Perkhabaran yang baru diterima daripada Ammar membuatkan Imtiyaz tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri memandang ke luar tingkap gelas di pejabatnya, sekejap dia duduk bersandar sambil memandang kosong kearah skrin Macbooknya. Dia meraup wajahnya untuk kesekian kali. Tak keruan rasanya ketika itu.
“Ara minta tangguhkan tarikh
pernikahan korang”
Sebaris ayat yang sangat ringkas namun membawa maksud yang menyesakkan dada Imtiyaz. Dia faham kenapa Ammara mengambil keputusan sedemikian. Ini semua pasti kerana kejadian hitam yang menimpanya beberapa hari yang lepas. Kejadian yang dia menyaksikan sendiri bagaimana rapuh seorang yang bernama Ammara Safiyya. Bagaimana gadis itu mengurungkan dirinya di dalam bilik dan menutup semua pintu komunikasi dari dunia luar. Imtiyaz maklum tentang semua itu kerana tak ada satu pun mengenai tunangnya itu yang tak disampaikan oleh Ammar kepadanya.
“Assalammualaikum
…”
Lama
dia mengelamun sehingga ketukan beberapa kali di mejanya beserta ucapan salam
mengembalikannya ke dunia sebenar. Wajah Imtithal terpampang di hadapannya
sebaik saja dia berkalih pandang. Lembut pandangan adiknya itu yang sedang melarikkan senyuman
padanya.
“Waalaikumussalam
… Eh Tihal. Apa Tihal buat kat sini? Tihal datang dengan siapa?” Sedikit
terkejut Imtiyaz melihat adiknya itu. Selama ini, boleh dikira dengan jari
berapa kali Imtithal melawatnya di pejabat. Itupun biasanya bersama Uminya dan
selalunya mereka datang untuk mengajaknya makan tengahari bersama-sama.
“Tihal
hantar Imdad ke nursery dan terus
datang sini. Saja nak melawat Abang” Imtithal masih tersenyum sambil melabuhkan
punggung di atas kerusi di hadapan Imtiyaz.
Berkerut
dahi Imtiyaz mendengar jawapan adiknya. “Nursery
Imdad bukannya dekat area office Abang. Takkan Tihal sengaja
terbabas jalan sampai sini?” Senyuman senget diberikan kepada adiknya. Tubuhnya
disandarkan ke kerusi dengan kaki yang disilangkan. Dia seolah-olah dapat
mengagak tujuan kedatangan adiknya itu.
“Takda
la. Kalau kat rumah tu, nak jumpa Abang bukannya senang. Dah la sekarang ni
selagi jam tu belum sampai pukul dua belas tengah malam takdanya Abang tu nak
balik. Entah apa yang dibuat kat office
ni pun tak tahulah. Nak kata sibuk sangat, Walid tu rasanya lagi sibuk dari
Abang. Tapi, paling lambat, pukul lapan malam Walid dah sampai rumah” bebelan
Imtithal hanya melebarkan senyum dibibir Imtiyaz.
“So, Tihal rindu kat Abang la ni” usikan
Imtiyaz disambut dengan dengusan kasar dari Imtithal.
“Jangan
nak perasan ye. Tihal Cuma nak bincang dengan Abang pasal Kak Ara” akhirnya …
tujuan sebenar Imtithal yang memang sudah dijangka oleh Imtiyaz terluah juga.
“Kenapa dengan Kak Ara?” Imtiyaz meminta Imtithal menghuraikan kegusarannya.
“Tihal
tahu yang Kak Ara nak tangguhkan pernikahan Abang dengan dia kan?” ternaik
sedikit kening Imtiyaz. Macamana pula adiknya ini boleh tahu? Rasanya malam
tadi, dia cuma ada Umi dan Walidnya sahaja sewakatu Ammar menelefonnya. Itupun
di bilik bacaan.
“Tihal
terdengar malam tadi Abang berbual dengan Umi dan Walid dalam bilik bacaan”
seolah-olah mengerti akan kekeliruan Imtiyaz, Imtithal berterus terang.
“Ooo
curi dengar ye. Sejak bila pandai jadi spy
ni?” Imtiyaz masih dalam mode
mengusik.
“Abang
ni … Tihal serius ni. Tihal risau dengan keadaan Kak Ara. Tihal rasa Tihal
faham apa yang Kak Ara rasa sekarang ni” sekali lagi Imtiyaz menaikkan
keningnya.
“Apa
maksud Tihal?” Pelik pula apabila adiknya yang baru berusia lima belas tahun
itu memahami apa yang Ammara rasakan. Walid dan Uminya masih ada, jadi tak
mungkin dia faham perasaan kehilangan yang dirasai Ammara. Manakala kejadian
Ammara di serang Fath pula … Eh … Takkan??? Eh … Mustahil!
“Tihal!
Bagitahu Abang siapa yang pernah serang Tihal?!” Imtiyaz sudah bangun dan
menghampiri Imtithal lalu duduk bertinggung di hadapan adiknya itu.
“Apa
Abang mengarut ni?! Eiiiiii!! Bukanlah! Mana ada sesiapa serang Tihal” jawapan
Imtithal membuatkan Imtiyaz menarik nafas lega. Dahinya diletakkan di belakang
tapak tangan yang berada di pemegang kerusi Imtithal.
“Then, apa maksud Tihal paham perasaan
Kak Ara” wajah Imtithal dipandang tepat.
“Kawan
sekolah Tihal pernah kena cabul dengan Pakciknya sendiri. Tihal Nampak macamana
terkesannya dia. Parents dia sampai
sekarang bawa dia jumpa Doktor Psikiatri setiap minggu. Dia jadi sensitif bila
kena sentuh. Kadang-kadang tu, Cikgu tengah mengajar kat depan, dia boleh
menjerit-jerit macam kena serang” penerangan Imtithal serba sedikit membuatkan
Imtiyaz faham maksud kata-kata adiknya itu sebentar tadi. Dia
mengangguk-anggukkan kepala tanda mengerti.
“Tapi,
Fath belum sempat pun nak …” kata-katanya terhenti di situ. Mengingatkan
peristiwa hitam itu sudah cukup membuatkan darah Imtiyaz membuak-buak. Imtithal
yang melihat rahang Abangnya itu sudah diketap kuat terus meramas lembut tangan
Imtiyaz.
“Abang
kena ingat. Kak Ara tu mana biasa kena sentuh dengan mana-mana lelaki asing.
Ini lagilah pula bila kena serang macam tu. Tihal yahin dia mesti rasa trauma”
Imtiyaz cuba memproses apa yang dikatakan Imtithal itu. Ada benarnya juga.
Ammara bukanlah seperti bekas-bekas teman wanitanya yang lain. Setakat pegang
tangan dan cium pipi sudah menjadi perkara biasa untuk mereka. Imtiyaz bangun
dan meraup wajahnya dengan keduabelah tangan. Dia kembali duduk dikerusinya.
“Masa sekarang ni, Kak Ara perlukan
sokongan dan kasih sayang dari orang disekeliling dia. Tihal tak pernah rasa
kehilangan orangtua, so Tihal tak
tahu macamana lonely dan sedihnya
perasaan Kak Ara sekarang. Dah la tu, lelaki yang dia kenal pula serang dia
sampai nyaris dia nak kena …” kata-kata Imtithal terhenti di situ apabila
melihat riak wajah Imtiyaz berubah. Dia tahu bukan sahaja Ammara yang terkesan,
Abangnya itu turut sama terkesan walaupun bukan dalam konteks yang sama.
Imtithal yakin yang Imtiyaz benar-benar menyayangi bakal Kakak Iparnya itu.
Jika tidak, masakan emosinya akan segera berubah sekiranya peristiwa hitam yang
menimpa Ammara diungkit semula.
“Tihal cuma nak cakap yang masa-masa
sekarang ni, Abang kena jadi seorang sahabat yang mendengar dan memahami lebih daripada
seorang Tunang yang over protective dan
over sensitive. She doesn’t need that vibe from you right now” Imtiyaz rasa dia
faham apa yang cuba disampaikan oleh Imtithal.
“Tihal balik dulu la. Abang jangan
kerja lewat sangat. Kalau ada masa, Abang pergilah lawat Kak Ara. Dia mungkin
akan push you away for now, but you just
need to be patient and persistant. Insha Allah, Tihal yakin lama kelamaan,
Kak Ara akan boleh terima” kata-kata Imtithal serba sedikit memberikan semangat
kepada Imtiyaz. Usai tangan Abangnya disalami dan dikucup, Imtithal terus
berlalu pergi. Imtiyaz mula merangka dalam kepala bagaimana cara dia hendak
membantu memulihkan emosi Ammara.
Petang itu, tepat jam 5.00 petang,
Imtiyaz terus keluar dari pejabat. Kak Ros yang menjadi PA sementaranya merasa
pelik dengan perubahan jadual Bosnya itu. Mereka sudah sedia maklum mengenai
Ammara yang baru kematian orang tuanya dan untuk sementara ini dia disuruh
untuk bekerja dari rumah namun perubahan yang banyak berlaku pada Bos mereka
itu agak mengundang rasa pelik pada semua pekerja di tingkat 18 itu.
Sebelum ini, jarang dia duduk lama di
pejabat, selepas Ammara masuk bekerja barulah setiap hari dia masuk hingga ke
petang. Dua minggu kebelakangan ini pula, selepas semua pekerja pulang pun, Bos
mereka itu masih sibuk di dalam pejabat tapi hari ini, tepat 5.00 petang,
berdesup dia keluar. Mereka semua hanya boleh berteka teki saja malah ada yang
mengandaikan bahawa Ammara dan Encik Imtiyaz memang mempunyai hubungan istimewa
namun ianya sekadar telahan mereka sahaja.
Memandangkan jalan belum sibuk dengan
kenderaan yang pulang dari pejabat, tidak sampai satu jam memandu, keretanya
sudah sampai di luar pagar rumah Ammar. Teragak-agak pula Imtiyaz untuk keluar
dari kereta memandangkan kunjungannya itu tanpa diberitahu dulu kepada Tuan
Rumah. Dia hanya mengikut rasa hati sahaja.
Tok! Tok! Tok!
Agak tersentak dibuatnya apabile
cermin keretanya diketuk dari luar dan dia menarik nafas lega apabila wajah
Ammar yang dipandang. Segera cermin kereta diturunkan.
“Tiyaz buat apa kat luar ni? Dah lama
ke sampai?” Ammar meletakkan sebelah tangannya di atas bumbung kereta BMW
Imtiyaz.
Jam di dashboard kereta dipandang sekilas sebelum menjawab pertanyaan
Ammar.
“Baru je sampai Along. Belum sampai
setengah jam pun lagi” Ammar tersenyum mendengar jawapan Imtiyaz itu lalu bakal
adik iparnya itu dipelawa masuk ke dalam rumah.
“Minumlah … Tiyaz tak bagitahu pun
nak datang. Ni jela mampu akak sediakan. Kejap lagi Akak nak masak. Tiyaz makan
malam dengan kami sekali ye” Ramah Fatin berceloteh sambil dulang berisi air
teh dan cekodok ikan bilis segera disuakan pada Imtiyaz. Ammar membantu
meletakkan secawan the di atas meja di hadapan lelaki itu.
“Eh, ini pun dah cukup Kak. Maaf
sebab saya datang mengejut macam ni. Saya ingat nak jumpa Ara sekejap. Tu pun
kalau Along izinkan” cukup berhati-hati Imtiyaz meminta izin. Bimbang jika
Ammar menolak permintaannya itu mentah-mentah. Yelah, memandangkan emosi Ammara
yang belum cukup stabil. Pasti Ammar akan lebih melindungi adik tunggalnya itu.
Mendengar permintaan Imtiyaz itu
Ammar menarik nafas panjang. Dia dan Fatin yang sudah duduk di sebelahnya
bertukar pandang beberapa ketika sebelum berpaling kearah Imtiyaz semula.
“Akak cuba panggil dia. Tapi, kalau
dia belum bersedia nak jumpa Tiyaz, Akak minta maaf awal-awal ye. Harap Tiyaz
faham” pandangan mengharap pengertian dari Imtiyaz diberikan Fatin. Imtiyaz
hanya tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.
Selang beberapa minit selepas itu,
kehadiran Ammara yang membontot Fatin menuruni tangga disedari oleh Imtiyaz.
Gadis itu dipandang tanpa lepas.
“Korang berbuallah. Kami pergi solat
Asar dulu” Sebaik saja Ammara mengambil tempat duduk di atas sofa bertentangan
dengan Imtiyaz, Ammar menarik tangan Fatin meninggalkan mereka berdua. Sengaja
memberi ruang supaya mereka boleh berbincang dengan lebih privasi.
5 minit berlalu dan Ammara masih
duduk menunduk bermain dengan hujung tudung bawal yang tersarung dikepalanya.
Terasa janggal berhadapan dengan Imtiyaz buat kali pertama selepas kejadian
Fath menyerangnya beberapa hari yang lalu. Hari dimana untuk kedua kalinya Imtiyaz memandangnya dengan aurat yang
terdedah. Kejadian yang dikesali dan berlaku di luar kawalannya.
“Ara sihat?” Akhirnya Imtiyaz
bersuara apabila suasana sunyi antara mereka mula terasa mencengkam dada.
Jawapan panjang yang diharap tidak kendengaran. Hanya anggukan kepala yang
diberi. Wajah yang nampak cengkung, lesu tak bermaya ditatap penuh kasih.
Hatinya sedih melihat wajah yang selama ni ceria kemerahan berubah suram
sebegitu.
“Along bagitahu saya, Ara minta
tangguhkan perkahwinan kita. Boleh saya tahu kenapa?” Lembut Imtiyaz bertanya.
Dia tidak mahu membuatkan hati Ammara yang sudah sedia rapuh bertambah parah.
Senyap. Imtiyaz sabar dan tenang
menunggu Ammara membuka mulut. Namun setelah seketika hanya esakan halus yang
kedengaran. Beberapa titis airmata dilihat menitik mengenai jubah biru yang
dikenakan Ammara.
“Saya dah ternoda … Saya … Saya tak
layak untuk awak” berselang seli dengan esakan tangisnya, Ammara akhirnya
bersuara. Imtiyaz memejamkan mata seketika sebelum wajah sugul di hadapannya
itu ditatap semula. Benar seperti telahan Imtithal. Ammara rasa dirinya sudah
tidak sesuci dulu. Walaupun hakikatnya Fath tidak sempat pun untuk mengusik
makhkota gadis itu, tapi dia sudah rasa dirinya terlalu ‘kotor’.
“Ammara, awak sempurna bagi saya.
Walau apapun yang terjadi, saya tetap nak awak sebagai isteri saya. Hanya awak.
Tak ada yang lain” Imtiyaz benar-benar berharap Ammara dapat merasai keikhlasan
hatinya melalui kata-katanya.
“Saya bukannya lelaki sempurna
Ammara. Kita sama-sama bukan manusia yang sempurna. Sebab tu saya harap dengan
perkahwinan ini, kita berdua dapat menyempurnakan diri satu sama lain seadanya”
Sekiranya ayat itu diluahkan Imtiyaz kepadanya suatu ketika dahulu, pasti sudah
lama Ammara mencebik geli geleman.
0 comments:
Post a Comment