PAGI Jumaat itu, suasana di
tingkat 18 bangunan Muz Holding itu agak sunyi. Almaklumla, bila Isnin
diisytiharkan cuti kerana sambutan perayaan Thaipusam, maka ramailah staf yang
akan memohon cuti pada hari Jumaat supaya boleh bercuti dengan lebih lama.
Lebih-lebih lagi bila masing-masing baru saja mendapat gaji bulanan.
Sudah
setengah jam Ammara menongkat dagu memandang kearah skrin komputer.
Sekejap-sekejap dahinya berkerut, sekejap-sekejap dia menggigit belakang pen,
sekejap-sekejap dia menggaru-garu kepala dan sekejap-sekejap lagi dia
menekan-nekan tetikusnya laju dan jari-jemarinya lincah menaip punat-punat
papan kekunci.
Amboiii
.. Khusyuknya anak dara ni buat kerja. Sampai berkerut-kerut muka” suara Kak
Ros yang tiba-tiba menyapa gegendang telinga menyebabkan Ammara segera berkalih
pandang. Dia membalas senyuman Ibu beranak dua yang baru mula berkerja setelah
habis berpantang itu.
“Mana
ada sibuk la Kak Ros. Ara tengah baca novel online
la” Ammara berkata separa berbisik sambil mata melirik ke pintu bilik Imtiyaz
yang terkatup rapat. Tersenyum Kak Ros dibuatnya.
“Eh,
Kak Ros tak ambil cuti ke? Boleh bawa anak-anak pergi bercuti lama sikit”
Ammara menopang dagunya dengan kedua belah tangan sambil memandang Kak Ros yang
masih tersenyum-senyum kearahnya.
“Hish.
Akak baru masuk kerja hari ni. Takkan la dah nak minta cuti kot. Seganlah Akak
dengan Encik Imtiyaz kita tu. Ara tanya Akak ni, kenapa Ara tak minta cuti?”
Kak Ros memulangkan semula soalan kepada Ammara.
“Memang
nak cuti Kak. Tapi, tuuu yang kat dalam tu tak approve. Banyak kerja katanya. Tup-tup bila saya datang hari ni, inbox email dengan inbox tray saya ni clear je pun. Saja je nak kenakan saya”
Ammara sudah mula tayang muka cemberut.
Geram
betul dia apabila 3 hari yang lepas, cutinya ditolak mentah-mentah oleh Imtiyaz
atas alasan banyak lagi tender-tender dan tugasan-tugasan lain yang belum
selesai. Naik berasap kepalanya kerana terpaksa bertegang urat dengan lelaki
itu selama setengah jam. Akhirnya, berserta dengan sendu-sedannya, Ammara
terpaksa juga akur.
Dia
bukan apa. Mama sudah mengajaknya pulang ke Terengganu untuk melawat Mak Tok
dengan Ayah Toknya di kampung. Memandangkan memang sudah lama mereka tidak
pulang ke kampung, Ammara punyalah teruja dibuatnya. Itu yang dia berangin
semacam apabila Imtiyaz tidak meluluskan cutinya.
Akhirnya,
terpaksalah dia tinggal seorang diri di rumah. Along dan Kak Fatin telah ikut
serta pulang ke kampung malam tadi. Si Fath pula katanya bermalam di rumah
temannya. Siapa dan dimana temannya itu duduk, malas Ammara hendak ambil tahu.
Asalkan lelaki itu tak perlu ada di hadapan matanya, dia sudah cukup gembira.
“Ha
.. Cakap pasal Encik Imtiyaz ni, Akak ada benda nak tanya kat Ara ni. Tapi, Ara
jangan marah tau” kali ini giliran Kak Ros pula berkata dalam nada berbisik.
Berkerut dahi Ammara seketika.
“Tanya
pun belum, macamana nak tahu saya marah ke tak. Hish Akak ni. Tanya je la”
Ammara mendekatkan diri dengan Kak Ros yang memandang ke aras pintu bilik
Imtiyaz. Dah macam pencuri saja lagaknya.
“Ara
dengan Encik Imtiyaz nak kahwin ke?”
Bulat mata Ammara memandang tepat
kewajah Kak Ros. Bibirnya diketap rapat.
“Eh
Ara janganlah marah. Akak tanya je. Tadi si Karl yang bagitahu Akak. Akak just nak pastikan je” Kak Ros mula
menggelabah apabila melihat perubahan pada wajah Ammara yang sudah kelat
semacam.
Ammara
menghela nafas panjang. Bencinya dia. Apa yang hendak dijawab? Kalau dia
menafikan, tapi Imtiyaz mengiyakan, pasti nanti dia dituduh penipu. Tapi untuk
mengiyakan, memang sah-sahlah dia menipu. Stress!!
Kalau semua orang dalam bangunan ini bertanyakan soalan yang sama padanya, mahu
masuk ke Hospital Bahagia dibuatnya.
“Rasanya
Akak tanya la sendiri kat Bos kita tu. Kalau saya yang cakap takut lebih-lebih
pula” jawapan paling umum diberikan pada Kak Ros. Aura sendu sudah mula
menerjah dada Ammara saat itu. Cepat-cepat dia menarik nafas panjang dan
dilepaskan perlahan. Serba sedikit ianya membantu juga menahan rasa sendu yang
tadinya menyesak dada.
“Tanya
apa tu Kak Ros?”
Kepala Ammara
dan Kak Ros serentak berpusing 90 darjah. Dua pasang mata itu segera terpasak
pada sesusuk tubuh sasa Imtiyaz yang sedang
melangkah dengan gaya modelnya menghampiri mereka berdua. Ammara mula rasa tak
sedap hati.
“Err … Takda
apa-apa pun Encik Imtiyaz. Kak Ros tanya Ara … Err … Budak Admin
Exec yang baru tu ok ke tak. Lepas tu si Ara ni suruh Akak tanya Salesman atau Encik Imtiyaz sendiri sebab
Ara kata diaorang atau Encik lagi tahu” Fuh! Ammara tarik nafas lega. Pandai
juga Ibu beranak dua ni pusing cerita. Ammara segera buat-buat letak tangan di
mulut apabila gelak tawanya nyaris meletus dek kerana Kak Ros menjegilkan mata padanya bila Imtiyaz
tidak menyedari.
“Owh. Ingatkan
apa tadi. Ammara, awak tak ada kerja kan? Jom ikut saya. Kita kena bertolak ke Kuantan
sekarang. Ada masalah dengan projek lanskap dengan Majlis Perbandaran kat sana”
tanpa menunggu jawapan dari Ammara, Imtiyaz segera mendahului langkah ke lif.
Ammara apalagi,
kelam-kelibut lah dibuatnya. Beg tangan dan buku notanya dicapai. Pen dan
Iphonenya segera disumbatkan ke dalam beg tangan sebelum dia menutup
Komputernya.
“Tengoklah Bos
kesayangan Akak tu. Nak pergi jauh-jauh macam ni dekat pukul 12 baru nak
bagitau. Huh! Nampaknya tengah malam la saya balik hari ni Kak Ros wey” sempat lagi Ammara
membebel sebelum menapak laju mengejar langkah Imtiyaz. Kak Ros hanya
mempamerkan senyuman apabila Ammara tayang muka yang berkerut seribu dengan bibir
memuncung seperti itu.
Sepanjang perjalanan di atas lebuhraya, baik Ammara maupun Imtiyaz, mereka sama-sama lebih senang mendiamkan diri sambil mendengar celoteh DJ di radio.
“Hujung minggu
ni Umi dengan Walid ajak awak dinner
kat rumah kami” suara garau Imtiyaz berkumandang memecahkan kebekuan antara
mereka. Volume radio diperlahankan.
Pandangannya masih dihalakan ke hadapan.
Ammara memandang
kearah Imtiyaz sekilas lalu sebelum kembali memandang ke luar tingkap kereta.
Tiada respon yang diberikan. Kalau dia menolak sekalipun, dengan apa cara,
Imtiyaz pasti akan membuatnya menerima undangan tersebut. Jadi, lebih baik dia
diamkan saja.
“So, macamana? Kenapa diam?” Imtiyaz
menoleh pandang pada Ammara apabila soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.
“Kenapa tanya
saya kalau semua jawapan pun dah ada pada awak. Tak kira apapun jawapan saya, last-last saya kena ikut cakap awak juga
kan?” Mendatar saja jawapan yang diberikan oleh Ammara. Dia sudah malas hendak
berbalas kata dengan lelaki itu.
Ammara tidak
menyangka, niatnya yang hanya ingin membantu Imtiyaz rupanya menjerat dirinya
sendiri. Sekarang ni, segala-galanya sudah terlanjur terlalu jauh. Bukan hanya
Umi dan Walid Imtiyaz saja yang mengetahui dan percaya bulat-bulat dengan
lakonan cinta mereka, malah keluarganya serta keluarga Elisa juga sudah turut
terpedaya tanpa sengaja. Ammara sudah pasrah. Malas dia hendak berfikir dan
menyesakkan lagi kepala otaknya. Nanti, sebarang penyelesaian pun tak dapat,
airmatanya juga yang akan keluar tak mahu berhenti.
“Pelik. Ammara
Saffiya mengalah tanpa berbahas? This is
so not you my dear. Awak tak sihat ke? Hurmm? Demam?” Terkebil-kebil mata
Ammara bila belakang tangan Imtiyaz sudah menjamah dahi dan kedua belah
pipinya.
Tangan Imtiyaz
sudah kembali memegang stereng dengan senyuman senget diukirkan buat Ammara
yang masih terdiam.
Eiiii!!
Lebih-lebihlah dia ni. Ingat aku ni Tihal ke? Suka-suka hati nak sentuh-sentuh,
rasa-rasa … Uih!! Menyampah betullah! Ammara mendengus perlahan. Keduabelah
tangan disilangkan ke dada. Wajah Imtiyaz direnung tajam.
“You enjoying these aren’t you Boss?
Seronok tengok saya tersepit macamni kan?” Mata semakin mencerlung pandang
kearah Imtiyaz.
Hati Ammara
bertambah sakit apabila kata-katanya disambut dengan dekahan tawa Imtiyaz.
“Boss!
Saya tak buat lawak okey! So, tak
payahlah nak gelak sangat” Ammara memusingkan badannya kearah yang
bertentangan. Setitis airmata yang meluncur laju dipipinya pantas diseka.
Bencinya! Macamana sekalipun, kesudahannya, pasti dia yang menangis.
Melihat
keadaan Ammara yang sudah mula berjuraian airmata, Imtiyaz memarkirkan kereta
di tepi jalan. Isyarat lampu kecemasan dihidupkan. Bahu Ammara dipaut Imtiyaz
supaya mengadapnya. Kedua belah tangan Imtiyaz sudah berada di pipi Ammara dan
airmata yang sudah lebat berjuraian dipipi yang kemerahan itu disapu perlahan.
Sepasang anak mata berwarna coklat cair yang masih basah dengan airmata itu ditatap
lama. Cerminmata hitam sudah ditanggalkan sedari tadi.
“Kenapalah
awak suka sangat menangis? Hurmm? Awak tahu tak? Saya tak boleh tengok awak
menangis tau dear” Ammara terpana
mendengar ucapan bernada romantis yang terkeluar dari mulut Imtiyaz. Terasa
longgar segala sendi di tubuhnya.
Imtiyaz
tersenyum senget melihat Ammara yang terkebil-kebil menatap wajahnya. Comel
sungguh! Ikutkan hati, mahu saja dicium pipi mulus itu.
“Err
… Ki … Kita dah lambat ni Bos. Nanti client
marah pula” menyedari kelainan dalam senyuman yang terukir di bibir merah jambu
itu, Ammara cepat-cepat meleraikan pegangan tangan Imtiyaz diwajahnya. Rasa
membahang saja kulit mukanya saat itu. Untuk kesekian kalinya dia membenarkan
lelaki itu bersentuhan kulit denganya. Arggghhhh!!! Rasa dirinya sangat
ternoda.Mahu saja dia menampar-nampar pipinya kerana begitu mudah terbuai
dengan sikap romeo Imtiyaz. Dia sudah memalingkan tubuhnya kearah bertentangan
semula.
“You know Ammara. Usually I don’t allow my staff to call me Boss. But for you, I will
make an exception”
Ammara
menjuihkan bibir mendengar kata-kata Imtiyaz. Eleh … Exception konon. Bukan dulu si Suraya kerek tu panggil kau ‘Bos’
ke? Dasar mulut manis! Huh! Ammara membebel dalam hati.
Melihat
Ammara yang diam tanpa berbalas kata, Imtiyaz menyunggingkan senyuman sambil
mengenakan semula cerminmata hitamnya dan kereta kembali dipandu di atas
lebuhraya yang sudah mula dibanjiri dengan kenderaan dari pelbagai arah.
Mereka
tiba di Majlis Perbandaran Kuantan tepat jam 3.30 petang dan perjumpaan yang
lebih kepada perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul berlanjutan
hampir ke jam tujuh petang.
“Kita
cari Masjid dulu lah Bos. Nak solat Asar kejap. Lepas tu boleh la kita tunggu Maghrib sekali baru gerak
balik” Ammara berkata sambil mengenakan tali pinggang keledar ketubuhnya.
“Okay”
ringkas saja jawapan dari Imtiyaz. Panggilan ‘Bos’ yang digunakan oleh Ammara
tidak lagi menjadi masalah baginya.
Kereta
dibelokkan ke perkarangan Masjid Bukit Setongkol dan mereka menunaikan solat
Asar dan menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di situ.
“Kita
pergi makan dulu” ucap Imtiyaz sebaik sahaja Ammara sudah mengambil tempat
duduk di sebelahnya. Tanpa bantahan, Ammara hanya menurut. Lagipun, perutnya
memang sudah berkeriuk minta diisi.
Mereka
menikmati juadah makan malam di gerai nasi campur di tepi jalan. Ini salah satu
sikap Imtiyaz yang agak disenangi Ammara. Walaupun dibesarkan dalam keluarga
yang berpangkat dan mewah, Imtiyaz tidak cerewet langsung dalam soal memilih
tempat makan. Yang penting baginya adalah tempat itu bersih, kemas dan teratur.
“Nenek
dengan Datuk awak tinggal kat mana Ammara?” Imtiyaz memulakan perbualan
sementara menunggu makanan yang dipesan mereka sampai. Lengan baju kemejanya
dilipat hingga kesiku menampakkan sisi santainya dimata Ammara.
“Besut.
Pantai Air Tawar kat Kampung Sentosa” Ammara menjawab sambil tangannya mencapai
telefon di dalam beg tangan untuk memeriksa sebarang pesanan ringkas dan
panggilan masuk yang tak sempat dijawab memandangkan sewaku di Masjid tadi,
telefonnya diletakkan dalam mode
senyap.
“Owh.
Along dengan Kak Fatin ikut sekali kan balik kampung?” Imtiyaz terus bertanya.
Ammara memandang kearah Imtiyaz sebelum menjawab. Agak janggal ditelinganya
apabila Bosnya itu memanggil Abang dan Kakak Iparnya sebegitu. Bunyinya saja
sudah mengambarkan betapa antara dia dengan Imtiyaz bukan sekadar majikan
dengan pekerja.
Tanpa
kata, Ammara menganggukkan kepalanya dan mata kembali difokuskan ke skrin
telefon.
Satu
persatu panggilan masuk dan pesanan mesej yang masuk diperiksa. Dia tersenyum
sendiri melihat gambar yang dihantar oleh Ammar di applikasi Whatapps. Gambar
Mak Tok dan Ayah Toknya yang sedang mengangkat tangan dengan mulut yang
memuncung menunjukkan gaya orang yang tak mahu wajahnya dirakam oleh lensa
kamera.
“Awak
tengok apa tu?” Tanpa sedar, Imtiyaz sudah mendekatkan kerusinya dengan Ammara
dan telefon ditangan Ammara dicapai. Satu persatu gambar yang dihantar oleh
Ammar ditatap dengan senyuman. Berkerut-kerut wajah Ammara dibuatnya. Dia
memandang kearah Imtiyaz dengan riak tak puas hati.
“Eh,
saya belum habis tengoklah” telefon ditangan Imtiyaz dirampas semula dan
dilayangkan tinggi agar lelaki itu tidak dapat mengambilnya semula. Mata
dijegilkan tanda protes. Imtiyaz tersenyum dengan bibir yang mencebik dan bahu
yang dijongketkan tanda tak peduli dengan cara Ammara memandangnya.
Ammara
mengubah tempat duduknya di hadapan Imtiyaz. Terjongket kening Imtiyaz
dibuatnya. Ammara menayangkan senyum kemenangan. Dia menyambung semula
perhatian ketelefon bimbitnya.
“So, ni kalau awak balik, awak kat rumah
dengan siapa?” Imtiyaz cuba menarik perhatian Ammara.
“Sorang
la kot. Tu pun kalau Fath masih tidur kat rumah kawannya” selamba saja Ammara
menjawab tanpa memandang kearah Imtiyaz.
Mendengar
nama Fath disebut, Imtiyaz mula rasa semacam. Fath dan Ammara, dalam satu
rumah? Berdua? Waktu malam? Imtiyaz rasa tak sedap hati. Jika naluri lelakinya
tak silap, dia dapat rasakan yang Fath masih menyimpan perasaan terhadapa
Ammara. Melihat cara lelaki itu memandang gadis itu saja dia boleh mengagak.
Ammara
yang masih ralit dengan telefonnya ditatap lama. Dalam kepala mula
memikirkan beberapa perancangan.
Setengah
jam menunggu akhirnya makanan yang mereka pesan sampai juga. Masing-masing
khusyuk menikmati hidangan makan malam tanpa sebarang suara. Ammara dengan
kuetiau tomyam dan air jus epalnya, manakala Imtiyaz dengan hidangan nasi
goreng USA dan jus tembikainya.
Jam
menunjukkan ke pukul 10 malam, barulah mereka memulakan semula perjalanan.
Masuk minit kesepuluh kereta bergerak, Ammara sudah dibuai lena. Melihatkan
Ammara yang berpeluk tubuh sambil mengerekotkan tubuhnya, Imtiyaz mencapai
kotnya dan diselimutkan ke tubuh gadis itu dengan sebelah tangannya.
Imtiyaz
tersenyum apabila memandang wajah Ammara yang terserlah kepolosannya ketika
tidur. Memandangkan Ammara sudah terlena, mudahlah untuknya melaksanakan
rancangan yang baru dirangkanya tadi. Dia tersenyum lagi. Perhatian ditumpukan
semula pada pemanduan.
0 comments:
Post a Comment