HARI kedua bekerja dan hari-hari seterusnya dalam minggu itu berlalu dengan Kas cuba
sehabis baik mengelak dari terserempak dengan Dean. Pelawaan Dafina untuknya
bermalam di rumah keluarganya juga berjaya ditolak dengan alasan dia penat
kerana terlalu banyak kerja di pejabat. Walau payah, tapi Dafina akhirnya
menerima alasan yang diberikan Kas.
Jumaat.
Hari yang dinantikan oleh kebanyakkan mereka-mereka yang bekerja pejabat.
Termasuk juga Kas. Akhirnya dia berjaya menempuhi minggu pertama bekerja di
Teguh Bina Consultant. Hasrat untuk berhenti sebelum ini terus dilupakan
apabila pada hari kedua dia bekerja, Kak Nita menyerahkan surat perlantikan
kepadanya dan tawaran gaji yang tertera dalam surat itu benar-benar membuatkan
air liurnya nyaris meleleh dan bola matanya terkeluar dari soket. RM3,000.00
sebulan!! Gaji paling tinggi dia pernah ditawarkan. Beberapa kali juga dia
bertanya pada Kak Nita untuk memastikan dia tidak tersalah tengok. Sampai
tergelak Kak Nita dengan telatahnya.
Hari
itu, tugasan yang diberikan Kak Nita lebih banyak dari biasa dan apabila jam
menunjukkan ke pukul 7 petang barulah semuanya berjaya diselesaikan.
"Dah siap ke Kas?" Kak Nita yang baru keluar dari biliknya terus bertanya dan disahut dengan senyuman dan anggukan dari Kas.
"Bagus. Nanti on the way balik, Kas tolong hantarkan pada Bos boleh? Akak ada banyak lagi kerja tak settle ni. Thanks Kas" Belum sempat Kas hendak menjawab, pintu bilik Kak Nita sudah tertutup rapat. Dia memandang sekeliling. Semua meja kerja yang dipisahkan dengan partition kayu di sekelilingnya telah pun kosong menunjukkan yang semua mereka telah selamat pulang. Kas menepuk dahi. Usahanya untuk mengelak dari bertembung dengan Dean sepanjang minggu ini terasa sia-sia.
Setelah
selesai mengemaskan meja kerjanya, dengan beberapa keping fail berkulit keras
ditangan, langkah diatur lambat-lambat menuju ke lif untuk ke Tingkat 7.
Apabila pintu lif terbuka di Tingkat 7, dia teragak-agak untuk melangkah. Nafas
dilepaskan lega apabila kelibat Lily tidak kelihatan. Terlepas satu azabnya.
Tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke bilik Dean yang terletak di bahagian
paling hujung tingkat tersebut dan agak tersembunyi.
Tangan
yang hendak mengetuk terhenti apabila perasan yang pintu sudah terkuak sedikit.
Tidak terlalu besar tapi cukup untuk membolehkan Kas menonton drama sebabak
secara langsung. Nafasnya seakan-akan tersekat dikerongkong apabila ternampak
sesusuk tubuh tinggi lampai sedang duduk di atas riba Dean. Sebelah tangannya
melingkar di belakang tengkuk Dean manakala sebelah lagi tangannya nampak
selesa di dada bidang lelaki itu yang hanya berkemeja putih dengan butang baju
sudah terbuka dibahagian atas dan lengan dilipat hingga kesiku. Oleh kerana
kedua-duanya duduk menghala ke pintu, wajah wanita itu nampak jelas dimatanya.
Cik Cleopatra! Teriak Kas dalam hati sambil menutup mulut agar dia tidak
menjerit tanpa sedar.
Baru
berkira-kira hendak berlalu, pandangan Dean tiba-tiba terpanah tepat padanya
dan tanpa menunggu lama Kas terus berlalu pergi. Punat lif ditekan berkali-kali
namun tidak juga terbuka. Tanpa berfikir panjang, tangga terus dituju. Pantas
langkahnya menuruni tangga. Dia tidak pasti apa sebenarnya yang dirasa.
Terkejut? Marah? Atau cemburu? Cepat-cepat Kas menepis prasangka itu dari
kepalanya.
Sampai
saja ke aras G, sebaik saja dia melangkah keluar dari ruang tangga, Dean sudah
menunggunya sambil berpeluk tubuh. Sudahlah penat menuruni tangga belum hilang,
kelibat Dean membuatkan dia seperti hendak sesak nafas. Perlahan-lahan nafas di
sedut dan dilepaskan beberapa kali. Dean pantas mendekatinya. Kedua belah
tangannya sudah disembunyikan di dalam poket seluar.
"Kenapa
lari?" Tajam pandangan Dean pada Kas membuatkan lidahnya terus terkedu.
"Err
... Err ... " Itu saja yang mampu keluar dari mulutnya. Fail berkulit
keras yang hendak diberikan kepada Dean tadi dipeluk kemas. Mereka berbalas
pandang tanpa kata.
"Saya
dengan Reen tak ada apa-apa" Kata-kata yang lebih kepada penjelasan
membuatkan kening Kas berkerut sedikit. Kenapa tiba-tiba Dean membahasakan
dirinya dengan panggilan 'Saya'? Sejak bila 'aku' bertukar menjadi 'saya'?
"Saya
dengan Reen tak ada apa-apa. Dia cuma Setiausaha saya" Dean menerangkan
dengan lebih jelas apabila Kas masih diam tak bersuara. Setiausahalah sangat.
Duduk beriba macam tu memang dalam skop kerja Setiausaha ke? Kas menyindir
dalam hati.
"Apapun
yang Bos buat dengan Setiausaha Bos bukan urusan saya. Maaf kalau saya
menganggu tadi. Saya cuma nak serahkan ni pada Bos. Kak Nita yang suruh.
Maafkan saya Bos. Saya kena balik dulu. Dah lewat ni" Fail bertukar tangan
dan Kas terus berlalu dari situ tanpa menunggu lama. Dia tidak mahu Dean dapat
mengesan perubahan wajahnya dek kerana apa yang dia rasa ketika ini. Kata-kata
yang dituturkan tidak selari dengan apa yang dia rasa. Rasa sakit hati
sangat-sangat pada Dean dan Setiausahanya, Cik Cleopatra. Ya! Itulah sebenarnya
yang dia rasa. Ikutkan hati, mahu ditinju muka Dean tadi.
Sabtu.
Memandangkan
hari ini adalah hari cuti setelah 4 hari dia memulakan kerja barunya, selesai
saja menunaikan solat Subuh, Kas hanya bergolek-golek di atas tilam. Tina,
gadis yang berasal dari Melaka yang sama-sama menyewa di rumah itu telah
selamat pulang ke kampung halamannya awal pagi tadi. Malam tadi, dek kerana
terlalu memikirkan tentang Dean, jam 3 pagi barulah Kas boleh melelapkan mata.
I've become so numb; I
can't feel you there
Become so tired, so much more aware
By becoming this all I want to do
Is be
more like me and be less like you
Suara
Chester Bennington dari Linkin Park menyanyikan lagu Numb dari telefon
bimbitnya membuatkan Kas membuka mata dan mencapai telefon yang berada di meja
sisi di sbelah katilnya. Tanpa melihat Id Pemanggil, punat hijau dislide
ke kanan.
"Wake
Up sunshine!! We are going out today!!"
Automatik
telefon dijauhkan dari telinga apabila jeritan Dafina mencecah gegendang
telinganya. Rasa menyesal pula kerana menjawab panggilan itu. Baru berhajat
ingin menghabiskan hari cutinya berehat-rehat saja di rumah. Setelah hampir
seminggu otaknya disibukkan memikirkan hal kerja dan hal Dean, dia benar-benar
ingin duduk di rumah dengan tenang tanpa gangguan.
"Kau
ada setengah jam untuk bersiap. Tepat 8.30 aku jemput kau" Baru saja Kas
ingin membuka mulut telefon sudah diletakkan. Kas mengerang geram. Telefon
dicampakkan ke sebelahnya.
Setelah
puas berbungkus dengan selimut sambil berbaring dalam pelbagai posisi selama
setengah jam, dalam keterpaksaan, Kas bangun juga untuk bersiap. Skinny
Jeans hitam dengan hoodie berwarna kelabu disarungkan ke tubuh.
Cerminmata hitam dikenakan dan beg sandang digalas sebelum dia melangkah keluar
dari rumah dan kasut converse hitam putihnya disarungkan kekaki.
"Lambat"
Kas memprotes sebaik saja dia meloloskan tubuhnya ke dalam Mini Cooper Dafina.
Gadis itu hanya menjawab dengan senyuman versi tayang gigi. Dibalik cerminmata
hitamnya Kas sudah memusingkan matanya. "Nak kemana ni?" Malas hendak
memanjangkan isu, Kas terus bertanya soalan yang lebih penting sambil bersandar
untuk menyelesakan diri.
"First,
kita pergi Pavilion. Nak cari baju untuk birthday party anak Datuk Omar,
kawan Papa malam esok. Then, kita terus jumpa Mama kat Midvalley. Mama
ajak kita lunch sama-sama" Lancar Dafina membentangkan rancangannya
untuk hari itu. Kas memusingkan matanya sekali lagi. Typical Dafina
Datuk Sri Daud. Merancang tanpa berbincang dahulu dengannya. Kas memprotes
dalam hati.
"Wait,
wait! Birthday Party? What Birthday Party? Kau tak pernah bagitau
pun. Daaaaf ... Urghhhh!! Kau taukan aku tak suka nak pergi party-party ni.
Lemaslah. Ramai sangat orang" Pantas Kas membantah apabila kata-kata
Dafina tadi akhirnya terhadam dalam kepalanya. Cerminmatanya sudah terlorot di
batang hidung dengan mata memandang tepat ke wajah Dafina. Badannya sudah
ditegakkan.
"Kas
sayang ... Kalau aku bagitau kau pun jawapannya still sama kan. So,
baik aku yang buat keputusan untuk kita berdua. Lagipun, dah berapa lama kau
tak attend majlis keramaian macam ni? And for your info, dinner kat
rumah aku tu tak termasuk dalam kategori majlis keramaian ye"
Tenang Dafina memberikan jawapan dan hujahnya.
"Tapi
... "
"No
tapi, tapi! Kau kena juga pergi sebab kau kena temankan aku. Kau macam tak
tahu betapa azabnya aku tahun-tahun sebelum ni kena layan anak-anak Datuk Omar
tu bersembang. Kalau sembang pasal shopping ke, manicure pedicure ke,
travel ke ... Takpela. Ini sibuk korek pasal Along dengan Angah
memanjang. Lemas tau. Lagipun, selama kita berkawan ni, aku memang tak pernah
paksa kau pergi majlis-majlis macam ni kan? This is the first time. So,
pleassseeeeee ... " Dafina tayang muka kasihan siap dengan bibir yang
mencebik seperti budak kecil hendak menangis.
Kas
diam. Tak tahu alasan apalagi hendak diberi. Dia memang tak pernah sekali pun
mengikut Dafina pergi kemana-mana majlis keraian yang melibatkan keluarganya.
Apatah lagi bila memikirkan yang Dean dan Dani pasti akan turut sama hadir,
lagilah dia rasa berat hati.
Wajah
beku Kas yang sudah membuang pandang ke luar tingkap ditatap sekilas. Dafina
melarikkan senyuman. Faham benar dengan sikap anti-majlis keraian BFFnya
itu. Dean dengan Dani juga antara penyumbang sebab keengganan Kas.
"Jangan
risaulah ... Along dengan Angah tak ikut. Diaorang pun malas nak layan perangai
menggedik si Lara dengan Lana tu. So, it will be just you, me, Papa
dengan Mama je" Dafina berharap maklumat yang baru disampaikan itu dapat
serba sedikit memujuk Kas untuk mengikutnya ke majlis itu.
Kas
melepaskan keluhan.
"Baiklah
Tuan Puteri, Patik pacal yang hina ini menurut perintah" Kas menangkupkan
kedua belah tangannya dan dibawa ke dada, acah-acah gaya orang mengangkat
sembah pada Raja.
"Yeaayyy!!!"
Dafina menjerit keriangan dan untuk kesekian kalinya, Kas memusingkan matanya
tanda tak-kuasa-nak-layan.
0 comments:
Post a Comment