Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Saturday, January 29, 2022

BROKEN: BAB 4

"Daf!!!!!! Aku dah lambat!" Celik saja mata, jam dinding yang menunjukkan ke pukul 7.30 pagi membuatkan Kas melompat dari tempat tidur turut mengejutkan Dafina dan membuatkan gadis itu terpisat-pisat membuka mata. Dafina duduk tegak 90 darjah dari pembaringan dan Kas yang sudah kelam kabut keluar masuk dari bilik air dipandang kosong.

Tidak sampai 5 minit di dalam bilik mandi, Kas sudah terkocoh-kocoh keluar. Beg kertas berisi pakaian yang baru dibelinya semalam digeledah rakus. Sepasang suit berwarna biru laut dan kemeja satin tak berlengan berwarna putih dicapai pantas dan disarungkan ke tubuh. Mujur kesan renyuk tidak terlalu jelas. Rambut panjangnya disanggul tinggi agar nampak kemas. "Bye!" Kas melambai sekilas pada Dafina sebelum memecut keluar.

"Lya!"

Baru saja tombol pintu besar hendak dibuka, suara Datin Sri Addura jelas menjengah kependengarannya. Kas memejamkan mata sambil mengetapkan bibir. Perlahan-lahan dia menoleh. Pandangan semua orang yang berada di meja makan tidak jauh darinya tertumpu padanya.

"Mari sini sarapan dulu" Datin Sri Addura beriya-iya melambai-lambaikan tangannya pada Kas membuatkannya tidak sampai hati hendak menolak. Perlahan-lahan langkah diatur ke meja makan dan dia mengambil tempat di sebelah Datin Sri Addura.

"Nanti Lya pergi kerja dengan Dean je. Motor Lya pun tak ada kan?" Rasa nak hantuk saja kepalanya ke meja apabila baru menyedari malam tadi dia ke sini dengan menaiki kereta Dafina. Tiba-tiba terasa bulu tengkuknya meremang. Rasa seram sejuk. Apabila dia mengangkat muka, pandangannya bersatu dengan Dean yang sedang merenungnya entah sejak dari bila. Untuk seketika mereka berpandangan begitu.

"Good Morning everybody!" Suara ceria Dani menyebabkan adegan tenung menenung antara Kas dan Dean terganggu. Masing-masing kembali menumpukan perhatian kearah pinggan masing-masing.

"Sayang??! Is that you? Wow! You look good Sayang" Dani terus teruja sebaik saja terlihat Kas yang sedang duduk di sebelah Ibunya. Laju dia menarik kerusi di sebelah Kas. Kas memusingkan matanya sambil tayang muka malas-nak-layan apabila Dani duduk memandangnya sambil menongkat wajah.

"Kita dah lambat. Aku tunggu kau kat kereta. 5 minit. Lambat, tinggal" Dean bersuara dingin sebelum berlalu meninggalkan meja makan. "Fun spoiler!" Dani berdesis sambil menjeling Abangnya. "Angah" Datin Sri Addura menegur.

Tidak mahu terlambat pada hari pertama bekerja, Kas terus terkocoh-kocoh menghabiskan makanan dan minumannya sebelum bangun untuk mengejar langkah Dean.

"Eh, nak pergi mana tu Sayang?! Sayang!" Pertanyaan dan panggilan dari Dani langsung tak dipedulikan. Kasut Van berwarna putih disarungkan dan beg sandang dibahu dibetulkan sebelum dia berlari menuju ke kereta Ford Ranger milik Dean yang sudah dihidupkan enjinnya.

Perjalanan selama 20 minit itu sungguh menyiksakan buat Kas. Selama 20 minit itulah suasana di dalam kereta itu dirasakan dingin. Hanya kedengaran celoteh DJ radio dan selingan lagu yang disiarkan di Mix FM.

Setibanya di Teguh Bina Consultant, setelah kereta diparkirkan ditempatnya, Kas masih lagi membuntuti langkah Dean. Mujur la kakinya panjang. Jika tidak pasti dia sudah jauh tertinggal di belakang dek kerana langkah panjang Dean.

Namun, entah dimana silapnya, mungkin juga kerana Dean berhenti agak mengejut sebelum dia memusingkan tubuhnya ke belakang, Kas yang laju mengekornya tidak sempat menghentikan langkahnya dan akibatnya dia terlanggar dada Dean dan akibat dari impak yang agak kuat itu, kedua belah tangan sasa Dean sudah melingkar ke tubuh langsing Kas. Terkebil-kebil mata Kas menatap wajah Dean yang hanya berjarak beberapa inci darinya. Nafas berbaur pudina dari Dean jelas dapat dihidunya.

Kadar degupan jantung Dean dan Kas menjadi lebih laju dari biasa. Kas dapat rasakan wajahnya sudah membahang.

"Errr ... Excuse me. Boss. Are you alright?" sebelum dada Dean dan Kas rasa nak meletup, suara teguran dari arah belakang Kas mengembalikan mereka ke alam nyata. Pantas dada Dean ditolak Kas dan dia cepat-cepat menjarakkan diri dari lelaki itu.

'Apa kau dah buat ni Lya Kasilda!!!Gila, gila, gila!! Arrggghhh!!' Kas memarahi dirinya dalam hati. Dada yang berdetak kuat dipegang. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Cuba menenangkan diri. Tumpuan Dean sudah tertumpu pada seorang wanita berkemeja satin putih dan berskirt merah separas lutut, berambut ikal separas pinggang di depannya. Wanita itulah yang menegur sebentar tadi. Sempat Kas menangkap jelingan tajam wanita yang bercelak ala Cleopatra itu kepadanya. Wajah wanita itu nampak seperti pernah dilihatnya. Tapi dimana?

Bayangan wanita itu terus terbang dari fikirannya sebaik saja dia diberikan tugasan demi tugasan oleh Pengurus bahagiannya yang memperkenalkan diri sebagai Kak Nita. Hari pertama bekerja di Teguh Bina Consultant yang bermula dengan agak chaotic berlalu dengan agak aman buat Kas. Ini adalah kerana dia ditempatkan di bahagian Sumber Manusia yang berada di Tingkat 5. Tingkat yang berlainan dari Dean. Untuk itu Kas benar-benar menarik nafas lega.

Jam 5.30 tepat, langkah terus dipacu kearah lif. Ingin segera berlalu sebelum terserempak dengan Dean. Semenjak peristiwa di dapur malam tadi, entah kenapa jantungnya akan berdenyut laju tiap kali bertentang mata dengan Dean. Kas tidak suka perasaan itu. Perasaan yang menunjukkan dia mempunyai satu rasa terhadap makhluk bergelar lelaki. Dia perlu melindungi hatinya dari menghadapi risiko untuk dilukai lagi.

Tak tahu nasib malang apa dia hari itu, sebaik saja pintu lif terbuka, Wajah beku Dean yang pertama menjamah pandangannya. Lebih sadis lagi buat Kas kerana dalam lif itu hanya ada lelaki itu seorang. Dean menaikkan kening apabila Kas masih teragak-agak di hadapan lif.

"Kau nak aku dukung kau ke masuk dalam lif ni?" Suara tanpa nada dari Dean membuatkan Kas cepat-cepat melangkah masuk ke dalam lif. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu lif tanpa menoleh langsung kearah Dean yang berada di belakangnya.

Sampai di tingkat 4 pintu lif terbuka dan tiba-tiba sekumpulan manusia membanjiri seluruh ruang lif menyebabkan Kas tertolak ke belakang dan tanpa diduga, belakang tubuhnya betul-betul mengimpit dada bidang Dean. Degup jantung Dean yang tiba-tiba berdetak kencang dapat dirasainya menjadikan dia turut sama resah. Hangat tubuh Dean menjalar ke tubuhnya juga. Nafas hangat Dean menyapa telinganya. Dalam hati menyalahkan diri kerana beg sandangnya diletakkan di hadapan tubuhnya. Ingin menyelamatkan bahagian depan tubuhnya dari dihimpit tapi lain pula jadinya. Esok dan hari-hari seterusnya Kas nekad untuk menggunakan tangga saja.

Tiba di tingkat G, tanpa menunggu lama, Kas terus meloloskan diri keluar dari lif. Mujur sebelum masuk ke dalam lif tadi dia sudah memesan kereta Grab. Keluar dari bangunan Teguh Bina Consultant, kereta Grab sudah pun menunggunya. Dalam kepala sudah berkira-kira untuk berhenti dari kerja di situ.

Friday, January 28, 2022

CINTA HAYAT (PART 1)

 Tiada apa yang lebih sempurna dalam definisi pagi bagi aku selain dari menghadap hidangan sarapan pagi sambil mengadap kolam ikan koi milik Umi sambil ditemani secawan kopi panas yang dikisar segar dari bijian kopi arabica, hasil kisaran mesin yang dibeli arwah Baba sewaktu di Turki dulu, ditemani 2 keping pancake gebu yang disirami sirap maple yang membuatkan siapa yang memandang menelan liur berkali-kali dan senaskhah novel aksi seram ditangan. Katalah apapun. Tapi ini adalah definisi pagi yang sempurna bagi seorang aku, Hayat Guzel Murat.

Terima kasih kepada darah Inggeris-Turki yang diwarisi dari Babaku, selera aku lebih cenderung ke arah kebaratan berbanding nasi lemak dan roti canai. Bukan berlagak bagus atau memandang rendah kepada makanan ruji rakyat Malaysia, tanah kelahiran Umi, namun inilah yang terpaksa diakui Umi setelah hampir separuh dari hidupku dihabiskan di Istanbul dan London. Hanya setelah Baba meninggal barulah kami pulang ke Malaysia.

"Yo sis! Wazzup!" Sekelip mata pagiku yang kusangka indah sampai ke petang hanya tinggal harapan apabila suara garau Ebrahim Murat, abang kembarku memetir gegendang telingaku membuatkan kopi yang baru hendak kuhirup habis tersembur nyaris terkena novel The Lovely Bones karya Alice Sebold yang belum sampai separuh aku baca.

Berdekah-dekah tawa Ebrahim apabila melihat t-shirt putih yang aku pakai berubah warna ditambah dengan  jelingan tajam yang aku tayangkan padanya. Dengan ketinggian 5'3" yang aku miliki, memang langsung tak akan berjaya membuatkan Ebrahim rasa gerun atau tergugat. Dia, dengan badan sasanya dan ketinggian 6'2" dengan mudah dapat mengatasi segala kudrat yang aku ada. Tolong jangan pelik atau keliru.

Ya. Aku tahu aku pendek dan tubuhku jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan Abang kembarku itu. Cerita yang selalu Umi berikan kepada sesiapa yang bertanya adalah, aku merupakan kembar yang tak diduga. Ini kerana, semasa sesi mengimbas kandungan, doktor cuma nampak Ebrahim. Mungkin juga kerana tubuhku yang kecil. Aku hanya keluar dari rahim Umi setengah jam selepas Ebrahim melihat dunia. Dengan badan yang halus dan hanya seberat 1.8kg, Doktor sendiri tak berani memberi jaminan yang aku dapat hidup lebih dari setahun. Tapi, Allah mempunyai rancangan yang berbeza apabila aku membesar dalam keadaan sihat dan stabil. Rasanya kerana itu juga namaku Hayat.

"Along!!!!" Tanpa amaran aku menyerang Ebrahim dengan memanjat tubuhnya dari belakang sambil lehernya kukepit ketat dibawah ketiakku.

"Sakit .. lah .. gila!" Dengan suara yang tersekat-sekat Ebrahim cuba melepaskan lenganku dari terus mengapit lehernya. Aku tak memperdulikan rontaannya dan bagi menambahkan penyiksaan kepadanya, bahunya kugigit kuat sehingga dia menjerit kuat sebelum berjaya menarik tubuhku dari belakang badannya.

"Ya Allah! Apa yang korang buat ni ha!!!" Jeritan halilintar Puan Meriam a.k.a Umi yang bergema, sepantas kilat membuatkan aku dan Ebrahim yang sudah bergelut di atas hamparan rumput terhenti. Kami serentak bangun dan berdiri tegak ibarat askar prebet menanti hukuman dari Pegawai atasannya.

Umi dengan muka yang menyinga meluru pantas dan terus menarik telinga kami berdua.

"Korang ni bukan budak-budak lagi tau! Dah 22 tahun! Tak malu ke dengan jiran-jiran yang dengar suara kamu berdua terjerit-jerit pagi-pagi ni ha!" Teriakan kami yang kesakitan langsung tak dipedulikan Umi.

"Ampun Umi! Ampun! Kami tak buat lagi dah! Ampun Umi!!" Kami serentak merayu. Telinga rasa macam dah nak tercabut ditarik Umi. Ini semua Ebrahim punya pasal! Dalam kesakitan sempat aku melontarkan jelingan maut yang semestinya turut dibalas oleh Ebrahim.

"Letih  la Umi dengan kamu berdua ni. Dah! Umi nak pergi kerja. Hayat, kemas semua yang kamu dah sepahkan ni ya. Umi tak mahu kamu suruh Kak Suri. Kamu buat sendiri. Ebrahim, Umi bagi kamu setengah jam bersiap. Kamu ikut Umi ke pejabat hari ni. Faham?" Aku dan Ebrahim hanya mengangguk patuh sambil mengosok-gosok telinga yang terasa panas dipiat Umi sebentar tadi. Siapa yang berani membantah kalau Datuk Meriam Miran, Pengarah MM Holding Berhad sudah memberi arahan dengan suara vetonya.

10 minit selepas Umi dan Ebrahim meninggalkan rumah, aku masih lagi megemas dan mengemop kesan kopi yang habis terkena meja dan dan terpercik di atas kusyen kerusi yang aku duduki tadi. Dalam hati puas aku menyumpah seranah Abang kembarku itu.

"Hayat buat apa tu?! Ya Allah ... Kenapa tak panggil akak bersihkan semua ni? Kenapa Hayat buat sendiri?" Sesusuk tubuh yang agak gempal milik ibu muda beranak dua yang baru datang dari arah dapur terkocoh-kocoh mendekati dan mop ditanganku segera diambilnya.

"Kak Suri ... Umi suruh Hayat yang bersihkan sendiri. Takpela Kak Suri. Bukan susah pun" Mop ditangan Kak Suri aku ambil semula sambil menayang senyum dengan pakej lesung pipit dikiri dan kanan pipiku untuk menenangkan kekalutan Pembantu Rumah yang sudah 10 tahun bekerja dengan keluarga kami sejak dari zaman anak daranya lagi.

Wajah Kak Suri jelas menayang riak tak puas hati dengan kedegilanku. Aku hanya buat tak tahu dan meneruskan tugas mengemop yang hanya tinggal sedikit saja lagi.

            'They say oh my god I see the way you shine

            Take your hand, my dear, and place them both in mine

            You know you stopped me dead when I was passing by

            And now I beg to see you dance just one more time'

Laungan lagu Dance Monkey yang bergema dari telefon bimbitku membuatkan kerja mengemopku terus terhenti. Telefon di atas meja yang sama ku letakkan novel bacaanku tadi segeraku capai dan apabila melihat nama pemanggil yang tertera aku menepuk dahiku sendiri. Telefon kuletakkan semula di atas meja setelah butang merah kuleretkan di skrin. Tugas mengemop kusudahkan tanpa memperdulikan telefon yang masih berbunyi. Selesai semuanya dan segala perkakasan aku letakkan semula ketempatnya, telefon masih lagi berlagu minta dijawab. Lambat-lambat telefonku capai. Dengan separuh rela, butang hijau aku leretkan dan punggung kuhenyakkan di atas sofa L-Shape yang berasa di beranda mengadap ke taman mini buatan hasil titik peluh Umi dan Kak Suri.

"Sayang ... Please dengar dulu penjelasan B. I can explain everything. Just give me a chance"

Euwwww!!! Menyampahnya aku dengar suara Mamat perasan macho ni punya pujuk rayu. Aku sejenis perempuan yang tak akan berkompromi dengan segala jenis perbuatan curang. Perkara ini biasanya akan aku beritahu dengan jelas, terang dan nyata kepada mana-mana lelaki sebelum aku memulakan apa-apa perhubungan. Termasuk la juga Mamat ni yang tak serik-serik asyik menelefonku untuk memujuk rayu supaya aku kembali kepadanya.

Adam Lutfi. Anak kepada salah seorang rakan niaga Umi. Aku tak nafikan memang Handsome bergaya tahap model GQ. Dengan muka yang kacak, dada bidang dan badan yang tegap berotot, aku yakin mana-mana wanita yang tengok pasti longgar lutut punya bila Adam mula mengayat. Aku pun tak terkecuali. Cuma, selepas beberapa bulan menjalin hubungan dengannya, banyak perangainya yang kurang aku senangi mula terserlah.

Ya. Aku tahu. Tak ada manusia yang sempurna. Aku sendiri pun jauh dari sempurna. Tapi, kalau hati tak berkenan dan mula meluat, takkan aku nak paksa diri untuk terus kekal dalam perhubungan yang pastinya takkan kemana pun.

"Elisa tu cuma kawan. Sumpah! Hari tu masa Sayang datang office B, kaki dia terpelecok dan kebetulan B memang tengah berdiri kat sebelah dia. Tu yang Sayang nampak macam B peluk dia tu. Dah orang nak terjatuh, takkan B nak tengokkan je kan?... "

Ayat-ayat seterusnya dari adam terus tak kedengaran apabila panggilannya aku tamatkan tanpa sebarang kata. Tanpa berfikir lagi, nombornya terus aku block. Baru puas hatiku. Rasakan! Dasar buaya tembaga perasan macho!!

Terbayang-bayang riak wajah Adam dan perempuan bernama Elisa itu sewaktu perbuatan mereka dapat ku tangkap dengan mata kepalaku sendiri dua minggu yang lepas di pejabat Adam.

Setelah diberitahu oleh Hanis, setiausaha Adam, yang Bosnya tidak mempunyai apa-apa mesyuarat penting hari itu, selepas waktu kerja aku terus ke pejabatnya untuk membuat kejutan. Tak sangka pula aku yang dikejutkan. Sebaik saja pintu pejabat aku buka, terus terpamer di hadapanku adegan sweet-nak-mampus-macam-nak-minta-penampar antara Adam dan Elisa yang membuatkan darahku terus mendidih naik. Dengan kedua belah lengan Elisa melingkar dileher Adam dan kedua belah tangan Adam melingkar dipinggang ramping Elisa dan senyum gatal menghiasi kedua-dua wajah manusia tak tahu malu itu, ada hati aku hendak ditipu dengan cerita kaki terpeleot si Elisa tu?? Mintak maaf la ya. Ini Hayat Guzel Ferhat okay! Sia-sia aku beribukan Datuk Meriam Murat kalau aku boleh diperbodohkan oleh makhluk bernama LELAKI!

Selepas itu, hampir setiap hari Adam menelefonku meminta diberi peluang kedua. Maaf! Pada aku, once a cheater, will aways a cheater. Lagipula, selama ini kalau bercinta, belum pernah lagi aku menyinta dengan sepenuh jiwa dan raga. Jadi, bila dicurangi atau dikhianati, sakitnya tak pernah melekat lama dalam hati dan jiwa aku.

Aku mungkin bukan kategori anak yang mendengar kata tapi pesan Umi tentang jangan menyerahkan sepenuh hati bila menyinta selagi dia belum sah menjadi milikku, aku pegang sampai sekarang.

No kissing. No holding hands. No hugging. Itu antara syarat-syarat yang aku kenakan jika hendak menjalin hubungan cinta denganku. Samada setuju atau tidak. Aku takkan pernah memaksa. Terpulang. Mungkin sekarang aku belum menutup aurat dengan sempurna lagi, tapi batas-batas pergaulan memang aku jaga.

Aku ke dapur untuk mengisar secawan lagi kopi. Memandangkan Ebrahim sudah tiada di rumah, aku menyambung semula masa santaiku dengan menyambung membaca novel yang tergendala sebentar tadi.

Malam itu selesai makan malam, seperti biasa, Ebrahim akan melepak di dalam bilikku. Kami mungkin kerap bertikam lidah namun memandangkan kami cuma dua beradik, dari semenjak sekolah rendah lagi kami memang tak boleh berenggang. Sehinggakan apabila masuk ke sekolah menengah dan ke kolej, pada mulanya, semua orang menganggap yang Ebrahim adalah teman lelakiku.

Walaupun begitu, satu-satunya perkara yang aku tak suka adalah bila keakraban kami ini sering diambil kesempatan oleh orang-orang disekeliling kami. Terutamanya, Laila Izabella. Teman wanita yang mungkin bakal menjadi ex Ebrahim.

"Hayat ... Tolong la pujuk Ebra ... I tau dia tengah marah dan I tak patut pun desak dia untuk jumpa parent I. Tapi, kami dah bercinta dari sekolah kot. Just jumpa je dengan parent I. It’s not a big deal. I pun tak tahu kenapa dia nak marah sangat"  Hampir setengah jam aku melayan panggilan telefon dari Laila. Ebrahim yang sesedap rasa sedang menyelesakan dirinya di atas tilam empukku, ku jeling geram.

"Laila ... Cuba beri dia masa okey. Bagi dia ruang untuk berfikir. I yakin, nanti kalau dia dah bersedia, dia akan call you semula. Okey?" Separuh rela aku memujuk. Ikutkan hati memang malas dah aku nak layan minah ni. Selama ini pun, hubungan kami bukanlah rapat sangat. Tiba-tiba bila ada masalah dengan Ebrahim, aku orang pertama yang dia hubungi. Urrggghhhh!!!

Puas memujuk dalam tiga puluh minit kemudian, akhirnya panggilan berjaya kutamatkan. Terus aku meluru kearah Ebrahim dan tubuhnya aku tampar bertalu-talu. Geram kerana masalah peribadinya pun aku ikut terheret sama. Setelah penat bergomol bergusti akhirnya kami sama-sama terlentang dengan nafas tercungap-cungap. Mujur Umi tidak menyerbu bilikku. Jika tidak memang habis merahlah telinga kami kena piat lagi.

"Along kena settlekan la masalah Along dengan si Laila ni. Sampai bila Along nak mengelak? Kalau Along dah tak nak dengan dia, bagitahulah terus terang" seperti kebiasaannya, aku melontarkan sepatah dua ayat berunsurkan nasihat kepada Along kembarku itu. Ebrahim yang sedang berbaring sambil memandang ke arah syiling di sebelahku aku siku pinggangnya dan dia terus menarikku rapat ke dalam pelukannya dengan lengan sasanya. Aku meronta untuk melepaskan diri namun sia-sia. Akhirnya aku biarkan saja keadaan kami begitu. Lengannya mengepit longgar leherku dan kepalaku selesa berbaring beralaskan bahunya. Kami sama-sama memandang ke syiling kearah kipas yang berputar perlahan. Ebrahim memberikan sebuah ciuman di ubun-ubunku sebelum melepaskan nafas panjang.

"Macamana tadi kat office Umi? Anything interesting?" Aku bermain dengan hujung rambutku sambil mengalih tajuk perbualan kami.

"Nope.Takde apapun yang menarik. Umi nak Along masuk pejabat sementara cuti semester ni. Lepas ni takdelah driver nak hantar Hayat kemana-mana. So, pandai-pandailah kalau nak keluar ye" Ebrahim menyunggingkan senyuman sambil memandang aku sekilas sebelum memandang semula ke syiling.

"Eh, tapi esok Along kena hantar Hayat pergi Ikea! Hayat dah janji nak jumpa si Dania dengan Naz" aku memusingkan tubuh kearah Ebrahim. Mata hazelku kelip-kelipkan dengan bibir kujuihkan sedikit mohon simpati. Ebrahim hanya ketawa melihat usahaku memujuknya.

"Bagitahu Umi. Kalau Umi okey, baru your wish is my command" jawapan Ebrahim membuatkan bibirku bertukar jadi memuncung. Kalau bab nak cakap dengan Umi ni memang aku lemah sikit. Nanti, macam-macam soal jawabnya.

"Along la cakap. Umi kalau dengan Along dia tak banyak sangat soal" Sekali lagi aku kedip-kedipkan mataku pada Ebrahim.

"Okey .. kalau Along tolong Hayat, Hayat tolong Along dapatkan date dengan Dania" Aku tahu yang Ebrahim memang sudah lama menaruh minat dengan salah seorang kawan baikku, Dania sejak dari kami sekolah lagi. Namun kerana dia sedang dalam hubungan dengan Laila, semua itu terpaksa dilupakan.

Seingat aku, pada waktu itu, Laila yang terhegeh-hegeh untuk lebih rapat dengan Ebrahim yang merupakan bintang sukan sekolah manakala Dania pula memang sejenis manusia yang tak ambil kisah sangat tentang lelaki. Atas sebab itulah Ebrahim akhirnya bercinta dengan Laila padahal aku sedia maklum yang dia separuh hati pun melayan laila pada ketika itu. Namun mungkin kerana keprihatinan Laila, Ebrahim bertahan juga sampai sekarang.

"Dania? Dania Ilham?" Soalan Ebrahim membuatkan aku tersenyum lebar sambil mengangguk-anggukan kepala laju. Kami sudah duduk bersila mengadap satu sama lain. Ebrahim mengurut-ngurut dagunya sambil memandangku dengan pandangan yang tersurat. Bibirnya yang menyunggingkan senyuman menyebabkan aku mula risau dengan apa yang terlintas di kepada otak kembarku itu. Keningku mula berkerut seribu.

"Apa kata Hayat adjust dia jadi girlfriend Along, then Along dengan rela hatinya jadi driver Hayat seumur hidup" Terbeliak mata aku mendengar permintaan Ebrahim yang agak beri-betis-nak-peha punya kategori. Tanganku silangkan ke dada dan Ebrahim aku pandang dengan pandangan kau-ni-biar-betul-bro.

"Tolong tamatkan kisah Along dengan Laila dulu boleh tak sebelum gelojoh nak mulakan apa-apa hubungan dengan orang lain?" Pandangan jengkel aku berikan. Risiko untuk Dania menerima Ebrahim sebagai teman lelaki mungkin dalam sepuluh ke dua puluh peratus saja. Namun, risiko untuk Laila menyerang teman baikku itu aku yakin memang dua ratus peratus! Tak pasal aku kena jadi agen PBB pula nanti untuk meleraikan perang antara mereka bertiga.

Tanpa sebarang jawapan Ebrahim bangun dan meninggalkan bilik aku dengan senyum leretnya membuatkan aku keliru sendiri.

"So, esok boleh ke tak hantar Hayat ni?" Aku bertanya inginkan kepastian.

"Tengokla esok. Nighty night sis. Chow!" Kata-kata Ebrahim aku sahut dengan balingan bantal yang tepat mengena ke daun pintu yang pantas dikatupnya membuatkan aku menjerit geram. Dasar pembuli!! Aku tak peduli! Esok, aku heret juga Ebrahim untuk menghantar aku ke Ikea sebelum dia masuk ke pejabat.

Tuesday, January 25, 2022

BROKEN : BAB 3

 "Kas, tolong hantar envelope ni kat Teguh Bina Consultant ye" Biasanya jika ada bungkusan atau surat yang diserahkan oleh Kak Melati, Kas akan menerimanya dengan senyum lebar. Tapi hari ini, apabila mendengar destinasinya membuatkan Kas rasa lemah lutut.

Teguh Bina Consultant.

Anak Syarikat Teguh Bina Sdn Bhd yang diuruskan oleh Dean. Manusia terakhir dalam dunia ini yang ingin dijumpanya. Dia sanggup merentasi lautan antartik melawan ribuan ikan jerung daripada berjumpa Abang Sulung Dafina. Sampai begitu sekali metaforanya untuk meluahkan rasa meluatnya pada Dean.

"Dan pastikan yang sampul ni Encik Dean yang kacak tu sendiri yang terima ye. Jangan bagi kat PA atau receptionist dia" mankin menyesakkan dada rasanya mendengar ayat sambungan dari Kak Melati itu.

"Kacak? Please la kak. Celah mana ntah kacaknya. Beruk kat Zoo Negara tu lagi kacaklah Kak bunga wei" Kas menjuihkan bibir tanda menyampah.

"Kau ni mata bermasalahlah Akak rasa. Muka macam model sepanyol tu kau samakan dengan beruk? Iskhh .. Memang tak patutlah kau ni. Dah! Pergi hantar ni cepat! Nanti, tak memasal Akak kena marah dengan Datuk Sri" Kak Melati mengibaskan-ngibaskan kedua belah tangannya kearah Kas ibarat menghalau ayam gayanya. Kas hanya ketawa dan sampul diambil dari tangan Kak Melati sebelum dia berlalu pergi.

Dean kacak? Kata-kata Kak Melati bermain-main difikirannya. Kalau hendak diikutkan, keluarga Datuk Sri Daud semuanya memang kacak dan lawa. Mungkin kerana kacukan darah keturunan Sepanyol yang diwarisi oleh Datuk Sri Daud dan keturunan Arab dari Datin Sri Addura.

Sekali pandang, keluarga Dafina memang menyerupai keluarga mafia Itali. Ayah yang masih nampak gagah dah kacak walau menghampiri usia 60 tahun. Ibu yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun walau sedikit berisi dan bertudung. Dafina pula, definisi model pan-asian yang membuatkan lelaki berkali-kali menoleh melihatnya. Dani dan Dean pula, disebalik sikap mereka yang menjengkelkan, memang tak dinafikan memang termasuk dalam golongan The Most Eligible Bachalor. Dengan badan yang tegap seperti atlet. Dada bidang dan wajah yang ala-ala model Gerogio Armani. Memang mampu la mencairkan hari sesiapa yang memandangnya. Kecuali Kas. Mungkin kerana hatinya sudah tawar dengan makhluk bernama LELAKI.

30 minit  perjalanan, akhirnya motornya sampai di hadapan bangunan Teguh Bina Consultant. Motor diparkirkan ditempatnya dan dengan beg galas disandangkan kebahu, Kas berlari-lari anak menuju ke lif dan punat nombor 7 ditekan.

Sebaik saja pintu lif di tingkat 7 terbuka, lambat-lambat langkah diatur ke meja penyambut tetamu. Jika diberi pilihan, dia memang malas hendak bertegur sapa dengan gadis kerek bermekap tebal yang sedang menghuni meja yang tertera plak kayu tertulis 'Receptionist' itu.

"Assalammualaikum Lily" lemah lembut dia bersuara. Sengaja cuba mengambil hati gadis kecil molek di hadapannya itu namun wajah masam mencuka yang dipamer menunjukkan yang dia telah gagal.       

"Kau nak apa?" Kasar saja suara itu kedengaran. Muka masih mencuka. Kas garu kepala yang tak gatal. Hilang kata-kata dibuatnya. Punca Lily membencinya mudah. Dia terserempak dengan Kas dan Dean yang sedang bertumbuk di gelanggang latihan tinju di pusat tinju milik Bapanya beberapa bulan yang lalu. Sebab mengapa dia dan Dean bertumbuk juga mudah.

            Mimi perli Kas.

            Kas simbah Mimi dengan jus oren.

            Dean tak puas hati.

            Kas cabar Dean lawan tinju.

            Dean setuju.

            Mereka berlawan.

            Keputusan, Kas menang.

            Dean tak puas hati.

            Kas buat tak peduli.

            Mudah kan?

Tapi, sebab yang lebih jelas mengapa Lily membenci Kas adalah kerana Kas berjaya menghadiahkan tumbukan yang menyebabkan bibir si Dean pecah berdarah dan mukanya dipenuhi luka-luka kecil. Memandangkan Lily memang obses dengan Bosnya itu, maka saat dan tika itu, nama Kas terus diletakkan paling atas dalam senarai manusia yang paling dibenci Lily.

"Bos kau ada? Boleh aku jumpa dia kejap" Perlahan Kas bersuara. Lily ni nampak saja kecil molek tapi kalau menjerit dan mengamuk, Tarzan dan Hulk pun kalah.

"Nak apa kau jumpa dia?" Berkerut-kerut wajah Lily dengan pandangan penuh syak wasangka diberikan kepada Kas.

"Nak bagi surat ni je. Dari Datuk Sri" Kas masih tayang sengih. Entah kenapa, dia memang gerun dengan Lily. Dia ada aura gelap yang mampu membuatkannya merinding seram. Agak hiperbola. Tapi itulah yang Kas rasa.

"Letak je sini. Nanti aku bagi dia" Lily berkata senada sambil tayang muka beku. Tumpuannya sudah pada skrin komputer di hadapannya.

Kas garu kepala lagi.

"Ermm ... Sorry Lily. Surat ni Datuk Sri memang suruh pass direct kat Dean" jelingan Lily membuatkan Kas sesak nafas 2 saat.

"Ikut aku!" Tanpa membuang masa, langkah pantas Lily dikejarnya.

Tiba di hadapan pintu kayu tertera tanda nama 'Dean Datuk Sri Daud - Pengarah Urusan', pintu diketuk dan setelah suara garau mengarahkan untuk masuk kedengaran, Lily berlalu meninggalkan Kas.

"Kalau aku nampak lebam kat muka Encik Dean, nahas kau ye" sempat Lily membisikkan kata-kata ugutan sebelum dia melangkah pergi. Kas menarik nafas lega apabila kelibat Lily tidak lagi kelihatan.

Daun pintu diselak perlahan dan Dean yang sedang tekun menatap helaian kertas di hadapannya terus menyapa pandangan Kas.

"Ehem, ehem!" Cubaan Kas untuk menarik perhatian Dean berjaya apabila dia mengangkatkan wajah. Tapi tidak sampai 2 saat pandangan dijatuhkan semula ke atas helaian kertas ditangannya. Kas sudah mula tayang muka bosan. Menyampah betul dia pada Dean.

"Ni Datuk Sri suruh pass kat awak" tanpa membuang masa, sampul surat sebesar kertas A4 berwarna coklat diletakkan di atas meja di hadapan Dean sebelum dia berpusing cepat-cepat ingin meninggalkan bilik Dean.

"Esok aku nak kau lapor diri kat sini pukul 8.30 pagi" kata-kata tak bernada dari Dean menghentikan tangan Kas dari memulas tombol pintu. Dia memusingkan badan mengadap Dean semula. Dahinya sudah berkerut seribu.

"Excuse me? Lapor diri untuk apa?" Laju saja mulutnya bertanya. Dia sudah berdiri sambil berpeluk tubuh.

Dean meletakkan helaian kertas yang dibeleknya di atas meja dan pandangannya sudah dialihkan pada Kas sambil tubuhnya disandarkan ke kerusi. Dia menarik dan melepaskan nafas panjang sebelum menyambung kata.

"Mama nak aku ambik kau kerja dengan aku"

Sebaris ayat dari Dean membuatkan kerutan di wajah Kas semankin bertambah. Ada riak tidak puas hati ditunjukkan.

"Sorry, not interested" akhirnya Kas bersuara. Dean sudah mula tayang wajah tegang. Rahangnya bergerak-gerak menunjukkan dia sedang mengawal amarahnya.

"Interested or not you don't really have any choice. Esok Despatch baru akan mula bekerja di Syarikat Papa. Kau kena mula lapor diri bekerja di sini esok pagi pukul 8.30 tepat! Its whether here or you don't have any job at all!" Berdesing telinga Kas mendengar kata-kata yang berbaur arahan dan ugutan dari Dean.

"Then I rather quit!" Jangan dicabar seorang yang bernama Lya Kasilda Omar. Dia lebih rela mencari kerja lain dari terpaksa mengadap muka Dean setiap hari. Dia berjalan semula kearah  pintu bersedia untuk pergi dari situ dengan hati yang berdongkol marah.

"Wait!" Langkahnya sekali lagi terhenti apabila lengannya berjaya di capai Dean. Pantas sungguh lelaki itu bergerak. Rasanya tadi, dia masih duduk dikerusinya yang berada agak jauh dari tempat Kas berdiri.

Kas pantas merentap tangannya dari pegangan Dean. Wajah yang tegang di hadapannya dipandang tajam. Dean menarik nafas dalam. Mata dipejamkan dan pangkal hidungnya dipicit. Dia cuba menenangkan diri sebelum bersuara kearah Kas yang sudah berpeluk tubuh sambil tayang muka stoic.

"Jangan degil boleh tak? Mama yang nak sangat kau kerja kat sini. Kebetulan aku memang perlukan HR Officer. Consider that you doing me a favor. Okay?" Nada suara Dean sudah tidak setegang tadi. Kas masih merenung Dean tajam. Cuba mencari keikhlasan dalam kata-kata lelaki tinggi dan gagah bersuit hitam, berkemeja putih dan bertali leher merah putih berbelang di hadapannya ketika ini.

"Kenapa Mama beriya sangat nak saya kerja dalam pejabat ye? Saya enjoy la buat kerja saya sekarang ni. Tak terkongkong" akhirnya Kas bersuara. Perlahan dan tenang. Dia masih enggan menurut permintaan Dean.

"Look. Mama dan Papa dah anggap kau macam anak sendiri. Just ... for once, please, please do as they say. Okay?" Dean masih memujuk. Hendak membuatkan gadis di hadapannya ini semudah itu untuk patuh dengan permintaannya memang agak mustahil. Kerana dia tahu betapa keras kepalanya gadis bernama Lya Kasilda ini.

Kali ini giliran Kas pula menarik nafas dalam dan panjang. Pandangannya di alihkan keluar tingkap kaca di bilik itu. Pandangan menghijau beserta tasik dipandang lama.

"Kau cuba dulu kerja 6 bulan. Kalau kau rasa tak serasi, kau boleh berhenti" Dean cuba berunding dengan memberi Kas pilihan untuk tidak menolak. Kas mengalih pandang kearah Dean semula. Terus ke anak mata coklat gelap lelaki itu.

"Okay. Saya cuba. Untuk Mama dan Papa" Dean menarik nafas lega sebaik saja Kas bersetuju. Dia meraup wajahnya.

"Okay. Ambil ni dan pergi beli pakaian yang sesuai untuk ke pejabat. Aku tak nak kau datang kerja pakai macam ni esok" Dean mencapai dompetnya dan kad kredit Platinum Goldnya diserahkan kepada Kas. Pandangan Kas bersilih ganti antara Kad kredit yang dihulur dengan wajah Dean. Keningnya sudah berkerut.

"Tak apalah. Saya rasa saya mampu lagi beli dengan duit sendiri. I'll see you tomorrow Boss" tanpa mempedulikan Dean yang sudah menaikkan kening dengan wajah terkejut, Kas terus membuka pintu dan melangkah keluar dari bilik Dean.

Sudah sejam Kas dan Dafina berada di butik H&M itu. Campur tolak darab bagi, sudah lebih 10 pasang pakaian yang Kas cuba dan peragakan di hadapan Dafina. Namun, tak ada satu pun yang Dafina berkenan. Ada saja silapnya. Pendek sangatlah. Labuh sangatlah. Kolot sangatlah. Ketat sangatlah. Hampir pengsan Kas dibuatnya dengan sifat cerewet Dafina. Pembantu Jualan yang mengikut mereka pun sudah mula tayang muka bosan.

"Perfect!"

Akhirnya ... Kas menarik nafas lega. Baju yang disarungkan ditubuh lampainya di pandang lagi di hadapan cermin. Baju blaus hijau mint dari kain chiffon dengan bow tie hitam kecil di bahagian leher dipadankan dengan blazer hitam dan seluar slack hitam direnung lama. Rambut panjangnya disanggul tinggi menampakkan lagi gaya korporatnya. Biasa rambutnya disembunyikan di dalam cap dan ditutup dengan hoodie baju sejuknya. Memandangkan dia kini akan bekerja di dalam pejabat, gaya seperti itu bukan lagi menjadi pilihan yang sesuai. Kas tersenyum segaris.

"Okay, one done and nine to go!" Melopong mulut Kas mendengar jeritan halus Dafina yang sudah bergerak ke kaunter bayaran.

Setelah seharian berada di dalam Paradigm Mall itu, dan setelah longgar segala urat tubuh Kas melayan kerenah Dafina, akhirnya 10 pasang baju berjaya juga dibeli. Itupun semuanya dibayar Dafina menggunakan kad kredit Dean. Menyesal Kas rasa kerana mengajak Dafina membantunya membeli-belah. Mereka bergerak balik kurang  10 minit ke pukul 10 malam.

"Malam ni kau tidur rumah aku tau" Kata-kata yang lebih kepada arahan itu diluahkan dengan tumpuannya sepenuhnya pada pemanduan. Kas yang sudah duduk bersandar sambil memejamkan mata dengan berpeluk tubuh diam tak bersuara.

"Wei! Aku cakap dengan kau ni" Peha Kas ditepuk lembut setelah beberapa saat berlalu tanpa balasan. Wajah Kas yang nampak keletihan dipandang sekilas.

"Aku ada pilihan lain ke?" Kata-kata perlahan yang keluar bersama keluhan itu disambut dengan senyum lebar dari Dafina. Setelah bertahun mereka bersahabat, Kas memang sudah masak benar dengan perangainya. Setiap permintaanya mesti dipenuhi walau dengan apa cara sekalipun. Kas yang keras kepalapun akan tewas kalau yang bersuara itu adalah Dafina. Mungkin kerana selama ini Dafina adalah satu-satunya insan yang sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.

Dafina juga tahu tentang kisah silam Kas yang ditinggalkan bapanya di rumah keluarga Makciknya yang sentiasa memberi tekanan emosi padanya. Sedari kecil Kas dilayan umpama orang luar. Walau tidak dikasari secara fizikal tapi kata-kata dari Puan Zalikha, Encik Oman dan dua orang sepupunya, Zahida dan Zureen sentiasa berbaur sindiran dan kutukan.

Pernah satu ketika semasa dalam tahun akhir pembelajarannya di Universiti, selepas balik dari cuti semester, Kas balik ke kampus dengan keadaan tangan berbalut. Puas diasak akhirnya Kas menceritakan yang dia terjatuh dari tangga. Walau tidak diberitahu secara khusus, tapi Dafina dapat menangkap yang ianya pasti angkara sepupu-sepupunya. Samada Zahida atau Zureen. Entah kenapa, kedua-dua mereka memang kerap mendengki dengan Kas. Mungkin sebab penampilan Kas yang kerap menarik perhatian sesiapa saja kemana saja dia pergi terutamanya lelaki. Walaupun dengan imej kasarnya, ramai lelaki yang kerap menunjukkan minat padanya. Oleh kerana tidak mahu membiarkan emosinya terus terdera, sebaik saja memperoleh kerja, Kas terus berpindah keluar dan kini sudah bertahun dia tidak menghubungi keluarga Makciknya itu.

Mereka tiba di rumah keluarga Dafina tepat pukul 11 malam. Hanya lampu di bahagian Foyer saja yang menyala ketika mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Kebiasaannya memang waktu itu Datuk Sri Daud dan Datin Sri Addura sudah masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Ini bukannya kali pertama Kas bermalam di situ. Malah Dafina pernah mempelawanya untuk terus tinggal di situ tapi ditolak oleh Kas dengan alasan dia ingin berdikari. Bab ini Dafina tidak memaksa. Kerana dia tahu Kas tidak selesa sekiranya Dani dan Dean ada di rumah.

Selesai mandi dan menunaikan solat Isyak, Dafina terus memanjat katil dengan mata yang sudah separa terbuka. Kas juga sudah agak mengantuk tapi tekak tiba-tiba rasa dahaga maka dia keluar juga dari bilik tidur dan melangkah menuruni tangga ke dapur.

Malas hendak membuka lampu, dengan bantuan dari pantulan cahaya yang datang dari mesin pengeluar air Coway, dia mencapai gelas dari kabinet dan menadah air sejuk lalu meneguknya perlahan. Habis dua gelas air diteguk, gelas dicuci dan kaki mula melangkah perlahan dengan mata yang sudah memberat.

"Opocot mak kau!"

Hampir gugur jantung Kas dibuatnya apabila tiba-tiba ruang dapur diterangi limpahan cahaya lampu dan beberapa inci darinya berdiri Dean dengan rambut yang serabai hanya mengenakan sweatpant. Dadanya yang tegap dan lebar jelas terserlah dipandangan matanya membuatkan Kas terus jadi segar bungar. Selama beberapa minit pandangannya kaku pada tubuh Dean. Dari dadanya yang tegap ke ketulan six packnya. Kas seolah-olah terpegun. Ini kali pertama dia melihat Dean dalam keadaan sebegitu. Dia menelan liur.

"Why don't you take a photo. It will last longer"

Suara bangun tidur dari Dean yang kedengaran seksi ditelinganya membuatkan Kas terus terleka. Liur ditelan lagi berkali-kali. Dia masih terpegun memandang kearah Dean yang sudah berdiri betul-betul di hadapannya sambil bercekak pinggang. Senyuman senget dari Dean tiba-tiba membuatkan Kas tersedar.

Senyum Dean semankin melebar apabila riak wajah Kas berubah masam dengan hidung dan keduabelah pipinya sedikit kemerahan. Tanpa berkata apa-apa, Kas terus berlalu meninggalkan dapur. Sempat Dean dijeling geram.

"Ya Allah Kas. Kenapa kau tenung dia macam tu? Gila la kau ni! Ya Allah! Malunya, malunya!" Sebaik saja pintu bilik ditutup rapat, Kas memarahi diri sendiri dalam nada keras tapi perlahan. Katil dipanjat perlahan supaya tidak mengejutkan Dafina yang sudah lena dibuai mimpi. Tangannya ditekupkan kemuka yang terasa hangat membakar. Bayangan sesusuk tubuh Dean cuba dipadamkan dari ingatan dengan mengeleng-gelengkan kepala. Apabila tidak berhasil dia membaringkan diri dan bantal ditekupkan kemuka sambil menjerit. "Arrggghhhhhh!!!"

Thursday, January 2, 2020

BROKEN : BAB 2

“SAMPAI hati dia buat aku macam ni Kas. Semua aku dah buat untuk dia. Apa kurangnya aku ni Kas? Apa?” Dia tayang muka bosan. Dah hampir 30 minit dia terpaksa mengadap keluh kesah dan sedu sedan gadis berambut hitam keperangan di hadapannya itu. Gelas berisi jus oren ditangannya sudah hampir habis disedutnya. Itupun dah masuk gelas kedua.

“Aku dah bagitau kan kat kau wahai sayangku Cik Dafina. Si Danial tu jantan tak guna. Suka kikis duit perempuan kaya dan lemah macam kau ni. Tapi, ada kau nak dengar cakap aku? Ada? Untuk kali yang ke 150 juta pun, kau memang tak dengar kan?” Kas menongkat dagu dengan pandangan ditalakan kepada gadis bersolek cantik di hadapannya itu.

“Masalahnya, kau tu, semua lelaki kau kata macam tu” Dafina mendengus sambil mengelap airmatanya. Wajah putih bersih berlesung pipit di hadapannya ditatap geram. Dia bukan tak tahu teman baiknya itu memang anti lelaki.

Bagi seorang Lya Kasilda Omar, lelaki yang baik hanya wujud dalam cerita dongeng. Sejak dari zaman Kolej dia memang begitu. Dengan gaya ala badboynya itu juga, walaupun dengan rambutnya yang panjang mengurai, ramai orang menyangka mereka pasangan kekasih. Euwwwww!!! Minta dijauhkanlah! Mereka mungkin tak sealim mana tapi masing-masing masih waras dan tak sanggup untuk tergolong dalam golongan terlaknat. Nabi tak mengaku umat kot!

“Eh mana ada … Papa kau baik” selamba saja riak Kas menjawab tohmahan Dafina. Jus oren disedut habis.

“Ha ye … Sebab Papa aku amik kau kerja kan” Dafina mencebik. Melayan Kas membuatkan dia terlupa seketika tentang Danial. Teman lelaki yang entah keberapa meninggalkannya setelah beribu duitnya dirembat. 

Kas macam biasa. Hanya tersengih dengan kata-kata teman baiknya itu. Melihat keakraban mereka, pasti mereka sangka Kas memperoleh kerja di Syarikat Bina Tuju atas bantuan Dafina. Tapi hakikatnya, semuanya hanya kebetulan. Setelah 6 bulan bekerja di situ, baru dia tahu Syarikat itu dimiliki oleh Datuk Sri Daud, Papa Dafina. Dan andai benar pun Dafina ingin membantu, pasti bukan jawatan Despatch yang disandang oleh Kas sekarang. Walaupun Mama Dafina, Datin Sri Addura sudah acapkali meminta suaminya menempatkan Kas di jabatan yang lebih sesuai, acapkali juga Kas menolaknya dengan cara baik.

“Oh ya. Malam ni Papa ajak kau dinner kat rumah. Jangan mengelak ye” Sedihnya ditinggalkan kekasih sudah hilang entah kemana. Begitulah selalunya Dafina. Bila putus cinta, pasti Kas yang dicarinya untuk meluahkan rasa. Cukup 30 minit atau paling lama sejam dia menangis dan meratap segala-galanya akan kembali seperti biasa.

“Malas la wei! Angah kau ada kan kat rumah? Kau macam tak tahu aku tak boleh dengan Mat Romeo sendu tu” membayangkan wajah Dani, Abang kedua Dafina itu sudah membuatkannya hilang selera makan. Dalam keadaan dia berimejkan kelelakian ini pun, si Dani tu tak pernah penat cuba masuk jarum. Lemas dia dibuatnya. Menyampah pun ada.

“Ala kau ni. Macam tak biasa kena usik dengan Angah tu. Kau kan pakar poker face. Buat tak tahu je la. Lagipun, Mama aku tu rindu sangat kat kau. Dah lama kau tak lepak kat rumah aku. Pleaaasseeee … For me Kas” Dafina merayu. Muka kucing minta ikan ditayangnya.

“Yalah,yalah. Benci la dia ni. Suka paksa-paksa” Kas akhirnya mengalah. Malas nak berbalah. Penat-penat berbalah pun, Dafina juga yang menang. Bukan dia tak tahu perangai anak perempuan tunggal Datuk Sri Daud tu. She sees, she wants, she gets.

"Eh jap. Along kau ada juga ke? Kalau dia ada, aku minta maaf bebanyak la ye. Aku terpaksa menolak ajakan kau ni sebab mamat stoic tu lagi teruk dari Angah kau" Kas mengikat rambutnya tinggi. Wajah ceria Dafina yang sudah berubah mendung tidak dipedulikannya.

"Aku tak tau la apa masalah korang berdua ni tau. Dari mula kenal sampai sekarang asyik bergaduh je. Ikut hati, dah lama aku suruh Papa dengan Mama kahwinkan korang berdua. To make you feel better, the answer is NO. Along takde malam ni. So you can come with relief" Dafina memusingkan matanya tanda jengkel dengan permusuhan Kas dengan Abang sulungnya.

Dean Datuk Sri Daud. Abang sulung Dafina yang lebih mengjengkelkan Kas daripada Dani. Permusuhan mereka sangat terang dan jelas sehinggakan Papa dan Mama Dafina pun sedia maklum mengenainya.

Akhirnya Kas terpaksa juga akur dengan ajakan Dafina. Sampai bila dia hendak menolak. Datuk Sri Daud dan Datin Sri Addura melayannya terlalu baik untuk disakiti hatinya. Dia dilayan seperti anak sendiri dan itu membuatkan hati beku Kas menjadi cair.

Tepat jam 8 malam, Kas sudah terpacul di hadapan pintu pagar rumah Dafina. Beberapa saat selepas loceng dibunyikan, pintu pagar terbuka luas dan Kas pantas memandu motor vespanya memasuki perkarangan banglo dua tingkat itu. 

"Hai sayang"

Mata Kas sudah berpusing 360 darjah. "Assalammualaikum Dani" sengaja ditekankan ucapan salam itu sambil berjalan melepasi Dani yang memegang daun pintu sambil tayang sengih. Naik menyampah Kas dibuatnya. Kalau tak difikirkan rajuk si Drama Queen Dafina, memang dia takkan jejak kaki ke banglo itu jika Dani dan Dean ada.

"Lya!!!!!" Agak terkejut dibuatnya apabila tubuh lampainya didakap erat seorang wanita bertubuh agak gempal berusia dalam lingkungan 50an yang muncul entah dari mana.

Pffftt ... Kas melepaskan keluhan kecil apabila Mama Dafina memanggilnya Lya. Nama yang sudah lama dikuburkan tapi Datin Sri Addura masih berdegil memanggilnya dengan nama itu walau sudah ditegah jutaan kali. Kas membalas pelukan erat Datin Sri Addura.

"Kenapa mankin kurus ni" wajah kerisauan jelas terukir di wajah yang tak dimamah usia di hadapannya itu. Datin Sri Addura memang begitu. Bukan hanya dengan Kas. Malah ketiga-tiga anaknya akan dilayan seolah-olah mereka semua masih kecil. Terlebih risau dan terlebih melindungi. Itulah dia Datin Sri Addura.

"Mana ada Mama. Sama je berat Lya" nak tak nak, Kas akan membahasakan dirinya Lya. Hanya dengan Mama dan Papa Dafina. Itupun kerana mereka melayannya seperti anak sendiri selama hampir 8 tahun dia bersahabat baik dengan Dafina.

"Nanti-nantilah dengan jejak kasih tu Ma. Jom sayang ... Kita makan. Abang laparlah" tanpa sempat dibantah, Dani sudah meletakkan lengannya di atas bahu Kas dan tubuhnya diheret menuju ke ruang makan. Datin Sri Addura hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai anak bujangnya yang memang suka mengusik Kas.

Lauk malam itu benar-benar membuka selera semua yang ada di meja makan. Nasi Briyani Kambing, ayam masak merah, briyani ayam, acar timun dan papadom. Walau dibantu dengan orang gaji, semua diperisakan sendiri oleh Datin Sri Addura yang memang terkenal dengan kemahiran memasaknya. Kadang-kadang Kas pelik mengapa Dafina tidak mewarisi kemahiran Mamanya. Jangan kata mahir, goreng telur pun boleh hangit. 

"Fina, pergi panggil Along dalam bilik. Ajak makan sekali. Asyik terperuk dalam bilik je sejak balik tengahari tadi. Entah apa dibuatnya" Datuk Sri Daud bersuara sebelum sempat Dafina mencedok ayam masak merah ke dalam pinggannya. Dafina memandang kearah Kas dengan wajah terkejut dan bimbang sekiranya Kas akan bangun dan terus keluar apabila mendengar kata-kata Mamanya itu. Namun Kas hanya tayang muka selamba dan terus melayan Mamanya berbual. Dafina menarik nafas lega.

Kas yang dengan jelas boleh mendengar kata-kata Datin Sri Addura sebenarnya agak terkejut. Namun dia cuba untuk tidak bertindak mengikut emosi. Wajah riang Datin Sri Addura yang sedang bertanyakan bermacam-macam soalannya dengannya dilayan beserta senyuman dibibir. 

"Papa bagitau Mama, ada staff dia kat bahagian Pemasaran baru berhenti. Lya tak nak kerja kat Bahagian Pemasaran ke? Dah 2 tahun kan Lya jadi Despatch kat Syarikat Papa tu?" Nasi yang ditelan terasa berpasir mendengar cadangan Datin Sri Addura. Untuk kesekian kali, dia menyuarakannya. Pelik kerana ada saja pekerja yang 'berhenti' di bahagian itu. Rasa lucu pun ada dengan kegigihan Datin Sri Addura yang ingin dia bekerja di dalam Pejabat. Bibir diketap untuk mengelakkan senyuman terukir dibibirnya.

Semua orang memandang Kas, menunggu jawapannya. Nasi yang baru separuh dikunyah ditelan. Nasib baik tak tersangkut daging kambing di tekaknya.

"Nanti, nanti la Ma. Lya seronok jadi despatch ni. Bebas" dan untuk kesekian kalinya, jawapan itulah yang diberikan. Rambut yang menutup muka disekakan ke belakang telinga. Tanda dia kurang selesa dengan perhatian yang diberikan kepadanya.

"Ala Ma ... Tak payah tanyalah ... Dia ni mesti tak mau sebab kalau kerja kat pejabat, dia kena pakai formal. Tak bolehlah dia nak tunjuk gaya jantannya tu" satu suara yang muncul dari arah belakangnya membuatkan telinga Kas berdesing.

"Dean ... Apa cakap macamtu. Tak elok" lembut tapi tegas suara Datin Sri Addura menegur. Tapi Dean hanya tayang muka sejuk beku sambil mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Sri Daud yang juga berhadapan dengan Kas yang sudah mengecilkan mata memandang kearahnya dengan gigi yang diketap geram.

Dafina yang dapat mengesan suasana tegang antara Kas dan Dean segera meramas lembut tangan Kas yang sudah digenggam kuat di atas peha. Dia sudah sedia maklum yang mereka berdua memang tidak boleh bertemu tanpa bergaduh. Bukan hanya bergaduh mulut. Bertumbuk pun pernah kalau melibatkan Kas dan Dean. Dia sendiri tidak faham dendam apa yang menyebabkan Kas dan Dean tidak boleh duduk aman apabila berada dalam satu ruang yang sama.

"Dean tak jemput Mimi dinner dengan kita ke?" Datin Sri Addura segera mengubah tajuk untuk menceriakan semula suasana. Pinggan yang sudah dicedokkan nasi diletakkan di hadapan Dean.

"That b***h have left me Ma"

Bulat mata semua orang yang ada dimeja makan kecuali Kas. Dia tenang menyuapkan nasi kemulut sambil tersenyum sinis.

Semua terkejut bukan kerana bahasa yang digunakan oleh Dean kerana perkataan seperti itu memang sudah biasa digunakan Dean sekiranya dia benar-benar marah dengan seseorang.

Mereka terkejut kerana Dean dan Mimi Zulaikha, yang merupakan kekasihnya yang entah keberapanya, sudah 3 tahun menjalin hubungan. Rekod paling lama jika hendak dibandingkan hubungannya sebelum ini yang hanya bertahan tak sampai 3 bulan pun.

"Well, she is not the best that you can get. Tapi, apa yang kau dah buat pulak kali ni Long sampai lari si Mimi tu" selamba saja Dani berkata sambil tangannya sibuk mencedok lauk.

Kelihatan Dean mengetap rahangnya menahan marah. Tajam mata helangnya memandang kearah Dani yang menyunggingkan senyuman seperti sengaja mengundang kemarahan Abangnya itu.

"Sudah! Depan rezeki pun nak bertekak. Tak malu ke dengan Lya ni?" Tegas Datuk Sri Daud bersuara. Dia bukan tidak tahu perangai Dani dan Dean. Selagi belum berbalas tumbukan, selagi itu masing-masing tak senang duduk.

Suasana dimeja makan kembali senyap. Masing-masing menikmati hidangan di depan mata tanpa suara. 

Lainkali, untuk makan malam di rumah Dafina, pastikan Dani dan Dean tiada di rumah. Kas membuat nota tepi untuk diri sendiri di dalam kepalanya. Lebih-lebih lagi Dean. Nama itu dihighlight dan dipangkah besar-besar dalam kepalanya.

BROKEN : PROLOG (PENGENALAN)

“AYAH! Tolong jangan tinggal Lya! Ayah! Ayah! Tolong Ayah!!!” bersama dentuman guruh dan curahan air hujan,dia terus mengejar kereta Honda Civic lama yang dipecut laju membelah air deras hujan dan kepekatan malam. ”Ayah …” lemah suaranya selemah langkah kakinya. Kereta yang sudah jauh meninggalkannya dipandang dengan pandangan mata yang dikaburi deraian airmata yang bercampur dengan air hujan. 

Pedih hatinya. Remuk redum perasaannya.Semudah itu insan bergelar Ayah pergi meninggalkannya di rumah orang lain hanya kerana menurut kata Isteri barunya. Sampai hati Ayahnya … Kalaulah Ibu ada lagi … Hatinya terdetik sayu … Di usia semuda 10 tahun dia sudah ditinggalkan oleh insan yang dipanggil Ayah. 

Malam malang itu menyaksikan bermulanya episod pedih buat insan kerdil bernama Lya Kasilda Omar. Dia takkan mengizinkan lagi hatinya disakiti sebegitu lagi. Itu janjinya pada diri sendiri.

15 TAHUN BERLALU …

“Kas! Sampai juga kau kan. Ingat terlajak tidur lagi. Eh, ni jangan lupa hantar tender ni cepat tau! Sebelum pukul 12 tengahari ni dah kena ada atas meja Pegawai tu!” Becok mulut wanita bertudung labuh itu bersuara sebaik saja kelibat gadis tinggi lampai itu memasuki ruang penyambut tetamu.

Sekali pandang, dengan topi keledar dikepala memang tak tahu pun jantina susuk tubuh tinggi lampai itu. Dengan jaket denimnya, beg sandangnya, seluar skinny jeannya, tubuh kurus kedingnya, cincin penuh di jari jemarinya yang runcing, sekali pandang mesti orang ingat si mamat jambu. Set-set jejaka-jejaka ‘cantik’ K-Pop. Namun disebalik semua itu, dengan rambut yang panjang hingga ke pinggang dan raut wajahnya yang comel dengan lesung pipit di kedua belah pipinya, tanpa topi keledar, dia pasti akan menarik perhatian sesiapa saja walaupun perwatakannya agak kelelakian. 

“Ala Kak Bunga … Relaxla … Baru pukul berapa ni. Tak sampai pukul 9 lagi” dengan mulut yang sedang mengunyah chewing gum, susuk yang dipanggil Kas itu bersuara sambil tersenyum lawa. Dia tergelak apabila wanita separuh abad itu sudah memuncungkan mulutnya sambal merenungnya tajam.
“Kau ni kan. Berapa kali akak nak cakap. Nama akak, Melati. Bukan bunga” disabdu habis perkataan ‘Bunga’ itu. Punggung lebarnya dihenyak kekerusi, kasar. Geram benar dia dengan Kas.

“Alololo … Comelnya Kak Bunga ni bila marah. Gewaammm tau kita. Purrrr!!” Kas masih lagi mengusik. Dibuat gaya-gaya kucing gatal. Hampir setahun bekerja sebagai Despatch di Syarikat Teguh Bina Sdn Bhd itu, memang menjadi rutin hariannya untuk menyakat ibu tunggal beranak empat itu.

“Dah la! Malas aku nak layan otak mereng kau tu. Pergi cepat hantar tender ni. Jangan nak bertangguh-tangguh” Kak Melati tayang muka malas-aku-nak-layan sambil menghulurkan sampul surat berisi tender kepada Kas.

“Saya yang menjunjung perintah Puanku” Kas menyambut bungkusan dengan gaya baru mendapat mandat dari Sultan. Tersenyum juga Kak Melati dibuatnya dengan keletah Kas itu.

Kas yang sudah berlalu dipandang tak lepas. Lya Kasilda Omar. Kali pertama gadis itu menyerahkan borang permohonan kerja setahun yang lepas, dia agak terkejut juga apabila melihat pemilik sebaris nama itu. Bila ditanya mengapa jawatan Despatch dipilih walaupun memiliki Ijazah dalam bidang Sumber Manusia, dengan Kepujian pula tu, dia hanya menjawab ringkas. Belum berminat. Memandangkan Syarikat benar-benar memerlukan khidmat Despatch secepat mungkin, dia terus diterima bekerja.

Hari pertama bekerja,nakalnya sudah terserlah. Panggilan Kak Bunga terus digunakan sebaik tahu namanya Melati. Bila ditegah dan dimarah, dia hanya tersengih sambil tayang muka tak bersalahnya. Lama kelamaan, dia jadi lali. Tanpa sedar, Kak Melati menguntumkan senyum apabila teringat semua itu.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template