AKU
duduk kaku di dalam kereta. Tersergam indah rumah banglo dua tingkat tidak jauh
dari tempat Rayyan memakirkan keretanya. Daripada pintu pagar yang terbuka
luas, kelihatan beberapa deretan kereta mewah dari pelbagai jenama di parkirkan
di kawasan perkarangan banglo tersebut. Nampak gayanya seperti ada majlis yang
sedang berlangsung. Aku sendiri tak pasti majlis apa.
"Ok.
Jom" Enjin kereta sudah dimatikan. Cerminmata hitam sudah disangkutkan di
kolar baju kemeja lengan pendek yang dipakainya. Pandangannya tertumpu pada
aku. "Kita nak pergi rumah siapa ni?" Pandangan aku silih berganti
antara banglo itu dan Rayyan. Dia hanya tersengih. "Majlis birthday
Katrina" Terkejut aku mendengar jawapannya."Err ... Kenapa bawa saya?
Aa ... Awak kan boleh pergi sendiri. Lagipun, saya bukan kenal rapat pun dengan
dia" Tergagap-gagap aku bersuara. Rasa kurang selesa kerana dibawa ke
majlis orang yang aku sendiri tak berapa kenal. Dia tergelak lagi. Pelik aku
melihatnya. Apalah yang kelakar sangat ni?
"Awak
dah sampai pun kan kat sini. Dahlah. Jom kita masuk. Lagi cepat kita masuk,
lagi cepatlah kita boleh balik" Rayyan sudah turun dari kereta dan menutup
pintu disebelah pemandu. Aku menarik nafas dalam dan pintu kereta ku buka,
lemah. Dia kulihat sudah mengeluarkan sebuah beg kertas tertulis Harold yang
pastinya mengandungi bungkusan hadiah untuk Katrina. Melihat aku yang masih
teragak-agak untuk melangkah, dia berjalan kearahku dan mencapai tanganku lalu
dipimpinnya menuju ke rumah banglo tersebut. Dalam keterpaksaan aku hanya
menuruti langkahnya.
Sebaik
sahaja pintu terbuka, Katrina menyambut kedatangan kami dengan wajah yang agak
terkejut. Tak pasti pula kenapa. Tapi, melihatkan pandangan tajam matanya
padaku, aku dapat agak mungkin dia terkejut kerana tak menyangka yang Rayyan
akan membawa aku bersama.
Bungkusan
hadiah yang dibawa sudah bertukar tangan. Wajah Katrina pantas berubah riak
menjadi sedikit ceria apabila Rayyan mengucapkan Selamat Hari Lahir padanya.
Pantas lengan kiri Rayyan di pautnya dan ditarik masuk ke dalam rumah. Nasib
baiklah pegangan tangan Rayyan yang sebelah lagi masih erat mengenggam tanganku.
Kalau tidak, pasti aku sudah ditinggalkan terpinga-pinga seorang diri di luar.
Eeiii ... gediknya perempuan ni! Suka hati dia je nak pegang-pegang suami orang
macamtu. Huh! Berbakul-bakul sumpah seranah dalam hatiku buat Katrina.
Di
dalam rumah, bunyi muzik yang agak kuat kedengaran. Terkejut juga aku apabila
melihat cara para tetamu Katrina berpakaian. Walaupun pada dasarnya aku yakin
yang mereka itu semua adalah beragama Islam, dengan rambut yang pelbagai warna
dan pakaian yang serba serbi singkat dan sendat di sana sini, membuatkan aku
beristighfar beberapa kali di dalam hati.
Dengan
iringan lagu On The Floor dari Pitt Bull dan Jennifer Lopez, kelihatan beberapa
pasangan sedang menari terkinja-kinja mengikut rentak lagu.
Entah
kemana Katrina hendak membawa Rayyan agaknya. Aku sudah rasa mula kurang selesa
apabila badanku telah banyak kali dilanggar oleh beberapa orang lelaki yang
pada masa yang sama merenung ku dari atas ke bawah dengan renungan yang kurang
sopan beserta bibir yang menyunggingkan senyuman yang boleh aku kategorikan
dalam kategori 'gatal' a.k.a 'miang'.
Setelah
sampai di sekumpulan 3 orang wanita yang sedang berdiri di sebelah kolam mandi
sambil memegang gelas-gelas berisi minuman yang aku sendiri takut untuk
memikirkan apa isi kandungannya, Katrina menghentikan langkahnya.
"Hey
Girls. Meet Rayyan Iskandar. Jejaka terhangat dipasaran yang I selalu
ceritakan tu" Katrina memperkenalkan Rayyan kepada kumpulan wanita itu.
Tersenyum lebar mereka semuanya sebaik terpandang wajah Rayyan.
"Hi
handsome, I'm Maya" Wanita yang berambut pendek ala-ala gaya
Victoria Becham menghulurkan tangannya terlebih dahulu pada Rayyan dengan gaya
manjanya yang terlampau. Rayyan kulihat teragak-agak untuk menyambut dengan
senyuman yang seperti dipaksa-paksa. Dua lagi wanita yang ada di situ turut
menghulurkan tangannya pada Rayyan. Pegangan tangannya pada ku sudah
dilepaskan. Entah bagaimana, tanpa aku sedar, mereka sudah mengerumuni Rayyan
dan sedar-sedar aku sudah tersisih dari kumpulan mereka.
Bosan
menjadi pemerhati aksi menggedik 4 sekawan itu, aku terus menuju ke arah meja
yang terhidang deretan makanan. Dengan penuh tertib, pinggan ku isikan dengan
beberapa jenis kuih yang nampak meneyelerakan. Sedang aku asyik mengambil
makanan, terasa bahuku dilanggar seseorang. Mujur pinggan ditanganku tidak
terlepas dari pegangan. Aku beristighfar beberapa kali sambil mengurut-ngurut
dada untuk menenangkan perasaan sendiri. Agak tersirap darah aku dibuatnya.
"Hi"
Aku
terus menoleh kearah suara yang menyapa. Seorang lelaki yang berkulit sawo
matang dan rambut tersisir kemas ke belakang yang berdiri betul-betul di
sebelah aku melemparkan senyuman manis.
Kacak.
Sempat hatiku berbisik. Dengan tulang pipi yang tinggi, membuatkan wajahnya
kelihatan sangat maskulin ala model antarabangsa. "Hi .." Dalam nada
teragak-agak aku menyahut. Ada sedikit rasa kurang senang dalam hati aku
apabila lelaki itu seolah-olah sengaja merapatkan tubuhnya agar bersentuhan
denganku ketika dia hendak mencapai makanan yang terhidang di hadapan kami.
"You
kawan Kat ke?" Lelaki itu memulakan perbualan. "Tak pernah pula
nampak you sebelum ni. By the way, I'm Daniel" Belum sempat
aku menjawab, dia sudah menghulurkan tangan.
"Err
... Saya Safiyyah" Aku meletakkan tangan kanan kedada sambil kepala
sedikit menunduk dengan harapan jejaka di hadapanku ini memahami maksud
disebalik gerak tubuhku itu. "Opps .. Sorry." Tangan yang
dihulurkan dibawa ke belakang kepala dan jejaka bernama Daniel itu tersenyum
dengan kepalanya turut ditundukkan sedikit.
"Hello
Bro!" Baru sahaja Daniel ingin membuka mulut, bahunya sudah ditepuk
dari belakang.
"
Hei Rayyan!" Dua jejaka di hadapanku sudah bersalaman dan berpelukan
ibarat dua sahabat karib yang lama tidak bersua. "Bila kau balik
sini?" Muka Rayyan kelihatan sangat ceria ketika itu. "Oh yaa .. Looks
like you have meet my wife, Safiyyah" Tanpa aku duga, pinggangku sudah
dipaut erat oleh Rayyan dan hampir saja pinggan ditanganku terlepas dari
tangan. Dalam keadaan terkejut, aku cuba mengorak senyuman pada Daniel yang
kelihatan agak terpinga-pinga.
"Aku
dah seminggu balik ke sini. Rehat panjang lah Bro. Penat. So, ini lah wife kau?
She so gorgeous. You are damn lucky Bro! Nasib baik aku tak
terngorat tadi" Bahu Rayyan ditumbuk lembut. Meledak ketawa antara dua
sahabat itu. Terasa panas pipiku dipuji oleh Daniel.
"Tula
kau. Aku jemput datang masa majlis aku hari tu kau pula tak ada kat
Malaysia" Aku mula rasa agak kurang selesa bila pautan Rayyan semankin
erat di pinggangku. Kenapa la dengan dia ni. Selama ni, tak ada la pula nak
lebih-lebih pegang aku sampai macam ini. Naik sesak nafas aku dibuatnya.
Almaklumla.
Sepanjang kami berkahwin, nak bawa aku pergi ke majlis-majlis seperti ini
memang tak pernah pun. Maunya aku terkena culture shock saat ini apabila
dengan selambanya, tubuh kecil molek aku ini didakap seerat itu sehinggakan
jelas terhidu wangian Hugo Boss yang dipakainya dihidungku.
Daniel
dan Rayyan masih rancak berbual. Dari berdiri sampailah kami telah sama-sama
mengambil tempat duduk di atas deretan kerusi ditepi kolam mandi, tak
putus-putus tajuk yang dibualkan. Aku hanya mendengar sambil mulut tak henti
mengunyah. Nasib baiklah makanan yang dihidangkan memang kena dengan selera
aku. Katrina pula, aku lihat sedang sibuk melayan tetamu-tetamunya yang tak
putus-putus datang sambil sesekali matanya kulihat sempat mencuri pandang
kearah Rayyan.
Terdetik
di hatiku yang Katrina memang sudah lama menaruh hati pada Rayyan. Tapi, di
pihak Rayyan sendiri aku kurang pasti. Melihatkan layanannya pada Katrina, aku
tak rasa Rayyan berkongsi perasaan yang sama.
Tapi,
siapalah aku untuk menduga. Sedangkan dengan aku, isterinya sendiri pun, dia
layan ikut situasi dan keadaan. Di hadapan semua orang, dia melayan aku
macamlah kami ini pasangan yang paling romantis. Tapi hakikatnya, bila ada aku
dan dia sahaja, masing-masing buat hal sendiri. Macam orang asing lagaknya.
Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir. Entah. Aku sendiri pun kurang pasti
tentang halatuju hubungan kami. Sejujurnya aku sendiri pun tak mahu ambil
pusing sangat. Almaklumlah. Aku kahwin pun sebab Umi, Babah dan juga Rania.
Tetapi,
apa yang aku pasti sekarang ini adalah kelainan pada gerak-geri lelaki bernama
Daniel yang duduk di sebelah Rayyan. Semenjak dari tadi, aku perasan sepasang
mata yang redup itu kadang-kadang mencuri pandang kearahku.
Apa
yang membuatkan aku kehairanan adalah bila matanya akan kembali tertumpu pada
Rayyan setiap kali pandangan mata kami bertembung. Adakah aku yang terlebih
perasan?Hmmm ... Mungkin juga. Tapi, kalau betul pun dia curi pandang kat aku
kenapa pun. Dah memang aku ni comel kan. Ceh! Perasan tak sudah anak Pakcik
Hisyam ni!
0 comments:
Post a Comment