Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Wednesday, January 21, 2015

CERPEN : KISAH REZ DAN TRIS [1]

Assalammualaikum kepada yang setia berkunjung ke blog saya ni ... Terima kasih sebab sudi luangkan masa berharga anda berkunjung di sini ... ^_^

Kisah Safiyyah dengan Rayyan (Kisah Kami) tu nanti saya sambung ye. Otak tengah beku nak fikir sambungan cerita diaorang tu ... So, sementara saya nak de froze kan otak saya ni, saya karangkan sebuah cerpen baru yang terpaksa dipecahkan kepada 2 episod memandangkan tetiba plot citer jadi panjang berjela pulak .. huhuhuu ...

So, Happy reading uols! Please drop you motivated comment, for me to become a better writer. Thanks dear!! Muaxxxx!!

XoXo,
AdiaLuze

*******************************************************



GELAGAT anak-anak muda yang terkinja-kinja di gelanggang tari dipandang sepi oleh Tengku Reza. Segelas kecil Gen and Tonic diteguk sekali jalan sebelum memesan lagi segelas dari pelayan bar.

Sesusuk tubuh montok yang dibaluti sepasang dress ketat berwarna hitam tanpa lengan yang sedang terliuk-liuk menari mengikut irama lagu On The Floor nyanyian Jennifer Lopez dan Pitt Bull dipandang lama. Beberapa lelaki berhidung belang silih berganti yang sengaja menghimpit tubuh montoknya dilayan mesra. Dari satu rangkulan ke satu rangkulan yang lain dia berkalih sambil menari penuh erotik.

Gelas kedua Gen and Tonic sudah habis diteguk lalu dia memesan terus 3 gelas. Pandangan Tengku Reza kembali tertumpu pada si gadis bertubuh montok yang perlahan-lahan sudah melangkah menghampirinya dengan pandangan menggoda.

“Rez, jomlah temankan I menari. Bosanlah I menari sorang-sorang dari tadi” lengannya didakap oleh si gadis yang merayu dalam rengekan halus hampir ditelinganya.

“Mana ada you menari sorang sayang. Tu ramai je I tengok temankan you” Tengku Reza menyunggingkan senyuman. Sedari tadi bukan dia tidak perasan yang kekasihnya itu sibuk menari dengan sesiapa saja yang menghampirinya di pentas tarian. Semua jenis lelaki dirangkulnya mesra.

Namun tidak sedikitpun Tengku Reza berasa cemburu atau sakit hati. Sedari dulu lagi dia dan Natrah aka Netty memang mengamalkan dasar open relationship dimana dia dan Netty bebas bergaul dan bergomol dengan sesiapa pun asalkan tidak sampai ke ranjang.

“Alaaa … Mana sama dengan you. Come la sayang …” Netty sudah menarik tangan Tengku Reza ke pentas tari. Tak tahan mendengar pujuk rayu Netty, Tengku Reza akur juga. Tubuh mereka akhirnya melekat antara satu sama lain sambil menari dengan iringan muzik yang sudah bertukar nada kepada yang lebih romantik. Mereka sama-sama hanyut dalam lautan nafsu bersama dengan beberapa pasangan lain yang turut sama menari sambil bercumbu tanpa rasa segan dan malu. Tanpa mengenal dosa dan pahala.

---------

“BABAH jangan mengada-ngada nak pergi kerja. Duduk aja rehat kat rumah. Nanti, kalau pengsan lagi macam semalam macamana? Tris juga yang susah hati kan? Kalau kat rumah sekurang-kurangnya, bolehlah Angah dengan Adik tengok-tengokkan Babah” suasana pagi di Flat Danau Kota tingkat 10 rumah nombor 6 pagi itu sudah riuh dengan suara bebelan Trista yang sedang bersiap untuk ketempat kerja.

“Babah bukan apa Tris. Babah susah hati tengok kamu seorang yang bertungkus lumus kerja siang malam nak sara kita sekeluarga. Lagipun, kalau ayah keluar cari tin-tin kosong dengan botol-botol kosong, tak banyak, sikit-sikit dapatlah juga dapatkan duit poket Angah dengan si Adik  ke sekolah” Pak Halim tayang muka kasihan.

Dia bukan sengaja mahu menyusahkan anak gadis sulungnya itu. Semenjak tiga tahun yang lalu, penyakit darah tingginya semankin teruk sehingga memaksa dia berhenti kerja sebagai pemandu lori. Oleh kerana itu, Trista yang bekerja di KFC  terpaksa membuat kerja part time di kedai makan di bawah flat kediaman mereka.

“Nak susah hati kenapa Bah. Tris ok la. Lagipun, Tris masih sihat nak cari rezeki untuk sara keluarga kita ni. Apa yang penting, Babah sihat dan adik-adik boleh pergi sekolah. Babah janganlah risau. Pandailah Tris jaga diri” Trista menghampiri Pak Halim yang wajahnya sudah berubah sugul. Bahu tua itu dipeluk dan diusap mesra.

“Babah pun taukan. Tris sanggup buat apa saja untuk keluarga kita ni” Trista menongkat dagu di atas bahu Ayahnya. Airmatanya sudah mula menitis. Begitu juga Pak Halim.

“Kalau lah Mak kamu ada lagi, mesti dia bangga ada anak yang baik macam kamu ni Tris” tangis dua beranak itu semankin menjadi-jadi. Airmata yang membasahi pipi Pak Halim pantas diseka oleh Trista dan tubuh itu didakap erat. Kasihnya pada si Ayah tak dapat digambarkan dengan kata-kata saat itu.

---------

COME on la sayang. Kita kan masih muda. Belum puas lagi enjoy. Lagipun, marriage is sooo lame and outdated. Furthermore, it’s just aceremony. Walaupun kita tak kahwin, kita masih bahagia kan? Dah 4 tahun pun kita hidup macam ni. You happy, I’m happy, and we both get what we wanted. Is it not enough for you my darling? Kenapa you nak rosakkan semuanya dengan ajak I kahwin? Hurmmm?” Netty yang hanya mengenakan singlet dan seluar pendek mengelus-ngelus lembut pipi Tengku Reza. Dia membetulkan duduknya di atas peha lelaki itu supaya kedudukan tubuh mereka lebih dekat lagi. Mudah untuknya memujuk dalam keadaan begitu. Dia sudah arif benar dengan kelemahan Tengku Reza yang tidak boleh andai dia merengek manja sambil menggesel-geselkan tubuhnya dengan tubuh sasa teman lelakinya itu.

Tengku Reza mempamerkan segaris senyuman dalam terpaksa.

“Tapi, Nenda I dah bising la honey. You tahu la macamana Nenda I tu. Dia kan old school sikit. To her,  lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan apa-apa, shouldn’t act like husband and wife. You faham kan maksud I?” Tengku Reza tayang raut muka kesian. Cuba memancing simpati si kekasih yang sangat susah untuk diajak berkahwin.

Dia sendiri tidak faham kenapa Netty lebih suka hubungan mereka begitu saja. Cukup atas nama pasangan bercinta tanpa ada ikatan yang sah. Kalau perempuan lain, bercinta baru setahun, sudah sibuk diajak berkahwin. Tapi bukan Netty. Walau segala-galanya telah diberikan pada Tengku Reza, namun bila bercakap soal perkahwinan saja, mula lah dia mereka seribu satu alasan.

You janganlah desak I. I perlu masa nak fikir” Netty sudah tayang wajah rajuknya. Dia segera bangun dari pangkuan Tengku Reza dan bergerak kearah pintu gelungsur lantas dibukanya luas. Angin malam yang bertiup nyaman dari bangunan Apartment 2 Hampshire di tingkat 12 itu menderu masuk.  Netty segera melabuhkan punggung di atas kerusi rotan yang ada di ruang balkoni dan kotak rokok di atas meja kopi dicapai.

Tengku Reza meraup wajahnya berulang kali. Dia menarik nafas  dan dilepaskan perlahan-lahan. Dari jauh, dia hanya memerhatikan saja Netty menyedut batang rokok dicelah jemarinya. Dia sudah buntu.

Semalam, Nendanya, Puan Sri Mariam yang menjaganya dari kecil telah memberitahu yang memandangkan umurnya akan mencecah ke angka 25 tahun dalam masa 2 bulan lagi, dia akan bakal mendapat wang dari harta pusaka yang diwariskan oelah arwah Mummy dan Daddynya yang bernilai lebih RM70 juta.

Bila mendengarkan perkhabaran gembira itu, betapa terujanya Tengku Reza. Sudah terbayang dimindanya, aliran keluar masuk duit yang bakal diperolehinya  itu. Selain untuk perniagaan pengiklanan yang sedang diusahakan bersama Kashah dan Ebit, dua rakan kongsinya, dia merancang untuk membawa Netty melancong mengelilingi dunia.

Namun segala angannya berderai bagai kaca apabila Nendanya meletakkan syarat bahawa dia hendaklah membawakan calon isteri kepadanya terlebih dahulu. Lebih parah, Nendanya hendak mengadakan majlis pernikahan pada awal bulan hadapan sebelum tiba tarikh hari lahirnya. Jika tidak, harta pusaka tersebut akan dibekukan sehinggalah dia berkahwin kelak.

Sakit kepalanya bila Netty menolak cadangannya untuk berkahwin. Dia sengaja tidak memberitahu Netty mengenai syarat Nendanya itu kerana dia tidak mahu gadis itu menerimanya hanya semata-mata kerana wang ringgit. Selama ini dia yakin Nelly bukan jenis gadis bermata duitan. Tapi, sekarang, ada sedikit rasa ragu dalam hatinya.

------

“TERIMA KASIH tau Tris sebab kau sanggup nak cover shift aku. Nanti gaji, aku belanja kau makan okay. Aku bukan sengaja. Babysitter anak aku tu la. Tiba-tiba bagitau ada hal. Tak boleh nak jaga si Fina ni hari ni. Sorry sangat-sangat tau”  Emelda memaut mesra lengan Trista. Serba-salah juga kerana sering menyusahkan gadis itu apabila dia terpaksa mengambil cuti  kecemasan seperti hari itu.

“Eh, tak apalah. Aku faham. Lagipun oklah. At least boleh juga tambah gaji aku bulan ni” Trista menepuk-nepuk tangan Emelda lalu membetulkan cap yang menutup rambutnya yang panjang separas pinggang agar lebih kemas.

“Nasib baik ada kau. Nak harapkan budak-budak yang lain tu memang tak boleh nak diharap lah” tokok Emelda lagi.

“Yela, yela. Dah pergilah balik. Tu muka laki kau dah macam cipan dah aku tengok. Tunggu kau lama sangat” Trista memuncung kearah Amir, suami Emelda yang sedang menunggu isterinya di tempat letak kereta betul-betul bertentangan dengan mereka. Emelda tergelak mendengar gurauan Trista lantas meminta diri sebelum berlalu pergi. Trista menyambung semula tugasnya hari itu iaitu membersihkan meja serta memastikan lantai tidak dicemari kekotoran yang ketara.

------

“70 JUTA?? Banyak tu Bro!!” Ternganga Ebit mendengarkan jumlah duit yang bakal diperolehi oleh Tengku Reza. Begitu juga Kashah. Bulat matanya memandang ke arah Tengku Reza dengan mulut yang melopong tanda tak percaya.

“Isk kau ni Bit. Mulut macam puaka! Nasib baiklah bilik aku ni kalis bunyi. Kalau tak, mahu satu office ni kecoh tau!” Tengku Reza menepuk bahu Ebit, geram. Ebit hanya tersengih sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Eh, tapi seriously la Bro. Banyak gila harta yang Mummy dengan Daddy kau wasiatkan kat kau tu” giliran Kashah menyampuk. Keningnya sudah berkerut seribu. Wajah Tengku Reza ditatap lama.

Tengku Reza melepaskan keluhan dan tubuh sasanya disandarkan kesofa empuk yang didudukinya.

“Aik. Nak dapat duit pun mengeluh?” Kening Ebit pula yang berkerut. Hairan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Tengku Reza.

“Memanglah Arwah Mummy dengan Daddy aku ada wasiatkan aku duit tu. Lagi 2 bulan kan birthday aku yang ke 25. So, kalau ikut dalam wasiat, masa tulah nanti semua duit tu akan dipindah milik pada aku. Tapi …. “ ayat Tengku Reza tergantung  tiba-tiba menyebabkan Ebit dan Kashah berpandangan sesama sendiri. Mereka serentak bangkit dan mengubah posisi tempat duduk di kiri dan kanan Tengku Reza.

“Tapi apa Bro?” Hampir serentak pertanyaan itu diajukan dari mulut Ebit dan Kashah. Satu-persatu wajah sahabat karibnya sejak dari zaman menuntut di Universiti di Melbourne ditatap.

“Aku kena bawa calon isteri kat Nenda aku dulu sebelum boleh tandatangan apa-apa dokumen”  kerut di wajah Ebit dan Kashah serentak menghilang apabila mendengar kegusaran yang disuarakan oleh Tengku Reza.

“Aku ingatkan apalah tadi. Ala. Setakat bawa calon isteri tu apa lah sangat Rez. Si Netty tu kan ada. Bukan kau dengan dia memang tengah hangat bercinta ke?” wajah resah Tengku Reza dipandang Kashah kehairanan.

Sekali lagi Tengku Reza melepaskan keluhan. Rambutnya dicekak ke belakang . Kashah dan Ebit semankin dirundung rasa pelik.

“Masalah aku sekarang, Si Nelly tu tak nak kahwin dengan aku” Buntang mata keduaorang sahabatnya mendengar kata-kata Tengku Reza itu.

“Nelly tak nak kahwin dengan kau?” Bait-bait kata Tengku Reza diulang semula oleh Ebit. Cuma kali ini dalam bentuk soalan dan dijawab hanya dengan anggukan lemah. Ebit dan Kashah sama-sama duduk bersandar sambil menongkat dagu.

“Eh, kau tak bagitau dia pasal duit juta-juta tu kot. Tu yang dia tak nak kahwin dengan kau”  Ebit menoleh kearah Tengku Reza yang masih berwajah murung.

“Kalau dia sayangkan aku dan memang nak jadi isteri aku, tak perlu kot aku bagitau dia pasal duit tu. Kalau dia terima aku sebab duit tu, maknanya dia tak ikhlas la selama ini dengan aku. Kan?” Wajah Ebit dan Kashah dipandang satu persatu dengan dahi berkerut. Kedua orang sahabatnya itu terdiam.

“Ha! Aku ada idea!” Setelah suasana sunyi menyelubungi mereka dalam beberapa minit, Kashah bersuara ceria sambil mengetik jarinya.

“Apa?” Serentak Tengku Reza dan Ebit bertanya. Kashah mula tersenyum-senyum sumbing sambil mengurut-ngurut dagu dan mengangkat-angkat kening.

------

“Penyakit Ayah Cik Trista nampaknya dah semankin teruk. Hari ni, kami dapati ada masalah dengan jantung Encik Halim. Pembuluh darahnya tersumbat. Sebab tu dia pengsan. Nasib baik Cik Trista bawa dia cepat ke sini. Tapi, dia kena segera jalankan pembedahan. ” kata-kata dari Doktor Helen, doktor yang merawat Ayahnya semalam, masih terngiang-ngiang di telinga Trista.

Mujur hari ini dia ditugaskan untuk mengemas. Jadi, sambil mengelap meja dan mengemop lantai, kepalanya masih boleh memikirkan alternatif yang terbaik untuk merawat penyakit Ayahnya.


“Kos rawatan mungkin menelan belanja puluhan ribu ringgit. Jadi saya nak Cik Trista supaya bersedia dari sekarang” sekali lagi kata-kata Doktor Helen bermain dikepalanya.

‘Aduh! Manalah aku nak cekau duit banyak tu?!’  keluh Trista dalam hati.

“Hoi! Buta ke hah?!” Terkejut Trista mendengar suara lantang yang menyergahnya. Terkebil-kebil matanya silih berganti memerhatikan  mop dilantai dengan lelaki yang berdiri di hadapannya yang sedang menayang wajah bengang.

“Habis basah kasut aku lah!” Trista masih tak bergerak memerhatikan lelaki itu yang sedang mengibas-ngibas kasutnya yang terpercik air dari mop yang dipegang Trista.

“Hei … Kenapa ni Bro? What’s wrong?” Kelihatan dua orang lelaki terkocoh-kocoh menghampiri lelaki yang sedang bercekak pinggang dengan wajah yang sudah merah padam.

“Minah ni la! Buat patah selera aku je! Tengoklah kasut aku ni. Habis basah. Dahlah aku baru beli semalam! Hish!!” Lelaki itu mendengus geram.

“Hish kau ni Rez. Kitaorang ingatkan apalah tadi. Kasut kau kat rumah tu berlambak kot. Apalah sangat kalau basah pun. Susah sangat kau pergi lah beli lagi” Trista terus terpaku memerhatikan lelaki yang betubuh sederhana dan ketinggian  lebih kurang dengannya menepuk-nepuk bahu lelaki bertubuh sasa yang masih memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

“Eh kejap! Tris?? Ni Trista kan?” Pantas pandangan Trista berkalih pada seorang lagi lelaki yang berdiri betul-betul di sebelahnya sedari tadi.

“Ebit … Malik Hamdan? ? Kau ke ni?” Bulat mata Trista memandang kearah lelaki yang kurus tinggi lampai yang sudah tersenyum lebar memandang kearahnya.

“Yela! Aku la ni. The one and only, Malik Hamdan alias boyfriend kau masa sekolah!”  Tergelak Trista mendengarkan gelaran Ebit itu.  Dia hanya menumbuk perlahan bahu lelaki itu sebelum sama-sama tergelak.

Kashah dan Tengku Reza agak terkejut dengan pertemuan jejak kasih yang berlaku di hadapan mereka itu. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing menjongketkan kening tanda kehairanan bagaimana Ebit boleh mengenali gadis tinggi lampai yang berdiri di hadapan mereka ketika itu.

“NAH. Jemputlah makan. Ni je la aku mampu belanja korang. Kalau datang awal bulan bolehla aku belanja gempak sikit” Sekotak ayam dari set bucket diletakkan Trista di hadapan Tengku Reza, Ebit dan Kashah sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Ebit.

“Eh, ok dah ni. Terima kasih Trista” Kashah sudah mula menunjukkan sifat Mat Romeonya sambil tersengih-sengih gatal. Trista membalas senyuman itu sambil tayang wajah selamba.

“Tak payah lah kau nak menggatal dengan budak Tris ni. Buang karan kau je. Aku dok mengayat dia dari dari tingkatan satu sampai tingkatan lima pun tak pernah nak sangkut. Hati kering minah ni” selamba saja Ebit menegur. Mankin lebar Trista tayang senyum.

“Ayat kau tak cukup power. Lagipun, tu dulu. Masa sekolah. Setakat ajak dating tepi padang sekolah memangla Tris tak layan. Kan Tris kan …?” Kening Kashah terangkat-angkat memandang Trista.

“Dah! Jangan nak mengarut! Eh, Tris. Abah dengan mak kau apa khabar? Lama gila tak jumpa dengan diaorang” Malas hendak melayan Kashah, Ebit segera mengalih tajuk.

Hilang terus senyuman dari bibir Trista. Dia terus tertunduk menekur lantai.

“Eh … Aku tersalah cakap ke? Sor … Sorry la wey” serba-salah Ebit dibuatknya melihat perubahan wajah Trista.

“Kau takde salah cakap apa-apa pun … Mak aku dah takda la. Tahun ni dah masuk empat tahun dah dia meninggal. Abah aku pula, tak berapa nak sihat sekarang ni. Aku suruh dia berhenti kerja. Duduk kat rumah. Habis tingkatan lima aku tak sambung dah belajar. Terus kerja sebab nak bantu adik aku yang dua orang tu sekolah” Trista mengangkat wajahnya memandang Ebit cuba mengukir segaris senyuman walaupun nampak payah.

“Kau biar betul Tris. Keputusan SPM kau bagus kot. Patutlah lepas habis sekolah je kau terus menghilangkan diri. Aku ada juga tanya kengkawan kau, tapi semua tak tahu kau ke mana” rasa simpati Ebit tumpah pada Trista. Gadis yang pernah menjadi pujaan hatinya semenjak dari Tingkatan satu dulu. Tapi, setelah mengenali gadis itu dengan lebih mendalam, dia rasa Trista terlalu baik untuknya. Maka perhubungan mereka kekal sebagai rakan baik sehinggalah tamat tingkatan lima bilamana Trista memutuskan hubungan dengan rakan-rakan sekolah termasuk dirinya.

Kashah dan Tengku Reza hanya menjadi pendengar setia sambil menyuapkan daging ayam sedikit demi sedikit ke dalam mulut masing-masing.

“Abah kau sakit apa?” Ebit masih berminat mengetahui tentang keluarga Trista.

Terdengar desahan nafas perlahan dari mulut Trista. Kalau boleh dia malas hendak bercerita tentang hal-hal keluarganya kepada orang luar. Teman sekerjanya pun tidak tahu mengenai sakit Ayahnya takkan dia semudah itu hendak bercerita dengan Ebit.

Ya. Mereka memanglah teman rapat sewaktu bersekolah dahulu. Tapi, sudah hampir lima tahun mereka tidak berhubung. Bila berjumpa, takkan dia hendak terus menceritakan tentang kesusahannya.

“Cerita je la. Kau macam tak biasa cerita semua masalah kau kat aku” Ebit seakan-akan dapat membaca apa yang bermain di fikiran Trista ketika itu.

Ada keluhan halus yang keluar dari bibir merah gadis itu. Ebit masih sabar menanti Trista membuka cerita manakala Kashah dan Tengku Reza masih setia sebagai pemerhati.

“Sakit jantung. Dah serius. Doktor kata kena buat operation segera”

Ringkas jawapan yang diberikan dan Ebit dapat melihat ada garis duka terpancar dari pandangan redup Trista.

“Owh … “

Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Ebit. Otaknya seolah-olah berhenti berfungsi. Melihat wajah tenang Trista dia jadi kehilangan kata-kata. Ah! Gadis ini memang pakar menyembunyikan rasa hatinya. Namun tidak dari dia. Menatap mata indah Trista dia sudah tahu yang masalah kesihatan Pak Halim pasti cukup berat bebannya ditanggung oleh gadis itu sendirian.

“So, bila operationnya?” Pandangan Kashah, Trista dan Ebit serentak menghala kearah Tengku Reza yang tiba-tiba bersuara.

Melihat kesemua mereka memandang kearahnya, Tengku Reza berhenti mengunyah dan kening dijongketkan tanda hairan.

What? Did I say anything wrong?”

Trista teragak-agak hendak menjawab. Ebit sudah mengalih pandang kepadanya semula.

“Yeah Tris. Bila tarikh operatenya?” Giliran Ebit bertanya dalam formasi soalan dan tonasi yang berbeza. Seboleh-bolehnya dia tak mahu menambah lagi rasa sedih dalam diri Trista.

“Tak tahu lagi sebab aku kena sediakan duitnya dulu … Cepat aku dapat kumpul duit tu, cepatlah Ayah aku boleh dibedah” perlahan saja Trista menjawab. Dia menundukkan kepalanya memandang tangan yang dikepal-kepalkan di atas meja.

Yes!!!” Tiba-tiba Kashah menjerit dengan senyuman lebar dibibir. Semua pandangan tertumpu padanya pula.

“”Kau ni dah kenapa? Nasib baik aku tak tercekik tulang ayam ni tau!” Tengku Reza menepuk bahu Kashah agak kuat sambil menjegilkan mata tanda protes. Kashah hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Entahnya si Kashah ni. Kau jumpa batu berlian ke dalam ayam goreng tu?” Kata-kata Ebit mengundang tawa kecil dari bibir Trista.

Tanpa mempedulikan kata-kata kawannya, wajah Tengku Reza dipandang dengan pandangan yang bersinar-sinar.

“Kau ingatkan pasal idea aku untuk selesaikan masalah harta pusaka si Reza tempohari tu?” Keningnya sengaja dinaik-naikkan ke arah Tengku Reza dan Ebit silih berganti. Berkerut-kerut dahi Ebit dan Tengku Reza cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Kashah.

“Aku rasa kita dah jumpa calon yang sesuai”

Habis saja Kashah berkata-kata, Tengku Reza dan Ebit saling berpandangan sebelum mata mereka beralih kearah Trista yang mempamerkan riak kehairanan.Kemudian ketiga-tiga jejaka itu mengukir senyuman. Semankin pelik Trista dibuatnya.

------

WHAT???? No way Ebit! Kau dah gila?? Aku kenal dia pun tidak!” Laju saja Trista mengeleng-gelengkan kepalanya. Ebit sudah kecut perut melihat Trista berubah riak. Mujur tempat duduk yang mereka pilih agak tersorok dari pandangan orang ramai. Jika tidak, tak pasal-pasal mereka dituduh melakukan yang bukan-bukan pada Trista.

“Cik Trista. Sorry ye. I pun tak kenal you. Tapi, I terpaksa setuju dengan cadangan gila kawan I ni sebab nak dapatkan harta pusaka arwah parent I je” Tengku Reza mencuba nasib memujuk. Wajah Trista yang sudah merah padam memandang jauh ke luar bangunan cuba menenangkan perasaannya sendiri.

“Lagipun, you pun memang nak guna duit kan? So, kira win-win situation la” kedua belah tangan dikepalkan dan diletakkan ke atas meja. Ebit dan Kashah hanya memerhati reaksi dari Trista yang seterusnya.

“Senang je awak cakap kan? Awak tu lelaki. So memang no big deal la. Saya ni perempuan. I got many things to put at risk tahu tak?” Trista sudah berpeluk tubuh. Pandangan masih tidak berganjak. Suaranya cukup keras tapi dalam nada yang masih dapat ditahan.

Tengku Reza tersenyum. Rasanya dia dapat agak apa yang Trista risaukan sangat.

“Kalau you risau I akan buat apa-apa kat you, I think, you can rest assure that I won’t touch you. Kita kahwin setahun je, after that, kita berpisah and go our separate way. Simple and as easy as that

Mankin menyinga Trista jadinya apabila mendengar kelancaran Tengku Reza berkata-kata. Lelaki yang duduk dihadapannya itu ditatap garang.

Simple? Easy? Eh, awak ni duduk kat negara mana hah? Ingat ni Amerika ke? Kahwin pastu cerai ikut suka. Please laaa. Ini Malaysia. M.A.L.A.Y.S.I.A. Kita masih ada adab, ada Agama. Jangan ingat saya macam ni, saya ni buta pasal Agama okey!” bengang betul Trista dengan sikap pandang ringan yang ditunjukkan Tengku Reza. Naik turun nafasnya menahan amarah.

Terdiam Tengku Reza apabila disembur sebegitu. Ebit dan Kashah hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menaikkan lagi darah Trista yang sememangnya sudah mencecah ketitik maksimum itu. Bukan Ebit tak tau yang Trista penah dilabel sebagai Iron Lady sewaktu di sekolah dulu gara-gara keaktifannya dalam semua aktiviti sekolah termasuklah seni mempertahankan diri. Silap kata, memang boleh lebam biji mata dibuatnya.

“Tris … Aku harap kau fikirlah masak-masak benda ni. Rasanya ini je cara terbaik yang kau ada. Takkan kau nak pinjam dengan Ah Long pula kan? Lagipun, bukan nak suruh kau buat benda yang bukan-bukan pun” Ebit bersuara selembut mungkin untuk memujuk lagi. Dia tahu hati gadis itu tak adalah sekeras mana pun. Kalau kena pujukannya, pasti lembut juga nanti.

Untuk kesekian kalinya Trista menarik nafas panjang. Pandangannya menekur ke meja. Rawatan penyakit Ayahnya perlu dilakukan secepat mungkin dan untuk mengumpul perbelanjaan yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit dalam masa terdekat dengan hanya bergantung pada gajinya sekarang rasanya terlalu mustahil.

“Ok. Kalau aku setuju, bila aku boleh dapat duit tu?” Trista sudah duduk tegak dengan tangan dilipat dia atas meja. Matanya tunak memerhatikan wajah-wajah tampan di hadapannya satu persatu.

Tengku Reza pantas menyunggingkan senyuman senget. Ayam goreng yang masih bersisa diletakkan di atas pinggan lalu tisu dicapai dan tangannya dikesat sehingga bersih.

“Ok. Kalau you dah setuju, lusa I bawak you  jumpa Nenda I. Kalau dia bagi green light, family I akan aturkan untuk hantar rombongan meminang. Then, baru  kita bincang tentang tarikh kahwin”  lancar saja Tengku Reza mengutarakan rancangannya yang baru saja difikirkannya tadi.

“Saya rasa, tak perlulah jumpa Nenda awak tu dulu. Hantar je rombongan ke rumah saya. Tak payah bertunang pebagai. Terus kahwin. Cepat langsung, cepatlah saya nak dapat duit saya dan cepatlah juga kita boleh uruskan perceraian kita” Trista bersuara tegas. Melihat pada raut wajah Tengku Reza, dia cukup pasti yang lelaki itu tergolong dari golongan Playboy kelas atasan. Ada duit, ada rupa dan pastinya siap dengan pakej girlfriend yang penuh keliling badan.

Tak rela dia hendak duduk di bawah satu bumbung dengan lelaki itu terlalu lama. Nanti, tak pasal-pasal maruahnya tergadai. Naik seram Trista apabila memikirkan kemungkinan tersebut.

No, No, No” Tengku Reza pantas mengeleng-gelengkan kepalanya. Berkerut dahi Trista dibuatnya.

You tak kenal Nenda I. She is a very conservative person. Semua pun kena ikut adat. You jumpa family I dulu, kita bertunang and then baru nikah” Tengku Reza memandang tepat kearah wajah Trista yang sedikit terselindung dengan topi KFC yang dipakainya.

Fikiran Trista kembali kusut. Pantas topi yang dipakainya ditangggalkan. Melongo mulut Kashah, Ebit dan Tengku Reza sebaik saja rambut hitam berkilat yang panjang melepasi bahu milik Trista menyapa pandangan mata lelaki mereka. Tampak jelas kini keayuan asli wajah Trista di hadapan mereka. Kening yang hitam lebat dengan bulu mata yang lebat dan lentik semulajadi. Kulit yang putih mulus tanpa cela dan bibir merah basah cukup membuatkan ketiga-tiga mereka menelan liur berkali-kali.

Trista ralit mengirai-ngiraikan rambutnya yang dirasakan sedikit kusut tanpa menyedari renungan buaya-buaya tembaga di hadapannya ketika itu.

Merasakan suasana tiba-tiba berubah menjadi senyap sunyi dimeja mereka, Trista pantas mengalih pandang kearah Kashah, Ebit dan Tengku Reza.

“Woi!! Korang ni dah kenapa? Tengok aku macam tak pernah tengok perempuan!” Trista menepuk meja kuat sehingga ketiga-tiga jejaka di hadapannya kembali semula ke dunia nyata. Entah apa yang diangankan mereka bertiga, Trista tidak berminat untuk ambil tahu. Bukan kali pertama dia direnung begitu. Sudah acapkali. Kerana itulah dia lebih senang kesana kemari memakai topi. Hendak mengenakan tudung, hatinya dirasakan belum cukup terbuka untuk berbuat demikian.

“Err … ehem … so … macamana? You setuju tak?” Terpisat-pisat Tengku Reza bersuara cuba menyembunyikan kekalutan dalam hatinya. Terpegun sungguh dia dengan kecantikan makhluk Tuhan di hadapannya seketika tadi. Bukan tak pernah dia melihat perempuan cantik. Tapi kecantikan Trista lain dari yang lain. Pesonanya sungguh kuat sehingga dadanya berdebar kencang. Dengan Netty pun tak pernah dia merasakan begitu.

Trista mengenakan semula topinya dengan rambut yang dilipat ke dalam.

“Lusa awak jemput saya kat rumah. Jumpa dengan family saya dulu. Pukul 10 pagi. Tolong jangan lambat sebab saya tak suka orang yang tak menepati masa” Trista bersuara senafas sebelum bangun bersedia untuk berlalu. “Ini alamat rumah saya” tisu yang tertulis alamat rumahnya bertukar tangan lantas dia berlalu meninggalkan tiga sekawan itu sedikit terpinga-pinga.

------

SUDAH 10 minit Mitsubishi Lancer milik Tengku Reza bergerak meninggalkan Flat Danau Kota. Selama itu jugalah suasana di dalam kereta kekal senyap. Hanya kedengaran celoteh DJ Dina Nazir dari corong radio diiringi dengan alunan lagu yang bertukar ganti.

Disebalik kaca mata hitam yang pakai oleh Tengku Reza, dia sempat lagi mengerling kearah Trista yang nampak ayu berbaju kurung Pahang dari kain cotton warna merah delima bercorak paisley. Nampak  sangat menyerlah bila dipadankan dengan kulitnya yang putih gebu itu.Rambutnya yang panjang mencecah pinggang diikat tengah. Nampak lain benar penampilannya membuatkan dada Tengku Reza bergendang sendiri. Bibir basah Trista yang hanya dicalit lip balm membuatkannya menelan liur berkali-kali.

“Ehem … “  Tengku Reza berdehem cuba menarik perhatian Trista yang sedari tadi hanya memandang ke luar tingkap.

“Err … Nanti kalau Nenda I tanya dah berapa lama kita berkenal, bagitau je dah setahun. Cakap yang kita kenal errr … melalui Ebit” Tengku Reza bersuara sebaik saja Trista berkalih pandang padanya.

“Tak payah bagitau yang you kerja kat KFC dan cakap je yang Ayah you pekerja government yang dah retired” berkerut wajah Trista mendengar kata-kata berbaur arahan dari mulut Tengku Reza.

“Kenapa perlu menipu?” Trista meluahkan rasa tak puas hatinya. Tengku Reza tersenyum senget mendengar soalan polos Trista.

I tak nak mendatangkan sebab untuk Nenda I membantah perkahwinan kita. Nanti, you juga yang susah” Wajah Trista dipandang sepintas lalu. Bibir yang menyunggingkan senyuman kelihatan sangat sinis dimata Trista ketika ini.

“Saya yang susah atau awak? Hurm?” Trista menyoal penuh sinikal. Kalau ikutkan kata hatinya, dah lama dia membatalkan perancangan mereka itu. Tapi, bila mengenangkan keadaan Ayahnya, dia keraskan saja hati.

I boleh je cari orang lain. Tapi, you?” Tengku Reza tak mahu mengalah. Trista sudah mengetap bibir tanda geram. Wajahnya sudah membahang panas menandakan warna kulitnya sudah berubah.

“Tolong berhentikan kereta!”  Bentak Trista geram. Terasa seolah-olah dia yang terhegeh-hegeh meminta pertolongan Tengku Reza. Walhal, lelaki itu yang beriya-iya tempoh hari.

Tengku Reza masih tenang memandu. Bukan dia tak perasan perubahan wajah Trista. Tapi, dia masih sengaja hendak menduga kesabaran gadis itu.

“Saya cakap, tolong berhentikan kereta. Awak tak dengar ke?!” Trista sudah hilang sabar melihat sikap endah tak endah lelaki di sebelahnya itu. Dia memang perlukan duit saat ini  tapi itu tak bermakna dia sanggup membiarkan maruahnya diinjak-injak sesuka hati oleh lelaki itu.

“Wooo … Relaxlah. Tak perlu nak marah-marah macam ni” melihat keadaan Trista yang sudah hampir berubah menjadi Hulk, Tengku Reza akhirnya beralah. Dalam masa sesingkat ini, dimana lagi dia hendak mencari ‘Pelakon’ lain untuk bertemu Nendanya.

“Ok. I minta maaf ok. LookIf you want to be yourself nanti depan Nenda I, its up to you ok. Kalau rancangan kita gagal pun, at least you takkan salahkan I” wajah Trista yang masih  memerah ditatap sekilas pandang sebelum tumpuan dihalakan semula ke pemanduan. Ikutkan hati nakalnya, sudah lama pipi yang berbahang itu diusap lembut dan jemari runcing milik Trista diraih dan dikucupnya. Tapi, memandangkan gadis di sebelahnya itu tidak seperti Netty maupun gadis-gadis yang menempel dengannya selama ini, niat itu terus disimpan saja dalam hati.

Kedengaran Trista mendengus kasar sebelum tangannya dilipat kedada dan pandangan mata dicampak ke luar tingkap. Tengku Reza terus menyunggingkan senyum. Tahu yang Trista sedang memikirkan semula kata-katanya tadi.

------

“SAYA kerja kat KFC je Puan Sri”

Hampir terjojol mata Tengku Reza apabila mendengar jawapan selamba yang keluar dari mulut Trista. Mujur ada soket mata yang menahan. Jika tidak, pasti sudah bergolek jatuh bebola matanya ketika itu.

Liur ditelan berkali-kali. Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan untuk memandang Nendanya. Bibir diketap geram dengan kejujuran Trista yang dianggap tidak kena pada tempatnya.

Wajah Puan Sri Mariam hanya tenang mendengar jawapan dari Trista. Seraut wajah yang cukup cantik itu ditatap lama. Sejuk hatinya saat pertama kali matanya dilabuhkan pada wajah itu. Senyumannya juga nampak sungguh ikhlas dan bukan dibuat-buat. Tidak seperti teman-teman wanita Tengku Reza yang pernah ditemuinya sebelum ini. Sudahlah pakaian semuanya jenis tak cukup kain, sendat sana sini, senyuman pula jelas senyuman jenis mengampu. Naik meluat dia dibuatnya. Berbeza sungguh dengan gadis di hadapannya kini.

“Ayah Tris kerja apa?”

Pertanyaan lembut dari Puan Sri Mariam membuatkan kening Tengku Reza terjongket tinggi. Tidak marahkah Nendanya itu mendengar jenis pekerjaan bakal isterinya itu? Bukankah selama ini, Nendanya sibuk menyuruhnya mencari calon isteri yang selayaknya dengan keluarga mereka?

“Babah dah tak kerja. Dia dah bersara. Lagipun, dia tak berapa sihat sekarang ni Puan Sri” Jujur saja jawapan yang keluar dari mulut Trista. Dia sudah nekad. Biarlah kalau Puan Sri Mariam menentang perkahwinannya dengan Tengku Reza sekalipun. Memikirkan tentang niatnya hendak berkahwin ini pun dia sudah rasa bersalah sangat-sangat. Dia tidak mahu menipu lagi. Andai rancangan mereka ini nanti dihalang, dia akan usahakan cara lain untuk menampung kos pembedahan Ayahnya.  Dia percaya yang Allah akan sentiasa ada untuk membantunya.

Sekali lagi Tengku Reza membuntangkan matanya pada Trista. ‘Aduh! Kenapa jujur sangat minah ni??’ Keluhnya dalam hati.

“Tris nak kahwin dengan Rez ni sebab harta ke?” Berdebar kencang jantung Tengku Reza mendengar soalan Nendanya yang straight to the point itu. Ada ketegasan dalam nadanya membuatkan Tengku Reza sudah tak senang duduk. Tangannya dikepal-kepal kejap.

Trista terdiam. Wajah gelisah Tengku Reza yang duduk tidak jauh darinya dipandang sekilas lalu sebelum wajah tenang Puan Sri Marian ditatap semula. Dia menarik nafas dalam. Tengku Reza pula sudah menahan nafas menunggu jawapan yang bakal diberikan.

“Saya kenal Rez pun kat KFC Puan Sri. Masa kenal tu pun saya tak tahu dia orang berharta. Inipun, Ebit yang kenalkan kami. Lagipun, selama kami kenal, tak ada pula dia belikan saya hadiah yang mahal-mahal. Kalau Puan Sri nak tau, hari ni baru saya tahu yang Rez ni ada kereta sebab selama ni kalau kami keluar, selalunya kami pergi dengan kereta Ebit” Trista tertawa halus dihujung ayat. Ada rasa bersalah yang mencengkam dadanya. Walau bukan semua jawapannya itu menipu, tapi dia tetap rasa bersalah yang amat. Dia masih mengekalkan riak tenang agar Puan Sri Mariam tidak mencurigai apa-apa.

Tengku Reza menarik nafas lega apabila kedengaran tawa halus dari bibir Puan Sri Mariam. Namun, ada rasa hairan terdetik melihat penerimaan Nendanya pada Trista. Sebelum ini bukan tidak pernah dia mengenalkan Nendanya itu dengan teman-teman wanitanya. Walaupun bukan secara formal seperti ini, tapi Nendanya kenal dengan semua wanita yang pernah menjadi teman wanitanya sebelum ini. Malah dengan Netty juga penerimaan Nendanya tidak sebaik ini. Ada saja yang tidak kena dimatanya tentang Netty. Baju ketat sangatlah, make up tebal sangatlah, rambut perang sangatlah … Macam-macam lagilah kritikan yang diberikan. Tapi dengan Trista kenapa Nendanya nampak serba tak kisah? Tengku Reza mula tertanya-tanya sendiri.

“Jadi Rez dah nekad ke nak kahwin dengan Tris ni?” Puan Sri Mariam mengalihkan pandang pada cucunya setelah tawanya reda. Dia tersenyum apabila melihatkan Tengku Reza asyik memandang kearah Trista tanpa berkelip.

“Tengku Reza Tengku Adnan! Kot ye pun dah sayang sangat, takkanlah pandang pun tak boleh nak lepas?” Tersentak Tengku Reza apabila nama penuhnya diseru. Trista yang sedari tadi menekur lantai turut tersentap dan pantas kepala ditolehkan pada Tengku Reza yang memang ternyata sedang merenungnya sebelum pandangan itu dialihkan ke Nendanya sambil menggaru-garu belakang kepalanya dengan senyuman sumbing terukir dibibir. Nampak membahang kedua wajah tersebut apabila ditegur sebegitu oleh Puan Sri Mariam.

“Nampaknya Nenda kena kahwinkan kamu berdua ni cepat-sepat la! Kalau tak, mankin teruk sakit angau si Rez ni”

Meletus tawa Puan Sri Mariam membuatkan Trista rasa nak menyorok di bawah sofa. Semuanya Tengku Reza punya pasal! Suka sangat tenung orang macam tak pernah nampak perempuan. Tak pasal dia pun terkena tempiasnya sekali.Huh!

“Oh ye … Tak payahlah Tris nak ber’Puan Sri’ dengan Nenda. Panggil Nenda je”

Trista mengukirkan senyuman canggung sambil mengangguk perlahan. Tengku Reza pula sudah mula kerut dahi. Penerimaan Nendanya yang cukup terbuka pada Trista tanpa banyak soal mengundang secubit rasa pelik dalam dirinya.

------

PERJANJIAN sudah termetri. Trista dan Tengku Reza ditunangkan untuk 1 bulan sahaja. Cukup sekadar syarat sebelum mereka diijabkabulkan. Itu tempoh yang ditetapkan oleh Puan Sri Mariam. Segala persiapan akan dilakukan oleh pihak Tengku Reza. Majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama dan dilakukan sekali harung di Hotel Renaissance. Trista dan Pak Halim hanya menurut saja tanpa bantahan.

“Untungnya Along dapat bakal suami hensem macam Abang Rez tu kan? Dah la hensem, kaya pulak tu” Tania, adik Trista yang paling bongsu dan sedang menuntut di tingkatan 3 memulakan perbualan sambil membelek-belek kad jemputan yang sudah siap dicetak untuk diedarkan kepada saudara mara dan kenalan terdekat sebelah keluarga mereka. Baru petang tadi Tengku Reza menghantarkannya kepada Trista di tempat kerja.

Pak Halim yang sedang menonton TV bersama Taufik, anak keduanya, menggariskan senyuman mendengar kata-kata yang terlahir dari mulut Tania itu.

Dia sendiri seolah-olah tidak percaya apabila Trista meluahkan hasrat untuk berkahwin 2 minggu lalu kerana setahunya, anak sulungnya itu mana pernah ada teman lelaki sebelum ini. Lagipun, umurnya baru menjangkau 21 tahun. Namun, hendak dihalang tidak sama sekali. Apatah lagi apabila sudah mengenali Tengku Reza dan keluarganya. Walau datang dari keturunan yang bukan calang-calang, mereka dengan rendah diri sanggup menerima Trista dalam keluarga mereka dengan tangan terbuka.

Hatinya lebih tersentuh apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Puan Sri Mariam. Langsung tidak rasa canggung apabila turut sama-sama membantu di dapur ketika kunjungannya ke rumah sempit mereka itu beberapa hari yang sudah sebelum dia meminta izin untuk membawa Trista ke butik perkahwinan.

Dia amat-amat bersyukur kerana Trista bakal menjadi menantu kepada keluarga sebaik itu. Sebak tiba-tiba dadanya apabila memikirkan yang tak lama lagi, Trista bukan lagi di bawah tanggungjawab dan amanahnya.

“Isk Along ni langsung tak excited ke nak kahwin?”

Pertanyaan Tania yang berbaur rajuk mengembalikan Pak Halim ke realiti semasa. Muncung Tania dilihat sudah panjang sedepa. Kelihatan Trista ketawa sambil menguis pipi adiknya. Adalah tu yang Trista katakan yang menyebabkan anak bongsunya yang manja itu memuncung sedemikian rupa. Pak Halim tersenyum sambil mengalihkan pandangan kearah skrin TV semula.

“Along rasa biasa-biasa je la. Takde excited sangat pun” Trista membelek lagi kad jemputan berwarna merah dan putih ditangannya. Namanya dan Tengku Reza yang tertulis dengan dakwat keemasan ditatap berkali-kali. Macam tak percaya pula dalam masa kurang dari sebulan dia bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki di atas alasan yang tak sepatutnya. Rasa sayu pula kerana terpaksa menipu semua orang termasuk Ayahnya mengenai perkara tersebut. Tapi, buat masa ini, pilihan apa yang dia ada? Sebuah keluhan tipis akhirnya terlepas juga.

“Isk Along ni. Dah mengeluh la pulak. Macam kena kahwin paksa je” bebelan Tania membuatkan Trista cepat-cepat mengukirkan senyuman versi cover malu.

“Mana ada mengeluh la. Tu namanya melepaskan nafas lega” Trista mencuit hidung mancung Tania. Sengaja mahu menyakat adik bongsunya itu. Namun dalam hati serba sedikit mengiakan kata-kata Tania. Sungguh! Dia memang terpaksa ber kahwin dengan lelaki bernama Tengku Reza Bin Tengku Adnan itu! Aarrrrgghhhhhh!!!

3 comments:

  1. Bila nk sambung..hehe
    jln cerita yg menarik..

    ReplyDelete
  2. Ada sambungan kah nie..dri lahad datu sabah

    ReplyDelete
  3. Ada sambungan x cerita ni..best sgt 😊

    ReplyDelete

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template