BAB : 3
“SO … Awaklah rupanya staff
baru kat sini yee” Sesak nafas Ammara dibuatnya apabila lelaki yang merupakan
Bosnya itu melangkah menghampirinya dengan kedua belah tangan dimasukkan ke
dalam poket seluar slacknya.
Ammara tidak tahu apa yang ingin
dikatakan. Akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.
Segala isi perutnya terasa kecut
apabila Bosnya itu memandang tajam kearahnya sambil berjalan mengelilinginya
dan meneleknya dari atas ke bawah bagai singa lapar yang hanya menunggu masa
untuk menerkam mangsanya.
“Dah berapa lama awak bekerja di
cawangan Kelana Jaya tu?” Ammara menarik nafas lega apabila Bosnya itu
melangkah ke kerusi empuknya semula dan duduk bersilang kaki dengan mata masih
tertumpu padanya.
“Baru nak masuk 2 tahun Bos” jawab
Ammara. Dia cuba memberanikan diri membalas pandangan Bosnya itu.
“Tak perlu panggil saya Bos.
Panggil saya Encik Imtiyaz macam semua staff
panggil saya” nada suara lelaki itu sudah tidak sedingin tadi.
Eh, bukan PA kerek dia panggil dia
Bos ke tadi? Ke sebab PA kerek tu special
sikit dari staff-staff dia yang lain?
Tu yang dia panggil ‘Bos’. Sempat lagi Ammara memprotes dalam hati.
“Duduk”
Akhirnya ayat yang dinanti-nanti
kedengaran juga setelah hampir setengah jam Ammara tercegat ibarat patung
cendana di situ.
“Memandangkan awak dah hampir 2
tahun bekerja dengan Muz Holding, saya assume
awak dah sedia tahu serba sedikit konteks kerja awak sebagai Admin Exec kat sini. So,
kita dapat jimatkan masa and cut things
short.” Imtiyaz bersuara tenang seperti tiada apa yang pernah terjadi
antaranya dan Ammara.
“Saya tak tahu macamana awak
bekerja masa di Kelana Jaya dulu, tapi di sini saya nak ingatkan awak yang teamwork sangat penting. Kalau ada urgent tender yang perlu disiapkan,
semua orang kena stayback and finish the job as a team” serius
sahaja wajah Imtiyaz saat memberi penerangann. Ammara hanya mendengar dengan
penuh teliti.
“Lagi satu. Saya tak suka ada Paparazzi tak bertauliah kat dalam
syarikat ni. Just do your job and mind your own business” suaranya
masih lagi tegas.
Ammara segera teringatkan Kak Ros.
Patutlah sewaktu bercerita mengenai PA kerek dan Bos mereka tadi, wanita
berusia pertengahan 30an itu beriya-iya berbisik padanya. Hampir tergelak dia
mengingatkan memek muka Kak Ros sewaktu bercerita tadi.
“Awak senyum-senyum ni kenapa?
Faham tak dengan apa yang saya terangkan ni?” Suara sergahan Imtiyaz yang berkumandang
membuatkan Ammara kembali berpijak di bumi yang nyata.
“Errkk … Tak ada apa-apa Bos ...
Err … Encik Imtiyaz … Faham. Saya faham”
Ammara Safiyya!!! Kenapa dengan kau
ni??? Depan Bos pun nak mengelamun ke?? Ammara memarahi dirinya sendiri.
Wajahnya sudah terasa hangat. Pasti wajahnya sudah bertukar warna saat ini.
Aduh! Rasa nak menyorok bawah meja sekarang jugak!!!
“Awak ni dah mula buat saya risau.
Kalau macam ni pun awak dah tak boleh focus,
macamana saya nak percayakan awak untuk handle
mana-mana projek penting Muz Holding?” Kedua belah tangan sudah dikepalkan di
atas meja. Mata semankin mencerlung tajam kearah Ammara.
“Maaf Bos.. Err .. Encik Imtiyaz. Selalunya
saya memang focus. Cuma hari ni je
saya macam out of focus sikit” Ammara
menjawab dengan menayangkan wajah tagih simpati seperti yang biasa ditayangkan
kepada Mama dan Papanya sekiranya dimarahi.
Wajah tegang Imtiyaz masih tidak
berubah. Ammara kembali kecut isi perut.
“Ok. Saya bagi awak sebulan tempoh
percubaan. Kalau performance awak tak
mencapai standard yang saya nak, I’m sorry to say that Muz Holding is not a place for you”
Ammara mula rasa tercabar mendengarkan kata-kata amaran dari Imtiyaz.
Dia perlu buktikan kredibilitinya pada lelaki itu. Dia tidak mahu nanti, Bos
lamanya, Encik Mahmud di cawangan Kelana Jaya kecewa dengannya. Kerana
kredibiliti dan prestasi kerja yang membanggakan di tempat kerja lamanya lah
dia diberi kepercayaan oleh Encik Mahmud untuk dipindahkan ke HQ dan dinaikkan
pangkat dari Admin Clerk kepada Admin Exec.
“I promise you Encik Imtiyaz. I
will do my very best to ensure all my work complete on time with excellence.”
Ammara berkata penuh yakin.
Imtiyaz menyunggingkan senyuman.
Entah kenapa, hatinya sedikit terusik dengan keyakinan yang tiba-tiba ditunjukkan
oleh Ammara. Gadis cilik bertahi lalat dipenjuru bibir yang pada pertemuan
pertama mereka hampir saja merembeskan airmata di atas kecuaian gadis itu
sendiri.
“Good! So I expect a superb
performance by you Miss Ammara
Saffiya. Welcome to Muz Holding”
Imtiyaz bangun dan tangan dihulurkan bagi mengalu-alukan Ammara ditempat kerja
barunya.
“Err … InsyaAllah Encik Imtiyaz. I will do my very best. That I’ll ensure you. And thanks for welcoming me here” Ammara
turut bangun. Tangan Imtiyaz dibiarkan sepi tak bersahut. Dia hanya meletakkan
tangan didada sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
Terangkat kening Imtiyaz dengan
tindakbalas dari gadis di hadapannya itu. Tangan yang dihulurkan digenggam dan
ditarik semula.
Ammara hanya tersenyum manis.
Mintak maaflah la Bos. Saya tak
salam dengan orang yang bukan muhrim. Ammara berbisik dalam hati.
“Oh ya Ammara … “ Baru saja pintu
bilik hendak dipulas, namanya dipanggil semula oleh Imtiyaz menyebabkan Ammara
kembali menoleh kearah Bosnya.
“Kos repair kereta saya tu saya potong dari gaji awak. Sebulan RM200
sampai settle” Bulat mata Ammara
mendengar kata-kata selamba dari mulut Imtiyaz yang sedang khusyuk menulis sesuatu
di atas salah satu kertas di atas meja.
Senyap sunyi. Tiada jawapan yang
diberikan.
“Ammara, awak dengar kan apa yang
saya cakapkan ni?” Imtiyaz mendongakkan kepalanya dan ternyata Ammara sudah
tiada di hadapannya . Yang tinggal adalah pintu biliknya yang sudah ternganga luas.
Sekali lagi dia menyunggingkan
senyuman. Dalam kerapuhan hatinya, ternyata Ammara berani meluahkan rasa
ketidakpuasan hatinya secara fizikal. Entah kenapa timbul pula rasa seronok kerana
dapat mengusik gadis bernama Ammara Saffiya itu.
“Tak guna punya Bos. Calar sikit
pun nak berkira ke?? Habis kereta aku yang kemek tu siapa yang nak tolong
bayarkan???” Ammara membebel sendiri sepanjang perjalanan kembali ke tempat
duduknya. Mujur Suraya tiada dimejanya. Jika tidak, maka akan bertambahlah lagi
rasa sakit hatinya dengan tingkah PA kerek itu.
“Aik. Kenapa masam je muka ni Ara?
Kena marah dengan Bos ke?” Kak Ros bertanya prihatin sebaik sahaja Ammara
melabuhkan punggung di atas kerusinya.
“Eh, takdalah Kak Ros. Encik
Imtiyaz ok je” Ammara malas hendak memanjangkan cerita. Nanti banyak pula soalan-soalan
susulan yang perlu dijawab sekiranya insiden kemalangan kecil pagi tadi
diceritakan.
“Okla kalau macam tu. Eh, dah dekat
pukul satu ni. Ara tak pergi makan ke?” Sebaik saja mendengar pertanyaan Kak
Ros, Ammara baru teringat akan perutnya yang kelaparan kerana hanya beralaskan
sekeping biskut Jacob weetameal sahaja
sedari pagi tadi.
“Kak Ros tak makan ke?” Perasan
yang Kak Ros juga masih berada di pejabat walau waktu rehat, Ammara segera
bertanya.
“Akak puasa” jawapan ringkas dari
Kak Ros melahirkan tindakbalas ‘owh’ dari Ammara.
Setelah bertanya panduan kedai
makan dengan Kak Ros, Ammara terus mencapai dompet dan telefon bimbit menuju ke
lif untuk ke kedai makan di tingkat bawah bangunan itu.
Ketika punat lif ditekan terasa ada
tangan yang turut sama menekan. Seraya itu Ammara menoleh pantas kearah si
empunya tangan.
Isssskkkk!! Balik-balik muka mamat
ni je yang aku jumpa hari. Apa dalam dunia ni dah pupus ke lelaki-lelaki lain??!!
Hatinya berteriak geram. Kelihatan Imtiyaz memandang kearahnya tanpa riak
sambil mengenakan cerminmata hitamnya.
“Awak nak pergi lunch ke?”
Apa punya soalan daaa … Sah-sahlah
sekarang ni waktu rehat. Mestilah nak pergi lunch.
Takkan nak pergi berenang kot. Tak habis lagi Ammara membebel dalam hati.
Ammara melemparkan senyuman dan hanya menganggukkan kepalanya .
Terasa malas pula hendak bersuara.
Suasana antara mereka hanya sepi
saja selepas itu. Masing-masing lebih senang melayan perasaan sendiri.
BAB : 4
“KENAPA tak pergi report polis je? Kalau tak, boleh claim insuran je nak repair kereta Ara ni” berkerut seribu
kening Ammar dibuatnya sebaik sahaja Ammara menceritakan tentang kemalangan
kecil yang terjadi pagi tadi yang menyebabkan keretanya kemek.
“Malaslah Along. Nanti mesti kena
bayar denda lagi sebab Ara yang salah. Takpela. Bukan kena enjin pun. Tunggu
hujung bulan la baru Ara hantar ke bengkel” Ammara menghempaskan tubuh di atas
sofa dan remote tv ditekan satu
persatu mencari siaran yang menarik untuk ditonton.
“Orang yang Ara langgar tu ada
minta ganti rugi tak?” Ammar masih belum puas hati apatah lagi melihat sikap
acuh tak acuh adik tunggalnya itu. Sudahlah berlanggar pun, dia tidak
diberitahu. Jika ada apa-apa yang menimpa Ammara, apa yang hendak dilaporkan
kepada Papa dan Mamanya nanti?
“Tak ada” bohong Ammara.
Malas dia hendak memberitahu yang
dia terlibat kemalangan dengan Bosnya sendiri dan dia dipaksa melangsaikan kos
pembaikan kereta secara ansuran bulanan melalui skim potongan gaji. Jika
diberitahu, pasti Ammar akan pergi bersemuka dengan Imtiyaz. Dia sudah cukup arif
benar dengan sikap Abangnya yang terover
protective itu.
Silap haribulan, mahu bertelur
kepala Imtiyaz dibuatnya. Almaklumla. Abangnya merupakan seorang pemegang tali
pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwando. Nanti tak pasal dia
terpaksa cari kerja di tempat lain pula.
“Yeke? Takkan ada orang baik macam
tu kat KL ni … Lagi-lagi bila dia nampak yang langgar dia ni seorang gadis
cilik yang lemah dah cenggeng” dalam kerisauannya sempat lagi Ammar mengusik
Ammara.
“Oppsss … Along terlupa nak sebut
gadis cilik yang cantik, menarik dan Ara memang debooom” Ammara melayan saja
usikan Abangnya. Tertawa Ammar
dibuatnya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah adiknya itu.
“Kak Fatin mana? Senyap je” mata
Ammara melilau kearah dapur dan tangga apabila menyedari suara Kakak Iparnya
itu tidak kedengaran langsung.
“Kenapa? Rindu ke?” Pertanyaan tak
masuk akal dari Ammar disahut dengan memek muka ala-ala mahu termuntah dari
Ammara. Meledak lagi tawa Ammar dibuatnya.
“Dia pergi jemput adik lakinya kat
ERL”
Sebaris jawapan dari Ammar
membuatkan otak Ammara terus teringat memori lama. Satu-satunya memori yang
kalau boleh hendak saja dia padamkan terus dari kotak ingatannya. Kalaulah
ianya semudah memadam tulisan pensil di atas kertas, sudah lama dulu dia melakukannya.
Melihatkan adiknya yang terus
membisu apabila mendengar jawapan darinya, pandangan dari kaca TV dialihkan
kearah wajah Ammara yang putih bersih kemerahan.
“Ara … perkara tu dah lama jadi kan?
Takkan sampai sekarang ni Ara masih berdendam dengan si Fath tu?” Bahu Ammara
dielus lembut. Mengetahui sejarah silam antara adik iparnya dengan adik
kandungnya itu, Ammar sedar yang Ammara takkan mudah memaafkan Fath begitu
saja. Walau cengeng begitu, Ammara memang sangat keras hatinya. Andai dia
membenci seseorang, memang payahlah untuk orang itu hendak meraih kembali kasih
sayangnya.
“Ara penatlah Along. Ara nak naik
atas dulu la. Nak mandi dengan solat” Ammara pantas bangkit dari sofa berlalu
menaiki tangga menuju kebiliknya. Dia malas hendak membicarakan mengenai Fath.
Lelaki yang telah melakar 1001 sejarah hitam dalam hidupnya. Dia tidak
berdendam. Cuma dia belum bersedia untuk ikhlas memaafkan lelaki itu.
Ammar hanya mampu memandang Ammara
berlalu meninggalkannya tanpa kata. Dia faham kenapa Ammara begitu marah pada Fath. Malah dia sendiri
masih berbekas terhadap apa yang adik iparnya itu telah lakukan terhadap adik
kesayangannya itu. Hanya kerana Fath adalah adik Fatin, dia terpaksa belajar
untuk memaafkan dan cuba melupakan.
Tubuhnya di henyakkan ke atas
katil. Sebelah tangan di letakkan di atas dahi sambil mata merenung siling
biliknya dengan pandangan kosong.
Fath Iqbal.
Sebaris nama yang sangat
dibencinya. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Lelaki berwajah bujur dan
mempunyai raut wajah maskulin yang pernah dirinduinya saban malam satu ketika
dulu sewaktu zaman pengajiannya di Universiti. Lelaki pertama yang berjaya
membuatkannya jatuh cinta.
Malah ironinya, elaki itu jugalah
yang pertama mengajarnya erti kekecewaan dalam bercinta dan yang telah
meninggalkan luka yang maha dalam dalam hatinya. Luka yang takkan pernah sembuh
sampai bila-bila. Mungkin.
Takdir dirasakan seolah-oleh cuba
mengujinya lagi apabila lelaki yang telah melukakan hatinya itulah juga yang
menjadi birasnya kini. Adik kepada Kak Fatin. Seorang lagi makhluk Tuhan yang
tak sudah-sudah menduga kesabarannya saban waktu.
Sebuah keluhan kasar terkeluar dari
bibir mungil Ammara.
Nampak gayanya, sepanjang Fath ada
di situ, dunianya hanyalah bilik tidur dan pejabat sajalah selepas ini. Jangan
harap dia hendak bertentang pandang lagi dengan lelaki yang pernah meremukkan
hatinya dan memijak-mijak maruahnya suatu ketika dulu.
Usai mandi dan menunaikan solat
Asar yang tinggal dihujung-hujung waktu saja itu, Ammara terus membaringkan diri
di atas sofa Cleopatra di kaki katil sambil membelek-belek telefonnya sementara
menunggu masuknya waktu Maghrib.
Sedang dia ralit bermain Candy
Crush, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej Whatsapp yang masuk.
‘Ammara Saffiya’
‘Tomorrow, please come early to office’
‘I want by 7.30 you already at your desk’
Berkerut-kerut dahi Ammara apabila
melihat mesaj-mesej bebaur arahan dari nombor yang tidak dikenalinya.
Siapa pulak la malaun ni?? Tak bagi
salam tak apa, terus nak arah-arah orang pulak. Hisssshhhh!!! Bikin panas hati
betullah!! Ammara mendengus geram.
‘Assalammualaikum w.b.t’
‘Siapa ni ye?’
‘Sorry la. Saya tak ada simpan nombor awak’
Walau dadanya meluap-luap dengan
kemarahan, Ammara beristighfar beberapa kali sebelum membalas dengan kata-kata
yang paling lembut mampu dikarangnya saat itu.
‘Waalaikummussalam w.b.t”
‘Why you don’t keep your Boss number???’
‘If you want to impress me, you can start by saving my number right now!’
Berderau darahnya apabila membaca
mesej yang baru masuk.
Boss??? Takkan lelaki kerek tu
kot??? Mana dia dapat nombor aku??? Pelbagai persoalan menyerbu benak
fikirannya. Sejurus kemudian, dia menepuk dahinya berkali-kali.
Memanglah dia ada nombor kau ngok!
Kan pagi tadi kau yang rela hati bagi kat dia?!! Baru Ammara teringat akan
insiden kemalangan kecil antaranya dengan Imtiyaz pagi tadi.
Eleh! Speaking London konon. Menyampah betullah jantan spesis berlagak
ni! Huh!
‘Okay Boss! Saved already’
Malas hendak bertekak, Ammara
membalas ringkas.
‘Good!’
‘So, don’t forget tomorrow. Please
come early and this time, please be PUNCTUAL!’
Ammara mengetap bibir geram. Mahu
saja dicekik-cekiknya lelaki itu sekiranya dia ada di hadapannya sekarang.
Nombor Imtiyaz segera disimpan
sebelum dia terlupa. Nama ‘Encik Bos Kerek’ ditaip. Dia tersenyum puas sebelum
butang ‘save’ ditekan.
Pintu bilik Ammara diketuk lagi.
Termasuk kali ini, sudah tiga kali dia naik turun tangga untuk memujuk adiknya
itu makan malam. Dan tiap kali itulah juga, jawapan yang didengar adalah ‘Ara
tak lapar’.
Tapi dia tahu yang bukan itu
sebabnya Ammara enggan keluar dari biliknya sejak petang tadi. Semuanya
gara-gara Fath yang ada di rumahnya. Dia melepaskan keluhan berat untuk
kesekian kalinya.
“Abang! Biarlah si Ara tu! Nanti
kalau dia lapar, pandailah dia nak ke dapur! Dah besar panjang pun.
Mengada-ngada betul!” Kedengaran suara teriakan Fatin dari bawah. Ammar hanya
diam tak membalas. Andai dibalas nanti, bertambah panjang pula leteran yang
akan keluar dari mulut isterinya itu.
Dia sendiri tak pasti kenapa Fatin
begitu memusuhi Ammara. Ya. Dia akui yang Ammara sememangnya anak manja dalam
keluarganya. Tapi, dalam kemanjaannya, Ammara bukanlah tergolong dalam golongan
‘a spoil brat’. Dia masih tahu
berdikari sendiri. Malah dulu, sewaktu belajar, setiap kali cuti semester, dia
pasti akan bekerja untuk mencari duit poket. Walau hakikatnya, tak perlu pun
memandangkan, Mama, Papa dan dirinya sendiri mampu memberikan duit belanja
kepada Ammara.
“Ara. Marilah turun makan. Pagi
tadi pun Ara tak sarapan terus pergi kerja. Tengahari tak tahulah apa yang Ara
makan. Tapi, takkan la boleh kenyang sampai ke malam kan?” Ammar cuba untuk
memujuk Ammara lagi. Risau dia seandainya tubuh kecil molek Ammara akan menjadi
kurus kering jadinya. Nanti, apa pula kata Papa dan Mamanya? Adik seorang pun
tak reti nak jaga ke? Dia juga yang akan dipersalahkan.
“Ara kenyang la Along. Takpela. Ara
makan banyak tengahari tadi. Masa tea
break tadi pun Ara dah makan kuih-muih” Kali ini, kedengaran jawapan yang
agak panjang dari Ammara diberikan.
“Lagipun, Ara nak tidur awal ni.
Esok kena masuk kerja awal. Good nite
Along. Love you” Ammara menyambung
kata sebelum sempat Ammar mencelah.
“Okla kalau Ara cakap macam tu. Good nite munchkin. Sleep tight. Love you too” Ammar akhirnya mengalah. Dia tahu walau
dipujuk macamana sekalipun, Ammara tetap takkan keluar dari biliknya kecuali
dengan kerelaannya sendiri.
Ammara menarik selimut menutup
seluruh tubuhnya.
Rasa bersalah pula kerana menipu
Ammar. Walhal, tengahari tadi, dia cuma menjamah bihun sup saja. Waktu tea
break pun, dia hanya membancuh secawan Nescafe 3 in 1. Perutnya pun memang
agak lapar ketika ini. Tapi, bila mengenangkan riak wajah Fath yang seakan-akan
sedang mengejeknya, terus kenyang perutnya.
Akhirnya, mata yang tak mengantuk
dipaksa juga untuk pejam. Dia perlu tidur awal supaya esok dia dapat masuk
tepat pada masanya ketempat kerja. Terbayang wajah berlagak Imtiyaz. Hati
Ammara bertambah sebal!
0 comments:
Post a Comment