Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, December 30, 2014

KISAH KAMI : BAB 16 & BAB 17


BAB: 16

"Lepas kahwin ni Iyah kerja lagi ke?" Umi yang menemaniku yang sedang menyiapkan sebutharga untuk beberapa orang pelanggan di atas katil di bilikku  malam itu bersuara, memulakan perbualan. "Tak tahu lagi lah Umi" Aku menjawab dengan mata masih tertumpu pada helaian-helaian kertas yang mengandungi pengiraan yang telah aku siapkan dan perlu disemak sebelum aku boleh emailkan kepada pelanggan pada esok pagi.

"Rayyan macamana?" Mendengar nama itu disebut serta merta tanganku yang tadinya sibuk menulis di atas kertas terhenti. "Macamana apa pulak?" Wajah Umi yang duduk dibirai katil kupandang sekilas. Cuba mendengar pertanyan selanjutnya dari Umi. "Yelah. Dia kan bakal laki kamu. Dia bagi ke kamu terus bekerja bila dah kahwin nanti?" Tiba-tiba aku teringat permintaan Rayyan tempohari yang meminta aku berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya pada Rania. Huh! Dia ingat aku ni belajar tinggi-tinggi nak jadi babysitter je ke? Rasa tidak puas hati mula menguasai diri.

"Biarlah dia Umi. Belum jadi laki Iyah pun. Nanti bila dah kahwin lah Iyah tanya ye" Aku menjawab acuh tak acuh.

"Kamu berdua ni kenapa? Tadi Puan Sri telefon Umi. Dia kata sejak kamu balik pagi tadi, si Rayyan tu lain macam je perangainya. Asyik duduk termenung je sampai si Rania pun mengadu dengan neneknya. Entah apalah yang difikirkannya" patah-patah perkataan dari Umi membuatkan tumpuanku pada kerja kira-kira yang aku lakukan jadi terbantut. Aku menarik nafas panjang. Pandanganku arahkan pada Umi yang masih menunggu jawapan dari aku.

"Umi. Kami ni kan dah nak dikahwinkan tak lama lagi. Semuanya macam tiba-tiba je. Tak sampai setahun kami kenal, dah nak kahwin. Mungkin he's having a second thought kot" Aku cuba mereka alasan di atas perubahan sikap Rayyan yang dikhabarkan pada aku tadi. Sebenarnya, aku sendiri kurang pasti kenapa Rayyan jadi begitu. Adakah benar dia ingin merubah fikiran dari mengahwiniku, ataupun dia hanya terkesan dengan kata-kata aku padanya pagi tadi. Sejujurnya, aku tak kisah andai dia inginkan masa untuk menerima dan menyintai aku. Cuma yang aku marah, dia seperti sesuka hati mengambil kesempatan ke atas diri aku dengan alasan aku mengingatkannya pada arwah isterinya. Itu, aku memang tak boleh nak terima.

"Emmm ... Harapnya tidak lah. Persiapan semua dah dibuat. Tak sampai sebulan lebih lagi korang nak disatukan. Kalau nak berubah fikiran pun, bukan sekarang ni. Patutnya dari lepas merisik tu lagi. Sebelum dia setuju dengan perancangan orang tuanya masuk meminang kamu" Umi mengeluh. Secara tak langsung, kata-kata aku tadi membuatkan hati tuanya runsing.

"Umi. Janganlah sedih. Nanti Iyah tanyakan pada Rayyan tu ye" Aku mendekati Umi dan belakang tubuhnya kuusap lembut. "Eloklah tu. Iyah tanya la baik-baik. Biasalah bakal pengantin ni. Semankin dekat tarikh majlis, semankin gemuruh rasanya" Umi menatap wajahku penuh kasih.Tak lama selepas itu, Umi meminta diri untuk keluar kerana matanya sudah mengantuk. Kedua pipinya kucium lama sebelum dia berlalu pergi.

Telefon di atas meja sisi segera kucapai sebaik saja pintu bilik tertutup. Aplikasi Whatsapp kubuka.

'Assalammualaikum'. Salam permulaan aku hantarkan.

'Waalaikummussalam. Tak tidur lagi ke?' Dalam masa kurang dari seminit aku sudah mendapat jawapan. Hish! Cepatnya. Dia ni gantung telefon kat leher ke? Keningku sedikit berkerut.

'Tak. Ada kerja kena siapkan. Esok awak free tak?' Aku terus bertanyakan hal penting. Malas mahu berbasa basi.

'Pagi kena pergi office sekejap. Petang dalam pukul 5 free la. Kenapa?' Teragak-agak pula aku nak membalas. Apa aku nak cakap ni? Nak ajak jumpa ke? Tapi, nanti dia ingat aku terhegeh-hegeh pulak kat dia. Aku terbayang wajah Umi yang murung. Akhirnya, aku terpaksa mengenepikan perasaan ego aku demi membuatkan hati Umi senang.

'Ok. Esok saya nak jumpa awak. Kita jumpa dekat Ikano, Mutiara Damansara. Nanti sampai sana saya call awak. Assalammulaikum'

'Ok. Kita jumpa Esok. Waalaikummusalam' Semudah itu dia bersetuju. Aku merangka-rangka apa yang bakal aku katakan padanya. Aduh! Pening kepala di buatnya. Ingatkan selepas peristiwa pagi tadi, aku tak perlu nak bertemu muka dengan Rayyan lagi. Tapi, ternyata perancangan Tuhan itu lebih hebat dari segalannya. Dalam diam aku bermuhasabah diri. Kerja-kerja yang terbengkalai tadi kusambung semula. Tumpuan kualihkan kembali ke beberapa senarai sebutharga yang perlu aku siapkan.

Petang itu, selesai sahaja aku melayani pelanggan aku yang terakhir, aku meminta izin dari Miss Lai untuk pulang sedikit awal dengan memberi alasan yang aku ada urusan yang perlu dilakukan di Pejabat Pos. Setelah menyemak hasil jualan kami hari itu dan melihat yang aku berjaya mendapatkan 3 orang pelanggan baru yang membayar deposit paling kurang RM1500 hari itu sahaja, dia memberikan kebenarannya. Aku tersenyum lega.

Sesampainya aku di kawasan parkir P2 bangunan Ikano Power Centre, aku mengirimkan teks whatsapp kepada Rayyan mengatakan yang aku akan menunggunya di Restoran Uncle Lim berhampiran dengan Pejabat Pos.

Setibanya aku di Restoran Uncle Lim kelihatan Rayyan sudah menunggu aku di situ. Pelik. Rasanya baru beberapa minit yang lepas aku hantarkan teks whatsapp padanya. Jam di tangan aku kerling. Baru pukul 4.45 petang. Bukankah malam tadi dia kata yang dia ada urusan di pejabat sehingga pukul 5?

“Assalammualaikum. Dah lama ke awak sampai?” Aku mengambil tempat di hadapan Rayyan yang sedikit terkejut dengan kedatanganku.” Waalaikummussalam. Takdalah. Saya pun baru sampai. Kerja saya cepat siap tadi. So, saya terus datang ke sini. Err  … Awak dah makan ke?” Dia tersenyum memandang aku dan sudah sedia berdiri untuk memesan makanan.”Err … Awak orderkan limau ais jela. Saya makan kat rumah je nanti. Thanks” Aku memandangnya yang berlalu ke kaunter pesanan.

Tidak sampai 15 minit, Rayyan sudah kembali ke meja kami dengan dulang berisi 2 gelas besar  limau ais dan semangkuk Laksa Nyonya.

So, ada apa Saf nak jumpa saya ni?” Dia mencapai sepasang chopstick dan bersedia untuk menjamu Laksa yang nampak sungguh menyelerakan bagi aku yang sememangnya penggemar Laksa ini. Beberapa kali aku menelan air liurku sendiri. Tadi jual mahal sangat masa orang tanya. Sekarang ni, tengok je la orang makan Safiyyah oiii. Aku mengejek diri sendiri.

“Nah” Tanpaku duga, Rayyan menyuakan sudu yang berisi Laksa kemulutku. Sedikit teragak-agak, aku membuka mulut menadah suapannya. Sekali lagi aku terpana. Dia ni macam ada kuasa psikik la. Tau-tau je aku teringin nak menjamah Laksa tu. Perlahan-lahan aku mengunyah Laksa yang sudah ada dimulutku.

“Ada apa Saf nak jumpa saya ni?” Sekali lagi dia bertanya. Aku menyedut air limau ais perlahan-lahan sebelum membuka mulut.” Umi dan Mama risaukan awak. Mama mengadu dengan Umi yang awak … Errrmm banyak mengelamun kebelakangan ni. Are you having a second thought about our marriage?” Satu-persatu perkataan yang telah aku rangka sejak pagi tadi akhirnya terluah juga.

Rayyan meletakkan chopsticknya di atas mangkuk laksa yang masih tinggal separuh isinya. Dia menyedut airnya sehingga tinggal separuh. Mangkuk berisi laksa ditolaknya ke tepi dan keduabelah tangannya di letakkan di atas meja sambil matanya memandang aku dengan pandangan matanya yang redup.

Aku cuba berlagak selamba. Tangan memintal-mintal tali beg cuba mententeramkan degup jantung sendiri. Sungguh aku perlu membiasakan diri sendiri dengan renungan Rayyan jika ingin menghabiskan keseluruhan hidupku dengannya. Kalau tidak, memang cepatlah aku Innalillah jawabnya. Sempat aku berbicara sendiri dalam hati.

I’m not having a second thought Saf” Akhirnya dia bersuara.”Saya cuma berfikir tentang perasaan saya sendiri. Awak takkan faham Saf” Dia mengubah posisi duduknya dengan tangan diletakkan di atas peha, tapi pandangan masih tertumpu pada aku.

“Hai Ray!” Tiba-tiba satu suara manja menganggu tumpuan kami antara satu sama lain. Aku terpandang seorang gadis bergaun merah paras peha yang menampakkan alur dadanya menghampiri kami dan duduk di sebelah Rayyan.

“Hei Kat. You buat apa kat sini?” Rayyan yang ternyata sedikit terkejut menyapa.”I saja je jalan-jalan kat sini. Lagipun esok dah nak fly ke London. Oh ya, we'll be in the same flight kan?” Dia menyeka rambutnya yang berwarna keperangan ke belakang telinga sambil melontarkan pandangan menggoda pada Rayyan yang kulihat masih tersenyum memandang gadis yang berkulit hitam manis dan memiliki bentuk badan yang ala-ala model itu.

“Yup. That's right. Oh ye, ni I perkenalkan. Safiyyah Akina. My friendMy friend? Itu yang dia panggil aku? Kenapa bukan fiancée? Dengan senyuman yang agak plastik pada pandangan mataku, huluran tangan disambut oleh gadis bernama Kat itu acuh tak acuh.”Hai. Saya Katrina” Sebaris nama itu mengingatkan aku pada perbualan antara aku, Puan Sri Maria dan Rayyan di dalam kereta tempohari.

“Err. Oklah Ray, I have to go. See you tomorrow ok” Gadis itu menunjukkan gediknya dan sempat dia mengelus lengan Rayyan sebelum berlalu. Nasib baiklah dia cepat pergi. Naik meluat aku melihat liuk lentuk tubuhnya yang tergeliat-geliat macam ulat bulu itu sedari tadi.

“Itu Katrina. Pramugari yang kerja sekali dengan saya” Rayyan menjelaskan walaupun pada hakikatnya, aku sudah dapat simpulkan sendiri siapa perempuan itu tadi. Tapi, memandangkan Rayyan menunjukkan muka serius, aku hanya mengangguk-anggukkan kepala.

“Kitaorang selalu dalam satu flight kalau ada trip ke London” Dia masih bercerita mengenai Katrina. “Is she your girlfriend?” Aku terus bertanya. Soalan yang aku sendiri tak terduga membuatkan riak wajah Rayyan sedikit terkejut.”Eh. Takdelah. She’s just a friend la” Rayyan beriya-iya berkata.”Friend? Macam saya la ek?” Aku cuba menduga reaksi dia.

Dia terdiam. Keduabelah tangan diraupkan kemuka.”Don’t get me wrong Saf. Sama macam awak, saya taknak ada apa-apa spekulasi di tempat kerja. Nanti masa majlis kita, barulah saya akan bagitau semua orang kat tempat kerja saya tu” Panjang penjelasan yang diberikannya.

Aku melepaskan keluhan berat.”Rayyan, sebelum terlambat, if you want to change your mind, better do it now. Saya tak mahu mengikat awak dalam perkahwinan yang awak sendiri tak rela. Tentang Rania. Awak tak perlu risau. Saya tetap akan kerap menjenguk dia kat rumah awak as long as she needed me. Kalau Mama dan Papa nak ke Mekah dan awak kena ‘terbang’, just leave Rania with me. No problem” giliran aku pula meluah rasa.

Tajam pandangannya pada aku. Aku mula dilanda resah. Apahal pulak mamat ni. Pandang macam nak telan je.”I will still married you Miss Safiyyah Akina. There is nothing that will change my mind.” Ketegasan dalam nada suaranya membuatkan aku terkedu. Kami berpandangan sesama sendiri, kelu tanpa kata.

**********************************************************************

 BAB: 17

Tinggal sebulan lagi sebelum majlis perkahwinan aku dengan Rayyan berlangsung. Sampul surat berwarna putih yang sudah lama berada ditangan, aku belek-belek lagi untuk kesekian kalinya. Dalam kepala merangka sebaik-baik alasan yang bakal aku berikan kepada Miss Lai sebentar lagi.

Hari  ini, tepat pukul 8 pagi aku sudah ada di meja kerjaku. Menunggu ketibaan Miss Lai yang selalunya sampai tepat pukul 8.15 pagi. Terasa lambat betul waktu berlalu. Jam di pergelangan tangan ku kerling. Ada lagi 5 minit masa untuk aku menunggu. Hati mankin dilanda resah.

“Awal kau sampai Saf” Suara Shahrul mematikan lamunanku. Aku memerhatikannya yang sedang berjalan menuju kearahku. Senyuman seikhlas mungkin cuba ku lemparkan padanya.

“Surat apa tu?” Shahrul yang sudah  menarik kerusi di hadapanku bertanya.”Surat? Oooh … Ni? Hmmm … “ Teragap-gagap aku menjawab.”Resignation letter” Akhirnya aku berterus terang. Kata-kata tegas dari Rayyan beberapa hari yang lalu supaya aku berhenti kerja membuatkan aku dalam keterpaksaan menaip surat ini malam tadi. Kalau sudah beberapa kali dia mengarahkan aku meletak jawatan, aku rasa demi Rania, aku terpaksa juga beralah dan berkorban.

“Apa??? Kau biar betul Saf!” Seperti yang kuduga, Shahrul menjerit terkejut.”Apa bising-bising pagi-pagi ni?” Kedengaran suara teguran Miss Lai. Serentak Shahrul bangun menghampiri Miss Lai yang baru sahaja menghampiri meja kerjanya di sebelah aku.

“Baik you nasihatkan sikit assistant you ni Miss Lai. Tiba-tiba, tak ada angin, tak ada ribut, terus nak hantar surat  resign” Kata-kata dari Shahrul membuatkan mata Miss Lai yang agak sepet itu sedikit terbeliak. “Saf?” Pandangannya tajam kearah aku.

“Yup. Saya nak resign.” Surat yang sedari tadi kupegang kuhulurkan kepada Miss Lai. “Tapi, kenapa?” Sampul surat putih sudah bertukar tangan. Perlahan-lahan surat itu dikeluarkan dari sampulnya beserta dengan sekeping kad berwarna lilac di dalamnya. Sekali lagi mata sepet itu terbeliak.

You nak kahwin?” Bait-bait perkataan di atas kad lilac yang berbau harum itu dibacanya. Shahrul turut sama mengendeng.”Rayyan Iskandar???” Serentak mereka bersuara dan memandang aku yang sudah tersengih serba tak kena.

“Kau ni memang la Saf. Senyap-senyap je. Maknanya masa kita terserempak dengan Rayyan kat 1Utama hari tu, kau dan dia dah bertunang la ye?” Laju Shahrul bersuara “Aku dah agak dah! Cara dia pandang kau dan dengan muka kau yang asyik blushing tu … Aku memang dah agak dah korang memang ada something going on masa tu!” Dia menyambung sambil kembali duduk di hadapan mejaku.

Miss Lai yang kulihat masih agak terkejut itu cuba menenangkan diri dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuknya.” So, sekarang You sudah mahu kahwin dengan orang kaya la kan? Takkan lah I mahu halang you berhenti pulak” Kata-kata Miss Lai agak kedengaran sedih sahaja nadanya di telingaku.

“Miss Lai. Jangan lah cakap macamtu. Kalau ikutkan, memang saya nak terus berkerja. Tapi … “ Aku tak dapat meneruskan kata-kata. Nanti kalau aku katakan yang aku berhenti kerja atas permintaan Rayyan agar aku memberi sepenuh perhatian kepada Rania, apa pula spekulasi yang bakal mereka bangkitkan pula lagi.

“Tapi, buat apa kau nak susah-susah kerja kalau dah boleh duduk rumah goyang kaki kan? Tiap bulan dalam akaun mesti ada saja duit yang masuk kan?” Shahrul membuat kesimpulan sendiri. Aku mendengus kasar. Geram pula bila digambarkan seolah-olah aku ni kebulur sangat dengan harta Tan Sri Rasydan itu.

“Kau jangan cakap sembarangan boleh tak Erul! Kau ingat aku hadap sangat dengan harta Tan Sri tu? Sebab tu la aku tak bagitau kau awal-awal! Suka sangat buat tuduhan melulu!” Serentak dengan kata-kata aku yang berbaur kemarahan itu, aku terus mencapai beg dan berlalu tanpa mengendahkan panggilan dari Shahrul dan Miss Lai yang silih berganti melaungkan namaku.

Airmata sudah mula merembes keluar. Kereta kupecut laju meninggalkan perkarangan Greta’s Curtains. Perkahwinan ini sudah cukup menyeksakan aku. Kata-kata Shahrul tadi sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa sedih dalam diriku. Begitu mudah dia menyimpulkan kata-kata sebegitu. Tahukah dia, yang bakal suami aku tidak sedikit pun menyintai aku? Aku ni hanya bayang-bayang arwah isterinya sahaja. Wajahku sudah basah dengan airmata.

Kereta kupandu tanpa arah. Tangisanku sudah mula reda. Telefon yang berbunyi melagukan lagu ‘Kita’ tidak aku endahkan. Entah berapa banyak ‘miss call’ , sms atau Whatsapp yang ditinggalkan, aku sudah tak peduli. Lebuhraya NKVE yang agak kurang sesak terus aku telusuri.


“MUMMY! Mummy!” Kedengaran suara Rania memanggil-manggil sebaik sahaja pintu rumah kubuka malam itu. Aku sedikit terkesima tatkala tubuh Rania sudah mendakap kemas bahagian bawah tubuhku. Aku menundukkan badan supaya tubuh kecil itu dapat kudakap erat ke dalam pelukanku. Terasa hilang segala keresahan aku hari ini. Rambutnya kubelai penuh kasih.

Tak tahu berapa lama aku memeluk Rania di hadapan pintu sehingga tersedar yang ada beberapa pasang mata sedang memerhati. Mata yang tadinya kupejamkan ku buka perlahan. Kelihatan Rayyan, Umi dan Babah sedang berdiri di ruang tamu memerhatikan gelagat kami.

“Dah lama ke awak sampai?” Tangan Rania kupimpin dan dengan langkah perlahan aku  menghampiri mereka bertiga yang masih memandang aku dengan pandangan yang menunjukkan riak kerisauan. Aku duduk di atas sofa berhadapan dengan mereka bertiga dengan Rania kuletakkan ke pangkuan.

“Awak kemana? Tadi saya pergi ketempat kerja awak. Shahrul bagitau awak keluar sejak pagi tak tahu kemana. Kami cuba call handphone awak, tapi tak berjawab” Rayyan bersuara tenang. Dia turut duduk di atas sofa bersebelahan dengan Babah. Wajah Umi kulihat paling risau ketika itu. Matanya menunjukkan seolah-olah dia bertanya bagaimana keadaan aku ketika itu.

“Saya ada kerja kat luar tadi. Telefon dalam kereta” Aku membuat alasan. “Satu hari suntuk? Kenapa tak call balik?” Pertanyaan yang seterusnya dari Rayyan kubiarkan sepi. Rania yang sedang ralit bermain dengan patung teddy bearnya kuperhatikan.”Kamu berdua berbincanglah. Umi dan Babah nak naik ke atas” Umi menyentuh dan meramas bahuku lembut sebelum dia dan Babah berlalu menaiki tangga ke tingkat atas.

“Saf. Masalah takkan selesai kalau awak lari darinya macam ni” Rayyan masih bersuara tenang. Aku masih diam. Airmata yang sudah mula terbit, pantas aku kesat agar tidak dilihat Rania. Aku menarik nafas dalam.

“Saya ok. Jangan risau. Saya cuma nak tenangkan fikiran je. Sehari suntuk saya ada di Masjid Shah Alam. Telefon saya silentkan dalam beg” Akhirnya aku berterus terang. Memang hari ini aku sehari suntuk di Masjid. Cuba mencari kekuatan dan ketenangan diri di rumah Allah itu. Mengaji Al-Quran sebanyak yang boleh. Selesai sembahyang Isyak berjemaah baru lah aku bergerak pulang.

Kelihatan Rayyan meraup muka dengan kedua belah tangan. Rania sudah beralih kepada posisi berbaring dengan kepalanya diletakkan di atas riba aku.“Lain kali jangan buat macam ni lagi. Risau semua orang dibuatnya. Saya pun risau Saf. Jangan kata saya tak peduli” Lembut suara Rayyan seakan memujuk.

Aku membelai rambut Rania yang semankin layu matanya itu. Kasihan Rania. Tak tahulah dari pukul berapa dia ada di sini menunggu kepulanganku. Dia terlalu kecil untuk aku sakiti. Aku perlu kuat demi kebahagiaan anak ini. Entah kenapa, naluri aku kuat merasakan yang kebahagian Rania sudah menjadi sebahagian dari tanggungjawabku.

“Saya dah hantar surat resign” Entah perlu atau tidak, aku tetap memberitahunya agar dia tahu permintaannya telah aku turuti. “Saya tahu. Shahrul dah ceritakan segalanya pada saya tadi. Dia cakap apa yang dia luahkan pada awak tadi sekadar gurauan. Dia pun terkejut dengan reaksi awak yang tiba-tiba marah-marah dan terus keluar” Aku hanya tersenyum hambar mendengar cerita Rayyan.

Shahrul,Shahrul. Bergurau pada masa yang tak sesuai. Tak pasal kena sembur dengan aku. Nasib baik kasut tak naik ke kepala. Aku sedikit kesal dengan reaksi aku yang keterlaluan tadi. Sepatutnya aku lebih mengenali kawan aku yang seorang itu. Suka menyakat dan bergurau walaupun kadang kala agak keterlaluan.

Rania yang sudah terlena kupandang dengan senyuman.” Dari pukul berapa awak kat sini? Bila awak balik dari London? Mama tak ikut sekali?” Bertubi-tubi soalan kutujukan padanya yang nampak santai berseluar jeans biru dengan baju tshirt putih berkolar bulat. Dia menyunggingkan senyuman.”Dari lepas zohor. Rania teringin sangat nak jumpa Mummynya. Awak dah lama tak jenguk dia” Badannya disandarkan ke sofa sambil berpeluk tubuh.

Aku tersenyum mendengar hanya satu soalan aku dijawabnya.”Saya sibuk. Banyak kerja yang saya kena handover kat orang lain. Saya kan nak resign” Aku mengingatkannya kembali kepada perletakan jawatan aku padanya.

“Bila awak balik KL?” Lagi sekali aku mengutarakan soalan yang sama.”Malam tadi” Ringkas jawapannya.”Dah lewat ni. Rasanya elok kami balik dulu” Dia bangun dan menghampiri aku dan Rania. Tak tahu kenapa, debar dihatiku sudah tak sehebat dulu bila berada hampir dengannya. Mungkin kerana kata-katanya sebelum ini yang mengatakan dia belum mampu melupai arwah isterinya menyebabkan perasaan suka aku padanya menjadi agak suram.

Rania sudah berada dalam dakapan Ayahnya. Selesa saja aku lihat dia lena di atas bahu sasa Rayyan. Aku menghantar mereka sehingga ke muka pintu.”Kirim salam dengan Mama dan Papa” Pesanku sebelum Rayyan berlalu ke kereta Audi T9 nya. Rayyan melontarkan pandangan padaku yang tak dapat aku tafsirkan maksud disebaliknya sebelum kereta memecut laju.

1 comment:

  1. Nak sambungan sebab best sangatttt. Good job writer 😊

    ReplyDelete