BAB : 2
ALAMAK!!!!! Dah pukul 7????? Baru hari pertama kat tempat
kerja baru aku dah lambat??? Matilah aku, matilah aku!!
Kelam kabut Ammara bangun dari
katil lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik
tidurnya. Tidak sampai 10 minit dia sudah selesai mandi. Mujur dia memang
sedang ‘cuti’ solat. Jika tidak, mahu menqada’ solatlah jawabnya.
Tanpa berfikir panjang, di mencapai
pakaian dan tudung yang tak perlu digosok. Seluar slack hitam dipadankan dengan blaus polos dari kain chiffon
berwarna teal disarungkan dengan blazer hitam dan shawl pashmina dililit ringkas dikepala.
Puas hati dengan penampilannya di
cermin, dia segera mencapai beg tangan dan berlari keluar dari bilik dan
terkocoh-kocoh menuruni tangga tanpa menyedari Ammar dan Fatin yang sedang
bersarapan memerhati saja tingkahnya.
“Ara! Meh sini sarapan dulu!” Ammar
berteriak memanggil Ammara yang sudah menyarungkan kasut tumit berwarna hitam
setinggi 5 inci.
“Tak apalah Along! Ara dah lambat
ni! Assalammualaikum!” Ammara menyahut sambil bergegas meloloskan tubuh ke
dalam kereta Myvi hitamnya. Panggilan dari Ammar selepas itu tidak
dipedulikannya lagi.
Alamat tempat kerja barunya
disetkan ke dalam alat GPSnya. Tanpa menunggu enjin keretanya panas, dia terus
memecut keluar meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat Abangnya.
Ammara semankin cemas. Jam yang
menunjukkan ke angka 7.45 pagi semankin membuatkannya jadi tak keruan. Pedal minyak
kereta ditekan sehingga bacaan meter keretanya mencecah keangka 120km/jam. Dia
sudah tak peduli. Apa yang penting dalam kepala otaknya, dia sampai di pejabat
barunya sebelum jam 8.30 pagi.
Shrrrrreeeeettttt!!!!! Gedegang!!!!!!
Seakan terhenti nafas Ammara sambil
pandangannya tak berkedip memandang kearah kereta mewah yang telah
dilanggarnya. Entah apalah yang difikirnya sehingga tidak sedar akan kehadiran
kereta Toyota Harrier yang berhenti di hadapannya kerana lampu trafik
menunjukkan warna merah. Dia dapat rasakan wajahnya sudah pucat tak berdarah
ketika ini.
Pemandu Harrier itu perlahan-lahan menggerakkan keretanya kebahu
jalan sambil tangannya memberi isyarat kepada Ammara supaya mengikutnya. Dengan
tangan yang menggigil, stering kereta dipusingkan menurut saja arah kereta di
hadapannya itu dipandu. Kalenjar Lakrimal, seperti biasa, sudah mula
menjalankan tugasnya merembeskan airmata.
Apabila kereta masing-masing sudah
diparkirkan di bahu jalan, sesusuk tubuh tegap melangkah keluar dari perut
kereta Harrier sambil berjalan ala model kebahagian belakang keretanya untuk melihat
tahap kerosakkan yang telah terhasil kesan dari ‘ciuman’ kereta Myvi Ammara.
Perlahan-lahan tali pinggang
ditanggalkannya dan dia turut melangkah keluar mengahampiri lelaki yang berkaca
mata hitam yang sedang mencangkung di tengah-tengah antara kereta mereka
berdua.
“Sor … Sorry Sir. Sa … Saya tak sengaja” tergagap-gagap Ammara memohon
maaf beserta sedu-sedan yang mula kedengaran. Airmata diseka pantas.
Lelaki itu masih mendiamkan diri.
Kereta Harriernya yang kelihatan hanya tercalar sedikit dipandang silih
berganti dengan kereta Ammara yang nampak kemek di bahagian bumpernya.
“Awak memandu macamana ni?” Lelaki
itu mula bersuara sambil berdiri tegak di hadapan Ammara sambil membuka cermin
mata hitam yang dipakainya.
Mak Aii!! Tingginya mamat ni! Terlebih
kalsium ke apa dia ni?? Dahlah badan ala-ala Abang sado. Ini kalau dia henyak
aku sekali ni, mau terus masuk 7 kaki ke dalam aku ni!. Tapi muka boleh tahan hensem. Ada iras-iras pelakon Venezuela,
Juan Pablo Llano.
Dalam kekalutan masih sempat lagi
hatinya memberi komen tentang lelaki yang berdiri tegak di hadapannya itu
sambil matanya yang redup memandang kearahnya, garang.
“Err … Maaflah Encik. Saya
sebenarnya dah terlambat ke tempat kerja .. Tu yang bawak kelam kabut sikit.
Err … Lagipun kereta Encik cuma calar sikit je kan? So, kita settle kat sini
je la ye … “ Tanpa menunggu lelaki itu bersuara, Ammara segera ke keretanya
untuk mengambil dompet sebelum menghampiri lelaki itu semula.
“Saya cuma ada ni je Encik. Err …
boleh ke?” Duit kertas RM50 sebanyak 3 helai dihulurkan kepada lelaki yang
masih berdiri tegak itu.
“Awak ingat cukup ke kalau nak
baiki kereta saya ni? Nampak memang la macam calar sikit je. Tapi, ni kalau
saya nak cat semula, saya kena cat semua
bahagian belakang ni. Rasanya awak pun tak mampu nak bayar saya” agak angkuh
kedengaran kata-kata lelaki itu ditelinga Ammara.
Berlagak nak mampus!!! Baru naik
kereta Harrier dah kerek semacam! Along aku naik kereta Alphard pun relak je!
Huh! Dasar jantan angkuh!!! Harap muka je hensem, perangai macam hampeh!!!
Berbakul-bakul sumpah seranah
diluahkan Ammara di dalam hati, Airmata yang tadinya laju saja keluarnya, kini
sudah kering ditiup sikap angkuh lelaki di hadapannya itu.
“Oh shit!” Tiba-tiba laki itu menepuk dahinya sebaik sahaja jam tangan
dipergelangan tangan kanannya dikerling. Terkejut Ammara dibuatnya.
“Kita settle hal ni lain kali. Bagi telefon awak cepat!” Melihat keadaan
lelaki itu yang agak kelam kabut, Ammara segera mendapatkan telefon bimbitnya
dan diserahkan kepada lelaki itu tanpa banyak soal.
Pantas jarinya menaip sesuatu di
skrin telefon Ammara dan sejurus selepas itu nada bunyi mendendangkan lagu, Talk
Dirty nyanyian Jason Derulo kedengaran dari poket seluar lelaki itu. Tidak
sampai seminit, telefonnya dipulangkan semula.
Ammara ibarat kena pukau hanya
memerhatikan saja kereta Harrier lelaki itu memecut laju meninggalkannya.
“Ya Allah!! Dah pukul 8.15???
Matilah kau Ara kena sembur hari ni!!! Arrrgghhhh!!!!” Ammara menjerit apabila
terpandang masa yang tertera di jam tangannya. Terus hilang rasa ketidak puasan
hatinya pada lelaki kerek itu tadi. Terlupa keadaan keretanya yang kemek di
bahagian hadapan itu, Ammara terus memecut laju keretanya mengikut panduan
GPSnya yang sudah diresetkan semula.
Malangnya nasib gadis bernama
Ammara Safiyya hari ini.
Seawal pagi sudah diduga dengan
kemalangan kecil yang menyebalkan hatinya, Apabila tiba ditempat kerja barunya
pula, dia terpaksa mengadap PA Bosnya yang kerek tahap dewa.
“Dah pukul berapa sekarang ni? Awak
tahu kan waktu kerja start pukul
8.30? Bukannya pukul 9. Awak tak baca ke appointed
letter awak betul-betul? Hari pertama pun dah buat hal” Soalan bertalu-talu
berserta kata-kata bernada sindiran menyambutnya di pejabat barunya itu. Rasa
sebak yang mula terasa ditahan supaya tidak menzahirkan airmata lagi.
“Saya … “ belum sempat Ammara
menjawab, PA tahap kerek dewa dengan bedak yang entah berapa inci tebalnya itu
menayangkan tangan di hadapan mukanya.
“Sorry. No excuses accepted here. Consider this as your first warning”
Ya Allah! Berlagaknya perempuan ni!
Baru pegang jawatan PA dah begini punya perangai. Kalau jadi Bos, tak tahulah
macamana. Getus Ammara dalam hati. Bengkek betul dia dengan sikap PA yang di
atas mejanya tertera plak nama Suraya itu.
“Nasib awak baik sebab Bos ada meeting kat luar hari ni. Mungkin lepas lunch baru masuk office. Ikut saya. Saya tunjuk tempat duduk awak” dengan riak
berlagak, PA bernama Suraya itu menggamit Ammara supaya menurut langkahnya.
Pemakaian PA yang mengenakan
sepersalinan sut berwarna merah dengan kemeja putih di dalam, dengan skirt
ketat separas lutut membuatkannya beristighfar beberapa kali di dalam hati.
“Ni tempat duduk awak. Ni fail
tentang profil dan polisi syarikat ni. Awak baca sampai hafal. Saya tak nak
nanti lebih banyak polisi syarikat yang awak langgar” sempat lagi PA kerek itu
memerli Ammara sebelum berlalu meninggalkannya keseorangan di tempat duduk
barunya itu.
“Hai. Saya Ammara Safiyya. Admin Exec dari cawangan Kelana Jaya”
Ammara meramahkan diri menegur wanita di sebelahnya yang sedari tadi
melemparkan senyuman padanya.
“Ooo .. Nama akak, Rozaimah.
Panggil je Kak Ros. Akak pun Admin Exec
kat sini.Ammara Safiyya. Amboi. Susahnya nak sebut. Nak panggil apa ni?” Lega
sedikit hati Ammara dengan keramahan yang ditunjukkan wanita bernama Rozaimah
itu.
“Panggil Ara je Kak” senyuman
paling manis dihulurkan. Wanita yang kelihatan sedang sarat mengandung itu
hanya mengangguk sambil turut sama tersenyum.
“Kak Ros bila due ni?” Ammara memulakan perbualan apabila antaranya dengan Kak
Ros sudah agak mesra.
“Lagi dua tiga minggu lagi Ara. Ni
pun rasa dah tak larat sangat ni. Harap-harap sebelum Akak cuti, dapatlah TOT
pada Ara kerja-kerja Admin kat sini
apa yang patut” perut yang membuyut diusap perlahan. Wajahnya tampak jelas
kepenatan.
“InsyaAllah. Sempat” Ammara
tersenyum manis. Janganlah tak sempat. Mau tunggang terbalik hidup aku nanti.
Sempat Arissa berdoa dalam hati.
“Eh Kak Ros. Kenapa office ni sunyi je? Staff memang tak ramai ke?” Setelah beberapa ketika senyap, Ammara
bertanya lagi.
“Eh, ramai. Kat tingkat ni je yang
tak berapa ramai staff sebab Bos tak
suka crowded sangat. Kat tingkat 15
dengan 16 ramai. Sebab semua staff
bahagian Pemasaran ada kat situ. Kat tingkat 17 pulak, staff IT. Kat atas ni, staff
financial dengan admin je yang
ada. Financial ada la 4 orang. Admin pulak, campur Ara ada 2 orang la. So campur Bos dengan PA dia, ada 8 je
la” ramah Kak Ros memberi penerangan. Ammara hanya mengangguk-anggukkan
kepalanya tanda faham.
Dalam diam Ammara merasa kagum
dengan kejayaan yang dimiliki Bosnya yang merupakan salah seorang Bussinessman Bumiputra berjaya di
Malaysia.
“Biasanya Bos kalau meeting kat luar, lambat ke balik Kak
Ros?” Ammara masih berminat bersoal jawab dengan Kak Ros.
“Kalau zaman Datuk Muzaffar dulu,
habis meeting je dia terus balik office walau pukul 12 tengahari
sekalipun sebab dia akan jenguk jugak staff-staff
dia kat sini sebelum keluar semula untuk makan tengahari. Tapi … kalau Encik Imtiyaz
, kadang-kadang staff nak balik baru
nampak batang hidung dia” Kak Ros rancak bercerita siap berbisik-bisik bimbang
sekiranya ada pengintip rahsia yang sedang mendengar perbualan mereka.
Datuk Muzaffar sememangnya tidak
asing lagi dipendengaran Ammara. Tapi, siapa pula Encik Imtiyaz? Unik pulak tu
nama dia. Err … Bos baru ke? Tapi, sejak bila? Datuk Muzaffar dah bersara ke?
Banyak betul persoalan dalam fikiran Ammara saat itu. Hendak diajukan pada Kak
Ros bimbang sekiranya dia dituduh busybody
pula.
“Kak Ros. Si Suraya tu memang kerek
semacam ke kak?” Lain yang belegar dalam kepalanya, lain pula yang dizahirkan
pada Kak Ros.
Kak Ros tergelak kecil mendengar
pertanyaan Ammara.
“Dia memang macam tu. Dengan kami
yang dah lama kerja ni pun dia macam tu. Tapi, kalau dengan Encik Imtiyaz,
automatik jadi lain. Manja dan sopan semacam je jadinya. Naik meluat kami yang
menengoknya ni ha” perlahan Kak Ros menjawab sambil menyambung tawanya.
“Err … Encik Imtiyaz ni muda lagi
ke Kak?” Akhirnya terkeluar juga soalan mengenai Bos yang bernama Imtiyaz itu.
“Bukan hanya muda Ara. Kacak lagi
bergaya tau. Almaklumla … Anak Bos. Ayahnya pun handsome, anaknya mestilah segak jugak” dengan satu soalan saja,
Ammara sudah mendapat jawapan bagi beberapa soalan yang berlegar di dalam
kepala otaknya.
“Ini pun baru masuk sebulan dia
diangkat jadi Vice CEO kat Muz
Holding ni. Sebelum ni, dengar cerita dia kerja kat oversea. Itu yang sekarang ni jarang nampak Datuk kat office. Dia nak serahkan kuasa pada anak
bujangnya tu” dan dengan itu, kesemua persoalan Ammara kini sudah terjawab
berkat keramahan Kak Ros untuk bercerita tanpa dipinta. Dia yang mendengar
hanya menganggukkan kepala sambil mulut mengungkapkan kata-kata ‘owh’.
“Eh … Seronok bercerita dengan Ara,
tak sedar dah pukul 10. Kak Ros kena siapkan kerja ni. Ara duduklah cuba
sesuaikan diri ye. Bacalah apa-apa yang patut dulu. Kak Ros nak pergi photostat
dokumen ni kejap” habis saja berkata-kata, Kak Ros meninggalkan Ammara kembali
keseorangan.
Beberapa fail berkulit keras di
atas meja dibelek satu persatu. Cukup lengkap kesemuanya. Daripada profil dan latarbelakang Muz Holding,
sehinggalah kepada polisi Syarikat yang wajib dipatuhi oleh setiap pekerja Muz
Holding.
Beberapa jam berlalu ditempat kerja
barunya hari itu berlalu dengan aktiviti membaca buat Ammara. Beberapa kali
jugalah dia tersengguk-sengguk akibat mengantuk kerana membaca lembaran demi
lembaran kertas tanpa gambar itu.
Eiiiii !!! Bosannya!!!! Cubalah
suruh aku baca majalah Ujang ke, Remaja ke, Marie Claire ke .. Seronok la
jugak. Ini, fail tebal macam Encyclopedia tanpa gambar
dia bagi kat aku. Memang bosan tahap cipan la aku jadinya. Ammara mengeluh
dalam hati.
Kak Ros sedari tadi masih sibuk
dengan kerjanya. Sekejap-sekejap dia menaip laju di papan kekunci komputernya,
selepas itu dia berlalu ke mesin pencetak dan tak lama kemudian ke mesin
photostat pula. Ammara yang memerhati
pun jadi penat dibuatnya. Apatah lagi Kak Ros yang sedang sarat membawa perut
itu. Tentu lagi penat dan lelah dibuatnya.
“Ara kalau nak buat air ke sarapan
ke, pergilah ke pantry kat belakang
tu. Makan je la apa yang ada tu. Memang Bos dah sediakan untuk staffnya” perasan dengan riak kebosanan
yang terpamer diwajah putih bersih di sebelahnya itu, Kak Ros bersuara.
“Boleh jugaklah. Saya pun tak
sarapan lagi ni Kak Ros” Ammara tersengih macam kerang busuk. Ibarat orang
mengantuk disorongkan bantal. Perut yang sudah mula berkeroncong membuatkannya
tanpa segan silu menuju ke pantry
yang ditunjukkan oleh Kak Ros.
Lega benar hatinya apabila
terpandang bekas kaca yang terisi pek Nescafe 3 in 1 Mild kegemarannya. Laju
saja tangannya membancuh minuman penawar rasa mengantuknya setiap hari itu.
Balang berisi biskut Jacob Weetameal dicapai sebelum dia mengambil tempat duduk
di meja makan yang ada di dalam ruangan pantry
yang agak luas itu.
“Haaa .. Kat sini pun awak. Baru
masuk kerja dah pandai curi tulang pulak awak ni kan?” Baru saja cicahan biskut
hendak disuapkan ke dalam mulut, kedengaran suara garang Suraya berkumandang.
Pantas Ammara menoleh kearah PA kerek yang sedang berdiri bercekak pinggang di
pintu masuk pantry sambil merenung
tajam kearahnya.
Belum sempat Ammara membuka mulut.
Suraya kembali bersuara.
“Dah. Tamat dah sesi curi tulang
awak ni. Come. Ikut saya. Bos dah
masuk. Dia nak jumpa awak sekarang” wanita berambut karat itu terus berlalu
meninggalkannya.
Terkocoh-kocoh Ammara mengangkat
mug berisi air Nescafe yang belum terusik ke dalam sinki dan biskut yang sudah
dicicah cepat-cepat dimasukkan ke dalam mulut. Hendak dibuang, sayang.
Pintu kayu jati kemasan warna Dark Oak diketuk beberapa kali sebelum
penghuni kamar Bos itu menjeritkan arahan untuk masuk.
“Bos. Ini dia Ammara Saffiyya. Staff baru dari cawangan Kelana Jaya tu”
lemah lembut saja tutur bicara Suraya ketika itu. Naik menyampah Ammara
dibuatnya. Betullah apa yang diceritakan Kak Ros tadi. Dasar hipokrit! Getus
hati Ammara.
“Ok. Thanks Su. You can leave us
now” Lelaki yang dipanggil Bos yang duduk membelakangi mereka memberi
arahan tanpa memusingkan kerusinya.
“Ok Bos. If you need anything, just
intercom me” semankin menyampah Ammara dengan sikap gedik Suraya yang
semankin terserlah dimatanya itu. Sempat pula Suraya menjeling kearahnya dengan
muka kelat masam sebelum berlalu dan menutup kembali pintu bilik itu perlahan.
Ammara masih berdiri tegak di
hadapan meja besar yang di atasnya tertera nama dari plak kayu ‘Syed Imtiyaz
Omar’. Sedap nama mamat ni. Unik. Sempat lagi Ammara berkomentar dalam hati.
Hendak duduk terus tanpa tunggu
dipelawa, bimbang pula sekiranya perbuatannya itu dianggap kurang sopan.
“Yes Honey. I will see you
tonight at our usual place. Don’t worry. This time, I will definitely be there.
Promise” Kedengaran suara ala Mat Romeo Bosnya itu berlagu.
Ceh! Bergayut rupanya. Kurang asam
punya Bos. Aku ni dibuatnya macam tunggul kayu je! Kaki aku dah lenguh dah ni
weeiii … Sudah-sudahlah tu … Ammara mengeluh dalam hati.
Dari duduk, kini lelaki itu berdiri
pula. Masih lagi bergayut ditelefon dan masih juga membelakangi dirinya dari
pandangan Ammara. Semankin sakit hati Ammara dibuatnya.
Selepas lebih kurang 10 minit
barulah telefon yang melekat ditelinganya direngangkan. Ammara menarik nafas
lega.
Namun hati Ammara kembali
membengkak apabila dilihat telefon kembali melekap ditelinga Bosnya itu selepas
kedengaran nada dering Talk Dirty kedengaran.
Talk Dirty? Jason Derulo? Errkkk ….
Tinggi? Sasa? Tiba-tiba ingatan Ammara ligat berpusing cuba mengingati sesuatu.
Ya Allah!! Janganlah dia …
Tolonglah jangan dia. Ammara berdoa dalam hati. Kecut pula hatinya bila
memikirkan kemungkinan lelaki yang berdiri di hadapannya kini adalah lelaki
yang sama pagi tadi. Lelaki berlagak yang telah dilanggar bontot keretanya oleh
Ammara.
“Ok Honey. See you tonight”
Selesai dengan ucapan goodbye dan adegan kiss-kiss, muah-muah
yang meluatkan Ammara, lelaki itu terus memalingkan tubuhnya mengadap Ammara.
“Awak???!!!”
Serentak kata-kata itu terluah dari
bibir mereka berdua.
Terasa gugur jantungnya saat itu. Lelaki
itu!!! Sudah terbayang bala yang akan melandanya sebentar lagi apabila
pandangan lelaki itu turut terpaku padanya dengan dahi berkerut seolah-olah sedang
memikirkan cara untuk mendajalkannya.
Matilah kau Ammara Safiyya !!!!!
Ammara berteriak dalam hati. Rasa saat itu, dia lebih rela terjun dari tingkat
18 bangunan itu dari mengadap Bos baru a.ka lelaki berlagak yang dilanggar
keretanya pagi tadi.
0 comments:
Post a Comment