Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, July 8, 2022

BROKEN : BAB 6

          


        SELESAI saja menunaikan solat Maghrib, Kas sudah dipaksa duduk di birai katil untuk dimekap oleh Dafina. Kerutan di wajahnya tak usah nak cakap la. Dengan keluh kesah yang tak sudah keluar dari bibirnya lagi. Dafina buat tak tahu. Tangan masih sibuk menyolek mata bundar Kas dengan gaya smokey yang menyerlahkan lagi warna coklat cair matanya. Bibir pula dibiarkan dengan warna neutral.


"Lambat lagi ke? Lenguh la aku duduk tegak macamni. Takkan dah setengah jam tak siap-siap lagi" Kas melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. "Kejap, kejap... Sikiiitt je lagi ni" Untuk kesekian kalinya juga jawapan itu diberi oleh Dafina. Kas mengerang kebosanan.


"Okay, siap!" 10 minit sebelum pukul 8 malam akhirnya fasa mengazabkan buat Kas berakhir juga. Malas hendak membazirkan lebih banyak masa, Kas terus mencapai baju yang masih rapi dalam beg serba hitam. Dafina pula terkocoh-kocoh menyiapkan solekan di wajahnya pula.


"Daf!! Hell nooo!!" Dafina memandang Kas yang sudah berdiri tercegat dengan beg pakaian ditangan yang sudah terbuka zipnya. Matanya yang sudah sedia besar dibesarkan lagi dan pandangan tajam diberikan kepada Dafina sambil mengetap bibir. Dafina tersenyum sambil meneruskan menyolek wajahnya sendiri.


"Jangan harap aku nak pakai baju ni wei .. No way!" Beg pakaian dicampakkan ke atas Katil Dafina. Dia sudah bercekak pinggang. Semalam rasanya baju lain yang dipilih oleh Kas. Sepersalinan suit wanita serba hitam. Itu pilihannya. Kenapa tiba-tiba baju itu bertukar menjadi Baju Kurung Riau dari kain sutera Thai warna biru gelap?


"Sorry, but no choice missy. Its either that or my kebaya nyonya for you young lady" Dafina langsung tidak mahu memberi Kas pilihan. Semalam memanglah Kas ada membeli persalinan sendiri. Ketika itu dia hanya mendiamkan diri tanpa membantah kerana pakaian Kas untuk ke majlis itu sebenarnya sudah ditempah siap oleh Datin Sri Addura. Sengaja dia merahsiakan perkara itu kerana dia tahu benar perangai Kas yang memang anti dengan pakaian seumpama itu.


"Lya!!!! Fina!!! Cepat sikit bersiap tu!! Kita dah lewat ni!!!" Teriakan Datin Sri Addura yang kedengaran dari luar pintu menyebabkan suasana dalam bilik itu menjadi kalut. Dafina yang kelam kabut menyudahkan solekannya sebelum meluru ke bilik persalinannya untuk menukar pakaian.


"Baik kau pakai baju tu cepat sebelum Mama masuk dalam bilik ni dan tolong kau tukar baju" Sempat Dafina menegur Kas sebelum berlalu membuatkan wajah itu masam mencuka. Dalam keterpaksaan, Kas mengenakan juga pakaian yang telah dipilih untuknya sambil berikrar dalam hati untuk tidak lagi menurut permintaan Dafina untuk kemajlis seperti itu lagi selepas ini. Inilah kali pertama dan terakhir dia menurut permintaan Dafina.


Setelah bersiap dan bertelagah untuk 10 minit berikutnya mengenai kasut tumit 3 inci yang Dafina paksa Kas sarungkan kekakinya dan juga gaya rambut sanggul siput yang Dafina gayakan pada Kas , akhirnya mereka berjaya keluar dari rumah  dan terus menuju kearah kereta Alphard putih mutiara yang sudah siap menunggu.


Sekali lagi kesabaran Kas diuji apabila melangkah masuk saja ke dalam kereta, matanya menyapa kelibat seseorang yang sudah memaku pandangan padanya tidak  berkelip dari tempat duduk pemandu. Dadanya tiba-tiba terasa sempit.


"Along! Kata tak nak ikut" Melihat reaksi terkejut Dafina, prasangkanya pada gadis itu agak berkurangan. Sangkanya Dafina menipunya tapi ternyata dia sendiri tidak tahu akan kehadiran Dean.


Senyap.


Melihat reaksi Dafina di sebelahnya yang sudah mendengus, tak puas hati dengan Dean yang hanya mendiamkan diri, Kas yakin yang Dafina benar-benar tidak tahu yang Dean akan turut serta.


Sepanjang 40 minit perjalanan itu, walau terasa diri diperhatikan dari cermin pandang belakang, Kas sehabis daya menahan dirinya dari membalas pandangan itu. Mengelak dari bertembung pandang dengan lelaki yang tenang memandu sambil sesekali berbual dengan Datuk Sri Omar yang duduk di sebelah pemandu. Mujur ada Datin Sri Addura dan Dafina. Sesekali, pertanyaan dari mereka yang duduk di sebelah kanan dan kirinya dapatlah juga mengurangkan rasa canggung yang dirasakan.


Setelah tersiksa dalam suasana canggung yang mencengkam dada, akhirnya kereta di belokkan di halaman rumah agam yang serba mewah dengan deretan kereta berjenama luar negara sudah hampir memenuhi halaman.


Dafina membiarkan Papa dan Mamanya memulakan langkah memasuki rumah agam tersebut sebelum dia menarik tangan Kas membontoti mereka. Dean melangkah paling akhir di belakang Dafina dan Kas. Kas masih cuba membiasakan diri dengan kasut tumit 3 incinya. Penuh hati-hati dia melangkah. Bimbang jika terpelecok.


Entah bila masanya, dia tak sedar apabila Dafina telah jauh meninggalkannya dan tempatnya di ganti dengan Dean. Lebih malang untuk Kas, sebaik sahaja Dean berada di sebelahnya, masa itu jugalah kakinya boleh tersilap langkah. Nyaris dia jatuh tersungkur. Namun, sepasang lengan sasa Dean pantas dapat meraih tubuhnya. Untuk beberapa saat belakang tubuhnya melekat didada Dean dan denyutan jantungnya mula hendak menggila. Rasa panas mula menjalar keserata wajah. Detak jantung Dean yang sudah berubah rentak yang dapat jelas dirasainya amatlah tidak membantu. Nafas hangat Dean yang terasa hampir ditelinganya turut menjadikan Kas jadi lebih gementar.


Sebelum keadaan jadi lebih hangat dari biasa, Kas pantas meloloskan dirinya dari pelukan Dean dan langkah kaki segera diatur menuju kearah ahli keluarga yang lain yang sudah agak jauh meninggalkan mereka.


Stupid shoe! Stupid event! Stupid Dean!! Bermacam-macam sumpah seranah bermain difikiran Kas sewaktu dia mempercepatkan langkah mengejar Dafina. Eloklah pula kakinya tidak terkehel ke, terseliuh ke, terpelecok ke masa dia melangkah panjang-panjang seperti ini. Kas bengang dengan diri sendiri.


"Kenapa muka kau merah?" Pertanyaan pertama apabila langkahnya dapat disaingi membuatkan Kas seperti hendak tercekik air liur sendiri.


"Errr ... Tak ada apa-apa ... Allergic dengan makeup kot. Lagipun panaslah malam ni" cepat-cepat dia memberikan jawapan sambil tangan mengipas-ngipas muka agar jawapannya nampak lebih meyakinkan. Tak mahu Dafina membuat andaian sendiri. Lebih parah jadinya nanti.


"Eh, Along ... Kenapa muka Along pun merah ni? Korang buat apa tadi?" Kas rasa macam nak terjun dalam kolam ikan yang berada di hadapannya apabila soalan susulan itu terkeluar dari bibir mongel Dafina. Tak perlu menoleh pun dia tahu yang Dean sudah berada di belakang mereka.


"None that concern you" Mendatar saja jawapan dari Dean sambil berjalan memintas Dafina dan Kas sambil mempamer riak wajah stoic tak berperasaan. Kas rasa nak cekik-cekik saja si Dean. Reaksi wajah Dafina yang telah berubah pandang kearahnya memang sudah diduga memandangkan kata-kata Dean hanya mengundang lebih banyak persoalan dari sebenar-benar jawapan.


Wajah Dafina dah berkerut. Dia sudah berdiri tercegat betul-betul di sebelah pintu masuk sambil berpeluk tubuh memandang kearah Kas dengan riak tak puas hatinya."Care to explain?" Kening Dafina sudah ternaik sebelah. Tidak pasti jawapan apa yang boleh diberikan, Kas membuat tanda peace dengan jarinya diletakkan disebelah pipinya sambil tersenyum.


"Uggghhhh!! You two better not be fighting again or I swear one of these day Papa and Mama will marry you both with one another!" Dafina berkata sebelum berlalu meninggalkan Kas yang sudah tayang muka macam kucing tertelan guli.


Zidan Aktar


Tak sampai 5 minit di rumah besar itu, Kas sudah mula rasa rimas satu badan. Datuk Sri dan Puan Sri sudah bercampur gaul entah sampi kemana. Dafina pula, melangkah masuk saja ke dalam rumah tadi, tangannya sudah diheret entah kemana oleh anak-anak dara Tuan rumah, si Lara dan Lana. Dean pula sejak dari tadi langsung tak nampak bayang. Tinggallah Kas keseorangan melayan perut dengan deretan makanan di meja buffet sedari tadi.


"Hi ... Boleh saya duduk?" Suapan soto kemulutnya terhenti apabila satu suara garau menegurnya dari arah kanan. Pantas dia menoleh sebelum kening diangkat dengan riak wajah ikut-suka-kaulah ditayang. Suapan soto yang terbantut disambung semula.


"Saudara ke kawan?" Jejaka yang baru mengisi kerusi kosong di sebelah Kas terus memulakan bicara. Tumpuan Kas kembali kepada lelaki yang berada di sebelahnya itu. Ikut hati memang dia dah angkat pinggan pindah meja lain. Nasib baiklah dia masih ingat kasut tumit yang tersarung dikakinya. Kalau ikutkan nasib tak baiknya, dalam nak larikan diri tu mahu jatuh terlingkup dia depan mamat yang terlebih ramah ni. Dia juga yang malu. Nak tak nak, terpaksalah dia melayan lelaki itu berbual.


"Dua-dua pun bukan" selamba dia menjawab. Soto yang tinggal sedikit dihabiskan sebelum tangannya mencapai kuih karipap pula namun suapannya terhenti apabila terdengar suara lelaki di sebelahnya ketawa. Berkerut keningnya melihat lelaki tersebut yang beriya-iya ketawa seperti jawapannya sebentar tadi terlalu lucu.


"Luculah awak ni" semakin berkerut keningnya melihat telatah lelaki yang tawanya masih bersisa. 'Gila agaknya mamat ni' Kas berbicara dalam hati.


"Oh ya, nama saya Zidan. Zidan Aktar" Pandangan Kas silih berganti antara wajah lelaki bernama Zidan dengan tangan yang dihulurkan. Mulutnya masih mengunyah karipap.


"Maaf. Saya tak salam dengan orang yang saya tak kenal" Jawapan selamba dari Kas membuatkan kening lebat Zidan berkerut sedikit sebelum satu senyuman senget terbit dibibir menampakkan gigi taringnya. Kas masih dengan muka malas-nak-layannya. Melihat reaksi Kas, Zidan menarik tangannya semula sambil menjongketkan bahu tanda tak kisah.


"Kenapa agaknya orang kaya ni suka buat majlis keraian besar-besaran macam ni ye? Umur akan bertambah setiap tahun, diraikan atau tidak. Jadi kenapa perlu buang duit untuk benda-benda remeh macam ni, kan?" Lelaki bernama Zidan masih berusaha untuk memancing perbualan dengan Kas. Kedua belah tangannya diletakkan di atas meja dengan jemari yang runcing sudah terjalin antara satu sama lain. Matanya redup memandang kearah Kas yang masih mengunyah makanan tanpa henti.


Kas meneguk air perlahan sebelum pandangan dihalakan kearah Zidan yang begitu gigih menarik perhatiannya untuk berbual kosong.


"Sedara, terima kasihlah sebab baik hati nak temankan saya kat majlis yang sangat membosankan ni. Tapi, maaf la ye sebab saya tak perlukan teman berbicara sekarang ni. Saya cuma nak makan, relax-chill lepastu balik. So, saya minta diri dulu la ye, sebab banyak lagi makanan yang saya belum rasa ni" tanpa menunggu jawapan, Kas terus bangun dan berlalu dari situ tanpa arah tujuan yang pasti. Dia cuma ingin pergi jauh dari lelaki bernama Zidan itu.


Zidan hanya melihat Kas berlalu meninggalkannya. Dia menyunggingkan senyuman bersama 1001 rasa. Gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Jarang ada wanita yang bersikap dingin terhadapnya. Bukan jarang. Tak pernah langsung! Ya!Tak pernah ada wanita yang tidak terkesan dengan kehadirannya seperti gadis itu. Sikap ingin tahunya tiba-tiba membuak-buak. Siapa gadis ini? Kenalan atau sanak saudara Datuk Omar? Jika sanak saudara Datuk Omar, pasti dia kenal memandangkan isteri Datuk Omar, Datin Izzah adalah Ibu Saudaranya. Tapi, mungkin juga saudara dari belah Datuk Omar. Tapi, kenapa mereka tidak pernah berjumpa? Zidan terus bersoal jawab dengan diri sendiri sehingga kelibat Kas hilang dicelah-celah kumpulan manusia yang membanjiri kediaman Datuk Omar itu.


Mata Kas melilau memerhatikan sekelilingnya. Cuba mencari kelibat Dafina sejak 10 minit yang lalu namun masih gagal dijumpai. Selera makannya sudah hilang sama sekali sebaik sahaja suasana amannya dicerobohi oleh jejaka yang tidak dikenali.


Sedang matanya masih ligat mencari, tiba-tiba pandangannya terpaku pada sesusuk tubuh lelaki berusia separuh abad yang sedang girang ketawa dan berbual dengan Datuk Sri Daud dan Datin Sri Addura tidak jauh darinya. Lututnya serta-merta terasa longlai namun mujur tangan kirinya sempat berpaut pada sofa di sebelahnya. Tangan kanannya sudah melekap ke dada yang sudah bergetar hebat. Mata dan hidungnya sudah terasa panas. Bila-bila masa sahaja empangan airmatanya bakal pecah.


Tanpa berfikir panjang lagi, Kas terus memecut langkah memecah lautan manusia untuk segera keluar dari banglo mewah itu. Sebaik sahaja kaki menjejak kehalaman rumah Datuk Omar, airmata yang ditahan terus mencurah keluar tanpa dapat dikawal lagi. Dengan esak tangis, tangannya segera menekan aplikasi Grab dari telefon bimbitnya untuk memesan kereta Grab. Nafasnya dirasakan sesak ketika itu. Peparunya dirasakan tidak dapat mengepam oksigen yang disedutnya. Esakan kecil akhirnya keluar dari mulutnya. Kali terakhir dia merasa hatinya sakit seperti ini adalah pada malam Ayahnya pergi meninggalkannya.


"Kasilda?"


Kepalanya pantas menoleh kearah suara yang menegur dari arah belakang. Hanya ada seorang sahaja manusia yang memanggilnya dengan nama itu. Dean. Wajah terkejut Dean jelas kelihatan apabila Kas memandangkan dengan wajah yang dibasahi airmata. Inilah kali pertama Dean melihat gadis itu menangis. Selama ini, Kas yang dikenalinya selalu mempamerkan wajah dingin beku tanpa perasaan kecuali apabila bersama Dafina atau dengan Papa dan Mamanya.


"Kasilda ... Whats wrong?" Rasa risau mula menyelubungi Dean apabila mata buntang Kas jelas terpamer kesedihan yang sangat mendalam. Kedua belah bahu gadis tinggi lampai itu dipautnya lembut. Kas hanya menundukkan wajah dengan esak tangis yang masih jelas kedengaran. Tubuh Kas segera dibawa kearah kerusi di taman mini yang terletak di halaman banglo mewah itu. Perlahan tubuh longlai itu didudukkan sebelum dia sendiri mengambil tempat di sebelah Kas. Dean hanya membiarkan Kas mencurahkan kesedihannya tanpa berkata apa-apa walau hatinya melonjak ingin tahu punca gadis itu mengalirkan airmata.


Melihat tangis Kas yang sudah agak reda, Dean bangun untuk mengambil tisu dari kereta tapi langkahnya terhenti serta merta apabila terasa lengannya dicapai oleh Kas. "Please stay" Lemah suara itu merayu. Wajah Kas yang sayu ditatap lembut dan dia kembali duduk di sebelah gadis itu. Kas meraup tangannya kemuka dan sisa-sisa airmata dibersihkan dari mukanya. Dia tersenyum kelat kearah Dean yang masih sabar memandangnya tanpa bertanyakan apa-apa. Dia lega kerana Dean tidak mengasaknya dengan soalan-soalan yang dia tak pasti samada akan dijawabnya atau tidak.


"Dia tinggalkan saya Dean"


Sebaris ayat yang keluar dari mulut Kas sebaik saja tangisnya reda membuatkan kening Dean berkerut. Dia membiarkan Kas menyambung ayatnya.


"Dunia ni tak adilkan? Yang meninggalkan hidup senang lenang tapi yang ditinggalkan yang sengsara" tawa sinis keluar dari mulut Kas. Kepalanya didongakkan sebentar. Cuba menahan airmata dari jatuh semula. Dean semankin keliru. Baru saja dia hendak bertanya bunyi telefon Kas sudah terlebih dahulu mencuri tumpuan. Panggilan telefon dijawab dengan 'Okay' sebelum diletakkan.


"Saya balik dulu. Tolong bagitahu Daf, Papa dengan Mama saya balik ke rumah saya malam ni" Kas sudah bangun dari duduknya dan melangkah longlai meninggalkan Dean yang masih dibelenggu 1001 soalan yang belum terjawab.


"Terima kasih Dean sebab temankan saya" Kas menoleh sekilas dan memberikan segaris senyuman sayu kepada Dean sebelum berlalu pergi. Dean hanya membiarkan Kas pergi. Itu antara senyuman paling ikhlas yang pernah diukirkan Kas kepadanya namun mengapa wajah gadis itu nampak sangat terluka? Siapa yang membuatnya sedih begitu? Dean bangun dan mengosok-gosok tengkuknya sebelum melangkah masuk ke dalam banglo mewah Datuk Omar semula. Sesekali di menoleh kearah laluan yang dilalui Kas. Hati ingin mengejar tapi akal menasihatinya agar memberi gadis itu ruang untuk bersendirian. Akhirnya dia akur dengan kata akalnya.

Wednesday, July 6, 2022

BROKEN: BAB 5

 

Lya Kasilda Omar

    HARI kedua bekerja dan hari-hari seterusnya dalam minggu itu berlalu dengan Kas cuba sehabis baik mengelak dari terserempak dengan Dean. Pelawaan Dafina untuknya bermalam di rumah keluarganya juga berjaya ditolak dengan alasan dia penat kerana terlalu banyak kerja di pejabat. Walau payah, tapi Dafina akhirnya menerima alasan yang diberikan Kas.


Jumaat. Hari yang dinantikan oleh kebanyakkan mereka-mereka yang bekerja pejabat. Termasuk juga Kas. Akhirnya dia berjaya menempuhi minggu pertama bekerja di Teguh Bina Consultant. Hasrat untuk berhenti sebelum ini terus dilupakan apabila pada hari kedua dia bekerja, Kak Nita menyerahkan surat perlantikan kepadanya dan tawaran gaji yang tertera dalam surat itu benar-benar membuatkan air liurnya nyaris meleleh dan bola matanya terkeluar dari soket. RM3,000.00 sebulan!! Gaji paling tinggi dia pernah ditawarkan. Beberapa kali juga dia bertanya pada Kak Nita untuk memastikan dia tidak tersalah tengok. Sampai tergelak Kak Nita dengan telatahnya.


Hari itu, tugasan yang diberikan Kak Nita lebih banyak dari biasa dan apabila jam menunjukkan ke pukul 7 petang barulah semuanya berjaya diselesaikan.


"Dah siap ke Kas?" Kak Nita yang baru keluar dari biliknya terus bertanya dan disahut dengan senyuman dan anggukan dari Kas.


"Bagus. Nanti on the way balik, Kas tolong hantarkan pada Bos boleh? Akak ada banyak lagi kerja tak settle ni. Thanks Kas" Belum sempat Kas hendak menjawab, pintu bilik Kak Nita sudah tertutup rapat. Dia memandang sekeliling. Semua meja kerja yang dipisahkan dengan partition kayu di sekelilingnya telah pun kosong menunjukkan yang semua mereka telah selamat pulang. Kas menepuk dahi. Usahanya untuk mengelak dari bertembung dengan Dean sepanjang minggu ini terasa sia-sia.


Setelah selesai mengemaskan meja kerjanya, dengan beberapa keping fail berkulit keras ditangan, langkah diatur lambat-lambat menuju ke lif untuk ke Tingkat 7. Apabila pintu lif terbuka di Tingkat 7, dia teragak-agak untuk melangkah. Nafas dilepaskan lega apabila kelibat Lily tidak kelihatan. Terlepas satu azabnya. Tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke bilik Dean yang terletak di bahagian paling hujung tingkat tersebut dan agak tersembunyi.


Tangan yang hendak mengetuk terhenti apabila perasan yang pintu sudah terkuak sedikit. Tidak terlalu besar tapi cukup untuk membolehkan Kas menonton drama sebabak secara langsung. Nafasnya seakan-akan tersekat dikerongkong apabila ternampak sesusuk tubuh tinggi lampai sedang duduk di atas riba Dean. Sebelah tangannya melingkar di belakang tengkuk Dean manakala sebelah lagi tangannya nampak selesa di dada bidang lelaki itu yang hanya berkemeja putih dengan butang baju sudah terbuka dibahagian atas dan lengan dilipat hingga kesiku. Oleh kerana kedua-duanya duduk menghala ke pintu, wajah wanita itu nampak jelas dimatanya. Cik Cleopatra! Teriak Kas dalam hati sambil menutup mulut agar dia tidak menjerit tanpa sedar.


Baru berkira-kira hendak berlalu, pandangan Dean tiba-tiba terpanah tepat padanya dan tanpa menunggu lama Kas terus berlalu pergi. Punat lif ditekan berkali-kali namun tidak juga terbuka. Tanpa berfikir panjang, tangga terus dituju. Pantas langkahnya menuruni tangga. Dia tidak pasti apa sebenarnya yang dirasa. Terkejut? Marah? Atau cemburu? Cepat-cepat Kas menepis prasangka itu dari kepalanya.


Sampai saja ke aras G, sebaik saja dia melangkah keluar dari ruang tangga, Dean sudah menunggunya sambil berpeluk tubuh. Sudahlah penat menuruni tangga belum hilang, kelibat Dean membuatkan dia seperti hendak sesak nafas. Perlahan-lahan nafas di sedut dan dilepaskan beberapa kali. Dean pantas mendekatinya. Kedua belah tangannya sudah disembunyikan di dalam poket seluar.


"Kenapa lari?" Tajam pandangan Dean pada Kas membuatkan lidahnya terus terkedu.


"Err ... Err ... " Itu saja yang mampu keluar dari mulutnya. Fail berkulit keras yang hendak diberikan kepada Dean tadi dipeluk kemas. Mereka berbalas pandang tanpa kata.


"Saya dengan Reen tak ada apa-apa" Kata-kata yang lebih kepada penjelasan membuatkan kening Kas berkerut sedikit. Kenapa tiba-tiba Dean membahasakan dirinya dengan panggilan 'Saya'? Sejak bila 'aku' bertukar menjadi 'saya'?


"Saya dengan Reen tak ada apa-apa. Dia cuma Setiausaha saya" Dean menerangkan dengan lebih jelas apabila Kas masih diam tak bersuara. Setiausahalah sangat. Duduk beriba macam tu memang dalam skop kerja Setiausaha ke? Kas menyindir dalam hati.


"Apapun yang Bos buat dengan Setiausaha Bos bukan urusan saya. Maaf kalau saya menganggu tadi. Saya cuma nak serahkan ni pada Bos. Kak Nita yang suruh. Maafkan saya Bos. Saya kena balik dulu. Dah lewat ni" Fail bertukar tangan dan Kas terus berlalu dari situ tanpa menunggu lama. Dia tidak mahu Dean dapat mengesan perubahan wajahnya dek kerana apa yang dia rasa ketika ini. Kata-kata yang dituturkan tidak selari dengan apa yang dia rasa. Rasa sakit hati sangat-sangat pada Dean dan Setiausahanya, Cik Cleopatra. Ya! Itulah sebenarnya yang dia rasa. Ikutkan hati, mahu ditinju muka Dean tadi.


Sabtu.


Memandangkan hari ini adalah hari cuti setelah 4 hari dia memulakan kerja barunya, selesai saja menunaikan solat Subuh, Kas hanya bergolek-golek di atas tilam. Tina, gadis yang berasal dari Melaka yang sama-sama menyewa di rumah itu telah selamat pulang ke kampung halamannya awal pagi tadi. Malam tadi, dek kerana terlalu memikirkan tentang Dean, jam 3 pagi barulah Kas boleh melelapkan mata.


 I've become so numb; I can't feel you there

Become so tired, so much more aware

By becoming this all I want to do

Is be more like me and be less like you


Suara Chester Bennington dari Linkin Park menyanyikan lagu Numb dari telefon bimbitnya membuatkan Kas membuka mata dan mencapai telefon yang berada di meja sisi di sbelah katilnya. Tanpa melihat Id Pemanggil, punat hijau dislide ke kanan.


"Wake Up sunshine!! We are going out today!!"


Automatik telefon dijauhkan dari telinga apabila jeritan Dafina mencecah gegendang telinganya. Rasa menyesal pula kerana menjawab panggilan itu. Baru berhajat ingin menghabiskan hari cutinya berehat-rehat saja di rumah. Setelah hampir seminggu otaknya disibukkan memikirkan hal kerja dan hal Dean, dia benar-benar ingin duduk di rumah dengan tenang tanpa gangguan.


"Kau ada setengah jam untuk bersiap. Tepat 8.30 aku jemput kau" Baru saja Kas ingin membuka mulut telefon sudah diletakkan. Kas mengerang geram. Telefon dicampakkan ke sebelahnya.


Setelah puas berbungkus dengan selimut sambil berbaring dalam pelbagai posisi selama setengah jam, dalam keterpaksaan, Kas bangun juga untuk bersiap. Skinny Jeans hitam dengan hoodie berwarna kelabu disarungkan ke tubuh. Cerminmata hitam dikenakan dan beg sandang digalas sebelum dia melangkah keluar dari rumah dan kasut converse hitam putihnya disarungkan kekaki.


"Lambat" Kas memprotes sebaik saja dia meloloskan tubuhnya ke dalam Mini Cooper Dafina. Gadis itu hanya menjawab dengan senyuman versi tayang gigi. Dibalik cerminmata hitamnya Kas sudah memusingkan matanya. "Nak kemana ni?" Malas hendak memanjangkan isu, Kas terus bertanya soalan yang lebih penting sambil bersandar untuk menyelesakan diri.


"First, kita pergi Pavilion. Nak cari baju untuk birthday party anak Datuk Omar, kawan Papa malam esok. Then, kita terus jumpa Mama kat Midvalley. Mama ajak kita lunch sama-sama" Lancar Dafina membentangkan rancangannya untuk hari itu. Kas memusingkan matanya sekali lagi. Typical Dafina Datuk Sri Daud. Merancang tanpa berbincang dahulu dengannya. Kas memprotes dalam hati.


"Wait, wait! Birthday Party? What Birthday Party? Kau tak pernah bagitau pun. Daaaaf ... Urghhhh!! Kau taukan aku tak suka nak pergi party-party ni. Lemaslah. Ramai sangat orang" Pantas Kas membantah apabila kata-kata Dafina tadi akhirnya terhadam dalam kepalanya. Cerminmatanya sudah terlorot di batang hidung dengan mata memandang tepat ke wajah Dafina. Badannya sudah ditegakkan.


"Kas sayang ... Kalau aku bagitau kau pun jawapannya still sama kan. So, baik aku yang buat keputusan untuk kita berdua. Lagipun, dah berapa lama kau tak attend majlis keramaian macam ni? And for your info, dinner kat rumah aku tu tak termasuk dalam kategori majlis keramaian ye" Tenang Dafina memberikan jawapan dan hujahnya.


"Tapi ... "


"No tapi, tapi! Kau kena juga pergi sebab kau kena temankan aku. Kau macam tak tahu betapa azabnya aku tahun-tahun sebelum ni kena layan anak-anak Datuk Omar tu bersembang. Kalau sembang pasal shopping ke, manicure pedicure ke, travel ke ... Takpela. Ini sibuk korek pasal Along dengan Angah memanjang. Lemas tau. Lagipun, selama kita berkawan ni, aku memang tak pernah paksa kau pergi majlis-majlis macam ni kan? This is the first time. So, pleassseeeeee ... " Dafina tayang muka kasihan siap dengan bibir yang mencebik seperti budak kecil hendak menangis.


Kas diam. Tak tahu alasan apalagi hendak diberi. Dia memang tak pernah sekali pun mengikut Dafina pergi kemana-mana majlis keraian yang melibatkan keluarganya. Apatah lagi bila memikirkan yang Dean dan Dani pasti akan turut sama hadir, lagilah dia rasa berat hati.


Wajah beku Kas yang sudah membuang pandang ke luar tingkap ditatap sekilas. Dafina melarikkan senyuman. Faham benar dengan sikap anti-majlis keraian BFFnya itu. Dean dengan Dani juga antara penyumbang sebab keengganan Kas.


"Jangan risaulah ... Along dengan Angah tak ikut. Diaorang pun malas nak layan perangai menggedik si Lara dengan Lana tu. So, it will be just you, me, Papa dengan Mama je" Dafina berharap maklumat yang baru disampaikan itu dapat serba sedikit memujuk Kas untuk mengikutnya ke majlis itu.


 Kas melepaskan keluhan.


"Baiklah Tuan Puteri, Patik pacal yang hina ini menurut perintah" Kas menangkupkan kedua belah tangannya dan dibawa ke dada, acah-acah gaya orang mengangkat sembah pada Raja.


"Yeaayyy!!!" Dafina menjerit keriangan dan untuk kesekian kalinya, Kas memusingkan matanya tanda tak-kuasa-nak-layan.

Sunday, July 3, 2022

GADIS CENGENG : BAB 20

 


MASUK hari ni, sudah tiga hari Haikal seolah-olah mengelakkan diri dari bertembung dengan Ammara. Semuanya kerana penjelasan yang Ammara buat tempohari. Hendak tak hendak, terpaksa juga dia berterus terang mengenai ‘hubungan cinta’nya dengan Imtiyaz.

 “Ala … Baru nak kenal hati budi masing-masing. Agak-agak tak ngam, takdalah kitaorang nak serius”

 Itu ayat terakhir yang diberikan pada Haikal. Dengan harapan, kalau Imtiyaz mengambil keputusan untuk memutuskan ‘hubungan’ mereka, tak adalah gempar sangat nanti jadinya. Lagipun, dia tak mahu Haikal memperbesarkan hal itu.

 Dalam pada kerisauan dengan hal Haikal, Ammara tersenyum sendiri apabila teringatkan perkhabaran gembira yang disampaikan oleh Ammar semalam dimana doktor telah mengesahkan Fatin mengandung dua bulan. Bukan main seronok lagi Ammar dibuatnya. Fatin pun sama. Ammara bersyukur sangat-sangat untuk pihak Abangnya.

 “Ammara. Masuk bilik saya sekarang” intercom yang berbunyi menariknya kembali ke dunia nyata.

 “Ba … Baikla h Encik Imtiyaz” Ammara mencapai buku nota dan pen sebelum berlalu ke dalam bilik Imtiyaz.

 “Semalam Ammara keluar makan dengan Karl ke?” Baru saja melabuhkan punggung di hadapan Imtiyaz, soalan itu yang ditanya dahulu kepadanya.

 Ammara memandang Imtiyaz tidak berkedip. Pelik. Macamana dia boleh tahu? Dia ada pasang spy ke suruh intip aku? Isk.Leceh la dia ni. Takkan aku nak keluar makan dengan siapa pun nak kena report dengan dia. Kata-kata itu cuma mampu tergumam dalam hatinya saja. Tak mampu nak diluahkan memandangkan Imtiyaz memandangnya dengan wajah yang serius.

 “I’m asking you Ammara. Kenapa diam?” Tenang saja tiap bait kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Tetapi kenapa tegang semacam saja Ammara rasa auranya. Atau itu cuma mainan perasaannya saja?

 Melihatkan Ammara yang masih membisukan diri, Imtiyaz bangun dari kerusinya dan dia berjalan menuju kearah Ammara. Dia duduk dibirai mejanya sambil kerusi beroda yang diduduki Ammara ditarik mendekatinya. Kedua belah tangannya diletakkan di atas pemegang di kiri kanan kerusi tersebut. Mankin tergamam Ammara dibuatnya.

 “Ap … Apa yang Encik Imtiyaz buat ni?! Tak eloklah kalau orang nampak!” Ammara memeluk erat buku nota kedadanya. Wajahnya sudah berkerut-kerut. Debaran dada mula menggila.

 Imtiyaz menyunggingkan senyuman nakal. Redup matanya memandang seraut wajah gadis yang tanpa disedari sudah mula ada dalam hatinya. Tapi, dia belum cukup yakin untuk meluahkan. Apatah lagi dengan sikap acuh tak acuh Ammara padanya. Selama ini, perempuan yang datang menggodanya. Tapi, kali ini sudah terbalik. Dia yang kerap cuba menggoda tapi yang digoda asyik buat endah tak endah. Boleh mati akal dia dibuatnya.

 Wajah Imtiyaz semakin mendekati Ammara. Semakin gelisah gadis itu dibuatnya. Hati sudah tak karuan. Imtiyaz semakin berani apabila melihat Ammara sudah gelabah semacam. Wajahnya semakin mendekat. Tiga jengkal … Dua jengkal … Satu jengkal …. Pang!!

 Imtiyaz menyeringai sambil tangannya memegang pipiya yang terasa pijar terkena penampar Ammara. Melihatkan Imtiyaz sudah tidak lagi mengepongnya, Ammara segera bangkit dari kerusi sambil menapak ke belakang. Kedua belah tangannya masih mendakap buku nota dekat kedada. Airmata sudah mengalir tapi pantas diseka.

 “Ma … Maaf Encik Imtiyaz. Say … Saya tak sengaja!” Ammara terkejut dengan apa yang baru berlaku. Tidak sangka yang dia sebegitu berani untuk menampar Bosnya. Terbit pula rasa sesal apabila melihat pipi Imtiyaz yang sudah kemerahan.

 Imtiyaz kembali duduk di kerusinya.

 “Awak boleh keluar sekarang” hambar saja kata-kata dipendengaran Ammara. Wajahnya langsung tidak dipandang. Semakin menggunung rasa serba-salah dalam diri Ammara. Perlahan-lahan dia menurut arahan Imtiyaz.

 Sampai saja dimejanya, Ammara menghenyakkan punggungnya ke kerusi lalu menekup wajahnya di atas meja dengan keduabelah tangan.

 Eeeeiii!! Memang cari nahas la kau ni Ammara! Yang kau pergi tampar dia tu kenapa? Dia cuma acah kau je kot. Kau je yang menggelabah semacam. Tapi … Siapa suruh dia menyakat aku macam tu? Memang nak makan penamparlah jawabnya. Huh! Ammara berperang dengan hatinya sendiri.Airmata mengalir lagi dan lagi.

 Memang sah! Imtiyaz telah melancarkan perang psikologi padanya. Sehari suntuk lelaki itu tidak menegurnya selepas peristiwa pagi tadi.Sepatutnya Ammara rasa tenang kerana tiada lagi gangguan emosi oleh Bosnya itu. Tapi, kenapa dia rasa bersalah sangat-sangat?

 “Excuse me. Can I see Imtiyaz?” Ketika Ammara sedang asyik berfikir mengenai Imtiyaz, suara yang tiba-tiba datang menyapa membuatkannya tersentak. Dia mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan si empunya suara.

 Suraya?? Buntang matanya melihat Suraya sedang tersenyum sumbing padanya.

 “Err … Ada buat appointment ke?” Ammara bertanya dalam nada formal. Cuba menunjukkan reaksi setenang mungkin. Dalam kepala sudah bertimbun-timbun soalan mengenai kedatangan mengejut Suraya itu.

 “Ada. Dia yang suruh I datang” jawapan dari bibir yang dioles gincu merah menyala itu membuatkan Ammara kehairanan. Imtiyaz suruh Suraya datang? Biar betul mamat tu? Bukan ke hari tu bukan main lagi dia mengelak dari minah kerek ni? Bertubi-tubi soalan dalam mindanya. Namun, tak satu pun dapat difikirkan oleh akalnya yang waras itu.

 “Ha Suraya. Good. You’re here. Come in to my office” baru saja Ammara hendak buka mulut, kedengaran suara Imtiyaz berkumandang. Suraya dan Ammara memandang serentak kearah Imtiyaz yang sudah membuka luas pintu pejabatnya sambil melemparkan senyuman pada Suraya. Mankin kehairanan Ammara dibuatnya.

 Suraya apalagi. Dengan lenggang lengguk ala-ala model Victoria Secret dia mendekati Imtiyaz. Sempat pula tu dia memberikan Ammara sebuah jelingan maut. Ammara hanya memerhatikan saja sehingga pintu bilik Imtiyaz tertutup semula.

 Entah kenapa, sakitnya hati Ammara dibuatnya apabila tangan Suraya mengelus lembut pipi Imtiyaz lalu merangkul pinggang lelaki itu dan tangan lelaki itu dengan mudah melingkar di atas bahu wanita itu sebelum mereka melangkah masuk ke dalam pejabat Imtiyaz.

 Jam sudah menunjunjukkan ke pukul 5.30 petang tapi dua orang makhluk Tuhan yang terkurung dalam bilik sejak sejam yang lepas masih belum keluar lagi. Hati Ammara sudah tak keruan sedari tadi. Entah kenapa. Ammara sendiri tak pasti.

 Malas hendak menganggu, Ammara menghantar mesej whatsapp pada Imtiyaz untuk memberitahu yang dia mahu balik dan bertanya jika ada apa-apa lagi yang diperlukan oleh Bosnya itu.

 ‘Tunggu 10 minit lagi’

‘Jangan balik dulu’

 Ammara mengeluh membaca mesej balasan dari Imtiyaz. Sebenarnya dia tak mahu lagi melihat adegan yang menyakitkan hati antara Imtiyaz dan Suraya. Sekarang pun dia sudah menangis. Apatah lagi nanti.

 Aaah!! Apa kena dengan kau ni Ara! Kenapa pula kau beriya-iya menangis tengok kemesraan diaorang tu? Kau dengan si Imtiyaz tu bukan ada apa-apa pun lah! Akal mula membidas hatinya. Cuba mengembalikannya ke dunia nyata. Menyedarkannya hakikat yang Syed Imtiyaz Omar hanyalah majikannya saja. Bukan teman istimewanya, bukan tunangnya, apatah lagi suaminya. Airmata yang bersisa dikesat hingga kering.

 Sementara menunggu arahan seterusnya dari Imtiyaz, Ammara menyibukkan diri dengan membaca beberapa tender yang diberikan oleh Kartika untuk disemak. Kasihan melihat gadis itu. Baru dua minggu bekerja, sudah bertimbun-timbun tender yang masuk dan perlu diperiksa dan disiapkan. Jadi, memandangkan kerjanya dengan Imtiyaz tidak terlalu banyak, dia menghulurkan tangan untuk membantu.

 “Ok Im. I see you again later” pintu bilik Imtiyaz tekuak dan suara mendayu-dayu dari Suraya menyapa telinga Ammara. Sengaja dia tidak mengangkat muka. Mata masih tertacap pada PC. Entah apa yang dibacanya. Tak satu pun melekat di kepalanya saat itu. Sebaris ayat dibaca berulang kali namun maksudnya masih tak difahami. Semuanya gara-gara rengekan manja dari Suraya selama 5 minit yang membuatnya menyampah, meluat, dan hatinya mendidih. Namun masih cuba dikawal agar tak kelihatan di riak wajahnya.

 “Ammara, come in to my office now” suara mendatar dari Imtiyaz kedengaran memberi arahan. Ammara hanya akur. Untuk kali kedua hari itu dia masuk ke dalam bilik Imtiyaz dengan buku nota ditangan.

 Ammara mengambil tempat duduk manakala Imtiyaz menutup pintu bilik rapat.

 “Ammara dengan Karl ada hubungan apa-apa ke?”

 Ah! Balik-balik pertanyaan mengenai Haikal yang dilontarkan. Ammara mula rasa bosan. Dia tak pernah mempersoalkan pun dengan siapa Imtiyaz keluar selama ini, tetapi mengapa lelaki itu sibuk hendak tahu dengan siapa dia keluar dan apa hubungan dia dengan orang  itu?

 “Be honest with me. Kalau awak memang ada hubungan dengan dia, I’ll find someone else to replace you as my girlfriend”

 Sepatutnya Ammara rasa gembira mendengarkan kata-kata Imtiyaz itu kerana dia boleh melepaskan diri dari terus berpura-pura menjadi teman wanita lelaki itu. Tapi, kenapa ada rasa sakit dalam hatinya saat itu? Terasa seolah-olah diri tak bernilai. Dengan semudah itu Imtiyaz hendak menggantikannya.

 “Siapa? Suraya?” Lain yang dirancang, lain pula yang keluar dari mulutnya. Imtiyaz yang sedang duduk di birai meja sambil berpeluk tubuh di hadapannya mengerutkan dahi tapi kemudian tersenyum.

 Kening Ammara berkerut melihat senyuman Imtiyaz. Lucu ke soalan aku tu? Detik hatinya.

 “Yup! Tadi saya dah discuss dengan dia dan dia setuju. So, sekarang ni tengah tunggu jawapan awak pula. Kalau awak dengan Karl memang ada hubungan, saya taknak ganggu. You are free to go” Imtiyaz menjawab tenang. Tapi masih ada senyum dibibirnya. Melihat reaksi Ammara ketika itu, dia seakan-akan yakin yang gadis itu takkan membenarkan Suraya menggantikan tempatnya sebagai teman wanita upahannya.

 Sebenarnya bukan itu pun yang dibincangkan dengan Suraya tadi. Dia sengaja memanggil wanita itu ke pajabatnya untuk menduga reaksi Ammara. Melihatkan wajah cemberut yang dipamerkan, dia yakin yang gadis itu cemburu. Ini menambahkan lagi keyakinan dalam hatinya untuk meneruskan rancangannya untuk menjadikan Ammara isterinya yang sah.

 Gila la lelaki ni! Punyalah ramai perempuan, kenapalah dia pilih Suraya gedik tu juga?! Huh! Ammara mula memberontak dalam hati. Dia mengetap bibirnya geram.

 “Saya dengan Karl tak ada apa-apa. Tapi, kalau Encik nak Suraya ganti tempat saya, terpulanglah pada Encik. Saya tak ada hak pun nak halang. Yang penting, hutang saya dah langsai. Oklah Encik Imtiyaz. Dah lewat ni. Kalau tak ada apa-apa saya nak balik dulu” Ammara sudah bangun dari kerusi. Suaranya sudah tak bernada. Malas hendak berlama-lama lagi di situ. Makin sebal pula hatinya apabila melihat Imtiyaz asyik tersenyum-senyum dari tadi. Menyampah!

 Baru tiga tapak melangkah tangannya sudah digapai oleh Imtiyaz dari belakang. Ammara terkedu. Terasa seperti terkena renjatan elekrik. Wajahnya rasa panas sampai ketelinga. Lututnya terasa lembik. Bahunya sudah disentuh oleh Imtiyaz dan tubuhnya dipusingkan mengadap kearah lelaki itu. Pandangan mata mereka kita sudah terkunci antara satu sama lain.

 “Siapa kata hutang awak dah langsai dear?Hurmm? Kalau awak tarik diri, gaji awak akan kembali dipotong sebanyak RM200 sebulan” Imtiyaz tersengih nakal.

 Ammara yang tadi seolah-olah sudah berada di awangan kembali tersedar semula. Sengihan sengit dari bibir Imtiyaz dipandang tajam. Tangan Imtiyaz yang tadinya mengusap lembut pipinya ditepis kasar.

 “Kalau macam tu kenapa nak tanya saya lagi? Kalau tetap kena bayar hutang, baik saya terus je jadi girlfriend Encik Imtiyaz. Kalau tak, sia-sia je la lakonan saya selama ni! Huh! Dahlah Encik Imtiyaz. Saya nak balik! Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah dengan Encik, mau gelap masa depan saya”  Ammara mendengus kuat sambil melangkah keluar dari pejabat Imtiyaz. Sakit hati dan telinganya mendengar tawa Imtiyaz yang sudah meledak kuat. Mujur semua staf sudah pulang. Jika tidak, pasti semuanya kehairanan mendengar bunyi ketawa yang kuat tak ingat itu. Menyesal dia kerana sempat pula terbuai perasaan terkena panahan mata hazel Imtiyaz tadi. Eiii bodohnya kau Ara!!!!

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template