ALARM ditelefon bimbit sudah mula
berlagu apabila jam sudah menunjukkan ke pukul 6 pagi. Berat sungguh Ammara
rasa matanya pagi itu. Melekat rasa macam kena gam dengan gam gajah.
Tapi, Ammara sering mengatakan yang alasan Mamanya tak relevan langsung. Ammara berhujah yang dia putih sebab Puan Saadiah pun putih. Dan dia cengeng sebab hatinya selembut sutera, mudah tersentuh walaupun kepala keras mengalahkan batu. Tertawa berdekah-dekah Puan Saadiah ketika mendengarkannya.
Masuk saja
ke pejabat pagi itu Ammara sudah terasa aura kemalasan yang melampau. Ditambah
pula dengan sindrom Monday Blues yang
melanda. Dia menongkat dagu memandang ke skrin komputer yang menunjukkan
deretan email yang belum dibaca.
“Isk awak ni. Oklah, oklah. Saya belanja awak lunch hari ni.” Akhirnya Ammara mengalah juga. Malas hendak mengadap entah apa lagi drama yang akan ditayangkan Haikal jika dia terus enggan.
Lebar senyuman Haikal mendengar persetujuan dari Ammara.
“Tapi ingat! Lepas ni, awak tak boleh paksa saya lagi tau” Ammara berkata tegas. Dia kembali duduk dikerusinya. Haikal masih tersenyum sambil menunjukkan isyarat ‘OK’.
“I see you at 12.30 my dear” sempat lagi dia menghadiahkan sebuah kenyitan mata pada Ammara sebelum berlalu dari situ. Ammara hanya membalas dengan sebuah jelingan tajam. Geram sungguh Ammara dengan sikap mendesak Haikal.
Tengahari itu, seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.30 tengahari, Haikal sudah sedia terpacak di hadapan mejanya.
“Jom!” Nampak teruja benar riak wajahnya. Macam orang baru lepas menang loteri. Tersenyum lebar sampai ketelinga.
Lambat-lambat Ammara mencapai dompet dan telefon bimbit sebelum bangkit dari tempat duduknya.
Haikal mendepangkan sebelah tangannya sebagai tanda memberi laluan ‘lady first’ kepada Ammara. Tanpa banyak soal, Ammara mendahului langkah ke lif.
“Kita nak makan kat mana ni?” Haikal bertanya sambil masih lagi tayang senyum. Tak letih ke mamat ni asyik tayang gigi lagi tadi? Isk. Ammara membebel dalam hati.
“Ikut suka awak la. Tapi, janganlah minta saya belanja kat restoran yang berbintang-bintang pula. Gaji saya siciput je” jawapan Ammara membuatkan Haikal tertawa kecil. Lucu apabila melihat hidung Ammara sedikit berkerut apabila menyebut perihal gajinya. Comel. Cukup menarik naluri lelakinya.
“Kalau nak ke restoran yang berbintang-bintang tu nantilah. Saya yang akan belanja awak” wajah Ammara dipandang tanpa jemu. Ammara sudah mencebikkan bibir. Yelah tu Encik Haikal. Kalaulah saya nak keluar makan dengan awak lagi. Ammara hanya mampu menjawab dalam hati.
Kalau mengikut cadangan Haikal, dia ingin membawa Ammara makan keluar dari kawasan pejabat. Tapi Ammara menolak dengan alasan takut masuk pejabat lambat. Jadinya, mereka hanya makan di kedai makan yang terdapat berhampiran dengan bangunan Muz Holding.
“Awak nak makan apa? Biar saya pergi belikan” Haikal bertanya sebaik saja mereka menemui tempat duduk yang bersebelahan dengan dinding kaca. Tengahari begitu, semua tempat makan pun sudah penuh. Itupun mujur ada pasangan yang baru saja habis makan. Jika tidak , memang lenguh kakilah mereka hendak menunggu.
“Nasi ayam Hainan dengan air laici ais” Haikal menganggukkan kepalanya sebelum berlalu untuk menempah makanan dan minuman. Ammara hanya memerhatikan saja lelaki itu berlalu. Dia tersenyum sendiri.
Sepanjang sebulan dia bekerja di Muz Holding, dia memang tak rapat dengan semua staf. Selain Kak Ros yang masih dalam cuti bersalin, Kartika, Admin Exec yang baru diambil untuk mengantikan tempatnya, dengan Haikal lah yang paling kerap dia berbual. Itupun jika tidak ambil kira Imtiyaz.
Staf-Staf dari bahagian kewangan selain Haikal, jarang bertegur sapa dengannya. Kalau keluar makan pun mereka akan keluar bersama-sama. Ada sedikit unsur kepuakan di situ.
Haziq, Suzy, dan Laili. Begitulah nama ketiga-tiga lagi staf di bahagian kewangan di Muz Holding. Merekalah yang bertanggungjawab menjaga semua akaun keluar masuknya duit di Muz Holding. Setahu Ammara, di Cawangan Kelana Jaya dulu ada juga staf dari bahagian kewangan. Tapi, mereka hanya menjaga akaun cawangan itu saja. Semua laporan harian dan bulanan masih akan dihantar kepada mereka yang berada di HQ.
Setakat itu sajalah yang Ammara tahu. Mengenai staf di aras yang lain dia tidak berapa arif. Bukan apa, dia sebenarnya kurang mahu ambil tahu pun mengenai hal-hal syarikat yang tak ada kaitan dengan dirinya.
Staf Pemasaran pun adalah dua tiga orang yang dia kenal. Itupun sebab semasa menjadi Admin Exec, dia terpaksa berurusan dengan mereka. Itupun lebih melalui email sahaja. Bukan secara bersemuka.
“Well, well, well. Look who’s here”
Terhinjut sedikit bahu Ammara dibuatnya apabila ada satu suara yang bernada sinis menyapa. Terasa sesak dadanya apabila dilihat Suraya sudah berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh. Di sebelahnya pula ada seorang lagi wanita yang turut sama berambut karat sedang merenung tajam kearahnya dari hujung tudung sampai hujung kasut tumit yang dipakainya hari itu.
Ammara memandang kesekeliling. Mencari kelibat Haikal dicelah-celah orang ramai namun hampa. Nasib baik di atas meja tiada gelas berisi air. Jika tidak, sah-sahlah dia bakal bermandikan air manis lagi.
Suraya dan temannya duduk dihadapan Ammara tanpa dipelawa. Pandangan mereka masih kekal sinis padanya. Lemas. Ya! Itu yang Ammara rasa apabila dipandang sebegitu. Air liur yang ditelan terasa kesat saja laluannya dikerongkong.
“Ini ke perempuan yang you kata nak kahwin dengan Im tu Su? Euuuwww … Kenapa buruk sangat taste si Im tu sekarang?” Angkuh benar bunyi lantunan suara teman Suraya itu membuatkan hati Ammara terus jadi panas.
“Itulah Elly. Sebab tu lah I rasa si Im sebenarnya kena paksa kahwin je dengan perempuan ni. Well, kau sendiri dah nampak kan? She’s just not my competition kot. So … Outdated” kata-kata Suraya berserta hilai tawa yang tercetus yang bunyinya sangat plastik dipendengaran Ammara umpama simbahan minyak diesel yang menambahkan lagi maraknya api kemarahannya. Sesedap hati saja dia dikutuk seolah-olah dia tidak wujud di hadapan mereka.Tangan yang diletakkan di atas peha sudah dikepal-kepalkan. Sabar Ara, sabar. Jangan kau layan sangat kepala perempuan-perempuan yang masuk air ni. Tak berbaloi. Ammara memujuk hatinya.
“Hai ladies. Eh ... Laaa Suraya ke .. I ingatkan siapa tadi. Baru terfikir nak tackle” Sedang Ammara berperang dengan perasaannya sendiri, muncul pula Haikal dengan menatang dulang berisi dua set Nasi Ayam Hainan dan 2 gelas minuman untuk mereka berdua.
“Hai Karl. Eh you buat apa kat sini?” Suraya menjawab acuh tak acuh. Memang begitulah sejak dulu. Suara manja dan mendayu-dayunya hanyalah untuk hidangan pendengaran Imtiyaz sahaja. Dengan staf-staf biasa, hanya suara separuh ikhlas yang keluar.
“I makan la. Kita kan ada kat kedai makan ni. Takkan la I dengan Ara ni nak tengok wayang pula kot” Ammara menyunggingkan senyuman mendengar jawapan yang diberikan Haikal. Padan muka kau pompuan! Terkono juga ekau! Huh! Ammara bersorak dalam hati. Pinggan berisi nasi ayam yang dihulurkan Haikal disambut sambil tersenyum manis.
Wajah Suraya berubah riak. Nampak gaya macam tak puas hati.
“I taulah. Isk. You ingat I buta ke? Maksud I, apa you buat makan dengan calon isteri Bos you ni?” Nasi ayam yang baru hendak ditelan terasa seperti tersangkut di kerongkong. Terbatuk-batuk Ammara dibuatnya. Cepat-cepat gelas berisi air laici ais dicapai dan disedut laju-laju. Nasib baik nasi ayam yang berada di dalam mulutnya itu tidak tersembur keluar. Kalau tak, pasti dah terkena Suraya yang cakap suka main lepas saja itu. Geram Ammara dibuatnya. Mulalah rasa cuak apabila melihat pandangan terpinga-pinga dari Haikal kepadanya.
“Calon isteri Bos? Siapa calonnya? Bos yang mana?” Haikal sudah tertanya-tanya. Wajah cuak Ammara dan wajah kerek Suraya dipandang silih berganti. Sudu berisi Nasi Ayam yang baru hendak disuapkan ke dalam mulut diletakkan kembali ke dalam pinggan.
“Laaa .. Siapa lagi yang tengah makan dengan kau sekarang? Takkan I dengan Elly kot. Lepas tu, berapa banyak Bos yang you ada? Takkanlah Datuk Muzaffar pula. Nak kena pelangkong dengan Datin kalau dia berani cari yang lain?” Suraya sudah tayang muka bengang. Elly di sebelah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dah macam burung belatuk saja Ammara tengok.
Haikal menghalakan pandangan pada Ammara dengan kening terjongket. Serba-salah Ammara dibuatnya.
Ya Allah! Apa aku nak kelentong ni! Neuron-neuron dalam kepala Ammara sudah dikerah untuk berhubung dengan lebih pantas dari biasa. Dia tak mahu benda ni jadi kecoh. Kalau tak, segala kekusutan yang tercipta dari hubungan cinta palsunya dengan Imtiyaz akan menjadi lebih sukar untuk dirungkaikan.
“Whatever la! Apapun masalah antara korang, pandai-pandailah korang settle ye. Jom Elly kita blah. Pergi shopping lagi bagus dari nak layan they all ni. Buang masa kita je” Melihat reaksi kaku dari Ammara, Suraya jadi menyampah. Nak kahwin dengan anak Datuk pun malu ke nak mengaku. Eh, entah-entah diaorang ni ada skandal tak? Lain macam je aku tengok muka perempuan ni bila si Karl pandang dia. Detik hati Suraya. Ada secalit senyuman sinis dibibirnya. Kepalanya mula merangka rancangan untuk mendapatkan Imtiyaz semula. Dia menarik tangan Lily supaya berlalu dari situ. Meninggalkan Ammara yang masih menyedut air laici dari gelasnya penuh rasa serba-salah.
0 comments:
Post a Comment