MASUK hari ni, sudah tiga hari
Haikal seolah-olah mengelakkan diri dari bertembung dengan Ammara. Semuanya
kerana penjelasan yang Ammara buat tempohari. Hendak tak hendak, terpaksa juga
dia berterus terang mengenai ‘hubungan cinta’nya dengan Imtiyaz.
“Ala … Baru nak kenal hati budi
masing-masing. Agak-agak tak ngam, takdalah kitaorang nak serius”
Itu ayat terakhir yang diberikan
pada Haikal. Dengan harapan, kalau Imtiyaz mengambil keputusan untuk memutuskan
‘hubungan’ mereka, tak adalah gempar sangat nanti jadinya. Lagipun, dia tak
mahu Haikal memperbesarkan hal itu.
Dalam pada kerisauan dengan hal
Haikal, Ammara tersenyum sendiri apabila teringatkan perkhabaran gembira yang
disampaikan oleh Ammar semalam dimana doktor telah mengesahkan Fatin mengandung
dua bulan. Bukan main seronok lagi Ammar dibuatnya. Fatin pun sama. Ammara
bersyukur sangat-sangat untuk pihak Abangnya.
“Ammara. Masuk bilik saya sekarang”
intercom yang berbunyi menariknya kembali
ke dunia nyata.
“Ba … Baikla h Encik Imtiyaz”
Ammara mencapai buku nota dan pen sebelum berlalu ke dalam bilik Imtiyaz.
“Semalam Ammara keluar makan dengan
Karl ke?” Baru saja melabuhkan punggung di hadapan Imtiyaz, soalan itu yang
ditanya dahulu kepadanya.
Ammara memandang Imtiyaz tidak
berkedip. Pelik. Macamana dia boleh tahu? Dia ada pasang spy ke suruh intip aku? Isk.Leceh la dia ni. Takkan aku nak keluar
makan dengan siapa pun nak kena report
dengan dia. Kata-kata itu cuma mampu tergumam dalam hatinya saja. Tak mampu nak
diluahkan memandangkan Imtiyaz memandangnya dengan wajah yang serius.
“I’m asking you Ammara. Kenapa diam?” Tenang saja tiap bait kata
yang keluar dari mulut lelaki itu. Tetapi kenapa tegang semacam saja Ammara
rasa auranya. Atau itu cuma mainan perasaannya saja?
Melihatkan Ammara yang masih
membisukan diri, Imtiyaz bangun dari kerusinya dan dia berjalan menuju kearah
Ammara. Dia duduk dibirai mejanya sambil kerusi beroda yang diduduki Ammara
ditarik mendekatinya. Kedua belah tangannya diletakkan di atas pemegang di kiri
kanan kerusi tersebut. Mankin tergamam Ammara dibuatnya.
“Ap … Apa yang Encik Imtiyaz buat
ni?! Tak eloklah kalau orang nampak!” Ammara memeluk erat buku nota kedadanya.
Wajahnya sudah berkerut-kerut. Debaran dada mula menggila.
Imtiyaz menyunggingkan senyuman
nakal. Redup matanya memandang seraut wajah gadis yang tanpa disedari sudah
mula ada dalam hatinya. Tapi, dia belum cukup yakin untuk meluahkan. Apatah
lagi dengan sikap acuh tak acuh Ammara padanya. Selama ini, perempuan yang
datang menggodanya. Tapi, kali ini sudah terbalik. Dia yang kerap cuba menggoda
tapi yang digoda asyik buat endah tak endah. Boleh mati akal dia dibuatnya.
Wajah Imtiyaz semakin mendekati
Ammara. Semakin gelisah gadis itu dibuatnya. Hati sudah tak karuan. Imtiyaz semakin
berani apabila melihat Ammara sudah gelabah semacam. Wajahnya semakin mendekat.
Tiga jengkal … Dua jengkal … Satu jengkal …. Pang!!
Imtiyaz menyeringai sambil tangannya
memegang pipiya yang terasa pijar terkena penampar Ammara. Melihatkan Imtiyaz
sudah tidak lagi mengepongnya, Ammara segera bangkit dari kerusi sambil menapak
ke belakang. Kedua belah tangannya masih mendakap buku nota dekat kedada.
Airmata sudah mengalir tapi pantas diseka.
“Ma … Maaf Encik Imtiyaz. Say …
Saya tak sengaja!” Ammara terkejut dengan apa yang baru berlaku. Tidak sangka
yang dia sebegitu berani untuk menampar Bosnya. Terbit pula rasa sesal apabila
melihat pipi Imtiyaz yang sudah kemerahan.
Imtiyaz kembali duduk di kerusinya.
“Awak boleh keluar sekarang” hambar
saja kata-kata dipendengaran Ammara. Wajahnya langsung tidak dipandang. Semakin
menggunung rasa serba-salah dalam diri Ammara. Perlahan-lahan dia menurut
arahan Imtiyaz.
Sampai saja dimejanya, Ammara
menghenyakkan punggungnya ke kerusi lalu menekup wajahnya di atas meja dengan
keduabelah tangan.
Eeeeiii!! Memang cari nahas la kau
ni Ammara! Yang kau pergi tampar dia tu kenapa? Dia cuma acah kau je kot. Kau
je yang menggelabah semacam. Tapi … Siapa suruh dia menyakat aku macam tu?
Memang nak makan penamparlah jawabnya. Huh! Ammara berperang dengan hatinya
sendiri.Airmata mengalir lagi dan lagi.
Memang sah! Imtiyaz telah
melancarkan perang psikologi padanya. Sehari suntuk lelaki itu tidak menegurnya
selepas peristiwa pagi tadi.Sepatutnya Ammara rasa tenang kerana tiada lagi
gangguan emosi oleh Bosnya itu. Tapi, kenapa dia rasa bersalah sangat-sangat?
“Excuse me. Can I see Imtiyaz?” Ketika Ammara sedang asyik berfikir
mengenai Imtiyaz, suara yang tiba-tiba datang menyapa membuatkannya tersentak.
Dia mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan si empunya suara.
Suraya?? Buntang matanya melihat
Suraya sedang tersenyum sumbing padanya.
“Err … Ada buat appointment ke?” Ammara bertanya dalam
nada formal. Cuba menunjukkan reaksi setenang mungkin. Dalam kepala sudah
bertimbun-timbun soalan mengenai kedatangan mengejut Suraya itu.
“Ada. Dia yang suruh I datang” jawapan dari bibir yang dioles
gincu merah menyala itu membuatkan Ammara kehairanan. Imtiyaz suruh Suraya
datang? Biar betul mamat tu? Bukan ke hari tu bukan main lagi dia mengelak dari
minah kerek ni? Bertubi-tubi soalan dalam mindanya. Namun, tak satu pun dapat
difikirkan oleh akalnya yang waras itu.
“Ha Suraya. Good. You’re here. Come in to my office” baru saja Ammara hendak
buka mulut, kedengaran suara Imtiyaz berkumandang. Suraya dan Ammara memandang
serentak kearah Imtiyaz yang sudah membuka luas pintu pejabatnya sambil
melemparkan senyuman pada Suraya. Mankin kehairanan Ammara dibuatnya.
Suraya apalagi. Dengan lenggang
lengguk ala-ala model Victoria Secret dia mendekati Imtiyaz. Sempat pula tu dia
memberikan Ammara sebuah jelingan maut. Ammara hanya memerhatikan saja sehingga
pintu bilik Imtiyaz tertutup semula.
Entah kenapa, sakitnya hati Ammara
dibuatnya apabila tangan Suraya mengelus lembut pipi Imtiyaz lalu merangkul
pinggang lelaki itu dan tangan lelaki itu dengan mudah melingkar di atas bahu
wanita itu sebelum mereka melangkah masuk ke dalam pejabat Imtiyaz.
Jam sudah menunjunjukkan ke pukul
5.30 petang tapi dua orang makhluk Tuhan yang terkurung dalam bilik sejak sejam
yang lepas masih belum keluar lagi. Hati Ammara sudah tak keruan sedari tadi.
Entah kenapa. Ammara sendiri tak pasti.
Malas hendak menganggu, Ammara
menghantar mesej whatsapp pada Imtiyaz untuk memberitahu yang dia mahu balik
dan bertanya jika ada apa-apa lagi yang diperlukan oleh Bosnya itu.
‘Tunggu 10 minit lagi’
‘Jangan balik dulu’
Ammara mengeluh membaca mesej
balasan dari Imtiyaz. Sebenarnya dia tak mahu lagi melihat adegan yang
menyakitkan hati antara Imtiyaz dan Suraya. Sekarang pun dia sudah menangis.
Apatah lagi nanti.
Aaah!! Apa kena dengan kau ni Ara!
Kenapa pula kau beriya-iya menangis tengok kemesraan diaorang tu? Kau dengan si
Imtiyaz tu bukan ada apa-apa pun lah! Akal mula membidas hatinya. Cuba
mengembalikannya ke dunia nyata. Menyedarkannya hakikat yang Syed Imtiyaz Omar
hanyalah majikannya saja. Bukan teman istimewanya, bukan tunangnya, apatah lagi
suaminya. Airmata yang bersisa dikesat hingga kering.
Sementara menunggu arahan
seterusnya dari Imtiyaz, Ammara menyibukkan diri dengan membaca beberapa tender
yang diberikan oleh Kartika untuk disemak. Kasihan melihat gadis itu. Baru dua
minggu bekerja, sudah bertimbun-timbun tender yang masuk dan perlu diperiksa
dan disiapkan. Jadi, memandangkan kerjanya dengan Imtiyaz tidak terlalu banyak,
dia menghulurkan tangan untuk membantu.
“Ok Im. I see you again later” pintu bilik Imtiyaz tekuak dan suara
mendayu-dayu dari Suraya menyapa telinga Ammara. Sengaja dia tidak mengangkat
muka. Mata masih tertacap pada PC. Entah apa yang dibacanya. Tak satu pun
melekat di kepalanya saat itu. Sebaris ayat dibaca berulang kali namun
maksudnya masih tak difahami. Semuanya gara-gara rengekan manja dari Suraya
selama 5 minit yang membuatnya menyampah, meluat, dan hatinya mendidih. Namun
masih cuba dikawal agar tak kelihatan di riak wajahnya.
“Ammara, come in to my office now”
suara mendatar dari Imtiyaz kedengaran memberi arahan. Ammara hanya akur. Untuk
kali kedua hari itu dia masuk ke dalam bilik Imtiyaz dengan buku nota ditangan.
Ammara mengambil tempat duduk
manakala Imtiyaz menutup pintu bilik rapat.
“Ammara dengan Karl ada hubungan
apa-apa ke?”
Ah! Balik-balik pertanyaan mengenai
Haikal yang dilontarkan. Ammara mula rasa bosan. Dia tak pernah mempersoalkan
pun dengan siapa Imtiyaz keluar selama ini, tetapi mengapa lelaki itu sibuk
hendak tahu dengan siapa dia keluar dan apa hubungan dia dengan orang itu?
“Be honest with me. Kalau awak memang ada hubungan dengan dia, I’ll find someone else to replace you as
my girlfriend”
Sepatutnya Ammara rasa gembira
mendengarkan kata-kata Imtiyaz itu kerana dia boleh melepaskan diri dari terus
berpura-pura menjadi teman wanita lelaki itu. Tapi, kenapa ada rasa sakit dalam
hatinya saat itu? Terasa seolah-olah diri tak bernilai. Dengan semudah itu
Imtiyaz hendak menggantikannya.
“Siapa? Suraya?” Lain yang
dirancang, lain pula yang keluar dari mulutnya. Imtiyaz yang sedang duduk di
birai meja sambil berpeluk tubuh di hadapannya mengerutkan dahi tapi kemudian tersenyum.
Kening Ammara berkerut melihat
senyuman Imtiyaz. Lucu ke soalan aku tu? Detik hatinya.
“Yup! Tadi saya dah discuss dengan dia dan dia setuju. So, sekarang ni tengah tunggu jawapan
awak pula. Kalau awak dengan Karl memang ada hubungan, saya taknak ganggu. You are free to go” Imtiyaz menjawab
tenang. Tapi masih ada senyum dibibirnya. Melihat reaksi Ammara ketika itu, dia
seakan-akan yakin yang gadis itu takkan membenarkan Suraya menggantikan
tempatnya sebagai teman wanita upahannya.
Sebenarnya bukan itu pun yang
dibincangkan dengan Suraya tadi. Dia sengaja memanggil wanita itu ke pajabatnya
untuk menduga reaksi Ammara. Melihatkan wajah cemberut yang dipamerkan, dia
yakin yang gadis itu cemburu. Ini menambahkan lagi keyakinan dalam hatinya
untuk meneruskan rancangannya untuk menjadikan Ammara isterinya yang sah.
Gila la lelaki ni! Punyalah ramai
perempuan, kenapalah dia pilih Suraya gedik tu juga?! Huh! Ammara mula
memberontak dalam hati. Dia mengetap bibirnya geram.
“Saya dengan Karl tak ada apa-apa.
Tapi, kalau Encik nak Suraya ganti tempat saya, terpulanglah pada Encik. Saya
tak ada hak pun nak halang. Yang penting, hutang saya dah langsai. Oklah Encik
Imtiyaz. Dah lewat ni. Kalau tak ada apa-apa saya nak balik dulu” Ammara sudah
bangun dari kerusi. Suaranya sudah tak bernada. Malas hendak berlama-lama lagi
di situ. Makin sebal pula hatinya apabila melihat Imtiyaz asyik
tersenyum-senyum dari tadi. Menyampah!
Baru tiga tapak melangkah tangannya
sudah digapai oleh Imtiyaz dari belakang. Ammara terkedu. Terasa seperti
terkena renjatan elekrik. Wajahnya rasa panas sampai ketelinga. Lututnya terasa
lembik. Bahunya sudah disentuh oleh Imtiyaz dan tubuhnya dipusingkan mengadap
kearah lelaki itu. Pandangan mata mereka kita sudah terkunci antara satu sama
lain.
“Siapa kata hutang awak dah langsai
dear?Hurmm? Kalau awak tarik diri,
gaji awak akan kembali dipotong sebanyak RM200 sebulan” Imtiyaz tersengih
nakal.
Ammara yang tadi seolah-olah sudah
berada di awangan kembali tersedar semula. Sengihan sengit dari bibir Imtiyaz
dipandang tajam. Tangan Imtiyaz yang tadinya mengusap lembut pipinya ditepis
kasar.
“Kalau macam tu kenapa nak tanya
saya lagi? Kalau tetap kena bayar hutang, baik saya terus je jadi girlfriend Encik Imtiyaz. Kalau tak,
sia-sia je la lakonan saya selama ni! Huh! Dahlah Encik Imtiyaz. Saya nak
balik! Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah dengan Encik, mau gelap masa
depan saya” Ammara mendengus kuat sambil
melangkah keluar dari pejabat Imtiyaz. Sakit hati dan telinganya mendengar tawa
Imtiyaz yang sudah meledak kuat. Mujur semua staf sudah pulang. Jika tidak,
pasti semuanya kehairanan mendengar bunyi ketawa yang kuat tak ingat itu.
Menyesal dia kerana sempat pula terbuai perasaan terkena panahan mata hazel
Imtiyaz tadi. Eiii bodohnya kau Ara!!!!
0 comments:
Post a Comment