BAB:
22
Pejam
celik, pejam celik, sedar-sedar esok sampai juga harinya aku akan
diijabkabulkan dengan Rayyan. Tapi, yang peliknya, aku langsung tak rasa
berdebar langsung. Aku teringatkan Kak Dina sewaktu ingin berkahwin dengan
Abang Asyraf dahulu. Sejak dari sebulan sebelum majlis lagi Kak Dina sudah tak
lena tidur. Ada saja yang tak kena dimatanya dengan persiapan yang sedang
dibuat. Almaklumlah, Kak Dina aku ni memang cerewet pun orangnya. Memang
berbeza sungguh dengan aku yang serba serbi ok ni. Apa yang terbaik untuk Umi
dan Babah, aku turutkan saja. Malas nak ambil pusing.
Malam
itu, atas permintaan Umi, bakal diadakan majlis mandi bunga, berinai dan khatam
Al-quran di rumahku. Kalau ikutkan hati, aku lebih suka jika buat Majlis khatam
Al-Quran saja. Tapi, memandangkan Umi beriya-iya merancang dari awal dengan Kak
Dina, akhirnya aku ikutkan saja. Malas nak berbalah kalau sudah pasti aku yang
akan kalah. Dua lawan satu tu. Mana aci!
Selesai
solat Maghrib, aku sudah bersiap sedia untuk upacara mandi bunga. Tiba-tiba
rasa macam Puteri Raja pula. Perasan betul!
Dengan
beberapa jenis bunga sudah ditaburkan di dalam tempayan besar dan aku berada
ditengah-tengah, aku dikelilingi oleh beberapa orang sepupu perempuan dan juga
teman-teman dari tempat kerja, siapa lagi kalau bukan Wani dan Miss Lai dan
juga Myra yang tak mahu ketinggalan untuk mengambil peluang ‘memandikan’ aku.
Setiap
seorang dari mereka telah siap dengan sebuah bakul kecil di tangan yang
diperbuat daripada rotan yang terisi beberapa jenis bunga dan daun pandan yang
telah siap dihiris halus dan akan memegang peranan sebagai dayang-dayangku
sepanjang upacara berlangsung. Umi memulakan acara memandikan aku dengan
mencedok air dari tempayan dan disiramkan ke atas aku yang memakai baju kurung
polos berwarna hijau lembut dan berkain batik. Terketar-ketar kesejukkan aku
dibuatnya. Selepas itu, 'dayang-dayang' aku pula mengambil giliran untuk
melakukan perkara yang sama sehingga habis air satu tempayan dijiruskan ketubuh
keding aku ini.Habis kecut semua jari jemari aku dibuatnya.
Acara
seterusnya adalah berinai. Nyamannya rasa apabila terkena tiupan kipas yang
sepoi-sepoi bahasa sehingga tersenguk-senguk aku dibuatnya ketika Mak Ngah
Sally, adik Umi, menginaikan aku. Beberapa kali Myra menepuk bahuku ketika
dilihatnya aku sudah terlelap. Aku hanya tersengih-sengih macam kerang busuk
apabila diomel Mak Ngah Sally.
Jam
10 malam, selesai masing-masing bersolat Isyak, bermulalah pula Majlis khatam
Al-Quran. Inai di jari yang sudah kucuci aku perhatikan lama. Entah apalah yang
diletak Mak Ngah Sally sampai merah pekat warna inai dijariku ini walau baru 2
jam aku pakai.
"Dok
termenung apa lagi tu. Diaorang semua dah tunggu tu nak mula dah bacaan. Nanti
lambat mula, mengantuk pula" Lamunan aku terhenti mendengar suara Umi yang
sudah berdiri di muka pintu. "Yela, yela. Iyah datang la ni" Aku
berjalan menuju kearah Umi dan kami jalan beriringan ke ruang tamu dimana
beberapa orang wanita dari Persatuan Surau di kawasan perumahan aku itu sudah
sedia menunggu dalam bentuk bulatan dengan setiap seorang sedang mengadap
Al-Quran yang diletakkan di atas rahal masing-masing. Aku tersenyum kearah Myra
dan Wani yang sudah siap bertudung duduk di posisi masing-masing .Kelihatan
juga Ustazah Amni, guru yang mengajarku sewaktu di tingkatan 5 dulu ada sekali
untuk menyemak bacaan kami nanti.
"PERGILAH
tidur. Esok kamu nak bangun awal kan?" Umi yang masih sibuk mengemas di
dapur menghampiri aku yang juga sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk yang
bertimbun di dalam sinki. Selesai sahaja Majlis khatam Al-Quran tadi, aku terus
menukar pakaian dari baju kurung ke tshirt lengan panjang dan seluar tracksuit
untuk memudahkan pergerakanku melakukan kerja-kerja mengemas.
Walaupun
dengan ramai kehadiran saudara mara dan jiran tetangga yang datang membantu,
kerja-kerja mengemas terasa masih juga banyak yang perlu dibuat. Nasib baiklah
majlis akan diadakan di PICC. Kalau tidak, mesti lagi kelam kabut rumahku
dibuatnya. Esok, pagi-pagi, rombongan dari pihak aku akan berkumpul di rumah
Kak Dina terlebih dahulu yang kebetulan memang terletak di Putrajaya. Kami akan
bersiap dan bertolak ke Masjid Besi dari situ.
"Sikit
lagi ni Umi. Lepas ni Iyah pergilah tidur" Umi mengangguk-anggukkan kepala
mendengar jawapanku dan terus berlalu untuk menyambung tugasnya yang belum
selesai. Kak Dina dan Abang Asyraf sudah pulang ke rumah mereka selesai Majlis
Khatam Al-Quran tadi untuk mengemas apa yang patut kata mereka. Myra, Miss Lai,
Wani dan Shahrul yang datang tadi juga sudah lama pulang. Aku menyiapkan
kerja-kerja membasuh seadanya sebelum berlalu ke bilik tidurku yang sudah siap
dihias cantik oleh pereka yang telah diupah Puan Sri Maria untuk menghias
segala-galannya dalam Majlis aku nanti termasuklah pelamin dan dewan di PICC
itu nanti.
Cantik.
Desis hatiku. Mataku memerhati kesekeliling bilik yang sudah dicat dengan warna
hijau lembut oleh Babah 2 minggu lalu. Aku melabuhkan punggung di birai katil
yang nampak kemas dengan cadar bersulam dari fabrik thai silk dan cotton
yang berwarna cream dan hijau pucuk pisang lengkap dengan sebiji
bantal peluk, empat biji bantal kepala dan dua biji bantal berbentuk empat segi
sama. Banyak betul bantal. Macamlah nak tidur ramai-ramai. Getusku dalam hati.
Selepas
ini, aku akan berpindah duduk bersama-sama dengan keluarga mertuaku di Bukit
Tunku. Bagaimanalah agaknya aku nanti. Sekarang ni pun, nak bangun pagi masih
lagi mengharapkan Umi yang mengejut. Nampak gayanya, lepas ni, terpaksalah aku
mengunci beberapa buah jam serentak. Yela. Nak kejut diri sendiri lagi, nak
kejut Rania lagi dan nak kejut suami lagi. Errk! Suami? Bab inilah yang paling
aku risaukan. Selama ni nak urus diri sendiri pun main hentam keromo saja.
Macamanalah aku nak menguruskan seorang suami yang penampilannya ala-ala jejaka
metroseksual itu? Tiba-tiba kepala terasa berat.
Aku
membaringkan badanku di atas katil. Terasa lega semua sendi-sendiku yang agak tegang
sejak tadi. Aku baring terlentang sambil tangan kiri kuletakkan kedahi. Cincin
pertunangan di jari manis aku perhatikan lama. Inai merah di jari juga aku
perhatikan. Siapa sangka, dalam umur aku baru menginjak 23 tahun aku akan
bergelar isteri. Huh! Kalau tak kerana Umi dan Babah, memang tak adalah aku nak
kahwin awal macamni. Sekurang-kurangnya umur 27 tahun baru aku akan fikirkan
untuk mencari teman lelaki dan umur 30 tahun barulah aku pertimbangkan untuk
kahwin. Itu perancangan aku dulu. Tapi, sekarang ni, semuanya tinggal
perancangan saja. Allah Maha Mengetahui. Aku menarik nafas dalam dan
perlahan-lahan aku lepaskan.
Tidak
seperti kebiasaannya, malam ini mataku agak sukar untuk lelap. Herot berot
cadar dibuatnya dek kerana aku yang puas berguling-guling untuk mencari posisi
yang boleh membuatkan aku terlena. Entah pukul berapa aku terlelap pun aku tak
sedar. Yang aku tahu, jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi ketika kali
terakhir aku kerling tadi.
BAB:
23
DENGAN
sekali lafaz, Safiyyah Akina akhirnya menjadi milik yang sah kepada Rayyan
Iskandar. Tak tahu kenapa, hati aku tiba-tiba menjadi sayu ketika pertama kali
tangannya kukucup dan dahiku diciumnya. Seutas rantai emas putih dengan loket
yang berbentuk dua bentuk hati dengan sebiji berlian berwarna hijau zamrud
ditengah-tengah menjadi tanda sewaktu upacara pembatalan air sembahyang.
Sedikit syahdu terasa ketika tangannya lembut menyapu airmata yang mengalir
dipipiku.
Simbahan
flash kamera yang menghujani kami ketika itu tidak langsung menganggu
pandangan kami yang sudah bertaut antara satu sama lain. Rentak jantungku sudah
mula berbunyi beraneka irama.
Untuk
majlis resepsi kami pada sebelah malamnya, Tuan Sri Rasydan telah menyewa
beberapa bilik keluarga Deluxe Hill View di Hotel Shangri-La untuk menempatkan
saudara mara terdekat manakala Presidental Suites menjadi pilihan untuk dia,
Puan Sri, Umi, Babah , aku, Rayyan, Kak Dina sekeluarga dan juga Myra. Aku
menarik nafas lega apabila aku diletakkan sebilik dengan Umi dan Babah.
Manakala Rayyan pula sebilik dengan Puan Sri Maria dan Tua Sri Rasydan. Tidak
mahu hilang seri kata mereka. Tak kisahlah atas sebab apapun. Yang penting aku
tak perlu duduk sebilik dengan Rayyan. Lega!
Mukaku
yang sejak pukul 8 tadi disolek akhirnya siap juga. "Cantiknya
Mummy!" Rania yang berkeras untuk duduk sebilik denganku menjerit
keriangan. Dia yang sudah siap dipakaikan baju gaun paras lutut berwarna hijau
lembut menongkat dagu sambil duduk bersila di atas katil tidak lepas-lepas memandang
kearahku sedari tadi."Terima kasih sayang" Rania yang sudah datang
dekat ku cuit hidungnya. Mengekek dia ketawa. Kak Dina yang sedang menyusukan
Hakimi di birai katil turut sama tersenyum melihat telatah kami berdua.
“Akak
dengan Abang pergi dewan dululah Iyah. Nak tolong apa yang patut.” Hakimi yang
sudah siap menyusu mengapai tanganku yang mengagah-agah untuk mengambilnya dari
kendongan Kak Dina. “Ala akak ni. Temankanlah Iyah” Aku memuncungkan mulut
buat-buat riak muka kasihan. “Laa … Rania ni kan ada. Rasanya Umi dengan Babah
ada kat bilik Mertua Iyah. Nantilah akak panggilkan suruh temankan anak
bongsunya nih” Kak Dina terus bangun dan menghilang di sebalik pintu bilik. Aku
melambai-lambaikan tangan kearah Hakimi yang tersenyum dikendongan Ibunya.
Gaun
labuh berwarna putih diselaputi lace berbunga-bunga kecil warna hijau lembut
yang tersarung ketubuh aku tatap di cermin. Lain sungguh wajahku setelah
disolekkan. Tiada rupa Selena, tiada rupa Lisa Surihani. Yang ada cuma rupa
Safiyyah Akina. Aku tersenyum lebar.
“Ha!
Berangan yeee!!” Sergahan dari Myra yang baru muncul dari muka pintu membuatkan
aku sedikit terkejut. Pantas aku mengurut dada sambil menjelingnya, pura-pura
marah. Dia tersengih sambil tangan diletakkan di tepi kepala seperti gaya orang
mengangkat tabik.”Sorry” Lesung pipitnya mankin terserlah.
“Kak.
Lambat lagi ke?” Dia menepuk bahu Mak Andam dari butik KayImage yang sedang sibuk membetulkan tiara yang
dikenakan di atas kepalaku yang sudah dilitupi tudung bawal yang dihiasi dengan
sulaman halus dibahagian yang menutupi dadaku.”Sikit lagi ni” Terbuntang mata
Myra apabila mendengar suara yang sedikit garau keluar dari mulut Mak Andam
yang mendandan aku ketika itu. Dia menutup mulut menahan gelak.Mataku jegilkan
padanya agar menjaga perilakunya agar tidak menyinggung perasaan 'Mak Andam'
yang sedang khusyuk menyiapkan aku tanpa menyedari mimik muka Mayra yang sedang
berdiri di belakangnya.
Aku
sendiri pada mulanya tak menyangka yang ‘Mak’ Andam yang ada dihadapan aku ini
sebenarnya adalah ‘Pak’ Andam. Melihatkan dia memakai seluar jeans ketat dengan
baju tshirt body hugging yang disarungkan blazer diluarnya, dia
betul-betul nampak seperti perempuan tulen. Ditambah pula rambutnya yang panjang
keperangan di sanggul kemas.
Tapi,
itu semua tidak menjadi masalah kepadaku kerana aku suka dengan hasil kerjanya.
Dia tak memaksa aku mengenakan bulu mata
palsu yang pelik-pelik dan dia juga pandai memastikan make- up yang
dikenakan kemuka aku tidak merosakkan kecantikkan semulajadi yang aku ada.Eh!
Cantik ke aku ni? Perasan lagi anak Pakcik Hisyam ni!
Tepat
pukul 9 malam, aku yang diiringi oleh Umi, Babah,Myra dan Rania turun ke bawah
menuju ke kereta Limosin yang sudah siap sedia menunggu kami untuk ke PICC. Tan
Sri, Puan Sri, Rayyan dan ahli keluarga yang lain telah terlebih dahulu
bertolak ke sana.
Semankin
menghampiri bangunan PICC yang gah kelihatan dari jauh, tanganku mula terasa
seram sejuk. Myra yang duduk di sebelah kananku, mencapai tanganku dan
digenggamnya erat. Dia menghadiahkan senyuman paling manis kepadaku. Mungkin
dengan harapan ianya dapat membantu aku agar lebih bertenang. Umi dan Babah
yang memerhati hanya tersenyum. Rania yang duduk di sebelah kiriku sudah nampak
sangat teruja apabila kereta sudah di belokkan ke bangunan PICC.
Turun
saja dari Limosin, pancaran flash kamera bertalu-talu mengenai kami.
Tiba-tiba rasa macam bintang filem pula. Aku tersenyum lebar. Debar didada
Tuhan saja lah yang tahu. Jambangan bunga carnation gabungan warna cream
dan hijau, kugenggam erat dengan tangan kanan manakala tangan kiri
membetul-betulkan gaun pengantinku agar tidak menghalang langkahku memasuki
dewan persandingan.
Myra
dan Umi menjadi pengapit di kiri kananku manakala Rania yang diberikan
kepercayaan menjadi ketua kepada kumpulan flower girl telah berjalan
terlebih dahulu di hadapan dengan mencampakkan taburan kelopak bunga ros
disepanjang karpet merah yang bakal aku lalui untuk memasuki dewan.
Segala-galanya
berlalu seolah-olah dalam mimpi sahaja. Untuk satu malam aku terasa diri ini
umpama Puteri Raja yang benar-benar diraikan. Setibanya di pintu dewan, Rayyan
yang lengkap dengan suit serba putih dengan tali leher berwarna hijau
lembut sudah sedia menanti dengan senyuman yang betul-betul membuatkan kakiku
terasa berada diawang-awangan.
Degup
jantung terasa terhenti bila tangannya erat mengenggam jari jemariku dan kami
jalan berpimpinan menuju ke pelamin yang sudah tersergam indah menanti
kedatangan kami. "Saf nampak cantik malam ni" Kata-kata yang
dibisikkan lembut ketelingaku membuatkan degupan jantung menjadi semankin tidak
tentu arah.
MALAM
sudah agak lewat ketika majlis berakhir. Selesai saja tetamu semua pulang, kami
semua bergerak pulang ke hotel. Tiba saja di bilik suite, aku segera
bergegas ke bilik air untuk membersihkan solekan yang terasa semankin
merimaskan dan berkira-kira untuk membersihkan badan yang mula terasa tidak
selesa. Umi dah Babah hanya memandang sambil menggelengkan kepala. Mereka
memang sudah sedia maklum yang aku ni bukan jenis yang boleh berlama-lama dalam
keadaan yang bersolek tebal dan berdandan seperti ini. Mulalah rasa serba tak
selesa.
Nasib
dapat bilik suite. Jadinya serba serbi memanglah luas dan selesa. Sampai
bilik airnya pun aku rasa boleh buat tidur.Dengan keadaan bilik air yang
berjakuzi ni, mankin lamalah aku berendam. Entah berapa jam agaknya aku berada
di dalam bilik air.
Sebaik
sahaja melangkah keluar dengan bathrob dan rambut berbungkus dengan
tuala, suasana di dalam bilik terasa sunyi.
Rania aku tahu memang sudah tertidur dan diangkat Rayyan ke biliknya
tadi. Kak Dina pula sudah selamat pulang dengan Abang Asyraf tadi. Mana pula
perginya Umi dan Babah? Takkanlah aku berendam dalam jakuzi tu sampai dua tiga
jam kot? Ah! Pergi jumpa saudara mara yang lain la tu agaknya kat tingkat
bawah. Aku membuat telahan sendiri.
Pintu
balkoni kungagakan seluas-luasnya. Angin malam menyerbu masuk membuatkan aku
rasa tenang. “Dah balik ke?” Aku bertanya tanpa menoleh setelah terdengar pintu
bilik terbuka. Senyap. Tak ada jawapan. Berkerut keningku dibuatnya. Aik.
Takkan tak dengar aku bertanya kot. Rasanya dah cukup kuat dah aku bersuara
tadi.
“Kenapa
…” Kata-kataku termati di situ sebaik sahaja terpandang susuk tubuh Rayyan yang
sudah tersarung tshirt polo berwarna hitam dan berseluar pendek sedang duduk
dibirai katil sambil memandang kearah aku.”Ray … Rayyan? Buat apa awak ke
sini?!” Tergagap-gagap aku bertanya separuh menjerit gara-gara terkejut. Aku
masih berdiri disebalik pintu sliding.
Bathrob yang tersarung ditubuh aku kemaskan ikatannya.
“Saf
buat apa kat luar tu. Marilah masuk. Tak elok berdiri kat luar balkoni tengah
malam macamni sorang-sorang” Melalui cermin pintu sliding, aku nampak
Rayyan sudah membaringkan tubuhnya di atas katil. Tapak tangan aku letakkan ke
dada untuk memtenteramkan degupan jantung yang semankin laju ini. “Awak buat
apa kat sini Rayyan?” Lagi sekali aku bertanya.
“Laaa
… kita kan dah kahwin. Kenapa nak pelik pulak kalau saya ada kat sini?” Aku
sudah tidak lagi memandangnya. Kegelapan malam kutatap dengan fikiran yang
berkecamuk. Badan kusandarkan ke pintu gelas yang terbuka sedikit itu.
“Abang?
Laa .. Kat sini rupanya dia. Penatlah Mama dengan Papa cari tadi” Kedengaran
suara lantang Myra membuatkan aku rasa sangat lega. Nasib baik Myra masuk.
Inilah masanya aku nak selamatkan diri!
Kelam
kabut aku melangkah memasuki ruang bilik. Niat di hati ingin terus masuk ke
dalam bilik air semula. “Eh? Kak Saf? Akak buat apa duduk kat luar tu?” Teguran
yang bernada kehairanan dari Myra mematikan langkahku. Berkerut kening Myra
memandang aku dan Rayyan silih berganti.
“Err
… Myra nampak Umi dengan Babah Kak Saf?” Soalannya aku jawab dengan soalan
juga. Debar didada menyebabkan suaraku agak tergagap-gagap. Pandangan Rayyan
padaku langsung tidak aku hiraukan. Bathrob separas lutut yang
menampakkan sedikit peha apabila aku melangkah aku betulkan agar tidak terus
menjadi santapan mata nakal Rayyan.
”Emm
... Rasanya, tadi Myra nampak ada kat lobi tadi tengah sembang-sembang dengan
saudara mara sebelah Kak Saf” Selepas beberapa ketika memandang kearah aku dan
Rayyan, tiba-tiba pandangan Myra sudah berubah kepada riak yang sukar aku baca.
Betullah
telahan aku sebentar tadi. Umi dan Babah memang pergi mencari saudara mara
untuk diajak bersembang. Macam tak menyempat nak jumpa esok. Gumamku dalam
hati. Ada sedikit rasa tidak puas hati kerana ketiadaan mereka menyebabkan
Rayyan sesuka hati masuk ke dalam bilik ini.
Aku
terus berlalu menuju ke bilik air ingin menukar baju. Teringat pada baju blouse
dan seluar jeans yang aku tinggalkan di sana pagi tadi.
“Eh
Kak Saf nak kemana tu?” Pantas Myra bertanya. Langkahku terhenti betul-betul di
hadapan pintu bilik air. Aku menoleh kearahnya.”Err … Nak turun. Nak jumpa
dengan Pakcik dengan Makcik Kak Saf. Tapi, nak tukar baju la dulu. Takkan nak
pakai bathrob ni kot” Aku tersenyum cuba berlawak. Myra melakarkan
senyuman nakal. Rayyan juga aku nampak menyunggingkan senyuman sambil matanya
asyik menatap skrin telefon bimbitnya.
“Eh.
Tak payahlah kak. Malam ni kan malam pertama Kak Saf dengan Abang. Takkan nak
biar husband Kak Saf ni duduk sorang-sorang dalam bilik ni kot” Usikan
Myra membuatkan darah aku tersirap kekepala. Terus aku memboloskan diri ke
dalam bilik air. Sempat telingaku menangkap tawa yang terletus diantara Myra
dan Rayyan. Kurang asam! Adik beradik sama saja suka menyakat aku! Arrghhh!! Tak sukanya!!
Nak sambungan...dah jadi peminat setia dah ni. Hehehehe
ReplyDeleteBetul2..hari2 duk bukak blog tkut ada latest update..
ReplyDelete