Assalammualaikum W.B.T,
Wow! Tak sangka besar sungguh impak yang dibawakan oleh penulisan2u kepada blog picisan saya ni ... hehehe ... Rasa sangat-sangat teruja bila tengok bilangan orang yang menjenguk blog saya yang tak seberapa ini ... Alhamdulillah .. Syukur kepada DIA yang memiliki segala-galanya ...
Terima Kasih kepada anda semua juga!! ^____^
Ok ... Tanpa banyak buang masa, saya sambung balik kisah Safiyyah dan Rayyan. Happy reading uolsss!! Muaxxxx!!
Lots of love from me,
Adialuze
**************************************************
BAB:
20
Petang
itu, Selesai solat zohor yang kujamakkan dengan Asar, aku membawa Rania ke tepi
laut yang berada tidak jauh dari rumah Tok Esah. Rayyan dan Abang Asyraf sedari
pukul 2 tadi sudah tiada di rumah kerana kata Tok Esah mereka ke dusun
buah-buahan milik Tok Esah di hujung kampung untuk mecari buah pulasan, duku
dan ciku yang memang tengah musimnya sekarang ini untuk di bawa pulang ke Kuala
Lumpur. Kak Dina pula sibuk menolong Tok Esah membuat keropok losong yang juga
ingin di bawa pulang nanti.
Aku
dan Rania seronok berjalan di gigi pantai tanpa memakai kasut. Sesekali dia
tunduk mengutip kulit siput yang menarik bentuknya dan dimasukkan ke dalam
bekas plastik yang Tok Esah bekalkan dari rumah.
Terasa
tenang hatiku memandang kearah laut yang luas terbentang di hadapanku ketika
ini. Aku melangkah kearah longgokan batu besar dan mengambil tempat duduk
disitu sambil terus memerhatikan Rania yang masih leka mengutip kulit-kulit
kerang dan siput yang dijumpainya. Mata turut memerhatikan beberapa keluarga
lain yang kelihatan turut berada di sekitar kawasan itu. Ada yang menghampar
tikar di atas pasir untuk menikmati pemandangan ombak dan ada juga yang sedang
seronok bermandi manda.
“Hai.
Boleh saya join?” Kelibat seseorang yang duduk betul-betul di sebelahku
menghalang sedikit pandanganku ketika itu. Alangkah terkejutnya aku apabila
terpandangkan wajah Asfar.”Eh Asfar … Mana awak tau saya ada kat sini” Aku
menjarakkan sedikit kedudukan antara kami. Tak manis rasanya jika kami duduk
serapat itu dikhalayak ramai. “Mak yang bagitau. Dia kata awak bawak Rania
tengok pantai” Dia memandang tepat ke wajahku membuatkan aku sedikit resah.
“Kenapa
sebelum ni awak tak pernah ikut Abang balik kampung ye?” Dia bertanya dengan
pandangannya masih leka menatap wajahku.”Biasanya saya kerja. Ni kebetulan saya
tengah cuti, saya ikutlah. Lagipun saja nak Rania rasa suasana kat kampung” Aku
cuba berlagak selamba walaupun sedar yang pandangan Asfar tidak lekang dari
memandang aku.”Oooo … maksudnya awak tak ada kampung ke? Nak merasai sendiri
kehidupan kat kampung?Macamtu?” Pertanyaannya membuatkan aku sedikit bingung.
Rasanya aku cakap, nak bawa Rania rasa suasana hidup di kampung. Tapi, kenapa
pula dia katakan aku yang tak ada kampung?
“Errr
… Yelah. Rania kan adik awak. Kalau Rania baru nak rasa suasana duduk kat
kampung, awak pun samalah kan?” Kerutan di dahiku serta merta hilang. Aku
terlupa yang Asfar menganggap Rania adalah adik aku. Aku tersenyum.”Kenapa awak
senyum?” Walaupun agak kehairanan dengan reaksiku, Asfar turut sama tersenyum.
“Rania
ni anak tiri saya. Err … Bakal anak tiri saya, sebenarnya” Akhirnya aku
berterus terang. Tak mahu Asfar terus-menerus mencuba nasib mengorat aku yang
sudah mejadi tunangan orang. “Ha? Eh … Awak bergurau ke? Muka awak nampak macam
muda lagi. Takkanlah dah nak kahwin kot?” Dengan wajah yang nyata terkejut dia
bertanya.”Betullah. Buat apa la saya nak menipu awak” Nyata jawapan ikhlas
dariku membuatkan wajahnya mankin berubah riak.”Eh …. Takkanlah. Siapa lelaki
yang bertuah tu? Boleh saya tahu? ” Asfar cuba menafikan kebenaran yang sudah
aku khabarkan padanya. Aku ketawa kecil.
“Awak
kenal orangnya. Dia ada datang sekali dengan kami malam tadi” Aku bangun sambil
menepuk-nepuk pasir yang melekat di bahagian punggungku. Kaki seluar kubiarkan
basah ditenggelami air laut. "Siapa?" Berkerut dahinya berfikir. Aku
tak pasti samada dia pura-pura tak tahu ataupun sememangnya dia masih belum dapat
menangkap maksud kata-kataku. Logiknya, bila difikirkan semula, selain aku,
Rania dan keluarga Kak Dina, rasanya cuma tinggal Rayyan sahaja. Takkan perkara
semudah itupun, dia masih memerlukan aku untuk memberitahunya?
"Kejap,kejap.
Maksud awak, lelaki yang awak maksudkan tu ... Rayyan?" Akhirnya setelah
beberapa ketika aku membiarkan dia memerah otak, terpacul juga jawapan bagi
soalannya sendiri. Dia menatap wajahku dengan pandangan seolah tidak percaya.
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Rania yang sedang leka bermain
dengan air laut aku perhatikan. Asfar terus terdiam. Cuba menerima kenyataan
yang baru terhidang untuknya sebentar tadi, mungkin. Tidak lama selepas itu
kedengaran dia mengeluh berat.”Nampaknya bukan rezeki saya la kan? Bunga pujaan
dah tumbuh dihalaman orang” Aduhai. Bermadah pujangga la pulak budak ni.
Aku
tersenyum kelat. Wajahnya yang agak sugul aku pandang. Pandangannya tidak lagi
padaku. Dia memandang pasir yang dikuis-kuis dengan hujung kakinya yang
ditenggelami air. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuitnya.
“Saf!”
Aku berpaling pantas kearah suara yang melaungkan namaku dan terpandang Rayyan
yang berdiri di bawah pokok kelapa tidak jauh dari kami sambil berpeluk tubuh.
Dari isyarat matanya, aku dapat membaca yang dia meminta aku dan Rania agar
pergi kepadanya. ”Asfar, saya minta diri dulu ye” Aku bersuara kearah Asfar.
Dia memandang aku dan Rayyan silih berganti, lalu kepala dianggukkan, lemah.
Rania kuhampiri dan tangannya kupaut sambil cuba memujuknya untuk pulang.
Agak
keberatan anak kecil itu untuk pergi dari situ tetapi setelah kupujuk yang esok
pagi aku akan membawanya ke sini semula barulah dia turut sama melangkah kearah
Rayyan yang sudah siap menghulurkan tangannya pada kami. Dapat kulihat dia
berbalas pandang dengan Asfar yang masih duduk di atas batu-batuan dipersisiran
pantai tanpa riak.
Tangan
yang kusangkakan dihulurkan pada Rania, terus memaut jari jemariku dan
digenggamnya erat. Terkedu aku dibuatnya. Rania yang melihat gelagat bapanya
hanya tersenyum seolah-olah gembira dengan keadaan itu. Kami bertiga berpimpin
tangan pulang ke rumah Tok Esah.
Melihat
Hakimi yang sedang bermain di beranda rumah, Rania segera melepaskan pegangan
tangannya padaku dan terus berlari mendapatkan Hakimi. Rayyan masih tidak
melepaskan pegangan tangannya. Langkah kakinya yang tiba-tiba terhenti
membuatkan tubuhnya tersentak ke belakang sedikit. Aku memandang dengan kerutan
di dahi. Kedua belah kening ku naikkan menunjukkan isyarat ‘kenapa’ padanya.
“Jom
ikut saya” Tanganku dipimpin menuju ke tepi laut semula. Aku hanya mengikut
langkahnya walau dihati terdetik seribu macam persoalan.
Setibanya
kami di persisiran pantai, genggaman tangannya kulepaskan. Baru jadi tunangan
aku, dah suka-suka nak ambil kesempatan. Desisku dalam hati. Rayyan yang sudah
berpeluk tubuh aku pandang dengan ekor mata.
"Ada
apa awak ajak saya ke sini lagi ni?" Aku bertanya perlahan. Mataku
tertumpu pada longgokan batu yang tadinya diduduki Asfar. Ah! Sudah tiada.
Kemana lah agaknya budak itu pergi agaknya. Kasihan pula aku rasa bila
mengingatkan memek mukanya sewaktu aku tinggalkan tadi. "Ada perkara saya
nak bagitahu awak memandangkan tak lama lagi kita akan disatukan" Suara
garau Rayyan membuatkan ingatan aku pada Asfar hilang entah kemana. Kecil mataku
memandangnya.
"Apa
dia?" Terasa penat berdiri, aku terus melabuhkan punggung di atas
pasir. Mujur ada pepohon kelapa yang
merendang di sekitar kami membuatkan suasana agak teduh. Tidaklah panas
terbakar kulit putih mulus aku ni dibuatnya nanti. Rayyan turut mengambil
tempat di sebelahku. Dia menarik nafas panjang."Saya tak suka awak layan
mana-mana lelaki lain macam tadi" Hampir tergelak aku mendengar kata-kanya
namun kutahan."Setakat berbual, saya tak kisah. Tapi tak perlulah sampai
nak jumpa kat mana-mana di belakang saya" Berkerut dahiku memandangnya.
Amboi. Ni confirm memang jenis suka mengongkong ni. Aku membuat andaian
dalam hati.
"Walaupun
kawan saya yang awak kenal?" Aku bertanya mohon kepastian."Tengoklah
kawan yang macamana" Pandangannya masih tertumpu pada laut yang terbentang
luas di hadapan kami."Apa maksud awak kawan yang macamana? And by the
way, memandangkan saya memang akan jadi surirumah sepenuh masa lepas kahwin
nanti, rasanya awak tak ada sebab nak risau pasal tu kot" Jawapan aku membuatkan
dia beralih pandang. "Kalau kawan awak tu macam si Shahrul, mungkin saya
masih boleh consider" perkataan 'mungkin' ditekankan sedikit
membuatkan keningku ternaik memandangnya. Tajam renungannya padaku ketika itu.
Aku cuba berlagak selamba.Pandangan aku lontarkan ketengah laut. Tak sanggup
rasanya nak terus bermain mata dengannya lagi.
"Saya
tahu. Saf mesti fikir saya mengongkong. Tapi, inilah perangai saya yang perlu
Saf tahu. Saya tak suka isteri saya nanti terlebih-lebih layan lelaki lain.
Kalau saya nak isteri yang macam tu, dah lama saya kahwin lain" Dia masih
memandang ke arahku. Aku terus mematungkan diri. Tak tahu apa yang perlu aku
katakan. Terasa sesak nafasku ketika ini. Sudahlah dipaksa berhenti kerja.
Tiba-tiba permintaan yang ini pula menyusul. Jangan nanti dia larang aku keluar
rumah terus.Ah sudah! Mahu cepatlah kulit muka aku ni berkedut gamaknya kalau
macam ni.
********
BAB:
21
Hari
ini sudah masuk 2 minggu sejak aku pulang dari Terengganu. Ini bermakna, sudah
2 minggu la juga Rayyan tidak aku temui. Walaubagaimanapun, Rania tetap aku
jenguk. Itupun, setelah menelefon Puan Sri Maria terlebih dahulu dan
diberitahunya yang Rayyan tiada di rumah kerana bertugas.
Aku
kira, sebelum aku diijabkabulkan dengannya dalam masa 2 minggu lagi ni, lebih
baik aku betul-betul menikmati hari-hari soloku sepuas-puasnya. Sekarang ni
boleh dikatakan hampir setiap hari selepas balik dari kerja, aku akan keluar
makan dengan Shahrul, Miss Lai dan Wani. Mereka juga hairan dengan perubahan
sikapku. Selama ini memang payah hendak mengajak aku kemana-mana selepas waktu
kerja. Aku hanya menjawab yang nanti bila sudah berkahwin, aku sudah tak punya
masa dan kebebasan untuk kerap berkumpul seperti itu dengan mereka.
Memandangkan
Majlis perkahwinan yang semankin hampir, perkembangan mengenai segala-galanya
aku terpaksa juga ambil tahu. Puan Sri Maria memastikan aku dimaklumkan
mengenai semua perkara yang berkenaan. Setakat ini, apa yang sudah pasti,
lokasi pernikahan dan Majlis resepsi adalah di Putrajaya. Bernikah di Masjid
Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi di Presint 3 dan Majlis Resepsi akan berlangsung
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kalau
lokasi pun dekat PICC tu, tak tahu la berapa ramai agaknya tetamu yang dah
dijemput. Takut pula bila aku memikirkannya. Apa yang pasti dan sering aku
ingatkan pada Puan Sri Maria adalah aku tidah mahu adanya kehadiran wartawan
dari mana-mana media elektrik maupun elektronik. Mujur dalam hal ini, Rayyan
bersetuju denganku. Dia juga inginkan agar Majlis resepsi kami nanti dihadiri
hanya oleh saudara mara dan kenalan terdekat sahaja. Bab wartawan mungkin Puan
Sri Maria boleh pertimbangkan lagi tapi bab jumlah tetamu yang bakal dijemput
tu, aku tak rasa yang permintaan kami akan dipenuhi. Biarlah! Malas aku nak
memikirkannya. Aku hanya berdoa semoga segala-galanya dapat berlangsung dengan
lancar, aman dan tenteram. Itu saja.
Tengahari
itu, Puan Sri Maria sudah menelefonku mengingatkan tentang makan malam di
rumahnya malam ini. Umi dan Babah turut dijemput sama. Katanya, ingin
memperkenalkan kami kepada seseorang. Malas hendak bertanya, aku iyakan sahaja
ajakannya.
"Saf.
Malam ni jadi ke lepak kedai mamak?" Shahrul yang baru sahaja selesai
melayan sepasang pelanggan yang aku agak dari Filipina, menghampiriku yang
sedang berbual dengan Wani di Kaunter Cashier. "Ala Erul. Tak boleh
lah. Aku ada dinner date dengan bakal mertua la" Selamba saja aku
menjawab. Biarlah. Alang-alang mereka pun dah tahu, rasanya tak salah kalau aku
berterus terang saja. Shahrul ku lihat menjuihkan mulut kearah Wani dan apabila
aku berpaling, dapat kukesan riak perubahan di wajah bujur sirih di sebelahku
itu.
"Ala.
Relax lah Wani. Takkan kau masih terasa kot. Benda jodoh macam ni aku
pun tak sangka lah" Badan yang agak
montel itu kupeluk bahunya. "Nanti kalau ada kawan-kawan si Rayyan yang
masih bujang, aku tolong lah kenen-kenenkan kat kau. Nak tak?"
Mukanya sedikit ceria bila aku berkata begitu."Eiii .. Gatallah lah kau ni
pompuan !" Jerit Shahrul dengan gaya lembutnya. Berderai ketawa aku dan
Wani dibuatnya.
Malam
itu, selesai saja solat Maghrib, berangkatlah kami tiga beranak ke rumah Puan
Sri Maria. Babah nampak segak dengan seluar slack hitam dan baju melayu
warna putih dan Umi pula cantik mengenakan sepasang baju kurung yang sedondon
dengan Babah. Aku saja yang berpakaian serba ringkas. Dengan tube hitam
yang kusarungkan Cardigan berwarna hijau buah zaitun diluarnya dan
kupadankan dengan kain skirt panjang berwarna hitam dan tudung bawal
berwarna kuning cair, menyebabkan Umi membebel denganku sepanjang jalan.
Setakat nak pergi makan yang sekejap itu pun, Umi beriya-iya menyuruh aku
memakai sepasang baju kebaya moden yang entah bila dibelikannya untukku. Memang
tidak lah aku nak menurut. Selagi aku rasa pakaian yang kupilih itu tidak
menjolok mata, tak ada salahnya aku melawan arahan Umi sekali sekala. Fikirku
dalam hati.
Apabila
kami sampai di rumah Banglo 3 tingkat itu, Puan Sri Maria dan Bibik Jannah
sedang sibuk menyusun segala lauk pauk yang telah di masak di atas meja makan.
Suryanti yang menyambut kedatangan kami menjemput kami masuk. Aku dan Umi
segera ke dapur menolong apa yang patut walaupun ditegah oleh Puan Sri Maria.
Babah pula, sudah selesa duduk di beranda sambil menikmati curut mahal bersama
Tan Sri Rasydan. Rayyan yang kulihat ada bersama hanya memerhati.
"Bik,
tolong saya panggilkan Myra kat biliknya" Puan Sri Maria mengarahkan Bibik
Jannah yang sedang membersihkan dapur. Orang gaji yang berasal dari Jawa Timur
itu menurut dan terus berlalu dari situ. Myra. Macam pernah ku dengar namanya.
Tapi di mana ya? Aku berfikir sendiri sambil tangan mengacau-ngacau air bandung
cincau di dalam jag. "Dah sudah ke Saf? Kalau dah sudah, bawa ke depan
cepat ye. Makanan pun dah siap hidang tu" Puan Sri Maria memeluk bahuku
sekejap sebelum berlalu ke ruang makan dengan senyuman. Kelam kabut aku
menyudahkan kerjaku sebelum menurut langkah Bakal Ibu Mertuaku itu dengan
dulang di tangan.
Sesampainya
di meja makan, semua orang sudah mengambil tempat masing-masing. Rania sudah
sedia menyediakan tempat duduk khas untukku di sebelahnya. Aku menghampiri anak
comel itu sambil memberikan ciuman penuh kasih dikepalanya. Semasa mencedokkan
nasi ke pinggan untuk semua orang, baru aku perasan akan kehadiran seseorang
yang agak asing di meja makan itu, duduk di sebelah Rayyan bertentangan
denganku. Matanya tak putus-putus memandang kearahku.
"Myra.
Stop staring her like that. Merah padam dah muka Kak Saf di
buatnya" Teguran Tuan Sri Rasydan membuatkan pandangan gadis itu padaku
beralih. Dia tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Sama
macam Rayyan dan Rania. Sah! Inilah dia Myra Isabella. Adik kepada Rayyan
Iskandar. Desisku dalam hati.
"Betullah
Ma. She's really look like Kak Selena. But, for Malay version lah"
Kata-kata Myra membuatkan Puan Sri Maria dan Tan Sri Rasydan tergelak kecil.
Umi dan Babah hanya tersenyum begitu juga dengan Rayyan. Rania memandang aku
kurang mengerti. Aku hanya tersenyum kearahnya sambil meletakkan seketul ayam
goreng di pinggannya dan mengisyaratkannya untuk makan.
"Tapi,
don't worry Kak Saf. You are still beautiful in your own way"
Myra bersuara lagi. Mungkin perasan yang pipiku masih kemerahan menahan malu.
Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.
"Myra
cuti lama ke?"aku memberanikan diri bertanya."Takda lama sangat.
Tapi, sempat la nak jadi pengapit Kak Saf nanti" Cantik sungguh gadis di
hadapanku ini. Cukup pakej. Cantik, bijak dan berada. Terasa kecil diriku saat
ini. Tiba-tiba rasa diri tak layak untuk berdampingan dengan Rayyan. Aku cuba
memaniskan senyuman mendengar kata-kata Myra. Tangan terus menyuapkan nasi
kemulut tanpa ada rasa. Entah masin ke, manis ke, lidah aku tiba-tiba kematian
rasa. Selepas itu kedengaran Umi dan Babah pula bersembang dengan yang lain.
Entah apa yang dibualkan aku sendiri tidak memberi tumpuan. Bila mereka ketawa,
aku turut tersenyum.
Selesai
makan malam, sewaktu yang lain sudah duduk santai di ruang tamu sambil
menikmati nescafe panas yang dibancuh olehku sebentar tadi, aku menawarkan diri
untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor sambil dibantu Myra. Rania sudah
dibawa Mak Som ke biliknya untuk ditidurkan. Itupun setelah puas dipujuk kerana
dia mahu aku yang menidurkannya. Aku katakan yang selesai urusan di dapur aku
akan pergi ke biliknya. Barulah dia menurut Mak Som dengan langkah
lambat-lambat diaturkannya.
"Rapatnya
Rania dengan Kak Saf" Myra yang tolong mengelap pinggan mangkuk yang sudah
aku cuci berkata ramah." Tulah. Akak pun pelik dengan Rania tu. Entah
apalah yang dia nampak kat Akak ni. Padahal Mummy dia lagilah cantik dari
Akak" Dengan penuh rasa rendah diri aku bersuara."Isk Kak Saf ni.
Myra tak rasa Rania tu sayang Kak Saf sebab Kak Saf macam Mummy dia. Dia
mungkin rasa selesa dan serasi dengan Kak Saf. Sejak Myra balik rumah ni,
tiap-tiap hari si Rania tu bercerita pasal
Kak Saf. Sampaikan Myra rasa macam Myra dah lama kenal dengan Kak saf
tau" Dia melagakan bahunya ke bahuku lembut. Aku ternyum. Sedikit terharu
mendengar kata-katanya.
"Kak
Saf sayang Abang Ray ke?" Pertanyaan Myra membuatkan tanganku yang ligat
mencuci terhenti. "Kak Saf?" Dia memegang bahuku setelah lama aku diam
tak bereaksi."Err .. Kenapa Myra tanya macam tu?" Aku menjawab dengan
soalan. Cuba mengelak dari memberi jawapan yang aku sendiri tak pasti. Basuhan
yang tinggal sedikit aku teruskan. Gadis itu menarik nafas panjang.
"Semenjak
kematian Kak Selena, Abang memang dah tutup pintu hatinya untuk semua
perempuan. Myra mungkin duduk jauh Kak. Tapi, hari-hari kami bersembang dekat
skype. Dalam masa 2 bulan lepas Kak Selena pergi, hari-hari Abang mengadu
dengan Myra sambil menangis. Tak sanggup Myra tengok penderitaan Abang masa tu.
Tapi, demi Rania, Myra nasihatkan dia supaya kuat. Myra ada lah jugak cuba nak
kenalkan beberapa kawan perempuan Myra kat dia. Tapi, semuanya dia tolak
mentah-mentah. Sekarang ni, suddenly, out of the blue, dia bagitau yang
dia nak kahwin. Terkejut Myra dibuatnya Kak. Tapi dia jarang bercerita pasal
Akak. Tu yang Myra excited giler nak balik juga ke Malaysia. Semuanya
semata-mata nak kenal dengan wanita yang berjaya buka pintu hati Abang semula.
Myra soooo happy Kak. At least sekarang ni, nampaklah muka Abang
tu ceria sikit" Panjang lebar gadis itu bercerita. Kami berpandangan
dengan senyuman.
Myra,
Myra. Kalaulah dia tahu yang Rayyan menerima aku kerana Rania, entah apalah
yang akan dikatakannya kan? "Ok! Dah siap. Jom kita join parents kita
kat luar" Tangannya kucapai dan kami jalan berpimpin tangan menuju ke
ruang tamu. Aku bersyukur kerana keluarga Rayyan dapat menerima aku seadanya.
Ala Safiyyah. Orang zaman dulu pun kahwin tanpa cinta. Tapi bahagia juga kan?
Apa yang penting restu kedua belah pihak itu yang paling utama. Senyap-senyap
aku memujuk diri sendiri.
Nak lagi...nak lagi...x sabar nk tgok diorg lepas kawen. Cerita awk best bce..x boring bila bce
ReplyDeleteNak lagi jugak. Hehehehe
ReplyDelete