SEAWAL jam 8 pagi Ammara sudah
bersiap ke tempat kerja. Sengaja dia bersiap awal kerana tidak mahu terserempak
dengan Fath. Walau mulutnya sudah melafazkan maaf, namun hatinya masih ada lagi
rasa kecewa yang terselit.
“Balik pukul berapa ni?” Ammar yang
sedang melakukan senaman ringan sebelum mula berjoging bertanya pada Ammara
yang sedang memanaskan enjin kereta.
“Tak tahu lagi la Long. Kenapa? Nak
belanja Ara Karaoke ke?”Ammara tersengih-sengih sambil memandang Abangnya yang
sudah mencebikkan bibir.
“Banyaklah Karaoke. Suara kalau
sedap takpela jugak. Ni dah macam kura-kura panggil hujan nak buat apa” Ammar
tergelak besar melihat Ammara yang sudah menarik muka masam.
“Dahlah! Ara nak pergi. Malas nak
layan Along lama-lama. Boleh senget kepala otak dibuatnya. Pintu kereta di
hempas agak kuat menunjukkan protes namun hanya dibalas dengan gelak tawa oleh
Ammar.
“Kalau boleh balik cepat sikit!
Boleh Along tolong hantar kereta Ara ke bengkel! Buat malu je. Driver memang sah-sahlah dah ayu,
meletop Ara memang kebaboom. Tup-tup tengok kereta kemek macam kena tumbuk
Hulk. Terus cancel nak ngurat!”
Telinga Ammara sempat menangkap kata-kata Ammar sebelum cermin kereta dinaikkan
rapat. Dia hanya menjelirkan lidah kearah Abangnya itu sebelum kereta dipandu
pergi. Ammar ketawa lagi. Seronok benar dia dapat menyakat adiknya itu. Elok
untuk senaman otot-otot muka. Desis hatinya.
Setibanya
di pejabat, tanpa menghiraukan suasana senyap-sunyi yang mendebarkan dada,
Ammara terus memasang semua lampu yang ada. Biar nampak terang benderang. Kalau
nak kata dia membazir elektrik katalah. Itu lebih baik daripada dia mati
ketakutan di situ.
Tanpa
menunggu lebih lama, dia terus memulakan tugasnya. Lampiran tender yang dikepilkan oleh Angel di
dalam emailnya dibuka dan satu persatu lembaran yang berjumlah 115 muka surat
itu dibaca dan ditelitinya agar tiada kesalahan ejaan dan marginnya mengikut
piawaian yang ditetapkan oleh client.
Terlalu
khusyuk dengan kerjanya sehingga tidak menyedari yang waktu dah menginjak
hampir pukul 12 tengahari. Itupun dia sedar apabila perutnya sudah rancak
berkeroncong minta diisi. Almaklumla, sedari pagi lagi dia langsung tidak
menjamah apa-apa makanan. Hanya bancuhan Nescafe 3 dalam 1 saja yang mengalas
perutnya.
Skrin Komputer dilock sementara setelah hasil kerja yang
telah siap disavekan. Langkah kaki
dihayun menuju ke pantry. Hajat
dihati ingin membuat sandwich kerana
dia terpandangkan roti Gardenia di dalam kabinet dan beberapa hiris keju dan chicken meatloaf di dalam peti. Ada juga
beberapa helai daun salad untuk menjadi penyeri sandwichnya itu nanti.
“Please Im … I love you so much. You know that. Tolong jangan tinggalkan I. I
tak sanggup kehilangan you” dalam
keheningan suasana, telinga Ammara dapat menangkap suara mendayu-dayu yang
sedang memujuk rayu.
Suara sapa pulak tu? Ada buat shooting drama ke kat office aku ni? Eh, takkanlah ada shooting aku tak tahu kot. Habis tu,
kalau bukan shooting, suara siapa
tadi tu? Takkanlah suara … Hei Ammara! Tengahari buta ni mana ada hantu lah!
Tangan yang tadinya lincah menyusun lapisan keju dan daun salad di atas roti sandwichnya serta-merta terhenti. Kepala
otaknya sudah sibuk memikirkan yang bukan-bukan.
“Sudahlah Su. I dah bagitau you dari
dulu lagi. I memang takkan serius
dengan mana-mana perempuan pun. Don’t say
that I didn’t warn u coz I did! Yet,
you still nak teruskan jugak kan?!”
Uit! Macam kenal je suara yang satu
lagi tu! Gulp! Kesat rasa air liur yang melalui celah kerongkongnya.
“Im, please …. “
suara merayu itu kedengaran lagi.
“I nak you keluar sekarang
jugak! Atau you nak I panggil security heret you keluar
dari sini ha?!!” Kali kedua suara herdikan itu bergema, Ammara semankin yakin
dengan telahannya. Terjingkit-jingkit
kakinya melangkah kearah suara yang berkumandang tika itu bagi memastikan kebenaran
telahan hatinya mengenai siapa yang empunya suara-suara itu.
Senyap.
Aik. Apa pasal senyap pulak?? Tadi
bukan main bertekak. Langkah kakinya terhenti di sebalik dinding yang
memisahkan laluan ke pantry dengan
tempat penyambut tetamu. Ammara menyandarkan badannya kedinding. Dada yang mula
berdebar dipegang dan cuba ditenangkan sebelum dia mula mengintai.
“Ammara Safiyya??”
Hendak melompat rasa jantungnya
apabila tiba-tiba terpacul sesusuk tubuh yang amat dikenali di hadapan matanya.
Terkebil-kebil dia memerhatikan seraut wajah Imtiyaz yang agak kemerahan itu.
“What are doing here??”
Tajam pandangan yang dilontarkan Imtiyaz buat Ammara.
“Err … Err .. Hmmm … Err … “ Tak
tahu kenapa suara Ammara seakan tersekat disaluran esofagusnya apabila melihat
pandangan mata Imtiyaz yang menggerunkan saat itu. Apatah lagi dengan jarak
yang sangat hampir antara mereka menyesakkan lagi dada Ammara dengan wangian
yang dipakai oleh lelaki itu. Hugo Boss. Ya. Dia cukup kenal bauan itu kerana
Abangnya turut memakai wangian yang sama.
“Saya
tanya awak ni. Apa awak buat kat sini??” Imtiyaz sudah bercekak pinggang
memandang wajah Ammara yang dilihatnya sudah pucat tak berdarah.
“Ammara Saffiya! Sekali lagi saya tanya. Kalau awak tak
jawab … “ Belum sempat Imtiyaz menghabiskan ayat ugutannya, Ammara sudah
bersuara.
“Sa … Saya
datang nak siapkan tender yang kena
hantar esok” laju saja kata-kata itu meluncur dari mulut mungil Ammara sebelum
herdikan Imtiyaz kedengaran lagi. Dadanya sudah bergendang tak keruan. Antara
terkejut dan juga kalut. Semuanya berkecamuk gara-gara melihat wajah bengis
Imtiyaz.
“Tender lanskap untuk Lucky Garden?” Nada suaranya sudah tidak
setegang tadi. Kasihan pula dia melihat ada kolam airmata yang sudah terbentuk
di tubir mata bulat Ammara.
Cepat-cepat Ammara angguk kepala. Airmata yang ditahan
sedari tadi menitis juga.
Tanpa diduga, Imtiyaz tersenyum.
Wajah Ammara yang kelihatan sangat innocence
apabila menangis begitu mengamit perasaannya. Persis seperti anak kecil yang
menangis kerana dimarahi dek kerana tertumpah makanan.
Hish dia ni! Dia dah buat aku
sentap sampai mengalir airmata, boleh pulak senyum-senyum kambing macam tu?
Masalah psikologi betullah Bos aku ni! Urrggghhh! Benci tau!!! Melihat reaksi
Imtiyaz pantas saja tangannya mengesat airmata yang mengalir dipipinya hingga
kering.
“Awak ni
sebijik macam adik bongsu saya. Pantang kena marah sikit, menangis. Kena tegur
sikit, menangis. Tapi adik saya tu, sekurang-kurangnya, umur dia baru 5 tahun
tau. Memang patut pun perangai macam tu. Tapi awak ni, dah besar panjang macam
ni pun masih cengeng macam ni, pakwe awak tak rimas ke kena melayan awak?” Panas
telinga Ammara mendengar sindiran dari Imtiyaz yang masih tersengih lebar
memandangnya.
Malas hendak terus mengadap manusia
pelbagai persenaliti seperti Imtiyaz, Ammara terus berlalu semula ke pantry untuk menyiapkan sandwich yang separa siap tadi.
“Suka hati dia je. Lepas puas
tengking-tengking kita, sindir-sindir kita, lepas tu tayang muka selamba badak
dia tu. Huh!” gumam Ammara sedirian. Geram betul dia pada Imtiyaz.
Boleh tahan juga budak kecik ni.
Tadi bukan main kecut lagi muka dia. Ni dah berani buat muka tak puas hati
pulak. Comel jugak budak cengeng ni bila tengok dari dekat. Imtiyaz masih
tersenyum melihat gelagat Ammara. Entah kenapa, kakinya ringan saja menurut
langkah gadis itu ke pantry. Hilang
segala rasa bengangnya dengan Suraya sebentar tadi.
Sandwich yang sudah siap disusun dipotong
serong membentuk segitiga dan diletakkan ke dalam pinggan. Imtiyaz yang bersandar di kabinet
dapur sambil berpeluk tubuh memandang segala gerak-gerinya langsung tak
dipedulikan.
Dengan wajah selambanya, Ammara
terus membancuh Nescafe 3 dalm 1 dan hidangan makanan tengaharinya dibawa ke meja
untuk dijamu. Dari ekor mata dapat ditangkap segaris senyuman dari wajah
Imtiyaz yang turut mengambil tempat duduk di sebelahnya.
“Encik Imtiyaz, ada apa-apa ke yang
saya boleh tolong? Lagipun dalam office
ni cuma kita berdua je. Encik tak takut ke kalau kena tangkap basah dengan
saya? Gelap masa depan tau nanti” Ammara memulangkan paku buah keras pada
Imtiyaz. Naik rimas dia apabila dipandang oleh Bosnya itu sedari tadi.
Terdengar tawa kecil dari Imtiyaz.
Berkerut seribu dahi Ammara dibuatnya. Sandwich
yang tadinya nampak sangat menyelerakan sudah hilang tarikannya di mata Ammara.
Gelagat Imtiyaz mematahkan terus seleranya.
Imtiyaz melipat lengan kemeja yang
dipakainya hingga kesiku. Wajah Ammara
yang beriak selamba ditatap lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke atas
meja.
“Saya ok je. Lagipun saya ni kan
lelaki. Agak-agak awak tak boleh nak jadi isteri mithali, ada 3 lagi tempat
kosong kan” rasa macam Ammara nak tampar laju-laju je muka Bosnya itu. Hari tu
bukan main lagi cakap masa depan gelap pebagai. Hari ni lain pulak dia pusing
ayat. Huh! Memang ada masalah otak kot Bos aku ni! Ammara membebel dalam hati.
Malas hendak berlama-lama di situ,
air Nescafe diteguknya rakus dan pinggan yang masih berisi separuh lagi sandwich di masukkan ke dalam peti ais.
Pantas tangannya mencuci mug sebelum cepat-cepat berlalu meninggalkan Imtiyaz
yang masih tersengih-sengih macam kerang busuk.
Tepat jam 3 petang, akhirnya
selesai juga tender yang disemak oleh
Ammara.
“Dah nak balik ke?” Sedang Ammara
bersiap sedia untuk pulang, suara garau Imtiyaz menyapa halwa telinganya.
“Yup” jawabnya ringkas. Bosnya itu
dipandang sekilas lalu sebelum dia menyambung kerja-kerjanya mengemas tempat
kerjanya.
“Tender tu mana? Saya ingat nak go
through terus dengan awak hari ni. Esok pagi saya boleh terus jumpa client”
Ammara rasa nak hantuk-hantuk kepalanya kedinding. Baru saja berangankan
bantal dan tilam empuknya di rumah. Tup-tup kena hadap muka Bosnya lagi.
Nasib baiklah muka kau tu hensem
ala-ala hero telenovela Venezuela Encik Imtiyaz oiii! Kalau tak memang takdalah
aku nak layan. Ammara yang membelakangkan Imtiyaz memusingkan biji matanya
tanda bosan.
Mahu tak mahu, rela atau tidak,
Ammara terpaksa memujuk hatinya supaya dapat bertabah mengadap Imtiyaz dengan
lebih lama lagi hari itu.
PELUH dingin sudah merenik
didahinya. Suasana gelap yang sudah mula menguasai suasana membuatkan hatinya bertambah runsing.
Untuk kesekian kalinya, kunci
kereta dipusingkan lagi. Namun, enjin kereta masih juga tersenguk-senguk tidak
mahu hidup. Kalenjar Lakrimalnya sudah mula terangsang dengan saraf-saraf yang
membawa input dari hatinya yang dilanda gundah-gulana.
Telefon bimbit segera dikeluarkan
dari beg tangannya.
“Arrgggghh!!!! Tak ada bateri la
pulak telefon ni!!!!” Ammara menjerit geram. Airmata sudah semankin deras mengalir
di pipinya.
Tok! Tok! Tok!
Ammara yang sedang menekup wajahnya
distering kereta segera mengangkat kepala untuk melihat siapa yang mengetuk cermin
tingkap keretanya. Airmata segera dilap apabila terpandangkan wajah Imtiyaz di
dalam kesamaran cahaya lampu di tempat parkir kereta itu. Cermin tingkap
diturunkan.
“Are you okay?”
Ammara tersenyum kelat memandang
kearah Imtiyaz yang sudah membongkokkan badannya dengan tangan ditongkatkan ke
bumbung kereta Myvinya.
“Kereta saya tak mahu hidup”
bergetar suara Ammara saat itu. Pandangan sayu diberikan. Dia sudah tak peduli
dengan pandangan Imtiyaz apabila melihat dia menangis begitu. Apa yang penting,
dia perlu mendapatkan pertolongan secepat yang mungkin.
“Awak keluar, biar saya cuba start” pintu kereta dibuka dan Ammara
hanya menurut sambil menyapu sisa-sisa airmata diwajahnya.
Imtiyaz mencuba beberapa kali namun
hasilnya tetap sama. Kereta Ammara masih gagal dihidupkan. Lelaki itu menapak
keluar dari kereta dan alat pengera diaktifkan. Beg tangan Ammara dan kunci
kereta yang ada ditangannya diserahkan pada gadis yang berwajah sugul itu.
“Mari saya hantar awak balik”
Tanpa menunggu persetujuan dari
Ammara, dia melangkah menuju ke kereta Harriernya yang diparkirkan di tempat
yang sudah dikhaskan untuk CEO Muz Holding.
Tanpa ada pilihan, Ammara mengekori
langkah Imtiyaz dari belakang.
“Nasib baik saya tak balik lagi.
Kalau tak, awak kena mintak tolong Pak Guard
la jawabnya” Imtiyaz memulakan bicara semasa kereta melewati pondok pengawal
keselamatan. Ammara yang membisu di sebelahnya di tatap sepintas lalu.
Ammara mengetap bibirnya. Tidak
tahu apa yang patut diucapkan. Ingin berterima kasih, terasa kelu pula lidahnya
untuk melafazkannya. Ingin membalas kata-kata lelaki itu dirasakan tidak wajar
pula memandangkan lelaki itu telah membantunya. Akhirnya, pandangan dibuang
jauh ke luar tingkap.
“Awak nak saya hantar awak ke mana
ni?” Imtiyaz bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Sudah 10 minit kereta
bergerak. Ammara masih juga diam tanpa kata. Sedari tadi terlalu asyik
memandang ke luar tingkap yang hanya nampak kegelapan di sana-sini.
“Errmm … Encik Imtiyaz turunkan
saya kat PICC je la. Nanti saya telefon Abang saya, suruh dia ambil kat situ”
Ammara menjawab perlahan.
“Eh, takpalah. Saya hantar awak
sampai depan rumah lah. Bagi alamat rumah awak kat saya” Imtiyaz berkeras.
“Eh! Takpa, takpa. Abang saya … Err … Kebetulan malam ni dia jumpa kawan
dekat Precint 5. So, Encik hantar je
saya kat PICC” Ammara turut sama berkeras menolak tawaran dari Imtiyaz. Terpaksa
dia berbohong. Cukuplah lelaki itu menolongnya setakat itu. Dia segan.
“Okay
then. If you insist that way” akhirnya Imtiyaz mengalah. Tak mahu terus
berbalah. Dia menurut saja permintaan gadis itu.
Ammara meraba-raba begnya untuk
mencari telefon bimbitnya tapi perbuatannya terhenti apabila menyedari sesuatu.
Eh Ara. Bukan telefon kau habis
bateri ke? Hati kecilnya mula bertanya akalnya. Ammara menepuk dahi tanpa
disedari Imtiyaz.
“Err … Boleh saya pinjam telefon
Encik Imtiyaz? Telefon saya habis bateri” teragak-agak dia bersuara. Bimbang
sekiranya permintaannya itu tidak dilayan.
“Nah” Imtiyaz menyerahkan telefon
Iphone6nya dan Ammara menyambutnya
dengan senyum lebar.
Nombor telefon Ammar didail laju.
“Assalammualaikum Along. Tolong ambil
Ara kat PICC. Kereta Ara tak boleh start.
Nanti Ara cerita. Ni nombor Bos Ara tau. Telefon Ara habis bateri” meluncur
segala apa yang hendak disampaikan tanpa sempat Ammar mencelah.
“Ambil Ara tau. Jangan lupa. Ok bye. Assalammualaikum” baru sahaja Ammar
ingin bertanya soalan, punat merah sudah ditekan Ammara. Tidak mahu Abangnya
terlalu banyak soal. Nanti bila bertemu pasti akan diceritakan segala-galanya.
“Sebelum saya lupa, saya nak bagitau. Mulai esok, awak pindah tempat
duduk kat depan bilik saya. Senang sikit saya nak bincang pasal apa-apa dokumen
dengan awak.” Mahu melopong mulut Ammara apabila mendengar kata-kata Imtiyaz
itu. Kepalanya mulalah menjana pelbagai jenis soalan. Kalau tak fikir malu,
sudah lama soalan-soalan itu semua diajukan pada Imtiyaz.
Eh … Bukan yang kat luar bilik dia
tu tempat duduk Suraya ke? Jangan-jangan suara perempuan yang bertekak dengan
dia kat office tadi tu Suraya? Tapi,
dari gaya rengekannya tu memang ada potensi lah yang itu suara minah kerek tu.
Takkan la pula aku nak angkut kerusi meja duduk sebelah minah tu? Eiiii … Tak
sanggup, tak sanggup!! Err kejap! Takkanlah minah kerek tu ada skandal dengan
mamat ni? Dia tak tahu ke mamat ni jenis pasang sparepart keliling pinggang? Tak sayang dara betullah perempuan sorang
ni! Haisshhh! Dalam diam kepala otak Ammara ligat berdialog dan bersoal jawab
dengan hatinya sendiri.
“Awak ada soalan ke Ammara?”
Imtiyaz bertanya apabila terperasan wajah Ammara yang penuh dengan tanda tanya.
“Bu … Bukan ke kat luar bilik Encik
tu tempat Suraya? Takkan saya nak angkut kerusi meja duduk kat sebelah dia?
Nanti apa pulak kata dia” Ammara mula dilanda serba-salah. Sudahlah tempohari
Suraya baru saja memberinya amaran agar tidak terlalu dekat dengan Imtiyaz.
Andai beginilah gayanya, mahu minah tu tuduh dia memang ada hati dengan Bosnya
itu.
Imtiyaz tersenyum.
“Suraya dah berhenti” ringkas saja jawapan yang
diberikan. Kali ini, Ammara betul-betul terlopong dibuatnya.
0 comments:
Post a Comment