Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, January 13, 2015

KISAH KAMI : BAB 20 & BAB 21

Assalammualaikum W.B.T,

Wow! Tak sangka besar sungguh impak yang dibawakan oleh penulisan2u kepada blog picisan saya ni ... hehehe ... Rasa sangat-sangat teruja bila tengok bilangan orang yang menjenguk blog saya yang tak seberapa ini ... Alhamdulillah .. Syukur kepada DIA yang memiliki segala-galanya ... 

Terima Kasih kepada anda semua juga!! ^____^

Ok ... Tanpa banyak buang masa, saya sambung balik kisah Safiyyah dan Rayyan. Happy reading uolsss!! Muaxxxx!! 

Lots of love from me,
Adialuze

**************************************************

BAB: 20

Petang itu, Selesai solat zohor yang kujamakkan dengan Asar, aku membawa Rania ke tepi laut yang berada tidak jauh dari rumah Tok Esah. Rayyan dan Abang Asyraf sedari pukul 2 tadi sudah tiada di rumah kerana kata Tok Esah mereka ke dusun buah-buahan milik Tok Esah di hujung kampung untuk mecari buah pulasan, duku dan ciku yang memang tengah musimnya sekarang ini untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur. Kak Dina pula sibuk menolong Tok Esah membuat keropok losong yang juga ingin di bawa pulang nanti.

Aku dan Rania seronok berjalan di gigi pantai tanpa memakai kasut. Sesekali dia tunduk mengutip kulit siput yang menarik bentuknya dan dimasukkan ke dalam bekas plastik yang Tok Esah bekalkan dari rumah.

Terasa tenang hatiku memandang kearah laut yang luas terbentang di hadapanku ketika ini. Aku melangkah kearah longgokan batu besar dan mengambil tempat duduk disitu sambil terus memerhatikan Rania yang masih leka mengutip kulit-kulit kerang dan siput yang dijumpainya. Mata turut memerhatikan beberapa keluarga lain yang kelihatan turut berada di sekitar kawasan itu. Ada yang menghampar tikar di atas pasir untuk menikmati pemandangan ombak dan ada juga yang sedang seronok bermandi manda.

“Hai. Boleh saya join?” Kelibat seseorang yang duduk betul-betul di sebelahku menghalang sedikit pandanganku ketika itu. Alangkah terkejutnya aku apabila terpandangkan wajah Asfar.”Eh Asfar … Mana awak tau saya ada kat sini” Aku menjarakkan sedikit kedudukan antara kami. Tak manis rasanya jika kami duduk serapat itu dikhalayak ramai. “Mak yang bagitau. Dia kata awak bawak Rania tengok pantai” Dia memandang tepat ke wajahku membuatkan aku sedikit resah.

“Kenapa sebelum ni awak tak pernah ikut Abang balik kampung ye?” Dia bertanya dengan pandangannya masih leka menatap wajahku.”Biasanya saya kerja. Ni kebetulan saya tengah cuti, saya ikutlah. Lagipun saja nak Rania rasa suasana kat kampung” Aku cuba berlagak selamba walaupun sedar yang pandangan Asfar tidak lekang dari memandang aku.”Oooo … maksudnya awak tak ada kampung ke? Nak merasai sendiri kehidupan kat kampung?Macamtu?” Pertanyaannya membuatkan aku sedikit bingung. Rasanya aku cakap, nak bawa Rania rasa suasana hidup di kampung. Tapi, kenapa pula dia katakan aku yang tak ada kampung?

“Errr … Yelah. Rania kan adik awak. Kalau Rania baru nak rasa suasana duduk kat kampung, awak pun samalah kan?” Kerutan di dahiku serta merta hilang. Aku terlupa yang Asfar menganggap Rania adalah adik aku. Aku tersenyum.”Kenapa awak senyum?” Walaupun agak kehairanan dengan reaksiku, Asfar turut sama tersenyum.

“Rania ni anak tiri saya. Err … Bakal anak tiri saya, sebenarnya” Akhirnya aku berterus terang. Tak mahu Asfar terus-menerus mencuba nasib mengorat aku yang sudah mejadi tunangan orang. “Ha? Eh … Awak bergurau ke? Muka awak nampak macam muda lagi. Takkanlah dah nak kahwin kot?” Dengan wajah yang nyata terkejut dia bertanya.”Betullah. Buat apa la saya nak menipu awak” Nyata jawapan ikhlas dariku membuatkan wajahnya mankin berubah riak.”Eh …. Takkanlah. Siapa lelaki yang bertuah tu? Boleh saya tahu? ” Asfar cuba menafikan kebenaran yang sudah aku khabarkan padanya. Aku ketawa kecil.

“Awak kenal orangnya. Dia ada datang sekali dengan kami malam tadi” Aku bangun sambil menepuk-nepuk pasir yang melekat di bahagian punggungku. Kaki seluar kubiarkan basah ditenggelami air laut. "Siapa?" Berkerut dahinya berfikir. Aku tak pasti samada dia pura-pura tak tahu ataupun sememangnya dia masih belum dapat menangkap maksud kata-kataku. Logiknya, bila difikirkan semula, selain aku, Rania dan keluarga Kak Dina, rasanya cuma tinggal Rayyan sahaja. Takkan perkara semudah itupun, dia masih memerlukan aku untuk memberitahunya?

"Kejap,kejap. Maksud awak, lelaki yang awak maksudkan tu ... Rayyan?" Akhirnya setelah beberapa ketika aku membiarkan dia memerah otak, terpacul juga jawapan bagi soalannya sendiri. Dia menatap wajahku dengan pandangan seolah tidak percaya. Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Rania yang sedang leka bermain dengan air laut aku perhatikan. Asfar terus terdiam. Cuba menerima kenyataan yang baru terhidang untuknya sebentar tadi, mungkin. Tidak lama selepas itu kedengaran dia mengeluh berat.”Nampaknya bukan rezeki saya la kan? Bunga pujaan dah tumbuh dihalaman orang” Aduhai. Bermadah pujangga la pulak budak ni.

Aku tersenyum kelat. Wajahnya yang agak sugul aku pandang. Pandangannya tidak lagi padaku. Dia memandang pasir yang dikuis-kuis dengan hujung kakinya yang ditenggelami air. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuitnya.

“Saf!” Aku berpaling pantas kearah suara yang melaungkan namaku dan terpandang Rayyan yang berdiri di bawah pokok kelapa tidak jauh dari kami sambil berpeluk tubuh. Dari isyarat matanya, aku dapat membaca yang dia meminta aku dan Rania agar pergi kepadanya. ”Asfar, saya minta diri dulu ye” Aku bersuara kearah Asfar. Dia memandang aku dan Rayyan silih berganti, lalu kepala dianggukkan, lemah. Rania kuhampiri dan tangannya kupaut sambil cuba memujuknya untuk pulang.

Agak keberatan anak kecil itu untuk pergi dari situ tetapi setelah kupujuk yang esok pagi aku akan membawanya ke sini semula barulah dia turut sama melangkah kearah Rayyan yang sudah siap menghulurkan tangannya pada kami. Dapat kulihat dia berbalas pandang dengan Asfar yang masih duduk di atas batu-batuan dipersisiran pantai tanpa riak.

Tangan yang kusangkakan dihulurkan pada Rania, terus memaut jari jemariku dan digenggamnya erat. Terkedu aku dibuatnya. Rania yang melihat gelagat bapanya hanya tersenyum seolah-olah gembira dengan keadaan itu. Kami bertiga berpimpin tangan pulang ke rumah Tok Esah.

Melihat Hakimi yang sedang bermain di beranda rumah, Rania segera melepaskan pegangan tangannya padaku dan terus berlari mendapatkan Hakimi. Rayyan masih tidak melepaskan pegangan tangannya. Langkah kakinya yang tiba-tiba terhenti membuatkan tubuhnya tersentak ke belakang sedikit. Aku memandang dengan kerutan di dahi. Kedua belah kening ku naikkan menunjukkan isyarat ‘kenapa’ padanya.

“Jom ikut saya” Tanganku dipimpin menuju ke tepi laut semula. Aku hanya mengikut langkahnya walau dihati terdetik seribu macam persoalan.

Setibanya kami di persisiran pantai, genggaman tangannya kulepaskan. Baru jadi tunangan aku, dah suka-suka nak ambil kesempatan. Desisku dalam hati. Rayyan yang sudah berpeluk tubuh aku pandang dengan ekor mata.

"Ada apa awak ajak saya ke sini lagi ni?" Aku bertanya perlahan. Mataku tertumpu pada longgokan batu yang tadinya diduduki Asfar. Ah! Sudah tiada. Kemana lah agaknya budak itu pergi agaknya. Kasihan pula aku rasa bila mengingatkan memek mukanya sewaktu aku tinggalkan tadi. "Ada perkara saya nak bagitahu awak memandangkan tak lama lagi kita akan disatukan" Suara garau Rayyan membuatkan ingatan aku pada Asfar hilang entah kemana. Kecil mataku memandangnya.

"Apa dia?" Terasa penat berdiri, aku terus melabuhkan punggung di atas pasir.  Mujur ada pepohon kelapa yang merendang di sekitar kami membuatkan suasana agak teduh. Tidaklah panas terbakar kulit putih mulus aku ni dibuatnya nanti. Rayyan turut mengambil tempat di sebelahku. Dia menarik nafas panjang."Saya tak suka awak layan mana-mana lelaki lain macam tadi" Hampir tergelak aku mendengar kata-kanya namun kutahan."Setakat berbual, saya tak kisah. Tapi tak perlulah sampai nak jumpa kat mana-mana di belakang saya" Berkerut dahiku memandangnya. Amboi. Ni confirm memang jenis suka mengongkong ni. Aku membuat andaian dalam hati.

"Walaupun kawan saya yang awak kenal?" Aku bertanya mohon kepastian."Tengoklah kawan yang macamana" Pandangannya masih tertumpu pada laut yang terbentang luas di hadapan kami."Apa maksud awak kawan yang macamana? And by the way, memandangkan saya memang akan jadi surirumah sepenuh masa lepas kahwin nanti, rasanya awak tak ada sebab nak risau pasal tu kot" Jawapan aku membuatkan dia beralih pandang. "Kalau kawan awak tu macam si Shahrul, mungkin saya masih boleh consider" perkataan 'mungkin' ditekankan sedikit membuatkan keningku ternaik memandangnya. Tajam renungannya padaku ketika itu. Aku cuba berlagak selamba.Pandangan aku lontarkan ketengah laut. Tak sanggup rasanya nak terus bermain mata dengannya lagi.

"Saya tahu. Saf mesti fikir saya mengongkong. Tapi, inilah perangai saya yang perlu Saf tahu. Saya tak suka isteri saya nanti terlebih-lebih layan lelaki lain. Kalau saya nak isteri yang macam tu, dah lama saya kahwin lain" Dia masih memandang ke arahku. Aku terus mematungkan diri. Tak tahu apa yang perlu aku katakan. Terasa sesak nafasku ketika ini. Sudahlah dipaksa berhenti kerja. Tiba-tiba permintaan yang ini pula menyusul. Jangan nanti dia larang aku keluar rumah terus.Ah sudah! Mahu cepatlah kulit muka aku ni berkedut gamaknya kalau macam ni.
  
********

BAB: 21

Hari ini sudah masuk 2 minggu sejak aku pulang dari Terengganu. Ini bermakna, sudah 2 minggu la juga Rayyan tidak aku temui. Walaubagaimanapun, Rania tetap aku jenguk. Itupun, setelah menelefon Puan Sri Maria terlebih dahulu dan diberitahunya yang Rayyan tiada di rumah kerana bertugas.

Aku kira, sebelum aku diijabkabulkan dengannya dalam masa 2 minggu lagi ni, lebih baik aku betul-betul menikmati hari-hari soloku sepuas-puasnya. Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari selepas balik dari kerja, aku akan keluar makan dengan Shahrul, Miss Lai dan Wani. Mereka juga hairan dengan perubahan sikapku. Selama ini memang payah hendak mengajak aku kemana-mana selepas waktu kerja. Aku hanya menjawab yang nanti bila sudah berkahwin, aku sudah tak punya masa dan kebebasan untuk kerap berkumpul seperti itu dengan mereka.

Memandangkan Majlis perkahwinan yang semankin hampir, perkembangan mengenai segala-galanya aku terpaksa juga ambil tahu. Puan Sri Maria memastikan aku dimaklumkan mengenai semua perkara yang berkenaan. Setakat ini, apa yang sudah pasti, lokasi pernikahan dan Majlis resepsi adalah di Putrajaya. Bernikah di Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi di Presint 3 dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kalau lokasi pun dekat PICC tu, tak tahu la berapa ramai agaknya tetamu yang dah dijemput. Takut pula bila aku memikirkannya. Apa yang pasti dan sering aku ingatkan pada Puan Sri Maria adalah aku tidah mahu adanya kehadiran wartawan dari mana-mana media elektrik maupun elektronik. Mujur dalam hal ini, Rayyan bersetuju denganku. Dia juga inginkan agar Majlis resepsi kami nanti dihadiri hanya oleh saudara mara dan kenalan terdekat sahaja. Bab wartawan mungkin Puan Sri Maria boleh pertimbangkan lagi tapi bab jumlah tetamu yang bakal dijemput tu, aku tak rasa yang permintaan kami akan dipenuhi. Biarlah! Malas aku nak memikirkannya. Aku hanya berdoa semoga segala-galanya dapat berlangsung dengan lancar,  aman dan tenteram. Itu saja.

Tengahari itu, Puan Sri Maria sudah menelefonku mengingatkan tentang makan malam di rumahnya malam ini. Umi dan Babah turut dijemput sama. Katanya, ingin memperkenalkan kami kepada seseorang. Malas hendak bertanya, aku iyakan sahaja ajakannya.

"Saf. Malam ni jadi ke lepak kedai mamak?" Shahrul yang baru sahaja selesai melayan sepasang pelanggan yang aku agak dari Filipina, menghampiriku yang sedang berbual dengan Wani di Kaunter Cashier. "Ala Erul. Tak boleh lah. Aku ada dinner date dengan bakal mertua la" Selamba saja aku menjawab. Biarlah. Alang-alang mereka pun dah tahu, rasanya tak salah kalau aku berterus terang saja. Shahrul ku lihat menjuihkan mulut kearah Wani dan apabila aku berpaling, dapat kukesan riak perubahan di wajah bujur sirih di sebelahku itu.

"Ala. Relax lah Wani. Takkan kau masih terasa kot. Benda jodoh macam ni aku pun tak sangka  lah" Badan yang agak montel itu kupeluk bahunya. "Nanti kalau ada kawan-kawan si Rayyan yang masih bujang, aku tolong lah kenen-kenenkan kat kau. Nak tak?" Mukanya sedikit ceria bila aku berkata begitu."Eiii .. Gatallah lah kau ni pompuan !" Jerit Shahrul dengan gaya lembutnya. Berderai ketawa aku dan Wani dibuatnya.

Malam itu, selesai saja solat Maghrib, berangkatlah kami tiga beranak ke rumah Puan Sri Maria. Babah nampak segak dengan seluar slack hitam dan baju melayu warna putih dan Umi pula cantik mengenakan sepasang baju kurung yang sedondon dengan Babah. Aku saja yang berpakaian serba ringkas. Dengan tube hitam yang kusarungkan Cardigan berwarna hijau buah zaitun diluarnya dan kupadankan dengan kain skirt panjang berwarna hitam dan tudung bawal berwarna kuning cair, menyebabkan Umi membebel denganku sepanjang jalan. Setakat nak pergi makan yang sekejap itu pun, Umi beriya-iya menyuruh aku memakai sepasang baju kebaya moden yang entah bila dibelikannya untukku. Memang tidak lah aku nak menurut. Selagi aku rasa pakaian yang kupilih itu tidak menjolok mata, tak ada salahnya aku melawan arahan Umi sekali sekala. Fikirku dalam hati.

Apabila kami sampai di rumah Banglo 3 tingkat itu, Puan Sri Maria dan Bibik Jannah sedang sibuk menyusun segala lauk pauk yang telah di masak di atas meja makan. Suryanti yang menyambut kedatangan kami menjemput kami masuk. Aku dan Umi segera ke dapur menolong apa yang patut walaupun ditegah oleh Puan Sri Maria. Babah pula, sudah selesa duduk di beranda sambil menikmati curut mahal bersama Tan Sri Rasydan. Rayyan yang kulihat ada bersama hanya memerhati.

"Bik, tolong saya panggilkan Myra kat biliknya" Puan Sri Maria mengarahkan Bibik Jannah yang sedang membersihkan dapur. Orang gaji yang berasal dari Jawa Timur itu menurut dan terus berlalu dari situ. Myra. Macam pernah ku dengar namanya. Tapi di mana ya? Aku berfikir sendiri sambil tangan mengacau-ngacau air bandung cincau di dalam jag. "Dah sudah ke Saf? Kalau dah sudah, bawa ke depan cepat ye. Makanan pun dah siap hidang tu" Puan Sri Maria memeluk bahuku sekejap sebelum berlalu ke ruang makan dengan senyuman. Kelam kabut aku menyudahkan kerjaku sebelum menurut langkah Bakal Ibu Mertuaku itu dengan dulang di tangan.

Sesampainya di meja makan, semua orang sudah mengambil tempat masing-masing. Rania sudah sedia menyediakan tempat duduk khas untukku di sebelahnya. Aku menghampiri anak comel itu sambil memberikan ciuman penuh kasih dikepalanya. Semasa mencedokkan nasi ke pinggan untuk semua orang, baru aku perasan akan kehadiran seseorang yang agak asing di meja makan itu, duduk di sebelah Rayyan bertentangan denganku. Matanya tak putus-putus memandang kearahku.

"Myra. Stop staring her like that. Merah padam dah muka Kak Saf di buatnya" Teguran Tuan Sri Rasydan membuatkan pandangan gadis itu padaku beralih. Dia tersenyum. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Sama macam Rayyan dan Rania. Sah! Inilah dia Myra Isabella. Adik kepada Rayyan Iskandar. Desisku dalam hati.

"Betullah Ma. She's really look like Kak Selena. But, for Malay version lah" Kata-kata Myra membuatkan Puan Sri Maria dan Tan Sri Rasydan tergelak kecil. Umi dan Babah hanya tersenyum begitu juga dengan Rayyan. Rania memandang aku kurang mengerti. Aku hanya tersenyum kearahnya sambil meletakkan seketul ayam goreng di pinggannya dan mengisyaratkannya untuk makan.

"Tapi, don't worry Kak Saf. You are still beautiful in your own way" Myra bersuara lagi. Mungkin perasan yang pipiku masih kemerahan menahan malu. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman.

"Myra cuti lama ke?"aku memberanikan diri bertanya."Takda lama sangat. Tapi, sempat la nak jadi pengapit Kak Saf nanti" Cantik sungguh gadis di hadapanku ini. Cukup pakej. Cantik, bijak dan berada. Terasa kecil diriku saat ini. Tiba-tiba rasa diri tak layak untuk berdampingan dengan Rayyan. Aku cuba memaniskan senyuman mendengar kata-kata Myra. Tangan terus menyuapkan nasi kemulut tanpa ada rasa. Entah masin ke, manis ke, lidah aku tiba-tiba kematian rasa. Selepas itu kedengaran Umi dan Babah pula bersembang dengan yang lain. Entah apa yang dibualkan aku sendiri tidak memberi tumpuan. Bila mereka ketawa, aku turut tersenyum.

Selesai makan malam, sewaktu yang lain sudah duduk santai di ruang tamu sambil menikmati nescafe panas yang dibancuh olehku sebentar tadi, aku menawarkan diri untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor sambil dibantu Myra. Rania sudah dibawa Mak Som ke biliknya untuk ditidurkan. Itupun setelah puas dipujuk kerana dia mahu aku yang menidurkannya. Aku katakan yang selesai urusan di dapur aku akan pergi ke biliknya. Barulah dia menurut Mak Som dengan langkah lambat-lambat diaturkannya.

"Rapatnya Rania dengan Kak Saf" Myra yang tolong mengelap pinggan mangkuk yang sudah aku cuci berkata ramah." Tulah. Akak pun pelik dengan Rania tu. Entah apalah yang dia nampak kat Akak ni. Padahal Mummy dia lagilah cantik dari Akak" Dengan penuh rasa rendah diri aku bersuara."Isk Kak Saf ni. Myra tak rasa Rania tu sayang Kak Saf sebab Kak Saf macam Mummy dia. Dia mungkin rasa selesa dan serasi dengan Kak Saf. Sejak Myra balik rumah ni, tiap-tiap hari si Rania tu bercerita pasal  Kak Saf. Sampaikan Myra rasa macam Myra dah lama kenal dengan Kak saf tau" Dia melagakan bahunya ke bahuku lembut. Aku ternyum. Sedikit terharu mendengar kata-katanya.

"Kak Saf sayang Abang Ray ke?" Pertanyaan Myra membuatkan tanganku yang ligat mencuci terhenti. "Kak Saf?" Dia memegang bahuku setelah lama aku diam tak bereaksi."Err .. Kenapa Myra tanya macam tu?" Aku menjawab dengan soalan. Cuba mengelak dari memberi jawapan yang aku sendiri tak pasti. Basuhan yang tinggal sedikit aku teruskan. Gadis itu menarik nafas panjang.

"Semenjak kematian Kak Selena, Abang memang dah tutup pintu hatinya untuk semua perempuan. Myra mungkin duduk jauh Kak. Tapi, hari-hari kami bersembang dekat skype. Dalam masa 2 bulan lepas Kak Selena pergi, hari-hari Abang mengadu dengan Myra sambil menangis. Tak sanggup Myra tengok penderitaan Abang masa tu. Tapi, demi Rania, Myra nasihatkan dia supaya kuat. Myra ada lah jugak cuba nak kenalkan beberapa kawan perempuan Myra kat dia. Tapi, semuanya dia tolak mentah-mentah. Sekarang ni, suddenly, out of the blue, dia bagitau yang dia nak kahwin. Terkejut Myra dibuatnya Kak. Tapi dia jarang bercerita pasal Akak. Tu yang Myra excited giler nak balik juga ke Malaysia. Semuanya semata-mata nak kenal dengan wanita yang berjaya buka pintu hati Abang semula. Myra soooo happy Kak. At least sekarang ni, nampaklah muka Abang tu ceria sikit" Panjang lebar gadis itu bercerita. Kami berpandangan dengan senyuman.

Myra, Myra. Kalaulah dia tahu yang Rayyan menerima aku kerana Rania, entah apalah yang akan dikatakannya kan? "Ok! Dah siap. Jom kita join parents kita kat luar" Tangannya kucapai dan kami jalan berpimpin tangan menuju ke ruang tamu. Aku bersyukur kerana keluarga Rayyan dapat menerima aku seadanya. Ala Safiyyah. Orang zaman dulu pun kahwin tanpa cinta. Tapi bahagia juga kan? Apa yang penting restu kedua belah pihak itu yang paling utama. Senyap-senyap aku memujuk diri sendiri.
 

2 comments:

  1. Nak lagi...nak lagi...x sabar nk tgok diorg lepas kawen. Cerita awk best bce..x boring bila bce

    ReplyDelete

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template