“APA???Bila????”
Pandangan
Tengku Reza yang sedari tadi leka diskrin Komputer Ribanya segera berpaling
kearah Trista yang sedang menjawab telefon di Balkoni bilik tidur mereka.
Langkah kaki segera diatur kearah isterinya itu.
Tanpa
pengetahuan sesiapa, sebenarnya, semenjak dari hari dia mengajak Trista tidur
di atas katil yang sama, Tengku Reza sudah mula mengingat semuanya tentang
kemalangan yang berlaku ke atasnya dan juga tentang perjanjian antaranya dan
Trista.
Namun,
dia hendak melihat sejauh mana sabarnya Trista dapat melayan kerenahnya. Oleh
kerana itulah dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya melayan lakonan tidur
ala-ala Rambo Trista semata-mata ingin melihat helah apa yang akan dilakukan
oleh gadis itu untuk mengelak dari pelukannya.
Ingin
membuat lebih dari itu dia belum cukup berani. Penangan tolakkan tangkas dari
Trista yang membuatnya terperosok di atas lantai saja sudah cukup membuatnya
gerun. Rasa perit di tulang punggungnya masih terasa lagi.
Tangisan
kecil yang kedengaran mengembalikan Tengku Reza ke dunia yang nyata.
“Kenapa
ni Sayang?” Pantas saja tubuh Trista dipalingkan kearahnya dan pipi yang sudah
dibasahi dengan airmata itu dikesat lembut.
“Babah
… Babah … “Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Trista. Matanya sayu
menatap wajah Tengku Reza yang tenang menunggunya bersuara. Terpamer riak
kerisauan di wajah kacak itu.
“Kenapa
dengan Babah? Cuba Sayang bawa bertenang, tarik nafas, then hembus perlahan-lahan. Come,
kita duduk dulu” Perlahan tubuh Trista yang longlai dipapah duduk di atas Sofa
bed di dalam bilik mereka. Trista cuba menenangkan dirinya dan nafas
perlahan-lahan ditarik dan dihembus.
“Now, tell me. Kenapa dengan Babah?”
Lembut soalan diajukan setelah wajah Trista sudah agak tenang.
“Babah
kena admit kat Hospital. Fik bagitau
yang Doktor kata kena buat pembedahan secepat mungkin. Kalau tak …” Airmata
kembali bergenang di birai matanya.
Dia
sudah tidak peduli untuk menangis meraung di hadapan Tengku Reza. Fikirannya
sekarang hanya pada keadaan Ayahnya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di
Institut Jantung Negara. Mujur sewaktu bapanya pengsan, adiknya Taufik sudah
balik dari Sekolah. Jika tidak, tak tahulah bagaimana agaknya.
“Shuuu
… Its Okay Sayang … Jangan risau.
Sayang pergi bersiap, then kita terus
ke IJN. Nanti apa-apa, biar Abang yang bincang dengan Doktor” Tengku Reza masih
bersuara tenang. Seingatnya, Trista memang ada memberitahu mengenai keadaan
kesihatan Bapa Mertuanya yang sememangnya memerlukan pembedahan segera. Atas
sebab itu jugalah termeterai perjanjian perkahwinan antara mereka berdua.
Trista
akur. Pantas dia bersiap dan tidak sampai sejam, mereka berdua sudah di dalam
kereta yang dipandu Tengku Reza menuju ke Institut Jantung Negara yang terletak
di Jalan Tun Razak.
“Fik!!
Babah macamana? Apa Doktor cakap? Babah dah sedar ke belum?” ternampak saja
kelibat Taufik di ruang menunggu, bertubi-tubi soalan diajukan. Wajahnya yang
sudah basah disimbahi air mata langsung tak dipedulikan. Tengku Reza yang
berdiri di sebelahnya Trista langsung tak terkata apa lagi. Dia tahu betapa
gundahnya perasaan isterinya saat itu.
“Buat
masa sekarang, Doktor kata Babah stabil. Tapi …” Kata-kata Taufik terputus
apabila rasa sebak memenuhi segenap ruang penafasannya. Airmatanya turut
menitik. Pantas tubuh kurus tinggi lampai itu didakap Trista erat. Kedua
beradik itu tenggalam dalam esakan tangis yang sayu. Tengku Reza hanya mampu
menjadi pemerhati.
-----------------
“BAIK
Nenda” punat merah ditekan dan wajah Trista yang masih sungul di sebelahnya
ditatap.
“Nenda
kirim salam. Dia cakap suruh uruskan pembedahan Babah secepat mungkin. Pasal
kos rawatan tu, Sayang tak payah risau. Nenda akan tanggung semuanya” lembut
bicara dituturkan. Sedih dia menatap wajah isterinya yang layu tak bermaya.
Semenjak
mereka sampai pagi tadi, Trista langsung tidak menjamah apa-apa. Puas dipujuk
Taufik dan Tengku Reza. Namun, dia masih begitu. Diam tak berbahasa dan hanya
menggelengkan kepala apabila disuakan makanan ataupun minuman.
Mendengar
mengenai kos rawatan laju dia menghampiri Tengku Reza.
“Nenda
nak tanggung kos rawatan Babah?” Serba salah dia bertanya. Tiba-tiba teringat
perjanjiannya dengan Tengku Reza.
“Ya
Sayang. Kenapa? Ada masalah ke?” Tengku Reza sudah dapat mengagak apa yang ada
difikiran Trista. Namun, dia tak boleh berkata apa-apa memandangkan Trista
belum tahu mengenai ingatannya yang sudah hampir pulih itu.
“Tak
… Tapi … Kita … Hmmmm …”Trista kehilangan kata-kata. Hendak ditolak, keadaan
Ayahnya yang sedang kritikal membuatkannya tiada pilihan. Tapi, jika dia
menerima, bukankah kelihatan seperti dia mengambil kesempatan di atas keadaan
Tengku Reza sekarang ini?
“Dah.
Jangan fikir banyak sangat. Sayang boleh relax
sikit sekarang. Biar Abang yang uruskan semuanya dengan Doktor. Makan roti
dengan air kotak tu. You wait here.
Abang pergi jumpa Doktor sekarang” Dahi Trista dikucup lembut sebelum Tengku
Reza berlalu menuju ke bilik Doktor. Trista hanya mampu menatap sayu.
--------------
Pembedahan
Pak Halim telah dijadualkan untuk dilakukan pada bulan hadapan. Doktor perlu
membuat beberapa pemeriksaan lanjut sebelum dapat menentukan jenis pembedahan bypass yang boleh dilakukan berdasarkan
keadaan kesihatan Pak Halim yang terkini.
Setelah
2 minggu menjaga Ayahnya di Hospital seorang diri, akhirnya Tengku Reza berjaya
juga memujuk Trista untuk bergilir dengan yang lain untuk menjaga Pak Halim.
Malam
itu giliran Taufik menjaga Pak Halim memandangkan cuti sekolah sudah bermula.
Tania pula untuk sementara ini duduk bersama Trista.
Sesampainya
di rumah, setelah menjenguk Tania di biliknya, Trista terus membersihkan diri
sebelum menunaikan solat Isyak berimamkan Tengku Reza. Semenjak Pak Halim
dimasukkan ke Hospital, Tengku Reza semankin rajin mengimamkan Solat dan tanpa
pengetahuan Trista, dia juga turut menyertai kelas Agama di Masjid Wilayah sekiranya
berkelapangan.
Selesai
solat, Trista yang sedang berdiri di balkoni sambil memicit-micit bahunya yang
terasa lenguh dihampiri Tengku Reza.
“Sayang,
don’t worry so much okay. Babah
stabil dah kan? Dah masuk wad biasa pun. Doktor dengan Nurse pun selalu ada untuk monitor
keadaan Babah sebelum pembedahan nanti” Tengku Reza bersuara sambil keduabelah
tangannya sudah mendarat di atas bahu Trista dan bahu isterinya itu diurut
lembut. Trista hanya membiarkan. Terasa nyaman terasa sentuhan lembut itu dibahunya.
“Tris
dah takde sesiapa lagi selain Babah kat dunia ni” sayu saja Trista bersuara.
Airmatanya jatuh lagi untuk kesekian kalinya. Pilu hatinya apabila memikirkan
hidup tanpa seorang Ayah disisi.
Tengku
Reza memalingkan tubuh Trista kearahnya. Airmata yang berjujuran jatuh dipipi
isterinya itu diseka lembut. Dahi Trista dikucup penuh kasih.
“Kenapa
Sayang cakap macam tu? Sayang masih ada Abang, Nenda, Taufik dengan Tania kan?
Kami semua sayangkan Sayang” Tubuh Trista dirangkul ke dalam pelukannya. Trista
turut membalas pelukan itu. Wajahnya disembamkan kedada bidang Tengku Reza dan
esakannya kedengaran lagi. Kali ini Tengku Reza hanya membiarkan sambil
mengelus rambut Trista perlahan.
Malam
itu untuk pertama kalinya Trista tidur dalam pelukan Tengku Reza. Terasa diri
dilindungi dan disayangi.
Malam
itu juga tertunai tanggungjawab batin diantara Trista dan Tengku Reza.
Segalanya berlaku dalam suasana penuh kasih sayang dan kerelaan. Tanpa ada
sebarang paksaan. Untuk pertama kalinya juga Tengku Reza menerima kenyataan
yang hatinya memang sudah jatuh sayang kepada isterinya itu.
---------
Setelah
melalui beberapa fasa pemeriksaan, akhirnya pembedahan ke atas Pak Halim
berjaya juga dilaksanakan dan genap 3 bulan selepas pembedahan, Puan Sri Mariam
mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Walau sudah puas ditolak oleh Pak
Halim kerana berasa terlalu banyak terhutang budi, Puan Sri Mariam tetap
berkeras juga. Akhirnya Pak Halim mengalah juga.
“Tris,
tolong panggilkan Rez sekejap. Ada kawannya datang nak melawat dia ni” Bahu
Trista yang sedang sibuk membasuh pinggan disinki diusap lembut oleh Puan Sri
Mariam. Walau sudah puas ditegah, isteri cucunya itu tetap ligat ke sana kemari
membantu tugasan di dapur sehingga Puan Sri Mariam tidak mampu menegah lagi.
“Yela
Nenda. Nanti Tris panggilkan ye” Trista mengesat tangannya yang basah dengan
tuala pengelap di sebelah sinki sebelum berlalu ke bilik bacaan di tingkat atas
dimana suaminya berada. Sejak habis bacaan doa selamat tadi, Tengku Reza telah
memaklumkan padanya yang dia akan berada di bilik bacaan bersama Ebit dah
Kashah kerana ada hal berkaitan kerja yang perlu dibincangkan.
“…
Biar betul kau ni Rez! Takkan Tris tak tahu lagi?” Tangan yang baru hendak
mengetuk pintu bilik bacaan yang sedikit terbuka terhenti serta-merta apabila
terdengar namanya disebut. Hatinya tergerak untuk terus mencuri dengar.
“Aku
nak tengok sejauh mana dia boleh handle
perangai aku la Bro. Relax la. Nanti
aku bagitau la dia” terdengar deraian tawa ketiga-tiga mereka di dalam bilik.
Semankin berminat Trista hendak mendengar intipati perbualan tiga sahabat tu.
“Eh,
Nenda kau dah tau ke?” Kedengaran suara Ebit mendatar setelah tawa mereka reda.
“Nenda
aku dah tau. Aku bagitau semua kat dia lepas Ayah Mertua aku kena heart attack hari tu. Mula-mula teruk juga la aku kena
bebel. Tapi, bila aku explain pasal
situasi Ayah Tris dan keadaan hubungan aku dengan Nelly masa tu, at last dia boleh juga terima” selamba
saja kedengaran suara Tengku Reza menyahut.
“Nasib
baik kau tak kena halau dengan Nenda kau weeyy! Mau kau jadi gelandangan
kehormat“ Tawa mereka bertiga pecah lagi mendengar kata-kata Kashah.
“Tapi
kesian la kat Tris tu. Tak baik la kau tipu dia Rez.” Kedengaran Ebit bersuara
lagi.
“Ala
… Aku bukan buat apa pun kat dia. Lagipun, dia juga yang untung kan. Kos
rawatan Ayah dia Nenda aku dah langsaikan. Duit ganjaran dia masih tak terusik
lagi. So? Nothing to lose laaa” suara Tengku Reza pula kedengaran.
“Duit
tu memang la tak terusik, tapi Tris tu yang dah kau usik kan? Nanti kalau kau
lepaskan dia, susah dia nak cari suami lain tau!” Berdesing telinga Trista
mendengar kata-kata dari Kashah itu.
Maknanya,
selama ini, ingatan Tengku Reza sudah pulih sepenuhnya?Maknanya, selama ini,
dia hanya diperbodohkan???
Airmatanya
sudah mula merembes keluar. Dada sudah mula sesak dengan seribu satu rasa yang
tak terungkap dengan kata-kata. Ikut rasa marahnya, hendak saja bilik itu
diterjah dan ketiga-tiga sahabat itu dikerjakan cukup-cukup.
Tapi
dia memilih untuk berlalu dari situ. Kunci kereta dan tas tangan di dalam bilik
tidurnya ditingkat yang sama segera dicapai dan perlahan-lahan dia menyusup
keluar menuju kekereta Mini Cooper kuning yang dihadiahkan oleh Tengku Reza
bulan lepas.
Kereta
dipandu laju menuju kearah yang dia sendiri tidak pasti. Dia hanya ingin lari
jauh dari komplot pembohongan yang telah dilakukan ke atasnya. Rasa diri
benar-benar telah dikhianati oleh orang-orang yang dipercayainya. Jika hanya
Tengku Reza sahaja tidaklah sesakit ini. Tapi, kenapa Nenda???
Disaat
diri sudah mula benar-benar menerima dan menyayangi Tengku Reza sepenuh hati
tiba-tiba ini pula yang terjadi. Mengapa tidak berterus terang saja padanya?
Kenapa perlu menyembunyikan kenyataan yang selama ini Tengku Reza telah pulih
sepenunya dan rahsia perkahwinan mereka telah diketahui Nenda? Kenapa??? Trista
benar-benar kecewa.
---------
Sudah
sebulan Trista menghilangkan diri. Puas Tengku Reza dan Puan Sri Mariam serta
Pak Halim mencari ke sana kemari. Hendak dilaporkan kepada pihak Polis pantas
ditegah Tengku Reza kerana dia yakin Trista bukan diculik kerana tas tangan dan
keretanya yang turut tiada menunjukkan yang Trista menghilangkan diri atas
kehendaknya. Pak Halim dan Puan Sri Mariam hanya akur.
Apa
yang termampu dilakukan oleh mereka adalah mengupah penyiasat persendirian dan
berdoa.
Tengku
Reza sudah sebulan berada di rumah Pak Halim. Dia mahu sekiranya rumah itu yang
dituju Trista, dia menjadi antara orang pertama yang menyambutnya. Dia ingin
tahu kenapa Trista meninggalkan mereka secara tiba-tiba begitu.
Badan
yang terasa amat lelah dihempaskan ke atas sofa empuk diruangan tamu Puan Sri
Mariam. Selepas kenduri doa selamat yang berlangsung sebulan yang lepas, ini
pertama kali Tengku Reza menjejak kaki ke rumah Nendanya.
“Tak
ada apa-apa berita lagi ke Rez” Wajah sungul Puan Sri Mariam ditatap sayu. Dia
tahu Nendanya itu sudah sangat mengasihi dan merindui isterinya. Dia mengeleng
lemah.
“Nenda
tak faham apa yang dah jadi. Kali terakhir Nenda jumpa Tris, elok je dia. Masa
Nenda suruh panggilkan Rez malam tu pun mukanya takde tunjuk apa-apa tanda yang
dia merajuk ke apa” Puan Sri Mariam bersuara lagi. Masih tidak faham mengapa
Trista tiba-tiba boleh menghilangkan diri.
Mendengar
ayat terakhir Nendanya, pantas saja
tubuhnya tegak sembilan puluh darjah.
“Apa
Nenda cakap tadi? Nenda suruh Tris panggil Rez? Bila? Malam tu ke?” Wajah
Nendanya ditatap dengan pandangan yang agak terkejut. Berkerut dahi Puan Sri
Mariam melihat reaksi Tengku Reza itu.
“Yela
… Nenda suruh dia panggil Rez, tapi tengok-tengok dengan dia-dia sekali tak
muncul dah lepas tu” mendengar jawapan
Puan Sri Mariam, terus tertera riak kecewanya.
“Kenapa
Rez? Ada apa-apa jadi ke masa Tris panggilkan Rez malam tu?” Puan Sri Mariam
masih tak mengerti.Lagi-lagi melihat kekeruhan diwajah Tengku Reza yang agak
tidak terurus dengan jambang yang mula tumbuh.
“Kenapa
Nenda tak cerita benda ni kat Rez sebelum ni?” wajah keliru Nendanya ditatap.
“Nenda
pun tak ingat Rez. Ni baru Nenda teringat. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke malam
tu?” Puan Sri Mariam menyoal semula.
“Nenda
… I think I know why Tris run away”
perlahan dia bersuara. Wajahnya diraup lemah. Rambutnya yang sudah mula panjang
diseka ke belakang.
Teringatkan
perbualan antaranya dengan Ebit dan Kashah malam itu, dia yakin yang Trista
mendengarnya. Tapi mengapa dia harus lari? Mengapa tidak diserangnya saja
mereka bertiga? Dia lebih rela begitu daripada ditinggalkan Trista dengan cara
begini.
Baru
saja Puan Sri Mariam hendak bersuara kedengaran bunyi telefon Tengku Reza
berlagu minta diangkat.
Melihat
nama yang tertera diskrin telefonnya, pantas saja punat hijau ditekan.
“Assalalammualaikum
Bah”
“Kat
rumah Nenda”
“Yeke
Bah?!”
“
Dia okay ke Bah? Sihat?”
“Yela
… saya datang sekarang”
“Kenapa
Rez? Tris dah balik ke?” tanpa menunggu lama, Puan Sri Mariam terus menyoal
sebaik saja Tengku Reza menamatkan perbualan telefonnya.
“Alhamdulillah
Nenda. Babah cakap Tris dah balik ke rumah. Sekarang ni dia tengah tidur. Rez
kena gerak sebelum dia jaga. Nanti dia tau Rez nak datang dia lari lagi pula.
Nanti bila semua dah selesai, Rez cerita dengan Nenda ye” Kedua belah pipi Puan
Sri Mariam dikucup sebelum dia berlalu pergi.
Tiba
di rumah Pak Halim, setelah bersalaman dan mendengar cerita ringkas dari Bapa
Mertuanya itu Tengku Reza terus menuju ke bilik Trista. Mujur pintu tidak
berkunci. Perlahan-lahan pintu dibuka dan ditutup semula. Langkah diatur
perlahan menuju ke katil. Wajah Trista yang nampak keletihan ditatap penuh
kerinduan.
Dengan
penuh hati-hati dia melabuhkan punggung dibirai katil. Pipi yang agak cengkung
itu diusap penuh kasih.
Trista
yang merasa pipinya disentuh perlahan-lahan membuka matanya. Terus tegak
badannya apabila terpandang Tengku Reza
di hadapan matanya.
“Awak
…. Awak buat apa kat sini?” Lemah dia menyoal. Sebulan membawa hati yang
terluka membuatkan marahnya sudah agak reda. Dia balik ini pun untuk
mendapatkan penjelasan daripada mulut Tengku Reza sendiri. Dia mahu
menyelesaikan apa juga kekusutan yang berlaku antara mereka.
“Sayang
sihat? Sayang kemana sebulan ni? Bagai nak gila tau kami cari Sayang. Abang,
Nenda, Babah, Fik dengan Nia rindu
sangat dengan Sayang tau” Tengku Reza menyahut soalan Trista dengan soalan.
Nada suaranya lembut. Dia tak mahu terlalu menekan isterinya itu.
Trista
menjarakkan sedikit kedudukannya dari Tengku Reza.
“Tris
kecewa” ringkas jawapannya. Trista menundukkan wajah sambil bermain dengan
cincin dijari manisnya. Walaupun dia sangat marah dengan Tengku Reza, tak tahu
mengapa hatinya tidak tega untuk menanggalkan cincin pernikahan mereka itu.
Tengku
Reza tersenyum melihat cincin nikah pemberiannya masih tersarung di jari manis
Trista. Dia yakin yang marah Trista masih boleh dipujuk.
“Sayang
…” Tengku Reza merapatkan duduknya dengan Trista. Dia kini duduk bersila
berhadapan dengan isterinya itu. Kedua belah tangan Trista dicapai dan dikucup
lembut. Trista hanya diam tanpa reaksi.
“Abang
tahu Tris dengar apa yang Abang, Ebit dengan Kashah sembangkan malam tu kan?
Sebab tu Sayang lari dari rumah. Kan?” Tengku Reza terus menebak. Ya. Dia yakin
itulah sebabnya mengapa Trista melarikan diri. Mungkin merasa dirinya sudah
tertipu.
Trista
masih diam. Matanya masih memandang ke bawah.
“Abang
takde niat pun nak tipu Sayang. Abang buat semua tu sebab nak pastikan samada
Tris betul-betul sayangkan Abang ke tak” Tengku Reza menyambung lagi.
“Abang
buat Tris macam orang bodoh. Nenda pun sama” masih ada rajuk dalam nada
suaranya. Titis airmata yang mula jatuh pantas diseka oleh Tengku Reza. Tubuh
Tris dirangkul erat ke dalam dakapannya. Dia menghela nafas dalam.
“Abang
takut Tris. Abang takut kalau Abang terus terang, Tris akan desak Abang untuk
teruskan dengan perjanjian kita. Abang tak sanggup kehilangan Tris. Abang
cintakan Tris” Temgku Reza berbisik perlahan ketelinga Trista membuatkan esakan
tangis isterinya itu semankin kuat kedengaran.
Tengku
Reza tersenyum apabila terasa pelukannya dibalas. Kini dia yakin yang Trista
juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Setelah
beberapa minit menangis didada bidang suaminya, Trista meleraikan pelukan
antara mereka. Airmatanya diseka lembut oleh Tengku Reza. Mereka sama-sama
tersenyum.
“Promise me, lepas ni Abang takkan tipu
Tris lagi” Trista menuntut janji dari Tengku Reza.
“Promise. Lepas ni, semua pun Abang akan
bagitau Sayang. No matter how small the
matter is” Tengku Reza membuat gaya tabik membuatkan Trista tergelak kecil.
Mereka
kembali berdakapan. Masing-masing lega kerana segala yang tersimpul akhirnya
terlerai antara mereka.
Tidak
perlu terlalu banyak drama sekiranya hati sudah boleh ikhlas menerima dan
memaafkan seadanya.
Untuk
apa merumitkan perkara yang boleh diselesaikan hanya dengan memohon dan memberi
kemaafan. Hidup sudah terlalu sukar. Usah membuatkannya lebih sukar dengan
dendam dan prejudis. Betul tak? Tepuk dada, Tanya Iman.
TAMAT
************************************************************************
Alhamdulillah .... Akhirnya selesai juga CERPAN saya ni ... Alhamdulillah ...
Semoga berpuas hati dengan penamatnya. Sekiranya mengecewakan, maafkan saya dan saya akan cuba dengan lebih baik di masa akan datang ye ..
Thanks for reading!!
See you in my next Entry! InsyaAllah ...
P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(
P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(
XoXo
-AdiaLuze-
What a good story... Sy suka sangat dengan jalan ceritanya... Apa apa pun, keep it up!
ReplyDeleteWow...bestt lahh😉
ReplyDelete