"Kas, tolong hantar envelope ni kat Teguh Bina Consultant ye" Biasanya jika ada bungkusan atau surat yang diserahkan oleh Kak Melati, Kas akan menerimanya dengan senyum lebar. Tapi hari ini, apabila mendengar destinasinya membuatkan Kas rasa lemah lutut.
Teguh
Bina Consultant.
Anak
Syarikat Teguh Bina Sdn Bhd yang diuruskan oleh Dean. Manusia terakhir dalam
dunia ini yang ingin dijumpanya. Dia sanggup merentasi lautan antartik melawan
ribuan ikan jerung daripada berjumpa Abang Sulung Dafina. Sampai begitu sekali
metaforanya untuk meluahkan rasa meluatnya pada Dean.
"Dan
pastikan yang sampul ni Encik Dean yang kacak tu sendiri yang terima ye. Jangan
bagi kat PA atau receptionist dia" mankin menyesakkan dada
rasanya mendengar ayat sambungan dari Kak Melati itu.
"Kacak?
Please la kak. Celah mana ntah kacaknya. Beruk kat Zoo Negara tu lagi
kacaklah Kak bunga wei" Kas menjuihkan bibir tanda menyampah.
"Kau
ni mata bermasalahlah Akak rasa. Muka macam model sepanyol tu kau samakan
dengan beruk? Iskhh .. Memang tak patutlah kau ni. Dah! Pergi hantar ni cepat!
Nanti, tak memasal Akak kena marah dengan Datuk Sri" Kak Melati
mengibaskan-ngibaskan kedua belah tangannya kearah Kas ibarat menghalau ayam
gayanya. Kas hanya ketawa dan sampul diambil dari tangan Kak Melati sebelum dia
berlalu pergi.
Dean
kacak? Kata-kata Kak Melati bermain-main difikirannya. Kalau hendak diikutkan,
keluarga Datuk Sri Daud semuanya memang kacak dan lawa. Mungkin kerana kacukan
darah keturunan Sepanyol yang diwarisi oleh Datuk Sri Daud dan keturunan Arab
dari Datin Sri Addura.
Sekali pandang, keluarga Dafina memang menyerupai keluarga mafia Itali. Ayah yang masih nampak gagah dah kacak walau menghampiri usia 60 tahun. Ibu yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun walau sedikit berisi dan bertudung. Dafina pula, definisi model pan-asian yang membuatkan lelaki berkali-kali menoleh melihatnya. Dani dan Dean pula, disebalik sikap mereka yang menjengkelkan, memang tak dinafikan memang termasuk dalam golongan The Most Eligible Bachalor. Dengan badan yang tegap seperti atlet. Dada bidang dan wajah yang ala-ala model Gerogio Armani. Memang mampu la mencairkan hari sesiapa yang memandangnya. Kecuali Kas. Mungkin kerana hatinya sudah tawar dengan makhluk bernama LELAKI.
30 minit perjalanan, akhirnya motornya sampai di
hadapan bangunan Teguh Bina Consultant. Motor diparkirkan ditempatnya dan
dengan beg galas disandangkan kebahu, Kas berlari-lari anak menuju ke lif dan
punat nombor 7 ditekan.
Sebaik
saja pintu lif di tingkat 7 terbuka, lambat-lambat langkah diatur ke meja
penyambut tetamu. Jika diberi pilihan, dia memang malas hendak bertegur sapa
dengan gadis kerek bermekap tebal yang sedang menghuni meja yang tertera
plak kayu tertulis 'Receptionist' itu.
"Assalammualaikum
Lily" lemah lembut dia bersuara. Sengaja cuba mengambil hati gadis kecil
molek di hadapannya itu namun wajah masam mencuka yang dipamer menunjukkan yang
dia telah gagal.
"Kau
nak apa?" Kasar saja suara itu kedengaran. Muka masih mencuka. Kas garu
kepala yang tak gatal. Hilang kata-kata dibuatnya. Punca Lily membencinya
mudah. Dia terserempak dengan Kas dan Dean yang sedang bertumbuk di gelanggang
latihan tinju di pusat tinju milik Bapanya beberapa bulan yang lalu. Sebab
mengapa dia dan Dean bertumbuk juga mudah.
Mimi
perli Kas.
Kas
simbah Mimi dengan jus oren.
Dean
tak puas hati.
Kas
cabar Dean lawan tinju.
Dean
setuju.
Mereka
berlawan.
Keputusan,
Kas menang.
Dean
tak puas hati.
Kas
buat tak peduli.
Mudah
kan?
Tapi,
sebab yang lebih jelas mengapa Lily membenci Kas adalah kerana Kas berjaya
menghadiahkan tumbukan yang menyebabkan bibir si Dean pecah berdarah dan
mukanya dipenuhi luka-luka kecil. Memandangkan Lily memang obses dengan Bosnya
itu, maka saat dan tika itu, nama Kas terus diletakkan paling atas dalam
senarai manusia yang paling dibenci Lily.
"Bos
kau ada? Boleh aku jumpa dia kejap" Perlahan Kas bersuara. Lily ni nampak
saja kecil molek tapi kalau menjerit dan mengamuk, Tarzan dan Hulk pun kalah.
"Nak
apa kau jumpa dia?" Berkerut-kerut wajah Lily dengan pandangan penuh syak
wasangka diberikan kepada Kas.
"Nak
bagi surat ni je. Dari Datuk Sri" Kas masih tayang sengih. Entah kenapa,
dia memang gerun dengan Lily. Dia ada aura gelap yang mampu membuatkannya
merinding seram. Agak hiperbola. Tapi itulah yang Kas rasa.
"Letak
je sini. Nanti aku bagi dia" Lily berkata senada sambil tayang muka beku.
Tumpuannya sudah pada skrin komputer di hadapannya.
Kas
garu kepala lagi.
"Ermm
... Sorry Lily. Surat ni Datuk Sri memang suruh pass direct kat
Dean" jelingan Lily membuatkan Kas sesak nafas 2 saat.
"Ikut
aku!" Tanpa membuang masa, langkah pantas Lily dikejarnya.
Tiba
di hadapan pintu kayu tertera tanda nama 'Dean Datuk Sri Daud - Pengarah
Urusan', pintu diketuk dan setelah suara garau mengarahkan untuk masuk
kedengaran, Lily berlalu meninggalkan Kas.
"Kalau
aku nampak lebam kat muka Encik Dean, nahas kau ye" sempat Lily
membisikkan kata-kata ugutan sebelum dia melangkah pergi. Kas menarik nafas
lega apabila kelibat Lily tidak lagi kelihatan.
Daun
pintu diselak perlahan dan Dean yang sedang tekun menatap helaian kertas di
hadapannya terus menyapa pandangan Kas.
"Ehem,
ehem!" Cubaan Kas untuk menarik perhatian Dean berjaya apabila dia
mengangkatkan wajah. Tapi tidak sampai 2 saat pandangan dijatuhkan semula ke
atas helaian kertas ditangannya. Kas sudah mula tayang muka bosan. Menyampah
betul dia pada Dean.
"Ni
Datuk Sri suruh pass kat awak" tanpa membuang masa, sampul surat
sebesar kertas A4 berwarna coklat diletakkan di atas meja di hadapan Dean
sebelum dia berpusing cepat-cepat ingin meninggalkan bilik Dean.
"Esok
aku nak kau lapor diri kat sini pukul 8.30 pagi" kata-kata tak bernada
dari Dean menghentikan tangan Kas dari memulas tombol pintu. Dia memusingkan
badan mengadap Dean semula. Dahinya sudah berkerut seribu.
"Excuse
me? Lapor diri untuk apa?" Laju saja mulutnya bertanya. Dia sudah
berdiri sambil berpeluk tubuh.
Dean
meletakkan helaian kertas yang dibeleknya di atas meja dan pandangannya sudah
dialihkan pada Kas sambil tubuhnya disandarkan ke kerusi. Dia menarik dan
melepaskan nafas panjang sebelum menyambung kata.
"Mama
nak aku ambik kau kerja dengan aku"
Sebaris
ayat dari Dean membuatkan kerutan di wajah Kas semankin bertambah. Ada riak
tidak puas hati ditunjukkan.
"Sorry,
not interested" akhirnya Kas bersuara. Dean sudah mula tayang wajah
tegang. Rahangnya bergerak-gerak menunjukkan dia sedang mengawal amarahnya.
"Interested
or not you don't really have any choice. Esok Despatch baru akan
mula bekerja di Syarikat Papa. Kau kena mula lapor diri bekerja di sini esok
pagi pukul 8.30 tepat! Its whether here or you don't have any job at all!"
Berdesing telinga Kas mendengar kata-kata yang berbaur arahan dan ugutan dari
Dean.
"Then
I rather quit!" Jangan dicabar seorang yang bernama Lya Kasilda Omar.
Dia lebih rela mencari kerja lain dari terpaksa mengadap muka Dean setiap hari.
Dia berjalan semula kearah pintu
bersedia untuk pergi dari situ dengan hati yang berdongkol marah.
"Wait!"
Langkahnya sekali lagi terhenti apabila lengannya berjaya di capai Dean. Pantas
sungguh lelaki itu bergerak. Rasanya tadi, dia masih duduk dikerusinya yang
berada agak jauh dari tempat Kas berdiri.
Kas
pantas merentap tangannya dari pegangan Dean. Wajah yang tegang di hadapannya
dipandang tajam. Dean menarik nafas dalam. Mata dipejamkan dan pangkal
hidungnya dipicit. Dia cuba menenangkan diri sebelum bersuara kearah Kas yang
sudah berpeluk tubuh sambil tayang muka stoic.
"Jangan
degil boleh tak? Mama yang nak sangat kau kerja kat sini. Kebetulan aku memang
perlukan HR Officer. Consider that you doing me a favor. Okay?"
Nada suara Dean sudah tidak setegang tadi. Kas masih merenung Dean tajam. Cuba
mencari keikhlasan dalam kata-kata lelaki tinggi dan gagah bersuit hitam,
berkemeja putih dan bertali leher merah putih berbelang di hadapannya ketika
ini.
"Kenapa
Mama beriya sangat nak saya kerja dalam pejabat ye? Saya enjoy la buat
kerja saya sekarang ni. Tak terkongkong" akhirnya Kas bersuara. Perlahan
dan tenang. Dia masih enggan menurut permintaan Dean.
"Look.
Mama dan Papa dah anggap kau macam anak sendiri. Just ... for once, please,
please do as they say. Okay?" Dean masih memujuk. Hendak membuatkan
gadis di hadapannya ini semudah itu untuk patuh dengan permintaannya memang
agak mustahil. Kerana dia tahu betapa keras kepalanya gadis bernama Lya Kasilda
ini.
Kali
ini giliran Kas pula menarik nafas dalam dan panjang. Pandangannya di alihkan
keluar tingkap kaca di bilik itu. Pandangan menghijau beserta tasik dipandang
lama.
"Kau
cuba dulu kerja 6 bulan. Kalau kau rasa tak serasi, kau boleh berhenti"
Dean cuba berunding dengan memberi Kas pilihan untuk tidak menolak. Kas
mengalih pandang kearah Dean semula. Terus ke anak mata coklat gelap lelaki
itu.
"Okay.
Saya cuba. Untuk Mama dan Papa" Dean menarik nafas lega sebaik saja Kas
bersetuju. Dia meraup wajahnya.
"Okay.
Ambil ni dan pergi beli pakaian yang sesuai untuk ke pejabat. Aku tak nak kau
datang kerja pakai macam ni esok" Dean mencapai dompetnya dan kad kredit Platinum
Goldnya diserahkan kepada Kas. Pandangan Kas bersilih ganti antara Kad
kredit yang dihulur dengan wajah Dean. Keningnya sudah berkerut.
"Tak
apalah. Saya rasa saya mampu lagi beli dengan duit sendiri. I'll see you
tomorrow Boss" tanpa mempedulikan Dean yang sudah menaikkan kening
dengan wajah terkejut, Kas terus membuka pintu dan melangkah keluar dari bilik
Dean.
Sudah
sejam Kas dan Dafina berada di butik H&M itu. Campur tolak darab bagi,
sudah lebih 10 pasang pakaian yang Kas cuba dan peragakan di hadapan Dafina.
Namun, tak ada satu pun yang Dafina berkenan. Ada saja silapnya. Pendek
sangatlah. Labuh sangatlah. Kolot sangatlah. Ketat sangatlah. Hampir pengsan
Kas dibuatnya dengan sifat cerewet Dafina. Pembantu Jualan yang mengikut mereka
pun sudah mula tayang muka bosan.
"Perfect!"
Akhirnya
... Kas menarik nafas lega. Baju yang disarungkan ditubuh lampainya di pandang
lagi di hadapan cermin. Baju blaus hijau mint dari kain chiffon dengan
bow tie hitam kecil di bahagian leher dipadankan dengan blazer hitam
dan seluar slack hitam direnung lama. Rambut panjangnya disanggul tinggi
menampakkan lagi gaya korporatnya. Biasa rambutnya disembunyikan di dalam cap
dan ditutup dengan hoodie baju sejuknya. Memandangkan dia kini akan
bekerja di dalam pejabat, gaya seperti itu bukan lagi menjadi pilihan yang
sesuai. Kas tersenyum segaris.
"Okay, one done and nine to go!" Melopong mulut Kas mendengar jeritan halus Dafina yang sudah bergerak ke kaunter bayaran.
Setelah
seharian berada di dalam Paradigm Mall itu, dan setelah longgar segala urat
tubuh Kas melayan kerenah Dafina, akhirnya 10 pasang baju berjaya juga dibeli.
Itupun semuanya dibayar Dafina menggunakan kad kredit Dean. Menyesal Kas rasa
kerana mengajak Dafina membantunya membeli-belah. Mereka bergerak balik
kurang 10 minit ke pukul 10 malam.
"Malam
ni kau tidur rumah aku tau" Kata-kata yang lebih kepada arahan itu
diluahkan dengan tumpuannya sepenuhnya pada pemanduan. Kas yang sudah duduk
bersandar sambil memejamkan mata dengan berpeluk tubuh diam tak bersuara.
"Wei!
Aku cakap dengan kau ni" Peha Kas ditepuk lembut setelah beberapa saat
berlalu tanpa balasan. Wajah Kas yang nampak keletihan dipandang sekilas.
"Aku ada pilihan lain ke?"
Kata-kata perlahan yang keluar bersama keluhan itu disambut dengan senyum lebar
dari Dafina. Setelah bertahun mereka bersahabat, Kas memang sudah masak benar
dengan perangainya. Setiap permintaanya mesti dipenuhi walau dengan apa cara
sekalipun. Kas yang keras kepalapun akan tewas kalau yang bersuara itu adalah
Dafina. Mungkin kerana selama ini Dafina adalah satu-satunya insan yang
sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.
Dafina juga tahu tentang kisah silam
Kas yang ditinggalkan bapanya di rumah keluarga Makciknya yang sentiasa memberi
tekanan emosi padanya. Sedari kecil Kas dilayan umpama orang luar. Walau tidak
dikasari secara fizikal tapi kata-kata dari Puan Zalikha, Encik Oman dan dua
orang sepupunya, Zahida dan Zureen sentiasa berbaur sindiran dan kutukan.
Pernah satu ketika semasa dalam
tahun akhir pembelajarannya di Universiti, selepas balik dari cuti semester,
Kas balik ke kampus dengan keadaan tangan berbalut. Puas diasak akhirnya Kas
menceritakan yang dia terjatuh dari tangga. Walau tidak diberitahu secara
khusus, tapi Dafina dapat menangkap yang ianya pasti angkara sepupu-sepupunya.
Samada Zahida atau Zureen. Entah kenapa, kedua-dua mereka memang kerap
mendengki dengan Kas. Mungkin sebab penampilan Kas yang kerap menarik perhatian
sesiapa saja kemana saja dia pergi terutamanya lelaki. Walaupun dengan imej
kasarnya, ramai lelaki yang kerap menunjukkan minat padanya. Oleh kerana tidak
mahu membiarkan emosinya terus terdera, sebaik saja memperoleh kerja, Kas terus
berpindah keluar dan kini sudah bertahun dia tidak menghubungi keluarga
Makciknya itu.
Mereka tiba di rumah keluarga Dafina
tepat pukul 11 malam. Hanya lampu di bahagian Foyer saja yang menyala
ketika mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Kebiasaannya memang waktu itu
Datuk Sri Daud dan Datin Sri Addura sudah masuk ke dalam bilik tidur mereka.
Ini bukannya kali pertama Kas
bermalam di situ. Malah Dafina pernah mempelawanya untuk terus tinggal di situ
tapi ditolak oleh Kas dengan alasan dia ingin berdikari. Bab ini Dafina tidak
memaksa. Kerana dia tahu Kas tidak selesa sekiranya Dani dan Dean ada di rumah.
Selesai mandi dan menunaikan solat
Isyak, Dafina terus memanjat katil dengan mata yang sudah separa terbuka. Kas
juga sudah agak mengantuk tapi tekak tiba-tiba rasa dahaga maka dia keluar juga
dari bilik tidur dan melangkah menuruni tangga ke dapur.
Malas hendak membuka lampu, dengan
bantuan dari pantulan cahaya yang datang dari mesin pengeluar air Coway, dia
mencapai gelas dari kabinet dan menadah air sejuk lalu meneguknya perlahan.
Habis dua gelas air diteguk, gelas dicuci dan kaki mula melangkah perlahan
dengan mata yang sudah memberat.
"Opocot mak kau!"
Hampir gugur jantung Kas dibuatnya
apabila tiba-tiba ruang dapur diterangi limpahan cahaya lampu dan beberapa inci
darinya berdiri Dean dengan rambut yang serabai hanya mengenakan sweatpant.
Dadanya yang tegap dan lebar jelas terserlah dipandangan matanya membuatkan Kas
terus jadi segar bungar. Selama beberapa minit pandangannya kaku pada tubuh
Dean. Dari dadanya yang tegap ke ketulan six packnya. Kas seolah-olah
terpegun. Ini kali pertama dia melihat Dean dalam keadaan sebegitu. Dia menelan
liur.
"Why don't you take a photo.
It will last longer"
Suara bangun tidur dari Dean yang
kedengaran seksi ditelinganya membuatkan Kas terus terleka. Liur ditelan lagi
berkali-kali. Dia masih terpegun memandang kearah Dean yang sudah berdiri
betul-betul di hadapannya sambil bercekak pinggang. Senyuman senget dari Dean
tiba-tiba membuatkan Kas tersedar.
Senyum Dean semankin melebar apabila
riak wajah Kas berubah masam dengan hidung dan keduabelah pipinya sedikit
kemerahan. Tanpa berkata apa-apa, Kas terus berlalu meninggalkan dapur. Sempat
Dean dijeling geram.
"Ya Allah Kas. Kenapa kau
tenung dia macam tu? Gila la kau ni! Ya Allah! Malunya, malunya!" Sebaik
saja pintu bilik ditutup rapat, Kas memarahi diri sendiri dalam nada keras tapi
perlahan. Katil dipanjat perlahan supaya tidak mengejutkan Dafina yang sudah
lena dibuai mimpi. Tangannya ditekupkan kemuka yang terasa hangat membakar.
Bayangan sesusuk tubuh Dean cuba dipadamkan dari ingatan dengan
mengeleng-gelengkan kepala. Apabila tidak berhasil dia membaringkan diri dan
bantal ditekupkan kemuka sambil menjerit. "Arrggghhhhhh!!!"
0 comments:
Post a Comment