Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, June 23, 2022

GADIS CENGENG : BAB 18

            


            SEPANJANG perjalanan ke rumah IbuBapa Imtiyaz di Kota Damansara, Imtiyaz diberi mandat untuk memandu kereta Alphard milik Ammar manakala tuan empunya kereta duduk santai di sebelah sambil mulutnya rancak bercerita. Macam-macam topik yang keluar sambil sesekali disampuk oleh Encik Azman dan Puan Saadiah.

             “Ha ... Kalau kau nak tahu, si Ara ni masa kecil dulu punyalah debab. Kalau senyum, mata pun boleh hilang” kerana keserasian sudah berjaya dipupuk, panggilan kau-aku sudah digunakan. Tajuk perbualan sudah terarah kepada Ammara pula. Ammara yang duduk di kerusi paling belakang dengan Fatin hanya merenung tajam Abangnya dengan rasa tidak puas hati.

             “Betul tu. Menyusu kuat. Satu hari sampai dekat sepuluh botol susu dia seorang saja yang minum” Puan Saadiah turut menokok tambah cerita.

              “Mama! Papa, tengoklah Mama ni! Malukan Ara je!” Ammara yang sudah menjerit kuat menyebabkan yang lain tertawa lucu. Lagi-lagi Ammar. Suka benar kerana dapat menyakat adiknya. Lebih seronok kerana Mamanya turut sama bersekongkol.

             Imtiyaz hanya tersenyum. Kata-kata Fath tadi masih berlegar-legar di dalam fikirannya. Sejak dari masuk dalam kereta, tidak sedikit pun wajah Ammara dipandangnya.

             Ammara yang perasan akan sikap Imtiyaz yang agak berlainan itu turut merasa pelik. Tapi, dia malas hendak memikirkannya. Untuk apa? Lagipun, ini hanyalah drama lakonan semata-mata. Dia amat pasti yang sikap dingin Datin Suhana nanti bakal menyebabkan Mama dan Papanya terasa dan seterusnya menghalang ‘hubungan cinta’nya dengan Imtiyaz.

             Setelah sejam perjalanan, kereta akhirnya dibelokkan ke kawasan yang terpaksa melalui pintu gerbang dimana terdapat pondok pengawal keselamatan untuk tujuan pemeriksaan. Mujur pengawal keselamatan memang sudah cam dengan muka Imtiyaz, jadi urusan mereka jadi mudah.

             Kereta melalui hamparan padang golf yang terbentang luas dan setelah dua kali membelok ke kiri, akhirnya mereka sampai juga di lot rumah banglo dua tingkat yang mempunyai pintu pagar yang tinggi melangit. Terdapat kamera keselamatan di atas tembok di kiri dan kanan pintu pagar.

            Dalam hati, Ammara rasa berdebar memikirkan bagaimanalah penerimaan ahli keluarga Imtiyaz yang lain terhadap dirinya. Datin Suhana awal-awal sudah dipangkah dari senarai orang yang merestui hubungan pura-pura mereka itu. Bagaimana pula dengan adik beradik Imtiyaz? Berapa ramai adik beradiknya pun Ammara tak tahu. Yang dia tahu, Imtiyaz mempunyai adik bongsu berusia lima tahun. Itupun dia tahu ketika Imtiyaz menyergahnya dahulu dan dia menangis lalu lelaki itu ada menyebut tentang adiknya itu untuk dibandingkan dengannya. Apapun, Ammara pasrah saja dalam hati tak berhenti berdoa semoga hari itu cepat berlalu.

Keluar saja dari perut kereta, Datin Suhana dan Datuk Muzaffar sudah menunggu di muka pintu menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Agak mengejutkan buat Ammara apabila Datin Suhana tayang wajah yang nampak senang hati menerima kedatangan mereka. Aneh. Mana pergi wajah garangnya dulu?

“Syarifah Suhana? Ana … Ana kan ni?” Dahi Puan Saadiah berkerut seribu ketika pasangan Datuk dan Datin itu dihampiri. Datin Suhana turut mempamerkan riak yang sama.

“Diah … Saadiah?!” Ada keterujaan yang terbit dari wajah anggun itu dan serentak dengan itu kedua Ibu itu berpelukan sambil menangis dalam kegembiraan. Mereka yang menonton semuanya kehairanan.

Aah sudah! Macamana Mama boleh kenal pula Datin garang ni?! Ammara mula rasa tak sedap hati. Kemesraan yang ditunjukkan diantara Mamanya dan Datin Suhana meranapkan angan-angannya yang ingin melihat pertemuan mereka hari itu berakhir dengan drama airmata. Ini pun drama airmata juga. Tapi, Ammara mahukan airmata kesedihan, bukan airmata kegembiraan!

“Abang, inilah kawan baik Ana masa sekolah kat Terengganu dulu. Kitaorang lost contact masa Ana ikut Umi dengan Babah pindah ke Kuala Lumpur” Datin Suhana masih memeluk bahu Puan Saadiah sambil memperkenalkan sahabat baik yang sudah berpuluh tahun terpisah itu kepada Datuk Muzaffar.

“Ini ke kawan awak yang awak kata cantik macam perempuan Arab tu Diah?” Encik Azman menyampuk. Lebar senyuman Puan Saadiah mengiyakan.

“Hai .. Ini namanya Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bertemu juga” kata-kata Encik Azman disambut dengan gelak tawa isterinya, Datin Suhana dan Datuk Muzaffar. Anak-anak yang melihat gelagat Ibu Bapa mereka masih terdiam. Sama-sama cuba mencerna pertemuan ala-ala jejak kasih yang sedang berlangsung di hadapan mata mereka.

“Rupanya, si Ammara ni anak Diah rupanya. Patutlah masa pertama kali Ana jumpa dia, matanya tu mengingatkkan Ana pada seseorang. Cuma tak ingat siapa” Datin Suhana sudah menarik tubuh Ammara ke dalam pelukannya. Tergamam Ammara dibuatnya. Lain yang dihajat, lain pula yang dia dapat.

“Eh, jomlah masuk ke dalam. Takkan nak bersembang depan pintu ni saja” Datuk Muzaffar bersuara barulah mereka sedar yang mereka masih belum menjejak kaki ke dalam rumah. Datin Suhana dan Puan Saadiah mendahului dengan jalan berpimpin tangan diikuti oleh Encik Azman dan Datuk Muzaffar kemudian Ammar dan Fatin. Akhir sekali barulah Ammara dan Imtiyaz. Betapa kecewanya Ammara dengan apa yang berlaku setakat ini. Nampak gayanya, dia terpaksa memikirkan pelan yang baru untuk mengagalkan rancangan Imtiyaz secepat mungkin sebelum ianya bertambah parah.

“Kalau dah jodoh tak kemana”

Ammara terkedu apabila Imtiyaz berbisik perlahan ditelinganya sebelum berjalan melepasinya dengan senyuman senget  yang menambahkan rasa sakit hatinya.

“Jemputlah minum. Air biasa-biasa je ni” ramah Datin Suhana menjemput tetamunya. Berbeza sungguh dengan layanannya pada Ammara di restoran tempohari.

“Masa mula-mula Tiyaz kenalkan Ara dengan kami, saya rasa tak sedap hati juga. Yela. Selama ni, si Tiyaz kalau berkawan dengan mana-mana perempuan pun, tak pernah sampai nak bawa jumpa dengan saya dengan Walidnya. Bila dia bawa Ara jumpa kami, rasa terkejut juga” Datin Suhana mula meluah rasa. Pegangan tangannya dengan Puan Saadiah tidak lekang menunjukkan rasa rindu yang menggunung antara mereka berdua.

 “Tapi, sekarang, saya bersyukur sangat sebab Ara ni rupanya anak kamu Diah. Kawan saya yang paling baik pernah saya kenal. Jadi senang lah sikit ceritanya untuk selesaikan urusan mereka berdua ni” Puan Saadiah turut tersenyum mendengar kata-kata Datin Suhana.

 Ammara sudah mula menjerit dalam hati. Senyuman yang terpamer diwajahnya pun rasa plastik sangat. Takkan la mahu bermasam muka pula. Nanti apa kata Papa dan Mamanya.

“Elokla tu Aunty. Cepatlah sikit boleh kahwinkan adik saya ni. Tak larat dah saya nak layan kerenahnya itu. Nasib la si Tiyaz ni penyabar” kata-kata Ammar disambut dengan tawa mereka yang lain kecuali Ammara. Dia hanya menjeling Abangnya dengan bibir yang diketapkan. Pakkal lah mereka sekarang berada di rumah orang. Jika tidak, mahu saja dicekik-cekiknya Ammar. Biar lemas tak cukup nafas.

“Err … Aunty, boleh tumpang tandas?” Sebelum Ammar membuka mulut lagi, Ammara terus mencuri peluang melepaskan diri dari situ. Biar dia duduk dalam tandas sampai tiba masa untuk pulang. Fikir Ammara.

“Eh, boleh. Tiyaz, tunjukkan Ara tandas kat sebelah dapur tu … ”  Belum habis Datin Suhana berkata, Ammara segera memotong.

“Eh takpa la Aunty. Ara boleh pergi sendiri. Kat belakang kan? Sebelah dapur kan? Ara minta diri dulu ye” Ammara terus angkat punggung dan segera berlalu dari situ.

Sampai saja di ruang yang memisahkan ruang makan dan dapur, Ammara mula garu kepala apabila terdapat beberapa pintu di situ. Takkan la pula dia hendak buka satu persatu pintu yang ada? Kalau tersalah buka dan ternampak yang yang sepatutnya bagaimana? Hisshh! Ammara pening sendiri. Itulah kau Ara. Datin suruh Mamat Kerek tu tunjukkan kau tak nak. Over confident! Sekarang ni, pandai-pandai kau lah. Akal sudah mula memarahi hati.

 “Err ..excuse me. Akak ni siapa? Ermm .. Akak cari apa ye kat dapur ni?” Teguran yang datang dari arah belakangnya membuatkan Ammara terkejut. Mujur dia tak melatah. Dia segera menoleh dan seraut wajah putih melepak menyapa pandangan matanya. Gadis ayu bertudung Ariani, bermata bulat dan hidung mancung terletak menayangkan senyuman padanya.

 “Err … Sorry. Nama Akak, Ammara .. Err .. Akak cari tandas. Boleh tunjukkan ke, tandas pintu yang mana?” Tergagap-gagap Ammara menjawab. Gadis itu melebarkan senyuman sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

 “Owh … Ni mesti girlfriend Abang Tiyaz kan? Saya Imtithal. Adik Abang Tiyaz. Akak Ammara boleh panggil saya Tihal” tangan yang dihulurkan disambut mesra oleh Ammara.

Macamana la pula dia boleh tahu aku ni girlfriend si Kerek tu? Ada cop ke kat dahi aku ni? Sempat lagi Ammara bersoal jawab dalam hati.

 “Tihal panggil je Akak, Kak Ara” Imtithal tersenyum lagi.

“Ok. Kak Ara. Emm .. Kak Ara cari tandas kan? Tandas yang itu, pintu warna beige” Ammara menghala pandang kearah yang ditunjukkan oleh Imtithal. Pintu berwarna beige yang diapit oleh dua pintu berwarna putih dihampiri setelah mengucapkan ‘Terima Kasih’.

Lama juga Ammara berkurung di dalam bilik air. Bukan buat apa pun. Saja menenangkan jiwa yang kacau. Bagi Ammara, dari dia terpaksa menayang senyum paksa dan menatap wajah mengada-ngada Imtiyaz, baik dia pandang wajahnya sendiri dicermin tandas.

Apabila sudah lebih kurang dua puluh minit, akhirnya Ammara menapak keluar juga. Nanti tak pasal pula dia disangka pengsan di dalam tandas dek kerana tidak keluar-keluar.

“Ingat Ammara tidur dalam tandas tadi” hampir terloncat Ammara dibuatnya apabila suara Imtiyaz menyambutnya sebaik kaki melangkah keluar dari tandas.

“Ya Allah Encik Imtiyaz! Nasib baik saya tak ada penyakit jantung tau! Kalau tak memang dah selamat saya ke rumah tiang dua” Ammara bersuara keras kearah Imtiyaz sambil mengurut-ngurut dadanya.

“Isk awak ni. Kan saya dah cakap. Jangan panggil saya Encik” Imtiyaz mendekatkan dirinya pada Ammara sambil mata melilau kesekeliling. Bimbang sekiranya ada yang mendengar.

“Saya tak reti lah nak berbaby sayang ni Encik” Ammara menjarakkan tubuhnya dari Imtiyaz. Nyaris kepalanya berlaga dengan dagu lelaki itu. Cologne yang dipakai Imtiyaz sudah memenuhi rongga hidung membuatkannya rasa kurang selesa.

“Better you stop calling me Encik … Kalau tak …” Imtiyaz tersenyum melihat riak wajah Ammara yang sudah berubah. Semakin Ammara mengundur, semakin galak dia mendekatkan tubuhnya pada gadis itu.

 “Apa ni Encik Imtiyaz? Isk … Nanti orang nampak lah” menyedari yang dia sudah tidak boleh lari kemana kerana belakang tubuhnya sudah menghimpit dinding, dada Imtiyaz ditolak supaya menjauhinya. Getar jantung yang semakin kuat terasa menambahkan lagi rasa sesak di dadanya.

“Biarlah kalau orang nampak pun. Cepat sikit kita boleh kahwin. Kalau awak tak nak kena cium dengan saya, baik awak panggil saya sayang atau baby atau apa saja panggilan manja sekarang ... hurm?” Imtiyaz tak peduli dengan tolakan tangan Ammara. Wajah yang sudah bertukar kemerahan di hadapannya itu menambahkan rasa seronoknya untuk terus menyakat.

“Ok … Ok … Saya panggil!”

“Panggil apa tu?”

“Sa … Sayang”

“Apa? Tak dengar. Say it again .. Louder”

“Say …. Sayang!”

 Imtiyaz menjarakkan tubuhnya dan airmata yang sudah mengalir di pipi Ammara diseka lembut.

“Cengeng la you ni dear” tangannya masih berada di pipi mulus Ammara yang menundukkan wajahnya. Jatuh kasihan pula dia pada Ammara kerana mengusik gadis itu tadi.

Ammara mengangkat wajahnya dan pandangan tajam dihadiahkan pada Imtiyaz. Tangan lelaki itu ditepis kasar dan tubuh lelaki itu ditolak geram sebelum dia melangkah berlalu dari situ dengan wajah yang mencuka. Rasa serba-salah semakin menyelubungi Imtiyaz. Perlahan dia menurut langkah Ammara menuju ke ruang tamu.

 Pertemuan yang asalnya cuma dirancang berlangsung pada sebelah pagi saja berlarutan hingga ke makan tengahari.

Ammara yang pada mulanya rasa kekok, semakin selesa dengan kehadiran Imtithal, anak perempuan tunggal dalam keluarga itu. Apatah lagi, Imtithal rajin berceloteh membuatkan Ammara berasa terhibur.

 “Abang Tiyaz tu kalau Kak Ara nak tahu, nampak je macam buaya darat. Tapi, Akak jangan risaulah. Kawan-kawan perempuannya semua tu setakat buat teman dia gitu-gitu je. Tihal rasa, selama ni takde pun Abang Tiyaz mana-mana kawan perempuan dia jumpa Walid dengan Umi. Sebab tu Tihal confident yang Abang serius dengan Akak” Imtithal cuba melobi Abangnya supaya nampak elok dimata Ammara.

Dia bukan tak tahu selama ini, perempuan yang selalu dikaitkan dengan Imtiyaz semuanya tak semengah. Kerana itu, dia sangat bersyukur apabila Abangnya memperkenalkan Ammara sebagai bakal isteri. Dia senang dengan Ammara. Selamba dan spontan. Langsung tak nampak yang gadis itu berpura-pura. Malah dengan Syarifah Hanum, pilihan jodoh yang ditentukan oleh Uminya buat Imtiyaz sebelum ini pun dia tak berapa berkenan. Harapkan cantik saja. Tapi perangainya, sombong bukan main.

 Ammara hanya tersengih mendengar kata-kata Imtithal. Ketika itu, mereka berdua sedang asyik menyediakan bahan-bahan untuk memasak juadah Nasi Beriani di atas kitchen Island. Itupun setakat membantu memotong bawang dan sayur-sayuran sahaja kerana semua tugasan yang lebih berat digalas oleh Datin Suhana, Puan Saadiah, Fatin dan Wati, orang gaji di rumah itu.

 “Seronoknya nak dapat Kakak Ipar. Tak sabar Tihal. Nanti adalah kawan. Takdelah kena buli je dengan Abang Tiyaz tuh. Si Imdad tu pun sama je naiknya. Kalau Abang Tiyaz buli Tihal, dia pun nak tumpang sekaki juga. Tak padan umur baru 5 tahun” Imtithal masih seronok berceloteh mengenai keterujaannya menerima Ammara dalam keluarga itu.

Terbayang di ruang mata Ammara wajah comel Imdad. Adik bongsu Imtiyaz yang baru dikenalinya sebentar tadi apabila anak kecil itu pulang dari Taska. Adik beradik Imtiyaz ada tiga orang kesemuanya. Ketiga-tiga beradik itu mempunyai jurang umur yang besar. Imtiyaz berusia 32 tahun manakala Imtithal, 15 tahun dan akhir sekali, Imdad, 5 tahun. Masing-masing memiliki jarak umur yang sangat ketara.

 Menurut cerita Datin Suhana, dia dan Datuk Muzaffar langsung tidak merancang. Rezeki Allah yang sudah tertulis buat mereka sudah begitu adanya. Mereka redha dan terima sahaja seadanya.

“Kalau ada jodoh Tihal. Kalau takda jodoh nak buat macamana kan” Ammara menyahut juga akhirnya. Dia tidak mahu Imtithal terlalu mengharap. Lagipula, bukankah ini semua hanyalah lakonan semata-mata? Dia cukup yakin yang sebelum perhubungan mereka itu menjadi lebih serius, Imtiyaz pasti akan ada helah yang lain. Dia pasti. Dia kena yakin kerana dia tak sanggup menjadi isteri kepada lelaki itu.

“InsyaAllah. Tihal percaya Abang sayangkan Akak sangat-sangat. Tihal nampak macamana Abang Tiyaz tengok Kak Ara. His eyes are full of love!” Seronok benar Imtithal. Ammara sudah terkedu. Full of love? Heh! Karut! Full of lies adalah kot. Ammara mengejek dalam hati. Dia tak percaya lelaki kasanova seperti Imtiyaz mampu menyintai seorang wanita dalam satu masa. Memang tak mustahil tapi musykil jugalah dia kalau ianya terjadi.

“Hai anak dara berdua ni potong bawang lagi tadi tak sudah-sudah lagi ke?” Datin Suhana yang baru menghampiri Ammara dan Imtithal membantutkan perbualan rancak antara mereka berdua.

“Haah la. Lagi tadi seronok sangat bersembang, tangan memang tak bergerak la” Puan Saadiah yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Ammara turut bersuara.

“Dah siaplah ni Umi. Tihal baru je nak blend bahan-bahan nak masak ayam ni” Imtithal tersengih-sengih sambil memasukkan bahan-bahan untuk dikisar ke dalam mesin pengisar. Ammara turut sama tayang gigi apabila sudah ditegur oleh para Ibu.

Monday, June 20, 2022

GADIS CENGENG : BAB 17

    


    KATA sepakat telahpun dicapai. Esok, mereka semua akan berkumpul di rumah Encik Azman sebelum sama-sama bertolak ke rumah keluarga Imtiyaz di Kota Damansara. Ammara terpaksa jadi Mak Turut sahaja. Setelah apa yang dibuat pada Imtiyaz, Papanya langsung tidak membenarkan sebarang bentuk bantahan dan tunjuk perasaan dari Ammara. Lebih menyebalkan hatinya, Imtiyaz akan sama-sama bertolak bersama mereka. Ingin dibantah tapi jelingan maut Papanya membuatkan mulutnya terus terkunci rapat. Siap bermangga lagi. Seram!

    Mereka sampai di rumah Ammar tepat pukul sepuluh malam. Sebaik sahaja kereta Alphard berwarna hitam itu diparkirkan, Ammara terus membuka pintu dan berlalu masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan sesiapa.

    “Ara, Ara. Entah apalah tu yang tak kena. Kerja nak muncung je hari ni. Kamu jangan ambil hati pula Tiyaz. Ara tu memang macam tu. Sindrom anak bongsu. Buat ikut suka dia je. Bukan nak fikir perasaan orang lain” Ammar mendengus sambil mengeleng-gelengkan kepala. Imtiyaz yang sudah berdiri di sebelahnya ditepuk-tepuk bahunya. Fatin telah meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dahulu kerana kepenatan katanya. Tinggal Ammar dan Imtiyaz saja di halaman rumah.

    “Takda apalah Long. Dah biasa layan kepala anginnya tu. Tapi kalau kat office Ara tu professional. Buat kerja langsung tak mengeluh” Imtiyaz tersenyum memandang wajah Ammar. Bukan dia sengaja memuji Ammara hanya untuk mengambil hati Ammar. Tapi, itulah kebenarannya. Ammara memang seorang pekerja yang bagus.

    “Dah lewat ni. Saya balik dululah ye. Esok, pukul 9 saya sampai. Jumpa lagi esok Long. Assalammualaikum” mereka bersalaman dan bertukar pelukan sebelum Imtiyaz berlalu dengan kereta Harriernya. Hon dibunyikan tiga kali sebelum kereta dipecut pergi. Mata Imtiyaz sempat menangkap sesusuk tubuh yang mengintai dari celah tingkap bilik di tingkat dua yang dia pasti milik Ammara. Dia tersenyum senang.

     Di dalam bilik tidurnya, Ammara memandang kereta Harrier yang dipandu Imtiyaz sehingga hilang ditelan kegelapan malam. Dia melepaskan keluhan kecil. Ammara melangkah lemah menuju ke katilnya dan melabuhkan punggung di birai katil.

    Dia tak tahu kenapalah keluarganya dengan mudah dapat menerima kehadiran Imtiyaz. Bukan hanya ahli keluarganya saja, malah Fatin juga menyenangi Bosnya itu. Bila difikir-fikirkan, terasa menyesal pula bersetuju dengan permintaan gila Imtiyaz untuk menyamar sebagai teman wanita lelaki itu tempohari.

    Tulah kau Ara! Baik hati sangat nak menolong orang. Kalau dia kena kahwin pun dengan pilihan Umi dia tu, lantak pi kat dia la! Bukannya kau pun yang kena paksa kahwin! Arrrrggghhhh!!! Ammara menekup mukanya dengan kedua belah tangan. Ada titis jernih yang bergenang dikelopak matanya namun pantas diseka Ammara. Letih juga asyik menangis. Naik perit matanya. Masalah tak selesai juga.

    Perkara dah pun terjadi. Nak menyesal pun dah tak berguna. Esok, keluarganya akan berjumpa dengan keluarga Imtiyaz buat kali pertama. Apa yang boleh diharapkan adalah mudah-mudahan pertemuan itu berakhir dengan disaster! Jadi, secara tak langsung, bolehlah dia melepaskan diri dari situasi yang menyesakkan dadanya itu. Heh. Ammara tersenyum sendiri. Melihat reaksi Datin Suhana tempohari, Ammara yakin yang hubungan ‘cinta’nya dan Imtiyaz tak akan kekal lama. Terbit sedikit rasa lega di hatinya.

    Baru hendak melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk, bunyi Whatapps ditelefonnya mematikan langkahnya. Pantas telefon yang diletakkan di atas katil dicapai.

    ‘Ara dah tidur ke?’

    Berkerut Ammara melihat mesej dari nombor yang tak dikenalinya. Siapa pula ni?

    ‘Belum. Siapa ni?’

    Butang ‘enter’di tekan. Tidak sabar hendak tahu siapa gerangan pengirim mesej.

    ‘Fath. Kita jumpa kat balkoni kejap. Ada benda Fath nak cakap dengan Ara’

    Mata Ammara membuntang menatap tiap baris perkataan di skrin Iphonenya. Siapalah yang memandai-mandai bagi nombor telefon dia pada Mamat ni? Ini mesti kerja Kak Fatin. Kalau tak pun, Along. Ammara meneka-neka sendiri. Malas sungguh hendak berhadapan dengan Fath. Sudahlah sehari suntuk ni naik muak dia melayan kerenah Imtiyaz. Sekarang ni, Fath pula? Hmmm … Ammara berat hati.

    ‘Maaf. Saya mengantuk. Nak tidur. Kita jumpa esok je la ye. Assalammualaikum.’ 

    Telefon dicampakkan semula di atas katil dan langkah kembali dihayun ke bilik air untuk meneruskan niat untuk menunaikan solat Isyak yang tergendala sebentar tadi. Bunyi mesej Whatapps yang masuk tidak dipedulikannya lagi. Malas. Biarlah Fath menunggu di balkoni sampai subuh pun. Dia tak peduli. Mental dan fizikalnya sudah terlalu letih untuk hari itu. Dia perlu tidur awal untuk merehatkan segala urat saraf sebelum berhadapan dengan kerenah Fath pula.

    Selesai solat Isyak, telefon yang tak henti-henti berbunyi dicapai juga. Tanpa melihat nama pemanggil, panggilan terus dijawab.

    “Tolonglah Fath! Jangan ganggu saya boleh tak? Kita jumpa esok. Apapun yang awak nak bincangkan, can it not wait until tomorrow?” Keras nada suara Ammara. Dia rimas dan lemas asyik diganggu sebegitu.

    “Assalammualaikum Ammara. Ni saya ni. Awak kenapa ni? Are you okay?” Melopong mulut Ammara dibuatnya apabila suara Imtiyaz menyapa pendengarannya. Dia terus kematian kata-kata.

    “Anyway, who is Fath? Lelaki ke perempuan? And why you want to meet him tomorrow?” Ammara menepuk dahinya. Berapa banyak soalan daa .. Tangan yang menongkat di atas peha masih lagi menepek didahi. Kenapalah kau tak tengok nama pemanggil tu dulu tadi? Main aci redah je menjawab. Ha, kan dah banyak soalan pula Bos kau ni! Ammara memarahi diri sendiri.

    “Hello! Ammara! Are you still there? Ammara Safiyya?” Panggilan yang bertalu-talu dari Imtiyaz menyentakkan lamunannya.

    “Err … Yes Encik Imtiyaz. I’m here. Kenapa Encik call saya malam-malam ni?” Perlahan saja Ammara menyuakan soalan. Satu pun pertanyaan dari Imtiyaz tadi tidak dijawabnya. Untuk apa dia menjawab? Imtiyaz bukannya sesiapa pun untuk dia terangkan segala-galanya.

    “Nothing. Cuma nak bagitau awak yang saya dah sampai rumah. Jangan lupa esok” Ammara pelik. Sejak bila pula Imtiyaz perlu melapor diri padanya? Mereng dah Bos aku ni. Ammara berbisik dalam hati.

    “And Ammara … “

    “Hurmm?”

    “Esok depan Umi dengan Walid saya, jangan panggil saya Encik pula. Panggil Tiyaz or maybe B for Baby lagi bagus. See you tomorrow Dear.  Assalammualaikmum”

    “Errk .. “

    Terkebil-kebil mata Ammara mendengar permintaan Imtiyaz sebelum meletakkan telefon diiringi dengan tawa halus yang entah kenapa berjaya mengusik perasaannya sedikit.

    Poyo! Desis hati Ammara geram.

    Malam itu sebelum tidur, sempat dia membaca beberapa mesej Whatapps yang dihantar oleh Fath. Mankin sesak dadanya rasa. Kalau beginilah, nampak gayanya, cukup bulan, ada harapanlah dia diserang sindrom kemurungan melampau akibat gangguan dari dua makhluk Tuhan bernama Imtiyaz dan Fath. Bait kata dari Fath seperti bermain-main dalam kepala otaknya tanpa henti.

    ‘Saya sayangkan Ara’

    ‘I want to make things right with you’

    ‘I want you to be my girl and … I won’t stop until you say yes’

    Arrrrrggghhhhhh!!! Ammara menekup wajahnya dengan bantal dan menjerit sekuat-kuatnya diiringi airmata yang seperti biasa menjadi peneman setia. Kenapalah disaat dia tak memerlukan kehadiran seorang lelaki pun dalam hidupnya, dua orang lelaki sekaligus muncul dan menginterframekan diri setiap masa dan setiap saat??!

    Pagi itu, awal dari yang telah dijanjikan, lima belas minit sebelum pukul sembilan, Imtiyaz sudah terpacak di luar pagar rumah Ammar. Kacak dan segak seperti biasa. Bertshirt polo warna hijau lumut dan berseluar jeans biru dengan rambutnya kemas tersisir rapi serta berkaca mata hitam menambahkan lagi kekacakkannya. Terpegun lima saat Ammara dibuatnya. Kalau tak disebabkan terpandang senyuman senget Imtiyaz, sahih lebih lama dia berdiri terpacak dimuka pintu itu.

    “Masuklah dulu, Along dengan Kak Fatin tengah bersiap” Usai Imtiyaz memberi ucapan salam dan dibalas, Ammara mempelawa sambil mendahului langkah ke ruang tamu yang sudah tersedia dengan hidangan minuman panas dan sepinggan karipap segera yang sempat digorengnya tadi.

    Ammara menuangkan air panas ke dalam cawan Imtiyaz yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengannya.

    “Cantik Ammara hari ni”

    Hampir terlepas pegangan tangan Ammara pada teko yang terisi air teh panas mendengar pujian dari Imtiyaz yang beralun lembut hampir ditelinganya. Dadanya sudah mula berombak kuat.

    “Err … Encik Imtiyaz minum la dulu ye, Saya nak ke dapur kejap” cepat-cepat dia bangun. Tak betah apabila Imtiyaz sudah menukar suisnya kepada mode romantik.

    “Eh, temankanlah saya” Zassss!!! Terasa menderu semua darah di dalam tubuhnya naik ke kepala apabila lengannya berada dalam genggaman Imtiyaz. Tubuhnya yang hilang imbangan apabila lengannya ditarik oleh Imtiyaz tiba-tiba sudah jatuh terduduk di atas pangkuan Imtiyaz. Terus panas seluruh wajah sampai ketelinga dibuatnya. Kerana jarak yang hanya sejengkal antara mereka, matanya terus terpaku pada sepasang mata Imtiyaz yang baru dia perasan sangat mempesonakan! Berwarna hazel dan berbulu mata lentik dan berkening tebal. Memang patut ramai wanita jadi gila bayang dengannya. Akui hati Ammara.

    Imtiyaz turut sama terpana. Mata indah Ammara yang berwarna coklat cair memanah dalam ke anak matannya. Sebuah perasaan halus mula menjalar dalam hati mereka.

    “Ehem! Ehem!”

    Bunyi seseorang berdehem dari arah belakang mematikan segala anganan indah Ammara dan Imtiyaz. Serentak mereka berdua bangun. Ammara pura-pura membetulkan pakaian dan tudung yang dipakainya manakala Imtiyaz berlagak selamba sambil menoleh kearah suara yang berdehem itu.

    “Hai, saya Imtiyaz”

    “Fath”

    Ammara segera memusingkan kepalanya apabila mendengar nama itu disebut. Bulat matanya memandang kearah Fath yang sudah berjabat tangan dengan Imtiyaz sambil menjeling pandang kearahnya tajam dengan senyuman separuh ikhlas diukirkan buat Imtiyaz.

    Fath. Kenapa aku rasa macam pernah dengar saja nama ni? Tapi daripada mulut siapa? Imtiyaz mula bersoal jawab sendiri.

    “Enc … Err .. awak duduklah dulu dengan Fath ye, saya nak naik atas panggil Along dengan Kak Fatin. Entah apa la diaorang buat lama sangat nak bersiap tu” tak tahan hendak berlama disitu, Ammara segera meminta diri dan terus menaiki tangga ke tingkat atas. Imtiyaz menghantar dengan pandangan mata. Begitu juga dengan Fath. Sama-sama memandang Ammara sehingga tubuh langsing gadis itu hilang di sebalik dinding.

    “Ni Abang Ammara ke?” Imtiyaz memulakan perbualan sebaik saja mereka berdua sudah mengambil tempat duduk berhadapan sesama sendiri.

    “Eh, takdalah. Kakak  Ipar Ara tu kakak saya. Saya dengan Ara dulu satu U” lancar saja Fath menjawab. Dalam hatinya ada rasa yang berbuku pada lelaki tampan di hadapannya. Agak tergugat juga hatinya apabila melihat lawannya untuk merebut cinta Ammara bukan calang-calang orang. Dia kena mengatur strategi yang lebih mantap.

    “Dah lama ke kenal Ara?” Giliran Fath menyoal.

    “Tak ada la lama sangat. Tapi, kalau hati dah berkenan, untuk apa tunggu lama kan?” Kata-kata Imtiyaz umpama punya bisa yang membuatkan hati Fath sakit sesakit-sakitnya. Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat bertindak!

    “Ara dulu girlfriend saya kat U”

    Kata-kata yang baru keluar dari mulut Fath serta-merta merubah wajah tenang Imtiyaz. Perasaan halus yang baru hendak mekar dalam hatinya buat Ammara membuatkan kata-kata yang keluar dari mulut Fath sebentar tadi umpama racun yang cukup berbisa menusuk tangkai hatinya.

    Fath. Ting! Dia sudah ingat! Nama itulah yang disebut Ammara malam tadi. Nama orang yang ingin dijumpainya hari ini. Adakah ini orangnya? Bertambah berkocak hatinya.

    Melihat perubahan pada wajah Imtiyaz yang sudah berubah keruh, hatinya terasa lapang. Yes! Air yang tenang sudah berjaya dikocaknya. Sekarang, dia hanya perlu mencetuskan sebab untuk menjadikan air itu bergelora dan seterusnya memusnahkan apa yang ada disekelilingnya. Segaris senyuman lebar terlukis dibibir Fath. Dalam kepala pelbagai rancangan dibuat untuk memporak-perandakan hubungan Imtiyaz dan Ammara.

Sunday, June 19, 2022

GADIS CENGENG : BAB 16

    

    SAKIT hati, sakit kepala, sakit jiwa dan bermacam jenis sakitlah Ammara rasa apabila memikirkan tentang sikap Imtiyaz dan Fath terhadapnya. Di pejabat,  layanan Imtiyaz yang semakin prihatin padanya cukup membuatkannya lemas. Tiba-tiba lagu Lemas nyanyian Ruffedge bergema dalam kotak fikirannya. Dah kenapa dengan dia?

    Penderaan perasaan yang dialaminya tidak tamat walau sudah habis waktu pejabat apabila ianya bersambung pula di rumah. Kali ini, hati dan jiwanya didera pula oleh lelaki bernama Fath Iqbal. Balik kerja saja, wajah itu sudah menunggunya di atas buaian dengan senyum simpulnya. Bukan sesekali tapi setiap hari! Sungguh menjengkelkan!!

    Entah bilalah Fath hendak kembali bertugas. Sebagai Jurutera di pelantar minyak yang terletak di Papua New Guinea, setahu Ammara, lelaki itu akan pulang bercuti selama 3 bulan. Tidak tahulah pula setiap berapa tahun sekali baru cuti panjang itu diperolehinya. Fatin dan Ammar pernah bercerita tapi dia malas hendak ambil tahu. Masuk telinga kanan, keluar terus ke telinga kiri. Langsung tak ada tapisan. Kecuali info yang cutinya adalah selama 3 bulan. Itu saja yang sempat melekat dalam kotak memorinya.

    Hari minggu Ammara lebih senang berkurung dalam bilik. Jika dulu, sebelum kehadiran Fath, masanya banyak di habiskan di Gazebo sambil membaca novel atau majalah. Tapi, memandangkan wujudnya manusia bernama Fath di dalam rumah itu, segala aktiviti bersantai di luar bilik terpaksa dibekukan. Lebih-lebih lagi setelah Fath mengandakan usaha untuk mengambil hatinya dan berusaha keras untuk membuat cintanya berbalas. Bagi Ammara, sekali hatinya dilukai, walaupun lukanya telah sembuh tapi parutnya akan tetap ada sampai bila-bila. Sekali lelaki menyakitinya, memang taklah untuk gadis bernama Ammara Saffiya hendak menerimanya semula.

“Ara! Ara!”
 
    Ketukan di dalam bilik berserta dengan suara Ammar melaungkan namanya berulang kali mengejutkannya dari tidur. Jam dinding di atas meja solek dipandang sekilas. Sudah pukul 8.30 pagi. Rasa macam baru sekejap saja dia terlena selepas menunaikan solat subuh tadi. 
    
“Ya! Ada apa Along?” Suara serak Ammara menyahut panggilan Ammar. Dia sudah duduk bersila di atas katil namun mata masih lagi terpejam melayan rasa mengantuk yang masih ada.
 

    “Along nak balik rumah Mama dengan Papa ni. Ara tak nak ikut ke?”
     “Tak naklah. Ara nak sambung tidur”    
    “Betul ni?” 
    “Betul”
    “Tak menyesal?”
    “Nak menyesal kenapa pula Along ni?”
   “Okay. Kalau macam tu Along je la yang bincang dengan Papa dengan Mama pasal kamu dengan Tiyaz”
    
    Ammara terus terasa segar-bugar macam baru terkena simbahan air terjun Niagara. Neuron-neuron otaknya segera dikerah untuk berhubung dengan lebih laju dan efisien bagi memproses kata-kata Ammar tadi.
    
    “Ap … Apa Along cakap tadi?” Cepat-cepat dia bertanya mohon pencerahan dari Ammar. Takut-takut kalau dia tersalah dengar. Almaklumlah. Mendengar dalam keadaan mamai dan masih mengantuk, saraf yang menyampaikan data dari telinga ke otak bergerak dengan agak lambat.
    
    “Nak bincang dengan Mama dengan Papa pasal kamu dengan Tiyaz” Ammar mengulang semula kata-kata terakhirnya. Serta-merta pintu bilik terbuka dan tersembul wajah Ammara yang baru bangkit dari tidur. Terkejut dia apabila tangannya pantas ditarik memasuki bilik dan pintu bilik terus dikunci dari dalam oleh Ammara. Pelik dia apabila melihat wajah kalut adiknya itu.
   
    “Ara ni dah kenapa? Dengan rambut serabai macam Hantu Kak Limah tu jalan pula mundar mandir macam ni. Terkena sampuk ke apa?” Ammar yang sudah duduk di atas sofa Cleopatra di kaki katil memandang Ammara kehairanan. Dah macam rupa perempuan mati laki pun ada.

     Ammara menggaru-garu kepalannya dengan kedua belah tangan. Serabut sungguh fikirannya.

    “Dah tergaru-garu macam beruk pula. Ara ni dah kenapa. Cuba duduk elok-elok cerita dengan Along. Ni pasal family Tiyaz jemput keluarga kita makan malam esok pun kenapa Ara tak bagitau awal-awal? Nasib baik si Tiyaz tu telefon tadi. Kalau tak, tak pasal kita ni nanti dituduh tak beradab. Orang dah jemput, kita pula buat semput” Ammara menjeling geram kearah Ammar yang sudah tersengih-sengih. Sempat lagi Abangnya itu hendak mengarang pantun dua kerat yang tak berapa nak berkerat. Berasap saja telinga Ammara mendengarnya.

    “Kamu dengan Tiyaz ni ada apa sebenarnya? Kalau betul bercinta, tak payahlah nak sorok-sorok. Along suka apa dengan Tiyaz tu. Berbudi bahasa, kacak, segak, kaya, berjaya, keturunan baik-baik …” Bencinya Ammara mendengar pujian menggunung Ammar terhadap Imtiyaz. Menyampah. Sunggguh!

     “Tiyaz, Tiyaz … Eeeiii … Gelilah Ara dengar Along panggil Bos Ara macam tu! Macam dah kenal lama sangat. Huh!” Ammara menghenyakkan punggungnya di sebelah Ammar. Seperti biasa, airmata sudah mula membasahi kelopak matanya.

     “Laaa … Menangis pula dia. Dah Bos Ara yang suruh panggil dia macam tu. Along ikutkan je la. Ni kenapa sebenarnya ni? Hurmmm? Ara dengan Tiyaz bergaduh ke?” bahu Ammara dirangkul ke dalam dakapannya. Ammara melentukkan kepalanya ke bahu Ammar. Airmata yang merembes keluar dikesat dengan lengan baju tidurnya.

     “Biasalah tu orang bercinta. Mesti ada gaduh-gaduh sayang” tubuh Ammara kembali tegak apabila mendengar kata-kata yang kedengaran amat menyakitkan telinganya. Rasa menyampah memenuhi segenap perasaan. Pandangannya kembali tajam memanah ke dalam anak mata Ammar. Terjongket kening Ammar dibuatnya. Pelik apabila pandangan garang Ammara terpanah tepat padanya. Airmata kembali merembes keluar membanjiri pipi yang sudah kemerahan itu.

     “Laaa … Menangis lagi. Along ada salah cakap ke?” Bahu Ammara digosok-gosok penuh kasih. Ingin kembali ditarik kembali ke dalam pelukannya, Ammara sudah mengeraskan badan. Masih memandangnya dengan mata berair. Cuma pandangannya sudah tak segarang tadi.

     “Bos Ara ajak Ara kahwin”

    Sepotong ayat yang keluar dari mulut Ammara menambahkan lagi rasa hairan dalam diri Ammar. Pelik! Boyfriend ajak kahwin pun nak menangis beriya ke? Kalau menangis kegembiraan takpalah. Tapi, melihat kepada memek muka Ammara saat itu, Ammar yakin yang bukan airmata gembira yang membasahi wajah Ammara. Kali ini Ammar yang tergaru-garu kepala.

     “Okay! Along surrender! Along pening kepala dah ni. Ara dengan Tiyaz couple kan? So, kenapa pula Ara nak sedih-sedih bila Tiyaz ajak Ara kahwin? Bukan Ara patut gembira ke? Along rasa it is every women dreams to be proposed by their love one” Ammara mengangkat kedua-dua belah tangannya separas bahu membalas pandangan Ammara dengan dahi berkerut hingga ke kepala. Bahu turut dinaikkan sebagai tanda kekeliruan yang melampau.

     Ammara melepaskan keluhan berat. Dia tak tahu samada ingin menceritakan segala-galanya pada Ammar atau tidak. Kalau tak diceritakan, pasti sampai sudah Ammar akan menyangka yang dia memang mempunyai hubungan dengan Imtiyaz. Tapi, jika diceritakan,  takut nanti terus Imtiyaz dikerjakan Abangnya itu. Bukan dia tak tahu perangai Ammar. Pantang dia kalau dapat tahu adik kesayangannya itu dibuli atau dipergunakan. Selepas peristiwa dia diherdik dan dimalukan oleh Fath di khalayak ramai, Ammar menjadi semakin sensitif sekiranya ada sesiapa yang menganggu dan membuatkan Ammara bersedih. Atas sebab itu jugalah, dia tak pernah ada teman lelaki. Takut andai Ammar berubah menjadi seperti CIA atau FBI yang akan merisik segala-galanya tentang lelaki malang yang akan menjadi teman lelakinya itu.

    Tentang Imtiyaz ini pun, Ammara yakin yang Ammar sudah membuat homeworknya sendiri dengan menyiasat latar-belakang lelaki itu. Jika tidak, masakan dia boleh sikit punya melambung apabila memuji Imtiyaz di hadapannya tadi?

    “Ara belum sedia la Long. Ara baru 23 tahun. Belum puas la nak enjoy” kepalanya sudah disandarkan semula kebahu Ammar. Akhirnya, terpaksa juga dia berbohong. Tak mahu nanti ada pula keluar di akhbar mana-mana tentang berita waris Muz Holding teruk dibelasah atau lebih teruk, dibunuh! Dia bukan risaukan Imtiyaz tapi risau andai Abangnya mendapat masalah kerana hendak membelanya.

    Airmata menitis lagi. Kalau dah namanya cengeng, memang cengeng betullah. Ammara rasa, kalaulah airmata dia tu boleh dikitar semula, memang dah lama dia mandi, masak dan minum guna airmata dia saja. Walau puas dikawal, namun tetap juga kalenjar lakrimalnya terlebih aktif.

    “Ara, Ara. Kalau tak sedia lagi, tunang la dulu. Minta la ikat 2 atau 3 tahun. Perempuan umur 25 ke 26 memang dah sedang elok la tu nak kahwin. Organ-organ pembiakan pun masih aktif. Bolehlah bagi kat Along anak buah satu pasukan bola sepak” kepala Ammara terus terangkat dengan mata yang membulat.

    “Along ni! Sukalah cakap mengarut-ngarut! Eiii benci! Benci! Bencilah!!” tangan Ammara semakin rancak menepuk tampar tubuh Abangnya yang puas mengelak dan menepis namun masih sempat mengekek mentertawakannya.

    “Jangan benci sangat! Nanti lama-lama jadi cinta!” Ammar masih seronok mengusik Ammara yang sudah semakin naik angin.

    “Along!!!!!” Bertambah kuat tawa Ammar melihat muncung Ammara yang boleh dibuat tempat penyangkut baju.
    

    ADUH! Bala, bala, bala!! Semakin semak fikiran Ammara. Tadi, sewaktu hendak keluar dari rumah bersama Ammar dan Fatin ke rumah Papa dan Mamanya, Imtiyaz menelefon kata dia sudah hampir sampai di rumahnya. Kalau ikutkan hati, memang sudah lama lelaki itu dihalau balik. Tapi nasib tidak menyebelahinya apabila Ammar terdengar perbualan mereka dan segera merampas telefon dari tangannya.

    Sewaktu Imtiyaz tiba tadi, Ammara perasan Fath yang kebetulan sedang duduk santai di gazebo melirik tajam kearah Bosnya itu. Ammara malas hendak memikirkannya. Lantaklah. Untuk apa dia hendak menyesakkan lagi otaknya memikirkan tentang lelaki itu. Perkara antara dia dan Imtiyaz pun sudah cukup untuk membuatkannya diserang darah tinggi, sakit jantung dan sesak nafas.

     “Pandai korang menyorok ye. Kalau Tiyaz tak bagitahu Along, sampai sudah lah Along tak tahu yang Ara ni rupanya bercinta dengan Bos sendiri” Ammar yang sedang memandu bersuara ceria.  Melalui cermin pandang belakang, wajah Ammara dan Imtiyaz diperhatikan. Imtiyaz seperti biasa, sibuk menayang senyum lawanya manakala Ammara malas hendak masuk campur. Daripada mula masuk ke dalam kereta sampailah sekarang sibuk memandang ke luar kereta. Entah apa yang asyik dipandangnya Ammar pun tak tahu.

     “Ara la Long. Dia kata, dia malu kalau budak-budak office tu tahu. Nanti jatuhlah saham dia katanya. Maklumlah. Orang tu ramai peminat kat Muz Holding tu. Dari tingkat satu sampailah tingkat 18, ada je yang dok usha. Kadang-kadang, terbakar juga hati ni Long” Ammara rasa macam nak cubit-cubit je mulut Imtiyaz yang sesedap rasa ajinomoto saja mereka-reka cerita. Dia menjeling tajam sebelum memandang semula ke luar tingkap kereta. Ammar dan Fatin yang mendengar cerita rekaan Imtiyaz hanya tergelak kecil.

     Ini lagi satu yang Ammara hairan. Tentang Kakak Iparnya. Fatin. Tak tahu kenapa, tapi semenjak bermenjak ni, layanan wanita itu padanya sudah tidak sedingin dulu. Malah ada masanya sudah pandai hendak bergurau senda dengannya. Setelah 2 tahun bertegang saraf, akhirnya, Fatin menunjukkan tanda-tanda hendak berdamai. Takkan lah Ammara hendak buat keras kepala saja. Nanti, apa pula kata Ammar. Lagipun, Ammara bukanlah benci sangat pun pada Kakak Iparnya itu. Kalau kerap dihias dengan senyuman, wajah Fatin memang nampak cantik dan berseri-seri. Persis wajah pelakon Izara Aishah.

     “Jangan risaulah Tiyaz. Ara  ni memang ramai peminat tapi, dia ni bukan jenis yang suka melayan sangat. Kalau datang angin tak betulnya, beranilah mana-mana lelaki datang usik dia, memang makan penumbuklah jawabnya. Bukan penampar tau. Terus dapat penumbuk padu” kata-kata Ammar menambahkan rasa sebal dihati Ammara. Meledak tawa mereka bertiga. Ammara saja masih mencuka. Imtiyaz melirik pandang padanya dengan senyum senget. Menyampah betul Ammara melihatnya.

     Amboi … Seronoklah tu Along! Dah ada geng nak mengenakan aku! Takpa, takpa … Ada lori ada bas, ada basikal ada jentolak, ada hari aku balas, bagi dua-dua rasa nak melalak.  Desis hati Ammara siap dengan berpantun lagi. Geram punya pasal. Apa pun boleh jadi.

     “Haaa … Sampai pun budak-budak ni. Ha Tiyaz pun ada ke? Masuk, masuk … Mama dah siap masak macam-macam tu ha. Penuh satu meja menunya” Encik Azman yang menyambut kedatangan anak menantunya dan juga bakal menantunya tersenyum lebar di muka pintu.

     Fatin dan Ammara mendahului menyalami Encik Azman sebelum diikuti oleh Ammar dan Imtiyaz yang turut bertukar pelukan. Imtiyaz rasa senang dengan penerimaan tersebut. Rasa dirinya sangat dialu-alukan dalam keluarga itu.

     Ammara malas hendak melihat lebih lama kemesraan yang melemaskannya. Lebih-lebih lagi apabila Papanya turut memanggil Bosnya dengan panggilan ‘manja’nya. Kakinya sudah dihayun mencari kelibat Mamanya di dapur. Fatin turut mengekori Ammara dari belakang.

     “Mama!!” Puan Saadiah yang sedang sibuk menyusun hidangan di atas meja makan tersentak apabila tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Wajahnya yang terkejut perlahan-lahan berubah menjadi ceria apabila terdengar suara Ammara yang sibuk menyatakan kerinduan padanya. Dia memusingkan badan dan turut sama membalas pelukan anak bongsunya itu.

     “Mama sihat?” Fatin turut menyalami Puan Saadiah sebaik sahaja pelukan dua beranak itu terlerai. “Alhamdulillah, sihat” Puan Saadiah turut memeluk menantunya dan bertukar-tukar kucupan dipipi. Entah kenapa, Fatin nampak lebih berseri dari biasa dimatanya.

     “Banyaknya makanan. Mama masak ke semua ni? Hurmmm … Sedapnyaaaa” Ammara sudah mencapai sekeping daging salai yang dicicah dengan air asam sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Riak wajah yang terpamer saat itu menggambarkan betapa lazatnya masakan Puan Saadiah itu.

     Tersenyum lebar Ibu tua itu memerhatikan gelagat anak daranya. Fatin turut sama tersenyum. Dia tak tahu kenapa, tapi, perasaannya pada Ammara sekarang sudah tidak sedingin dulu. Dia tak pasti juga kenapa terbit sedikit demi sedikit rasa sayang pada adik iparnya itu.

     “Wow! Banyaknya Mama masak!! Lama tak rasa masakan Mama” Ammar sudah menghimpit tubuh Ammara dan mencapai kepingan daging yang berada di tangan adiknya itu lantas terus dimasukkan ke mulutnya. Ammara apa lagi, menjerit lah!

     “Papa!!!!” Tengoklah Along ni!! Suka sangat kacau Ara!!” Ammara mendapatkan Papanya dan lengan Encik Azman digoncang-goncangkan dengan bibir yang sudah menjuih kearah Ammar yang terpejam-pejam menikmati keenakan daging salai, sengaja menaikkan darah Ammara.

     “Hish kamu berdua ni. Dah besar panjang pun nak bercakar macam cat dengan dog. Malulah dengan si Tiyaz ni” Imtiyaz yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi makan turut tersenyum melihat gelagat Ammara dan Ammar itu.

     “Tak payah nak pedulikan dua beradik tu Tiyaz. Ha, jemputlah makan. Ni ada Nasi Kerabu. Tiyaz tahu ke makan nasi kerabu?” Puan Saadiah yang sedang mencedokkan nasi kerabu ke dalam pinggan untuk suaminya memandang kearah Imtiyaz dengan kening terjongket.

     Pandangan yang lain turut berpusat pada Imtiyaz. Ingin melihat reaksi anak jati Kuala Lumpur yang berdarah kacukan Syed dan Syarifah samada tahu atau tidak cara menikmati hidangan Pantai Timur yang terkenal itu.

     “Err … Tak pernah makan pun Makcik sebab warna dia macam pelik sikit. Saya kalau nasi ada warna ni memang tak makan. Macam tak boleh nak telan“ Imtiyaz tersengih sambil menggaru-garu kening. Rasa malu pula apabila menjadi tumpuan di meja makan.

     Ammara mencemik. Mengada-ngada betul! Apa yang peliknya? Masuk mulut, kunyah, telan! Apalah yang susah sangat pun?! Hish! Rugi betul tak reti makan Nasi Kerabu. Salah satu masakan terenak di Malaysia tu! Sempat lagi Ammara membebel di dalam hati.

     “Hah! Apa yang Ara dok terjuih-juih tu. Apalagi, layanlah bakal suami Ara tu. Nak makan apa, nak minum apa” terjegil mata Ammara kearah Ammar yang sudah menutup mulut menahan tawa. Pinggan yang berisi nasi kerabu yang dihulur Fatin disambut. Fatin menepuk lengan suaminya apabila menyedari wajah Ammara yag sudah berubah kelat.

     Aik bini aku ni. Sejak bila pula jadi peguambela adik aku ni? Berkerut dahi Ammar. Dia turut dihujani rasa kehairanan dengan perubahan sikap isterinya itu. Namun, ada rasa lega dan senang dengan perubahan itu. Sekiranya benar mereka berdua sudah berdamai, maknanya, tak perlulah lagi dia hendak menjadi Pegawai PBB tak bertauliah. Senyuman nipis terukir dibibirnya sambil tangannya sibuk menyedok pelbagai jenis ulam, sambal belacan dan budu di dalam pinggannya.

     “Ara, tolonglah ambilkan makanan untuk Tiyaz tu. Dia kan tetamu. Ni ada laksam Mama buat ni. Sendukkan untuk dia” Puan Saadiah yang sudah duduk di sebelah Encik Azman turut mengeluarkan arahan yang sama. Bertambah muncunglah mulut Ammara jadinya. Lebih-lebih lagi apabila terpandang Imtiyaz tayang senyum nakal. Bencinya dia!!

     “Ara, tak elok tunjuk muka macamtu kat tetamu. Papa tak pernah ajar anak-anak Papa macamtu kan. Tetamu ni pembawa rezeki pada kita. Jadi, kita kenalah layan dengan sehabis baik dan buat diaorang selesa kat rumah kita” lembut suara Encik Azman memujuk. Kalau Superman kelemahannya pada kryptonite, suara Encik Azman pula merupakan kelemahan bagi Ammara.

     Dengan penuh keterpaksaan, Ammara mencapai mangkuk dan diisikan dengan laksam seperti yang disuruh. Cuma tanpa disedari sesiapa, sebelum menuangkan kuah, selonggok cili padi kisar dimasukkan oleh Ammara dibawah timbunan laksam sambil tersenyum puas.

     Layan dengan baik ye? Okay, aku bagi laksam special dari air tangan Ammara Safiyya buat Syed Imtiyaz Omar. Gerenti terangkat punya! Ammara mengetap bibir cuba menahan tawa dari meledak. Nanti tak pasal semua orang tahu tentang perbuatannya untuk mendajalkan Imtiyaz itu.

     “Nah Bos. Jemputlah makan ye” Ammara melembutkan suara dan tayang senyuman paling manis buat Imtiyaz.

     “Ok. Thanks Dear” Imtiyaz membalas senyuman sambil mengenyitkan mata sehingga Ammara nyaris tersedak air liur sendiri. Eiii! Dasar tak malu! Nasib baiklah Mama dengan Papa tak nampak. Memang nak makan pelangkung la dia ni! Dengus Ammara dalam hati. Dada yang baru mula hendak buat kerja overtime cuba ditenteramkan. Dia kembali menayangkan muncung dan terus menghenyakkan punggung di sebelah Mamanya yang sudah tersengih-sengih memerhatikannya dengan Imtiyaz.

     “Makanlah laksam tu Tiyaz. Kalau nak tambah, tambah je jangan malu-malu” Encik Azman seperti tadi masih bersuara ramah. Imtiyaz turut tersenyum sambil menundukkan kepalanya sebelum memulakan suapan pertamanya. Ammara yang nampak asyik dengan hidangan nasi kerabunya sempat menjeling kearah Imtiyaz untuk melihat reaksi wajah lelaki itu apabila deria rasanya terkena bomb trap yang di’hadiah’kannya buat lelaki itu.

     Uhuk!Uhuk!Uhuk!!

     Ammara tak dapat lagi hendak menahan gelaknya apabila jerangkap samar yang dipasang sudah mengena dan wajah Imtiyaz yang sudah berubah menjadi merah menyala sambil terbatuk-batuk dan mengagau mencapai gelas berisi jus tembikai ais memang sangat mencuit hatinya.

     “Ya Allah Ara! Apa yang kamu dah buat kat si Tiyaz ni?” Suara garang Encik Azman yang bergema mematikan tawanya serta-merta. Gulp! Matilah aku kena ‘baham’ dengan Papa! Mama! Tolong Ara!!!

Thursday, March 10, 2022

GADIS CENGENG : BAB 15

Ammara Safiyya 

“AMMARA orang mana?” Seraut wajah garang yang duduk di hadapannya mula menyoal sebaik sahaja Imtiyaz berlalu untuk menjawab panggilan telefon.

“Saya lahir di Selangor. Mama orang Terengganu. Papa saya asal Johor” dalam nada takut-takut Ammara menjawab. Nasi yang dikunyah terasa berpasir ditekak. Payah benar hendak ditelan.

“Papa dengan Mama kerja apa?” Giliran Bapa Imtiyaz pula bertanya. Memandangkan Datuk Muzaffar memang sudah mengenalinya sebagai pekerja di Muz Holding, wajahnya selamba saja. Berlainan dengan Datin Suhana. Datin Syarifah Suhana. Mukanya kelat saja sejak tadi.  Nasi yang sudah dikunyah lumat ditelan.

“Mama Surirumah. Papa saya Pensyarah di UiTM” kelihatan Datuk Muzzaffar mengangguk-anggukkan kepala sambil meneruskan suapan nasi berlaukkan ikan keli masak lemak cili api ke dalam mulutnya.

“Dah lama kenal Tiyaz?” Berpeluh tangannya apabila diajukan soalan yang tidak pasti jawapannya. Takkan pula dia hendak menjawab baru sebulan? Memang sahlah kena pelangkung. Habis tu, nak jawab apa? Ammara mula rasa nak menangis.

“Dah setahun lebih Umi” baru saja dia hendak membuka mulut, sahutan dari Imtiyaz yang baru kembali duduk di sebelahnya membuatkannya terasa lega. Lega kerana bukan dia yang terpaksa berbohong. Cukuplah azab menyamar jadi kekasih Imtiyaz sahaja.

“Jadi, sebab Ammara, Tiyaz sanggup tolak anak Syed Hassan tu?” Suara Datin Suhana masih lagi tegang malah kali ini lebih keras bunyinya. Ammara hanya memandang kearah pinggannya tak berkalih.

“Sudah-sudah lah tu Ana. Biarlah Tiyaz ni buat pilihan sendiri. Dia kan dah cukup dewasa. Buat apa kita nak paksa-paksa” tenang saja Datuk Muzaffar bersuara. Sudu dan garfu sudah diletakkan di dalam pinggan yang masih bersisa nasi separuh. Air jus oren disedupnya perlahan.

“Saya bukan apa Bang. Si Hanim tu bukan main cantik lagi. Berpelajaran pula tu. Suka pula dengan si Tiyaz ni. Saya tak faham kenapa Tiyaz ni tak mahu juga. Lagipun, si Hanim tu berdarah Syed-Syarifah juga macam kita. Kira sekufulah kan” Ammara masih diam tak berkutik. Mujurlah dia hanya berlakon sebagai kekasih Imtiyaz. Andai betullah lelaki itu adalah kekasih hatinya, mahu remuk-redam perasaannya mendengar kata-kata Datin Suhana itu.

“Umi. Apa Umi cakap macam ni depan Ara. Umi ni tak faham ke yang cinta ni mana boleh nak paksa-paksa. Lagipun Tiyaz sayang dekat Ara. Tiyaz bukan main-main. Tiyaz nak jadikan dia isteri Tiyaz” kata-kata Imtiyaz nyaris membuatkan nasi yang dikemam Ammara tersembur keluar. Kahwin? Aik? Macam takda dalam perjanjian je tadi. Kepala Ammara ligat berpusing. Ya Allah! Janganlah Mak Bapa Imtiyaz ni suruh pinang aku pula minggu depan. Kalau ya, memang aku buat-buat gila masa diaorang masuk meminang nanti. Nekad Ammara dalam hati.

“Eloklah kalau macam tu. Si Ara ni pun Walid tengok takdalah macam perempuan-perempuan lain yang Walid selalu nampak berkepit dengan Tiyaz tu. Cantik dan pakai tudung pula tu. Lagipun kamu tu pun dah 32 tahun. Nak tunggu apa lagi kan?” Ammara macam nak pengsan bila dengar lontaran ayat dari Datuk Muzaffar. Dia seolah-olah dapat merasakan satu-satunya perkara yang ditakuti akan bakal terjadi.

“Apa Abang ni. Si Tiyaz ni kan baru je kenal dengan budak ni. Keluarganya pun kita tak kenal. Takkan senang-senang je kita nak suruh Tiyaz ni kahwin?” Bantahan dari mulut Datin Suhana cukup-cukup melegakan Ammara.

“Kalau macam tu, minggu depan kita jemputlah keluarga Ara ni datang makan kat rumah kita. Bolehlah nak kenal-kenal. Betul tak Ara?” Makanan yang belum betul-betul lumat dikunyah terus ditelan dek kerana terkejut dengan soalan Datuk Muzaffar. Tiga pasang mata sedang tertumpu padanya menunggu jawapan darinya.

“Err … Boleh. InsyaAllah” akhirnya Ammara terpaksa menjawab begitu. Hendak menolak, takut dianggap kurang ajar. Sudahlah pandangan Datin Suhana padanya sedari tadi sinis saja rupanya. Sampaikan nak tarik dan hembus nafas pun rasa bersalah sangat. Azabnya Ammara rasa saat itu.

“Okaylah kalau macam tu. Minggu depan, ajak keluarga Ara datang rumah kami ye. Tiyaz, jangan lupa jemput Ara dengan keluarganya kat rumah diaorang” arahan sudah keluar dari mulut Tuan Big Boss. Puan Big Boss di sebelah hanya diam. Bersetuju dalam terpaksa. Ammara pula tayang senyum gaya ayam berak kapur. Dalam hati sudah menjerit membantah.

“Ha yela Walid. Nanti Tiyaz jemputlah” tenang saja Imtiyaz menyahut. Langsung tiada bantahan atau alasan yang diberikan bagi mengelakkan pembabitan keluarga Ammara secara langsung dalam drama lakonan mereka berdua itu. Drama yang penulis skrip dan pengarahnya adalah Syed Imtiyaz Omar. Ammara bengkek. Dah satu hal lah pula nak memberitahu kepada Papa dan Mamanya. Kalau ditanya siapa Imtiyaz tu, apa yang nak dijawabnya? Ammara buntu.

“Saya taknak dah tolong Encik!” Itu ayat pertama yang terhambur dari mulut Ammara sebaik sahaja dia dan Imtiyaz sudah berada di dalam perut kereta. Sepanjang sejam pertemuannya dengan Ibu dan Bapa Imtiyaz, jantungnya sentiasa berdegup rancak tanpa irama ibarat orang nyanyi lagu Dondang Sayang, berlatarbelakangkan muzik Zapin. Sungguh tak kena dan menyesakkan dada.

Imtiyaz tenang menghidupkan enjin kereta dan punat aircond ditekan. Wajah Ammara yang masam mencuka ditatap. Satu persatu bahagian wajah Ammara direnungnya. Matanya yang bundar dan bulat. Hidungnya yang comel terletak. Bibirnya yang mungil kemerahan. Tahi lalatnya di penjuru bibir sebelah kanan. Keningnya yang cantik terbentuk. Segalanya cukup indah pada pandangan Imtiyaz.

Mungkin hidung Ammara tidak semancung Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah suka. Mungkin mata Ammara tidak sebesar dan segalak mata Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah terpesona. Dan mungkin wajah Ammara tidak secantik Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah terjatuh kasih. Sejak bila dia merasakan ada sekelumit rasa itu pada Ammara dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, jika boleh, dia hendak menatap wajah Ammara setiap hari. Andai diberi kesempatan, dia ingin mendengar suara Ammara saban waktu. Dia juga ingin selalu dapat melayan kerenah dan mucung Ammara apabila teruk diusik.

Dulu, dia memang sukakan Ammara. Tapi hanya kerana kecantikkan yang dimiliki oleh gadis itu dan hajat hatinya hanya untuk dibuat stok geli-geli saja. Tapi sekarang, dia sukakan Ammara lebih kepada peribadi gadis itu. Gadis itu lain dimatanya. Ammara yang cengeng tapi pada masa yang sama seorang yang tegas dan suka melawan.

“Kenapa Encik diam?” Ammara mencerlung pandang pada Imtiyaz yang masih membisu tanpa suara. Imtiyaz mengukir senyuman.

“Saya suka awak”

Ammara terkedu namun dia segera menyedarkan diri agar tidak hanyut dibuai perasaan.

“Ya. Saya tahu. Encik suka kerja dengan saya kan? Sayakan pekerja yang komited” Ammara lancar menyembur baris kata yang pernah diucapkan Imtiyaz satu ketika dulu padanya. Ammara menyambung lagi.

“Tapi, janganlah sampai Encik ambil kesempatan nak gunakan pekerja Encik semata-mata nak selamatkan diri dari kena jodohkan dengan Umi Encik tu.”

Imtiyaz senyum lagi. Ammara jadi pelik. Senyum, senyum, senyum. Itu saja kerjanya sejak masuk dalam kereta ni. Dah kena sampuk dengan angin senyum ke apa Bos aku ni? Dahi Ammara mula berkerut.

“Saya sukakan awak Ammara. Suka yang lebih dari seorang majikan kepada pekerjanya” Ammara masih blur.

“Saya nak jumpa dengan Papa dengan Mama awak” mata Ammara sudah membulat memandang kearah Imtiyaz. Lidahnya terasa sudah bergulung di dalam mulut. Bergulung yang siap terikat riben lagi. Pandangannya tak berganjak dari memandang Imtiyaz.

“I want you to marry me”

Ah sudah! Persoalan pagi tadi kembali dibincangkan. Gila! Memang sah Bosnya sudah gila! Tak ada mendung, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja hujan turun mencurah-curah? Ya. Tak mustahil. Tapi, pelik bin ajaib! Selama ini, tak pernah pun Imtiyaz melayannya dengan istimewa. Di pejabat pun, semedang wajah serius yang dipamerkan. Kalau bergurau pun, bila hanya ada dia dan Imtiyaz saja. Bila di hadapan pekerja lain, memang teruk dia dibuli dengan kerja-kerja yang menimbun-nimbun. Lagipun, boleh percaya ke kata-kata si kasanova? Ammara kebingungan sendiri.

“No. I don’t want to marry you dan saya tak suka dengan Encik Imtiyaz. Titik. Muktamad. Saya nak balik office” Ammara berpeluk tubuh sambil badannya tegak memandang ke hadapan. Dia langsung tidak mempercayai Imtiyaz. Hanya kerana ingin mengelak dari mengahwini gadis pilihan Ibunya, Imtiyaz sanggup meluahkan cinta padanya. Gila! Gumam Ammara dalam hati.

“We will see. We will let your parent decide” serentak dengan itu, Imtiyaz melepaskan brek tangan dan kereta sudah mula bergerak meninggalkan perkarangan Hotel Royale Bintang yang melakar satu sejarah baru dalam hidup Ammara. Sejarah yang ingin saja dipadam dalam diari hidupnya.

 Petang itu, sebaik membelokkan saja kereta ke perkarangan rumah, kelibat Fath yang sedang duduk di gazebo yang terdapat di taman mini di bahagian sisi rumah menyapa pandangan mata Ammara. Kereta Ammar tidak kelihatan bermakna Abang dan Kakak Iparnya belum pulang lagi. Hati Ammara terasa sesak apabila memikirkan hanya tinggal dia dan Fath saja di rumah itu.

“Ara. Boleh Fath cakap dengan Ara sekejap?” Kaki yang hendak melangkah ke dalam rumah terhenti. Terasa berat hendak memenuhi permintaan Fath. Tapi, sampai bila dia hendak mengelak? Ah. Mungkin Fath hanya ingin berbual kosong dengannya. Ammara bersangka baik dan langkah sudah diatur menghampiri Fath yang sudah tersenyum meleret menunggu kedatangannya.

“Nak cakap apa?” Ammara mengambil tempat duduk di atas gazebo tidak jauh dari Fath. Pandangan mata dihalakan pada air terjun buatan yang terbentang di hadapan mereka.

“Fath tak suka Ara rapat sangat dengan Bos Ara tu” berdesing telinga Ammara mendengaran larangan Fath itu. Lebih-lebih lagi bila ianya diucapkan dalam nada yang cukup tegas dan menjengkelkan.

“Apa hak awak nak tentukan dengan siapa saya boleh dan tak boleh nak rapat hah? Sejak bila awak jadi terlebih concern pula ni?” Ammara memandang tepat ke wajah Fath. Kepalanya sudah cukup berserabut dengan masalah yang dicetuskan oleh Imtiyaz tadi. Ditambah  pula dengan kata-kata yang baru diucapkan Fath disaat itu. Mankin serabut fikiran Ammara dibuatnya.

“Ara … Saya memang selalu concern pasal awak. Cuma awak je yang tak nak bagi saya kesempatan untuk tunjukkan pada awak” suara Fath sudah mengendur. Pandangannya redup memandang kearah Ammara yang sudah merah padam mukanya.

“Oh, really? Terlalu concern sampai sanggup nak maki-maki saya depan khalayak ramai kan? Oh ye. Off course! Awak terlalu concern kalau reputasi awak tercalar dek kerana budak geek macam saya ni suka dengan Mr Fath Iqbal, jejaka idaman kampus kan? I’m a disgrace to you right?” Dada Ammara sudah berombak kencang. Untuk kesekian kalinya, kejadian yang berlaku 4 tahun yang lepas seperti ditayangkan semula di atas skrin gergasi di hadapannya.

“Please Ara. Saya dah minta maaf kan? Kenapa perlu kita ungkit lagi kalau ianya menyakitkan untuk awak? Let bygone be bygone” pandangan Ammara pada Fath sudah mengecil. ‘Mudahnya dia nak aku lupakan. Dia tak rasa macamana aku rasa. Sebab tu sesenang aku menangis je dia cakap macamtu’. Hati Ammara berbisik. Airmata hanya menunggu masa hendak meluncur di atas pipinya.

“Easy for you to say” Ammara terus bingkas bangun. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu. Sederas langkahnya menaiki tangga, sederas itu juga airmatanya membanjiri pipi. Ammara mankin sebal dan tertekan.

Pintu bilik dikunci dan dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Segala rasa yang memenuhi segenap ruang hatinya dihamburkan melalui tangisan dengan sepuas-puasnya. Beberapa kali dia beristighfar dan mengucap apabila bisikan-bisikan syaitan yang menghasut menyinggah melalui detik hatinya.

Entah berapa lama dia menangis dia sendiri tidak sedar. Tahu-tahu dia sudah terjaga dari tidur dek kerana ketukan bertalu-talu di pintu. Dia segera bangkit. Ruang bilik sudah gelap-gelita. Matanya terasa perit kerana terlalu banyak menangis. Tudung yang masih melekat dikepala dibetulkan sedikit sebelum langkah diatur ke muka pintu.

Mata Ammara kembali segar apabila melihat wajah Fath yang terpacul sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

“Kenapa dengan mata Ara ni? Ara menangis ke?” Segala derianya automatik bertukar dari mode mamai kepada mode segar apabila tangan Fath sudah melekat dipipinya. Pantas tangan itu ditepis kasar. Berang sungguh dia apabila sesuka hati disentuh begitu.

Daun pintu yang hendak kembali dikatupkan dihalang oleh Fath. Tajam pandangan Ammara pada Fath ketika itu.

“Fath sayangkan Ara”

Sebaris ayat dari Fath membuatkan seluruh sendi dalam tubuhnya menjadi lembik.Pintu bilik sudah terbuka luas apabila dia sudah tidak bergelut untuk menutupnya. Fath semankin menghampirinya. Kedua belah tangannya dicapai dan dikucup. Apabila Fath semankin mendekat, Ammara seperti tersedar dari mimpi lantas tubuh Fath ditolak kasar sehingga tubuh itu terundur beberapa tapak ke belakang.

“Maaf. Saya dah ada boyfriend dan saya akan berkahwin dengan dia tak lama lagi” Fath terus tercengang mendengar pengakuan Ammara dan hanya mampu memerhati sahaja apabila pintu bilik ditutup rapat oleh Ammara.

“Fath! Dah panggil Ara ke?” Dari balik pintu, Ammara yang sudah bersandar pada pintu terdengar sayup-sayup suara Ammar berkumandang.

“Fath! Fath!” Ammar memanggil lagi apabila panggilan pertamanya diam tanpa jawapan.

“Dah … Dah Along! Tapi dia kata dia dah kenyang!” Akhirnya Fath  menyahut. Dia cuba memproses semula apa yang dikatakan Ammara sebentar tadi. Hatinya sakit apabila dapat mengagak yang dimaksudkan oleh Ammara sebagai ‘Boyfriend’ adalah Bosnya sendiri. Tidak! Dia takkan membenarkan Ammara terlepas darinya lagi! Fath mula merangka rancangan untuk mendapatkan Ammara.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template