“APA??? Bulan depan?” Bulat mata
Ammara memandang tepat kearah Ammar. Rasa mahu terkeluar biji matanya dari
soket mata mendengar perkhabaran terbaru dari Abangnya di pagi Sabtu itu.
Fath yang turut berada di meja makan itu juga terkedu tak bersuara. Matanya turut tertumpu pada wajah Ammar dan Ammara silih berganti.
Ammar tersenyum melihat reaksi Ammara yang sangat dramatik itu. Lucu rasanya. Tapi, rasa pelik pun ada. Sepatutnya Ammara seronok mendengar mengenai keputusan keluarga Imtiyaz untuk masuk merisik dan seterusnya melangsungkan majlis pertunangan awal bulan hadapan. Tapi, kenapa reaksi yang sebegitu di berikan oleh adiknya itu.
“Laaa … Takkan Tiyaz tak ada bagitau Ara apa-apa? Baru malam tadi dia call Abang bagitau tentang keputusan Umi dengan Walidnya ni” Berkerut-kerut dahi Ammar apabila melihat wajah Ammara yang berubah keruh.
Ammara masih dalam fasa terkejut. Imtiyaz betul-betul sudah buang tabiat! Menyamar jadi pasangan kekasih tu sudah satu hal. Ni nak masuk merisik plus bertunang pula, dah apa hal pula? Memang nak makan kaki betullah Bosnya itu. Ammara bengang.
“Tiyaz ada bagitau. Tapi, dia kata belum confirm lagi. Tu yang Ara terkejut tu” Ammara terkulat-kulat mereka jawapan. Bimbang juga jika tembelangnya pecah. Jika pecah, memang sah, pecah muka Imtiyaz dikerjakan Ammar.
“Tak rasa cepat sangat ke Along? Bukan si Ara ni baru je kenal dengan budak tu? Biarlah diaorang kenal-kenal lama sikit. Tahu hati budi masing-masing dulu” Tiga pasang mata kini tertumpu pada Fath. Terjongket kening Ammara dengan kata-kata lelaki itu. Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba nak masuk campur pula. Lepas tu, suka-suka je panggil Imtiyaz tu ‘budak’. Hello Encik Fath! Orang tu dah 32 tahun la. Huh! Desis Ammara dalam hati.
“Masa bertunanglah nak kenal-kenalnya. Sekurang-kurangnya, kalau dah bertunang, takdelah Along nak risau tengok si Ara ni berkepit selalu dengan si Tiyaz tu” Ammara telan liur kesat. Sejak bila la pula dia asyik berkepit dengan Bosnya itu? Selama ni pun kalau mereka berkepit hanya atas urusan kerja semata-mata. Dah namanya pun dia tu PA Bos kan? Kenalah ada selalu dengan Bos.
“Lagipun, Akak tengok si Tiyaz tu baik budaknya. Datang pun dari keluarga baik-baik” giliran Fatin pula menokok tambah. Berubah terus wajah Fath apabila Kakaknya sendiri sudah mula memuji.
“Kadang-kadang, yang kita pandang baik tu perangai tak semengah Kak. Entah-entah depan kita je tunjuk baik, kat belakang kita … heh!” Sakit telinga Ammara mendengar kata-kata sinikal dari Fath itu. Walaupun dia sendiri tak berapa bersetuju dengan rancangan pertunangannya dengan Imtiyaz, tak adalah sampai dia nak mengutuk Bosnya itu.
“Ala … Apa nak hairan. Orang yang kita kenal lama pun belum tentu lagi baiknya kan? So, who are we to judge. Lagipun, selama ni, Tiyaz layan Ara Ok je. Tak pernah la pula dia nak malukan atau aibkan Ara depan sesiapa” keras nada suara Ammara ketika itu. Geram dia dengan Fath.
Berdesing telinga Fath mendengar kata-kata yang terluncur keluar dari mulut Ammara. Nampak sangat gadis itu sengaja memerlinya.
“So, oklah kan? Ara setuju la bulan depan tunangnya?” Lebar senyuman Ammar pada Ammara.
“Ha? Erk …” terkedu terus Ammara dibuatnya. Alahai … Niat tadi sekadar hendak menyakitkan hati Fath saja. Ini bukan setakat Fath yang sakit. Dia pun turut sakit sama. Tapi bukan setakat sakit hati, malah jiwanya turut juga rasa sakit!
“Kalau Ara dah setuju, kejap lagi,
Along nak pergi rumah Mama dengan Papa ni bolehlah Ara ikut sekali bincangkan
hal ni” Sesudu nasi goreng kampung yang dimasak oleh Ammara disuapkan ke dalam
mulut.
BERKERUT dahi Imtiyaz melihat nama
Ammara tertera di skrin Iphonenya. Peluh yang membasahi mukanya hasil dari
rutin senaman push up yang baru saja
diselesaikannya dikesat sehingga kering.
“Yela .. Tihal ni. Akak nak cakap dengan Abang Tiyaz ke?
“Aa .. Ya ya. Dia ada ke?”
“Ada ni ha tengah angkat dumb bell.
"Dia tak boleh nak jawab call sekarang. Hurmm … Akak ada apa-apa pesanan untuk Abang ke?”
“Owh … Hmmm … Takpalah. Nanti Akak call semula”
“Err … Kak Ara …”
SEPERTI yang telah dijanjikan,
tepat jam dua petang, Imtiyaz sudah tercongok di hadapan pintu rumah Ammar.
Memandangkan Ammara masih belum bersiap sepenuhnya dan tiada orang lain di
rumah, Imtiyaz di suruh menunggu di luar rumah.
HABIS saja menonton wayang, Imtiyaz terus menuju ke restoran Chilis tanpa bertanya kepada Ammara terlebih dahulu. Bagi Ammara, kalau ikutkan seleranya, dia lebih suka makan di Medan Selera yang ada di Mid Valley itu memandangkan pilihan makanan yang banyak. Tapi, malas hendak bertelagah dengan Bosnya itu, dia hanya turutkan saja.
“So …. What is the things that you want to discuss about hurm?” Imtiyaz memulakan perbincangan sebaik sahaja pelayan berlalu pergi bersama menu makanan yang telah mereka pesan.
Ammara menyandarkan tubuh kekerusi sambil menghela nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan perbincangan yang dia yakin akan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati sesama mereka.
“Saya tak nak bertunang dengan Encik Imtiyaz” Lembut tapi tegas Ammara menyatakan pendiriannya.
Imtiyaz menyunggingkan senyuman sambil turut menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dahi Ammara sudah mula berkerut melihat reaksi lelaki di hadapannya itu.
“Menipu yang saya ni girlfriend Encik dah satu hal. Tapi kalau sampai kena bertunang, saya tak sanggup Encik Imtiyaz. Taknak saya. Tak pasal nanti, dalam diari hidup saya, ada rekod putus tunang. Hish! Jatuhlah saham saya nanti” Ammara meluahkan rasa tidak puas hatinya. Imtiyaz masih tersenyum.
“Kalau macamtu. Janganlah putuskan”
Ammara terdiam. Jangan putuskan? Apa maksud dia ni? Ha?? Takkan dia nak teruskan sampai aku kena kahwin dengan dia kot?! Bulat mata Ammara memandang Imtiyaz.
“Are you out of your mind Sir? Encik ingat, kita ni tengah berlakon drama? And … Terpaksa kena kahwin? Klise sangat la Encik Imtiyaz. Boleh tak kita ubah sikit plot. So typical la. Apa kata, kali ni, tak ada yang dipaksa dan tak ada yang terpaksa kahwin. Kita bagitau our parents yang kita putus, then we move on with our separate life. Settle. Tak payah pening kepala, tak payah sakit hati. Right?” Imtiyaz tergelak kecil. Ammara bertambah hangin. Dia mula berpeluk tubuh.
“Kalau saya cakap yang saya tak rasa terpaksa pun untuk kahwin dengan awak, awak setuju kahwin dengan saya?” Imtiyaz menjongketkan kening. Matanya redup memandang seraut wajah yang sudah kemerahan di hadapannya itu.
“Sorry. Here your order Sir. One Fried Rice with
Salmon, One Rib Eye cooked Medium and two mango juice” perbualan mereka tergantung seketika apabila
pelayan datang dengan makanan yang dipesan dan dengan penuh tertib meletakkan
makanan di atas meja.
“Kalau Ara nak, kita
boleh mulakan dari awal. We can begin
with courting phase. Kita belajar untuk mengenali satu sama lain lebih dari seorang pekerja dengan majikan” akhirnya
Imtiyaz meluahkan juga hasrat hatinya. Ya. Dia benar-benar ingin mengenali
gadis bernama Ammara Saffiyya itu dengan lebih serius.
Uhuk! Uhuk!
Tersedak-sedak Ammara mendengarkan kata-kata Imtiyaz. Pantas tangannya mencapai
gelas berisi jus mangga dan dihirup rakus. Rasa perit tekaknya akibat nasi yang
menyerbu masuk tanpa sempat dikunyah dulu.
“Apa maksud Encik
Imtiyaz?” Ammara semakin pelik dengan Imtiyaz. Sekali lagi lelaki itu hanya
tersenyum. Naik muak dia melihatnya. Dia mahukan sebuah penjelasan dan
penyelesaian bagi keadaan yang semakin menjerut lehernya saat ini tapi Imtiyaz
seolah-olah bermain tarik tali pula dengannya.
Apa yang susah sangat
pun dia tak tahu. Imtiyaz hanya perlu berjumpa Uminya dan memberitahu bahawa
‘hubungan cinta’ mereka itu tidak kesampaian dan mereka tidak perlu bertunang. Itu
saja.
Owh ya. Mungkin juga Imtiyaz takut andai Uminya akan
meneruskan perancangan awal untuk menjodohkannya dengan pilihan keluarganya.
Mungkin itu sebabnya, Imtiyaz sanggup berpura-pura meluahkan perasaan ingin
mengenalinya dengan lebih mendalam lagi padanya. Otak Ammara sudah ligat
memproses segala macam alasan kenapa Bosnya itu mengutarakan cadangan untuk
memulakan hubungan mereka dalam erti kata sebenar. Bukan lagi atas dasar
berpura-pura.
“I like you
Ammara. Mungkin belum sampai ke tahap cinta tapi
I like you and I really hope you can give me the chance to get to know you
better” terkebil-kebil mata Ammara memandang kearah Imtiyaz. Terasa seperti
jantungnya berhenti berdenyut selama 2 saat. Otaknya pula tiba-tiba dilanda mind block.
“Syed Imtiyaz Omar?!”
Baru saja Imtiyaz ingin menyambung kata-katanya,
suara lembut yang memanggil namanya membuatkan patah perkataannya terkemam
dimulut.
Ammara dan Imtiyaz sama-sama memandang kearah
siapakah gerangan yang menyebut nama penuh Imtiyaz itu.
“It’s really
you! Oh my! I ingat I tersalah tengok tadi” Bulat mata
Ammara memandang kearah sesusuk tubuk yang meliuk lentuk menghampiri Imtiyaz
lalu duduk di sebelah lelaki itu tanpa mempedulikan kehadirannya di situ.
“Hai … Elisa. Bila you balik Malaysia? Kenapa tak call I
pun? Your parents pun takde bagitau
apa-apa kat I” Lebar benar senyuman
Imtiyaz ketika itu. Mereka mula berlaga pipi beberapa kali. Wajah Ammara yang
sudah berubah riak langsung tidak disedari sebaik saja seraut wajah yang bersolek cantik disebelahnya
ditatap.
“Yesterday. Well, I baru plan nak call you malam ni. Mommy and Daddy tak ada kat sini. They
all berdua tu pergi berhoneymoon kat Mauritius. Kat rumah tu
ada I dengan Esme je. Tapi, I really tak sangka sangat dapat jumpa you kat sini. Lama giler kita tak jumpa
kan” Gadis bernama Elisa yang mengenakan blaus tanpa lengan dan jeans biru
ketat itu dilihat begitu teruja dapat berjumpa dengan Imtiyaz. Lengan sasa
lelaki itu dirangkul erat tanpa rasa segan silu.
“Yeah. Dekat 3 tahun la
kita tak jumpa kan? So … How your study?” Imtiyaz melemparkan senyuman kacak kepada
Elisa. Mankin sakan Elisa mengeselkan tubuhnya pada lengan Imtiyaz yang masih
erat dirangkulnya itu. Naik berbulu Ammara melihatnya.
“Biasa-biasa je. Sejak you tak ada, boring la study… Tak best macam masa you ada
dengan I” Elisa melemparkan senyuman
manja.
Sakit pula mata Ammara menyaksikan adegan romantica di amor yang bersiaran secara
langsung di hadapannya saat itu. Sebelum matanya kena ketumbit baik dia
fokuskan pandangan pada hidangan Fried
Rice with Salmon nya saja sambil tayang muka selamba.
“Oh yah, before I forget, Elisa, let me introduce you to Ammara. Sayang, this is Elisa, my cousin cum best friend yang baru balik dari UK. Elisa, this is Ammara, my future fiancée to be”
Nyaris saja nasi yang
baru disuapkan ke dalam mulut tersembur ke muka Imtiyaz. Terkulat-kulat Ammara dibuatnya
dan dalam kejanggalan, dia cuba melakarkan senyum pada Elisa yang nampak agak
terkejut ketika itu. Bukan Elisa saja yang terkejut sebenarnya, malah Ammara
pun sama. Terkejut mencapai tahap dewa mendengar pengakuan berani mati dari
Imtiyaz yang rasa mahu dicekik-cekiknya saja sampai lemas.
“Owh really Tiyaz? You, Syed Imtiyaz Omar is
getting engage? Oh, wow!” Melopong mulut Elisa menatap wajah Imtiyaz.
Melihat senyuman terpamer dibibir lelaki itu dengan kening yang terjongket,
Elisa terus menjerit kegembiraan. Dia lantas mengambil tempat di sebelah Ammara
dan lantas tubuh itu dipeluknya, mesra. Mankin terkedu Ammara dibuatnya.
“Oh my ..
I’m really sorry Ammara. How rude of me
kan tak pedulikan you dari tadi. Anyway, I’m Elisa. Cousin
Tiyaz dari sebelah Umi dia. We study
together at UK dulu. Tapi, by the time Tiyaz dah habis buat Master, I masih terkial-kial nak habiskan PhD. Lepas tu, after 3 years apart , tup-tup bila jumpa
dia, dia kata dia nak bertunang! Wow! Excitednya
I” Elisa menepuk-nepuk tangannya
dengan senyuman lebar menghiasi bibir merahnya sedari tadi.
Ammara rasa mukanya saat itu sudah herot entah
macamana gaya. Nak kata dia senyum rasa macam dia tersengih, nak kata
tersengih, dia rasa dia cuba tersenyum. Entahlah. Pelik dia melihat keterujaan
Elisa. Langsung dia tak menyangka Imtiyaz punya sepupu seranggi itu. Persis
seperti model antarabangsa. Patutlah Elisa memanggil Imtiyaz dengan panggilan
Tiyaz yang mana setahunya, panggilan itu hanya digunakan oleh kaum keluarga
Imtiyaz saja.
“Ok. You guys should tell me all about your love
story. How you two met, what do
Tiyaz have to go through to captured
Ammara’s heart. You kena
ceritakan semuanya pada I Ammara,
Tiyaz. Don’t leave any tiny detail at all!”
Bahu Ammara dipeluk mesra.
Mampus! Macamna ni?!! Masalah
nampaknya jadi mankin besar! Muka Ammara sudah berkerut-kerut memandang Imtiyaz
yang hanya tersenyum tenang. Sakitnya hatinya!! Kenapa dia seorang yang rasa tersepit
sekarang ni?! Ammara rasa pandangannya dah mula kabur dek kerana empangan
matanya sudah dipenuhi airmata. Bila-bila masa saja akan pecah membanjiri
pipinya.
Suasana senyap antara mereka berdua. Yang kedengaran hanyalah bunyi garfu dan pisau stainless steel yang berlaga dengan pinggan kaca berisi makanan masing-masing. Imtiyaz memotong Rib Eyes steaknya lalu disuakan ke dalam mulut sambil matanya sesekali memandang kearah Ammara yang tayang wajah mencuka. Namun makanan masih disuapkan ke mulut. Imtiyaz tersenyum sendiri.
0 comments:
Post a Comment