SELESAI saja menunaikan solat Maghrib, Kas sudah dipaksa duduk di birai katil untuk
dimekap oleh Dafina. Kerutan di wajahnya tak usah nak cakap la. Dengan keluh
kesah yang tak sudah keluar dari bibirnya lagi. Dafina buat tak tahu. Tangan
masih sibuk menyolek mata bundar Kas dengan gaya smokey yang
menyerlahkan lagi warna coklat cair matanya. Bibir pula dibiarkan dengan warna neutral.
"Lambat
lagi ke? Lenguh la aku duduk tegak macamni. Takkan dah setengah jam tak
siap-siap lagi" Kas melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya.
"Kejap, kejap... Sikiiitt je lagi ni" Untuk kesekian kalinya juga
jawapan itu diberi oleh Dafina. Kas mengerang kebosanan.
"Okay,
siap!" 10 minit sebelum pukul 8 malam akhirnya fasa mengazabkan buat Kas
berakhir juga. Malas hendak membazirkan lebih banyak masa, Kas terus mencapai
baju yang masih rapi dalam beg serba hitam. Dafina pula terkocoh-kocoh
menyiapkan solekan di wajahnya pula.
"Daf!!
Hell nooo!!" Dafina memandang Kas yang sudah berdiri tercegat
dengan beg pakaian ditangan yang sudah terbuka zipnya. Matanya yang sudah sedia
besar dibesarkan lagi dan pandangan tajam diberikan kepada Dafina sambil
mengetap bibir. Dafina tersenyum sambil meneruskan menyolek wajahnya sendiri.
"Jangan
harap aku nak pakai baju ni wei .. No way!" Beg pakaian dicampakkan
ke atas Katil Dafina. Dia sudah bercekak pinggang. Semalam rasanya baju lain
yang dipilih oleh Kas. Sepersalinan suit wanita serba hitam. Itu
pilihannya. Kenapa tiba-tiba baju itu bertukar menjadi Baju Kurung Riau dari
kain sutera Thai warna biru gelap?
"Sorry,
but no choice missy. Its either that or my kebaya nyonya for you
young lady" Dafina langsung tidak mahu memberi Kas pilihan. Semalam
memanglah Kas ada membeli persalinan sendiri. Ketika itu dia hanya mendiamkan
diri tanpa membantah kerana pakaian Kas untuk ke majlis itu sebenarnya sudah
ditempah siap oleh Datin Sri Addura. Sengaja dia merahsiakan perkara itu kerana
dia tahu benar perangai Kas yang memang anti dengan pakaian seumpama itu.
"Lya!!!!
Fina!!! Cepat sikit bersiap tu!! Kita dah lewat ni!!!" Teriakan Datin Sri
Addura yang kedengaran dari luar pintu menyebabkan suasana dalam bilik itu
menjadi kalut. Dafina yang kelam kabut menyudahkan solekannya sebelum meluru ke
bilik persalinannya untuk menukar pakaian.
"Baik
kau pakai baju tu cepat sebelum Mama masuk dalam bilik ni dan tolong kau tukar
baju" Sempat Dafina menegur Kas sebelum berlalu membuatkan wajah itu masam
mencuka. Dalam keterpaksaan, Kas mengenakan juga pakaian yang telah dipilih
untuknya sambil berikrar dalam hati untuk tidak lagi menurut permintaan Dafina
untuk kemajlis seperti itu lagi selepas ini. Inilah kali pertama dan terakhir
dia menurut permintaan Dafina.
Setelah
bersiap dan bertelagah untuk 10 minit berikutnya mengenai kasut tumit 3 inci
yang Dafina paksa Kas sarungkan kekakinya dan juga gaya rambut sanggul siput
yang Dafina gayakan pada Kas , akhirnya mereka berjaya keluar dari rumah dan terus menuju kearah kereta Alphard putih
mutiara yang sudah siap menunggu.
Sekali
lagi kesabaran Kas diuji apabila melangkah masuk saja ke dalam kereta, matanya
menyapa kelibat seseorang yang sudah memaku pandangan padanya tidak berkelip dari tempat duduk pemandu. Dadanya
tiba-tiba terasa sempit.
"Along!
Kata tak nak ikut" Melihat reaksi terkejut Dafina, prasangkanya pada gadis
itu agak berkurangan. Sangkanya Dafina menipunya tapi ternyata dia sendiri
tidak tahu akan kehadiran Dean.
Senyap.
Melihat
reaksi Dafina di sebelahnya yang sudah mendengus, tak puas hati dengan Dean
yang hanya mendiamkan diri, Kas yakin yang Dafina benar-benar tidak tahu yang
Dean akan turut serta.
Sepanjang
40 minit perjalanan itu, walau terasa diri diperhatikan dari cermin pandang
belakang, Kas sehabis daya menahan dirinya dari membalas pandangan itu.
Mengelak dari bertembung pandang dengan lelaki yang tenang memandu sambil
sesekali berbual dengan Datuk Sri Omar yang duduk di sebelah pemandu. Mujur ada
Datin Sri Addura dan Dafina. Sesekali, pertanyaan dari mereka yang duduk di
sebelah kanan dan kirinya dapatlah juga mengurangkan rasa canggung yang
dirasakan.
Setelah
tersiksa dalam suasana canggung yang mencengkam dada, akhirnya kereta di
belokkan di halaman rumah agam yang serba mewah dengan deretan kereta berjenama
luar negara sudah hampir memenuhi halaman.
Dafina
membiarkan Papa dan Mamanya memulakan langkah memasuki rumah agam tersebut
sebelum dia menarik tangan Kas membontoti mereka. Dean melangkah paling akhir
di belakang Dafina dan Kas. Kas masih cuba membiasakan diri dengan kasut tumit
3 incinya. Penuh hati-hati dia melangkah. Bimbang jika terpelecok.
Entah
bila masanya, dia tak sedar apabila Dafina telah jauh meninggalkannya dan
tempatnya di ganti dengan Dean. Lebih malang untuk Kas, sebaik sahaja Dean
berada di sebelahnya, masa itu jugalah kakinya boleh tersilap langkah. Nyaris
dia jatuh tersungkur. Namun, sepasang lengan sasa Dean pantas dapat meraih
tubuhnya. Untuk beberapa saat belakang tubuhnya melekat didada Dean dan
denyutan jantungnya mula hendak menggila. Rasa panas mula menjalar keserata
wajah. Detak jantung Dean yang sudah berubah rentak yang dapat jelas dirasainya
amatlah tidak membantu. Nafas hangat Dean yang terasa hampir ditelinganya turut
menjadikan Kas jadi lebih gementar.
Sebelum
keadaan jadi lebih hangat dari biasa, Kas pantas meloloskan dirinya dari
pelukan Dean dan langkah kaki segera diatur menuju kearah ahli keluarga yang
lain yang sudah agak jauh meninggalkan mereka.
Stupid
shoe! Stupid event! Stupid Dean!! Bermacam-macam sumpah seranah bermain difikiran Kas sewaktu dia
mempercepatkan langkah mengejar Dafina. Eloklah pula kakinya tidak terkehel ke,
terseliuh ke, terpelecok ke masa dia melangkah panjang-panjang seperti ini. Kas
bengang dengan diri sendiri.
"Kenapa
muka kau merah?" Pertanyaan pertama apabila langkahnya dapat disaingi
membuatkan Kas seperti hendak tercekik air liur sendiri.
"Errr
... Tak ada apa-apa ... Allergic dengan makeup kot. Lagipun
panaslah malam ni" cepat-cepat dia memberikan jawapan sambil tangan
mengipas-ngipas muka agar jawapannya nampak lebih meyakinkan. Tak mahu Dafina
membuat andaian sendiri. Lebih parah jadinya nanti.
"Eh,
Along ... Kenapa muka Along pun merah ni? Korang buat apa tadi?" Kas rasa
macam nak terjun dalam kolam ikan yang berada di hadapannya apabila soalan
susulan itu terkeluar dari bibir mongel Dafina. Tak perlu menoleh pun dia tahu
yang Dean sudah berada di belakang mereka.
"None
that concern you" Mendatar saja jawapan dari Dean sambil berjalan
memintas Dafina dan Kas sambil mempamer riak wajah stoic tak
berperasaan. Kas rasa nak cekik-cekik saja si Dean. Reaksi wajah Dafina yang
telah berubah pandang kearahnya memang sudah diduga memandangkan kata-kata Dean
hanya mengundang lebih banyak persoalan dari sebenar-benar jawapan.
Wajah
Dafina dah berkerut. Dia sudah berdiri tercegat betul-betul di sebelah pintu
masuk sambil berpeluk tubuh memandang kearah Kas dengan riak tak puas
hatinya."Care to explain?" Kening Dafina sudah ternaik
sebelah. Tidak pasti jawapan apa yang boleh diberikan, Kas membuat tanda peace
dengan jarinya diletakkan disebelah pipinya sambil tersenyum.
"Uggghhhh!!
You two better not be fighting again or I swear one of these day Papa and
Mama will marry you both with one another!" Dafina berkata
sebelum berlalu meninggalkan Kas yang sudah tayang muka macam kucing tertelan
guli.
Zidan Aktar
Tak
sampai 5 minit di rumah besar itu, Kas sudah mula rasa rimas satu badan. Datuk
Sri dan Puan Sri sudah bercampur gaul entah sampi kemana. Dafina pula,
melangkah masuk saja ke dalam rumah tadi, tangannya sudah diheret entah kemana
oleh anak-anak dara Tuan rumah, si Lara dan Lana. Dean pula sejak dari tadi
langsung tak nampak bayang. Tinggallah Kas keseorangan melayan perut dengan
deretan makanan di meja buffet sedari tadi.
"Hi
... Boleh saya duduk?" Suapan soto kemulutnya terhenti apabila satu suara
garau menegurnya dari arah kanan. Pantas dia menoleh sebelum kening diangkat
dengan riak wajah ikut-suka-kaulah ditayang. Suapan soto yang terbantut
disambung semula.
"Saudara
ke kawan?" Jejaka yang baru mengisi kerusi kosong di sebelah Kas terus
memulakan bicara. Tumpuan Kas kembali kepada lelaki yang berada di sebelahnya
itu. Ikut hati memang dia dah angkat pinggan pindah meja lain. Nasib baiklah
dia masih ingat kasut tumit yang tersarung dikakinya. Kalau ikutkan nasib tak
baiknya, dalam nak larikan diri tu mahu jatuh terlingkup dia depan mamat yang
terlebih ramah ni. Dia juga yang malu. Nak tak nak, terpaksalah dia melayan
lelaki itu berbual.
"Dua-dua
pun bukan" selamba dia menjawab. Soto yang tinggal sedikit dihabiskan
sebelum tangannya mencapai kuih karipap pula namun suapannya terhenti apabila
terdengar suara lelaki di sebelahnya ketawa. Berkerut keningnya melihat lelaki
tersebut yang beriya-iya ketawa seperti jawapannya sebentar tadi terlalu lucu.
"Luculah
awak ni" semakin berkerut keningnya melihat telatah lelaki yang tawanya
masih bersisa. 'Gila agaknya mamat ni' Kas berbicara dalam hati.
"Oh
ya, nama saya Zidan. Zidan Aktar" Pandangan Kas silih berganti antara
wajah lelaki bernama Zidan dengan tangan yang dihulurkan. Mulutnya masih
mengunyah karipap.
"Maaf.
Saya tak salam dengan orang yang saya tak kenal" Jawapan selamba dari Kas
membuatkan kening lebat Zidan berkerut sedikit sebelum satu senyuman senget
terbit dibibir menampakkan gigi taringnya. Kas masih dengan muka malas-nak-layannya.
Melihat reaksi Kas, Zidan menarik tangannya semula sambil menjongketkan bahu
tanda tak kisah.
"Kenapa
agaknya orang kaya ni suka buat majlis keraian besar-besaran macam ni ye? Umur
akan bertambah setiap tahun, diraikan atau tidak. Jadi kenapa perlu buang duit
untuk benda-benda remeh macam ni, kan?" Lelaki bernama Zidan masih
berusaha untuk memancing perbualan dengan Kas. Kedua belah tangannya diletakkan
di atas meja dengan jemari yang runcing sudah terjalin antara satu sama lain.
Matanya redup memandang kearah Kas yang masih mengunyah makanan tanpa henti.
Kas
meneguk air perlahan sebelum pandangan dihalakan kearah Zidan yang begitu gigih
menarik perhatiannya untuk berbual kosong.
"Sedara, terima kasihlah sebab baik hati nak temankan saya kat majlis yang sangat membosankan ni. Tapi, maaf la ye sebab saya tak perlukan teman berbicara sekarang ni. Saya cuma nak makan, relax-chill lepastu balik. So, saya minta diri dulu la ye, sebab banyak lagi makanan yang saya belum rasa ni" tanpa menunggu jawapan, Kas terus bangun dan berlalu dari situ tanpa arah tujuan yang pasti. Dia cuma ingin pergi jauh dari lelaki bernama Zidan itu.
Zidan
hanya melihat Kas berlalu meninggalkannya. Dia menyunggingkan senyuman bersama
1001 rasa. Gadis itu benar-benar menarik perhatiannya. Jarang ada wanita yang
bersikap dingin terhadapnya. Bukan jarang. Tak pernah langsung! Ya!Tak pernah
ada wanita yang tidak terkesan dengan kehadirannya seperti gadis itu. Sikap
ingin tahunya tiba-tiba membuak-buak. Siapa gadis ini? Kenalan atau sanak
saudara Datuk Omar? Jika sanak saudara Datuk Omar, pasti dia kenal memandangkan
isteri Datuk Omar, Datin Izzah adalah Ibu Saudaranya. Tapi, mungkin juga
saudara dari belah Datuk Omar. Tapi, kenapa mereka tidak pernah berjumpa? Zidan
terus bersoal jawab dengan diri sendiri sehingga kelibat Kas hilang
dicelah-celah kumpulan manusia yang membanjiri kediaman Datuk Omar itu.
Mata
Kas melilau memerhatikan sekelilingnya. Cuba mencari kelibat Dafina sejak 10
minit yang lalu namun masih gagal dijumpai. Selera makannya sudah hilang sama
sekali sebaik sahaja suasana amannya dicerobohi oleh jejaka yang tidak
dikenali.
Sedang
matanya masih ligat mencari, tiba-tiba pandangannya terpaku pada sesusuk tubuh
lelaki berusia separuh abad yang sedang girang ketawa dan berbual dengan Datuk
Sri Daud dan Datin Sri Addura tidak jauh darinya. Lututnya serta-merta terasa
longlai namun mujur tangan kirinya sempat berpaut pada sofa di sebelahnya.
Tangan kanannya sudah melekap ke dada yang sudah bergetar hebat. Mata dan
hidungnya sudah terasa panas. Bila-bila masa sahaja empangan airmatanya bakal
pecah.
Tanpa
berfikir panjang lagi, Kas terus memecut langkah memecah lautan manusia untuk
segera keluar dari banglo mewah itu. Sebaik sahaja kaki menjejak kehalaman
rumah Datuk Omar, airmata yang ditahan terus mencurah keluar tanpa dapat
dikawal lagi. Dengan esak tangis, tangannya segera menekan aplikasi Grab dari
telefon bimbitnya untuk memesan kereta Grab. Nafasnya dirasakan sesak ketika
itu. Peparunya dirasakan tidak dapat mengepam oksigen yang disedutnya. Esakan
kecil akhirnya keluar dari mulutnya. Kali terakhir dia merasa hatinya sakit
seperti ini adalah pada malam Ayahnya pergi meninggalkannya.
"Kasilda?"
Kepalanya
pantas menoleh kearah suara yang menegur dari arah belakang. Hanya ada seorang
sahaja manusia yang memanggilnya dengan nama itu. Dean. Wajah terkejut Dean
jelas kelihatan apabila Kas memandangkan dengan wajah yang dibasahi airmata.
Inilah kali pertama Dean melihat gadis itu menangis. Selama ini, Kas yang
dikenalinya selalu mempamerkan wajah dingin beku tanpa perasaan kecuali apabila
bersama Dafina atau dengan Papa dan Mamanya.
"Kasilda
... Whats wrong?" Rasa risau
mula menyelubungi Dean apabila mata buntang Kas jelas terpamer kesedihan yang
sangat mendalam. Kedua belah bahu gadis tinggi lampai itu dipautnya lembut. Kas
hanya menundukkan wajah dengan esak tangis yang masih jelas kedengaran. Tubuh
Kas segera dibawa kearah kerusi di taman mini yang terletak di halaman banglo
mewah itu. Perlahan tubuh longlai itu didudukkan sebelum dia sendiri mengambil
tempat di sebelah Kas. Dean hanya membiarkan Kas mencurahkan kesedihannya tanpa
berkata apa-apa walau hatinya melonjak ingin tahu punca gadis itu mengalirkan
airmata.
Melihat
tangis Kas yang sudah agak reda, Dean bangun untuk mengambil tisu dari kereta
tapi langkahnya terhenti serta merta apabila terasa lengannya dicapai oleh Kas.
"Please stay" Lemah suara itu merayu. Wajah Kas yang sayu
ditatap lembut dan dia kembali duduk di sebelah gadis itu. Kas meraup tangannya
kemuka dan sisa-sisa airmata dibersihkan dari mukanya. Dia tersenyum kelat
kearah Dean yang masih sabar memandangnya tanpa bertanyakan apa-apa. Dia lega
kerana Dean tidak mengasaknya dengan soalan-soalan yang dia tak pasti samada
akan dijawabnya atau tidak.
"Dia
tinggalkan saya Dean"
Sebaris
ayat yang keluar dari mulut Kas sebaik saja tangisnya reda membuatkan kening
Dean berkerut. Dia membiarkan Kas menyambung ayatnya.
"Dunia ni tak adilkan? Yang meninggalkan hidup senang lenang tapi yang ditinggalkan yang sengsara" tawa sinis keluar dari mulut Kas. Kepalanya didongakkan sebentar. Cuba menahan airmata dari jatuh semula. Dean semankin keliru. Baru saja dia hendak bertanya bunyi telefon Kas sudah terlebih dahulu mencuri tumpuan. Panggilan telefon dijawab dengan 'Okay' sebelum diletakkan.
"Saya balik dulu. Tolong bagitahu Daf, Papa dengan Mama saya balik ke rumah saya malam ni" Kas sudah bangun dari duduknya dan melangkah longlai meninggalkan Dean yang masih dibelenggu 1001 soalan yang belum terjawab.
"Terima kasih Dean sebab temankan saya" Kas menoleh sekilas dan memberikan segaris senyuman sayu kepada Dean sebelum berlalu pergi. Dean hanya membiarkan Kas pergi. Itu antara senyuman paling ikhlas yang pernah diukirkan Kas kepadanya namun mengapa wajah gadis itu nampak sangat terluka? Siapa yang membuatnya sedih begitu? Dean bangun dan mengosok-gosok tengkuknya sebelum melangkah masuk ke dalam banglo mewah Datuk Omar semula. Sesekali di menoleh kearah laluan yang dilalui Kas. Hati ingin mengejar tapi akal menasihatinya agar memberi gadis itu ruang untuk bersendirian. Akhirnya dia akur dengan kata akalnya.
0 comments:
Post a Comment