BAB : 5
SEAWAL jam 7 pagi, dia sudah
tercongok di hadapan pintu kaca di tingkat 18 itu. Sangkanya, suasana terang
benderang yang akan menyambutnya memandangkan semalam, Imtiyaz beriya-iya benar
menyuruhnya supaya sampai awal ke pejabat.
Namun, betapa sakit hatinya apabila
dilihat suasana senyap sunyi dan gelap gelita yang menyambutnya pagi itu. Cuma ada lampu display saja yang terpasang di bahagian meja penyambut tetamu.
“Kurang asam boi punya Bos! Beriya
suruh aku datang cepat, tapi satu batang hidung pun tak ada lagi! Huh!” Ammara
membebel sendiri.
Mahu tidak mahu, dia meleretkan access cardnya pada mesin yang terdapat
disebelah pintu kaca tersebut dan setelah memasukkan passwordnya, dia terus menarik pintu kaca tersebut dan melangkah
masuk ke dalam ruang pejabat yang sunyi sepi.
Perlahan-lahan dia melangkah dengan
mata sibuk meninjau-ninjau sekeliling untuk melihat kalau-kalau ada kelibat staff yang sudah tiba lebih awal
darinya.
Sedang dia asyik terhendap-hendap,
terasa bahunya disentuh dari arah belakang. Dia pun apalagi, akibat terlalu
terkejut, tangan yang mendarat dibahunya terus dicapai dan tanpa melihat siapa
yang menyentuhnya, lengan orang itu terus dipulas ke belakang dan tubuh yang
lebih besar darinya itu dijatuhkan ke atas lantai dan dengan kudrat kakinya
yang melutut dia menahan tubuh itu dari bangkit. Akibatnya, si empunya badan
sudah mengerang kesakitan.
“Apa … Apa yang awak buat ni ha???
Awak dah gila ke??Arrggghhh! Lepaslah!”
Automatik cengkaman tangannya pada
lelaki bersut hitam itu terlepas apabila mengenali suara yang menyergahnya itu.
Dia yang terduduk di atas lantai mengesot menjauhi tubuh yang masih tertiarap
itu.
“Awak dah kenapa?? Dah hilang akal
ke apa ha??” Dalam kesamaran cahaya yang ada, Ammara dapat melihat wajah
Imtiyaz yang sudah menyinga memandang kearahnya. Dia duduk bertentangan dengan
Ammara sambil tangannya mengelus sebelah lagi tangannya yang dipulas oleh
Ammara.
“So … Sorry Bos! Saya tak tahu pun Bos yang pegang bahu saya. Sorry Bos! Saya tak sengaja”
Terketar-ketar Ammara menjawab sambil kedua tangan dicantumkan ibarat rakyat
mengangkat sembah kepada Sang Sultan saja lagaknya.
Hakikatnya, Ammara memang begitu.
Janganlah ada orang yang menyergah atau menyentuhnya secara tiba-tiba. Pasti
serba sedikit ilmu mempertahankan diri yang diajar Ammar akan dipraktikkan.
Imtiyaz masih menayangkan wajah
bengis.
Tak padan kecik. Sekali dia libas,
boleh tahan jugak sakitnya minah cengeng ni. Imtiyaz mendengus dalam hati.
Perasaan marah, malu, terkejut dan
bermacam-macam rasa lagi bercampur baur dalam dirinya.
Hendak dimarah, dia tahu silapnya
juga kerana menyentuh bahu gadis itu secara tiba-tiba dalam keadaan pejabat
yang gelap-gelita itu. Mujur tangannya tidak patah dikepak Ammara.
“Bulan ni potong lagi gaji awak
RM100 untuk kos perubatan saya”
Buntang mata Ammara memandang
Imtiyaz. Bibirnya diketap kuat. Tubuh sasa yang berusaha untuk bangun di
hadapannya itu dilihat semankin mengecil dipandangan mata bulatnya.
“Encik Imtiyaz. Gaji saya bukannya
sampai RM10 ribu sampai semua kos sara diri Encik nak saya bayarkan” akhirnya
terkeluar juga kata-kata bantahan dari Ammara yang turut sama bangun sambil
berdiri tegak di hadapan Imtiyaz.
Agak terkejut Imtiyaz dibuatnya
apabila gadis yang dianggap cengeng itu membidas balik kata-katanya penuh
berani.
“Kos sara diri awak kata? Awak
sedar tak, semua yang saya minta ni adalah kos yang awak kena tanggung di atas
kesilapan awak sendiri?” Lelaki itu sudah bercekak pinggang memandang Ammara
yang hanya setinggi paras hidungnya saja. Itupun kerana dia memakai kasut tumit
setinggi 3 inci. Jika tidak pasti lebih rendah dari itu.
“Ok. Fine. Kos yang RM200 sebulan tu memang silap saya. Tapi, yang ini
bukan salah saya. Saya cuma bertindak untuk mempertahankan diri. Stricly self defense! Encik Imtiyaz yang
salah sebab Encik tiba-tiba sentuh saya dari belakang” Ammara tidak mahu
mengalah. Dadanya sudah berombak laju menahan sebak.
Dia memang begitu. Berdebat,
berdebat juga. Namun, pasti akan ada titis air jernih yang mengiringi
keberaniannya itu. Biarpun hidungnya sudah mula kembang kempis menahan rasa.
Namun untuk berdiam diri, tidak sama sekali.
“ Good morning Boss”
Terbantut kata-kata yang hendak
diluahkan oleh Imtiyaz sebaik sahaja satu suara yang mendayu-dayu kedengaran
menyapanya.
Airmata yang baru menjengah ditubir
mata lekas-lekas diseka oleh Ammara dan langkah kaki dihayun menuju ke tandas.
Dia tak mahu Suraya melihat wajah cengengnya.
“Good Morning Suraya” Imtiyaz melemparkan senyuman pada Suraya yang
mendekat sebelum dia melirik kearah Ammara yang semankin menjauh.
Pandangan Suraya silih berganti
diantara Bosnya dan Ammara. Terasa seperti ada sesuatu yang pelik antara mereka
berdua. Dia mula diserang rasa kurang senang.
‘Tak boleh jadi budak hingusan ni.
Baru masuk kerja dah pandai nak caras jalan aku pikat Bos ke?’ Suraya berdialog
dalam hati. Dengan lenggok menggoda, dia membontoti langkah Imtiyaz yang sudah
melangkah menuju ka biliknya. Sempat dia melirik penuh curiga pada Ammara
sehingga bayang gadis itu hilang dari pandangannya.
Ammara membasuh mukanya beberapa
kali. Kertas tisu dicapai dan wajahnya yang kebasahan dilap sehingga kering
sebelum tudung yang disangkutkan pada kepala pili air dikenakan semula
dikepalanya.
Hari kedua di tempat kerja baru,
hatinya sudah diduga lagi kesabarannya. Terasa panas berbahang seluruh wajahnya
menahan rasa hati yang masih menggelegak.
Belum pun seminggu dia berada di Muz
Holding, sudah bermacam-macam peristiwa pahit yang dialami olehnya. Entah
kenapa malang sungguh nasibnya. Dia melepaskan keluhan berat.
Reflek wajahnya yang kemerahan
dicermin ditatap lama.
“Mengucap Ara, mengucap.
Banyak-banyak istighfar. Kau kena kuat. Kau boleh nak hadapai semua ni! Tuhan
takkan menduga hambaNYA dengan sesuatu yang tak mampu dipikul oleh hambaNYA
itu” Ammara cuba memotivasikan dirinya. Dia mencari semula kekuatan dalam
dirinya.
Sekiranya dahulu, selepas diaibkan
oleh Fath pun dia masih mampu bangkit, apalah sangat apa yang Imtiyaz telah
lakukan padanya. Dia perlu mengembalikan semula semangatnya untuk melawan
serangan psikologi orang-orang disekelilingnya.
Ammara mengenakan secalit lip gloss dibibirnya dan mengemaskini
penampilan diri sebelum melangkah keluar menuju ke mejanya.
Lama juga dia bertapa di dalam
bilik air sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul 8.30 pagi. Mujur
tiada siapa yang terserempak dengannya ketika di bilik air tadi. Jika tidak,
dah timbullah pula satu cerita tentang budak baru yang meroyan menangis kena
buli.
Baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi,
lenggok Suraya yang menghampirinya dengan senyuman sinis dibibir membuatkan
hatinya kembali kurang senang.
“Ammara. Bos panggil you masuk dalam bilik dia. Bawa sekali
fail company TSL Sdn Bhd” Habis saja
menyampaikan pesanan, gadis yang berskirt pendek ketat itu berlalu pergi.
Fail TSL? Fail apa pulak tu? Mana
pulak aku nak cari ni? Meja Kak Ros yang masih kosong tak berpenghuni di
pandang lama. Dia menggaru-garukan kepala beberapa kali. Rasa panik mula
melanda.
Dia terpandangkan kabinet pasang
siap buatan kayu yang dicat warna putih di belakang tempat duduk Kak Ros dan
tanpa berfikir panjang, dia membuka satu persatu pintu kabinet tersebut sambil
matanya sibuk mencari tulisan ‘TSL’ disetiap penanda deretan fail berkulit
keras yang tersusun kemas di dalam Kabinet tersebut.
“Hai. Cari apa tu? Boleh saya
tolong” Hampir bersilat Ammara dibuatnya dengan teguran yang kedengaran secara
tiba-tiba dari arah belakangnya. Dadanya diusap laju-laju.
Ammara segera menoleh dan dia
disambut dengan senyuman manis seorang lelaki tinggi lampai berkulit kuning
langsat segak berkemeja warna maroon
siap bertali leher yang sedang memandangnya dengan dua tangan dimasukkan ke
dalam poket seluar slacknya.
“Ha?” Ammara seakan terpukau dengan
senyuman versi pencair hati lelaki itu untuknya saat itu.
“Saya tanya awak tengah cari apa
tu? Boleh saya tolong ke?” Semankin lebar senyuman lelaki itu melihat reaksi
Ammara yang seakan terpana melihatnya. Dia mengenyitkan matanya, nakal.
“Oh .. Err … Saya cari fail. Err …
Fail TSL. Bos suruh bawa ke bilik dia” Ammara seakan tersedar dengan kenyitan
yang dihadiahkan kepadanya.
“Owh. Biar saya tolong awak” tanpa dipinta lelaki itu sudah
berdiri di sebelah Ammara untuk menghulurkan bantuan.
“By the way. Nama
saya Haikal dari account department. You
can call me, Karl” salam perkenalan dihulurkan.
“Saya Ammara. Panggil je Ara”
Seperti Imtiyaz, huluran tangan
Haikal turut disambut dengan senyuman dan anggukan kepala sahaja oleh Ammara.
Haikal menarik balik tangannya sambil menaikkan kedua belah bahunya seakan
meluahkan kata-kata ‘Owh – Okay - Nevermind’
“Yes! Jumpa pun!” Haikal berteriak girang
dan fail keras yang tertera tanda ‘TSL’ di bahagian sisi dan hadapan dihulurkan
kepada Ammara.
“You owe me one!” Sempat dia mengenyit
nakal lagi kepada Ammara yang tersenyum lebar.
Berkerut
dahi Ammara. Tolong sikit macam ni pun berkira jugak ke? Isk. Dasar lelaki.
Memang macam tu kot. Tolong tak pernah nak ikhlas. Desis hati Ammara.
“Esok saya
belikan awak nasi lemak la ye” Ammara berkata sebelum bergegas meninggalkan
Haikal untuk menuju ke bilik Imtiyaz.
“You owe me a lunch date! Saya tak mahu
nasi lemak!”
Ammara
menyunggingkan bibirnya dengan dahi berkerut tatkala teriakan Haikal menyinggah
kependengarannya. Dia terus saja berlalu, pura-pura tak mendengar. Malas hendak
melayan lelaki hidung belang seperti Haikal lebih-lebih. Nanti ada pula
penumbuk yang akan menyinggah ke muka.
Tanpa mempedulikan pandangan berlagak
dari Suraya, pintu bilik Imtiyaz diketuk dan dia melangkah masuk apabila arahan
‘Masuk’ kedengaran.
Imtiyaz dilihatnya sedang khusyuk
menaip sesuatu di laptop jenama Applenya. Tanpa sepatah kata, dia memberi
isyarat tangan kepada Ammara supaya mengambil tempat duduk di hadapannya.
Ammara hanya patuh dan fail
berkulit keras yang agak berat itu diletakkan di atas ribanya. Matanya mula
meliar mencuri pandang kesekeliling pejabat yang agak luas itu.
Moden dan sophisticated. Dua patah perkataan yang dapat mengambarkan pendapat
Ammara berkenaan bilik Imtiyaz.
Dengan perabot rekaan moden dari
gabungan warna hitam dan putih dipadankan dengan cat bilik dari warna merah
hati membuatkan bilik itu nampak ‘muda’ dan ‘garang’. Sesuai dengan perwatakan
Imtiyaz yang agak metroseksual dipandangan Ammara itu.
Ammara mula dilanda kebosanan dan
pehanya juga mula terasa lenguh apabila sudah hampir setengah jam berlalu,
namun Imtiyaz masih lagi asyik dengan laptopnya.
Apabila Imtiyaz menutup laptopnya,
Ammara mula terasa lega. Baru saja Bosnya itu hendak membuka mulut, telefon
bimbitnya yang berbunyi membuatkan Ammara mengeluh perlahan.
“Hello sayang” meleret senyuman
yang terpamer diwajah Imtiyaz sebaik sahaja telefon dijawab. Dia menyandarkan
tubuhnya kekerusi empuknya sambil matanya memandang kearah Ammara dengan
menunjukkan isyarat tangan supaya gadis itu dapat memberinya beberapa minit
lagi.
Aik. Sayang la pulak . Bukan hari
tu, Honey ke? Hurrmmm … Whatever la Bos. Memang confirm kategori hidung belang jugaklah
ni. Lelaki, lelaki. Pantang muka hensem
sikit, mulalah pasang jerat sana-sini. Huh! Nasib baiklah Along aku yang kacak dan
bergaya tu tak macam ni. Syukur, Alhamdulillah. Sempat Ammara membebel dalam
hati.
Ikut kata hati, memang dah lama
Ammara angkat kaki dari bilik itu. Namun, memandangkan ini baru hari kedua dia
bekerja di situ, hati cuba disabarkan semaksimum mungkin.
Sangkanya, lelaki itu akan
menyingkatkan perbualannya ditelefon memandangkan dia sudah hampir sejam duduk
tercongok di situ. Tapi, lain yang diharap, lain pula yang jadi.
Imtiyaz dengan selambanya bergurau
senda dan bergelak-tawa ditelefon. Dari duduk bawa ke berdiri mengadap deretan
cermin kaca yang menampakkan pemandangan Cyberjaya, masih tiada tanda yang
panggilan itu hendak ditamatkan.
Ammara mankin bengang.
Mamat ni memang saja nak duga
kesabaran aku agaknya. Haissshhh!! Nasib baiklah kau ni Bos aku tau! Kalau tak,
memang dah lamalah aku terajang masuk dalam tasik depan Bangunan kau tu! Ammara
merungut dalam hatinya yang mula terasa bengkek.
“Ok sayang. See you
tonite. Love you too. Miss you. Muaah, muaahhh”
Hendak terkeluar rasanya segala isi
perut Ammara mendengar ucapan meleleh dari Bosnya itu.
Tak malu betul! Depan staff sendiri pun nak berkasih gedik
macam tu. Eiiii!!! Meluatnya!! Protes Ammara dalam hati.
“Sorry about that.
Okay. Let we start our discussion”
best...sambung...
ReplyDelete