikit janggal bila ada budak bawah umur cuba
mengorat.”Awak suka laut tak? Jom saya bawak awak pergi tengok laut” Aduh.
Berani sungguh budak Asfar ni mengorak langkah. Aku masih terdiam.”Err …
Takpela. Saya kena jaga budak berdua ni” Aku mereka alasan.
“Ha
kat sini rupanya. Puas saya cari tadi” Belum sempat Asfar membuka mulut untuk
bersuara lagi, kedengaran suara garau Rayyan menyampuk. Dia yang baru muncul
dari arah dapur mengambil tempat diantara aku dan Asfar membuatkan remaja itu terus terdiam. Aku memandang
Rayyan sambil tersenyum.
Dapat
kulihat Asfar terus bangun dengan muka sedikit kelat dan terus melangkah
keluar. Motosikal di bawah pokok rambutan di hadapan rumah ditunggangnya dan terus dipecut laju entah kemana.
“Sekolah
belum habis, dah pandai nak mengorat anak dara orang. Tunang saya pulak tu.
Silap orang lah dia nak kacau” Rayyan mendengus geram sebaik sahaja Asfar
hilang dari pandangan kami. “Awak ni.
Nama pun budak kan. Lagipun, manalah dia tahu saya ni tunang awak” Aku
bangun dan mengalih tempat duduk di atas permaidani sekali dengan Hakimi dan
Rania.”Takkanlah awak cemburu kot” Tiba-tiba terlintas difikiran aku untuk
mengujinya. Wajahnya ku pandang. “Kalau saya cemburu pun, salah ke?” Dia
bersuara tenang. Aku terperangkap dengan pertanyaan aku sendiri. Pandangan kami
berpaut seketika.
“Ehem!
Ehem!” Suara Tok Esah yang berdehem membuatkan aku cepat-cepat mengalih
pandangan kepadanya sambil tersenyum malu. “Eh … Err … Tok Esah” Terasa pipiku membahang.”Hai bakal
pengantin ni. Pantang tinggal berdua. Asyik main mata je” Kak Dina yang ada
sama mula mengusik. Hakimi mula bangun dan bertatih kearah Ibunya yang baru
hendak mengambil tempat duduk di atas sofa tidak jauh darinya. Tok Esah yang
duduk di sebelah Kak Dina turut tersenyum. Aku hanya menundukkan kepala menahan
malu. Kantoi lagi! Ini semua Rayyan punya pasal! Dengusku dalam hati.
Nak lagiii....best sgt
ReplyDelete