BAB 1:
Sudah
hampir 2 jam dia asyik berpusing-pusing di jalan yang sama. Sudah beberapa kali
juga tangannya menyeka airmata jernih yang mengalir dipipinya. Jam di dashboard kereta Myvinya sudah
menunjukkan angka 10 tepat. Rasa menyesal mula menggunung dalam hatinya.
“Kalau aku ikut cakap Along tadikan
dah selamat aku sampai kat rumahnya. Tula kau Ara. Berlagak sangat. Dah tau kau
tu memang buta jalan. Mengaku je la. Tak payah nak tunjuk macho sangat” Ammara Safiyya memarahi diri sendiri.
Sangkanya, dengan bantuan GPSnya,
mudah saja hendak mencari kawasan perumahan Ammar Sofian yang merupakan
satu-satunya adik beradik yang dia ada di dalam dunia ini. Namun sangkaannya
meleset apabila alamat rumah Abangnya langsung tidak tersenarai di dalam sistem
GPSnya kerana dia lupa hendak mengupdate
data di dalamnya. Berkali-kali dia menyalahkan diri sendiri di atas sikap
pelupanya itu.
Ini semua gara-gara kerana dia
hendak membuktikan pada kakak iparnya, Fatin Syuhada yang sememangnya tidak
sebulu dengannya sedari dulu itu bahawa dia, Ammara Safiyya bukanlah sekadar
anak manja yang tahu menyusahkan Abangnya saja.
Sudahlah dia tidak berapa arif
dengan kawasan Putrajaya itu. Memang berpusing-pusing bagai roller coaster la jawabnya dia mencari alamat
rumah Abangnya yang baru berpindah di Precint 18.
Akhirnya, dengan penuh rasa sebal dengan
diri sendiri, dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Saki baki airmata disapu
dengan belakang tapak tangannya. Ya. Dia memang anak manja. Pantang ada
kesukaran yang terpaksa dihadapinya, pasti airmatanya akan laju saja mengalir
tanpa diundang. Oleh kerana itu jugalah, Fatin tidak menyenanginya kerana
menganggapnya mengada-ngada dan dituduh sebagai attention seeker.
“Kalau tak kerana aku kena transfer kerja, jangan haraplah aku nak
pindah duduk dengan Along dan terpaksa pulak nak mengadap muka perempuan kerek
tu hari-hari. Tapi, memang aku ni anak manja apa. Nama pun anak bongsu. So, apa masalahnya pun kalau Along, Papa
dengan Mama nak manjakan aku sekalipun. Biarlah. Dasar pendengki! Huh! Ni semua
pasal kaulah aku boleh sesat ni!! Arrggghhh!! Macamanalah Along aku tu boleh kahwin
dekat perempuan kerek macam kau haaa??!!” Ammara menjerit geram. Tak
pasal-pasal Fatin menjadi bahan bebelannya.
Mujurlah suaranya cuma bergema di
dalam kereta sahaja. Jika tidak, pasti orang yang mendengar jeritannya akan
menyangka ada perempuan mengamuk di Jabatan Perdana Menteri yang betul-betul
tersergam megah di hadapan matannya.
Setelah puas bertafakur dengan
memerah kesemua neuron saraf otaknya supaya berfikir, akhirnya Ammara mencapai
telefon bimbit iphone5 hadiah pemberian Papanya dan nombor Ammar ditekan.
“Ha, Ara dah kat mana ni? Kenapa
tak sampai-sampai lagi?” Tidak sampai dua kali bunyi deringan, suara cemas
Ammar terus menerobos corong telinganya.
Airmata yang hampir kering terus
mengalir semula apabila mendengar suara Abang kesayangannya itu.
“Ara sesat” esak tangisnya terus
kedengaran.
“Laaa … dari Kelana Jaya ke
Putrajaya pun boleh sesat ke? Ara kat mana sekarang ni?” Ada tawa kecil
dihujung ayat Ammar membuatkan Ammara terasa bengkek.
“Ara dah sampai lah Putrajaya. Cuma
nak cari rumah Along ni je yang tak jumpa-jumpa. Entah kat hulu manalah rumah
Along ni. Pusing-pusing, yang Ara jumpa asyik-asyik bangunan JPM ni je!” Luah
Ammara, geram. Apatah lagi apabila kedengaran Ammar semankin kuat
mentertawakannya.
“Tulah. Tadi Along offer nak jemput kat rumah, tak mahu.
Sekarang kan dah sesat. Jauh pulak tu sesatnya. Dahlah rumah baru Along ni kena
masuk dalam kawasan hutan sikit. Ara tidurlah dulu kat tepi jalan tu. Esok,
lepas subuh baru Along datang jemput” Ammar sengaja mahu mengusik adik tunggalnya itu. Terbayang wajah putih Ammara
yang kemerahan menahan sebak. Tawa yang bakal meledak ditahan.
“Apa Along ni! Takkan Ara nak tidur
dalam kereta kat tepi bangunan JPM ni. Kalau ada orang nak buat tak senonoh kat
Ara macamana??! Sampai hati Along buat adik Along yang cantik menarik kebaboom
ni macam ni tau! Nanti Ara report kat
Papa dengan Mama baru tahu!” Kalut Ammara dibuatnya dengan kata-kata Ammar.
Airmata semankin deras mengalir.
“Alaa … Sikit-sikit nak report dengan Papa dengan Mama. Cengeng
sangat la adik Along ni. Umur dah 23 tahun pun asyik menangis je. Nama je graduan Universiti, tapi bila kena duga sikit
dah menangis macam budak 6 tahun tak dapat gula-gula” Ammar masih seronok
mengusik Ammara. Sekiranya Papa dan Mamanya tahu, memang bingitlah telinganya
kena bebel.
“Biarlah. Ara kan anak kesayangan
Papa dengan Mama. Biar padan muka Along kena bebel dengan Tuan Pensyarah”
Ammara mengesat airmatanya. Terasa perit matanya kerana sudah terlalu banyak
sangat menangis malam itu. Untuk
kesekian kalinya, proses lacrimation
tubuhnya telah digunapakai dengan sepenuhnya hanya kerana gagal mencari rumah
Abangnya.
“Yela, yela … Kejap lagi Along
datang. Tunggu kat situ. Kalau ada orang ketuk cermin, buat-buat tak tahu je.
Lagi 2 jam Along sampai” sempat lagi dia mengusik sebelum telefon diletak.
“Along!!!!” sempat juga jeritan tidak
puas hati Ammara menyinggah kependengarannya sebelum talian telefon terputus.
Seperti yang diduga, menapak saja
masuk ke dalam rumah Abangnya, kedengaran suara sindiran dari kakak ipar
‘kesayangannya’.
“Haaiii … jauh betul jarak dari
Kelana Jaya nak ke Putrajaya ni ye? Sampai berjam-jam nak sampai sini” Fatin
yang sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil menayangkan wajah sinikal
mengundang seribu satu rasa menyampah dihati Ammara.
“Saja je nak ronda-ronda dulu kat
Putrajaya ni sebelum datang sini” Ammara tak mahu kalah. Dengan langkah separuh
rela, kakak iparnya itu dihampiri dan tangannya disalam sekadar cukup syarat
saja. Itu pun kerana dia ada sedikit lagi rasa hormat kerana Fatin adalah
isteri Abangnya.
“Ronda-ronda sampai kena berjemput
ke? Seronok sangat ke sampai tak jumpa jalan?” Semankin mendidih perasaan
Ammara dibuatnya.
“Err … Bilik Ara kat tingkat atas.
Mari Along tunjukkan” melihat wajah Ammara yang sudah mahu bertukar menjadi Incredible Hulk, Ammar segera memeluk
bahu adiknya itu dan dibawa menaiki tangga. Dia tidak mahu tersepit diantara
kasih pada isteri dan kasih pada adik kandungnya apabila peperangan saudara
meletus diantara mereka nanti. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik dia
bertindak memisahkan mereka yang sudah seperti Rusia dengan Amerika apabila
bertemu.
“Ara tak faham betullah macamana
Along boleh kahwin dengan perempuan mulut puaka tu!!” Tanpa amaran, Ammara
terus melepaskan perasaannya pada Ammar sebaik sahaja pintu bilik tertutup.
Punggung dihenyakkan kasar di atas birai katil. Wajahnya masih kemerahan
menahan rasa marah yang terbantut tadi.
Ammar hanya tersenyum. Dia duduk di
sebelah Ammara. Bahu adiknya itu dirangkul mesra.
“Tak kebaboom la adik Along yang
cantik ni bila buat mulut itik camtu” hidung separa mancung Ammara dicuit namun
pantas ditepis kasar oleh adiknya itu. Semankin lebar senyuman dibibirnya.
Ara, Ara … Kalau merajuk memang
payah betul nak dipujuk. Ammar berbicara sendiri dalam hati.
“Dah dekat 2 tahun tau Along kahwin
dengan Kak Fatin tu. Tapi, dari mula Along kenalkan dia dengan family kita sampailah sekarang, kenapa
Ara masih tak dapat terima dia lagi? Ara kan dah besar. Takkan nak gaduh macam
Ara bergaduh dengan Tania masa kecik-kecik dulu berebutkan teddy bear? Hurrmm?”Ammar masih menggunakan tonasi suara bass bagi memujuk Ammara.
Eh, Eh Along aku ni. Aku pulak yang
nak disalahkan? Bukan mulut longkang bini dia ke yang selalu mulakan perang
dengan aku dulu??? Ammara semankin diselubungi rasa tidak puas hati. Pandangan
ala-ala nak telan orang diberikan kepada Ammar.
“Along. Sepatutnya, dia tu yang tua
la mengalah dengan Ara. Bukan selalu cari pasal dengan Ara. Ini tidak. Asal
jumpa Ara je, ada je bahan yang nak dibuat pasal. Sakit tau telinga Ara ni!
Kalau ada tahi telinga, boleh cair, meleleh keluar macam lahar gunung berapi
tau!”Tubuh Ammar ditolak menjauhinya.
“Euwww!! Pengotor la Ara ni! Muka
je cantik tapi tahi telinga sampai meleleh!” Ammar segera angkat kaki keluar
dari bilik itu sebelum kemarahan Ammara yang semankin meluap-meluap itu meletus
bak gunung berapi Merapi.
“Alonggggggg!!!!” Bantal yang tak
bersalah dilontar mengenai pintu bilik dek kerana bahang kemarahan yang
semankin menggunung apabila diduga oleh Ammar.
0 comments:
Post a Comment